Assgment Edu 3093, 2015

2
BAHAGIAN A: ESEI BERTAJUK “ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN SEMASA” Mengikut Kamus Dewan (2007), isu merujuk kepada perkara pokok atau persoalan yang dibincangkan. Semasa pula pada ketika yang sama (Kamus Dewan, 2007). Pernyataan ini bermaksud terdapat perkara atau unsur yang mencabar kemampuan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) amnya dan guru khasnya dalam melaksanakan tanggungjawab demi mencapai misi KPM. Dalam merealisasikan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 yang bermatlamat melahirkan modal insan yang cemerlang dengan minda kelas pertama, banyak isu-isu semasa pendidikan yang dihadapi oleh guru. Isu integrasi nasional, pendemokrasian pendidikan, tonggak pendidikan UNESCO, globalisasi dalam pendidikan, kepelbagaian budaya, pengaruh perkembangan teknologi maklumat (TMK) serta gejala sosial adalah antara isu-isu yang perlu ditangani. Era modenisasi dan globalisasi memberikan impak yang besar kepada golongan pelajar di sekolah sama ada di bandar atau luar bandar. Pengaruh media massa yang mengambil peranan guru dan ibu bapa dengan memaparkan budaya yang berbeza dengan masyarakat tempatan telah menyebabkan pelajar membentuk sistem nilai yang tersendiri dan nilai-nilai tradisi berasaskan budaya semakin terhakis kerana desakan luar kawalan media massa yang turut mempengaruhi sosio budaya pelajar. Oleh itu, pelajar merupakan golongan yang sering terdedah dengan pelbagai masalah sosial. Antara gejala sosial di sekolah yang sering kita dengar ialah gengsterisme, buli, vandalisme, merokok, berjudi, melepak dan ponteng sekolah. Masa lah ini mencabar kewibawaan dan kredibiliti guru dalam menangani sikap dan tingkah laku pelajar yang negatif ini. Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan wahana usaha untuk membangunkan generasi alaf baru selaras hasrat yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sistem pendidikan negara memerlukan pelbagai usaha yang strategik agar boleh meningkatkan keupayaan dan kemampuan amalannya ke tahap kualiti yang tinggi dan cemerlang agar dapat menangani cabaran-cabaran abad ke-21. Tanggungjawab sistem pendidikan adalah untuk menyediakan generasi muda dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran supaya mereka dapat menghadapi alam dewasa. Dalam konteks menyediakan pendidikan yang ideal, tujuan dan matlamat pendidikan negara pada abad ke 21 amat jelas sekali. Kementerian Pendidikan telah menyusun dan merancang untuk memperbaiki, memperkukuh, dan mempertingkatkan mutu pendidikan negara sesuai dengan perubahan sosialisasi masyarakat hari ini. Salah satu unsur yang penting adalah memberikan peluang pendidikan yang sama kepada semua pelajar tanpa mengambil kira budaya, kelas sosial, kelompok etnik dan amalan atau cara hidup. Dalam buku Pembangunan Pendidikan 2001-2010 ( KPM, 2001 ). Kementerian Pelajaran Malaysia menyatakan bahawa pembangunan pendidikan dari Zaman Dasar Pembangunan hingga ke Zaman Dasar Wawasan Negara telah berjaya mencapai banyak kemajuan khususnya dalam penyediaan infrastruktur, kemudahan pendidikan dan

description

edu

Transcript of Assgment Edu 3093, 2015

BAHAGIAN A: ESEI BERTAJUK ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN SEMASA

Mengikut Kamus Dewan (2007), isu merujuk kepada perkara pokok atau persoalan yang dibincangkan. Semasa pula pada ketika yang sama (Kamus Dewan, 2007). Pernyataan ini bermaksud terdapat perkara atau unsur yang mencabar kemampuan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) amnya dan guru khasnya dalam melaksanakan tanggungjawab demi mencapai misi KPM.Dalam merealisasikan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 yang bermatlamat melahirkan modal insan yang cemerlang dengan minda kelas pertama, banyak isu-isu semasa pendidikan yang dihadapi oleh guru. Isu integrasi nasional, pendemokrasian pendidikan, tonggak pendidikan UNESCO, globalisasi dalam pendidikan, kepelbagaian budaya, pengaruh perkembangan teknologi maklumat (TMK) serta gejala sosial adalah antara isu-isu yang perlu ditangani. Era modenisasi dan globalisasi memberikan impak yang besar kepada golongan pelajar di sekolah sama ada di bandar atau luar bandar. Pengaruh media massa yang mengambil peranan guru dan ibu bapa dengan memaparkan budaya yang berbeza dengan masyarakat tempatan telah menyebabkan pelajar membentuk sistem nilai yang tersendiri dan nilai-nilai tradisi berasaskan budaya semakin terhakis kerana desakan luar kawalan media massa yang turut mempengaruhi sosio budaya pelajar. Oleh itu, pelajar merupakan golongan yang sering terdedah dengan pelbagai masalah sosial. Antara gejala sosial di sekolah yang sering kita dengar ialah gengsterisme, buli, vandalisme, merokok, berjudi, melepak dan ponteng sekolah. Masa lah ini mencabar kewibawaan dan kredibiliti guru dalam menangani sikap dan tingkah laku pelajar yang negatif ini.

Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan wahana usaha untuk membangunkan generasi alaf baru selaras hasrat yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sistem pendidikan negara memerlukan pelbagai usaha yang strategik agar boleh meningkatkan keupayaan dan kemampuan amalannya ke tahap kualiti yang tinggi dan cemerlang agar dapat menangani cabaran-cabaran abad ke-21.Tanggungjawab sistem pendidikan adalah untuk menyediakan generasi muda dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran supaya mereka dapat menghadapi alam dewasa. Dalam konteks menyediakan pendidikan yang ideal, tujuan dan matlamat pendidikan negara pada abad ke 21 amat jelas sekali. Kementerian Pendidikan telah menyusun dan merancang untuk memperbaiki, memperkukuh, dan mempertingkatkan mutu pendidikan negara sesuai dengan perubahan sosialisasi masyarakat hari ini. Salah satu unsur yang penting adalah memberikan peluang pendidikan yang sama kepada semua pelajar tanpa mengambil kira budaya, kelas sosial, kelompok etnik dan amalan atau cara hidup.Dalam buku Pembangunan Pendidikan 2001-2010 ( KPM, 2001 ). Kementerian Pelajaran Malaysia menyatakan bahawa pembangunan pendidikan dari Zaman Dasar Pembangunan hingga ke Zaman Dasar Wawasan Negara telah berjaya mencapai banyak kemajuan khususnya dalam penyediaan infrastruktur, kemudahan pendidikan dan latihan perguruan. Strategi meningkatkan peluang pendidikan berjaya mencapai sasarannya. Walau bagaimanapun, apa yang dilihat pada masa ini masih terdapat pelbagai isu yang ditimbulkan berkaitan dengan pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan, antaranya perkara berhubung dengan struktur pendidikan ; akses kepada pendidikan; ekuiti; kualiti tenaga pengajar; ketidakseimbangan penyediaan infrastruktur; Pelaksanaan Program PPSMI ; dan kurikulum yang relevan. Ini selaras dengan pendapat Sufean ( 2004 ) yang menyatakan terdapat banyak isu pendidikan yang boleh dikatagorikan iaitu pentadbiran, peringkat pendidikan, teknologi pendidikan, organisasi sekolah dan keguruan.