ASSGMT QGJ3053 terkini.docx

57
Kertas kerja Kejohanan Badminton MSSM Negeri Pahang bawah 12 Tahun 2014 PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2014/2015 QGJ 3053 SUKAN INDIVIDU DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. MATRIK ZAFIDA BINTI ZAINAL ABIDIN D20112053426 PUSAT PEMBELAJARAN: UPSI20 NAMA TUTOR E-LEARNING: EN.NORAZAM BIN MAT ISA TARIKH SERAH: 30 NOVEMBER 2014 TUGASAN A PEMARKAHAN

Transcript of ASSGMT QGJ3053 terkini.docx

Kertas kerja Kejohanan Badminton MSSM Negeri Pahang bawah 12 Tahun

Kertas kerja Kejohanan Badminton MSSM Negeri Pahang bawah 12 Tahun2014

PEMARKAHAN

PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2014/2015QGJ 3053SUKAN INDIVIDU

TAJUK TUGASAN A

DISEDIAKAN OLEHNAMANO. MATRIK

ZAFIDA BINTI ZAINAL ABIDIND20112053426

PUSAT PEMBELAJARAN: UPSI20NAMA TUTOR E-LEARNING: EN.NORAZAM BIN MAT ISATARIKH SERAH: 30 NOVEMBER 2014

1) TAJUK PROGRAMProgram Latihan Acara Padang: Lompat Tinggi.

2) LATAR BELAKANG PROGRAM LATIHANLompat tinggi merupakan salah satu acara padang dalam sukan olahraga. Acara lompat tinggi adalah acara olahraga yang diminati dan sentiasa mendapat perhatian ramai. Acara ini menjadi perhatian ramai kerana terdapat pelbagai gaya lompatan digunakan oleh para atlit. Pada tahun 1887, acara lompat tinggi telah diperkenalkan dan dalam tahun 1896, acara ini telah diperkenalkan di dalam sukan Olimpik.Kebolehan semulajadi amat penting dalam merialisasikan acara lompat tinggi. Setiap lompatan yang baik akan bergantung kepada diri atlet itu sendiri iaitu dari segi persediaan fizikal dan mental. Ketinggian atlet dan penguasaan teknik lompatan adalah factor utama untuk menghasilkan lompatan yang baik. Atlet lompat tinggi bebas memilih gaya lompatan yang sesuai dengan keupayaan diri masing-masing. Antara beberapa gaya yang terdapat dalam acara lompat tinggi ialah:

i) Gaya gunting (scissors)

ii) Gaya Gunting Barat (Western Roll)

iii) Gaya guling Pelana (Straddle)

iv) Gaya Fosbury Floop.

Gaya yang paling popular dan berkesan pada masa kini ialah gaya pelana dan gaya Fosbury Flop. Walau bagaimanapun masih ada guru yang mengajar gaya gunting kepada murid-muridnya meskipun gaya ini mempunyai banyak kekurangan. Mengikut prinsip mekanikal, gaya ini kurang berkesan kerana seluruh berat badan pelompat terpaksa dibawa lebih tinggi dari paras palang sebelum pelepasan dapat dilakukan dalam keadaan berlunjur. Meskipun demikian, gaya gunting masih boleh diajar di atas sebab-sebab yang lain.

Gaya pelana adalah suatu gaya lompatan yang sesuai untuk pelompat yang mempunyai kaki lompatan yang kuat. Bagi gaya Fosbury Flop pula pelompat yang mahir dalam penujuannya akan dapat melepasi palang dengan mudah. Murid yang telah biasa dengan gaya gunting tidak akan menemui kesulitan apabila diajar teknik lompatan Fosbury Flop. Cara membuat lonjakan bagi gaya gunting mempunyai banyak persamaan dengan cara membuat lonjakan bagi gaya Fosbury Flop.

Program latihan lompat tinggi ini amat penting bagi melahirkan atlet-atlet yang berpotensi dan berbakat untuk mewakili sekolah ke Kejohanan Sukan peringkat Daerah. Program yang dirancang hendaklah dilaksanakan secara sistematik di dalam jangkamasa yang panjang.

3) MATLAMAT PROGRAM LATIHANa) Meningkatkan kelajuan semasa persembahan/lompatan.b) Meningkatkan daya kekuatan (hypertrophy).

4) TEMPOH MASA SESI LATIHANTempoh masa sesi latihan ialah selama 2 bulan sebelum membawa murid mewakili sekolah ke Kejohanan Sukan Peringkat Daerah.

5) JUMLAH MURID YANG DILATIH Jumlah murid yang dilatih untuk mewakili sekolah ialah seramai 6 iaitu 3 orang murid lelaki dan 3 orang murid perempuan.

6) ALATAN YANG DIPERLUKANDalam acara lompat tinggi ini memerlukan kawasan dan peralatan khusus untuk membolehkan lompatan diadakan sebagai salah satu acara olahraga. Penganjur sesuatu kejohanan olahraga hendaklah memastikan semua ini disediakan sebelum pertandingan dimulakan. Antara peralatan-peralatan yang diperlukan adalah seperti berikut :-

i) Dua batang tiangDua batang tiang diperlukan dan tiang-tiang ini tidak boleh diubah-ubah semasa pertandingan sedang dijalankan. Jika ingin mengubahnya, perubahan tersebut hendaklah dilakukan selepas tamat satu pusingan yang melibatkan semua peserta. Kedua-dua tiang ini hendaklah mempunyai alat bantuan khusus bagi membolehkan tiang ditegakkan tanpa mudah dijatuhkan. Kedua-dua tiang mesti diletakkan dalam kedudukan stabil dan jarak di antara kedua-duanya adalah lebih kurang 4 meter.

ii) PalangPalang lompat tinggi hendaklah diperbuat sama ada daripada kayu, logam ataupun bahan yang sesuai dengan berbentuk bulat atau segitiga. Panjang palang hendaklah sesuai dengan jarak kedua-dua tiang yang dipasangkan. Palang ini akan diletakkan pada tiang menerusi alat sokongan khas. Sokongan ini hendaklah mudah dinaikkan atau diturunkan pada tiang.

iii) Pita PengukurPita pengukur adalah untuk mengukur ketinggian lompatan yang berjaya dilakukan oleh setiap peserta. Ukurang hanya dibuat sekali sebelum lompatan dimulakan selepas palang dinaikkan. Kini, dalam acara lompat tinggi alat pengukur elektronik digunakan bagi menjadikan proses pengukuran dapat dilakukan dengan cepat dan tepat.

iv) Tilam mendarat.Pada peringkat awal acara lompat tinggi dijalankan, pihak penganjur kurang memberi perhatian kepada kawasan mendarat. Tetapi dengan adanya beberapa teknik lompatan dan pendaratan tertentu, adalah perlu disediakan tempat pendaratan yang sewajarnya. Sebelum beberapa teknik atau gaya lompatan diperkenalkan, kawasan pendaratan hanya terdiri daripada suatu kawasan khas yang diisikan dengan pasir lembut yang lembap. Kini, kawasan mendarat bagi acara lompat tinggi ini digunakan tilam atau pengalas lembut bergetah dan hendaklah berbentuk segiempat. Tilam atau pengalas lembut ini hendaklah ditempatkan betul-betul selepas kedua-dua tiang lompat tinggi. Tilam berspring atau bergetah boleh digunakan asalkan sesuai untuk pendaratan peserta.

v) Landas Lari dan Kawasan Lonjak. Jarak minimum landas lari ialah 15m kecuali dalam pertandingan-pertandingan yang dijalankan mengikut peraturan 1 (a) , (b) dan (c) yang jarak minimumnya ialah 20m. jika keadaan mengizinkan , jarak minimum ini sepatutnya 25m.UKURANi) Tiang lompat tinggiTiang lompat tinggi ini hendaklah dijarakkan pada jarak minimum 4 meter atau maksimum 4.04 meter dari bahagian dalam.

ii) Palang lompat tinggiPanjang palang lompat tinggi ini hendaklah sesuai dengan jarak kedua-dua tiang yang dipasangkan. Berat maksimum palang ini ialah dua kilogram. Palang ini diletakkan pada tiang menerusi alat sokongan khas. Alat sokongan ini hendaklah berbentuk segiempat rata dan berukuran 4 cm lebar dan 6 cm panjang.iii) Kawasan mendaratKawasan mendarat dalam acara lompat tinggi ini adalah tilam atau pengalas lembut bergetah dan berbentuk segiempat dengan bersaiz 5 meter panjang, 4 meter lebar dan 1 meter tebal.iv)Pita pengukurPita pengukur digunakan untuk mengukur ketinggian lompatan yang dilakukan oleh peserta. Pengukuran ketinggian hendaklah dibuat sebelum acara lompatan. Pegawai pertandingan terlebih dahulu akan memulakan acara ini pada suatu ketinggian tertentu mengikut keupayaan para peserta dan ketinggian lompatan akan diukur daripada bahagian tengah palang ke aras tanah.

7) JADUAL PROGRAM LATIHAN- Latihan selama 2 bulan.- Bermula bulan April dan MeiHari

Jenis LatihanAktivitiKaedah Pelaksanaan

IsninPagi: Latihan Litar

Petang: Latihan Kemahiran1. Bangkit tubi2. Tekan tubi3. Angjal baku4. Lentik belakang5. Lari ulang alik6. Kilas Pinggang7. Burpee8. Squad jump

6x10 mDosej -70%2 setRehat -3minit (setiap set)Masa aktiviti =30 saat setiap stesen.

2 set, rehat-5 minit antara set.

Selasa

Pagi : Latihan Jeda

Petang: Latihan Pliometrik

1. Jogging2. Double leg jump

Larian lutut tinggiboundingLarian tendang pinggulSkippingLompat sebelah kakiIntensiti tinggi2 setDosej 80%Jeda rehat= 5 mLatihan perlahan, intensiti 60%Guna kotak dan bangku panjang

RabuPetang: Latihan bebanan (strenght)

Bench PressLeg PressLeg CurlsStep UpPull DownBarbel ArmSwingLeg ExtensionBeratan 70%-85%3 set10 ulanganRehat = 2-4 m

KhamisPetang: Latihan Fartlek (terkawal)

1. Lari pecut2. Jogging3. Berjalan pantasIntensiti sederhana3 set2 ulanganRehat-5 m antara set

JumaatPagi: Latihan Jeda

Petang: Latihan Kemahiran300 m walk recovery between repetition

Larian ulanganBerjalan/berjoggingIntensiti tinggi2 set Dosej 80%Jeda rehat-5m

2 set, rehat -5 m antara set

SabtuPagi:

Hill running

Petang: Latihan Bebanan

Bench PressLeg PressLeg CurlsStep UpPull DownBarbel ArmSwingLeg Extension

Beratan 70%-85%3 set10 ulanganRehat= 2-4 m

Ahad

Rehat

8) OBJEKTIF SETIAP ANSUR MAJU LATIHAN

Program latihan fizikal hendaklah bersifat progresif. Ia merujuk kepada peningkatan kesukaran latihan yang beransur-ansur. Sehubungan dengan itu, kadar peningkatan hendaklah berdasarkan kepada keupayaan individu. Setiap individu adalah berbeza, maka peningkatan intensiti latihan hendaklah sesuai dengan keupayaan setiap individu. Beban kerja hendaklah bertambah. Keadaan ini hendaklah dilakukan secara beransur-ansur dan perlulah sesuai dengan pencapaian fizikal seseorang atlet yang menjalani latihan.

Latihan bebanan telah diterima secara universal sebagai satu kaedah latihan yang paling baik untuk meningkatkan kekuatan dan daya tahan otot. Intensiti, bebanan, serta ulangan latihan bebanan berbeza mengikut tujuan latihan yang hendak dijalankan. Oleh itu, kemahiran tertentu adalah memerlukan otot-otot yang spesifik untuk mendapatkan tahap kemahiran yang tinggi. Otot-otot ini perlu dilatih dengan kekuatan dan daya tahan. Kesempurnaan komponen ini akan menjamin kejayaan dalam sukan yang diceburi nanti. Antara objektif ansur maju latihan ialah:

i) Meningkatkan kekuatan otot.ii) Meningkatkan daya tahan otot.iii) Meningkatkan tahap kelembutan dan kepantasan.iv) Meningkatkan kuasa eksplosif.

9) PERINCIAN AKTIVITI ANSUR MAJU LATIHAN.LATIHAN ANSUR MAJU LOMPAT TINGGIGAYAFOSBURY FLOP

Langkah 1 :Langkah ini bertujuan memberi peluang kepada atlet untuk menghayati rasa semasa mendarat. Ia bertujuan untuk memberi keyakinan kepada mereka untuk melakukan aktiviti-aktiviti seterusnya.Pelajar ditunjukkan dengan demonstrasi cara menjatuhkan badan di atas belakang. Perlu disediakan sebuah kotak yang lebih tinggi daripada kawasan mendarat. Ianya diletakkan di sisi kawasan tilam atau tempat pendaratan. Pelajar atau atlit diarahkan untuk berdiri di atas kotak itu dengan keadaan badan yang lurus dan tegak. Kemudian badan dijatuhkan ke belakang. Aktiviti ini diulang beberapa kali untuk keyakinan seterusnya.Untuk meneguhkan ansur maju langkah ini, pelajar diberitahu untuk menjatuhkan badan di bahagian belakang bahu. Dagu hendaklah dirapatkan pada dada. Perlu ditegaskan bahawa tangan hendaklah dihayunkan ke belakang. Untuk peneguhan, semasa aktiviti ini, ianya dapat dijayakan dengan menggunakan sebiji bola (saiz bola sepak). Perlakuannya ialah dengan memegang bola tersebut dan semasa jatuhan, bola itu dibaling ke belakang serentak dengan tangan dihayun. Ini bertujuan untuk hayunan tangan yang lebih mantap. Semasa aktiviti ini, kaki hendaklah dalam keadaan kangkang sedikit.Langkah 2 : Kotak yang lebih rendah sedikit daripada aktiviti langkah 1 digunakan. Segala perlakuan dan aktiviti adalah seperti dalam langkah 1. Pelajar dikehendaki dan diarahkan untuk membuat lonjakan sedikit. Ia bertujuan untuk mengangkat badan. Gunakan tali getah dan ini akan memberi keyakinan semasa membuat lonjakan dengan kedua belah kaki. Langkah ini perlu diulang beberapa kali untuk peneguhan dan keyakinan.

Langkah 3: Kotak dalam langkah 2 digantikan dengan bangku yang lebih rendah lagi. Pelajar dikehendaki membuat lonjakan dengan sebelah kaki iaitu kaki lonjakan. Pengasingan pelajar yang menggunakan kaki lonjakan yang berlainan perlu diasingkan di kiri dan kanan tempat melompat. Dalam keadaan berjalan, mereka dikehendaki memijak bangku tersebut dengan kaki lonjakan sambil melonjak dan menghayun kaki sebebas-bebasnya ke atas dan melompat. Perlu ditekankan bahaya tangan perlulah dihayun seperti dalam langkah 2. Setelah beberapa kali dicuba, barulah tali getah tadi digantikan dengan palang yang sebenar.

Langkah 4 :Penumpuan dalam aktiviti ini ialah menitikberatkan perkara yang bersabit dengan layangan.i)Kaki yang paling dekat dengan palang hendaklah di kilas bebas untuk mendapatkan daya putaran pada badan.ii)Badan hendaklah dilengkungkan ketika berada di atas tali getah supaya mendapat gaya dan ketinggian yang baik dan sempurna.Selepas didapati aktiviti ini dapat dicapai, barulah palang digunakan untuk merasai suasana sebenar acara lompat tinggi gaya ini.Langkah 5 : Dalam langkah ini, pelajar diarahkan untuk membuat lompatan yang sebenar. Sebagai bantuan untuk aktiviti dalam langkah ini, satu garisan untuk lari landas dengan lengkungan disediakan. Palang hendaklah berada di paras yang rendah. Pada mulanya pelajar akan mencuba dengan menggunakan empat ataulimalangkah larian landas. Ini cuba beberapa kali. Kemudian palang akan ditinggikan sedikit demi sedikiti sekiranya lompatan berjaya dilakukan. Selepas itu, lakuan untuk aktiviti yang sama tetapi dengan menggunakan lari landas 9 hingga 11 langkah. Pada aktiviti ini, larian hendaklah dilakukan dengan agak laju.

PRINSIP-PRINSIP BIOMEKANIK DI DALAM ACARA LOMPAT TINGGI UNTUK GAYAFOSBURY FLOPBILPERKARAFORMULAPENERANGAN

1.Hukum Newton ketigaF1 = F 21.Semasa lonjakan, tolakkan sebelah kaki ke bumi2.Hayunkan tangan dan kaki hendaklah berhampiran dengan badan supaya mencapai lonjakan yang maksimum

2.Pusat Graviti1.Semasa pusingan badan, pelompat mengekalkan pusat gravity untuk mencapai stability.2.Pelompat menahan pergerakan ke bawah sebelum melonjak ke atas supaya pusat gravity beralih ke bahagian hadapan melibatkan komponen menegak.

3.Stabiliti1. Badan dilentikkan ke belakang semasa lonjakan untuk offset pusat gravity supaya pelompat sentiasa cuba mencari stability.2.Larian dilakukan secara perlahan ke pantas, langkah pendek ke langkah panjang sebelum membuat lonjakan.

4.Geseran1.Kasut hendaklah jenis spike supaya menghasilkan daya yang lebih besar dengan permukaan trek semasa larian.

5.MomentumMV Pelompat hendaklah mempunyai jarak larian yang cukup supaya pelompat dapat halaju yang meksimum bagi jarak itu untuk menghasilkan momentum yang maksimum juga kerana momentum = masa X halaju.

6.Daya centrifugal dan centripetal1.Badan hendaklah melentik ke belakang semasa melepasi palang.2.Semasa melepasi palang, kaki diluruskan manakala kepala mendongak ke atas bagi menghasilkan lompatan yang sempurna.

10) VARIASI LATIH TUBI KEMAHIRAN

Latih tubi kemahiran yang dipilih dalam program ini ialah Plyometrik. Plyometrik ialah sejenis latih tubi yang amat sesuai untuk menghasilkan otot kuasa letupan seperti latihan lompatan yang sangat diperlukan untuk acara sukan yang memerlukan kuasa letupan. Latihan Plyometrik juga memerlukan banyak rutin melompat dan melantun. Antara teknik untuk melakukan aktiviti Plyometrik ialah:i) Melompatii) Mendarat iii) MelonjakLatihan ini dibuat melintasi bangku/kon/ melompat ketingting dan melantun di ruangan yang ada.Ahli-ahli sukan juga dilatih untuk mencuba mengurangkan masa yang digunakan untuk penukaran arah kelajuan masa dan kuasa.

Variasi latih tubiVariasi latih tubi perlulah dibuat samada variasi dari segi masa, tempat, ulangan atau kekerapan untuk menngelakkan kejemuan sehingga menjejaskan objektif.

Jenis-jenis latihan pliometrik

a) Melantun dengan dua belah kaki (lompat jauh)

Prosedur :

Melonjak kuat ke hadapan dan ke atas sambil menghayun lengan ke hadapan. Mendarat segera dan melonjak semula.

b) Melantun kaki bergilir-gilir

Prosedur :

Tangan di belakang kepala, melonjak seberapa jauh dan tinggi yang boleh sebelum mendarat di atas sebelah kaki.

c) Lompatan pantas kedua-dua belah kaki

Prosedur :

Melonjak dan menghayun ke atas seberapa tinggi dan lutut di bawa ke dada, mendarat kemudian melonjak semula.

d) Skip

Prosedur :

Cuba terapung dengan melonjak sebelah kaki kehadapan dan sebelah kaki ke belakang. Hayunan tangan kehadapan dan ke atas.

e) Lompat kangkang

Prosedur :

Tapak tangan di belakang kepala. Melonjak seberapa tinggi yang boleh, mendarat dengan membengkokkan kaki ke hadapan dan melonjak semula.

f) Lompat naik dan turun

Prosedur :

Melompat dengan dua belah kaki melepasi kotak yang diletakkan berjarak. Lompatan diteruskan, mendarat dan seterusnya sehingga selesai.

g) Double leg jump

Prosedur :

Melompat dua belah kaki ke atas kotak. Turun dari kotak, mendarat dua belah kaki dan naik ke kotak kedua, turun dan seterusnya. Buat 8 ulangan iaitu 3 set. Ketinggian kotak : 36 inci.

h) Horizontal swing.

Prosedur :

Memegang beban, membuat hayunan kekiri, kanan dan kebelakang. Buat 12 ulangan 3 set. Berat beban : 10 kg.

11) PRINSIP-PRINSIP LATIHAN YANG RELEVEN.

Beberapa prinsip perlu diikuti untuk mendapatkan hasil yang maksimum. Antara prinsip-prinsip latihan yang releven ialah:

i) Memanaskan badan.

Setiap latihan perlulah dimulakan dengan sesi memanaskan badan (warming up) dan diakhiri dengan sesi melegakan badan (cooling down). Sesi memanaskan badan adalah penting untuk merangsangkan sistem fisiologi badan agar dapat diadaptasi dengan peningkatan fungsi-fungsi metabolisme yang berlaku apabila atlet melakukan aktiviti fizikal yang lebih berat dari biasa. Adaptasi ini membolehkan atlet lompat tinggi bersedia dari segi psikologi dan juga penting bagi mengelak dan mengurangkan berlakunya kecederaan otot.

ii) Perbezaan individu.Program latihan mestilah bersifat individu kerana terdapat perbezaan individu dari segi matlamat, fisiologi, motivasi, genetik dan persekitaran. Oleh itu, program latihan yang sama tidak akan memberikan kesan yang sama ke atas semua individu.

iii) IntensitiDi dalam sesuatu program latihan fizikal, perkara yang perlu diberi penekanan ialah terhadap intensity beban latihan. Intensiti beban latihan diberi dengan mempertingkatkan tempoh latihan supaya atlet bekerja di atas paras kemampuan fizikal masing-masing. Petunjuk paling nyata terhadap intensiti latihan yang baik adalah atlet mencapai kadar nadi latihan ketahap sub maksimun ( 70% hingga 80% KNL). iv) Spesifikasi ( Pengkhususan).Program yang dirancang hendaklah menjurus kepada matlamat yang hendak dicapai latihan yang dirancang perlu melibatkan aktiviti-aktiviti yang dapat mempertingkatkan kekuatan dan daya tahan otot, kelenturan (fleksibiliti) dan lain-lain aspek kecergasan fizikal.

v) Kekerapan latihan

Gerak kerja kecergasan haruslah dijadikan sebahagian aktiviti kehidupan. Kekerapan latihan akan menjamin peningkatan kecergasan fizikal kita. Adalah dicadangkan bahawa sekurang-kurangnya tiga kali seminggu sudah mencukupi bagi seseorang individu untuk mengekalkan kecergasan dan kesihatannya. Bagaimanapun ia haruslah bersesuaian dengan latihan yang dilakukan. Latihan yang mempunyai intensiti rendah dan dilakukan dalam jangka masa yang pendek akan menghasilkan tahap kecergasan yang rendah.

vi) Masa Latihan Masa latihan bergantung rapat dengan intensiti aktiviti latihan. Untuk menaikkan kadar nadi ke tahap 75% daripada 0% (kadar nadi rehat) semasa melakukan aktiviti latihan dalam jarak masa dari 30 minit adalah cukup bagi menghasilkan kecergasan yang signifikan. Pada peringkat permulaan latihan hendaklah dihadkan dalam lingkungan 50% kadar nadi latihan dan tempuh latihan diturunkan 15 ke 20 minit sahaja. Ketika ini tubuh badan kita belum bersedia untuk menerima bebanan yang tinggi. Setelah beberapa minggu berlatih barulah intensiti latihan boleh dipertingkatkan.

10) KAEDAH PEMILIHAN MURID BERBAKAT SELEPAS PROGRAM LATIHAN

Setelah menjalani sesi latihan selama 2 bulan, jurulatih telah dapat mengenalpasti atlet yang berbakat dalam menguasai kemahiran asas khususnya bagi acara lompat tinggi.

11) ASPEK KESELAMATAN YANG HARUS DIUTAMAKANAntara aspek-aspek keselamatan yang perlu diberi perhatian ialah:

a) Atlet yang terlibat perlu menjalani pemeriksaan doktor bagi mengesahkan kesihatan sebelum menjalani sebarang bentuk latihan terutamanya murid-murid sekolah.b) Arahan perlu diberikan dengan jelas untuk mengelakkan salah laku yang mungkin akan menyebabkan kecederaan.c) Memastikan kawasan mendarat disediakan tilam yang tebal tetapi lembut untuk menyerap jatuhan badan selepas melompat.d) Memastikan tiada atlet lain di atas kawasan mendarat terutama semasa latihan.e) Jurulatih perlulah menggunakan tiub getah untuk menggantikan palang semasa latihan lompatan.f) Murid perlulah memakai kasut spike.g) Jurulatih hendaklah memastikan atlet tidak memakai aksesori perhiasan seperti cincin, rantai atau jam tangan.h) Menggalakkan atlet membuat lompatan percubaan atau menguasai diri dengan kawasan dan peralatan yang disediakan.i) Jurulatih perlu memastikan peralatan seperti tilam, tiang, palang dan kawasan larian diperiksa dan selamat digunakan.

12) PERSEDIAAN PASUKAN KE KEJOHANAN SUKAN PERINGKAT DAERAH.

Persediaan pasukan ke kejohanan sukan peringkat Daerah memang telah disusun rapi oleh jurulatih. Segala persiapan mental dan fizikal telah dilakukan mengikut jadual perancangan yang telah disediakan. Semua atlet yang terpilih mempunyai rekod lompatan yang terbaik. Disamping itu, ilmu yang dicurahkan oleh jurulatih yang berpengalaman telah menambahkan lagi keyakinan diri para atlet.

13) PENUTUPLompat tinggi mempunyai urutan sejarah dan perkembangan yang menarik. Setelah melalui pelbagai zaman dan kejohanan, banyak perubahan berlaku dari segi undang-undang, teknik, gaya dan tercipta pula pelbagai kaedah untuk memajukan lagi acara lompat tinggi.Secara keseluruhannya, setiap atlit perlu melihat dan memahami acara lompat tinggi yang kompleks ini. Segala teknik yang dipelbagaikan dan ansur maju yang dipecahkan untuk lebih mudah memahaminyaAtlet . perlu memilih teknik atau gaya yang disukai mengikut keupayaan diri sendiri. Atlet perlu bersedia dari segi fizikal dan mental supaya dapat menumpukan konsentrasi ketika melakukan lompatan. Disamping itu, langkah-langkah keselamatan perlu dipatuhi untuk mengelakkan kemalangan. Apa yang lebih mustahak ialah perlu diadaptasikan ilmu dan pemahaman sains sukan dalam acara lompat tinggi. Pemahaman dan amalan tentang pemakanan atlit juga banyak membantu kejayaan dalam lompat tinggi. Apatah lagi dengan perancangan sistem latihan yang teratur dan juga diadakan pelbagai sesi untuk memantapkan atlit. Segala bentuk latih tubi yang diadakan adalah untuk mengukuhkan kekuatan teknikal acara ini dan peluang untuk membuat kesilapan dapat diminimakan.

RUJUKANModul QGJ 3053 Sukan Individu.Pusat Pendidikan LuarLaman Sesawanghttp://www.lmsipda.net/ppg_lms/file.php/1/MODUL_PPG_SEMESTER_1/PJM3103_Olahraga.pdfhttp://www.lmsipda.net/ppg_lms/file.php/1/MODUL_PPG_SEMESTER_1/PJM3103_Olahraga.pdfhttp://rezasks.blogspot.com/p/lompat-tinggi_14.htmlhttp://rezasks.blogspot.com/p/lompat-tinggi_14.html

PEMARKAHAN

PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2014/2015QGJ 3053SUKAN INDIVIDU

TAJUK TUGASAN B

DISEDIAKAN OLEHNAMANO. MATRIK

ZAFIDA BINTI ZAINAL ABIDIND20112053426

PUSAT PEMBELAJARAN: UPSI20NAMA TUTOR E-LEARNING: EN.NORAZAM BIN MAT ISATARIKH SERAH: 30 NOVEMBER 2014

1.Tajuk1.1 Pertandingan ini dinamakan Kejohanan Badminton Majlis Sukan Sekolah- Sekolah Malaysia Negeri Pahang bawah 12 tahun yang akan bermain secara kalah mati.2. Pendahuluan2.1Pertandingan ini bertujuan melahirkan bakat baru yang terpendam dalam kalangan para pelajar kategori bawah 12 tahun di Negeri Pahang. Pertandingan ini akan disertai oleh para pelajar dari semua Daerah di Negeri Pahang. Di samping itu, pertandingan ini juga bertujuan melahirkan atlet sukan badminton yang dapat memenuhi kriteria sebagai pemain badminton yang berkualiti di peringkat yang lebih tinggi. Selain itu, para pelajar yang mengikuti pertandingan ini dapat memperoleh ilmu pengetahuan dari segi teknik bermain, syarat dan peraturan serta lain-lain. Melalui pertandingan ini juga, secara tidak langsung dapat memupuk minat serta semangat kesukanan yang tinggi dalam sukan badminton. Oleh itu, dengan adanya pertandingan ini, sukan badminton dapat diperkembangkan sekaligus dapat mencungkil bakat-bakat baru yang boleh meningkatkan Sukan badminton dalam kalangan pelajar-pelajar di Negeri Pahang.3. Objektif 3.1 Menyediakan peluang dan ruang kepada para pelajar bawah 12 tahun di Negeri Pahang agar dapat mempamerkan bakat dan bertanding ke peringkat lebih tinggi. 3.2 Mencungkil bakat baru dalam sukan badminton yang boleh dijadikan pelapis kepada pemain sedia ada.3.3 Meningkatkan kemahiran bermain badminton antara pelajar-pelajar. 3.5 Mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar.3.6 Mewujudkan semangat kesukanan dalam diri pelajar. 3.7Memupuk semangat kerjasama antara Pengelola dan peserta dalam menjalankan sesuatu program.4. Matlamat 4.1 Supaya dapat menilai potensi dan prestasi atlet dalam permainan badminton untuk dibawa ke pertandingan peringkat yang lebih tinggi. 4.2 Menekankan kesederhanaan permainan badminton yang berkualiti.5. Ahli jawatankuasa indukPenaung:Jabatan Pelajaran Negeri PahangPengerusi Pengarah:Pegawai Pelajaran Daerah Rompin Penyelaras Kokurikulum:Encik Ahmad Fahmi B. Ramli Penyelaras permainan:Encik Yuzaini Afnan B. AbasKetua program:Encik Razali B. ZakariaPenolong program:i. Puan Azlina Bt. Ramlan ii. Cik Marlini Bt Othman7. Ahli Jawatankusa pelaksanaPengerusi program: Mohd Azman B. SafariTimbalan pengerusi projek: Muhammad Firdaus B. MahmoodSetiausaha: Pn. Nur Salina Bt. AdrusPeralatan dan keselamatan: Encik Ahmad Kamal B. MuhaiminMakanan dan minuman: Cik Shamsiah Bt Shahrizal* AJK lain disertakan dalam lampiran 1

8. TentatifHari pertama kejohanan 28 Mei 2014 ( Rabu )0800 1200Pusingan peringkat kumpulan/individu1300 1700 Pusingan peringkat kumpulan/individuHari kedua pertandingan 29 Mei 2014 ( Khamis )0800 1100Pusingan separuh akhir1300 1400Perlawanan tempat ketiga1400 1500Perlawanan akhir1500 1530Penutup* Jadual kejohanan disertakan dalam lampiran 2

9.Pengelola 9.1 SK Bukit Ridan,Rompin.10. Tempat Kejohanan 10.1 Dewan Tertutup Sek. Men. Keb. Muadzam Shah.11. Tempat Penginapan 11.1 Asrama Sek. Men. Keb. Muadzam Shah.12. Bilangan gelanggang : empat buah.

13. Maklumat Kejohanan. 13.1 Tarikh Penggundian : 20 Mei 2014 13.2 Tarikh Kejohanan: 28-29 Mei 2014 28 Mei 2014 : Bawah 12 tahun 29 Mei 2014 : Separuh akhir dan akhir. 13.3 Masa Kejohanan : 9.00 pg- 6.00 petang.

14. . Kategori dan Acara 14.1 Kategori dan acara yang akan dipertandingkan adalah seperti berikut: 14.1.1 Bawah 12 Tahun Individu Lelaki 14.1.2 Bawah 12 Tahun Individu Perempuan 14.1.3 Bawah 12 Tahun Beregu Lelaki 14.1.4 Bawah 12 Tahun Beregu Perempuan 15. Penyertaan 15.1 Setiap Daerah diminta untuk menghantar penyertaan seramai 15 orang peserta yang melibatkan: 15.1.1 Pengurus (1 orang) 15.1.2 Jurulatih (2 orang) 15.1.3 Bawah 12 Tahun Individu Lelaki (2 orang) 15.1.4 Bawah1 2 Tahun Individu Perempuan (2 orang) 15.1.5 Bawah 12 Tahun Beregu Lelaki (4 orang) 15.1.6 Bawah 12 Tahun Beregu Perempuan (4 orang) JUMLAH : 15 orang 16. Syarat-Syarat Am Penyertaan Para peserta yang dicadang menyertai kejohanan ini hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut: 16.1 Lelaki atau perempuan tidak melebihi umur 12 tahun pada 31 Disember 2014; 16.2 Tidak pernah mewakili negeri di mana-mana kejohanan badminton dalam dan luar Negara.

17. Undian dan Ranking 17.1 Undian akan dikelolakan oleh pengadil Kejohanan yang dilantik. 17.2 Semua Pengurus Pasukan boleh menghantar wakil untuk menyaksikan undian, atas perbelanjaan sendiri. 17.3 Pemain bagi setiap Daerah hanya akan diasingkan untuk ranking pertama dan kedua sahaja berdasarkan kekuatan (ranking) daerah masing-masing. 18. Penarikan dan penukaran. 18.1. Penarikan dan penukaran pemain hendaklah dibuat 1 minggu sebelum daripada tarikh undian dibuat. 18.2. Penukaran / gantian pemain selepas undian hanya dibenarkan berdasarkan syarat berikut: 18.2.1. Pengurus pasukan hendaklah memaklumkan penarikan penyertaan Selewat-lewatnya semasa mesyuarat pengurus pasukan, dan surat sokongan perubatan sahaja yang akan diterima untuk penukaran/gantian pemain.

19. Peraturan-peraturan Am Pertandingan :

Perlawanan dijalankan mengikut undang undang BWF. Jika pemain gagal memasuki gelanggang 5 minit selepas namanya diumumkan , kemenangan percuma akan diberi kepada pihak lawannya yang telah melaporkan diri. Jadual perlawanan tertakluk kepada pindaan dan pemain adalah bertanggunjawab mendapatkan maklumat mengenai jadual terkini. Setiap BANTAHAN , mesti disertakan wang tunai sebanyak RM50.00 bersama surat bantahan dan bukti kepada pihak penganjur dan akan dipulangkan jika bantahan berjaya. Jika tidak Berjaya, wang bantahan tidak akan dipulangkan . Keputusan pengadil mengenai point of fact adalah muktamad, pemain boleh merayu kepada pengadil kehormat mengenai undang undang. Keputusan Pengadil Kehormat adalah muktamad. Pihak penganjur tidak bertanggunjawab di atas sebarang kecederaan, kehilangan harta benda sebelum, semasa dan selepas kejohanan. Jawatankuasa pertandingan ini berhak mengambil/ membuat sebarang perubahan dan keputusan jika timbul sebarang masalah dalam kejohanan ini dan keputusan yang diambil adalah MUKTAMAT.

19.1 Peraturan tambahan Selain dari peraturan umum di atas,jawatankuasa penganjur adalah berhak meminda atau mengadakan peraturan-peraturan tambahan,selaras dengan matlamat penganjuran.20. Format Pertandingan. 20.1 Sistem pertandingan dijalankan secara kalah mati. 20.2 Undian pertandingan akan dijalankan oleh Jawatankuasa Pengelola bersama- sama pemain pengurus pada tarikh yang telah ditetapkan berdasarkan jadual pertandingan21.Cadangan jadual pelaksanaan bagi kejohanan ini adalah seperti di LAMPIRAN 222. Pendaftaran Pemain dan Pegawai. 22. 1 peserta hendaklah dibuat dua minggu sebelum kejohanan dengan menggunakan disket/borang penyertaan rasmi yang disediakan oleh Jawatankuasa pengelola.Contohnya mengandungi maklumat seperti nama, tarikh lahir, no. S/beranak. 22.2 Butir-butir tentang peserta hendaklah lengkap dan disahkan oleh Guru Besar. 22.3 Pengelola Kejohanan Setiap pasukan boleh mendaftarkan 2 orang pemain perseorangan (lelaki dan Perempuan) dan 2 beregu (Lelaki dan Perempuan). 22.4 Setiap pemain hendaklah mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam peraturan Am MSSM. 22.5 Peserta hendaklah bertanding dalam kategori umur masing-masing(contoh: peserta 10 tahun tidak boleh bertanding dalam kategori umur 12 tahun dan sebaliknya)23. Pengesahan Peserta-Peserta23.1 Penganjur akan member mandate kepada jawatankuasa pertandingan 10 hari sebelum kejohanan untuk membuat undian dan buku pertandingan akan dikeluarkan serta diedarkan kepada semua pengurus pasukan sekolah.23.2 Nama-nama peserta yang akan mengambil bahagian dalam semua acara hendaklah disahkan selewat-lewatnya pada mesyuarat tersebut.Segala pertukaran boleh dilakukan delam mesyuarat tersebut.24. Taklimat Pengurus-Pengurus PasukanSemasa taklimat ini,hanya penarikan diri TANPA penggantian dibenarkan.

25. Penarikan Diri Semasa Kejohanan Dijalankan25.1 Jika didapati salah seorang peserta setelah disahkan semasa Taklimat pengurus-pengurus pasukan,tidak mengambil bahagian dalam sssuatu acaranya,KECUALI jika dapat mengemukakan surat pengesahan sakit/cedera daripada Pegawai Perubatan Kejohanan,atlet berkenaan tudak akan dibenarkan menyertai acara-acara seterusnya yang didaftarkan atas namanya.25.2 Peserta yang menarik diri daripada mana-mana acara selepas mengambil bahagian dalam pusingan awal,tanpa surat pengesahan sakit/cedera daripada Pegawai Perubatan Kejohanan,adalah dianggap sebagai menarik diri daripada semua acara seterusnya yang didaftarkan atas namanya.25.3 Peserta yang menarik diri daripada mana-mana acara atas nasihat Pegawai Perubatan kejohanan,hanya boleh mengambil bahagian seterusnya dalam semua acara yang didaftarkan atas namanya dengan mengemukakan surat pengesahan daripada Pegawai Perubatan Kejohanan kepada Pengurus Kejohanan.

26. Melapor Diri Peserta26.1 Semua peserta melaporkan diri sekuarng0kurangnya 15 minit sebelum waktu acara berkenanan dijadualakjan berlangsungSelepas itu mereka diiringi ketempat pertandingan oleh Penyelia Peserta.26.2 Peserta peserta tidak dibenarkan melaporkan diri terus kepada Pegawai teknik dalam arena pertandingan.26.3 Peserta-peserta hendaklah berpakaian lengkap dan mempunyai peralatan permainan masing-masing yang lengkap.

27. Prosedur Masuk Dan Keluar Arena PertandinganPeserta hendaklah berbaris apabila dibawa masuk dan keluar daripada arena pertandingan diiringi oleh Penyelia Peserta.28. Hal-Hal Lain28.1 Tempat-tempat khas akan disediakan untuk peserta-peserta dan pegawai-pegawai.Individu yang tidak berkenaan DILARANG masuk ketempat-tempat khas tersebut.28.2 Selain daripada Pegawai-pegawai Teknik yang bertugas dan peserta-peserta yang mengambil bahagian,TIDAK SESIAPA DIBENARKAN MASUK KE ARENA PERTANDINGAN KECUALI DENGAN KEBENARAN PENGURUS KEJOHANAN.28.3 Jawatankuasa tidak bertanggungjawab ke atas kemalangan,kematian,kecacatan anggota,kehilangan anggota badan/harta benda atau sebarang kecederaan berlaku: a) Semasa perjalanan pergi dan balik dari sekolah ke tempat pertandingan. b) Semasa kejohann dijalankan c) Di dalam dan di luar kawasan pertandingan. 28.4 Walau bagaimanapun,pihak Pengelola Kejohanan akan berusaha untuk mengambil langkah-langkah bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan peserta dan pegawai terjamin setakat mana yang munasabah. * Borang pendaftaran seperti di lampiran 3

29. Anggaran perbelanjaan.A) MAKANAN DAN MINUMANMakanan AJKRM 5.00 x 2 hari x 19 orangRM 190.00Air mineralRM 10.00 x 2 hari x 2 kotakRM 22.00Jamuan penutupan majlisRM 3.00 x 70 orangRM 210.00 RM 422.00 B) HADIAHPerasmi programRM 50.00 x 1RM 50.00JohanRM 80.00 x 1RM 80.00Naib johanRM 60.00 x 1RM 60.00Ketiga dan keempatRM 40.00 x 2RM 80.00SaguhatiRM 20.00 x 2RM 40.00RM 280.00

C) Bulu tangkis RM 40.00 x 14 tabungRM 560.00

D) PengadilRM 3.00 x 50 perlawananRM 150.00

RM 710.00

ANGGARAN JUMLAH PERBELANJAAN RM 1442.00

30. PenutupSebagai kesimpulan, diharapkan dengan penganjuran pertandingan ini akan dapat membentuk jati diri para pemain. Pengalaman dan pengajaran yang diterima dapat memajukan sukan badminton. Semoga dengan menyertai kejohanan ini dapat memberi kebaikan kepada semua pihak yang terlibat sekaligus mengeratkan hubungan silaturahim yang telah sedia terjalin.Sekian, terima kasih.MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARADisediakan oleh,Disemak oleh:.........(Pn. Nur Salina binti Adrus)(En. Ahmad Fahmi b. Ramli)Setiausaha, Penyelaras Kokurikulum,Kejohanan BadmintonKejohanan BadmintonMSSM Negeri Pahang.MSSM Negeri Pahang.

Disahkan oleh: .(En. Hashim b. Yusuf) Pegawai Pelajaran Daerah Rompin

Lampiran1AHLI JAWATANKUASAPELAKSANABiro UrusetiaAJK Hadiah/ CenderamataPn. Arni Farzilah bt. Ahmad Pn. Fadilah bt. Ahmad LutfiPn. Noraini bt. AmirulPn. Hjh. Roslah bt. MustafaAJK PublisitiPn. Sakinah bt. AdnanEn. Mohd Muhaimin b. ZainuddinAJK GelanggangPengacara MajlisCik Aiyah bt. MahazhirPn. Siti Nurbaya bt. RazaCik Azmahan bt. HamzahPn. Faizatul akma bt. HussinEn. Amirul Hakimi b. AbdullahAJK PenginapanPn.Nurul Jannah bt. SamadEn. Ammar b. HishamEn. Aflan b. HashimPn. Kalsum bt. Awang KasimPn. Aini Nabihah bt. MustafaEn. Lokman Hakim b. EmbungEn. Fatah Al-Rasyid b. MuhammadEn. Hafnan b. DaudPn. Azura bt. KassimAJK JamuanCik Asiah bt HasbullahPn. Erlina bt. ZakariaLampiran 2JADUAL PELAKSANAANKUMPULAN AKUMPULAN B

PASUKAN 1PASUKAN 4

PASUKAN 2PASUKAN 5

PASUKAN 3PASUKAN 6

Peringkat kumpulan dan individuPasukan 1 lawan Pasukan 2Pasukan 4 lawan Pasukan 5Pasukan 2 lawan Pasukan 3Pasukan 5 lawan Pasukan 6Pasukan 3 lawan Pasukan 1Pasukan 6 lawan Pasukan 4Peringkat separuh akhir 1Juara kumpulan A lawan Naib juara kumpulan BPeringkat separuh akhir 2Juara kumpulan B lawan Naib juara kumpulan ATempat ketigaPerlawanan akhirPemenang separuh akhir 1 lawan Pemenang separuh akhir 2

Lampiran 3Borang Pendaftaran Peserta Kejohanan Badminton MSSM Negeri Pahang 2014.Pasukan

Kategori umur

Guru Pengiring

Pengadil

Kategori Perseorangan Lelaki.BilNama PemainNo.S/B@ I/CNo.Daftar Sekolah

Kategori Perseorangan Perempuan.BilNama PemainNo.S/B@ I/CNo.Daftar Sekolah

Kategori Beregu LelakiBilNama PemainNo.S/B@ I/CNo.Daftar Sekolah

Kategori Beregu Perempuan.BilNama PemainNo.S/B@ I/CNo.Daftar Sekolah

Saya mengesahkan bahawa segala maklumat yang dinyatakan di atas adalah benar.

T/T:. Tarikh:( Cop rasmi Guru Besar/ Pen. Kanan)

Laporan selepas Kejohanan. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana Kejohanan Badminton MSSM eringkat Negeri Pahang bawah 12 tahun ini Berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Terima kasih kepada semua pihak terutama Jabatan Pelajaran Negeri Pahang, Pejabat Daerah seluruh Negeri Pahang, Ajk Pengelola, pengurus pasukan, jurulatih-jurulati h serta pelajar kerana memberikan kerjasama yang erat dalam menjayakan Kejohanan ini. Sesungguhnya, Kejohanan Badminton ini Berjaya mencungkil bakat-bakat baru dari setiap Daerah di Negeri Pahang. Para pemain juga bermain dengan bersungguh-sungguh. Insya Allah kita cuba perbaiki segala kelemahan di masa akan datang. Semoga Pada tahun hadapan, kita akan dapat meneruskan pertandingan ini lagi kerana ia dapat meningkatkan mutu permainan para pemain semua.

Disediakan oleh:Disahkan oleh:. .. (Pn. Nur Salina bt Adrus)(En. Hashim b. Yusuf)Setiausaha,Pegawai Pelajaran Daerah Rompin.Kejohanan Badminton MSSM Negeri Pahang bawah 12 tahun.

Laporan bergambar.

Gambar Pertandingan Badminton Peringkat Daerah Yang Telah Dipertandingkan

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH ROMPIN, 26800, KUALA ROMPIN, PAHANG DARUL MAKMUR

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Ruj. Kami : PPDRPN.PSR.500-4/1/6 (50) Tarikh : 22 Mac 2014Melalui,Melalui : - Pegawai Pelajaran Daerah / Ketua Unit / Pengetua / Guru Besar,Tuan,MESYUARAT PENGELOLA KEJOHANAN BADMINTON MSSM BAWAH 12 TAHUN PERINGKAT NEGERI PAHANG.Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.2. Sukacita dimaklumkan bahawa tuan telah dilantik sebagai Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Badminton Mssm Bawah 12 Tahun Peringkat Negeri Pahang.3.Sehubungan dengan itu, tuan telah dilantik untuk menjadi Jawatankuasa Kecil kejohanan tersebut (rujuk surat panggilan mesyuarat)4. Mesyuarat pertama Jawatankuasa pengelola Kejohanan Badminton MSSM Peringkat Negeri Pahang bawah 12 tahun akan diadakan seperti ketetapan berikut:Tarikh: 01 APRIL 2014 (Khamis)Tempat : Bilik Gerakan SK.Bukit Ridan,26700 Muadzam Shah.Masa : 10.00 pagi.Agenda : a. Ucapan Pengerusib. Taklimat oleh Ketua Unit Sukanc. Lantikan Jawatankuasa Pengelolaand. Membincangkan bidang tugas JKK. e. Taklimat perbelanjaan oleh Bendahari f. Hal-hal lain

5. Dipohon jasa baik Pegawai Pelajaran Daerah / Ketua Unit / Pengetua / Guru Besar agar dapatmembenarkan pegawai/guru yang berkenaan untuk menghadiri mesyuarat ini. 6. Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.BERKHIDMAT UNTUK NEGARA(PN. Nur Salina bt Adrus)Setiausaha,Kejohanan Badminton,MSSM Peringkat Negeri Pahang.

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH ROMPIN, 26800,KUALA ROMPIN PAHANG DARUL MAKMUR.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PAHANGRuj. Kami: PPDRPN.PSR.500-4/1/6 (51)BANDAR INDERA MAHKOTATarikh : 28 April 201425604 KUANTANTuan,MEMOHON SUMBANGAN BAGI KEJOHANAN BADMINTON MSSM BAWAH 12 TAHUN PERINGKAT NEGERI PAHANG.Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.2.Sukacita dimaklumkan bahawa , Kejohanan Badminton MSSM Peringkat Negeri Pahang bawah 12 tahun akan diadakan seperti ketetapan berikut:Tarikh: 28 hingga 29 Mei 2014 (Rabu-Khamis)Tempat : Dewan Terbuka Sek. Men. Keb. Muadzam Shah.Masa Pendaftaran : 7.30 pagi.3. Sehubungan dengan itu, saya ingin memohon sumbangan dari pihak tuan bagi menjayakan Kejohanan tersebut. Bersama-sama ini disertakan : 3.1Kertas Kerja Kejohanan Badminton MSSM Peringkat Negeri Pahang bawah 12 tahun.4.Semoga sumbangan yang diberi akan dapat melancarkan aktiviti Kejohanan tersebut dan dapat merealisasikan Program 1 Murid 1 Sukan yang telah diterapkan di semua sekolah-sekolah . 5. Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.BERKHIDMAT UNTUK NEGARA(PN. Nur Salina bt Adrus)Setiausaha,Kejohanan Badminton,MSSM Peringkat Negeri Pahang.

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH ROMPIN, 26800,KUALA ROMPIN PAHANG DARUL MAKMUR.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Pengetua, Ruj. Kami: PPDRPN.PSR.500-4/1/6 (52)Sek. Men. Keb. Muadzam Shah,Tarikh : 28 April 201426700, Muadzam shah.Tuan,MEMOHON PENGINAPAN ASRAMA BAGI KEJOHANAN BADMINTON MSSM BAWAH 12 TAHUN PERINGKAT NEGERI PAHANG.Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.2.Sukacita dimaklumkan bahawa , Kejohanan Badminton MSSM Peringkat Negeri Pahang bawah 12 tahun akan diadakan seperti ketetapan berikut:Tarikh: 28 hingga 29 Mei 2014 (Rabu-Khamis)Tempat : Dewan Terbuka Sek. Men. Keb. Muadzam Shah.Masa Pendaftaran : 7.30 pagi.3. Sehubungan dengan itu, saya ingin memohon bilik asrama bagi penginapan para peserta dan pengurus pasukan dalam menjayakan Kejohanan tersebut. Bersama-sama ini disertakan : 3.1Kertas Kerja Kejohanan Badminton MSSM Peringkat Negeri Pahang bawah 12 tahun.4.Semoga kerjasama yang diberi akan dapat melancarkan aktiviti Kejohanan tersebut dan dapat merealisasikan Program 1 Murid 1 Sukan yang telah diterapkan di semua sekolah-sekolah . 5. Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.BERKHIDMAT UNTUK NEGARA(Pn. Nur Salina bt Adrus)Setiausaha,Kejohanan Badminton,MSSM Peringkat Negeri Pahang

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH ROMPIN, 26800, KUALA ROMPIN, PAHANG DARUL MAKMUR

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Pengetua, Ruj. Kami: PPDRPN.PSR.500-4/1/6 (53)Sek. Men. Keb. Muadzam Shah, Tarikh : 28 April 201426700, Muadzam Shah,Tuan,MEMOHON MENGGUNAKAN DEWAN SEKOLAH BAGI KEJOHANAN BADMINTON MSSM BAWAH 12 TAHUN PERINGKAT NEGERI PAHANG.Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.2.Sukacita dimaklumkan bahawa , Kejohanan Badminton MSSM Peringkat Negeri Pahang bawah 12 tahun akan diadakan seperti ketetapan berikut:Tarikh: 28 hingga 29 Mei 2014 (Rabu-Khamis)Tempat : Dewan Terbuka Sek. Men. Keb. Muadzam Shah.Masa Pendaftaran : 7.30 pagi.3. Sehubungan dengan itu, saya ingin memohon untuk menggunakan dewan sekolah tersebut bagi menjayakan Kejohanan tersebut. Bersama-sama ini disertakan : 3.1Kertas Kerja Kejohanan Badminton MSSM Peringkat Negeri Pahang bawah 12 tahun.4.Semoga kerjasama yang diberi akan dapat melancarkan aktiviti Kejohanan tersebut dan dapat merealisasikan Program 1 Murid 1 Sukan yang telah diterapkan di semua sekolah-sekolah . 5. Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.BERKHIDMAT UNTUK NEGARA(Pn. Nur Salina bt Adrus)Setiausaha,Kejohanan Badminton,MSSM Peringkat Negeri Pahang.

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH ROMPIN, 26800, KUALA ROMPIN, PAHANG DARUL MAKMUR

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Ketua, RELA,Muadzam Shah Ruj. Kami: PPDRPN.PSR.500-4/1/6 (53) Muadzam Shah, Tarikh : 28 April 201426700, Muadzam Shah,Tuan,MEMOHON KAWALAN KESELAMATAN DAN LALULINTAS SEPANJANG KEJOHANAN BADMINTON MSSM BAWAH 12 TAHUN PERINGKAT NEGERI PAHANG.Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.2.Sukacita dimaklumkan bahawa , Kejohanan Badminton MSSM Peringkat Negeri Pahang bawah 12 tahun akan diadakan seperti ketetapan berikut:Tarikh: 28 hingga 29 Mei 2014 (Rabu-Khamis)Tempat : Dewan Terbuka Sek. Men. Keb. Muadzam Shah.Masa Pendaftaran : 7.30 pagi.3. Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Pengelola ingin memohon bantuan pihak tuan untukmembuat kawalan keselamatan dan lalulintas sepanjang kejohanan tersebut. 4. Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.BERKHIDMAT UNTUK NEGARA(Pn. Nur Salina bt Adrus)Setiausaha,Kejohanan Badminton,MSSM Peringkat Negeri Pahang.