assig Pentaksiran baru
-
Upload
logeswary-ramasamy -
Category
Documents
-
view
34 -
download
2
description
Transcript of assig Pentaksiran baru
KKP PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
1.0 PENGENALAN
Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah merupakan subjek yang memperjelasdan
memfokuskan teknik-teknik dalam mengaplikasikan pengertian dan konsep
pentaksiran,pengujianan dan penilaian. Disamping itu, pembelajaran subjek ini juga
menekankan tentang taksonomi Bloomdan juga domain Krathwohl dalam pembinaan jadual
spesifikasi ujian dan soalan ujian bagimata pelajaran Bahasa Melayu secara khusus.
Selain itu, cara penilaian dan pemilihan jenis dan kaedah penilaian kemahiranbahasa
dan sistem Bahasa Melayu dalam melaksanakan pemarkahan ujian Bahasa Melayuturut
ditekankan secara terperinci. Penjelasan konsep dan prinsip pengujianan, penilaiandan
pengukuran serta teori-teori kognitif, afektif dan psikomotor turut terkandung sebagaiagenda
utama dalam pembelajaran subjek ini.
Untuk merealisasikan hasil pembelajaran subjek ini, satu tugasan
berkaitanpembinaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) dilaksanakan dengan berpandukan
pada soalankefahaman dan penulisan Bahasa Melayu bagi Ujian Pencapaian Sekolah
Rendah,Lembaga Peperiksaan Malaysia. Oleh yang demikian, kefahaman mengenai definisi
dankonsep pembinaan JSU ini dapat diperjelaskan dengan lebih lanjut lagi. Di samping
itu,huraian ciri-ciri JSU yang berkualiti dan sejauh mana keberkesanan JSU yang dibina
turutditekankan dalam penghasilan tugasan ini bagi membantu meningkatkan
prestasipengajaran Bahasa Melayu di sekolah.
Dalam sistem pendidikan, penilaian atau pengujian amat penting kerana ia menilai
proses pengajaran-pembelajaran. Tujuannya berbagai-bagai. A. E. Ashworth (1982) dalam
Testing for Continous Assessment: A Handbook for Teacher in School and College (London:
Evans, Yorkshire) memberi tujuh tujuan pengujian/penilaian iaitu untuk dorongan, diagnosis,
menilai, memilih, melapor, membanding dan meramal.
Dalam sistem penilaian/pengujian, pelbagai cara digunakan: melalui peperiksaan,
kerja kursus, gerak kerja berkumpulan, projek dan sebagainya. Walau bagaimanapun,
kebanyakan cara penilaian/pengujian melibatkan soalan-soalan. Oleh itu, adalah penting
untuk diberi perhatian kepada aspek-aspek kemahiran pembinaan soalan. Tambahan pula,
dalam perkembangan sistem pendidikan kita sekarang, yang peperiksaan awam secara
berpusat adalah salah satu komponen penting, yang mahu diterapkan kepada pelajar dan
yang mahu dicungkilkan daripada pelajar antaranya adalah kemahiran-kemahiran kognitif.
BMM3101 1
KKP PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
Semoga, hasil tugasan ini dapat memberi manfaat kepada semua yang berkenaan
dalam menjayakan usaha memartabatkan Bahasa Melayu dalam pengajaran kepada
seorang pendidik
2.0 MENJELASKAN TAKSONOMI BLOOM DAN DOMAIN KRATHWOHL DAN MENGHUBUNGKAITKANYA DENGAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT/HOTS)_____________________________________________________________________________________________________
Menurut,Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) taksonomi ialah kajian tentang prinsip,
peraturan, dan amalan dalam pengelasan organisma berdasarkan persamaan dan
perbezaaan sifat organisma itu. Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah satu model yang
biasa digunakan untuk menganalisa bidang-bidang pendidikan. Ia berkaitan dengan objektif-
objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti pengetahuan, kesikapan dan
psikomotor. Terdapat tiga domain utama dalam pendidikan iaitu ,domain kognitif, domain
afektif,domain psikomotor. Domain kognitif melibatkan perkembangan pemikiran
pelajar.Domain afektif melibatkan perkembangan sikap dan nilai pelajar. Domain psikomotor
melibatkan perkembangan kemahiran fizikal pelajar. Taksonomi Bloom menitikberatkan
aspek kognitif atau pengetahuan. Bercorak hierarki dari tahap rendah ke tahap tinggi.
Dengan ini, membuat soalan pelbagai aras untuk menguji tahap berfikir pelajar.
Kamus Dewan Edisi Keempat (2005)
Gambarajah 1: Hieraki Taksonomi Bloom
Domain Krathwohl pula Krathwohl dan rakan-rakan, (1964) adalah antara penyelidik
yang julungkali menggunakan terminologi ‘afektif’ (affective) dalam memperkenalkan satu
lagi domain penting dalam hidup manusia. Ia digunakan sebagai satu lagi objektif
pengajaran di samping aras-aras yang terdapat dalam domain kognitif yang telah
diperkenalkan oleh Bloom dan rakan-rakan pada tahun 1956. Krathwohl mengkategorikan
BMM3101 2
KKP PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
domain afektif sebagai terdiri daripada penerimaan (receiving), tindak-balas (responding),
menilai (valuing), menyelaraskan sistem nilai (organizing a value set), dan mengamalkan
sesuatu mengikut sistem nilai yang kompleks (characterizing by value complex).
Taksonomi bloom dan domain krathwohl saling mempunyai hubungkaitan dengan
kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT/HOTS). Kemahiran berfikir aras tinggi bermaksud
keupayaan seseorang individu untuk membuat tafsiran secara kritis tentang sesuatu perkara
dalam menyuarakan pendapat dan membuat keputusan. Penggunaan minda secara meluas
berlaku apabila seseorang itu perlu mentafsir, menganalisis atau memanipulasi maklumat
untuk menjawab soalan atau menyelesaikan masalah yang dikemukakan. Transformasi
kurikulum pendidikan (PPPM) 2013-2025: penekanan kepada konsep kemahiran berfikir
aras tinggi (KBAT/ HOTS). PPPM – enam ciri utama yang perlu ada dalam diri murid, salah
satu adalah seorang murid perlu mempunyai elemen kemahiran berfikir aras tinggi. Ia
merujuk kepada empat aras teratas dalam Taksonomi Bloom iaitu
mengaplikasi,menganalisis,menilai dan mencipta.
Jika kita melihat pada Taksonomi Bloom elemen-elemen tertentu sahaja merujuk
kepada konsep kemahiran berfikiran aras tinggi. Pertamanya elemen mengaplikasi iaitu aras
mengaplikasi merujuk pada kemampuan untuk menjalankan atau menggunakan sesuatu
prosedur dalam situasi tertentu. Contohnya, selepas anda belajar cara-cara membaiki pili di
bengkel sekolah, anda menjalankan kerja membaiki pili yang rosak di rumah. Hal ini
menunjukkan anda telah mengaplikasi kemahiran membaiki pili di rumah setelah belajar di
sekolah. Berikut merupakan beberapa aktiviti berguna untuk membangunkan pemikiran
dalam aras mengaplikasi. Cubalah aktiviti berikut selepas anda selesai membaca suatu
cerita atau topik. Aras ini membekalkan pelajar dengan peluang untuk menggunakan
maklumat yang dibaca dari petikan ke atas situasi berlainan. Contoh aktiviti aras
mengaplikasi adalah aplikasikan ciri-ciri utama petikan sama ada ke atas manusia, haiwan
atau perkara lain., mengaplikasi suatu ciri utama ke situasi baru, mendemonstrasi isi
kandungan petikan, menguji apa yang telah dipelajari sama ada ia adalah benar atau tidak
dan demonstrasikan apa yang telah anda pelajari di tempat atau situasi yang lain.
Berikutnya, Aras menganalisis merujuk pada proses menceraikan bahan atau
konsep kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil, mengenal pasti bagaimana bahagian-
bahagian kecil ini berhubung antara satu sama lain atau struktur mahupun tujuan secara
keseluruhan. Contohnya, anda mengasingkan bahagian-bahagian kecil sebuah kipas meja
dan mengenal pasti fungsi setiap bahagian kecil tersebut seperti bilah kipas, motor,penutup
dan suis. Pada masa yang sama, anda juga cuba memahami bagaimana setiap bahagian
kecil ini saling berkait dan bagaimana kesemua bahagian-bahagian kecil ini bergabung
BMM3101 3
KKP PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
untuk menghasilkan satu tujuan (dalam kes ini, kipas berputar dan menghasilkan angin). Hal
ini menunjukkan bahawa anda telah berupaya menganalisis bahagian-bahagian kecil dan
fungsi sebuah kipas meja. Berikut merupakan beberapa aktiviti berguna untuk
membangunkan pemikiran dalam aras menganalisis. Cubalah aktiviti berikut selepas anda
selesai membaca suatu cerita atau topik. Aras ini membekalkan pelajar dengan peluang
untuk menguji maklumat yang dibaca dan meningkatkan pemahaman bagi keseluruhan
petikan.
Aras menilai merujuk pada proses membuat penilaian berdasarkan kriteria atau
piawaian tertentu. Contohnya, anda ingin membeli serbuk pencuci di pasa raya. Terdapat 5
jenis serbuk pencuci (jenama A, B, C, D dan E) yang dijual di pasa raya tersebut. Anda
memilih jenama B setelah membuat pertimbangan ke atas harga sekilo, kuasa pencucian
dan keharumannya. Dalam kes ini, pemilihan telah dilakukan berdasarkan kriteria seperti
harga, kuasa pencucian dan keharuman. Hal ini menunjukkan anda telah menilai jenama
serbuk pencuci yang paling sesuai untuk dibeli berdasarkan kriteria tertentu. Berikut
merupakan beberapa aktiviti berguna untuk membangunkan pemikiran dalam aras menilai.
Cubalah aktiviti berikut selepas anda selesai membaca suatu cerita atau topik. Aras ini
membekalkan pelajar dengan peluang untuk menghasilkan pendapat berdasarkan
keputusan rasional.
Akhir sekali, aras merekacipta Aras mereka merupakan kebolehan menggabungkan
elemen-elemen bersama untuk membentuk suatu yang saling berkait atau berfungsi sebagai
satu; pengorganisasian semula elemen-elemen kepada suatu pola atau struktur yang baru.
Berikut merupakan beberapa aktiviti berguna untuk membangunkan pemikiran dalam aras
mereka. Cubalah aktiviti berikut selepas anda selesai membaca suatu cerita atau topik. Aras
ini membekalkan pelajar dengan peluang untuk menggabungkan bahagian-bahagian kecil
untuk menghasilkan idea baru atau mencipta produk baru. Contoh aktiviti merekacipta
adalah mereka satu cerita untuk mengingat petikan yang dibaca, menulis semula beberapa
tajuk baru bagi petikan yang dibaca, mereka poster untuk menggalakkan individu lain
membacanya, mengkonstruk semula isi utama dalam petikan, bayangkan diri anda terlibat
dalam situasi petikan, mereka isi utama asli ke atas petikan dan menulis lirik dan muzik
berdasarkan petikan.
Jika kita tinjau aras Domain Krathwohl, beberapa konsep seperti penerimaan, gerak
balas,menilai dan oraginisasi dapat menghubungkaitkan dengan kemahiran berfikir aras
tinggi.
BMM3101 4
KKP PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
3.0 JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)
SOALAN-SOALAN KERTAS BAHASA MELAYU SK TAHUN 3
KEMAHIRAN DAN ASPEK
STANDARD PEMBELAJARAN JAM A3 A4 A5 A6 JUMLAH ITEM
Kemahiran Mendengar dan
Bertutur
1.3.1 Mendengar , memahami dan memberikan respons yang sesuai secara lisan atau gerak laku terhadap arahan berdasarkan ayat perintah jenis ayat permintaan dan ayat suruhan dengan betul.
60
2
4
1.5.2 Menceritakan sesuatu perkara yang dibaca dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk dengan betul.
1 1
Kemahiran Membaca
2.2.1 Membaca dan memahami perkataan berimbuhan awalan dan berimbuhan akhiran dalam ayat daripada pelbagai bahan bacaan dengan sebutan yang betul.
60
2
4
2.5.3 Membaca , memahami dan menaakul bahan grafik untuk memindahkan maklumat kepada bentuk bukan grafik dengan betul.
2
Kemahiran Menulis
3.3.3 Membina dan menulis jawapan pemahaman berdasarkan soalan bertumpu dengan betul.
70
1 1
4
3.7.1 Menghasilkan penulisan pelbagai genre kreatif secara berpandu dengan betul.
1 1
Aspek Seni Bahasa
4.4.2 Membina pantun empat kerat secara berpandu dan melafazkannya dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas secara didik hibur. 30
2
4
4.2.1 Mengujarkan ayat dengan sebutan yang betul intonasi yang jelas dan susunan idea yang tepat melalui penceritaan secara didik hibur.
1 1
Aspek Tatabahasa
5.1.1 Memahami dan menggunakan kata nama am hidup yang merajuk bukan manusia dan penjodoh bilangan dengan betul mengikut konteks.
80
1 1
4
5.1.1 Memahami dan menggunakan kata kerja aktif transitif dan tak transitif dengan betul mengikut konteks.
1 1
300
8 3 6 320
3.1 Membina dua item bagi setiap standard pembelajaran yang telah dipilih dengan
BMM3101 5
KKP PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
mengambil kira aras yang terdapat dalam taksononi bloom dan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).
TAHUN 3
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
Soalan : 1 (Aras 3: Mengaplikasi)
Arahan : Pilih ayat perintah jenis ayat permintaan yang betul dalam petikan di bawah ini.
_____________________________________________________________________
______________________________________________________________________
Jawapan : “ Pakcik tolong bungkuskan 2 kilo beras” tanya Aminah kepada pemilik kedai tersebut.
Soalan : 2 (Aras 3:Mengaplikasi )
BMM3101 6
1.3.1 Mendengar , memahami dan memberikan respons yang sesuai secara lisan atau gerak laku terhadap arahan berdasarkan ayat perintah jenis ayat permintaan dan ayat suruhan dengan betul.
Pada suatu hari ibu Aminah menyuruh Aminah membeli 2 kilo beras di kedai yang berhampiran dengan rumahnya. Jadi, Aminah pun pergi ke kedai untuk membeli beras yang diminta oleh ibunya. “ Pakcik tolong bungkuskan 2 kilo beras” tanya Aminah kepada pemilik kedai tersebut. Setelah membeli beras Aminah pulang ke rumahnya.
KKP PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
Arahan:Soalan 2, mendengar ayat-ayat di bawah ini dengan teliti dan tuliskan jawapan yang
betul
1. Senaraikan ayat suruhan yang betul.
I. _______________________________________________
II. _______________________________________________
JAWAPAN : Pergi kamu dari rumah ini
: Kamu tunggu di depan kedai itu.
Soalan : 3 (Aras 5: Menilai)
Arahan : Nyatakan yang manakah satu menunjukkan ayat tunggal yang betul.
I. Ibu sedang menggoreng ayam di dapur.
II. Aminah akan ke bandar esok hari.
III. Kamariah suka makan ayam dan ikan goreng.
IV. Raju tersepak batu lalu tersungkur di atas tanah.
A I dan II
B I dan III
C III dan IV
D I, II dan III
Jawapan : A I dan II
Soalan : 4 (Aras3 :Menganalisis )
BMM3101 7
1.5.2 Menceritakan sesuatu perkara yang dibaca dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk dengan betul
Jangan ambil harta orang.
Sila serahkan borang permohonan tersebut ke pejabat.
Pergi kamu dari rumah ini.
Kamu tunggu di depan kedai itu.
KKP PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
Arahan : soalan 4, bulatkan jawapan yang sesuai.
12. Pilih ayat majmuk yang sesuai.
I. Rajesh bermain bola sepak
II. Fuad dan Suresh bermain badminton
III. Kim Seng bersedih kerana kalah dalam perlawanan itu.
IV. Fahmi berbual dengan Ravi.
A. I, II C. II, III
B. II, III D. I, IV
JAWAPAN C : II. Fuad dan Suresh bermain badminton
: III. Kim Seng bersedih
KEMAHIRAN MEMBACA
Soalan : 5 (Aras 5: Menilai)
Arahan : Pilih kata berimbuhan yang betul bagi kata yang bergaris.
Gegendang telinga saya bergetar apabila dengar bunyi.
A didengar
B mendengar
C memperdengarkan
D mendengari
Jawapan : B mendengar
Soalan 6 : (Aras 3:Mengaplikasi )
BMM3101 8
2.2.1 Membaca dan memahami perkataan berimbuhan awalan dan berimbuhan akhiran dalam ayat daripada pelbagai bahan bacaan dengan sebutan yang betul
KKP PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
Arahan:Soalan 6, bina perkataan dengan menggunakan huruf diftong.
13. ai au oi
___________ _____________ ____________
___________ _____________ ____________
___________ _____________ ____________
Soalan : 7 (Aras 5: Menilai)
Arahan : Berikan alasan yang sesuai berdasarkan gambar ini.
1.______________________________________________________________ .
2._______________________________________________________________
3._______________________________________________________________
Soalan 8 : (Aras 3:Mengaplikasi )
BMM3101 9
2.5.3 Membaca , memahami dan menaakul bahan grafik untuk memindahkan maklumat kepada bentuk bukan grafik dengan betul
dapat mandi laut dan menyelam ke dasar laut menambah ilmu pengetahuan melihat keindahan alam semula jadi mengetahui peninggalan sejarah perbelanjaan yang murah bersantai bersama dengan keluarga
KKP PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
Arahan:Soalan 8, lihat gambar dibawah dengan teliti. Kemuadian jawap soalan
dengan betul.
8.
I. Apakah tajuk yang sesuai bagi gambar di atas?
_____________________________________________
II. Air sangat penting untuk manusia membuat aktiviti harian. Antaranya ialah:
________________________________________________________________________________________________________
BMM3101 10
KKP PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
KEMAHIRAN MENULIS
Soalan : 9(Aras 5: Menilai)
Arahan : Nyatakan nilai murni yang diamalkan Encik Lee dalam petikan ini.
1.________________________________________________________________
2._________________________________________________________________
3._________________________________________________________________
4._________________________________________________________________
BMM3101 11
3.3.3 Membina dan menulis jawapan pemahaman berdasarkan soalan bertumpu dengan betul
Encik Lee tinggal berjiran dengan Encik Azman dan Encik Maniam. Walaupun begitu, Encik Lee tidak pernah bergaul dengan jiranya. Pada suatu malam, Azmil anak Encik Azman terdengar orang meminta tolong. Azmil menjengah keluar. Rumah Encik Lee terbakar . Azmil segara memberitahu ayahnya. Encik Azman menelefon pihak bomba. Kebakaran berjaya dipadamkan. Rumah Encik Lee mengalami kerosakan yang agak teruk. Jiran-jiran bersepakat untuk memberikan bantuan. Mereka bergotong-royong membaiki rumah Encik Lee.
KKP PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
Soalan 10 : (Aras 4:Menganalisis )
Arahan:Soalan 10, Lihat gambar di bawah dengan teliti. Kemuadian jawab soalan berdasarkan gambar dengan betul.
9.
I. Di manakah gambar situasi di atas?
___________________________________
II. Senaraikan buah-buahan yang terdapat dalam gambar tersebut.________________________________________________________________________________________________________________________________
BMM3101 12
KKP PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
6.
Soalan : 11 (Aras 5: Menilai)
Arahan : Lengkapkan karangan di bawah ini dengan rangkai kata yang diberikan
Penduduk Kampung Muhibah mengadakan gotong-royong. Kaum wanita membantu menyediakan ___________(1)____________. Kanak-kanak turut membantu membuat __________(2)_______. Walaupun penat, mereka berasa ___________(3)_______. Kini, jalan ke Kampung Muhibah _______(4)_________.
Jawapan : 1. Makanan dan minuman 2. kerja-kerja ringan 3. sungguh gembira 4. kelihatan ceria.
Soalan : 12(Aras 3: Mengaplikasi)
Arahan: Lihat gambar di bawah ini dengan teliti. Kemudian tulis karangan tidak melebihi 80 patah perkataan.
Jiran Saya10.
BMM3101 13
3.7.1 Menghasilkan penulisan pelbagai genre kreatif secara berpandu dengan betul.
sungguh gembira makanan dan minuman kelihatan ceria kerja-kerja ringan
KKP PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
ASPEK SENIBAHASA
7.
Soalan : 13 (Aras 6: Mencipta)
Arahan : Anda perlu mencipta pantun dua kerat berdasarkan gambar tunggal dibawah ini.
Berkelah
_____________________________
_____________________________
Contoh jawapan : Daun layu di tepi kolah,
Tanjung Aru tempat berkelah.
BMM3101 14
4.4.2 Membina pantun empat kerat secara berpandu dan melafazkannya dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas secara didik hibur.
KKP PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
Soalan : 14 (Aras 6: Mencipta)
Arahan: Soalan 14, Baca Lirik lagu dan jawab soalan dengan betul
13. Lirik Lagu: Bapaku Pulang Dari Kota
Bapaku pulang dari kotaBapaku belikan keretaKereta kecil warna merahBoleh ku bawa ke sekolah
Pon pon pon pon pon pon pon pon ponKereta kecil ku berbunyiMarilah adik mari naikBoleh ku bawa jumpa nenek
Bapaku pulang dari kotaBapaku belikan keretaKereta kecil warna merahBoleh ku bawa ke sekolah
Pon pon pon pon pon pon pon pon ponKereta kecil ku berbunyiMarilah adik mari naikBoleh ku bawa jumpa nenek
I. Siapakah pulang dari kota?__________________________________
II. Bapa membelikan kereta berwarna apa?_____________________________________________
III. Banding bezakan rangkap pertama dan rangkap kedua dengan menggunakan ayat sendiri.________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
BMM3101 15
KKP PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
Soalan : 15(Aras 5:Menilai )
Arahan : Bezakan perbuatan Raju dan Ali dalam cerita bawah ini.
Raju Ali
Baik haticemburu
Hormat-menghormatiTidak ikhlas
Ikhlas/ kejujuranSuka barang orang lain
Murah hatiMencuri barang
Soalan : 16(Aras 6:Mencipta )
BMM3101 16
4.2.1 Mengujarkan ayat dengan sebutan yang betul intonasi yang jelas dan susunan idea yang tepat melalui penceritaan secara didik hibur
Raju dan Ali merupakan sahabat yang rapat.Pada suatu hari , bapa Raju menghadiahkan Raju sebuah jam tangan yang mahal dan cantik. Setelah melihat jam tangan baharu Raju, Ali suka pada jam tangan Raju dan dia ingin mencuri jam tangan tersebut daripada Raju. Tiba-tiba Raju dapat terlihat perbuatan Ali yang mencuri jam tangannya daripada beg sekolah. Raju dengan baik hatinya , terus menasihati Ali supaya jangan mengulangi perbuatan yang tidak senonoh itu lagi dan Raju memberikan jam tangan tersebut kepada Ali. Ali juga meminta maaf atas perbuatan dia tadi.
KKP PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
Arahan: Soalan 16, melafazkan dan memahami pantun empat kerat dan jawab soalan dengan betul
16. Bencana Alam
Hujan tidak berhenti-henti,
Dari pagi hingga ke malam,
Jika begini setiap hari,
Berlaku banjir musnahlah alam.
Bahang terasa terik mentari,
Badan berpeluh cepat dahaga,
Jika hujan tidak menimpa bumi,
Alamat kemarau datang menjelma.
Daun merimbun dahan berduri,
Akar bertaut mencengkam tanah,
Pokok ditebang sesuka hati,
Runtuh tanah mengundang padah.
I. Pada pendapat anda, kenapa berlaku tanah runtuh seperti yang dinyatakan dalam rangkap terakhir?
_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
ASPEK TATABAHASA
BMM3101 17
5.1.1 Memahami dan menggunakan kata nama am hidup yang merajuk bukan manusia dan penjodoh bilangan dengan betul mengikut konteks
KKP PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
Soalan : 17Aras 4:Mensintensis )
Arahan : Pilih penjodoh bilangan yang sesuai dibawah ini.
17. Ayah membeli empat _________________ jagung bakar semasa singgahdi Rantau Ambang.
A biji
B tongkol
C batang
D tangkai
Jawapan : tongkol
Soalan : 18 (Aras 3:Mengaplikasi )
Arahan: Soalan 18, Pilih jawapan yang betul.
17.. Tuliskan Kata Nama Am yang terdapat dalam ayat-ayat dibawah ini.
I. Kedai buku itu terletak di sebelah Restoren Sang Kee.
Kata Nama Am : ____________________________________
II.Anak Encik Ali bernama Ahmad.
Kata Nama Am : ____________________________________
III. Si Putih kucing kesayangan saya.
Kata Nama Am : ____________________________________
BMM3101 18
5.1.4 Memahami dan menggunakan kata kerja aktif transitif dan tak transitif dengan betul mengikut konteks.
KKP PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
Soalan : 19Aras :4 Mengaplikasi )
Arahan : Senaraikan kata kerja yang betul di bawah ini berdasarkan gambar ini.
1._____________________________________( menghidangkan nasi)2._______________________________________ (menghiaskan hidangan)3._______________________________________ (menggoreng ikan)4.______________________________________ (membancuh air)5.______________________________________(mencuci pinggan)
Soalan : 20.(Aras :3 Mengaplikasi )
Arahan: Soalan 20, Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong
dalam ayat-ayat di bawah.
I. Puan Salina____________ kurma ayam dan rendang daging untuk hidangan
makan malam.
A menggoreng C menjerang
B memasak D memotong
II. Encik Teh__________rumahnya dengan lampu berwarna-warni untuk
menyambut Tahun Baru Cina.
A membakar C menconteng
B membersihkan D menghiasi
III. Encik Fadli_________ sanak saudadaranya datang ke majilis perkahwinan anak
bongsunya.
A meminta C mengangkut
B menjemput D menghantar
BMM3101 19
KKP PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
4.0 LAPORAN ANALISIS KUALITI ITEM YANG KOMPREHENSIF DENGAN
MENGHUBUNGKAITKAN ITEM DENGAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
Analisis Item ialah satu proses menganalisis secara statistik tindak balas calon
terhadap setiap item dalam sesuatu ujian untuk membuat pertimbangan mengenai kualiti
dan keberkesanan item-item tersebut. Ia memberi maklumat kepada kita mengenai
bagaimana sesuatu item itu akan berfungsi dalam ujian. Secara khusus melalui analisis
item, kita akan mengetahui indeks kesukaran, indeks diskriminasi, dan keberkesanan tiap-
tiap pilihan (pengganggu) bagi setiap item.
Item-item yang dimasukkan dalam ujian ini adalah tertakluk kepada Dokumen
Standard Kurikulum Sekolah Rendah KSSR Bahasa Melayu Tahun 3 sahaja. Hanya tajuk
yang berkaitan dengan tema-tema KSSR tahun 3 sahaja yang digunakan sebagai bahan
item untuk dimasukkan dalam tugasan KKP pentaksiran. Sebanyak 20 item telah digubal
mengikut kemahiran bahasa dan aspek bahasa.
Soalan 1 dan soalan 2 merangkumi daripada kemahiran mendengar dan bertutur.
Standard pembelajaran yang dipilih ialah 1.3.1 Mendengar , memahami dan memberikan
respons yang sesuai secara lisan atau gerak laku terhadap arahan berdasarkan ayat
perintah jenis ayat permintaan dan ayat suruhan dengan betul. Aras yang dipilih bagi
soalan 1 dan 2 ini ialah Aras 3 iaitu aras mengaplikasi.Aras mengaplikasi menggunakan
maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip,
kaedah, hukum, teori dan formula. Membina graf daripada data dan lain-lain Aras
menganalisis ialah sesuatu yang kompleks akan dipecahkan kepada yang kecil,
membezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal antara bahagian tertentu dan mengenali
struktur organisasi. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah membezakan,
memastikan dan memilih. Dalam soalan begini, murid dapat memindahkan pengalaman
sedia ada dan mudah mengecam ayat permintaan, jika murid itu pernah mendengar atau
bertutur sebelum ini. Ini disebabkan bentuk soalan yang memerlukan pelajar mengenal pasti
jenis ayat permintaan yang sesuai untuk mengaplikasikan pada garisan yang telah
disediakan.Dalam soalan 1 dan 2 ini dapat menguji keupayaan murid mendengar dengan
teliti, memahami dan menghayati secara lisan perkara yang didengar dalam sesuatu situasi
pengucapan, serta memberikan respons.
Soalan 3 dan 4 merangkumi daripada kemahiran mendengar dan bertutur juga.
Standard Pembelajaran yang dipilih ialah 1.5.2 Menceritakan sesuatu perkara yang dibaca
dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan ayat tunggal dan
BMM3101 20
KKP PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
ayat majmuk dengan betul. Aras yang dipilih bagi soalan 3 ialah aras 5 iaitu menilai. Aras
menilai Membuat pertimbangan, termasuk memberi rasional berdasarkan alasan dalaman
atau luaran, mentafsir dan mengkritik. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan
ialah memilih, memberikan alasan dan kritikan serta membuktikan. Soalan 3 berbentuk
yang berkaitan dengan ayat tunggal . Namun begitu, soalan ini adalah soalan yang
mempunyai Aras 5 iaitu aras menilai. Dalam soalan begini, murid harus memerlukan
kemahiran berfikir untuk menilai setiap ayat tunggal dimana pelajar perlu memilih beberapa
ayat tunggal yang betul dan menepati sistem tatabahasa sebelum membuat pilihan. Soalan
ini dapat menepati aras 5 iaitu pelajar mampu membuat pilihan ayat tunggal yang betul dan
tepat. Soalan 4, ialah aras menganalisis. Soalan ini berbentuk yang berkaitan dengan ayat
majmuk. Dalam soalan begini, murid harus mengetahui tentang hukum tatabahasa iaitu
penggunaan kata hubung dalam ayat. Dalam soalan ini, murid harus mencari kata majmuk
yang betul dan tepat dengan menggunakan kata hubung yang sesuai bagi setiap ayat.
Soalan 5 dan 6 merangkumi daripada kemahiran membaca. Standard Pembelajaran
yang dipilih ialah 2.2.1 Membaca dan memahami perkataan berimbuhan awalan dan
berimbuhan akhiran dalam ayat daripada pelbagai bahan bacaan dengan sebutan yang
betul. Soalan 5 adalah soalan yang berkaitan dengan frasa yang mengandungi diftong,
vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dalam perenggan daripada pelbagai
bahan bacaan. Namun begitu, soalan ini adalah soalan yang mempunyai Aras 3 iaitu
mengaplikasi. Dalam soalan ini pelajar harus memerlukan kemahiran berfikir aras tinggi
secara kreatif dan kritis dalam mengklasifikasikan jawapan tersebut berdasarkan petikan
yang diberi. Soalan ini lebih berfokus pada kemahiran pelajar dalam mengaplikasikan
jawapan yang betul. Soalan 6 yang berkaitan dengan menggunakan huruf diftong. Soalan 6
ini, adalah soalan yang mempunyai aras mengaplikasi. Dalam soalan ini, murid harus
membina perkataan yang mengandungi huruf diftong yang betul. Dalam soalan 5 dan 6 ini
dapat menguji keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda, dan kelancaran
yang betul.
Soalan 7 dan 8 merangkumi daripada kemahiran membaca juga. Standard
Pembelajaran yang dipilih ialah Membaca , memahami dan menaakul bahan grafik untuk
memindahkan maklumat kepada bentuk bukan grafik dengan betul. Bagi soalan 7 dalam
bentuk bahan grafik. Namun begitu, soalan ini mengikuti Aras 5 iaitu menilai. Soalan lebih
kepada kemahiran pelajar dalam memindahkan maklumat kepada bentuk bukan grafik
dengan betul. Soalan ini dapat menepati aspek-aspek yang tertentu iaitu membangunkan
pemikiran dalam aras menilai. Aras ini dapat membekalkan pelajar dengan peluang untuk
menghasilkan pendapat berdasarkan keputusan rasional. Jadi pelajar hanya menilai bahan
BMM3101 21
KKP PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
grafik tersebut dan memindahkan kepada bahan bukan grafik. Soalan sebegini lebih sesuai
untuk pelajar dalam menjana idea dan pendapatnya. Bagi soalan 8 aras dipilih ialah aras
mengaplikasi. Dalam soalan begini, murid dapat memindahkan maklumat grafik kepada
bukan grafik. Melalui soalan ini dapat menguji fikiran murid sama ada kreatif, kritis dan
inovatif. Melalui soalan 8 ini, murid dapat menaakul bahan grafik kepada bukan grafik.
Soalan 9 dan 10 merangkumi daripada kemahiran menulis. Standard Pembelajaran
yang dipilih ialah 3.3.3 Membina dan menulis jawapan pemahaman berdasarkan soalan
bertumpu dengan betul. Soalan 9 adalah soalan yang berkaitan jawab soalan pemahaman
bertumpu dengan betul. Namun begitu, soalan ini menepati Aras 4 iaitu menganalisis.
Dalam soalan ini pelajar harus memberikan justifikasi sebagai jawapannya. Soalan ini
merangkumi proses menceraikan bahan atau konsep kepada unit-unit yang lebih kecil.
Soalan ini membekalkan pelajar dengan peluang untuk menguji maklumat yang dibaca dan
meningkatkan pemahaman bagi keseluruhan petikan. Bagi soalan 10 berkaitan jawab
soalan pemahaman berdasarkan gambar. Oleh itu, aras yang dipilih bagi soalan ini ialah
aras 4 iaitu menganalisis. Dalam soalan ini murid harus meneliti dan menganalisis gambar
yang diberi dengan betul. Melalui soalan ini murid akan diuji idea melalui gambar yang diberi
yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui.
Soalan 11 dan 12 juga merangkumi daripada kemahiran menulis. Standard
pembelajaran yang dipilih ialah 3.7.1 Menghasilkan penulisan pelbagai genre kreatif secara
berpandu dengan betul. Soalan 11 yang merujuk kepada melengkapkan penulisan yang
pendek secara berpandu dengan betul. Namun begitu, soalan ini mengikuti aras 5 iaitu
menilai. Berdasarkan soalan ini, pelajar akan melengkapkan penulisan pendek itu dengan
menggunakan jawapan yang betul. Soalan dapat menilai pemikiran seseorang pelajar
dengan lebih luas dan fokus. Penulisan ini lebih kepada subjektif di mana psikomotor
seseorang pelajar dapat diperkembangkan semasa menjana idea yang baharu. Bagi soalan
12 merujuk kepada melengkapkan penulisan yang pendek secara berpandu dengan betul.
Namun begitu, soalan ini, soalan ini mengikuti aras 3 iaitu mengaplikasi. Berdasarkan
soalan ini, murid akan menulis karangan pendek dengan menggunakan ayat gramatis, tanda
baca yang betul, dan ejaan yang betul, serta tulisan yang kemas dan jelas. Melalui soalan
ini, murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan
berunsur pengetahuan dan imaginasi.
Soalan 13 dan 14 merangkumi daripada Aspek Seni Bahasa. Standard
pembelajaran yang dipilih ialah 4.4.2 Membina pantun empat kerat secara berpandu dan
melafazkannya dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas secara didik hibur. Soalan
13 adalah soalan yang berbentuk membina pantun dan melafazkan dengan sebutan serta
BMM3101 22
KKP PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
intonasi yang betul dan jelas. Walaubagaimanapun, soalan ini menepati aras 6 iaitu
merekacipta atau mencipta. Soalan ini merupakan soalan yang berfikiran aras yang paling
tertinggi di mana pelajar perlu membina pantun supaya lebih memfokuskan kemahiran
merekacipta. Selain itu, soalan ini dapat menambahkan kreativiti pelajar dalam mencipta
pantun sendiri. Aras mencipta ini merupakan kebolehan menggabungkan elemen-elemen
bersama untuk membentuk suatu yang saling berkaitan. Soalan 14, soalan yang berbentuk
pantun empat kerat. Aras yang dipilih bagi soalan ini ialah aras 6 iaitu aras mencipta. Soalan
ini menguji murid dari segi kecekapan memahami, mengungkap dan menghayati bahasa
yang indah.
Soalan 15 dan 16 juga daripada Aspek Seni Bahasa. Standard pembelajaran
yang dipilih ialah 4.2.1 Mengujarkan ayat dengan sebutan yang betul intonasi yang jelas dan
susunan idea yang tepat melalui penceritaan secara didik hibur. Soalan 15 adalah soalan
yang merujuk kepada membezakan idea berdasarkan penceritaan. Namun begitu, soalan ini
menepati aras 5 iaitu menilai. Soalan ini lebih meneliti perbezaan perbuatan antara watak-
watak dalam cerita ini tersebut. Pelajar dapat membuat penilaian setelah memahami cerita
yang diberi. Soalan ini dapat menambahkan pengetahuan pelajar dan minda pelajar dapat
memikirkan sesuatu idea yang baharu untuk membezakan sesuatu watak dengan watak lain
dalam cerita yang diberi. Bagi soalan 16, aras yang dipilih ialah aras 6 iaitu mencipta.
Soalan ini murid perlu melafazkan dan memahami pantun empat kerat dan jawab soalan
dengan betul. Murid dapat membuat penilaian setelah memahami pantun yang diberi.
Soalan 17 dan 18 daripada Aspek Tatabahasa. Standard pembelajaran yang dipilih
ialah 5.1.1 Memahami dan menggunakan kata nama am hidup yang merajuk bukan
manusia dan penjodoh bilangan dengan betul mengikut konteks. Soalan 17 adalah soalan
dalam bentuk penjodoh bilangan. Namun begitu, soalan ini menepati aras 4 iaitu
menganalisis. Dalam soalan ini , pelajar perlu memilih penjodoh bilangan yang sesuai
mengikut konteks. Soalan penjodoh bilangan ini dapat membekalkan pelajar dengan
peluang untuk menguji maklumat yang dibaca dan meningkatkan pemahaman bagi
keseluruhan . Bagi soalan 18 aras yang dipilih ialah aras 3 iaitu mengaplikasi. Dalam soalan
ini, murid harus menganalisis Kata Nama Am yang betul.
Soalan 19 dan soalan 20 juga daripada Aspek Tatabahasa. Standard Pembelajaran
yang dipilih ialah 5.1.4 Memahami dan menggunakan kata kerja aktif transitif dan tak transitif
dengan betul mengikut konteks. Soalan 19 adalah soalan yang bentuk kata kerja transitif
dan tak transitif dengan betul mengikut konteks. Namun begitu, soalan ini mengikut aras 4
BMM3101 23
KKP PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
iaitu mengaplikasi. Dalam soalan ini, pelajar harus menyenaraikan beberapa kata kerja
berdasarkan bahan grafik yang diberikan. Soalan ini dapat membangunkan pemikiran
pelajar berdasarkan situasi yang diberi dan pelajar dapat menyesuaikan diri untuk
memantapkan pemikiran secara aras tinggi. Soalan sebegini dapat memberi peluang untuk
pelajar menjana idea yang sedia ada sebelum ini. Soalan 20, aras yang dipilih ialah aras 3
iaitu mengaplikasi. Soalan ini berbentuk pilih kata kerja yang yang sesuai.
4.1 Analisis Pentaksiran Berasaskan Sekolah
PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek
kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). PBS
mentaksir bidang akademik dan bukan akademik. PBS dilaksanakan mulai Tahun 1 pada
2011 dan penambahbaikan UPSR pada 2016, mulai Tingkatan 1 pada 2012 dan
penambahbaikan PMR pada 2014. PBS juga merupakan satu bentuk pentaksiran yang
dilaksanakan di sekolah secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh
Lembaga Peperiksaan. PBS dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya
dilaksanakan oleh guru- guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Komponen PBS terdiri daripada Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Pusat,
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum, dan Pentaksiran Psikometrik.
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan sebahagian daripada proses
Pengajaran dan Pembelajaran yang dijalankan secara berterusan.Hasil daripada penilaian
yang telah dibuat digunakan untuk tindakan susulan bagi meningkatkan pembelajaran murid
serta memperbaiki pengajaran guru di sekolah. Matlamat Pentaksiran Berasaskan Sekolah
ini digubal adalah untuk memastikan pengurusan dan pengendalian Pentaksiran
Berasaskan Sekolah dilaksanakan dengan sempurna dan mengikut prosedur yang
ditetapkan.
Di samping itu juga, objektif pelaksanaaan PBS adalah untuk memastikan semua
sekolah di daerah Kulai jaya melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
Objektif yang kedua pula adalah bagi memastikan semua pengurusan dan pengendalian
Pentaksiran Berasaskan Sekolah didokumenkan. Hal ini dapat memastikan segala dokumen
dan bahan atau buku panduan Pentaksiran Berasaskan Sekolah dapat ditadbir secara
sistematik dan efisyen. Di samping itu, pelaksanaan PBS adalah bagi memastikan segala
arahan dan prosedur keselamatan mengenai Pentaksiran Berasakan Sekolah dipatuhi dan
semua masalah dapat dikenalpasti dan diselesaikan.Ianya turut memberi peluang dan ruang
BMM3101 24
KKP PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
kepada kita untuk memberi syor atau cadangan untuk penambahbaikan dalam urusan dan
pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
Konsep PBS bukanlah sesuatu yang baru, kerana pentaksiran inilah yang selama ini
dilaksanakan oleh guru di sekolah (kerja rumah, projek, kuiz, soal-jawab dan lain-lain). PBS
yang dicadangkan ini merupakan penambahbaikan kepada PBS yang telah sedia dilaksana
dengan memperkenalkan pentaksiran merujuk standard dan aplikasi Sistem Pengurusan
PBS (SPPBS) untuk membantu guru merekod pencapaian murid secara berterusan.
Pelaksanaan PBS adalah seiring dengan program transformasi negara untuk menghasilkan
modal insan yang bertaraf dunia.
PBS adalah lebih holistik dan memberi penekanan kepada kesemua aspek JERI iaitu
jasmani, emosi, rohani dan intelek berbanding kepada pentaksiran sedia ada yang lebih
memberi penumpuan kepada pencapaian akademik melalui peperiksaan. PBS akan
mentaksir proses dan produk secara formatif dan sumatif iaitu mengamalkan konsep
assessment for learning dan assessment of learning manakala fokus utama pentaksiran
sedia ada lebih kepada pencapaian akademik murid di akhir pembelajaran yang merupakan
assessment of learning. Dalam usaha penambahbaikan kepada pentaksiran sekolah sedia
ada, Pentaksiran Rujukan Standard diperkenalkan, iaitu menggunakan Standard Prestasi
untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi
seseorang murid. Ia merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid
tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan
pernyataan standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti
yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum. Pentaksiran Rujukan Standard tidak
membandingkan pencapaian seseorang murid dengan murid lain tetapi melapor prestasi
murid dalam pembelajaran dengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan
(growth) murid dalam pembelajaran merujuk kepada pernyataan standard. PBS juga
memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif
dan sumatif yang berasaskan sekolah. Ini akan dapat meningkatkan integriti dan kredibiliti
profesion perguruan kerana guru merupakan orang yang paling sesuai untuk mentaksir
murid masing- masing kerana mereka boleh memantau perkembangan murid secara
berterusan, boleh memberi maklum balas yang membina untuk penambahbaikan
pembelajaran murid, lebih memahami konteks yang sesuai dengan persekitaran dan
perkembangan murid, mentaksir dan memberi maklum balas berpandukan standard
prestasi.
BMM3101 25
KKP PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
PBS dapat memberikan peluang kepada ibu bapa untuk mengetahui tahap
perkembangan pembelajaran anak-anak mereka. Laporan deskriptif dan formatif dapat
dibuat melalui SPPBS pada bila- bila masa sekiranya diperlukan. Sistem ini juga menyimpan
maklumat perkembangan murid daripada Tahun 1 hinggalah ke Tingkatan 5 (life-time data
base). Di samping itu juga, segala maklum balas yang diberi berdasarkan standard prestasi
boleh membantu murid mengenalpasti kekuatan, kelemahan, kesilapan dan apa yang perlu
dibaiki, bagaimana perlu diperbaiki untuk memberi hasil yang lebih baik. Maklum balas yang
memberi makna boleh membantu murid tentang tujuan dan perkembangan pembelajaran
mereka. Keadaan inilah yang memberi motivasi untuk mencuba lagi bagi meningkatkan
prestasi mereka di masa hadapan. Keistimewaan PBS pula antaranya ialah PBS boleh
dilaksanakan kepada murid-murid LINUS kerana kemahiran yang terdapat dalam LINUS
terdapat dalam KSSR. Semua murid ditaksir mengikut kemampuan masing- masing dan
pentaksiran PBS boleh dilakukan apabila murid telah bersedia untuk ditaksir.Selain itu, ibu
bapa boleh mendapatkan laporan prestasi murid bila-bila masa diperlukan. Walau
bagaimanapun laporan prestasi tersebut hanya boleh diperoleh sekiranya pembelajaran dan
pengajaran (P&P) dan pentaksiran topik dan kemahiran telah diajar kepada murid tersebut.
Standard Prestasi yang digunakan dalam Pentaksiran Sekolah merupakan permulaan
proses P&P, guru merancang perkara yang akan diajar dengan memilih kandungan mata
pelajaran yang terdapat dalam dokumen kurikulum. Guru akan menentukan kaedah
pengajaran, menyediakan bahan-bahan pengajaran dan seterusnya menyampaikan
kandungan mata pelajaran tersebut kepada murid dengan menggunakan pelbagai strategi
mengikut kreativiti guru. Guru seterusnya akan mentaksir tahap penguasaan murid tentang
perkara yang diajar. Pentaksiran boleh dilakukan dengan menggunakan pelbagai strategi
dan instrumen pentaksiran yang bersesuaian dengan perkara yang ditaksir. Guru juga boleh
melakukan pentaksiran secara tidak formal. Contohnya, dalam menggunakan kaedah
pemerhatian, guru menilai setiap murid secara berterusan tentang apa yang mereka tahu,
faham dan boleh buat. Setelah menilai pencapaian murid, guru akan merujuk DSP untuk
melaporkan tahap penguasaan murid berdasarkan evidens yang dikemukakan oleh murid,
sama ada dalam bentuk proses, produk atau diri murid itu sendiri.
Ciri-ciri Standard Prestasi antaranya ialah penerangan generik tentang tahap
pertumbuhan murid dalam pembelajaran, tentang apa yang murid patut tahu dan boleh buat
pada suatu ketika tertentu semasa proses pembelajaran dan di akhir unit pembelajaran
(Imej holistik), setiap band menunjukkan pertumbuhan murid dalam pembelajaran dan
pertumbuhan ini diterangkan dengan deskriptor dan evidens, Standard yang boleh ditaksir
BMM3101 26
KKP PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
dan dicapai, pertumbuhan dapat dilihat secara menegak dan mengufuk serta merupakan
hasrat FPK dan Hasil Pembelajaran.
Band satu merupakan label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu
yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan pelaporan tahap penguasaan murid.
Standard Satu pula penyataan tentang suatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu
dan bersifat generik bagi memberi gambaran secara holistik tentang tahap penguasaan
murid. Pernyataan Standard bagi sesuatu mata pelajaran diguna pakai dari Tingkatan 1 – 3,
(atau Tahun 1 – 6), yang digubal berdasarkan Objektif Mata Pelajaran Standard berkenaan.
Deskriptor pula merujuk kepada perkara yang murid seharusnya tahu dan boleh buat
berdasarkan standard pembelajaran yang diterakan dalam Standard Kurikulum bagi mata
pelajaran berkenaan. Deskriptor setiap pernyataan standard adalah berbeza bagi setiap
tahun pembelajaran.Evidens (murid) Pernyataan yang menerangkan bagaimana murid
menunjukkan perkara yang diketahui dan dikuasai berdasarkan sesuatu deskriptor.Evidens
(bahan) Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang
melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses.
5.0 REFLEKSI
NAMA : LOGESWARY A/P RAMASAMY
BMM3101 27
KKP PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
NO KAD PENGENALAN : 870206-08-5660
Selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia. Bersyukur saya kepada tuhan kerana
dengan izin dan limpah karunian-Nya, akhirnya saya telah menyelesaikan Kerja Kursus
Projek BMM 3103, Pentaksiran Bahasa Melayun Sekolah Rendah tepat pada masanya.
Pertama sekali saya terasa teruja apabila menerima soalan kerja kursus BMM 3103
kerana tugasan ini telah membentuk diri saya untuk berfikir di luar kotak berdasarkan apa
yang telah saya belajar di dalam kelas dan mengaplikasikannya dalam tugasan ini. Saya
akui pada mulanya saya agak kurang faham dengan kehendak soalan yang diminta.
Namun, setelah saya meneliti dari satu soalan ke satu soalan melalui pemerhatian,
perbincangan dan bimbingan dari Dr. Tuan Jah, akhirnya saya mendapat kata kunci untuk
melaksanakan tugagasan ini dengan baik.
Berdasarkan kerja kursus ini saya telah mendapat banyak pengalaman baharu
terutama sekali dalam membina Jadual Spesifikasi Ujian (JSU), yang memerlukan banyak
kesabaran dan penelitian yang baik. Melalui pembinaan JSU, saya mendapati bahawa
terdapat 6 aras yang digunakan untuk menguji tahap pencapaian seseorang murid itu
supaya guru dapat meletakkan kedudukan seseorang murid itu melalui penilaian terhadap
penguasaan kemahiran, kemajuan kemahiran murid untuk menentukan sama ada murid
tersebut memerlukan pemulihan atau pengayaan dan terakhirnya untuk mengesan pencapai
seseorang murid dalam kalangan rakan-rakannya.
Selain itu, saya juga menmperoleh ilmu baharu melalui pembinaan JSU ini kerana
aras yang digunakan dalam JSU ini adalah mengikut Taksonomi Bloom iaitu aras pertama
ialah pengetahuan di mana aras ini menguji kebolehan murid untuk mengingat kembali fakta
yang dipelajari. Aras dua pula ialah kefahaman di mana aras ini tujuannya adalah untuk
menguji kebolehan murid menterjemah sesuatu topik, konsep yang telah dipelajari dan
diteruskan pula ke aras 3 iaitu aplikasi di mana aras ini menguji kebolehan murid mengguna
fakta dan kemahiran untuk menyelesaikan masalah. Seterusnya adalah aras 4 iaitu analisis
di mana aras ini menguji kebolehan murid membanding dan menghuraikan faktor-faktor
kesamaan. Aras 5 pula ialah sintesis di mana aras ini menguji kebolehan murid
mencantumkan idea-idea berkaitan dan akhirnya aras 6 iaitu penilaian di mana aras untuk
menguji kebolehan urid membuktikan atau memberi pernyataan.
Rentetan itu, saya juga mempelajarai bagaimana untuk menggunakan keenam-enam
aras ini dalam mebina dua item soalan KSSR bagi setiap standard pembelajaran yang telah
dipilih dengan mengambil kira aras yang terdapat dalam taksonomi Bloom dan kemahiran
aras tinggi iaitu KBAT atau HOTS. Dalam membina soalan ini saya mempelajari banyak
BMM3101 28
KKP PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
perkara terutamanya sekali dalam membina soalan KBAT di mana saya perlu berfikir di luar
kotak dan dua kali ganda jawapannya kerana soalan melibatkan aras yang paling tertinggi
iaitu dari aras 4 hingga 6 iaitu murid perlu analisis, sitesis dan membuat penilain. Oleh itu,
sebagai bakal guru saya harus bijak untuk menggunakan kesemua aras mengikut tahap
pencapaian setiapa murid kerana setiap murid mempunyai kekuatan dan kelemahan
masing-masing.
Berdasarkan analisis yang telah saya lakukan untuk saya amat berpuas hati dengan
kualiti item ujian yang telah saya bina melalui perbincangan bersama rakan-rakan juga
pensyarah bimbingan. Kualiti item yang saya bina adalah bertetapan dengan Jadual
Spesifikasi Ujian (JSU) di mana saya telah membina 10 soalan KSSR dan membina soalan
taksonomi Bloom dan KBAT . Melalui pembinaan item ujian ini saya telah membuat
perkaitan dengan konsep pentaksiran, pengujian dan penialain tentang kualiti item yang
telah saya bina.
Akhir sekali saya juga mendapat sebuah ilmu yang bernilai melalui
tugasan ini di mana item soalan yang dibina adalah berkaitan dengan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS), di mana PBS ini dilaksanakn untuk mengetahui pencapaian
seseorang murid. Jika dahulu pencapaian murid akan ditentukan melalui gred namun
melalui transformasi pendidikan tahap pencapaian murid di tentukan melalui 6 band yang
telah ditetapkan.
Oleh itu, saya sebagai bakal guru seharusnya cuba untuk membuka minda saya dari
sekarang untuk mengambil tahu setiap tahap pengetahuan murid-murid itu supaya saya
mengetahui cara yang terbaik untuk melalui sebuah rancangan pengajaran harian yang baik
berdasarkan pemilihan bahan, teknik dan kaedah penilaian yang berkesan.
Sementelahan itu, kerja kursus ini memerlukan penelitian yang rapi kerana ia
memerlukan kesabaran untuk membuat kertas kerja yang menepati kehendak soalan. Oleh
itu, saya dan ahli kumpulan berbincang bersama dengan rakan yang lain dari semasa ke
semasa untuk mendapat pengetahuan yang lebih dalam pembikinan kerja kursus ini selain
mencari bahan rujukan tambahan bagi menambahkan lagi input dalam kertas kerja kami.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ucapan terima kasih kepada pensyarah serta
rakan-rakan yang telah banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. saya akui
tanpa bantuan kalian saya tidak dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Saya
bersyukur kerana dorongan dan semangat yang diberikan, saya mendapat banyak
pengalaman dan melalui perbincangan, pemerolehan maklumat melalui sumber internet dan
BMM3101 29
KKP PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
buku rujukan di pusat sumber memberi menambahkan lagi pengetahuan dan memudahkan
saya menyelesaikan tugasan ini.
6.0 RUMUSAN
BMM3101 30
KKP PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
Dalam penilaian, ujian JSU memainkan peranan yang penting kerana dapat menguji
tahap kebolehan seseorang pelajar dengan betul. Justeru itu, JSU wajar diguna pakai oleh
guru bagi mengadakan ujian. Oleh itu, saya berpendapat, semua soalan yang digubal perlu
berdasarkan pada JSU yang telah ditetapkan agar keputusan markah yang diperolehi
adalah rasional dan mampu dijadikan nilai keesahan yang tinggi.
Selain daripada menjadikan kerja pentaksiran yang ingin dilaksanakan menjadi
mudah, ia juga membantu memudahkan lagi pembinaan item-item soalanyang dikendaki
mengikut ketetapan yang telah dibuat melalui pembinaan JSU.Hal ini secara tidak langsung
memudahkan kerja guru memberi markah mengikut system permarkahan standard dalam
pengajaran Bahasa Melayu SekolahRendah.
7.0 RUJUKAN
BMM3101 31
KKP PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
Abdullah Hassan. (1987). Isu-isu Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Asmah Haji Omar. (1984). Kaedah Pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan
Pustaka.
Benjamin S. Bloom. (1989). Objektif Pendidikan. Selangor : Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Buku panduan perlaksanaan program pendidikan pemulihan khas (2008),
Kuala Lumpur. Ahmad Fazil IPTS.
Kamaruddin Hj. Husin, (1999). Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.Jabatan Pendidikan Khas (1999a).
Lee Shok Mee & Mok Soon Sang. (1989). Pengujian Dan Penilaian Dalam Pendidikan.
Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Mohd Najib Ghafar. (1997). Pembinaan Dan Analisis Ujian Bilik Darjah. Johor : Universiti
Teknologi Malaysia Skudai.
Mokhtar Ismail. (2009). Pentaksiran Pendidikan Edisi Kedua. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
Dan Pustaka.
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2009).
Murid dan Alam Belajar.
Ramina Haji Sabran. (1991). Penilaian Dan Pengujian Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Tuan Jah Tuan Yusof. (2012).Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Randah.Selangor:
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Oxford Fajar Sdn.BhdKhairuddin Mohamad, (2011). Literasi Bahasa Melayu.
Oxford Fajar Sdn.Bhd.
BMM3101 32
KKP PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
http://fivezol.wordpress.com/taksonomi-bloom/
http://manaslehan.weebly.com/taksonomi-bloom.html
http://jpn.moe.gov.my/jpnperlis/v2/images/stories/download/SPA/UnitSains/KemahiranBerfikirArasTinggi/pelaksanaan%20kbat%20dalam%20matematik.pdf
BMM3101 33