Assighnment 3083 etika guru

9
Kod Etika Guru Dan Akauntabiliti Guru Profesion perguruan merupakan profesion yang tidak lapuk ditelan zaman .Profesion sebagai guru telah menjadi igauan kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semenjak awal tahun 60 an lagi. Menurut tafsiran Kamus Dewan (1996) Guru bermaksud orang yang mengajar, pendidik, pengajar dan pengasuh. Guru adalah insan yang boleh bertanggungjawab sebagai kaunselor, jururawat, kerani dan segala macam lagi pekerjaan lain.Seorang guu haruslah mempunyai etika-etika yang harus dipatuhi supaya profesion ini terus disanjung dan dihormati sehingga ke akhir zaman. Menurut Kamus Dewan (1995), etika bermaksud satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan.Dalam pengertian yang lain, etika menjadi teras dan tunggak kepada keperibadian atau tatakelakuan penjawat awam dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.Etika juga boleh dikatakan sebagai satu garis panduan yang menyenaraikan prinsip-prinsip tingkah laku untuk tujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan. Kod etika profesion pula mempunyai tiga aspek yang menjadi fungsi kepada Kod Etika Guru iaitu : i) Memberi pedoman kepada setiap ahli mengenai prinsip professional yang telah dirangkakan berkaitan dengan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan. ii) Satu kawalan social kepada masyarakat supaya mereka lebih memahami kepentingan sesuatu profesion tersebut iii) Membantu para professional mencegah campurtangan pihak di luar bidang organisasi tentang hubungan etika dalam keanggotaan profesion.

Transcript of Assighnment 3083 etika guru

Page 1: Assighnment 3083 etika guru

Kod Etika Guru Dan Akauntabiliti Guru

Profesion perguruan merupakan profesion yang tidak lapuk ditelan zaman .Profesion

sebagai guru telah menjadi igauan kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

semenjak awal tahun 60 an lagi. Menurut tafsiran Kamus Dewan (1996) Guru bermaksud

orang yang mengajar, pendidik, pengajar dan pengasuh. Guru adalah insan yang boleh

bertanggungjawab sebagai kaunselor, jururawat, kerani dan segala macam lagi pekerjaan

lain.Seorang guu haruslah mempunyai etika-etika yang harus dipatuhi supaya profesion ini

terus disanjung dan dihormati sehingga ke akhir zaman.

Menurut Kamus Dewan (1995), etika bermaksud satu sistem dasar akhlak, adat atau

tingkah laku atau kesusilaan.Dalam pengertian yang lain, etika menjadi teras dan tunggak

kepada keperibadian atau tatakelakuan penjawat awam dalam menjalankan tugas dan

tanggungjawab yang diamanahkan.Etika juga boleh dikatakan sebagai satu garis panduan

yang menyenaraikan prinsip-prinsip tingkah laku untuk tujuan meningkatkan tahap kualiti,

produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan.

Kod etika profesion pula mempunyai tiga aspek yang menjadi fungsi kepada Kod

Etika Guru iaitu :

i) Memberi pedoman kepada setiap ahli mengenai prinsip professional yang telah

dirangkakan berkaitan dengan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan.

ii) Satu kawalan social kepada masyarakat supaya mereka lebih memahami

kepentingan sesuatu profesion tersebut

iii) Membantu para professional mencegah campurtangan pihak di luar bidang

organisasi tentang hubungan etika dalam keanggotaan profesion.

Etika professional bermaksud semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap

kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap

semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban , peranan. Nilai serta tingkah

laku profesion dalam masyarakat.

Kod Etika Guru :

i) Tanggungjawab terhadap pelajar

- Mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar lebih daripada yang lain

Page 2: Assighnment 3083 etika guru

- Bersikap adil terhadap setiap pelajar tanpa menengira faktor jasmani, mental, emosi,

politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama

- Merahsiakan maklumat iktisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang

berhak mengetahuinya.

-Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata

pelajaran lain yang diajar dalam bilik darjah tanpa sebarang bayaran.

- Menunjukkan suatu cara berpakaian , pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan

contoh yang baik kepada pelajar.

- Memelihara dan membaiki kecekapan ikhtisas melalui pengajian , penyelidikan, lawatan

dan menghadiri kursus.ikhtisas, persidangan , mesyuarat dan seminar bagi mencapai mutu

yang tinggi.

ii) Tanggungjawab terhadap ibu bapa:

- Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka

- Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi

pendidikan dengan rumah tangga

- Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai rumah

tangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya

kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.

- Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka , dan

menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.

- Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial

dan ekonomi ibu bapa pelajar,

- Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang

boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.

iii) Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara

- Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan

kepentingan pelajar, masyarakat atau Negara, ataupun yang bertentangan dengan

Rukun Negara,

- Memupuk semmangat dan nilai dalam diri setiap pelajar yang boleh membantu dan

membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia .

Page 3: Assighnment 3083 etika guru

bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan

menghormati perbezaan kebudayaan dan agama.

- Menghormati masyarakat tempat berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab

sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengamabil bahagian dalam

sebarang kegiatan masyarakat.

- Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa,

institusi pendidikan dengan masyarakat.

- Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan

kecendikiawan masyarakat, Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang

diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan kami sehari-hari dengan baik.

iv) Tanggungjawab Terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan.

- Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh

mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa, atau

berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah guru,

- Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami

sebagai guru.

- Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin

dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas

dan sosial.

- Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baru

menceburkan diri dalam profesion perguruan

- Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion

perguruan

- Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru

Akauntabiliti Guru

Menurut Kamus Dewan (2007) :Akauntabiliti bermaksud sifat bertanggungjawab

kepada seseorang atau terhadap sesuatu tindakan, keputusan dan sebagainya serta

bersedia memberikan penjelasan dan justifikasi yang diperlukan.Akauntabiliti atau

kebertanggungjawab seseorang guru difokuskan kepada tiga aspek iaitu tanggungjawab

terhadap profesion perguruan, tanggungjawab terhadap negara dan tanggungjawab

terhadap sekolah, masyarakat dan diri sendiri.

i) Akauntabiliti terhadap pelajar dan ibu bapa

- Mendidik pelajar ke tahap yang cemerlang .

Page 4: Assighnment 3083 etika guru

- Bertanggungjawab menddidik pelajar ke tahap moral yang tinggi agar menjadi

warganegara yang baik dan berguna.

ii) Akauntabiliti terhadap diri sendiri

- berketrampilan dan berpengetahuan yang luas dalam bidang pelajaran yang diajar.

-sentiasa meneroka dalam mencari ilmu baharu.

-Bersikap positif dan memberikan pembelajaran yang adil dan sama kepada semua pelajar

- Sentiasa menampilkan diri sebagai role model kepada murid dengan perwatakan yang

mulia, patriotic serta memiliki daya tahan yang tinggi.

iii) Akauntabiliti terhadap ibu bapa

- Menjalankan amanah mendidik murid-murid menjadi insan yang berguna kepad

masyarakat dan Negara,

-Mewujudkan hubungan yang erat dengan ibu bapa supaya mendapat sokongan dalam

setiap permasalahan berkaitan sahsiah dan akademik pelajar,

iv) Akauntabiliti terhadap masyarakat dan negara.

- Bertanggungjawab melaksanakan tugas demi mencapai cita-cita dan aspirasi Negara

dalam Falsafah Pendidikan kebangsaan.

-Peka terhadap persekitaran komuniti dan menghindarkan diri daripada dipengaruhi unsur-

unsur negatif yang mencemar nama baik sekolah dan masyarakatserta negara.

- Menghormati masyarakat di tempat guru berkhidmat dan menjalinkan hubungan erat serta

bekerjasama dengan masyarakat.

-Melibatkan diri dalam aktiviti sosial dalam komuniti tempat bertugas.

v) Akauntabiliti terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan.

-Bertanggungjawab terhadap profesion sendiri dan berusaha melaksanakan tanggungjawab

dengan sempurna.

Page 5: Assighnment 3083 etika guru

- Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat yang baharu dalam profesion keguruan.

Isu-Isu Yang Pernah Dihadapi Oleh Pn.Che Norizam Bt Abdullah

1.Isu Guru Tidak Hadir Bertugas.

Ketidakhadiran bermaksud apa-apa sahaja kegagalan seseorang pekerja daripada

melaporkan diri ataupun tidak berada di tempat kerja mengikut masa yang telah ditetapkan

atas apa juga alasan . Ini menunjukkan apabila seseorang pekerja tidak hadir , tanpa

sebarang sebab yang munasabah , ianya boleh dianggap sebagai ponteng kerja.Menurut

Cascio (2005) ketidakhadiran bermaksud apa-apa sahaja kegagalan seseorang pekerja

daripada melaporkan diri ataupuntidak berada di tempat kerja mengikut masa yang telah

ditetapkan atas apa alas an sekalipun.Ini menunjukkan apabila seseorang pekerja itu tidak

datang ke pejabat pada waktu bekerja maka mereka dianggap sebagai tidak hadir.

Sekiranya seseorang pekerja tidak hadir tanpa sebarang sebab yang munasabah , ianya

boleh dianggap sebagai ponteng kerja

Dalam konteks guru pula , diakui terdapat segelintir kes guru ynag ponteng disebabkan

beberapa perkara yang tertentu.Kajian yang dijalankan oleh Randolfi (1996), salah satu

daripada kesan tekanan yang terlalu tinggi dalam kalangan pekerja boleh mengakibatkan

pelbagai kesan seperti psikologi, fizikal, tingkah laku dan organisasi dan kesannya boleh

membawa kepada ketidakhadiran pekerja untuk bekerja.

Kes guru tidak hadir atau ponteng ini, terjadi mungkin disebabkan oleh beberapa faktor

seperti :-

i) Bidang kerjaya seorang guru tu sendiri sentiasa mencabar dan sudah

pastinyalah mereka akan berhadapan dengan banyak jenis tekanan sepanjang

berada di sekolah.Akibat daripada tekanan yang dihadapi, tidak mustahil bagi

seseorang guru bertindak untuk ponteng kerja seiring dengan pendapat Randolfi

tadi.

ii) Kemungkinan juga faktor psikologi seseorang guru itu sendiri. Mereka terpaksa

bertindak begitu supaya berada jauh daripada sekolah dan segala tekanan nya

untuk mendapatkan ketenangan jiwa. Tekanan dalam sesebuah organisasi itu

telah menjadikan perkara ini berlaku.

iii) Bebanan kerja guru di sekolah semakin hari semakin meningkat merupakan

salah satu faktor yang menyumbang kepada masalah guru tidak hadir bertugas

ataupun ponteng. Tekanan kerja yang dianggap membebankan kadang kala

Page 6: Assighnment 3083 etika guru

menyebabkan mereka tidak bersedia untuk masuk ke kelas mengajar demi

menyiapkan tugasan lain yang diberikan. Kes beban kerja guru ini pernah

menjadi satu isu yang hangat suatu masa dahulu dan telah dibincangkan oleh

pihak yang berkaitan, tetapi sehingga ke hari ini, tidak nampak banyak

perubahan malah ada yang semakin bertambah pula.

Menerusi temu bual saya bersama Pn .Che Norizam , dalam menangani masalh ini,

beliau menyatakan bukan sesuatu yang mudah. Guru tersebut akan dipanggil dan

diminta menunjukkan surat cuti sakit. Sekiranya tidak ada surat cuti sakit dikemukakan ,

beliau akan menasihati guru tadi mengisi borang cuti rehat khas (CRK ) yang memang

diperuntukkan kepada semua guru iaitu sebanyak tujuh hari dalam setahun. Akan tetapi

jika CRK guru ini telah habis diambil sebelum ini, tindakan yang diambil ialah memotong

gaji. Jika guru tersebut telah menerima gaji termasuk gaji hari beliau tidak hadir

bertugas, guru tersebut diarahkan supaya memulangkan semula jumlah yang

sepatutnya mengikut jumlah hari tidak hadir bekerja.

Masalah ini tidak hanya berakhir di sini sahaja, ada guru yang tidak hadir bertugas untuk

tempoh masa yang panjang , tanpa mengemukakan sijil cuti sakit atau pun boring

permohonan cuti sama ada cuti tanpa gaji atau sebagainya, tindakan kaunseling akan

diberikan melalui jabatan pendidikan daerah setelah laporan salah laku dikemukakan

oleh pihak sekolah.

Memandangkan setiap organisasi mempunyai kod etika profesion sebagai panduan,

maka sebagai pendidik kita seharusnya mematuhi setiap garis panduan yang berikan

dan sebagai pemimpin pula bertanggungjawab memastikan orang-orang bawahan

sedntiasa mematuhi etika tersebut di samping mempunyai akauntabiliti yang tinggi pada

setiap masa.

-

Page 7: Assighnment 3083 etika guru

-