Assigment bmm 3114 (Pn Norzaini).docx

download Assigment bmm 3114 (Pn Norzaini).docx

of 25

Transcript of Assigment bmm 3114 (Pn Norzaini).docx

Tajuk 1

Huraikan Gambaran Kebudayaan Melayu Dalam Institusi Politik, Ekonomi, Sosial, Bahasa Dan Kesusasteraan

Pendahuluan

Sejarah bangsa Melayu bermula sejak abad pertama Masehi lagi. Ia ditandai dengan wujudnya kerajaan-kerajaan besar dalam sejarahnya. Sejarah awal rumpun Melayu di kepulauan Melayu terdiri daripada kerajaan Funan (Abad Pertama Masihi), Champa (Abad Kedua hingga Ketujuh Masihi), Sriwijaya (Abad Ketujuh), Melayu-Brunei (Abad kesembilan), Cilantan di Kelantan (1225M), Tatan di Terengganu (1365M), Kedah Tua (1400M), Gangga Negara di Perak, Palembang (Abad ke-12), Majapahit (Abad ke-13), Temasik (Abad ke-13) dan Kesultanan Melayu Melaka (1400 1511M).

Masyarakat Melayu merupakan salah sebuah masyarakat yang terbesar bilangannya di rantau Nusantara ini. Hal ini dapat diperhatikan dengan lebih jelas lagi terutamanya di bumi Malaysia. Kewujudan masyarakat Melayu telah bermula sejak sebelum terbinanya empayar Kesultanan Melayu Melaka lagi kira-kira 500 tahun\ yang lalu. Ketika ini boleh dikatakan bahawa masyarakat Melayu adalah antara masyarakat yang tinggi ketamadunannya kerana dengan wujudnya empayar pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka, Semenanjung Tanah Melayu terutamanya di negeri Melaka telah menjalankan kegiatan perdagangan dengan pedagang-pedagang dari luar negara terutamanya dari Arab, Parsi, India, China dan lain-lain lagi.

Definisi dan Konsep Budaya

Pengertian budaya secara umum difahami sebagai keseluruhan cara hidup anggota-anggota masyarakat, yang meliputi berbagai-bagai aspek kehidupan itu, seperti peralatan, teknologi, pemikiran, nilai, world-view dan sebagainya. Itu juga boleh diteliti dari segi budaya material dan budaya bukan material. Setiap masyarakat mempunyai budayanya dan budaya itu dengan jelas menyatakan identiti bagi masyarakat itu. Budaya itu menyatakan secara simbolik bagi sesuatu masyarakat itu, iaitu segala perlakuan dan penghasilan budaya itu dapat difahami oleh masyarakat yang mendokong budaya itu.Budaya juga dapat membezakan sesuatu masyarakat dengan masyarakat yang lain. Budaya sesuatu masyarakat dapat menentukan keperibadian kebangsaan sesebuah negara. Di Malaysia, budaya Melayu dipersetujui sebagai teras kebudayaan kebangsaan, namun unsur-unsur budaya kaum lain seperti Cina dan India turut diambil kira. Secara amnya terdapat beberapa pendapat atau definisi mengenai budaya yang berbeza-beza mengikut pengkaji. Akan tetapi maksud budaya yang dikemukakan oleh mereka membawa konotasi yang sama atau serupa maknanya.

Kata budaya itu berasal daripada cantuman bahasa Sanskrit dan bahasa Melayuiaitu; Budhi (Sanskrit) : kecergasan fikiran dan akal. Ini bermaksud budaya itu adalah kecergasan akal fikiran seseorang yang akan menentukan tahap pemikiran mereka dalam menangani sesuatu permasalahan dan seterusnya mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan tersebut. Daya (Melayu) : kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh Kata daya di sini memberi maksud bahawa sesorang individu itu menggunakan segala kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh yang semula jadi bagi membantu menjana pemikiran mereka. Hasil gabungan kedua-dua kata atau perkataan ini menjelaskan maksud bahawa budaya merupakan kebolehan seseorang individu menggunakan kekuatan, tenaga dan akal fikiran bagi ke arah meningkatkan kecergasan akal fikiran bagi menyelesaikan permasalahan dan seterusnya berupaya menyelesaikan permasalahan tersebut. Penyelesaian tersebut pula boleh diterima semua ahli masyarakat dan seterusnya menjadi amalan bersama. Amalan yang yang terima ini seterusnya dijadikan budaya dalam kehidupan mereka.

Menurut Kamus Dewan (2005), budaya ditakrifkan sebagai kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir), berkelakuan dan sebagainya. Budaya juga diklasifikasikan sebagai satu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.

Mohd Taib Osman (1988) ada membuat tafsiran mengenai budaya. Menurut beliau, budaya memperlihatkan satu himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan yang mampu memenuhi kehendak biologidan kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling. Melalui himpunan daya intelektual tersebut masyarakat membentuk nilai yang dapat diterima bersama.

Manakala Selo Soemardjan dan Soelaiman Soemardi bersepakat bahawa budaya merupakan alat penghasilan karya seni, rasa, dan penciptaan dalam sesebuah masyarakat. Penghasilan karya atau kesenian tersebut dipersembahkan dalam pelbagai bentuk yang akan menjadi asas kebudayaan masyarakat.

Kesimpulan yang boleh dibuat mengenai budaya adalah, budaya dari aspek bahasa adalah cara hidup yang diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat pada masa kini. Dari aspek istilah pula, budaya merujuk kepada satu cara hidup yang diamalkan oleh kebanyakkan orang termasuk pemikiran, nilai kepercayaan, pandangan dan tabiat sesorang dalam menghadapi sesuatu perkara atau situasi. Budaya juga boleh dikaitkan dengan pengalaman interaksi sosial individu dengan masyarakat sekelilingnya. Budaya merupakan warisan sosial manusia, cara pemikiran, perasaan dan tingkah laku yang boleh diwarisi. Budaya adalah hak masyarakat yang akan menentukan bentuk tingkah laku mereka.

Ciri-ciri Budaya

Masyarakat mempunyai budayanya yang tersendiri. Budaya yang menjadi amalan masyarakatnya melambangkan keperibadian, identiti, dan jati diri masyarakat tersebut. Sikap, amalan, dan penerimaan masyarakat terhadap budayanya dapat menjelaskan budaya masyakat tersebut. Antara ciri budaya masyarakat adalah seperti yang berikut:

i. Diwarisi Budaya itu diwarisi dari satu generasi ke satu generasi berikutnya. Ini bermakna bahawa budaya Melayu, Cina dan India yang diamalkan hari ini adalah lanjutan daripada budaya terdahulu. Peristiwa yang telah berlaku akan memberi kesan kepada hari ini. Budaya itu juga diwarisi juga membawa maksud bersambung. Teknologi yang dihasilkan hari ini adalah hasil teknologi awal manusia masa lampau.ii. Dipelajari Budaya tidak lahir secara langsung tetapi perlu dipelajari Bentuk dan jenis pembelajaran anggota masyarakat bergantung kepada beberapa faktor iaitu: Agen-agen sosialisasi seperti keluarga, jiran, sekolah, institusi latihan dan sebagainya. Nilai yang mendapat keutamaan dalam sesebuah masyarakat itu. Umur seseorang. Tahap pendidikan Situasi sesuatu peristiwa itu berlaku. iii. Perkongsian Budaya itu dikongsi oleh manusia iaitu setiap perlakuan itu diramal dan didokong oleh sekumpulan manusia. Nasi lemak dan roti canai menjadi budaya kerana masyarakat menggemarinya. Bahasa Melayu adalah kebudayaan rakyat Malaysia kerana dituturkan oleh mereka dalam kehidupan seharian.. Perlakuan yang tidak dikongsi oleh sekumpulan manusia tidak termasuk dalam budaya seperti perlakuan mencuri walaupun ia wujud dalam masyarakat. Tanpa perkongsian, ia hanya menjadi perlakuan individu dan bukannya perlakuan masyarakat.

iv.Kesejagatan Kesejagatan budaya ialah kebudayaan itu wujud dalam semua kelompok manusia. Tidak ada masyarakat yang tidak memiliki kebudayaan. budaya yang sejagat itu berbeza antara masyarakat kerana faktor pengaruh alam, pengaruh luar dan tahap penyesuaian anggota. Clyde Kluckhohn mengesan tujuh unsur yang terdapat dalam semua budaya iaitu: peralatan dan kelengkapan hidup manusia. mata pencarian hidup dan sistem ekonomi. sistem sosial. bahasa. kesenian. sistem pengetahuan. agama dan kepercayaan.v.Berubah Budaya sentiasa berubah dan tidak ada budaya tidak mengalami perubahan. Perubahan ini dikaji daripada perubahan bentuk, ciri dan proses yang berlaku. Rumah beratap genting telah digantikan dengan rumah beratap rumbia. Perubahan budaya bukan kebendaan dilihat dengan jelas seperti perubahan sistem ekonomi sara diri kepada ekonomi kapitalis. Namun, perubahan budaya kebendaan lebih cepat berubah. Perubahan ini disebabkan beberapa faktor, antaranya: pertambahan bilangan anggota masyarakat. pertambahan keperluan dan keinginan manusia. penemuan dan penciptaan teknologi baru. pertembungan budaya. konflik yang berlaku. perubahan alam sekitar.

vi.Pandangan Semesta Pandangan semesta ialah bagaimana manusia memberikan tafsiran terhadap keadaan alam sekeliling ke dalam kehidupan seharian. Pandangan semesta ini timbul kerana manusia mempunyai pertalian yang rapat dengan alam sekitarnya. Pertalian yang erat ini pula diterjemahkan dalam kehidupan seharian seperti simpulan bahasa (seperti aur dengan tebing), ukuran (sehasta, sepelaung), tempoh masa (setanak nasi) dan sebagainya.

Gambaran Kebudayaan Melayu dalam Institusi Politik, Ekonomi, Sosial, Bahasa serta Kesusasteraan

1.0 Politik Masyarakat Melayu

Politik ialah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Walaupun perkataan ini biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah laku politik juga boleh didapati di korporat, akademik, agama, dan institusi lain. Kebanyakan proses politik membentuk hierarki dominan (dominance hierarchies). Politik manusia awal berbentuk kumpulan tersusun seperti keluarga, kerabat (clan), dan suku kaum ( tribes ) dan berkembang menjadi kerajaan.

Budaya politik pula dikaitkan dengan kewujudan rantaian sikap, tingkah laku, kepercayaan dan emosi yang mencorakkan aktiviti politik dalam setiap anggota sesuatu kelompok. Pada dasarnya, budaya politik mengandungi satu kepercayaan yang boleh menggambarkan dan nilai yang boleh menjelaskan situasi tindakan politik. Menurut Ahmad Nizamuddin (2002), budaya politik merangkumi perlakuan, tingkah laku, penglibatan, persepsi, kepercayaan, jangkaan dan harapan anggota masyarakat di dalam lingkungan politik masyarakatnya. Perkembangan budaya politik dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia yang menunjukkan betapa masyarakat telah berubah dari sifat feudal kepada era penyesuaian kepada demokrasi moden dan kemudiannya melahirkan budaya neo-feudal dan menuju kearah yang lebih sivil.

1.1 Pemerintahan Beraja

Pemerintahan beraja merupakan sistem politik Melayu yang bermula daripada zaman Kerajaan Melaka. Pemerintahan beraja bermula daripada pengaruh Kerajaan Sriwijijaya, iaitu Sistem Beraja Mutlak serta Sistem Pembesar Empat Lipatan. Sistem Pembesar Empat Lipatan pula terdiri daripada Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung, dan Laksamana.

Rajah 1 : Carta Hierarki Sistem Perintahan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka

Sistem ini kekal turun- temurun hingga kini. Hal ini demikian dibuktikan dengan kenyataan A.Aziz Deraman yang berbunyi: Sistem pemerintahan beraja alam Melayu juga unik. Sistem pemerintahan beraja ini berasakan prinsip kedaulatan yang menjadi warisan budaya yang secara positif menjadi simbol maruah negara.

Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah telah memberi gambaran serta menjelaskan sistem politik dan sosio-ekonomi masyarakat Melayu sebelum kedatangan kolonial ke Tanah Melayu. Ketika itu, masyarakat Melayu terbahagi kepada dua golongan iaitu golongan yang memerintah dan golongan yang diperintah. Golongan yang memerintah terdiri daripada golongan istana dan bangsawan. Manakala golongan yang diperintah terdiri daripada rakyat jelata.

Golongan yang memerintah ini dianggap sebagai manusia yang tinggi status dan martabatnya. Ketika masyarakat Melayu masih beragama Hindu-Buddha, golongan bangsawan dianggap sebagai jelmaan dewa atau keturunan dewa. Sesiapa sahaja yang terpilih menjadi pemimpin utama dalam sesuatu kelompok masyarakat akan dianggap sebagai manusia yang suci, mulia dan bebas dari dosa (Shaharuddin 1988). Oleh yang demikian, orang Melayu percaya bahawa pemimpin mereka mempunyai pelbagai sifat yang sangat istimewa serta kuasa dalam bentuk daulat yang tidak boleh ditentang oleh sesiapa. Selepas kedatangan Islam, tanggapan mereka terhadap golongan pemerintah ini masih tidak berubah. Raja yang awalnya dianggap sebagai jelmaan dewa dikaitkan pula bahawa raja Melayu mempunyai pertalian daripada keterunan Iskandar Zulkarnaian.

Raja diterima sebagai ketua agama Islam di dalam masyarakatnya serta di panggil dengan gelaran Sultan. Gelaran Sultan telah memperkukuhkan konsep daulat iaitu sesiapa yang menderhaka kepada Sultan adalah suatu kesalahan yang besar. Ini kerana perbuatan itu akan mendatangkan tulah kepada setiap penderhaka, iaitu sesuatu bentuk pembalasan daripada kuasa ghaib akibat kemungkaran raja yang diderhakainya (Haron Daud 1993). Oleh itu budaya politik Melayu tradisional adalah bersandarkan kepada agrarian, patron-client, pasif, non-political, setia, sensitif dengan darjat dan daulat pemimpin (raja/Sultan) dan struktur politiknya submissive (kepatuhan kepada pemimpin).

Terdapat tiga unit politik diwujudkan untuk melicinkan penyelarasan pentadbiran tradisional iaitu pertama, negeri yang diperintah oleh raja; kedua, daerah yang diuruskan oleh pembesar dan ketiga, kampung yang dijaga oleh penghulu. Peringkat negeri merupakan peringkat unit yang terbesar yang menunjukkan faktor geografi dan sungai sebagai sempadan negeri dan juga jalan perhubungan yang utama . Ibu negeri kebiasaannya terletak di tepi atau kuala sungai. Ini adalah untuk memudahkan kawalan dan urusan keluar masuk negeri. Pemerintah tertinggi bagi unit ini ialah Raja atau Sultan dan dibantu oleh pembesar utama seperti Bendahara, Temenggung, Laksamana ,Penghulu Bendahari, dan Syahbandar. Peringkat daerah merupakan unit yang mengawal beberapa buah kampong dan juga menjadi jalan penghubungan. Unit ini ditadbir oleh pembesar tempatan seperti Dato. Unit ini berfungsi sebagai pentadbiran tempatan , menjaga keamanandaerah, memungut cukai , menjadi utusan raja dan perantara pemerintah kepada rakyat. Pada peringkat kampong pula penghulu merupakan penghubung/perantara yang menghubungkan rakyat dan pemerintah . Penghulu juga berperanan dalam memungut cukai, menjaga keamanan, perantara dengan pembesar daerah dan mempunyai kuasa mengerah anak buah bagi melaksanakan perintah orang atasan.

Kesimpulannya, sistem pentadbiran kerajaan Melaka adalah berasakan hierarki ataupun feudal iaitu raja berkuasa mutlak. Terdapat juga peraturan dan undang-undang yang diwujudkan untuk menitikberatkan jurang antara pemerintah dengan rakyat. Kesultanan Melayu Melaka telah mencetuskan tamadun berpolitik yang tinggi.

1.2 Sistem Demokrasi

Sebelum kedatangan kolonial, bentuk politik di Tanah Melayu adalah bersifat tradisionalisme dan bercirikan feudal. Orang Melayu beranggapan bahawa Sultan merupakan pemimpin mereka yang unggul. Mereka percaya bahawa Sultan berusaha untuk menegakkan keadilan dengan bersandarkan kedudukan baginda yang dianggap sebagai wakil Allah yang diharapkan untuk menjaga kebajikan, kehormatan dan keselamatan rakyatnya

Namun, kedatangan kolonial telah mengubah sistem politik Melayu kini pula kepada demokrasi dan telah mewujudkan beberapa ideologi politik yang mula menghakis sistem beraja di Tanah Melayu. Dengan munculnya beberapa ideologi ini maka satu anjakan baru dalam sistem dan budaya politik Melayu mula berkembang. Ideologi-ideologi ini meresapi jiwa orang Melayu ketika itu lebih-lebih lagi ketika usaha-usaha untuk mendapatkan kemerdekaan daripada British. Aliran ideologi ini telah menukar wajah budaya politik Melayu, sehingga ada di kalangan mereka boleh melanggar konsep daulat seperti yang diamalkan sejak zaman Melayu tradisional. Pergerakan atau peralihan budaya politik Melayu pada zaman kolonial ini bermula dengan kebangkitan nasionalisme yang timbul sebagai satu bentuk tindak balas untuk melahirkan rasa tidak puas hati terhadap pentadbiran Inggeris di Tanah Melayu sehingga tertubuhnya UMNO pada11 Mei 1946 yang telah membawa evolusi baru dalam budaya politik Melayu.

Nasionalisme dalam perjuangan UMNO menjadi titik tolak perubahan sistem politik Melayu. Ini kerana UMNO yang menjadi tulang belakang dalam membawa kemerdekaan Tanah Melayu telah mengubah sistem politik di Tanah Melayu ketika itu. Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan daripada British pada 31 Ogos 1957 Perlembagaan Tanah Melayu 1957 diwujudkan. Dalam perlembagaan tersebut, Majlis Raja-Raja diwujudkan dan cara melantik Ketua Negara yang dikenali sebagai Yang Di-Pertuan Agong yang dipilih setiap 5 tahun sekali dari kalangan 9 raja-raja Melayu. Ini menunjukkan bahawa budaya politik Melayu masih mengekalkan sistem beraja tetapi ia disesuaikan dengan konsep RajaBerpelembagaan. Dari segi budaya, raja masih diletakkan di posisi tinggi dalam masyarakat Melayu sebagai Ketua Negara Persekutuan. Peranan dan fungsinya yang tercatat dalam perlembagaan sebagai salah satu usaha untuk mempertahankan budaya politik Melayu. Walaupun berlaku perubahan besar dalam sistem politik tetapi dalam konteks budaya politik Melayu kedudukan dan fungsi raja masih lagi kekal.

Demokrasi berparlimen yang menjadi sistem politik Melayu kini ialah pentadbiran kerajaan yang dipilih oleh rakyat dan untuk rakyat dengan peranan Raja atau Yang Dipertuan Agong untuk meluluskan undang-undang yang dibuat di Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Hal ini demikian menjelaskan konsep pemerintahan yang berbentuk musyawarah, iaitu ketetapan bersama dalam menentukan undang-undang yang perlu dilaksanakan. A.Aziz Deraman membuat kenyataan yang berbunyi: Sistem demokrasi berparlimen adalah rupa bentuk budaya politik zaman ini, manakala raja berperlembagaan yang unik adalah warisan sejarah budaya yang diamalkan sejak zaman-berzaman. Institusi yang di Pertuan Agong kekal kesinambungannya daripada tradisi beraja negara. Segala adat istiadat dan upacara yang berhubung dengannya bererti pemupukan budaya yang berterusan.

2.0 Ekonomi Masyarakat Melayu

Ekonomi merupakan satu cabang sains sosial yang mengkaji pembahagian sumber yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia jugai tentang individu dan masyarakat dalam membuat pilihan yang cekap bagi menggunakan sumber ekonomi yang terhad seperti tanah, buruh, modal dan usahawan dengan kehendak manusia yang tidak terhad.

2.1 Ekonomi berasaskan Hasil Perdagangan Antarabangsa di Zaman Kesultanan Melayu Melaka

Masyarakat Melayu telah berjaya mencapai kejayaan yang lebih besar melalui Kerajaan Melaka pada Abad ke-15 kesan daripada perdagangan yang berkembang pesat. Melaka telah muncul sebagai kuasa besar di Kepulauan Tanah Melayu yang setaraf dengan kuasa besar lain seperti Siam, Srivijaya, dan China. Melaka yang pada mulanya merupakan sebuah kerajaan kecil telah berkembang dan mengambil alih peranan pusat perdagangan yang dulunya dipegang oleh Srivijaya.

Kejayaan Melaka bertindak sebagai penerima atau pembeli barang-barangan, menjadi pengantara menemukan pedagang Timur dan Barat termasuk Nusantara, dan juga bertindak sebagai penyebar barang-barangan yang dibawa ke Melaka ke tempat lain. Hal ini demikian dibuktikan dengan kenyataan A.Aziz Deraman dalam bukunya pada halaman 9 dan 16 yang berbunyi: Kerajaan Melayu membangun dengan pesat dalam bidang pelabuhan semasa sistem kerajaan yang mengagumkan sewaktu Kegemilangan Melayu Melaka pada abad ke-15.

Ketika ini boleh dikatakan bahawa masyarakat Melayu adalah antara masyarakat yang tinggi ketamadunannya kerana dengan wujudnya empayar pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka, Semenanjung Tanah Melayu terutamanya di negeri Melaka se telah menjalankan kegiatan perdagangan dengan pedagang-pedagangdari luar negara terutamanya dari Arab, Parsi, India, China dan lain-lain lagi. Walaupun pada permulaannya aktiviti ekonomi hanya melibatkan urus niaga secara sistem barter atau bertukar barang namun ia telah berevolusi sehingga wujudnya sistem mata wang. Bertitik tolak daripada terciptanya sistem mata wang ini, kegiatan ekonomi di Tanah Melayu semakin berkembang maju.

2.2 Sistem Berasaskan Sara Diri

Sejak berabad lamanya, masyarakat Melayu tradisional telah mempunyai satu bentuk sistem ekonomi teratur yang berbentuk sara diri. Sara diri bermaksud kegiatan-kegiatan ekonomi yang dijalankan untuk mendapatkan bahan-bahan makanan dan hasil-hasil lain bagi memenuhi keperluan hidup seharian. Sistem ekonomi masyarakat Melayu Tradisional bersifat pelbagai iaitu sara diri, separa sara diri, ekonomi komersial dan perdagangan.

Kegiatan ekonomi masyarakat Melayu tradisional mempunyai hubungan rapat dengan kawasan penempatan. Mereka mendirikan penempatan dekat dengan laut, pinggir siungai atau hutan Kegiatan ekonomi utama ialah pertanian dan perikanan. Kekuatan ekonomi utama ialah pertanian. Tanaman utama ialah padi dan tanaman sampingan ialah sayuran dan buah-buahan, Menternak, memburu, dan mengumpul hasil hutan juga merupakan salah satu cara bagi masyarakat Melayu menyara diri selain pertukangan dan kraf tangan. Manakala mereka yang tinggal berhampiran dengan pelabuhan pula melibatkan diri dalam perdagangan.

2.2.1 Sistem Berasaskan Sara Diri Melalui Pertanian

Pertanian sara diri ialah seperti tanaman utama iaitu padi sawah dan padi huma. Penanaman padi diusaha secara taradisional yang bergantung kepada air sungai dan hujan. Terdapat taliair dan terusan yang dibina contoh; Terusan Wan Mat Saman di Kedah dan terusan di Kerian, Perak. Negeri utama penanaman padi ialah Kedah, Seberang Prai, Perlis dan Kelantan. Alatan tradisi yang digunakan pula seperti tajak,cangkul dan tenggala juga binatang ternakan seperti kerbau dan lembu untuk membajak tanah. Tanaman lain yang ditanam secara sampingan disekitar rumah untuk kegunaan sendiri seperti pisang,ubi kayu, buah-buahan dan sirih. Selain itu, masyarakat juga Melayu mengutip hasil hutan seperti rotan, damar, getah perca, jelutong kayu kayan, akar-akar kayu ubatan dan buluh (kegiatan ini dipanggil meramu) untuk menyara diri. Hasil-hasil bersumberkan hutan ini akan ditukar dengan barang keperluan lain seperti beras, garam dan kain.

2.2.2 Sistem Berasaskan Sara Diri Melalui Penternakan, Berburu Binatang dan Pertukangan

Masyarakat Melayu juga menternak binatang seperti ayam,itik,lembu dan kerbau sebagaisumber makanan,membajak sawah dan menarik kayu. Aktiviti berburu juga dijaiankan untuk mendapatkan sumber makanan. Antara binatang yang diburu ialah kancil, rusa, dan ayam hutan. Kegiatan menjerat gajah juga dijalankan kerana gajah sangat berguna sebagai binatang pengangkutan. Perikanan pula merupakan kegiatan utama penduduk di pinggir laut, sungai dan tasik. Nelayan biasanya menukar ikan dengan beras dikampung-kampung yang menanam padi. Cara penangkapan ikan berbeza dan bergantung kepada keadaan sunagai atau taut dan jenis ikan yang ditangkap. Antara atat penangkapan ikan taradisi ialah bubu. Iukah, serkap, jala dan ketong. Penangkapan ikan laut biasanya dijalankan di negeri-negeri pantai timur semenanjung terutamanya butan Mac dan Oktober. Pada musim tengkujuh nelayan tidak ke laut dan penangkapan ikan tertumpu di kawasan sungai ,sawah padi dan tasik. Lebihan hasil tangkapan taut biasanya dibuat ikan kering, keropok, betacan dan budu. Hasil taut yang turut diperdagangkan seperti ikan kering,mutiara dan agar-agar yang mendapat permintaan tinggi dikalangan orang-orang Cina.

2.3 Sistem Berasaskan Komersil

Selepas kedatangan Barat ke Tanah Melayu, sistem ekonomi komersial turut diperkenalkan. Pertanian komersial dijalankan di Negeri-Negeri Selat dan Johor. Di Johor sistem kangcu diperkenalkan. Melalui sistem ini, orang Cina dari Singapura diambil untuk mengerjakan tanaman gambir dan lada hitam. Hasil gambir dan lada hitam dipasarkan ke luar negara melalui Singapura dengan menggunakan tongkang. Hasil tanaman tradisional yang dikomersialkan adalah seperti ubi kayu, tebu, gambir dan lada hitam. Tanaman-tanaman ini diusahakan oleh orang Cina dan mendapat pasaran yang baik di Eropah. Masyarakat tempatan juga menjalankan kegiatan perdagangan antarabangsa. Kegiatan perdagangan memainkan peranan penting dalam sistem ekonomi masyarakat Melayu. Jelaslah bahawa sistem ekonomi masyarakat Melayu tradisional bukan sahaja berbentuk sara diri, malah juga berbentuk ekonomi komersial sebelum campur tangan British. Kedua-dua bentuk sistem ekonomi ini dijalankan serentak.

3.0 Sosial Masyarakat Melayu

Sosial adalah perihal tentang kemasyarakatan. Secara umumnya sosial meliputi aspek persahabatan, pergaulan atau ajaran yang bertujuan untuk membangunkan masyarakat secara damai. Ruang lingkup sosial masyarakat Melayu sangat besar. Oleh sebab itu aspek yang dibincangkan dalam bidang sosial masyarakat Melayu meliputi nilai murni, kesenian, undang-undang, adat resam dan bahasa.

3. 1 Nilai-nilai murni

Masyarakat Melayu umumnya mempunyai banyak nilai yang menjadikan bangsa Melayu ini penuh dengan tatasusila dan terkenal dengan sopan santunnya. Nilai merupakan salah satu aspek yang sentiasa ditekankan oleh ahli masyarakat. Melalui nilai, kita akan belajar untuk mencontohi sesuatu amalan yang baik dan positif.

Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4 muka surat: 1081, nilai adalah taksiran harga, harga sesuatu yang dibandingkan dengan harga yang lain, kadar nisbah, sifat ketinggian dan darjat, kualiti, mutu dan taraf. Ini bermakna, nilai adalah ukuran kepada sesuatu seperti sifat keperibadian dan sebagainya yang ada pada individu.

Kebudayaan Melayu menerima nilai-nilai yang dibawa Islam seperti kebebasan, kebenaran, keadilan, kejujuran, kesetiaan dan cinta kepada negara. Norma hidup positif yang turut diamalkan juga adalah bergotong-royong, muafakat dan kerjasama. Nilai-nilai yang diamalkan ini merupakan panduan pembentukan imej masyarakat. Sifat orang Melayu sangat terpuji lebih-lebih lagi setelah penyebaran Islam di Melaka. Semangat masyarakat Melayu yang cinta akan negara diluahkan A.Aziz Deraman dalam kenyataan yang berbunyi: Sikap Melayu cintakan negara. Kata pepatah Melayu Hujan emas di negeri orang, hujan keris lembing di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri .

Menurut Mohd Yusof Hasan dalam bukunya Dunia Melayu (30:1991), nilai ialah asas pertimbangan bagi seseorang atau sesuatu kelompok manusia untuk menentukan sama ada sesuatu perkara atau bendaitu baik, benar, bermanfaat, indah dan diingini dan cuba diperoleh dan dibina, atau sebaliknya, buruk, palsu, berbahaya, dibenci dan berusaha untuk dijauhi dan dihapuskan. Nilai dapat dibahagikan kepada empat iaitu nilai estetik, nilai moral, nilai doktrin dan nilai budaya. Nilai : Berbudi. Nilai pertama yang dapat dilihat dalam masyarakat Melayu ialah berbudi. Masyarakat Melayu dibiasakan dengan amalan berbudi. Semangat berbudi ini sememangnya dapat mewujudkan satu rasa kebersamaan dan saling bergantungan antara satu sama lain. Sememangnya masayarakat Melayu terutamanya telah dibiasakan dengan nilai-nilai budi. Nilai : Kasih Sayang.Dalam masyarakat melayu, nilai kasih sayang amat penting dalam memupuk masyarakat yang penyayang dan saling mengasihi antara satu sama lain tidak kira sahabat, sanak-sudara malah haiwan peliharaan juga menjadi aset untuk memupuk kasih sayang. Dalam konteks kebudayaan melayu, kasih sayang dapat disifatkan sebagai nilai budaya yang amat dititkberatkan agar dapat membentuk masyarakat yang harmoni melalui nilai kasih sayang ini. Nilai : Patuh kepada perintah agama.Nilai yang seterusnya yang terdapat dalam masyarakat Melayu ialah nilai kepatuhan kepada agama. Budaya masyarakat Melayu menggabungkan unsur agama iaitu Islam dan adat. Kedua-dua aspek ini menjadi asas yang utama dalam proses sosialisasi dan pembudayaan. Namun demikian, adat dan budaya yang menjadi asas dalam proses sosialisasi tersebut hendaklah berteraskan kepada syarak. Ini adalah kerana jati diri Melayu yang bersandarkan adat dan budaya adalah berpaksikan konsep tauhid dan syariah yang telah mewarnai budaya Melayu sejak dari abad ke-13 lagi. [Pemikir April-Jun (2003: 6)]

3.2.0 Kesenian

Dalam masyarakat Melayu seni dapat dibagi menjadi dua: seni persembahan (tarian, nyanyian, persembahan pentas seperti makyong, wayang kulit, ghazal, hadrah, kuda kepang) dan seni tampak (seni ukir, seni bina, seni hias, pertukangan tangan, tenunan, anyaman dll). Permainan tradisi seperti gasing, wau, congkak, juga termasuk dalam kategori seni persembahan. Kegiatan seni Melayu mempunyai identitas tersendiri yang juga memperlihatkan gabungan berbaga-bagai unsur tempatan dan luar. Hasil seni Melayu jelasnya bukan sekadar pada imejnya walhal mempunyai takrifan makna bersamanya. Keindahan dan kecantikan dapat dibuktikan dengan kata-kata A.Aziz yang berbunyi: Dalam kesenian sekalipun tidak membawa imejnya semata-mata. Falsafah dan pemikiran tergambar pada awan larat dan sobekannya mampu menunjukkan imej cita-cita budaya kita.

3.2.1 Kemahiran Seni Halus

Bangsa Melayu kaya dengan hasil seni halus. Yang dimaksudkan dengan seni halus ialah hasil seni yang melibatkan penggunaan motor halus tangan seperti anyaman dan tenunan. Hasil tangan masyarakat Melayu ini sangat cantik dan berkualiti. Kesenian kita baik seni lakon (muzik, seni tari, seni suara) mahupun seni tampak (seni lukis, ukir, arca,tekatan, anyaman) perlu digerakkan secara besar-besaran untuk menonjolkan identiti budaya dan tamadun kita. Kemahiran yang kita ada perlu dilatih untuk membangunkan kejiwaan contohnya dalam bidang tradisi tekstil (batik, songket, tenunan), logam (kepandaian bertukang emas, perak, kraf tangan).

3.2.2 Seni Busana/ Pakaian

Bangsa Melayu juga kaya dengan seni busananya. Baju kurung merupakan salah satu pakaian masyarakat Melayu yang longgar pada lubang lengan, perut, dan dada. Pada mulanya, baju kurung biasa dipakai untuk upacara kebesaran Melayu dan kini dipakai oleh masyarakat biasa. Walaupun baju kurung atau baju Melayu ini merupakan asimilasi bangsa ini namun pemakaiannya berupaya menjaga identiti Melayu. Justeru jelaslah bahawa bangsa Melayu mempunyai seni busana atau pakaian sendiri yang dipelihara. Proses penerapan budaya berlaku sejak awal hubungan tamadun Melayu dengan tamadun Cina, India, dan Eropah mengikut kesesuaian dan kewajaran budaya itu diterima dalam rumpun Melayu. Pengaruh seperti pada baju Melayu dan songkok sebenarnya berasal daripada India-Pakistan kini menjadi unsur nasional kita.

3.2.3 Kemahiran Seni Lakon

Identiti budaya kita juga ditonjolkan dengan seni lakon Melayu. Lakonan ialah salah satu aktiviti manusia yang bertujuan untuk menggembirakan hati dengan cara meniru watak yang berlainan dengan dirinya yang sebenar. Lakonan teater masyarakat Melayu boleh dibahagikan kepada lakonan tradisional seperti Bangsawan, Main Puteri dan Menora yang mana watak dan jalan cerita tidak lagi berubah walaupun setelah berlakunya perubahan zaman.

Wayang kulit bermula semenjak pengenalan kamera wayang pada sekitar 40an, 1950-an hingga 60-an. Teater moden pula merujuk kepada yang lain daripada yang di atas. Jelaslah bahawa masyarakat Melayu kaya dengan seni lakonnya. Seni lakon ini dijelaskan oleh A.Aziz dalam kenyataannya yang menceritakan asal usul pergerakan seni lakon masyarakat Melayu yang berbunyi: Daripada prinsip unzuru dan tafakkaru inilah budaya Melayu mencipta gerak tari berdasarkan lambaian sulur, buaian ranting dan dedaun serta gerak geri fauna. Bunyi yang lahir daripada desiran angin, titisan hujan dan deruan ombak dan diolah menjadi nada lagu.

3.2.4 Permainan Tradisional

Permainan tradisional merupakan sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang masyarakat Melayu. Permainan tradisional merupakan hiburan masyarakat Melayu pada waktu lapang. Kesenian pula terbahagi kepada bentuk tradisional atau sezaman. Bagi Malaysia bentuk tradisional ada yang berupa etnik seperti makyung, wayang kulit, ngajat, gamelan atau kesenian rakyat yang mencirikan penyertaan dan penglibatan rakyat seperti permainan tradisional wau, gasing, dan sebagainya.

3.2.5 Seni Suara

Seni suara merupakan bunyi yang diterima oleh individu dan berbeza bergantung kepada sejarah, lokasi, budaya dan cita rasa seseorang. Persembahan seni suara dan muzik dalam masyarakat Melayu adalah unik bukan sahaja sekadar hiburan kosong. Persembahan seni suara sebenarnya mempunyai pelbagai maksud pengajaran.

Seni muzik membawa lagu Islam dan zikir, digunakan untuk kepentingan rohaniah di kalangan sufi bagi mendapatkan ghairat, marhaban, qasidah, berzanji dan digabungkan dalam bahasa Melayu-Arab dalam dikir berodah.

3.3 Undang-udang, Adat dan Kepercayaan

Nilai dan norma merupakan peraturan masyarakat yang terdiri daripada undang-undang, adat resam, pantang larang dan gaya perlakuan dalam warisan masyarakat Melayu. Undang-undang merupakan satu sistem peraturan atau norma yang cuba diikuti oleh ahli-ahli masyarakat. Undang-undang kebiasaannya ialah peraturan sesuatu negara. Yang melanggar peraturan tersebut mungkin dihukum atau didenda.

Adat, peraturan yang sudah diamalkan turun-temurun dalam sesuatu masyarakat sehingga menjadi hukum yang harus dipatuhi. Adat merupakan kebiasaan cara hidup yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat yang dapat menggambarkan corak budaya masyarakat tersebut. Adat memainkan peranan penting di dalam hidup masyarakat tidak kira apa bangsa sekalipun. Dalam masyarakat dan budaya Melayu adat tersebut bermula dari dalam perut ibu, kelahiran, perkahwinan sehinggalah kematian.

Dalam masyarakat Melayu dahulu, adat sebagai hukum dan undang-undang dalam negara dan masyarakat umum. Misalnya, hukuman yang dikenakan terhadap pelbagai kesalahan dalam masyarakat ataupun undang-undang adat dalam masyarakat adat perpatih serta pelbagai hukum kanun lama dari zaman Melaka hingga abad ke-20.

Adat dengan erti susunan masyarakat dan segala lembaga kemasyarakatannya, seperti sistem kekeluargaan, sistem politik mahupun sistem ekonomi, seperti pemilikan tanah dan pembahagian harta. Institusi kekeluargaan yang lazim dilaksanakan dalam pelbagai masyarakat ialah adat masyarakat itu. Ada masyarakat yang biasa mengamalkan sistem kekeluargaan matrilokal dan ada yang neolokal. Demikian juga, ada masyarakat yang membahagikan harta serta pemilikan secara faraid dan ada yang secara sama rata. Institusi dan organisasi kemasyarakatan sebagai prinsip penyusunan masyarakat merupakan makna terunggul dalam konsep adat di seluruh Alam Melayu. Bagi pelbagai masyarakat di seluruh Alam Melayu seperti Iban, Dusun, Dayak, Batak, Toraja, adat masih membawa makna yang amat luas dan serba merangkumi, iaitu adat sebagai suatu kebudayaan. Dalam konsep ini, adat adalah keseluruhan corak hidup atau kebudayaan manusia di alam nyata dan juga menghubungkan manusia dengan alam kosmik yang simbolis dan sejagat. Adat menjadi ciri kehidupan, bukan sahaja manusia dalam lingkungan alam tabiinya, bahkan dalam kalangan semua makhluk seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Malah, ciri adat terdapat dalam pergerakan alam tabii itu sendiri, seperti kejadian semula jadi, ribut dan petir, serta segala-galanya dalam kosmos adalah kerana mengikut adat alam. Maka, hukum alam adalah juga adat.

Namun, apabila agama Islam yang mula bertapak di Tanah Melayu pada abad ke-7 melalui pedagang daripada China, India dan Tanah Arab, telah berlaku perubahan dalam adat budaya dan kepercayaan masyarakat Melayu. Agama ini telah membawa kepada bermulanya sistem pendidikan secara formal dan peraturan yang menjadi garis panduan masyarakat Melayu hingga kini.

3.4.0 Bahasa dalam Masyarakat Melayu

Bahasa merujuk kepada pengetahuan yang dimiliki oleh penutur bahasa ibunda, yang membolehkan mereka berkomunikasi, mengungkapkan rasa, cita dan makna, serta dapat melaksanakan fungsi bahasa yang lain. Ini menunjukkan bahawa bahasa amat penting bagi kehidupan di alam ini. Nilai budaya merupakan nilai- nilai yang disepakati dan tertanam dalam suatu masyarakat, lingkup organisasi, lingkungan masyarakat, yang mengakar pada suatu kebiasaan, kepercayaan (believe), simbol-simbol, dengan karakteristik tertentu yang dapat dibezakan satu dan lainnya sebagai acuan prilaku dan tanggapan atas apa yang akan terjadi atau sedang terjadi. Nilai budaya akan tampak pada simbol-simbol, slogan, moto, visi misi, atau sesuatu yang nampak sebagai acuan pokok moto suatu lingkungan atau organisasi.

Bila memperkatakan tentang bahasa Melayu, bahasa Melayu mempunyai nilai sastera, budaya dan agama yang tinggi. Semangat dan nilai yang terdapat dalam bahasa Melayu boleh menjadi pendorong yang kuat kepada pengamalnya untuk menggerakkan perkembangan ilmu pengetahuan. Bahasa Melayu, sastera dan budaya akan hidup bersama untuk membangunkan masyarakat. Collins (1999) dan Awang Sariyan (2000) menjelaskan bahawa kebitaraan bahasa Melayu pada abad ke-16 dan ke-17, telah mencapai taraf bahasa antarabangsa, terutama dengan kedudukannya sebagi bahasa diplomatik, lingua franca, bahasa perdagangan sedunia, bahasa penyebaran agama besar di dunia dan bahasa sastera. Oleh itu, bahasa dan sastera tidak boleh dipisahkan.

Bahasa Melayu Klasik telah digunakan pada abad ke-14 hingga ke-19. Sepanjang abad ini bahasa ini mencapai kegemilangan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dan zaman Kerajaan Johor-Riau. Bahasa ini juga telah menjadi bahasa baku dalam pemerintahan negara yang berpusat di istana dan hubungan dengan dunia luar. Pada zaman ini peranan agama Islam sangat penting untuk membawa kepada perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Hal ini dapat dilihat apabila Islam menyumbang dan memperkenalkan sistem tulisan Jawi dan kosa kata Arab. Sebelum kedatangan Islam bahasa ini tidak mempunyai tulisan yang lengkap selepas kedatangan kemasukan agama Islam, Sistem tulisan Jawi telah diperkenalkan dan diistiharkan sebagai tulisan rasmi di kepulauan tersebut. Selain daripada perkembangan ilmu undang-undang, sejarah, dan agama kerana kedatangan tulisan ini, ilmu kesusasteraan merupakan ilmu yang paling berkembang dengan mengunakan tulisan jawi. Selain daripada sumbangan Islam dalam bidang tulisan, Islam turut memperbanyakkan lagi kosa kata bahasa Melayu malahan menurut Zaba kosa kata yang diperkenalkan lebih banyak daripada kosa kata bahasa Sanskrit.

Perkembangan bahasa dalam budaya Melayu dapat dilihat daripada melalui beberapa buah karya penting yang dihasilkan pada zaman Melayu Klasik. Karya-karya penting ini seperti Hikayat Raja-raja Pasai, Hikayat Merong Mahawangsa, Misa Melayu, Sejarah Melayu, hikayat Anggun Cik Tunggal, Hikayat Awang Suluh Merah Muda, dan Hikayat Panji semerang dapat memperlihatkan perkebangan bahasa dalam budaya Melayu hasil daripada beberapa peradaban yang diasimilasikan ke dalam masyarakat Melayu seperti bahasa Sanskrit, Arab dan lain-lainnya. Menurut Abdullah Hassan, (1940 : 32 ) sesuatu bahasa hidup lama ialah keupayaan bahasa itu menerima unsur-unsur daripada bahasa asing dan menjadikan unsur miliknya sendiri. Manakala bahasa yang mati ialah bahasa yang tidak mahu mengambil unsur-unsur asing. Bahasa Melayu merupakan bahasa yang hidup kerana menerima pelbagai unsur-unsur asing dalam bahasanya.

Mohd Yusof Haji Othman menyatakan bahawa bahasa tidak mungkin dipisahkan daripada amalan hidup seseorang. Bahasa bukan semata-mata alat komunikasi tetapi jauh daripada itu, bahasa ialah pembina budaya dan pandangan alam seseorang. Seseorang yang mengabaikan bahasanya, bermakna ia mengabaikan budaya hidup diri dan masyarakatnya. Seseorang yang mengagungkan bahasa juga harus mengagungkan budaya atau sastera bangsanya. Lebih tinggi taraf kebahasan yang digunakan dalam kehidupan lebih tinggi nilai kebudayan atau sasteranya dan lebih besar pula sumbangan yang dapat diberikannya untuk membangunkan diri, keluarga dan negara. Oleh itu dapat kita katakan bahawa bahasa dan budaya Melayu merupakan asas bagi pembentukan tamadun Malaysia hingga kini.

Kesusasteraan dalam Budaya Melayu

Perkembangan kesusasteraan sesuatu bangsa pada masa lampau ialah gambaran jelas tentang sejarah silam bangsa itu sendiri. Terbukti dalam sejarah telah wujud satu bangsa yang bernama Melayu yang amat mementingkan adat resam, bahasa dan kebudayaan bangsanya. Sejarah juga telah membuktikan wujud sebuah kerajaan yang bernama Sriwijaya yang menggunakan bahasa Melayu kuno. Pada zaman awal itulah munculnya berbagai-bagai bentuk sastera seperti sastera rakyat, sastera berunsur sejarah, lagenda dan kesan-kesan peninggalan kerajaan Melayu pada zaman silam.

Sastera Melayu pada awalnya adalah bercirikan kesejahteraan dan berkonsepkan hiburan serta pengajaran. Cerita-cerita juga disampaikan secara lisan. Begitu juga dengan puisi Melayu lama yang banyak memuatkan mesej tentang akal budi dan pandangan hidup masyarakat Melayu. Puisi Melayu Tradisional juga telah lahir melalui tradisi lisan dan tulisan. Pengucapan bahasa diolah mengikut pengalaman, peraturan, pengaruh, dan persekitaran. Oleh sebab itu, kita menemui Puisi Melayu Tradisional yang asli, iaitu pantun, teromba, talibun, dan peribahasa berangkap. Yang mengandungi pengaruh Hindu ialah gurindam, rejang, seloka, dan mantera manakala yang mengandungi pengaruh Arab-Parsi ialah dikir atau zikir, endoi, rubai, nazam, masnawi, ghazal, dan qitah.

Tradisi lisan dalam budaya masyarakat Melayu adalah bahagian dari kebudayaan yang diciptakan, disebarluaskan dan diwariskan dalam bentuk lisan seperti cerita rakyat, ungkapan dan sebagainya. Sastera lisan ialah hasil-hasil sastera Melayu lama yang disampaikan secara lisan iaitu dipertuturkan. Sastera lisan merupakan hasil sastera yang dimiliki oleh masyarakat Melayu, disebarkan dan dituturkan daripada satu generasi ke satu generasi secara lisan. Ia hidup dalam masyarakat Melayu tradisional secara lisan atau secara dituturkan. Sebab itulah sastera lisan ini tidak diketahui nama pengarang atau penulisnya. Juga tidak diketahui bilakah ia dicipta. Sebagai sastera yang tersebar secara lisan sastera banyak mengalami perubahan dan tokok-tambah serta penyesuaian. Tokok-tambah dan penyesuaian dilakukan bagi menyesuaikan cerita tersebut dengan situasi setempat. Perubahan masa dan zaman membawa perubahan kepada corak penyebaran secara lisan. Pada masa kini, hasil-hasil sastera lisan telah dibukukan, yakni ditulis.

Tradisi lisan yang mencirikan karya-karya sastera lisan telah menerima perubahan kepada bentuk bertulis. Sungguhpun, masyarakat telah mengamalkan sistem tulisan, namun tradisi lisan tetap hidup didalamnya. Sastera lisan tetap merupakan sastera lisan sekalipun telah menjadi bahan tertulis. Karya-karya sastera lisan yang telah dibukukan masih mengekalkan ciri-ciri kelisanannya, malah mempunyai ciri-ciri tersendiri. Pada masa kini, kita boleh membaca cerita-cerita rakyat ini melalui buku-buku yang dihasilkan dari kemajuan media cetak.

Sastera lisan Melayu dapat dibahagikan kepada dua bentuk:

a. Sastera lisan berbentuk cerita (kisah atau naratif)

b. Sastera lisan berbentuk bukan cerita ( bukan kisah atau bukan naratif)

a) Sastera lisan berbentuk cerita (naratif)

Sastera lisan berbentuk cerita ini dikenali juga sebagai cerita rakyat atau cerita lisan. Ia terdiri daripada cerita-cerita seperti berikut;

Cerita Lipur Lara (panglipur lara) Cerita Jenaka Cerita Binatang Cerita Asal usul Cerita Hantu Cerita Teladan Cerita-cerita mitos dan legenda.

b) Sastera lisan berbentuk bukan cerita (Bukan Kisah atau Bukan Naratif)

Sastera lisan berbentuk bukan cerita pula sebahagian besarnya berupa puisi, antaranya;

Pantun Gurindam Seloka Teka-teki dan Nyanyian Rakyat Jampi, Mantera dan Serapah Pepatah dan Perbilangan Adat Peribahasa, Bidalan

Agama Islam yang sampai ke Alam Melayu pada abad pertama Hijrah juga telah memberi sumbangan yang tidak ternilai terhadap perkembangan bahasa, kesusasteraan, dan kebudayaan Melayu. Salah satu daripadanya ialah pengenalan huruf-huruf Arab kepada penganut-penganut agama Islam di rantau ini dengan tujuan menjadikannya abjad baru di dalam penulisan berbahasa Melayu. Oleh sebab itu, sistem tulisan yang teratur di dalam bahasa Melayu wujud setelah kedatangan Islam. Dengan wujudnya sistem tulisan bermulalah tradisi tulisan di Alam Melayu. Ia bermula dengan penulisan yang berbentuk bukan kreatif, iaitu penulisan kitab-kitab bercorak agama yang membicarakan mengenai fikah, tafsir Al-Quran, tauhid dan sebagainya. Setelah itu diikuti dengan penulisan kreatif. Bidang ini bermula dengan munculnya Hikayat Nabi Bercukur, Hikayat Nur Muhammad, Hikayat Nabi Yusof, Hikayat Nabi Musa, dan hikayat-hikayat lain seumpamanya. Hikayat Nabi-nabi itu berdasarkan kepada kisah-kisah tentang diri mereka yang terdapat di dalam Al-Quran. Oleh itu, kesusasteraan Melayu dapat berkembang pesat kerana adanya kecenderungan dan usaha-usaha pengembangan agama Islam menggunakan sastera sebagai alat penyebarannya.

Kesimpulan

Kebudayaan Melayu merujuk kepada keseluruhan sistem kehidupan yang dipraktikkan oleh masyarakat Melayu. Dalamnya terkandung unsur sosial, ekonomi, politik, kepercayaan dan organisasi serta meliputu hal-hal tentang bahasa, agama, kesusasteraan yang menjadi milik bersama masyarakat Melayu. Justeru, budaya Melayu dalam konteks Malaysia kini merupakan sebahagian besar inti pati budaya Malaysia itu sendiri.

Maka, dengan keadaan sistem kerajaan Melayu seperti itu, ternyata pembinaan konsep sebuah negara-bangsa negeri Melayu adalah berdasarkan kebudayaan Melayu. Ini adalah disebabkan pembinaan sebuah kerajaan dan negara didasarkan kepada Raja Melayu, negeri Melayu, dan rakyat Melayu. Inilah unsur-unsur yang menjadi tiang seri kesemua negeri Melayu yang lain. Tidak terdapat unsur bukan Melayu di dalamnya. Sebagai sebuah negara yang berdaulat dengan raja sebagai pemerintah, adat lembaga sebagai sistem undang-undang, pentadbiran dan politiknya, adat istiadat sebagai sistem budayanya, konsep sebuah negara yang berdaulat dan merdeka telah diwujudkan sebelum kedatangan penjajah Barat ke atas Tanah Melayu. Kesemuanya itu telah digunakan sebagai satu sistem dan gambaran kebudayaan Melayu yang berpadu dan bebas tanpa dipengaruhi oleh sesiapa pun.

Bibliografi

1) A.Aziz Deraman. (2000). Tamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa Melayu Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.2) Abdul Rahman Al-Ahmadi. (2003). Tamadun Rumpun Budaya Melayu. Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan, kesenian dan Warisan Malaysia.3) Che Ibrahim Salleh. (2008). Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu. Universiti Putra Malaysia. Serdang.4) Kamus Dewan. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.5) Siti Hajar Abdul Aziz. (2011). Bahasa Melayu II Edisi Kedua. Shah Alam. Oxford Fajar Sdn.Bhd.6) Wan Abdul Kadir. (2010). Pembangunan Industri Budaya dan Identiti Melayu (Malaysia-Indonesia). ccm.um.edu.my(02/02/2010)

Rujukan Internet1. http://kumpulansiswazahguru.blogspot.com/2011/12/asal-usul-bangsa-melayu.html2. http://temanteras.wordpress.com/futhuhat/sejarah-kebangkitan-melayu/

26