ASSIGMENT Kepentingan Pendidikan Jasmani Terhadap Masa Hadapan Pelajar

11
ISI KANDUNGAN BI L TOPIK HALAMAN 1. 0 Pendahuluan 1 2. 0 Kepentingan Pendidikan Jasmani kepada pelajar-pelajar pada masa hadapan 2-3 3. 0 Kepentingan Pendidikan Jasmani kepada masyarakat pada masa hadapan 3-4 4. 0 Kepentingan Pendidikan Jasmani kepada negara pada masa hadapan 4-5 5. 0 Penutup 5 Bibliografi 6 1

description

assigment PJK

Transcript of ASSIGMENT Kepentingan Pendidikan Jasmani Terhadap Masa Hadapan Pelajar

ISI KANDUNGAN

BIL

TOPIK

HALAMAN

1.0

Pendahuluan

1

2.0

Kepentingan Pendidikan Jasmani kepada pelajar-pelajar pada masa hadapan

2-3

3.0

Kepentingan Pendidikan Jasmani kepada masyarakat pada masa hadapan

3-4

4.0

Kepentingan Pendidikan Jasmani kepada negara pada masa hadapan

4-5

5.0

Penutup

5

Bibliografi

6

TAJUK:

Kepentingan Pendidikan Jasmani terhadap masa hadapan pelajar-pelajar, masyarakat dan negara secara terperinci dan sistematik.

1.0 Pengenalan

Pendidikan Jasmani merupakan matapelajaran yang bertujuan mendidik pelajar untuk bersukan, berekreasi, bersosial dan menjaga kesihatan. Selain dari itu, pelajar juga beroleh kemahiran untuk bertindak semasa kecemasan dan mengaplikasikan gaya hidup sihat. Sasaran Pendidikan Jasmani adalah untuk menggalakkan pelajar untuk mengekalkan gaya hidup sihat dengan melibatkan diri dalam aktiviti fizikal yang aktif. Pendidikan Jasmani mempunyai banyak matlamat yang boleh menggalakkan para remaja melalui aktiviti fizikal, sosial, psikologikal dan perkembangan akhlak. Ini bertepatan dengan Matlamat Falsafah Pendidikan dalam membangunkan para pelajar dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelektual dan Sahsiah (JERIS). Terdapat banyak faedah yang boleh diperolehi dengan melibatkan diri dalam aktiviti Pendidikan Jasmani yang dirancang seperti membina keyakinan, bersosialisasi, bekerjasama dan sebagainya. Matapelajaran ini telah dibentuk di dalam sistem pendidikan negara bagi melahirkan warganegara yang sihat dan cergas di samping menguasai kemahiran sukan dan penerapan aspek pertandingan apabila terpilih menyertai pasukan sukan

Pendidikan Jasmani juga merupakan satu proses pembelajaran yang menyeluruh yang merangkumi semua aspek domain seperti psikomotor, kognitif, afektif dan sosial. Melalui Pendidikan Jasmani pelajar akan diberi ruang untuknya mencuba dan mengalami sendiri pengalaman semua aktiviti fizikal yang dijalaninya. Pendidikan Jasmani berupaya menyediakan pelajar untuk mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat dengan menyediakan skop pengalaman-pengalaman pembelajaran yang rapi dan berturutan. Secara ringkasnya Pendidikan Jasmani adalah merupakan satu aspek dan dapat menghasilkan kejayaan kepada satu kumpulan pelajar. Pendekatan dalam pendidikan jasmani masa kini tertumpu antaranya kepada nilai pendidikan yang dibina. Pendidikan jasmani juga mampu memberi sumbangan terhadap perkembangan kemahiran dan kecegasan jasmani serta menjadi pemangkin terhadap tabiat sosial yang murni. Selain itu, matapelajaran Pendidikan Jasmani dilihat sebagai alat untuk mendorong kegiatan-kegiatan kognitif seperti penerokaan, proses berfikir dan penyelesaian masalah. Kesemua ini menjadikan matapelajaran Pendidikan Jasmani dilihat sebagai satu keperluan bagi membina perkembangan keseluruhan kanak-kanak. Dengan kata lain Pendidikan Jasmani adalah merupakan matapelajaran yang diperkenalkan di sekolah yang memiliki kesepaduan di antara domain kognitif dan domain psikomotor. Kesepaduan ini adalah seiring dengan penerapan nilai murni yang bermatlamat menghasilkan insan yang menyeluruh dan seimbang dalam satu masyarakat yang dinamis dan progresif.

Pendidikan Jasmani sewajarnya bertujuan untuk menyediakan kepemimpinan yang cekap serta menjadi alat kepada individu atau kelompok untuk bertindak dalam pelbagai situasi secara konstruktif dari segi fizikal, mental dan sosial khususnya kepada pelajar yang memerlukan satu aktiviti dan pergerakkan yang dinamik dan kondusif untuk minda dan fizikal mereka.

2.0 Kepentingan Pendidikan Jasmani kepada pelajar-pelajar pada masa hadapan

Antara kepentingan Pendidikan Jasmani kepada masa hadapan pelajar ialah Pendidikan Jasmani penting bagi melahirkan insan yang berpelajaran dan berpengalaman tentang kesihatan jasman,fizikal,rohani dan intelek. Di samping itu, Pendidikan Jasmani juga dapat membentuk hubungan dan perlakuan mesra serta melahirkan rasa empati terhadap masalah jasmani dan fizikal yang di alami. Melalui Pendidikan Jasmani ini juga kemahiran bagi menghadapi dan menangani masalah dan isu berkaitan dengannya dapat kuasai. Hal ini secara tidak langsung menjadikan gaya hidup sihat sebagai rutin harian dan berperanan aktif dalam meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat secara keseluruhan. Selain itu kepentingan Pendidikan Jasmani kepada pelajar ialah memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk mengenali diri sendiri dan mengamalkan kehidupan yang sihat dan harmoni serta kesihatan dari segi jasmani dan rohani. Ia juga dapat memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pelajar-pelajar untuk membolehkan mereka mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan pergerakan-pergerakan yang boleh merenggangkan otot-otot dengan baik. Dalam kehidupan seharian, setiap individu memerlukan pergerakan untuk melakukan semua perkara dan untuk membantu perkembangan motor individu. Guru akan merangsang pelajar untuk menggunakan otot-otot secara maksimum agar pertumbuhan dan perkembangan otot berlaku dengan baik.

Guru juga perlu memantau kelemahan murid. Sebagai contoh terdapat murid yang mengalami masalah postur badan yang tidak sempurna hingga menjejaskan cara murid tersebut berjalan. Oleh itu, guru perlu bertindak membantu murid dengan memberi latih tubi berjalan dengan betul sehingga kemahiran tersebut dapat dikuasai dengan lebih baik.

Selain itu ia memberi kefahaman kepada pelajar-pelajar tentang keselamatan diri dan orang lain, alatan,tempat dan aktiviti-aktiviti yang dilakukan. Pendidikan Jasmani juga dapat memberi maklumat tentang isu-isu berkaitan pendidikan jasmani dan kesihatan yang mempengaruhi kehidupan seharian pelajar. Pendidikan Jasmani turut memberi sumbangan terhadap perkembangan sikap dan konsep kendiri kerana hubungan akan terjalin ketika melakukan aktiviti secara berpasukan.

Pendidikan Jasmani sangat menekankan nilai yang baik seperti tolong-menolong, menghargai sumbangan, kepentingan menjaga kesihatan fizikal, menghomati orang lain dan pemimpin serta bekerjasama dalam kumpulan dalam aktiviti. Emosi adalah suatu elemen yang penting dalam perkembangan kanak-kanak melalui penglibatan bersama rakan sebaya. Aktiviti Pendidikan Jasmani dapat membentuk emosi yang stabil di kalangan pesertanya. Pendidikan Jasmani adalah suatu medium yang dapat membantu dalam pembangunan sosial. Seorang pelajar yang pada mulanya jenis pemalu dan tidak pandai bergaul dengan rakan-rakan, akan menjadi seorang yang periang serta dapat menjalinkan persahabatan dengan rakan lain sekiranya aktiviti yang dilakukan dapat memenuhi kepuasannya ketika terlibat dalam suatu aktiviti. Secara keseluruhannya Pendidikan Jasmani membantu individu menyesuaikan diri dengan keadaan dan ahli masyarakat. Melalui kepimpinan yang sempurna dan teratur oleh guru subjek akan menjadikan Pendidikan Jasmani sebagai wahana dan rujukkan penting untuk mencapai matlamat sosial. Senaman dan latihan amat penting dalam mempertingkatkan kecergasan seseorang. Kecergasan seseorang bergantung kepada kemampuan sistem tubuh badan, otot-otot, pernafasan, peredaran darah, jantung dan lain-lain dapat berkerjasama dengan cekap . Oleh itu, senaman dan latihan amat diperlukan bagi membantu seseorang itu mencapai tahap kecergasan yang maksimum. Senaman bukan sahaja membantu meningkatkan tahap kecergasan tetapi membantu mengawal berat badan. Satu cara membakar lemak ialah melalui senaman dan latihan. Senaman menyebabkan penggunaan tenaga yang kebanyakannya dihasilkan daripada pembakaran lemak. Kadar penggunaan tenaga dipengaruhi oleh intensiti dan tempoh kegiatan senaman dan latihan dilakukan. Tindak balas terhadap senaman ini terjadi apabila perubahan fungsi yang sementara berlaku dengan mengejut di dalam tubuh badan. Perubahan fungsi ini pula akan kembali normal selepas masa senaman dan latihan itu tamat.

Antara objektif Pendidikan Jasmani kepada pelajar adalah bertujuan mempertingkat dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor, menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri, melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian, mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal, membentuk sahsiah dan disiplin diri, dan membuat keputusan bijak dalam kehidupan seharian mereka. Aktiviti Pendidikan Jasmani mampu membentuk watak dan peribadi seseorang pelajar. Antara perkembangan diri individu yang diharapkan melalui kegiatan kokurikulum dan sukan ini seperti memupuk sifat kepemimpinan, membina dan membentuk sahsiah yang sihat dan seterusnya membentuk generasi yang berdisiplin. Pendidikan Jasmani juga mampu membentuk personaliti pelajar yang positif dan rasa tanggungjawab. Penglibatan dalam persatuan, kelab dan aktiviti lain akan mengembangkan kemahiran bersosial, bercampur gaul dan berhubung mesra serta keupayaan dalam perhubungan awam yang dapat dimanfaatkan dalam masyarakat kelak. Selain itu, kesihatan yang baik dan otak yang cerdas akan diperoleh daripada kegiatan kokurikulum.

Selain itu, aktiviti Pendidikan Jasmani dan kokurikulum juga dapat melatih pelajar menjadi pemimpin. Ada berbagai-bagai jawatan dalam persatuan. Sebagai contoh, jawatan pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli jawatankuasa dan ahli biasa. Apabila pelajar memegang jawatan pengerusi, mereka akan belajar menjadi ketua. Ahli jawatankuasa juga belajar menguruskan aktiviti persatuan. Ahli biasa juga boleh belajar daripada kawan-kawan yang ada jawatan. Oleh hal yang demikian, dengan menyertai aktiviti kokurikulum, pelajar akan belajar menjadi pemimpin. Di samping itu, dengan menyertai kegiatan kokurikulum juga kita dapat membentuk disiplin diri. Disiplin sangat penting untuk mencapai kejayaan. Pelajar yang tidak berdisiplin susah untuk berjaya. Sebagai contoh, apabila hendak menjalani latihan sukan atau bahas, kita mesti menepati masa. Jika terlewat, kita akan rugi. Hal ini kerana masa latihan itu sudah dibazirkan. Dengan menepati masa, kita sudah mematuh disiplin. Oleh itu, kita akan menjadi lebih berdisiplin apabila terlibat dengan kegiatan kokurikulum.

3.0 Kepentingan Pendidikan Jasmani kepada masyarakat pada masa hadapan

Jika kita menyusuri budaya kehidupan masyarakat kini, kita sering melihat dan mendengar masalah-masalah obesiti dan gaya hidup yang kurang sihat diterapkan dalam masyarakat. Disinilah peranan senaman dan aktiviti fizikal yang dapat membantu mengurang gejala yang sedang menular dalam masyarakat kini. Kecergasan fizikal adalah kemampuan dan kebolehan seseorang melakukan aktiviti seharian tanpa merasa letih serta masih mempunyai tenaga untuk melakukan aktiviti kesenggangan. Tiap-tiap orang boleh meningkatkan kecergasan fizikalnya hingga ke tahap maksima.

Untuk mencapai ke tahap kecergasan ini seseorang harus baik dalam tiap-tiap komponen kecergasan. "Kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek-aspek yang berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi seseorang individu perlindungan dari ancaman penyakit-penyakit hipokinetik (kekurangan pergerakan) seperti penyakit jantung, kegemukan dan berbagai-bagai penyakit otot dan tulang. Kecergasan untuk prestasi pula merujuk kepada fungsi-fungsi dan keupayaan seseorang itu yang membolehkan beliau bertanding dalam aktiviti sukan dengan lebih tenaga daya kuasa, kekuatan, daya tahan, kemahiran dan sebagainya". Terdapat tiga domain utama dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani iaitu domain psikomotor, domain kognitif dan afektif. Dalam Pendidikan Jasmani beberapa aspek yang perlu diberi tumpuan selain daripada kemahiran motor. Aspek tersebut ialah penjagaan kesihatan melalui aktiviti kecergasan disamping penerapan nilai-nilai murni melalui pengenalan aktiviti fizikal. Melalui kegiatan-kegiatan yang dianjurkan dalam Pendidikan Jasmani ialah dapat menyemai perasaan muhibah, perpaduan, integrasi nasional dan nilai-nilai murni secara langsung atau secara tidak langsung dikalangan masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia. Bagi negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum seperti Malaysia, sukan dapat digunakan sebagai alat integrasi dalam usaha menyatupadukan segenap lapisan masyarakat. Hal ini tidak menghairankan kerana kegiatan sukan yang melibatkan pelbagai kaum dan etnik telah menyediakan peluang untuk mereka sentiasa bekerjasama, saling memahami, dan menyemai konsep memerlukan antara satu sama lain. Apabila saling bertemu di gelanggang permainan, akan mengurangkan perasaan prasangka yang selama ini mencacatkan perpaduan kaum. Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani bertujuan membentuk dan membina masyarakat yang cergas dan cerdas melalui aktiviti fizikal dan amalan kecergasan. Penetapan matlamat yang realistik adalah penting bagi memastikan ia tercapai dan mudah dilaksanakan oleh semua lapisan masyarakat dan umur. Matlamat aktiviti fizikal dalam pendidikan jasmani adalah untuk membina masyarakat yang berupaya mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor. Selain itu ia berupaya menguasai kemahiran asas pergerakkan dan permainan mengikut kemampuan diri berdasarkan ketiga-tiga tunjang pembelajaran. Matlamat ini juga menjadikan senaman dan akiviti fizikal sebagai rutin harian serta dilaksanakan secara berterusan.Yang paling memberi kesan ialah membentuk sahsiah dan disiplin diri yang sesuai dengan norma-norma masyarakat. Kegiatan Pendidikan Jasmani dan kesihatan merupakan asas kukuh kepada perkembangan serta pembangunan insan yang sihat, berakhlak mulia dan saling hormat-menghormati. Pelaksanaan dasar ini turut mengambil kira kepelbagaian agama, budaya serta nilai hidup masyarakat di Malaysia. Penyampaian pendidikan jasmani dan kesihatan melalui aktiviti- aktiviti dan medium yang disenaraikan di atas membantu seseorang individu itu mengamalkan prinsip-prinsip kesihatan yang betul dalam kehidupan seharian mereka dan seterusnya melahirkan individu yang mementingkan kesihatan dalam kehidupan. Sebagai contoh kaunseling individu. Kaunseling individu ini bermatlamat membantu dan mendidik masyarakat berfikir tentang cara mengatasi masalah kesihatan yang dihadapi oleh seseorang individu itu. Kaunseling individu ini dijalankan melalui khidmat nasihat dari pakar- pakar kesihatan seperti doktor, jururawat dan pekerja sukarela.

4.0 Kepentingan Pendidikan Jasmani kepada negara pada masa hadapan

Dari segi ekonomi pula, sistem pendidikan jasmani dan sukan telah membuka satu lagi hubungan erat antara sukan, media, dan syarikat pengiklanan. Syarikat-syarikat televisyen berlumba-lumba untuk membuat liputan secara langsung sesuatu acara sukan dan tidak ketinggalan juga syarikat pengiklanan yang tidak putus-putus mahu menjadi penaja utama. Hal ini menunjukkan sukan dapat menjana ekonomi menerusi pengiklanan sesuatu barangan. Bagi negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum seperti Malaysia, sukan dapat digunakan sebagai alat integrasi dalam usaha menyatupadukan segenap lapisan masyarakat. Hal ini tidak menghairankan kerana kegiatan sukan yang melibatkan pelbagai kaum dan etnik telah menyediakan peluang untuk mereka sentiasa bekerjasama, saling memahami, dan menyemai konsep memerlukan antara satu sama lain. Apabila saling bertemu di gelanggang permainan, akan mengurangkan perasaan prasangka yang selama ini mencacatkan perpaduan kaum.

Selain itu, jalinan politik antara negara juga dapat diperkukuh dengan pelbagai temasya sukan yang dianjurkan seperti Piala Dunia, Sukan Olimpik, Sukan Komanwel, Sukan SEA, dan tidak kurang temasya skan di peringkat kebangsaan seperti SUKMA. Bagaimanapun kita tidak dapat lari dari pendapat yang mengatakan bahawa biarlah kalah dalam pertandingan asalkan kita menang dalam pembangunan politik,ekonomi, dan sosial. Oleh itu, sukan membentuk keyakinan kepada diri sendiri untuk memperoleh kejuaraan.

Perkara yang diperkatakan ialah penglibatan sukan di peringkat nasional dan antarabangsa. Bagi kegiatan pendidikan jasmani dan sukan di peringkat sekolah, ia berjaya memanfaatkan masa yang terluang daripada mengisi masa dengan aktiviti tidak berfaedah seperti melepak atau bercampur gaul dengan budak-budak nakal. Malah, sukan sebagai alat melepaskan tekanan selepas penat mengulang kaji pelajaran. Tetapi yang kita kesal ialah ramai pelajar yang berbakat dalam sukan tidak memperoleh galakan daripada ibu bapa disebabkan ibu bapa lebih mengutamakan pelajaran. Akhirnya bakat yang besar hilang begitu sahaja. Ada yang ibu bapa memberi dorongan dan sokongan penuh, tetapi anak yang sering dimanjakan tiada kesungguhan untuk meningkatkan prestasi diri. Pendek kata, sikap tidak berani menghadapi cabaran menyebabkan remaja berpotensi tidak mampu berani bersaing di peringkat yang lebih tinggi. Secara amnya, kegiatan sukan dan pendidikan Jasmani juga akan memberi manfaat yang menyeluruh terhadap negara terutamanya dalam aspek politik dan ekonomi. Malaysia akan lebih dikenali di mata dunia sebagai negara yang peramah dengan membawa sikap tolenransi sesama negara-negara dunia yang lain. Hal ini, akan membuka peluang kepada negara lain dalam memudahkan urusan diplomatik dengan negara-negara lain. Negara juga akan menjadi lebih masyhur dan terkenal di negara asing yang lain. Dengan itu, ia juga dapat menarik pelancong datang melawat keindahan negara kita dan menikmati kenikmatan keamanan kehidupan antara bangsa. Pertukaran wang asing tidak secara langsung memberi sumbangan ekonomi negara. Pendidikan Jasmani juga amat penting bagi membantu kestabilan ekonomi negara pada masa akan datang. Pelbagai syarikat jenama dan pengiklanan mengambil peluang ini dengan menaja permainan atau melantik pemain hebat menjadi duta mereka. Dengan itu, syarikat tersebut akan mencapai keuntungan yang baik dan akhirnya sumbangan kemajuan ekonomi negara dapat dijayakan.

Penutup

Rumusan daripada hasil impak Pendidikan Jasmani dan kesihatan serta sosial untuk jangka masa panjang ialah melahirkan generasi yang matang, sihat dan waras dari segi mental dan fizikal. Pendidikan secara berkesan memberi kesan langsung terhadap perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor pelajar. Pendidikan Jasmani juga berdiri atas nilai yang besar dan utama dalam mempastikan pelajar, masyarakat dan negara berada di puncak kemajuan. Kemajuan yang hendak dicapai hanya selamat dalam kesihatan pelajar dan rakyat yang terjamin. Selain itu, pelbagai nilai dan falsafah yang amat positif telah dijadikan agenda dalam setiap acara. Ia bertujuan untuk memupuk dan menanam nilai-nilai murni dalam setiap individu bagi mengekalkan keamanan dan kesejahteraan negara pada masa akan datang. Kesemuanya diharapkan dapat membentuk satu unit individu yang berkualiti yang akan melengkapkan sistem sosial sesebuah negara yang sihat seterusnya menyumbang ke arah pembentukan negara yang maju dalam ertikata sebenar.

Rujukan

Bibliografi

Kurikulum Kontemporari Dalam Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

Yahya Don, Psikologi Sosial Dalam Pendidikan, PTS Professional Publishing Sdn Bhd, 2006

Agensi Antidadah Kebangsaan, Dadah Musuh No 1 Negara, Thinkers Library Sdn Bhd, 2007

Ragbir Kaur Joginder Singh (2010).Panduan Ilmu Pendidikan Komprehensif untuk KPLI (Sekolah Rendah).Kuala Lumpur:Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

Sufean H.(2008).Pendidikan Di Malaysia dan Sejarah Sistem dan Falsafah.

Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka.

Shahrir @ Charil M.(1999).Isu Pendidikan di Malaysia.Kuala Lumpur

Utusan Publication & Distribution Sdn.Bhd.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2010)Draf Kurikulum Standard Sekolah Rendah.Pendidikan Kesihatan Tahun Satu.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2010)Draf Kurikulum Standard Sekolah Menengah.Pendidikan Jasmani.

Http://monazman.blogspot.com/2013/03/pkrs-2-implikasi-pendidikan kesihatan.html

http://zarin58.tripod.com/kecergasan2.html

9