Assign Menggambar

download Assign Menggambar

of 13

Transcript of Assign Menggambar

  • 7/29/2019 Assign Menggambar

    1/13

    KANDUNGAN

    Bil Perkara Muka Surat

    1.0

    1.1

    1.2

    2.0

    3.0

    4.0

    5.0

    6.0

    Pengenalan

    Definisi Menggambar

    Pengenalan dan Penerokaan Alat, Media &

    Teknik

    Fungsi Budaya

    Bidang / Teknik Menggambar

    Perkembangan Aktiviti Menggambar :

    Teknik Lukisan Figura

    Kesimpulan

    Rujukan

    1

    2

    2

    3

    4

    8

    12

    13

    1.0 PENGENALAN

    Dalam menghayati dunia seni visual sebagaimana yang terkandung didalam huraian sukatan

    pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), bidang menggambar adalah

    merupakan satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran seseorang

    murid.Menggambar juga merupakan satu respresentasi visual sesuatu objek atau imej yang

    dihasilkan diatas permukaan. Ianya mengandungi suatu komposisi artistik yang mana

    1

  • 7/29/2019 Assign Menggambar

    2/13

    dihasilkan melalui aplikasi warna diatas permukaan yang rata. Ilustrasi yang digunakan untuk

    menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu objek. Selain itu, gambar ialah satu artifak

    yang menunjukkan satu kecenderungan terhadap sesuatu imej atau objek. Selain itu ,

    respresentasi visual yang dihasilkan dalam bentuk dua dimensi dan gambaran huruf yang

    diterangkan adalah dalam bentuk grafik.

    Dalam teknik menggambar perkembangan, imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri seseorang

    murid perlulah diutamakan. Bidang ini membolehkan murid mengenali lebih dekat lagi

    kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan. Menggambar lebih menekankan aspek

    ruang, struktur, imbangan dan komposisi dalam sesuatu hasil karya seni. Terdapat pelbagai

    kegiatan yang dijalankan dalam bidang menggambar antaranya lukisan, catan, kolaj, montaj,

    cetakan, gosokan, resis, percikan dan mozek.

    Selain dari itu juga, bidang menggambar dapat memperkembangkan persepsi visual murid

    dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna, garisan, susunan dan kesannya. Dengan

    ini murid akan dapat menyelaraskan pemerhatian mereka dan pengalaman mereka dalam

    aktiviti hasil kerja seni. Aspek apresiasi hasil kerja perlu diadakan sebagai satu proses

    pembelajaran murid. Ini kerana apresiasi ini bertujuan untuk membina keyakinan seseorang

    itu terutama murid untuk berbincang dan menghuraikan serta membuat diskriminasi terhadap

    karya seni.

    Menurut Hurwitz dan Day (2001), apresiasi bermaksud menghargai dan pemahaman

    mengenai konsep apresiasi seni adalah melalui pencarian dan penyaluran maklumat yang

    terdapat pada karya seperti maklumat mengenai artis atau pengkarya, maklumat mengenai

    bahan yang digunakan untuk menghasilkan karya gaya dan aliran seni arya serta aspek

    sejarah karya tersebut.

    1.1 DEFINISI MENGGAMBAR

    Menggambar dapat didefinisikan sebagai berikut :

    I. Adalah satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas

    permukaan rata.

    II. Ia mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas

    permukaan rata.

    2

  • 7/29/2019 Assign Menggambar

    3/13

    III. Ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu objek.

    IV. Gambaran huruf yang diterangkan dalam bentuk grafik.

    V. Representasi visual yang dihasilkan dalam bentuk 2 dimensi.

    VI. Gambar sebagai satu artifak yang menunjukkan satu kecenderungan terhadap sesuatu

    imej atau objek

    1.2 PENGENALAN DAN PENEROKAAN ALAT, MEDIA DAN TEKNIK

    Dalam menghasilkan hasil kerja yang baik, penggunaan alat, media dan teknik dengan

    betul amatlah penting. Murid-murid akan berminat dalam menghasilkan kerja-kerja seni

    menggunakan berbagai jenis kertas yang berbagai tekstur, warna dan berbagai saiz sekiranya

    mereka boleh menggunakan peralatan seni dengan betul. Oleh itu, sebelum memulakan

    aktiviti pengajaran dan pembelajaran, adalah menjadi satu kemestian setiap guru mengetahui

    dan mengenal pasti perubahan dan perkembangan diri murid-murid mereka, kerana setiap

    orang murid adalah berbeza tahap perkembangan mereka dalam penggunaan alatan seni.

    Perbezaan perkembangan ini adalah berkaitrapat dengan perkembangan kebolehan

    kognitif murid-murid tersebut. Hampir keseluruhan murid sekolah rendah adalah berumur

    antara 7 hingga 12 tahun dimana pada ketika ini mereka berada pada Peringkat Pengolahan

    Konkrit (Concrete Operation) sebagaimana yang diperkenalkan oleh Jean Piaget. Menurut

    Piaget, pada peringkat ini pertumbuhan mental adalah berterusan dan penguasaan

    pengetahuan dan pemikiran bertambah banyak. Perasaan ingin tahu adalah sangat tinggi

    dengan keinginan belajar yang besar.

    3

  • 7/29/2019 Assign Menggambar

    4/13

    Oleh kerana perasaan ingin tahu yang tinggi, ini akan mempengaruhi minat mereka

    dalam menghasilkan hasil karya seni yang baik. Lebih-lebih lagi sekiranya guru

    menunjukkan terlebih dahulu hasil seni yang telah dihasilkan menggunakan alatan seni

    seperti kertas. Adalah menjadi minat murid apabila menghasilkan kerja-kerja seni

    menggunakan berbagai jenis kertas yang berbagai tekstur, berbagai jenis warna dan berbagai

    saiz. Lain-lain kertas seperti kertas surat khabar, majalah, kertas tisu, kertas sampul surat,

    kertas pembungkus hadiah boleh digunakan dalam menghasil hasil karya seni menggunaan

    kaedah menggambar ini.

    Dalam meneroka alatan seni yang berkaitan dengan aktiviti menggambar ini, semua

    jenis media sama ada basah mahu pun kering amatlah berguna. Alatan seperti warna

    pastel,warna air,warna poster, warna pensil, kapur berwarna, oil pastel, artline atau marker,

    pelbagai jenis pen, stensil, Kolaj, capan, lilin, cebisan kertas seperti surat khabar atau majalah

    dan sebagainya dapat digunakan dan disatukan dalam menghasilkan satu hasil kerja.

    2.0 KEPENTINGAN AKTIVITI MENGGAMBAR

    Kanak-kanak adalah unik dan berbakat dalam seni. Guru yang berperanan sebagai

    pembolehubah perlu kreatif dan mempunyai tahap sensitif yang tinggi dalam menyediakan

    pengalaman seni untuk kanak-kanak. Disamping itu, guru juga perlu berupaya meletakkan

    diri mereka dalam diri kanak-kanak bagi memahami keperluan kanak-kanak tersebut dalam

    memperkembangkan pemahaman kanak-kanak melalui pemikiran dan pengalaman.

    Ini kerana aktiviti menggambar ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti

    dan ekspresi diri seseorang murid. Bidang menggambar meliputi penerokaan kesan seni serta

    mengenali pelbagai alat bahan dan kegunaannya. Kegiatan menggambar membolehkan

    murid mengenali dengan lebih dekat lagi pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam prosesrekaan. Kesedaran murid terhadap alam sekitar melalui pemerhatiannya menjadi fokus utama

    bidang menggambar ini.

    Dari aspek kognitif, aktiviti menggambar ini berfungsi dalam mencetus rangsangan

    yang akan mempengaruhi tindak balas atau perlakuan kanak-kanak yang terlibat.

    Sekiranyanya dua orang kanak-kanak didedahkan kepada rangsangan yang sama, tindak balas

    mereka mungkin berbeza, bergantung kepada pengalaman lepas masing-masing. Persepsi

    seseorang terhadap sesuatu / pengalaman inilah yang ditekankan didalam teori Gestalt.

    Dimana Gestalt menekankan bahawa pengalaman, cara individu tersebut dibesarkan dan

    4

  • 7/29/2019 Assign Menggambar

    5/13

    firasat akan mempengaruhi cara seseorang itu dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Melalui

    pendekatan Teori Gestalt ini, fokus memainkan peranan yang penting bagi kanak-kanak

    dalam melihat sesuatu perkara, seterusnya menggambarkannya sebagai hasil seni.

    Dalam aspek fizikal pula, aktiviti menggambar ini memainkan peranan yang penting

    dalam perkembangan psikomotor kanak-kanak. Ini kerana dengan penggunaan alat dan bahan

    seni lukis memberikan satu bentuk latihan yang amat berkesan kepada otot tangan, koordinasi

    tangan serta mata.

    Kepentingan dari aspek persepsi pula, murid-murid boleh mempertingkatkan serta

    menajamkan lagi penggunaan pancaindera serta deria melalui proses penghasilan dan hasil

    seni, produk dan objek yang terdapat disekeliling mereka. Biasanya pada tahap ini murid-

    murid dapat menggambarkan berdasarkan idea yang diperolehi melalui pemerhatian danpenerokaan alat dan bahan yang lebih kreatif dan kemas. Selain itu juga, mereka dapat

    membuat perbandingan dan berbincanga tentang hasil kerja murid itu sendiri dan mengaitkan

    dengan hasil kerja orang lain.

    Dari aspek sosial dan emosi pula, murid-murid boleh berinteraksi dan meningkatkan

    keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri. Disini bermulanya proses murid-

    murid berkomunikasi dengan diri sendiri, rakan-rakan, guru, ibubapa, adik beradik dan ahli

    keluarga yang lain. Secara tidak langsung murid-murid akan dapat meluahkan perasaan yang

    berkaitan dengan pengalaman dan hasil kerja seni mereka.

    3.0 BIDANG / TEKNIK MENGGAMBAR

    5

    Menggambar

    Setensilan

    Capan

    MontajKolajCatan

    PercikanGurisan

    Resis

    Lukisan

    Gosokan

    Mozek Cetakan

  • 7/29/2019 Assign Menggambar

    6/13

    Dalam bidang menggambar, terdapat 12 teknik yang boleh digunakan dalam menjelaskan

    tujuan menggambar. Hasil yang diperolehi daripada aktiviti menggambar ini adalah berbeza

    mengikut tahap umur murid iaitu dari tahun satu hingga ke tahun enam. Teknik-teknik

    menggambar yang boleh digunakan adalah seperti berikut :-

    1. Teknik lukisan.

    Lukisan merupakan hasil kerja seni yang dibuat untuk meluahkan perasaan berbentuk imej

    dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna yang paling sedikit yang

    dihasilkan diatas sesuatu permukaan rata dengan aplikasi garisan, rupa, bentuk, saiz warna

    dan jalinan. Penggunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad kepada media kering seperti

    pensel, pensel warna, pastel, arang, pen dan dakwat. Setiap proses melakukan garisan,

    melorek ton dan menggosok juga dinamakan lukisan dan diaplikasikan melalui garisan, rupa,

    bentuk, saiz, warna dan jalinan ke atas sesuatu hasil kerja dengan pelbagai teknik yang boleh

    dihasilkan bergantung kepada kesan jalinan sesuatu permukaan dari aras mudah ke aras

    sukar.

    2. Teknik Catan

    Catan adalah satu proses menyapu warna atau cat ke atas sesuatu permukaan rata

    yang mewakili gambaran pemikiran atau rekaan tertentu sama ada yang nyata atau abstrak

    melalui sapuan warna ke atas permukaan rata dengan menggunakan berus. Ianya merupakan

    satu ciptaan gambar yang berwarna yang diaplikasikan pigmen dari satu media ke atas

    permukaan seperti media ke atas permukaan seperti kertas, kanvas dan dinding dengan

    mengaplikasikan warna basah ke atas permukaan 2D dengan teknik menyapu warna basah

    .Ianya banyak menggunakan warna sebagai bahan pewarna untuk menghasilkan gambar

    seperti cat poster, cat air, cat minyak, cat tempera, cat gouache dan cat akrilik dengan

    pelbagai . jenis warna dan cara-cara mewarna dengan betul.

    3. Teknik Kolaj

    Kolaj bermakna potong, koyak, gunting, gam dan tampal sesuatu bahan ke atas

    sesuatu permukaan seperti cebisan kertas-kertas, kain atau bahan lain di atas permukaan 2D

    yang mengandungi sebahagian imej seperti gambar foto atau dari cetakan majalah disusun

    dan ditindih untuk menjadi satu komposisi. Berbagai jenis bahan dilekat disatu permukaan

    khas daripada imej yang berlainan dan daripada berbagai media. Ia juga dapat menghasilkan

    satu komposisi artis daripada imej atau gambar yang berlainan, latarbelakang yang berbezadan daripada berbagai warna dan corak berjalinan dihasilkan secara superimpose di antara

    6

  • 7/29/2019 Assign Menggambar

    7/13

    satu sama lain dengan menggam berbagai elemen supaya menjadi satu gambar bagi sesuatu

    tajuk atau tema tertentu.

    4. Teknik Montaj

    Montaj itu adalah satu teknik menampal dan melekatkan gambar-gambar pada suatu

    permukaan untuk menimbulkan mesej pengajaran, kecintaan, kecuaian, peperangan. Alam

    sekitar. Menggunakan potongan gambar-gambar yang berkaitan dari mana-mana media cetak

    untuk menghasilkan satu tajuk atau tema. Ia mengandungi sebahagian daripada imej yang

    ada seperti dalam gambar foto, majalah, cetakan yang disusun supaya bercantum, bertindih,

    diubahsuai untuk menghasilkan satu imej dengan menggunakan teknik superimpose dengan

    menyusun berbagai cebisan gambar dengan cara yang kreatif untuk menghasilkan satu hasil

    karya montaj yang disusun menjadi satu hasil kerja seni.

    5. Teknik Cetakan

    Cetakan ialah satu proses hasil kerja seni menggunakan dakwat yang dicipta melalui

    perpindahan dakwat ke atas satu permukaan . Seseorang pelukis biasanya akan menetukan

    berapa banyak cetakan yang hendak dihasilkan dalam sesuatu edisi. Merupakan satu proses

    ulangan imej daripada satu permukaan yang disediakan ke atas sesuatu permukaan

    lain. Proses dimana satu hasil kerja seni dicipta dalam beberapa kuantiti . Imej atau gambar

    yang dihasilkan dengan menggunakan acuan plat yang dilakukan pada permukaan rata.

    Proses penerapan blok, plat atau skrin ke atas sesuatu permukaan yang lain. Ianya

    menggunakan acuan cetakan untk menghasilkan satu atau beberapa siri cetakan. Perpindahan

    imej yang berdakwat daripada satu permukaan blok kepada permukaan lain seperti kertas

    atau kain atau bahan lain.

    6. Teknik Resis

    Resis atau dalam perkataan inggeris resis ialah satu aktiviti menggambar yang

    dihasilkan dari warna basah dan contengan lilin. Ianya satu aktiviti dalam kegiatan

    menggambar yang menggunakan warna-warna basah dan contengan lilin. Lilin digunakan

    untuk menutup kawasan permukaan kertas atau kain. Ini menyebabkan permukaan kertas

    yang diliputi lilin tidak akan menyerap warna dan dalam keadaan warna asal. Resis juga

    boleh dijalankan dengan cara menggunakan tindihan-tindihan lilin dan menyapu warna dari

    peringkat warna terang ke peringkat warna gelap. Teknik ini membolehkan murid meneroka

    dengan lebih jauh lagi tentang alatan dan bahan dalam kegiatan menggambar.

    7

  • 7/29/2019 Assign Menggambar

    8/13

    7. Teknik Gosokan

    Gosokan adalah satu proses menggosok dan merekod corak daripada permukaan yang

    berjalinan. Ia adalah satu psoses penerokaan murid mula menggambar melalui deria sentuh

    yang terdapat di sekeliling mereka. Gosokan adalah satu cara paling mudah dan terbaik

    untuk merakamkan berbagai jalinan pada sesuatu permukaan. Apabila salah satu atau kedua-

    dua objek digerakkan di antara satu sama lain, maka gosokan akan terhasil. Hasil cetakan

    dibuat dengan menggosok dakwat, pensel, kapur ke atas sekeping kertas yang diletakkan di

    atas suatu permukaan yang berjalin. Satu representasi yang mengandungi salinan dibuat

    supaya dapat mengembangkan pemahaman dalam penggunaan jalinan dan ton.

    8. Teknik stensilan

    Bagi teknik ini, rupa bentuk gambar dikeluarkan dari alat stensil dengan sesuatu carasupaya meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil tersebut. Apabila bahan warna disapu

    atas stensil yang diletakkan atas kertas, bahan warna akan melalui ruang yang kosong atau

    lubang di atas stensil dan diserap oleh kertas. Garis luar pada lubang itu memberi kesan

    kepada sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan.

    9. Teknik percikan

    Percikan adalah salah satu teknik hiasan catan dengan mendetik, mengetuk atau

    menjentik bahagian bulu berus yang akan menghasilkan kesan a speckled granite- style

    finish yang akan kelihatan lebih moden daripada kesan warna yang lain. Percikan-percikan

    halus warna disembur ke serata tempat untuk menghasilkan kesan antik. Mengikut kamus

    dewan bahasa dan pustaka pula percikan ialah titik-titik air atau warna yang berserak-serak

    ke sana sini setelah air atau warna itu terhempas ke suatu permukaan. Alatan penting yang

    digunakan ialah berus dari pelbagai jenis, warna-warna basah dan kertas. Ianya boleh

    dihasilkan dengan menggunakan berbagai jenis warna dengan kaedah yang berlainan.

    10. Teknik Gurisan.

    Gurisan ini merupakan satu karya yang dihasilkan dengan teknik gurisan dengan

    menggunakan sesuatu objek atau alat yang tajam untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang

    lembut dari sesuatu permukaan. Permukaan kertas boleh disapu dengan warna krayon secara

    berlapis-lapis supaya bahan krayon yang tebal melekat di atas kertas. Alat yang keras atau

    tajam seperti kayu, paku atau plastik boleh digunakan untuk mengguris pada krayon tebal itusupaya menghasilkan gambar. Berbagai jenis alat yang keras dan tajam itu akan memberi

    berbagai kesan yang berlainan pada garisan yang dihasilkan.

    8

  • 7/29/2019 Assign Menggambar

    9/13

    11. Teknik Capan

    Secara amnya, teknik capan juga boleh digolongkan dibawah kategori

    cetakan. Teknik capan ialah cara untuk menghasilkan karya dengan menggunakan bahan

    yang disapukan warna (cat air atau poster) dan dicatkan ke atas sesuatu permukaan. Capan

    boleh dihasilkan dengan berbagai rupa bentuk dengan menggunakan berbagai jenis

    bahan. Contohnya adalah seperti capan bahan buangan, capan bahan alam semulajadi

    ( sayuran, cengkerang). Jalinan berbagai bahan itu akan memberi berbagai kesan jalinan

    pada hasil capan.

    12. Teknik Mozek

    Mengikut rujukan dari kamus Glosari Seni Lukis, mozek boleh didefinisikan sebagai

    satu reka bantuk atau gambar yang dibuat daripada serpihan kaca, kayu , marmar ataupecahan tembikar. Mengikut sejarah lama mozek telah diperkenalkan oleh orang

    Greek. Pada asalnya mereka mencipta mozek untuk tujuan menghias permukaan lantai. Kini

    teknik mozek luas digunakan dalam pembinaan bangunan dan aktivtiti seni disekolah.

    Diperingkat sekolah rendah aktiviti mozek dipserkenalkan dalam subjek pendidikan

    seni. Aktiviti mozek ini sesuai dijalankan secara berkumpulan di dalam kelas dimana

    berlainan kumpulan menghasilkan tema yang sama tetapi menggunakan teknik yang

    berlainan.

    4.0 PERKEMBANGAN AKTIVITI MENGGAMBAR :

    TEKNIK LUKISAN

    Melalui teknik lukisan bertemakan figura yang dijalankan didalam bilik darjah

    terhadap murid tahun satu hingga tahun enam, sememangnya berlaku proses perkembangan

    artistik yang begitu jelas, yang menunjukkan bahawa kefahaman mengenai karya seni

    merupakan satu elemen yang penting kerana kanak-kanak dikelilingi oleh persekitaran yang

    banyak menggunakan visual sebagai medium komunikasi.

    Teknik ini dipilih kerana lukisan dapat memberi banyak maklumat tentang

    perkembangan kanak-kanak daripada teknik-teknik lain kerana ianya menggunakan media

    kering seperti krayon, pensil, pensil warna dan pen. Alatan ini lebih mudah dikawal oleh

    kanak-kanak daripada media basah seperti berus atau cat air warna.

    9

  • 7/29/2019 Assign Menggambar

    10/13

    LUKISAN FIGURA TAHUN SATU

    Pada peringkat ini murid melukis berdasarkan imej yang telah diberikan. Melalui proses

    pemerhatian, mereka terus dapat melakar secara spontan untuk menghasilkan imej melalui

    garisan dan rupa secara yang tidak terancang.

    Alatan yang digunakan hanyalah pensil dan pensil warna dan penggunaa warna hanyalah

    terikat dengan warna contoh imej yang diberikan oleh guru. Di sini ekspresi diri secara

    natural telah digunakan oleh murid, sesuai dengan peringkat umur mereka dimana mereka

    menggunakan kepekaan personal dan hubungan visual semasa mereka melukis.

    LUKISAN FIGURA TAHUN DUAPada peringkat tahun dua ini, murid sudah berada di peringkat menggambar. Di peringkat ini,

    murid sudah mula mengenal pasti asas menggambar berdasarkan pemerhatian mereka.

    Murid sudah mula menyedari tentang wujudnya rupa asas geometri di persekitaran mereka.

    Penggunaan warna juga sudah mula dipelbagaikan. Disini ekspresi diri secara kreatif sudah

    mula digunakan kerana mereka sudah dapat mengaplikasikan kemahiran dan teknik melukis

    dalam kerja seni mereka.

    LUKISAN FIGURA TAHUN 3

    Pada peringkat ini, murid sudah mula dapat menyatakan persepsi mereka terhadap sesuatu

    yang dihasilkan melalui lakaran yang dibuat tanpa penerangan secara penulisan dan lisan.

    Ini dapat dilihat daripada lukisan yang dihasilkan yang menunjukan seorang kanak-kanak

    lelaki sedang membawa bola sambil tersenyum. Disini penonton mendapat kefahaman

    bahawa kanak-kanak tersebut sama ada sedang pulang ke rumah atau pun baru menuju ke

    padang untuk bermain bola.

    Ini menunjukkan bahawa pada peringkat tahun tiga ini, mereka sudah mula meneroka

    beberapa teknik yang berbeza dalam melukis. Pada peringkat interpretasi dan penilaian murid

    10

  • 7/29/2019 Assign Menggambar

    11/13

    sudah mula meluahkan perasaan dengan lebih jelas dan hasil kerja seni mereka sudah

    mempunyai jalan cerita.

    LUKISAN FIGURA TAHUN EMPAT

    Di tahun empat ini, asas senireka iaitu unsur-unsur seni berdasarkan tema imaginasi murid

    sudah mula digunakan.

    Lukisan yang dihasilkan juga digunakan untuk meluahkan perasaan dan keseronokan.

    Lukisan ini juga dihasilkan berdasarkan pengalaman dan pemerhatian mereka secara visual.

    Penonton dapat menggambarkan bahawa hasil karya ini menunjukkan seorang kanak-kanak

    dalam keadaan gembira memakai pakaian kebangsaan.

    LUKISAN FIGURAN TAHUN LIMA

    Disini ekspresi diri secara artistik pada murid tahun lima sudah mula menyerlah kerana

    murid dapat melahirkan naluri tentang apa yang penonton lihat dalam hasil kerja mereka.

    Kerja seni kini menjadi lebih ke arah secara individu dan imaginasi.

    Sesuai dengan perkembangan emosi, mereka sudah mula boleh meluahkan perasaan dan

    berkomunikasi dengan orang lain menggunakan hasil seni. Mereka juga sudah mula pandai

    bermain dengan warna. Dimana konsep warna harmoni telah digunakan iaitu warna merah,

    ungu dan biru.

    Di peringkat ini murid sudah dapat mengaplikasikan elemen asas senireka yang sesuai dalam

    aktiviti menggambar. Mereka juga telah menggunakan bahasa seni visual yang mudah untuk

    berinteraksi melalui hasil karya yang dihasilkan.

    LUKISAN FIGURA TAHUN 6

    Berdasarkan hasil karya yang dihasilkan ini, amat jelas menunjukkan berlakunya

    perkembangan dalam aktviti menggambar dari tahun satu hingga tahun enam.

    Proses menggambar ini adalah berdasarkan tema, pengalaman, imaginasi murid secara

    manual. Pada peringkat ini murid dapat mencari sumber rujukan sebagai pencetus idea untuk

    menggambar serta dapat mengaplikasikan elemen asas senireka dalam menghasilkan karya.

    Teknik mewarna secara lorekan juga telah digunakan, disamping penggunaan ton warna yang

    harmoni telah digunakan.

    11

  • 7/29/2019 Assign Menggambar

    12/13

    5.0 KESIMPULAN

    Dari apa bincangkan menerusi pengamata hasil karya murid berkenaan dengan aktiviti

    menggambar dapat dirumuskan bahawa bidang menggambar adalah satu bidang yang

    menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran murid. Bidang ini juga memperlihatkan

    sejauh mana kemampuan murid terhadap aspek melukis dan membuat gambar dengan

    menggunakan pelbagai media dan teknik. Penekankan tentang perkembangan imaginasi,

    kreativiti dan ekspresi diri murid juga telah diserapkan didalam aktivit menggambar ini.

    Aspek apresiasi seni perlu diadakan sebagai satu proses pembelajaran murid. Dimana

    menggambar adalah satu gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan imej mental

    seseorang. Penerokaan alatan, media dan teknik yang digunakan dalam bidang menggambar

    menghasilkan hasil kerja seni bermutu dan menarik perhatian ramai telah digarapkan dengan

    jelas dalam aktiviti ini.

    Aras pengetahuan murid dalam aktiviti seni boleh dikategorikan mengikut aras pengetahuan,

    kefahaman, aplikasi, analisa, sintesis dan penilaian sesuai dengan perkembangan kognitif

    mereka. Menerusi aktiviti menggambar ini juga, perbincangan mengenai hasil kerja seni

    dilihat melalui 4 cara iaitu peringkat penerangan, analisis, intepritasi dan penilaian telah

    diaplikasikan dengan tepat. Oleh itu dapat dikatakan bahawa aktiviti menggambar adalah satu

    cara bagaimana seseorang boleh berkomunikasi dengan orang lain, dapat meluahkan perasaan

    dan menilai sesuatu hasil seni dari aspek estetik.

    ( 3009 patah perkataan)

    12

  • 7/29/2019 Assign Menggambar

    13/13

    6.0 RUJUKAN

    Abu Sareh Haron, (2006). Figura dalam seni halus. Petaling Jaya : Sasbadi

    Kementerian Pendidikan Malaysia (2000). Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR,

    Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Prof. Dr Hj Abdul Shukor Hashim, Badrul Isa, Khairezan Rahmat, Zuraimi Zakaria. (2011).

    Modul HBAE1203 Perkembangan Seni Kanak-kanak. Open University Malaysia.

    Laman sesawang :

    http://www.slideshare.net/azrinahmed/seni-kanak-kanak

    http://rozelleeotakbutan.blogspot.com/2010/10/resis-dalam-kegiatan-menggambar.html

    http://www.moe.gov.my/lp/files/penerbitan/DSP/Tahun2/9%20DSP%20Dunia%20Seni

    %20Visual%20Tahun%202.pdf

    http://norazlanahmad.blogspot.com/2010/11/kurikulum-standard-sekolah-rendah-dunia.html

    13