assignment

16
2 SGRS 3023 PEMBINAAN BAHAN BANTU MENGAJAR UNIVERSITI UTARA MALAYSIA PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH TUGASAN PEMBINAAN KIT PENGAMATAN BAHASA MELAYU DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD ROZANI BIN PAWAN CHEK NO MATRIKS : 210330

description

Contoh

Transcript of assignment

Page 1: assignment

2

SGRS 3023 PEMBINAAN BAHAN BANTU MENGAJAR

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN

SEKOLAH RENDAH

TUGASAN

PEMBINAAN KIT PENGAMATAN BAHASA MELAYU

DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD ROZANI BIN PAWAN CHEK

NO MATRIKS : 210330

NAMA TUTOR

DR KHALIZA BT SAIDIN

Page 2: assignment

2

SGRS 3023 PEMBINAAN BAHAN BANTU MENGAJAR

Bil. Perkara Muka surat

1 Isi kandungan 1

2 Penghargaan 2

3 Ulasan 3

4 Tujuan Kajian 3

5 Kaedah Kajian 4

6 Kritikan 5

7 Pendapat Saya 8-9

8 LAMPIRAN 10

Page 3: assignment

2

SGRS 3023 PEMBINAAN BAHAN BANTU MENGAJAR

PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan izinnya saya dapat melaksanakan

tanggungjawab saya sebagai pelajar untuk menyiapkan tugasan yang diberikan ini.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi

penghargaan kepada pensyarah yang di kasihi iaitu DR KHALIZA BT SAIDIN ,

bimbingan dan sokongan beliau, maka dapatlah saya dengan jayanya menyiapkan tugasan

bagi subjek SGRS 3023 PEMBINAAN BAHAN BANTU MENGAJAR

Saya juga merasa sangat bertuah kerana beliau telah banyak memberi input dan ilmu yang

banyak dan berguna sepanjang pengajarannya. Beliau juga banyak memberi teguran dan

pandangan dalam usaha menjadikan tugasan ini dapat dilakukan dengan yang terbaik.

Jasa dan pergorbanan yang telah beliau lakukan itu akan sentiasa diingat dan dikenang

dalam hati nurani saya.

Tidak lupa juga penghargaan ini ditujukan kepada rakan-rakan sekuliah kerana banyak

membantu dari segi mendapatkan bahan serta idea yang kreatif demi menjadikan tugasan

ini sempurna. Semoga kita semua mendapat kejayaan yang sama-sama kita inginkan dan

diberkati Allah SWT jua.

Terima kasih.

.

Page 4: assignment

2

SGRS 3023 PEMBINAAN BAHAN BANTU MENGAJAR

ULASAN

Jurnal ini berkenaan tentang penulis menekan tentang kesediaan kurikulum pendidikan

awal terhadap perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif kanak-kanak. Pendidikan awal

kanak-kanak yang terlibat antara dalam lingkungan 0 hingga 4 tahun bagi mengetahui konsep

kesediaan kurikulum pendidikan awal kanak-kanak terhadap perkembangan kognitif,

psikomotor dan afektif kanak-kanak. Sehingga kini, telah banyak kajian dilakukan tentang

perkembangan awal kanak-kanak yang lebih menfokuskan secara holistik. Dalam

penyelidikan kajian ini akan lebih memberi fokus aspek perkembangan kognitif, psikomotor

dan afektif bagi pendidikan awal sains kanak-kanak di Malaysia,

Tujuan Kajian.

Penulis menerangkan tentang kepentingan pembelajaran awal kanak-kanak adalah

terbukti dengan kajian kajian lepas dari penyelidikan yang sangat menyokong pentingnya

setiap negara memberi tumpuan kepada pendidikan awal kanak-kanak untuk kejayaan

ekonomi dan produktiviti negara pada masa hadapan. Ini adalah kerena pendidikan bermula

dari kanak-kanak itu dilahirkan lagi. Oleh itu kita hendak memberikan kanak-kanak didunia

ini dengan pendidikan yang secukupnya demi menjamin masa depannya sendiri dan juga

entuk produktiviti Negara. Naomi Karp (2000) dari national institute on early Childhood

Development and Education, USA merumuskan kajiannya “ high quality early childhood

program has long-term effect on young children’s success in school and perhaps even later in

life”. Kajian pendidikan awal membuktikan bahawa penyelidik neurosains telah mengkaji

otak kanak-kanak, didapati pembentukan kecerdasan bermula dari sejak kanak-kanak lahir.

Menurut Bredekamp & Copple (1997) menyatakan bahawa dalam 3 tahun pertama

Page 5: assignment

2

SGRS 3023 PEMBINAAN BAHAN BANTU MENGAJAR

kehidupan, anak-anak belajar, atau gagal untuk belajar, cuba untuk bergaul dengan orang

lain, cuba untuk menyelesaikan pertikaian secara damai, bagaimana menggunakan bahasa

sebagai alat belajar dan presepsi dan bagaimana untuk menjelajahi dunia tanpa rasa takut.

Penyelidikan otak mendedahkan bahawa sebahagian besar Sambungan yang akan

dipertahankan ke seluruh kehidupan yang terbentuk selama masa kanak-kanak.. Menurut

Gable (2001) menyatakan bahawa dalam sinaps yang banyak digunakan menjadi sebahagian

kekal dari otak. Di sinilah pengalaman memainkan peranan penting dalam jaringan otak

kanak-kanak. Hal ini bermakna, lebih banyak dan kerap kanak-kanak diransangkan, maka

akan bertambah jaringan neuron dalam otaknya. Jika sinaps tersebut digunakan dengan

kerap, akhirnya menjadi hubungan yang kekal. Oleh itu untuk memupuk dan membentuk

kanak-kanak yang sempurna, maka kurikulum pendidikan yang ada sekarang perlu

menyediakan lebih banyak peluang pembelajaran dan interaksi sosial kepada kanakkanak

supaya lebih banyak sinaps terbentuk dan kekal. Sehingga kini, telah banyak kajian

dilakukan tentang perkembangan awal kanak-kanak yang lebih menfokuskan secara holistik.

Dalam penyelidikan kajian ini akan lebih memberi fokus aspek perkembangan kognitif,

psikomotor dan afektif bagi pendidikan awal sains kanak-kanak di Malaysia, Oleh itu, kajian

ini memberi fokus kepada aspek perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif dalam

mengetahui kadar tahap perkembagan diri kanak-kanak dalam aspek yang dikehendaki.

Disini peranan ibu bapa amatlah penting untuk menghantar anak mereka ke taska, prasekolah

ataupun tadika untuk mendapatkan pendidikan awal.

Kaedah Kajian.

Penulis jurnal ini menerangkan bahawa penyelidikan ini menggunakan metodologi kualitatif.

Kajian ini adalah untuk meneroka konsep. Konsep Kesediaan Kurikulum Pendidikan Awal

Page 6: assignment

2

SGRS 3023 PEMBINAAN BAHAN BANTU MENGAJAR

Kanak-Kanak Terhadap Perkembangan Kognitif , Psikomotor dan Afektif Kanak-Kanak.

Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes kerana penyelidik dapat memahami sesuatu

fenomena tentang proses pemupukan perkembangan kognitif , psikomotor dan afektif kanak-

kanak (Wiersma 2005). Kajian kes dapat menjawab persoalan kajian tentang “mengapa dan

bagaimana” (Yin 1994). Secara khususnya mengapa kurikulum pendidikan awal kanak-

kanak dipercayai dapat membentuk perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif  mereka.

Kajian ini adalah untuk mendapatkan konsep kesediaan keusahawanan berdasarkan kaedah

pengajaran dan pembelajaran yang diguna pakai dalam pendidikan awal kanak-kanak.

Kaedah pengumpulan data bagi kajian ini adalah menggunakan temu bual dan pemerhatian

kerana penyelidik mempunyai maklumat tentang isu yang dikaji berdasarkan tinjauan

literatur (Cavana et al. 2001). Kaedah ini membolehkan pengkaji berinteraksi dengan subjek

kajian (Wiersma 2005). Sebelum mengadakan temu bual ini, penyelidik telah membuat

perancangan awal bagi menguruskan sesi temu bual menggunakan pendekatan logik.  Semua

data yang dikumpul semasa sesi temu bual. Sampel kajian dipilih secara bertujuan dengan

pemilihan peserta secara tipikal iaitu pengkaji menentukan spesifikasi responden yang tipikal

(Cavana et al. 2001). Para pendidik program pendidikan permata dipilih menjadi peserta

temu bual kerana pengalaman lebih 5 tahun menjadi tenaga pengajar    menunjukkan bahawa

mereka telah melalui waktu kritikal iaitu peringkat permulaan usaha pembentukkan

pengalaman pengajaran dan pembelajaran awal kanak-kanak (Kuratko & Hodgetts (2004).

Justeru mereka ini dianggap sebagai pakar dan dijangka dapat memberikan pengetahuan dan

mampu memberikan maklumat yang diperlukan.

Kritikan.

Page 7: assignment

2

SGRS 3023 PEMBINAAN BAHAN BANTU MENGAJAR

  Penulis jurnal secara keseluruhannya menerangkan kaedah ataupun pedagogi yang

digunakan dalam penyampaian pendidikan awal kanak-kanak ialah belajar melalui bermain,

yang mana belajar melalui bermain adalah kaedah pembelajaran yang menawarkan skop

perkembangan yang menyeluruh untuk kanak-kanak, termasuk perkembangan kemahiran

fizikal, sosial, emosi, intelek dan estetika. Ianya berbeza dari pendekatan akademik yang

sering tertumpu kepada pendidikan formal yang khusus. Respondan berpendapat bahawa

belajar melalui bermain merupakan keadah yang berkesan dan sesuai diterapkan kepada

kanak-kanak. Keadah ini berkesan kerana Proses Pendidikan pada peringkat awal

menekankan konsep pembelajaran aktif. Justeru, aktiviti-aktiviti yang dirancang adalah

bercorak hands-on yang mana ia dapat melibatkan kanak-kanak secara aktif melalui interaksi

dengan bahan-bahan pembelajaran. Oleh itu, kanak-kanak belajar memahami sesuatu konsep

dengan baik daripada pemerhatian, sentuhan, rasa dan manipulasi bahan bagi membina

kefahaman saintifik. Antara teori-teori yang menerangkan pedagogi belajar melalui bermain

ialah Parten Social play, Piaget’s states of play, Vygotsky’s sosial play, Smilansky’s sosio-

dramatic play dan Garvey’s language play. Secara keseluruhanya, aspek peubahan kognitif

kanak-kanak yang dapat dilihat pada mereka adalah akan berlaku dari segi kebolehan

kemahiran membaca, menulis, mengira, berfikir secara kreatif dan kritis. Berasaskan kepada

pedagogi pengajaran yang belajar melalui bermain, mengikut Piaget ( 1962) keupayaan

adaptasi psikologikal akan memastikan perkembangan struktur kognitif yang dipanggil

sebagai skema. Teori kognitif Piaget meliputi dua proses iaitu proses asimilasi ialah

mengadaptasikan kemahiran baru untuk menyesuaikan dengan kemahiran yang telah sedia

ada dalam struktur kognitif nya dan proses akomandasi ialah mengubahsuaikan kemahiran

baru dalam struktur kognitifnya. Dalam aktiviti “main” ia merupakan proses asimilasi yang

Page 8: assignment

2

SGRS 3023 PEMBINAAN BAHAN BANTU MENGAJAR

utama kerana kemahiran asas bermain telah sedia ada dalam struktur kognitifnya. Selain itu,

balajar melalui bermain membawa peluang kepada kanak-kanak memperolehi pengalaman

baru agar diadaptasi dalam struktur kognitif mereka. Secara holistiknya, aspek perubahan

psikomotor yang jelas berlaku dalam diri kanak-kanak berdasarkan pedagogi penyampaian

pendidikan awal yang dilaksanakan ialah melibatkan kemahiran menggunakan anggota

badan, misalnya seseorang bayi bermula dengan kebolehan memusingkan badan, duduk,

merangkak, berdiri, berjalan dan berlari. Respondan menyatakan perkembangan ini dapat

dipupuk melalui keadah bermain dengan objek. Menurut Piaget ( 1962), aktiviti ini berlaku

apabila kanak-kanak yang berkenaan mula menguasai kemahiran memegang bahan mainan.

Oleh itu, main dengan objek biasanya berlaku dalam kalangan kanak-kanak berumur 5 bulan.

Semasa kemahiran sensorimotor kanak-kanak bertambah maju mengikut kadar

pertumbuhannya, bahanbahan mainan menjadi lebih canggih, mainan yang boleh bergerak

dan sebagainya. Manakala aspek perubahan afektif yang ketara berlaku dalam diri kanak-

kanak setelah melalui pengalaman pembelajaran pendidikan awal ialah melibatkan

perkembangan sosioemosi kanak-kanak yang akan dapat membantu kanak-kanak

menyesuaikan diri dalam alam persekolahan kelak. Menurut maklumat dari respondan, sesuai

dengan perkembangan semasa sekarang, kefahaman mereka dalam perkembangan

sosioemosi kanak-kanak membantu menangani masalahmasalah sosial dan emosi yang

semakin meruncing kini. Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan penyelidik, salah satu

pembelajaran yang dipercayai dapat memupuk perkembangan emosi kanakkanak ialah

melalui aktiviti main koperatif. Aktiviti pembelajaran ini melibatkan kanak-kanak berumur

dalam 3-4 tahun yang melibatkan diri mereka dalam aktiviti permainan yang mempunyai

matlamat tertentu. Aktiviti pembelajaran kperatif ini mengalakkan sekumpulan kanak-kanak

Page 9: assignment

2

SGRS 3023 PEMBINAAN BAHAN BANTU MENGAJAR

berkerjasama membina sebuah bangunan dikelilingi oleh dinding dengan pasir. Masing-

masing diantara mereka

telah diagihkan tugas untuk melaksanakan aktiviti tersebut. Menurut kajian Piaget( 1962)

pola main koperatif ini merupakan tahap yang tertinggi dalam aktiviti main sosial. Oleh itu,

kajian dapatan mendapati aktiviti ini banyak memupuk ciri sosial dalam hidup nyata seperti

kerjasama, komunikasi dan interaksi sosial dapat dipupuk dan dipehatikan.    Oleh itu, dapat

dirumuskan bahawa pembelajaran main koperatif memainkan peranan penting dalam

perkembangan potensi kanak-kanak dari aspek fizikal, intelek dan sosial secara amnya dan

afektif secara keseluruhan khasnya.  Hasil pembelajaran pendidikan awal kanak-kanak secara

keseluruhan yang diharapkan setelah melalui proses pembelajaran berdasarkan maklumbalas

respondan adalah dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai sosio-ekonomi yang

kukuh, self-esteem yang tinggi, berkayakinan diri dan budi perkerti yang baik. Penulis juga

menerangkan pembelajaran pendidikan awal kanak-kanak juga dapat melahirkan kanak-

kanak yang mahir berkominikasi, mudah berinteraksi dan menguasai kebolehan berfikir logik

dan pra sains. Melalui pendidikan awal kanak-kanak juga dapat melahirkan kanak-kanak

yang mempunyai kemahiran sosial yang tinggi mampu untuk bergaul dalam masyarakat

pelbagai budaya.

Pendapat saya

Kesimpulannya, secara keseluruhannya hasil penyelidikan ini adalah memenuhi objektif

kajian yang dilakukan yang mana perkembangan awal kanak-kanak ini adalah penting kerana

ia sedikit sebanyak akan memberi panduan kepada ibu bapa dan guru-guru tentang

perkembangan yang dilalui oleh seorang kanak-kanak. Pengajaran yang telah diperolehi

daripada penyelidikan ini adalah timbulnya kesedaran bahawa bidang pendidikan ialah

Page 10: assignment

2

SGRS 3023 PEMBINAAN BAHAN BANTU MENGAJAR

bidang ilmu yang membekalkan rangka konsep bagi membolehkan kanak-kanak dibimbing

dengan kehidupan bermasyarakat. Pendidikan awal ini menjadi lebih bermakna apabila

kanak-kanak dibantu dibimbing untuk menghubungkan fakta dan konsep, serta mengaitkan

pembelajaran baru dengan pengetahuan sedia ada. Proses ini membolehkan mereka

memahami situasi dan maklumat baru. Pendedahan awal kanak-kanak ke pendidikan adalah

penting bagi perkembangan konsep-konsep saintifik serta perkembangan intelek yang lain.

Secara keseluruhanya, berdasarkan daripada hasil dapatan dan perbincangan berdasarkan sesi

temu bual dan pemerhatian yang dijalankan, mencadangkan bahawa sebagai seorang guru

kita perlulah peka terhadap perubahan kognitif, fizikal dan emosi yang dipamerkan oleh awal

kanak- kanak. Guru perlu memberikan banyak aktiviti membina dan galakkan yang sesuai

dengan kebolehan dan keupayaan kanak-kanak. Apabila mereka berjaya melakukan setiap

aktiviti tersebut, guru perlu memberikan pujian dan penghargaan walaupun usaha yang

dilakukan mereka kecil tetapi ia amat bermakna buat mereka. Melalui penulisan jurnal oleh

Novie Adilah Binti Sondig ini juga, terdapat beberapa isu dan permasalahan yang sering

menyukarkan pengajaran dan pembelajaran di peringkat prasekolah. Para guru dan pihak

pentadbiran seharusnya bekerjasama dalam mengawal dan menyelesaikan segala masalah

yang akan dan bakal dilalui apabila berada ditahap pendidikan prasekolah. Sememangnya

kita perlu mengetahui keadaan kanak-kanak di peringkat prasekolah, bagaimana tahap

pemikiran dan  tingkahlaku mereka supaya segala apa yang kita lakukan akan meningkatkan

lagi kepercayaan dan keyakinan mereka dalam melakukan sesuatu perkara. Pihak kerajaan

harus mewujudkan lebih banyak sekolah-sekolah pendidikan yang berteraskan Kurikulum

Standard Prasekolah Kebangsaan bagi kanak-kanak prasekolah yang bakal menerajui Negara

kita suatu hari nanti.

Page 11: assignment

2

SGRS 3023 PEMBINAAN BAHAN BANTU MENGAJAR