Assignment

9
TOPIK: TENAGA DALAM BIOSFERA

description

jerung endangered

Transcript of Assignment

TOPIK:TENAGA DALAM BIOSFERA

ISU:ISU KEPUPUSAN IKAN JERUNG MENJEJASKAN EKOSISTEM

1.0 Pengenalan

Dalam habitat marin, ikan jerung merupakan pengguna yang berada di tempat tinggi dalam piramid rantai makanan. Ikan jerung tidak boleh membuat makanan sendiri jadi mereka bergantung pada organisma lain untuk mendapatkan tenaga. Contoh rantai makanan yang berkaitan ialah seperti berikut:Rumpai lautUdangSotong Ikan besarIkan jerung

Organisma di dalam air ini bergantung antara satu sama lain untuk mendapatkan makanan. Pengurangan bilangan ikan jerung akan mengakibatkan penambahan bilangan ikan besar kerana kekurangan ikan jerung yang makannya. Oleh itu, bilangan sotong akan berkurangan kerana penambahan ikan besar yang memerlukan makanan. Sebarang perubahan pada populasi satu spesies akan mempengaruhi populasi spesies yang lain dalam satu habitat. Justeru, rantai makanan dan siratan makanan berupaya membantu mengekalkan bilangan organisma pada setiap peringkat dalam siratan makanan.

2.0 Isu Kepupusan Ikan Jerung Menjejaskan Ekosistem

Berdasarkan surat khabar The Star, Malaysia berada di kedudukan ke 15 dalam kalangan 20 teratas negara - negara penangkapan ikan jerung. Dan berdasarkan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO), negara kita membekalkan 2.95% ikan jerung dan tangkapan ray dalam seluruh dunia. Scalloped hammerhead merupakan salah satu ikan jerung yang menghadapi isu kepupusan berdasarkan laporan kedudukan spesis ikan jerung yang selalu ditangkap di Malaysia oleh Dermaan Seluruh Dunia untuk Alam Sekitar dan Perdagangan Hidupan Liar Rangkaian Pemantauan TRAFFIC. http://www.thestar.com.my/Lifestyle/Features/2012/10/09/Sharks-not-targetted-fishery-in-Malaysia/

Pada kini, kita dapat melihat banyak berita dan isu yang berkaitan dengan kepupusan ikan jerung. Contohnya pada 12 July 2011, MStar yang merupakan berita online telah menyatakan bahawa penangkapan ikan jerung yang berlebihan telah menjejaskan ekosistem dalam kehidupan laut. Perkara ini berlaku kerana manusia ingin mendapatkan sirip ikan yang dianggap bernilai tinggi. Sebab mendapatkan siripnya ialah untuk menjadikan makanan yang menguntungkan kerana dipercayai berkhasiat. Tetapi menurut Penasihat Teknikal bagi Green Connection (Aquarium and Science Discovery Centre) Prof Steve Oakley mengingatkan bahawa raksa metil yang terdapat pada ikan jerung termasuk siripnya boleh memudaratkan otak manusia jika mencapai paras tinggi.http://www.mstar.com.my/artikel/?file=/2011/7/12/mstar_rencana/20110712120558

Lantaran itu, berita dari Astro Awani telah melaporkan bahawa negara kita merupakan negara mempunyai permintaan sirip ikan jerung tinggi. Hal ini disebabkan menurut Ketua Pengarah Aquawalk Shd Bhd (Aquaria KLCC) Datuk Simon Foong, Pembelian ini lebih melambangkan status kemewahan seseorang kerana dilihat mampu membelanjakan wang yang banyak untuk semangkuk sup sirip ikan yu.http://www.astroawani.com/berita-malaysia/katakan-tak-nak-sirip-ikan-yu-45243

Sementara itu, RadioTimes yang merupakan media massa talian telah menyatakan manusia membunuh 100 juta ikan jerung pada tahun 2014 telah menyebabkan spesies ikan jerung mengalami keadaan hampir pupus. Secara langsung, hal ini telah menjejaskan kehidupan laut.http://www.radiotimes.com/news/2015-05-21/last-year-humans-killed-100-million-sharks---heres-why-the-sea-monsters-should-be-scared-of-us

3.0 Kesan

4.0 Pihak pihak yang Bertanggungjawab

Persoalannya, mengapakah isu-isu ini sering timbul dalam akhbar dan laman sesawang pada kebelakangan ini? Siapakah yang mendorong keadaan ini berlaku?

Sebab yang utama adalah disebabkan kelakuan manusia. Menurut Rosmidzatul (2015), pemahaman yang cetek dan kurangnya kesedaran mengenai aspek penjagaan dan pemeliharaan alam sekitar khususnya ekosistem marin di kalangan masyarakat kita lebih memburukkan lagi keadaan. Hidupan dalam ekosistem marin semakin terancam dan terpaksa berjuang serta bertarung nyawa untuk meneruskan kehidupan dalam persekitaran yang kian tercemar. Akibat daripada pencemaran ekosistem marin yang semakin tidak terkawal, ia telah menyumbang kepada kemerosotan mutu air dan habitat hidupan marin yang seterusnya telah memberi kesan buruk kepada pelbagai jenis hidupan marin, yang mana terpaksa berhadapan dengan ancaman kepupusan. Situasi ini berlaku semuanya angkara amalan tidak adil manusia yang tidak pernah sedar akan bahana yang terpaksa dihadapi di kemudian hari akibat daripada keterlanjuran sikap manusia terhadap alam sekitar.

Menurut berita Astro Awani, ketamakan dan kekejaman telah

5.0 Cara cara Mengatasi Masalah

Pada masa kini, banyak pihak telah mengambil peranan dan langkah untuk mengatasi masalah yang kritikal ini. Yang pertama ialah pihak kerajaan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia telah menjalankan kempen pengharaman sajian sup sirip ikan yu dalam semua acara rasmi Kerajaan. Keputusan tersebut telah dipersetujui oleh Mesyuarat Jemaah Menteri pada 21 Mei 2014. Kempen pengharaman sajian sup sirip ikan yu dengan moto Tak Nak Sirip Ikan Yu (Say No To Shark Fin) adalah langkah proaktif Kerajaan untuk membuktikan bahawa Malaysia turut prihatin terhadap konservasi ikan yu di arena nasional, serantau dan antarabangsa. Usaha ini juga selaras dengan Kod Amalan untuk Perikanan yang Bertanggungjawab (Code of Conduct for Responsible Fisheries) dan Pelan Tindakan Antarabangsa bagi Ikan Yu [International Plan of Action for the Conservation and Management of Shark (IPOA Shark)] yang disarankan oleh Food and Agriculture Association (FAO).Rajah: Keratan Akhbar Berita Harian 4 Oktober 2014

Yang kedua ialah Syarikat pengurusan Aquaria KLCC bekerjasama dengan kerajaan, serta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi menangani ancaman kepupusan populasi ikan jerung di negara Malaysia. Pada November 2011, pihak Aquaria telah menganjurkan sebuah kempen untuk memberi kesedaran kepada masyarakat untuk memelihara populasi sumber marin khususnya ikan yu. Kempen tersebut berjaya mengumpul lebih 60,000 tandatangan para pengunjung yang menyokong pengharaman sajian sup sirip ikan yu dan membantah pemburuan dan pembunuhan ke atas spesies itu. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Aquawalk, Datuk Simon Foong, kempen kali ini akan digerakkan dalam tempoh setahun dan pihaknya akan bergerak dari sekolah ke sekolah untuk membantu kerajaan bagi mendidik orang ramai tentang kepentingan mengurus hidupan ikan yu.http://www.karangkraf.com/mobile/berita/tangani-ancaman-populasi-ikan-yu-dari-awal-1.322667

Di samping itu, taman-taman laut di Terengganu, Pahang, dan Kedah seperti Underwater World Langkawi telah menjalankan peranan dalam memelihara ikan jerung secara ex-situ. Malah, pulau-pulau di Terengganu dan Pahang adalah pemuliharaan secara in-situ yang berusaha menjaga ikan jerung.

Selain itu, Dr Mabel B. Manjaji-Matsumoto, seorang pensyarah di BMRI berkata menyenaraikan spesies yu pada Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Fauna dan Flora Liar Diancam Kepupusan (CITES), satu perjanjian antarabangsa antara kerajaan-kerajaan boleh merupakan langkah berkesan dalam melarang perdagangan sirip yu dan dengan itu dapat membantu mengurangkan pembunuhan yu untuk mendapatkan siripnya. Beliau berkata Senarai Merah IUCN bagi Spesies-spesies Terancam telah diiktiraf sebagai yang paling menyeluruh, selain pendekatan global yang objektif bagi menilai status pemuliharaan spesies tumbuhan dan haiwan.

Tambahan lagi, pada masa ini terdapat 27 buah negara dan Kesatuan Eropah telah mengharamkan kegiatan "shark-finning" dan tidak membenarkan aktiviti perdagangan produk berkenaan. Beberapa negara di dunia juga telah mengambil tindakan proaktif dalam menangani kemerosotan populasi ikan jerung dengan mengharamkan sajian sup sirip ikan yu dalam semua majlis rasmi. Larangan itu terbukti berjaya mengurangkan sebanyak 30% permintaan terhadap sup sirip ikan yu sekali gus memberi impak besar kepada masyarakat dunia.