Assignment Com

6
CYBERNETICS INTERNATIONAL COLLEGE OF TECHNOLOGY COM 2013 DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN 1 PENGALAMAN PERIBADI ALAM REALITI DISEDIAKAN OLEH : NADIA FAZIELA BINTI MOHD RAZALI (15060140) DISEDIAKAN UNTUK : PN. RUSLIDA CHE MAN

description

assignment 1

Transcript of Assignment Com

Page 1: Assignment Com

CYBERNETICS INTERNATIONAL COLLEGE OF TECHNOLOGY

COM 2013

DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN 1

PENGALAMAN PERIBADI ALAM REALITI

DISEDIAKAN OLEH :

NADIA FAZIELA BINTI MOHD RAZALI

(15060140)

DISEDIAKAN UNTUK :

PN. RUSLIDA CHE MAN

29 JUN 2015

Page 2: Assignment Com

Pengalaman merupakan guru yang utama, mungkin ungkapan ini memang sesuai dengan kenyataan yang sering terjadi disekeliling kita. Dengan adanya pengalaman kita menjadi faham dan mahu belajar tentang sesuatu. Begitu juga saat berinteraksi dengan orang lain yang berasal dari negeri dan “loghat” berbeza.

Berkomunikasi dengan orang yang memiliki latar belakang budaya dan loghat yang berbeza membuatkan sebuah komunikasi menjadi kurang efektif. Sesuai dengan salah satu prinsip komunikasi, bahawa semakin mirip latar belakang social budaya semakin efektiflah komunikasi tersebut.

Semasa di Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), majoritinya adalah orang-orang yang berasal dari negeri Darul Naim, Kelantan. Saya srndiri dibesarkan dalam tatacara keluarga dari negeri Darul Makmur,Pahang. Dengan memahami cara bagaimana bersikap baik diantara kawan-kawan, perlahan-lahan saya dapat menyesuaikan diri dalam lingkungan kawan-kawan saya.

Kadang-kadang saya mengalami masalah tidak memahami bahasa mereka ketika sedang berbual. Hingga pada akhirnya saya tidak dapat menyesuaikan diri, kemudian saya menjelaskan bahawa saya tidak dapat menyesuaikan diri dan menjelaskan kepada mereka bahawa saya tidak bergabung dengan “perbicaraan” mereka jika mereka teruskan bercakap menggunakan bahasa yang saya tidak faham. Mereka kemudiannya memahami keadaan saya dan berusaha untuk tidak menggunnakan “kecek” mereka ketika sedang berbicara dengan saya.

Perbezaan logat antara saya yang berasal dari Pahang dan juga beberapa kawan saya yang berasal dari Kuala Lumpur, merupakan perbezaan logat yang tidak terlalu jauh. Pada dasarnya sikap yang ada agak mirip. Hal ini membuktikan bahawa semakin mirip latar belakang social budaya, semakin efektiflah komunikasi. Namun, diantara kami ada pula seorang teman yang berasal dari Negeri Sembilan, namanya Afiqah. Perbezaan logat antara kami dan Afiqah sering saja menimbulkan konflik.

Page 3: Assignment Com

Hal ini mungkin kerana perbezaan logat itu cukup besar dan tiada persamaan. Ianya membuatkan kami sentiasa membentuk persepsi yang salah.

Kawan saya yang berasal dari Negeri Sembilan ini memiliki kebiasaan berbicara dengan nada suara yang keras dan kasar. Dia tidak sedikit pun menyembunyikan apa yang dia rasa atau fikirkan. Jika dia terasa tidak puas hati atau tidak suka, maka dia akan terus terang menyatakannya. Hal ini sangat berbeza dengan kebiasaan masyarakat yang ada di daerah kami.

Afiqah sering sekali berbicara dengan intonasi yang tinggi. Semasa hari pertama minggu orientasi, Afiqah merupakan pelatih yang paling tidak disukai dan selalu mendapat hukuman daripada jurulatih. Hal ini kerana cara percakapannya, cara dia melihat orang, cara dia membantah pendapat orang lain membuatkan dia dilayan seperti kambing hitam.

Akhirnya, saya dan kawan-kawan cuba untuk memahami Afiqah. Afiqah menceritakan bahawa logat negerinya memang begitu, namun ditempatnya, ianya merupakan bahasa yang paling sopan terutamanya apabila bercakap dengan orang yang lebih tua. Jika bercakap dengan nada yang tinggi, ia bermakna mereka menghormati orang-orang tua tersebut. Kami memahami Afiqah dan lama kelamaan kami sudah terbiasa dengan logatnya itu dan kadang-kala merasakan bahawa cara Afiqah bercakap sangat lucu. Namun begitu, Afiqah juga harus memahami adab kami disini dan Afiqah mula menghormatinya dan membiasakan diri untuk bercakap menggunakan cara kami.

Hal-hal ini membuatkan saya memahami betul bahawa setiap negeri mempunyai logat yang berbeza seehingga apabila perbezaan itu tidak ditanggapi secara tepat akan menimbulkan konflik.

Page 4: Assignment Com

CYBERNETICS INTERNATIONAL COLLEGE OF TECHNOLOGY

ENGLISH 2013: ENGLISH PROFICIENCY FOR ACADEMIC

PURPOSE

NAME : NADIA FAZIELA BINTI MOHD RAZALI

MATRIC NUMBER : 15060140

PROGRAM : DIPLOMA IN BUSINESS AND MANAGEMENT

LECTURER : MR MAHALINGAM A/L MAHENDRA RAO