Assignment EDU

14
Dunia pendidikan di Malaysia mengalami transformasi yang drastik rentetan daripada penandaarasan yang dilakukan berdasarkan PISA dan TIMMS di peringk antarabangsa. Dengan kedudukan negara yang berada di kelompok ketiga terend dalam senarai ranking pendidikan antarabangsa, iaitu ditempat yang ke-55 sudah pasti membimbangkan masa depan pendidikan dan kemauan negara. !ementerian Pelaaran Malaysia dilihat serius menangani masalah yang keatuhan tahap ke"erdasan dan pendidikan pelaar berbanding negara-negara dunia yang lain. Aspirasi membina modal insan dan melahirkan masyarakat yang setaraf dengan negara mau yang lain dinyatakan dalam #isi dan Misi !ementerian Pelaaran Malaysia . #isi yang dimaksudkan Pendidikan $erkualiti Insan Terdidik %egara Seahtera dan manakala misi !ementerian Pendidikan Malaysia ialah Melestarikan Sistem Pendidikan&ang $erkualiti 'ntuk Membangunkan Potensi Indi(idu $agi Memenuhi Aspirasi %egara. Senario ini memerlukan )arga pendidik di Malaysia melakukan anakan paradigma yang telus dalam memastikan aspirasi pendidikan negara dapat di"apai. $erdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya di sekolah, (isi dan misi !ementerian Pelaaran Malaysia ini beray diamalkan melalui pengurusan ino(asi dan perubahan pendidikan dalam pengurusan di sekolah dan pengaaran pembelaaran. %amun begitu terdapat ruang untuk penambahbaikan pada masa akan datang. Antaranya usaha keraaan untuk menunung (isi dan misi kementerian pendidika termasuklah perealisasian Pelan Pembangunan Pendidikan yang meliputi tiga peringkat gelombang bermula dari tahun *+ hingga *+*5. Sebelas anakan yang digar didapati dapat memberi kefahaman kepada guru-guru untuk mentransformasikan pendidikan negara ke arah penandaarasan yang lebih baik. %amun begitu terd beberapa kepin"angan yang perlu diambil perhatian memandangkan )arga pendidi merupakan sebahagian daripada golongan pelaksana dominan yang menentukan keayaan sesuatu dasar keraaan. Tambahan lagi )arga pendidik berada peringkat hiera terendah dalam organisasi !ementerian Pendidikan Malaysia yang ada kalanya menghadapi kekangan seperti masalah ekonomi, beban tugas, dan birokrasi dal menalankan tugas masing-masing. leh itu pembelaaran berterusan atau sepa hayat di kalangan )arga guru dapat menyelesaikan perkara remeh yang ada kalanya memberi impak yang besar terhadap prestasi kera. 1

Transcript of Assignment EDU

Dunia pendidikan di Malaysia mengalami transformasi yang drastik rentetan daripada penandaarasan yang dilakukan berdasarkan PISA dan TIMMS di peringkat antarabangsa. Dengan kedudukan negara yang berada di kelompok ketiga terendah dalam senarai ranking pendidikan antarabangsa, iaitu ditempat yang ke-55 sudah pasti membimbangkan masa depan pendidikan dan kemajuan negara. Kementerian Pelajaran Malaysia dilihat serius menangani masalah yang kejatuhan tahap kecerdasan dan pendidikan pelajar berbanding negara-negara dunia yang lain. Aspirasi membina modal insan dan melahirkan masyarakat yang setaraf dengan negara maju yang lain dinyatakan dalam Visi dan Misi Kementerian Pelajaran Malaysia . Visi yang dimaksudkan ialah Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera dan manakala misi Kementerian Pendidikan Malaysia ialah Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara. Senario ini memerlukan warga pendidik di Malaysia melakukan anjakan paradigma yang telus dalam memastikan aspirasi pendidikan negara dapat dicapai. Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya di sekolah, visi dan misi Kementerian Pelajaran Malaysia ini berjaya diamalkan melalui pengurusan inovasi dan perubahan pendidikan dalam pengurusan di sekolah dan pengajaran pembelajaran. Namun begitu terdapat ruang untuk penambahbaikan pada masa akan datang.

Antaranya usaha kerajaan untuk menjunjung visi dan misi kementerian pendidikan termasuklah perealisasian Pelan Pembangunan Pendidikan yang meliputi tiga peringkat gelombang bermula dari tahun 2013 hingga 2025. Sebelas anjakan yang digariskan didapati dapat memberi kefahaman kepada guru-guru untuk mentransformasikan pendidikan negara ke arah penandaarasan yang lebih baik. Namun begitu terdapat beberapa kepincangan yang perlu diambil perhatian memandangkan warga pendidik merupakan sebahagian daripada golongan pelaksana dominan yang menentukan kejayaan sesuatu dasar kerajaan. Tambahan lagi warga pendidik berada peringkat hierarki terendah dalam organisasi Kementerian Pendidikan Malaysia yang ada kalanya menghadapi kekangan seperti masalah ekonomi, beban tugas, dan birokrasi dalam menjalankan tugas masing-masing. Oleh itu pembelajaran berterusan atau sepanjang hayat di kalangan warga guru dapat menyelesaikan perkara remeh yang ada kalanya memberi impak yang besar terhadap prestasi kerja.

Keputusan kerajaan untuk menggubal dasar baru dalam penyediaan Pelan Pembangunan Pendidikan adalah tepat dan ulung kali dilaksanakan. Untuk itu pandangan daripada pelbagai pakar dan agensi antarabangsa telah dipertimbangkan untuk menilai dan mentaksir prestasi sistem pendidikan Malaysia. Agensi yang terlibat Agensi yang terlibat ialah Bank Dunia, United Natons Education, Scientific and Cultural Eduaton (UNESCO), Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD), serta enam universiti di Malaysia. Kementerian juga telah bekerjasama dengan PEMANDU untuk membangunkan inisiatif pendidikan menerusi Program Tranformasi Kerajaan (GTP)2.0 bagi mencerminkan pembaharuan utama yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan dalam tempoh 2013-2025. Lebih 50,000 orang pegawai Kementerian, guru, pemimpin sekolah, ibu bapa, murid dan orang awam di seluruh negara telah dilibatkan melalui temu bual, kumpulan fokus, tinjauan, dewan terbuka Dialog Nasional dan perbincangan meja bulat. Kementerian telah melantik panel pakar yang terdiri daripada 12 ahli tempatan dan empat ahli antarabangsa bagi menyediakan input bebas terhadap dapatan kajian semula sistem pendidikan negara. Sungguhpun demikian, pelbagai persoalan timbul dalam menetapkan sasaran dan wawasan kejayaan sistem pendidikan kini. Ini termasuklah nilai keberhasilan dan kemenjadian murid serta rekabentuk pendidikan yang ingin dilaksanakan. Kedua-dua aspirasi negara ini merangkumi dua aspek iaitu, sistem pendidikan secara keseluruhan, dan murid secara individu.TIMSS merupakan pentaksiran antarabangsa berasaskan kurikulum sekolah bagi mata pelajaran Matematik dan Sains di seluruh dunia. Pentaksiran dibuat bagi mengukur prestasi murid pada Gred 4 (Tahun 4) dan Gred 8 (bersamaan dengan Tingkatan 2) yang merangkumi dua aspek iaitu pengetahuan kandungan seperti Algebra, dan kemahiran kognitif seperti proses pemikiran penguasaan pengetahuan, aplikasi dan penaakulan. Ujian pertama kali ditadbir pada tahun 1995. Pada masa ini, lebih 50 buah negara menyertai pentaksiran ini yang dikendalikan pada setiap empat tahun. Malaysia telah menyertai TIMSS sejak 1999 dan melibatkan murid Tingkatan 2 sahaja. PISA yang diselaraskan oleh OECD juga merupakan pentaksiran yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Dikendalikan setiap tiga tahun, PISA bertujuan untuk menilai kecekapan dalam Bacaan, Matematik dan Sains dalam kalangan murid berumur 15 tahun. Kali pertama Malaysia menyertai PISA ialah pada tahun 2010 sebagai kitaran pentaksiran untuk tahun 2009.

Tumpuan pentaksiran yang dijalankan bukanlah pada kandungan kurikulum sesebuah negara tetapi keupayaan murid mengaplikasi pengetahuan dalam kehidupan sebenar. Oleh itu tidak hairanlah jika pencapaian pelajar Malaysia begitu rendah berbanding negara-negara lain iaitu pada kedudukan ke 55, kelompok ketiga yang terendah dalam senarai rangking dunia. Kandungan kurikulum di negara kita adalah berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara yang lebih kepada konteks pembinaan negara bangsa. Kemahiran yang menjadi standard global ialah unsur mengaplikasikan pengetahuan dalam kehidupan sebenar. Oleh itu kemahiran berfikir aras tinggi hendaklah disebarluaskan kepada pelajar Malaysia agar mereka dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi secara realistik. Dengan demikian, wajarlah kerajaan membuat langkah drastik dengan mentransformasikan sistem pendidikan negara ke arah yang lebih global.

Langkah pengurusan inovasi dan perubahan pendidikan dalam pengurusan di sekolah dan pengajaran dan pembelajaran berjaya memacu perealisasian misi dan visi Kementerian Pendidikan Malaysia. Ini dinyatakan dalam sebelas anjakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Data yang diperoleh pada tahun 2010 menunjukkan prestasi Malaysia berada pada kedudukan di belakang negara-negara yang menyediakan jumlah peruntukan yang hampir sama atau lebih rendah seperti Thailand, Chile, dan Armenia. Keadaan ini mungkin disebabkan peruntukan untuk pendidikan di Malaysia tidak disalurkan kepada faktor yang memberi impak tinggi terhadap keberhasilan murid, seperti latihan untuk meningkatkan kemahiran guru secara berterusan. Sistem pendidikan berprestasi tinggi seperti di Singapura, di Korea Selatan, dan di Shanghai sememangnya memperuntukkan jumlah bajet yang lebih tinggi berbanding Malaysia. Sistem pendidikan negara juga mampu melonjak dengan adanya usaha transformasi yang utama seperti ini. Oleh itu, tahap perbelanjaan untuk pendidikan di Malaysia patut dikekalkan, namun kecekapan dan keberkesanan dalam pengagihan dan penggunaan sumber harus dipertimbangkan untuk penambahbaikan dari semasa ke semasa.

Walaupun keputusan terkini TIMSS dan PISA telah mencetus kebimbangan, namun terdapat banyak bukti kecemerlangan murid dan sekolah di seluruh negara yang telah mencapai standard antarabangsa berdasarkan ukuran dalam bidang akademik dan bukan akademik. Di samping itu, Kementerian telah mengiktiraf 66 sekolah di bawah program Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Sekolah berkenaan merupakan yang terbaik kerana memiliki ciri-ciri yang unik, menghasilkan kecemerlangan akademik dan bukan akademik murid secara tekal, dan berkeupayaan bersaing di peringkat antarabangsa. Kewujudan sekolah-sekolah cemerlang dan sekolah berprestasi tinggi menjadi contoh dan dijadikan sebagai penandaaras kepada sekolah-sekolah lain. Menurut Goetch (2000), penandaarasan adalah proses pencarian kejayaan organisasi supaya maklumat tersebut dapat digunakan dalam organisasi untuk mengurangkan jurang antara prestasi dalam kelompoknya. Dalam konteks Malaysia kerajaan telah mengeluarkan garis panduan berkaitan penandaarasan ini melalui Garis Panduan Pelaksanaan Penandaarasan Dalam Perkhidmatan Awam (PKPA) Bil 1/1999 untuk diamalkan dan dijadikan rujukan.

Meskipun sekolah tempat saya bertugas belum mencapai taraf sekolah berprestasi tinggi, kami sedang berusaha ke arah itu. Umum sedia maklum bahawa guru-guru perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu baru melalui pembacaan buku-buku ilmiah, melayari internet dan mengikuti perkembangan pendidikan semasa menerusi portal-portal yang diwujudkan oleh kementerian dan organisasi bawahan yang lebih kecil serta pautan yang berkenaan. Pembelajaran sepanjang hayat dan berterusan dapat membantu guru-guru berada di landasan yang betul dalam arus pendidikan negara. Selain itu, terdapat guru-guru yang dipanggil mengikuti kursus pendedahan dan mengadakan kursus dalaman untuk menyampaikan maklumat terkini. Namun begitu cara sedemikian didapati tidak begitu terkesan di hati dan minda pendidik. Ini kerana hanya sekolah-sekolah terpilih yang menjadi sekolah rintis dan maklumat-maklumat yang penting ini ada kalanya tidak sampai kepada semua guru yang jelasnya berada di bawah satu organisasi yang sama.

Terdapat transformasi dalam pengurusan inovasi bagi sistem pengurusan di sekolah. Langkah-langkah yang diambil oleh pihak pengurusan sekolah dalam melaksanakan pelan pembangunan pendidikan ini termasuklah mengurangkan beban tugas guru dalam pentadbiran. Menerusi anjakan ke8 iaitu mentransformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian kementerian hasrat ini dapat dilaksanakan. Sistem penyampaian pendidikan Malaysia mempunyai jaringan yang sangat luas. Tugas mengemaskini data pula menambah bebanan tugas guru. Sistem penyampaian maklumat ini dikendalikan oleh hampir 6,800 pegawai dan kakitangan sokongan di peringkat kementerian, 6,400 di JPN dan lebih 6,000 di PPD. Oleh itu, penempatan pegawai-pegawai rintis untuk membantu pengurusan data guru dan murid telah membuktikan komitmen kementerian. Mereka mengambil alih tugas-tugas pengemaskinian data seperti e-kehadiran, aplikasi pengkalan data murid, sistem maklumat murid, e-operasi, e-NILAM dan sebagainya yang sebelum ini dilakukan oleh guru. Di sekolah tempat saya bertugas, pegawai-pegawai rintis berkenaan membantu pengurusan di perpustakaan, makmal komputer dan pejabat pentadbiran. Maklumat sekolah seperti kehadiran murid dapat diakses secara langsung dengan cepat dan tepat. Inovasi penyampaian maklumat lebih cepat dan telus dengan aplikasi seperti kumpulan whatsapp . dan portal sekolah. Rangkaian internet yang dibekalkan oleh kementerian juga dapat mengatasi masalah mendapatkan data murid. Dengan inovasi ini guru-guru dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap pengajaran dan pembelajaran murid yang menjadi tugas utama sebagai pendidik. Namun begitu guru-guru masih perlu mengisi data dalam bentuk hard copy seperti jadual kedatangan murid, maklumat program NILAM, dan menguruskan borang maklumat murid sebelum data dapat dimasukkan secara on-line. Gelombang 1 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan menumpukan kepada peningkatan standard profesionalisme, dan menambah baik sistem sokongan dan persekitaran kerja. Empat langkah yang diambil ialah meningkatkan standard kemasukan, mengukur prestasi berdasarkan kompetensi, meningkatkan jumlah peruntukan dalam pembangunan profesionalisme berterusan, dan mengurangkan beban tugas pentadbiran guru. Dalam Gelombang 2 pula kementerian pendidikan komited dalam memartabatkan profesion keguruan dan menganjak ke arah kepimpinan yang menyeluruh.Secara keseluruhan, langkah ini dilaksanakan bertujuan menyediakan peluang dan sokongan yang diperlukan oleh guru bagi menggalakkan peningkatan kemahiran dan kecemerlangan mereka dalam pekerjaan. Kementerian telah membangunkan pengurusan inovasi untuk sistem pengurusan sekolah dengan menempatkan pegawai-pegawai pendidikan yang berkualiti dan terlatih sahaja untuk mengisi kekosongan jawatan guru. Beberapa tahun kebelakangan ini keluaran guru dari institut-institut perguruan seluruh negara adalah dari kalangan yang berkualiti tinggi sahaja iaitu pelajar yang memperoleh keputusan SPM yang cemerlang sahaja diambil mengikuti kursus ikhtisas kelolaan Bahagian Pendidikan Guru. Tambahan lagi IPG-IPG telah dinaiktaraf dari segi kandungan kurikulumnya dan tenaga pengajarnya sejajar dengan sistem pendidikan kebangsaan. Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) memperlihatkan imej profesional dalam sistem pendidikan. Sekolah tempat saya bertugas juga menempatkan siswazah-siswazah ini. Guru-guru terlatih yang berada dalam kumpulan sokongan atau memiliki diploma digalakkan mengikuti program ijazah dalam Program Pensiswazahan Guru. Saya sendiri terpilih untuk mengikuti kursus yang sangat bermanfaat tersebut. Ini selaras dengan matlamat kementerian untuk memastikan guru-guru di sekolah rendah memiliki sekurang-kurangnya ijazah pertama pada tahun 2015. Pemantapan pedagogi dalam kursus-kursus iktisas ini tentunya memacu pelaksanaan visi dan misi Kementerian Pendidikan. Visi dan Misi Kementerian Pendidikan berkadar langsung dengan Kurikulum dan ko-kurikulum sekolah yang digubal yang merupakan satu usaha berterusan bagi membangunkan anak-anak secara menyeluruh, merangkumi pelbagai dimensi, iaitu intelek, rohani, emosi, dan jasmani seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Program dan inisiatif yang membangunkan komponen bukan akademik dilaksanakan di dalam bilik darjah dan menerusi aktiviti kokurikulum. Sebagai contoh, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral diwajibkan untuk semua murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 demi kesuburan rohani dan sahsiah. Tranformasi juga dilakukan ke atas pengurusan ko-kurikulum . Kementerian juga menetapkan setiap murid mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya 1 sukan, 1 kelab dan 1 badan beruniform bagi membina bakat dan memupuk minat, di samping membentuk kemahiran kepimpinan. Data yang diperoleh menunjukkan kadar penyertaan dalam aktiviti kokurikulum adalah tinggi. Oleh itu transformasi ini bertujuan menjimatkan masa pelajar dengan menumpukan perhatian kepada bidang akademik. Dasar 1 Murid 1 Sukan mampu melahirkan altit yang berkualiti meskipun kegiatan ko-kurikulum dihadkan. Hanya pelajar yang terpilih sahaja akan mewakili negara sehingga ke peringkat antarabangsa. Antara faedahnya ialah penjimatan wang, masa dan kualiti layanan terhadap pelajar dapat dipertingkatkan mengikut keperluan dan minat murid. Usaha ini menunjukkan visi dan misi KPM Berjaya diamalkan di sekolah dalam bidang ko-kurikulum.

Transformasi juga dilakukan secara terus dalam bidang kurikulum melalui pengenalan beberapa mata pelajaran baru dalam KSSR. Antaranya Dunia Sains dan Teknologi, Dunia Seni Visual , Dunia Muzik, Rekabentuk Teknologi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, dan Sejarah. Selain itu kandungan kurikulum dalam semua mata pelajaran disemak semula untuk membolehkan transformasi kurikulum dapat dilaksanakan. Bagi memperbaiki keputusan pelajar dalam ranking pendidikan antarabangsa KBAT atau HOTS ditekankan dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi diterapkan kepada para pelajar untuk membolehkan mereka mengaplikasikan pengetahuan kurikulum dalam kehidupan sebenar. Konsep i-think diaplikasikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Antara contoh penggunaan teknologi i-think ialah lapan topi berfikir yang membantu murid-murid menjana idea dengan menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi. Ini berkaitrapat dengan taksonomi yang diperkenalkan oleh Bloom yang meletakkan kreativiti sebagai aras tertinggi dalam kemahiran berfikir. Ini menunjukkan pengurusan inovasi dan perubahan pendidikan telah diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran telah dilakukan.Aspirasi kementerian dalam misi dan visi yang diuar-uarkan sememangnya menjadi kenyataan dan diamalkan di sekolah-sekolah khasnya melalui pengajaran dan pembelajaran apabila kami menggunakan teknologi ICT. Dalam Gelombang 3 PPPM (2020 2025), KPM berhasrat mengekalkan penggunaan meluas sistem ICT yang inovatif . Dalam Gelombang ke 3 juga ICT perlu diterapkan sepenuhnya sepanjang pelaksanaan pedagogi dan kurikulum dalam sistem pendidikan. Kementerian akan memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan dan menggiatkan penggunaan ICT dalam kalangan murid dan guru. Dengan ini diharapkan nisbah alat ICT kepada murid akan setara dengan negara terkemuka seperti Korea Selatan. Kementerian akan terus meningkatkan usaha dalam pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran kadar kendiri.

Semua sekolah diharapkan dapat mencapai taraf Sekolah Bestari iaitu mencapai standard minimum penggunaan ICT, keupayaan guru, kesediaan infrastruktur dan aplikasi ICT di samping menyepadukan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan penyelidikan yang telah dijalankan terhadap impak dan potensi ICT dalam pendidikan, Kementerian memastikan keperluan asas disediakan. Elemen kritikal dalam penggunaan ICT seperti peralatan, jaringan dan aplikasi ICT, kompetensi guru dalam ICT, serta kurikulum dan pentaksiran cuba dimantapkan sebelum beralih kepada penggunaan ICT yang lebih tekal dan inovatif. Sebagai contoh, Kementerian akan memastikan bahawa semua inisiatif ICT masa depan ditingkatkan dan memperkukuhkan keberkesanan 1BestariNet. Kementerian juga melabur dalam penyelesaian ICT untuk kumpulan berkeperluan khusus. Tindakan ini memerlukan penambahbaikan dalam set pengukuran sedia ada seperti Smart School Qualification Standard (SSQS). Teknologi 4G adalah singkatan bagi generasi keempat tanpa wayar, iaitu sejenis teknologi yang boleh digunakan dengan telefon bimbit, komputer tanpa wayar, dan peranti mudah alih yang lain.

Menurut strategi Gelombang 1 (2013 hingga 2015), kementerian akan mempertingkatkan asas ICT dengan membina keupayaan ICT berdasarkan asas sedia ada. Usaha ini dilakukan bagi memastikan infrastruktur ICT asas dan kompetensi sentiasa tersedia di seluruh sistem, dan tidak terikat dengan mana-mana landasan teknologi yang khusus. Keutamaan yang akan diberi termasuk memastikan murid dan guru mempunyai akses cukup kepada peralatan ICT, menyediakan sistem pendidikan dengan platform pembelajaran dan jaringan lebar jalur yang mencukupi bagi penggunaan perkhidmatan ICT dan memastikan semua guru mempunyai kompetensi asas dalam ICT. Keutamaan lain dalam tempoh ini termasuklah menambahbaik sistem pemantauan bagi menyediakan pentaksiran lebih tepat tentang kemajuan insiatif ICT, menyebatikan ICT dalam kurikulum, dan menyediakan kandungan yang berkualiti dan berkesan.

Di tempat saya mengajar penggunaan program VLE frog telah dilaksanakan dalam PdP mata pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Guru sebagai fasilitator membimbing murid mencari maklumat, menyelesaikan tugasan, membuat peta minda dalam memahami kandungan kurikulum dengan menggunakan kaedah ICT. Selain itu ibu bapa juga boleh mengetahui perkembangan pelajaran anak-anak melalui kerja rumah, soal jawab dan latihan interaksi murid dan guru melalui atas talian. Namun begitu terdapat kekangan seperti kelemahan daya akses internet sekiranya terlalu ramai murid yang menggunakan kemudahan ini dalam masa yang sama. Program ini dilihat amat berkesan dan boleh ditambahbaik pada masa akan datang dalam mata pelajaran yang lain. Secara tidak langsung ianya membuktikan bahawa pelaksanaan pendidikan abad ke 21 berlaku dewasa ini. Kementerian sentiasa memastikan pelaksanaan kurikulum yang bersepadu berdasarkan tanda aras antarabangsa bagi melahirkan murid dengan kemahiran yang diperlukan untuk bersaing pada peringkat global. Kurikulum ini menyentuh dimensi intelek, rohani, emosi, dan fizikal setiap murid, serta menekankan aplikasi pengetahuan dan perkembangan pemikiran kritis, kreatif, dan inovatif. Kurikulum ini juga memberikan peluang kepada murid untuk mempelajari seni, melibatkan diri dalam sekurang-kurangnya satu sukan dan aktviti kokurikulum yang lain. Kementerian juga akan memastikan pentaksiran secara holistik dilaksanakan melalui peperiksaan awam dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Antara langkah yang akan dijalankan adalah mereka bentuk semula kurikulum sekolah rendah dan menengah selaras dengan standard antarabangsa.KPM juga meningkatkan kerangka pentaksiran bagi menambahkan item yang menguji kemahiran berfikir aras tinggi serta menggunakan rujukan standard dalam peperiksaan awam dan PBS. Terdapat juga usaha memperhebat sokongan guru bagi memastikan kurikulum bertulis diterjemahkan dengan betul dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah melalui sumber pengajaran yang lebih baik dan peluasan peranan Pembimbing Khusus Peningkatan Sekolah (SISC+) dan memperkenal Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS) 2.0 serta memperluas skopnya dalam literasi Bahasa Inggeris.

Bagi mengatasi masalah penguasaan 3M iaitu membaca, mengira dan menulis Program LINUS iaitu literasi dan numerasi atau pemulihan dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Ingeris dan Matematik diperkenalkan. Penempatan SISC+ dan SiPartners+ sepenuh masa di peringkat PPD dilaksanakan untuk membantu guru-guru dalam pedagogi pemulihan. Dengan mewujudkan jawatan sepenuh masa di PPD, pembimbing tersebut akan dapat memberikan tumpuan penuh kepada tugas sebagai mentor dan membina hubungan yang kukuh dengan para guru dan pengetua dan guru besar. Jenis sokongan yang diberikan oleh SISC+ and SiPartners+ disesuaikan mengikut tahap prestasi sekolah tersebut. Pembimbing ini dilantik daripada jawatan sedia ada seperti guru cemerlang, pengetua cemerlang, pegawai IAB atau IPG, FasiLINUS, dan pegawai JPN serta PPD. Pada 2015, hampir 2,500 SISC+ dan SiPartners+ ditempatkan di semua daerah dalam negara. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah kursus pemantapan pedagogi pemulihan dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik saban tahun bagi Tahap 1 yang melibatkan tahun 1,2 dan 3. 2015 merupakan tahun ke-3 Program LINUS dijalankan dan pada tahun ini diperpanjangkan untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris Tahun 3. Meskipun terdapat kesukaran pada awal program LINUS diperkenalkan, kini terbukti ianya oleh mengatasi masalah penguasaan 3M dan memudahkan pengajaran dan pembelajaran murid. Misi kementerian iaitu Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti diamalkan melalui perubahan pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan ICT dalam PdP sememangnya memerlukan perbelanjaan yang besar. Produktiviti Sumber Kementerian akan memastikan keberhasilan pelajar dimaksimumkan bagi setiap ringgit yang dibelanjakan. Langkah yang akan diambil termasuklah menghubungkan setiap program kepada keberhasilan pelajar dengan jelas dan mewajarkan program berimpak rendah supaya sumber Kementerian dapat diperuntukkan semula kepada program yang berimpak tinggi. Menerusi pengurusan di sekolah, pengurusan kewangan dan perolehan yang lebih strategik diutamakan. Sehubungan itu melalui pelan pembangunan pendidikan juga kementerian komited dalam meningkatkan kemahiran kakitangan yang relevan dalam kompetensi yang kritikal seperti pengurusan nilai di semua jabatan dan sekolah.

Perangkaan laporan membuktikan komitmen Malaysia terhadap pendidikan setanding dengan Negara-negara setara. Malaysia membelanjakan 3.8% daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) untuk pendidikan, iaitu dua kali ganda daripada purata negara ASEAN sebanyak 1.8%, malah nilai ini lebih tinggi daripada negara gergasi ekonomi Asia (Asian Tigers) seperti Korea Selatan, Hong Kong, Jepun dan Singapura. Tahap perbelanjaan bagi pendidikan sebagai peratusan daripada jumlah perbelanjaan kerajaan adalah tinggi berbanding negara rakan serantau dan negara yang mempunyai KDNK setara seperti Mexico dan Chile. Meskipun KDNK masih rendah Malaysia berada di landasan yang betul dalam bajet pendidikan demi memartabatkan standardnya di arena antarabangsa. Ekonomi negara seharusnya dipacu lebih pantas memandangkan terdapat ketirisan dalam pengurusan kewangan. Pada pengamatan saya menerusi perangkaan dalam laporan pelan pembangunan pendidikan, negara maju seperti China, Jepun, Kanada, dan Korea Selatan yang tahap pendidikannya berada ranking teratas berjaya meminimumkan perbelanjaan sektor pendidikan mereka. Perbelanjaan negara kita yang begitu tinggi seharusnya dapat dinikmati oleh semua pelajar di Malaysia secara adil dan saksama. Formula inilah yang perlu dicari oeh agensi perancangan ekonomi negara untuk membantu mencapai misi Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara. Visi dan misi KPM berjaya diamalkan di sekolah dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan adanya kelas pendidikan abad ke-21. Pakar pendidikan di kebanyakan negara menyedari hakikat bahawa kanak-kanak memerlukan kemahiran yang lebih daripada 3M (menulis, membaca, mengira) setelah mereka menamatkan alam persekolahan. Dalam dunia globalisasi pada abad ke-21, keperluan untuk melahirkan modal insan berkualiti tinggi menjadi semakin penting. Kebanyakan negara menerima konsep kemahiran abad ke- 21 sebagai paksi kurikulum. Idea pendidikan abad 21 amat popular dewasa ini. Kaedah pengajaran ini telah diamalkan di Malaysia sejak tahun 1982 lagi iaitu sewaktu KBSR dijalankan di sekolah-sekolah perintis dan dilaksanakan sepenuhnya di Malaysia pada 1983. Pendekatan yang menekankan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid dan sumber ini bermatlamat menghasilkan individu yang berketrampilan. Pada dasarnya individu yang lengkap dengan kemahiran abad ke- 21 merupakan individu yang mempunyai keyakinan diri, mengamalkan pembelajaran kendiri, menyumbang dengan aktif, dan merupakan warganegara yang prihatin. Di Finland, kemahiran abad ke-21 berteraskan perkembangan kendiri, identiti budaya dan keantarabangsaan, kemahiran media dan komunikasi, warganegara partisipatif, bertanggungjawab terhadap persekitaran, menitikberatkan kesihatan diri dan masa depan yang lestari. Di Malaysia, Kementerian telah mengenal pasti kemahiran abad ke-21 yang sesuai dengan konteks tempatan dan dapat menyediakan warga Malaysia untuk bersaing pada peringkat antarabangsa. Untuk itu, kurikulum kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan murid yang seimbang, berdaya tahan, bersemangat ingin tahu, berprinsip, bermaklumat, dan patriotik, serta mempunyai kemahiran berfikir, berkomunikasi, dan bekerja secara berpasukan. Menerusi pendidikan abad ke-21 kurikulum sekolah rendah dan menengah dikaji semula akan memastikan keseimbangan pengetahuan yang penting dengan kemahiran berfikir, dan nilai untuk memastikan kejayaan murid pada masa akan datang, seperti yang dijelaskan dalam aspirasi misi dan visi kementerian. Pada tahun ini di sekolah tempat saya bertugas, suasana kelas pendidikan abad 21 diwujudkan di semua kelas pilihan pertama dan akan disebarluaskan kepada kelas-kelas yang lain pada tahun hadapan. Pendidikan abad ke 21 bukanlah perkara yang asing bagi kami warga pendidik kerana strategi, pendekatan dan kaedah yang diamalkan selama ini adalah berpusatkan murid dan sumber. Pemantapan semula idea ini ditekan dari segi cadangan susunan meja dalam bilik darjah, sistem guru sebagai pemudah cara dan mempelbagaikan sumber yang digunakan termasuk penggunaan teknologi ICT. Jelaslah di sini bahawa visi dan misi KPM berjaya diamalkan di SK Ayer Molek, Melaka.Kesimpulannya, melalui bukti yang saya alami di sekolah visi dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia berjaya diamalkan melalui pengurusan inovasi dalam pengurusan sekolah . Selain itu ianya dilihat realistik dari segi pelaksanaan dengan transformasi-transformasi yang telah dilakukan dalam pengajaran dan pembelajaran di di dalam dan luar bilik darjah. Gelombang pertama hampir mencapai matlamatnya pada tahun 2015 dan masanya akan tiba untuk kita mengharung gelombang kedua dan ketiga. Pembelajaran kendiri dan penambahbaikan amat perlu dari semasa ke semasa demi mencapai standard pendidikan bertaraf dunia. Aspirasi ini hanya dapat direalisasikan melalui kerjasama seluruh sektor ekonomi, pentadbiran dan pendidikan negara.

Rujukan

http://www.slideshare.net/mohdzakimohdsafian/presentation-bengkel-vle-untuk-guruhttp://azman2020.blogspot.com/2010/12/benchmarkingpenandaarasan-1.htmlhttp://www.moe.gov.my/v/pelan-pembangunan-pendidikan-malaysia-2013-2025http://www.moe.gov.my/userfiles/file/PPP/Preliminary-Blueprint-ExecSummary-BM.pdf http://www.ithink.org.my/bmhome/page/thinkingmaps

Lampiran1