Assignment pra 5.2009 organisasi

35
HBPS1203 Pentadbiran dan Pengelolaan Organisasi Program Kanak-kanak PENGENALAN Awal kanak-kanak adalah mereka yang baru dilahirkan sehingga berumur lapan tahun. Mereka dibesarkan dalam persekitaran ekologi yang bermula dari dirinya sendiri dan diikuti dengan ibu bapa (keluarga) serta komuniti (jiran, rakan sebaya, institusi pendidikan dan institusi sosial yang lain). Bagi melahirkan warganegara Malaysia yang berkualiti, program asuhan dan pendidikan awal kanak-kanak yang terancang perlu disediakan untuk mempastikan potensi intelek, kerohanian/moral, sosioemosi, bahasa dan komunikasi, estetika dan kreativiti serta jasmani mereka dapat dikenalpasti dan diperkembangkan hingga ke tahap optimum. Memandangkan pendidikan awal kanak-kanak adalah penting dan menjadi tunjang kepada pembentukan modal insan berkualiti dan mencegah masalah sosial, justeru tumpuan kepada pendidikan awal mereka merupakan strategi yang boleh memberikan impak besar bagi jangka masa pendek dan panjang. Di Malaysia dewasa ini terdapat beberapa jenis program yang menjadi pilihan ibu bapa kedua-duanya bekerja bagi menyelesaikan masalah jagaan anak-anak. Di antaranya adalah TASKA, singkatan bagi Taman Asuhan Kanak-kanak dan dijalankan bagi kanak-kanak 4 tahun ke bawah, Taman Didikan Kanak-kanak (TADIKA) bagi anak-anak 4 hingga 6 tahun dan pusat jagaan terdiri dari mereka pelbagai peringkat umur. 1

description

 

Transcript of Assignment pra 5.2009 organisasi

Page 1: Assignment pra 5.2009 organisasi

HBPS1203 Pentadbiran dan Pengelolaan Organisasi Program Kanak-kanak

PENGENALAN

Awal kanak-kanak adalah mereka yang baru dilahirkan sehingga berumur lapan tahun.

Mereka dibesarkan dalam persekitaran ekologi yang bermula dari dirinya sendiri dan diikuti

dengan ibu bapa (keluarga) serta komuniti (jiran, rakan sebaya, institusi pendidikan dan

institusi sosial yang lain).

Bagi melahirkan warganegara Malaysia yang berkualiti, program asuhan dan pendidikan

awal kanak-kanak yang terancang perlu disediakan untuk mempastikan potensi intelek,

kerohanian/moral, sosioemosi, bahasa dan komunikasi, estetika dan kreativiti serta jasmani

mereka dapat dikenalpasti dan diperkembangkan hingga ke tahap optimum.

Memandangkan pendidikan awal kanak-kanak adalah penting dan menjadi tunjang kepada

pembentukan modal insan berkualiti dan mencegah masalah sosial, justeru tumpuan kepada

pendidikan awal mereka merupakan strategi yang boleh memberikan impak besar bagi jangka

masa pendek dan panjang.

Di Malaysia dewasa ini terdapat beberapa jenis program yang menjadi pilihan ibu bapa

kedua-duanya bekerja bagi menyelesaikan masalah jagaan anak-anak. Di antaranya adalah

TASKA, singkatan bagi Taman Asuhan Kanak-kanak dan dijalankan bagi kanak-kanak 4

tahun ke bawah, Taman Didikan Kanak-kanak (TADIKA) bagi anak-anak 4 hingga 6 tahun

dan pusat jagaan terdiri dari mereka pelbagai peringkat umur.

Namun bagi tugasan ini kita hanya akan membincangkan topik berkaitan TASKA sahaja.

1.1 Definisi TASKA

Mengikut Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984, Seksyen 2 mentafsirkan

pengurusan TASKA sebagai mana-mana premis di mana empat atau lebih kanak-

kanak umur empat tahun lebih daripada satu isi rumah diterima masuk dan dijaga

dengan upah.

1

Page 2: Assignment pra 5.2009 organisasi

HBPS1203 Pentadbiran dan Pengelolaan Organisasi Program Kanak-kanak

1.2 Statistik Bilangan TASKA Berdaftar

Tenaga pengasuh terlatih, sistem pembelajaran teratur dan berkualiti mengikut modul

ditetapkan JKM PENGUSAHA Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) yang masih belum

berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) boleh dikenakan penalti maksimum

RM10,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya jika didapati bersalah melanggar Akta

Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 pindaan Akta 2007 yang mewajibkan semua taska

mendaftar dengan jabatan berkenaan.

Bagi tahun 2009, JKM memberi tempoh sehingga 12 Februari lalu untuk taska di seluruh

negara membuat pendaftaran sebelum tindakan undang-undang diambil mengikut akta

berkenaan. Pengarah Bahagian Perundangan dan Advokasi, JKM, Sharudin Shah Kassim,

berkata walaupun pengumuman sudah dibuat tahun lalu (2008) yang mewajibkan taska

berdaftar dengan JKM, masih banyak pengusaha yang tidak mematuhinya.“Sehingga

November tahun lalu sebanyak 2,255 Taska sudah berdaftar di JKM, tetapi masih belum

memperbaharui perakuan pendaftaran mereka. Sebaliknya, 1,987 Taska dikesan masih belum

berdaftar walaupun sudah dimaklumkan mengenai tempoh ‘Amnesty’ yang diumumkan

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada Ogos lalu.

Statistik Taska berdaftar mengikut negeri boleh dirujuk pada jadual dan carta berikut.

Berdasarkan data diperolehi daripada portal rasmi Jabatan Kebajikan Masayarakat Malaysia

yang telah dikemaskini pada 14 Mei 2009.

Bilangan Taska Berdaftar Mengikut Negeri Pada Tahun 2009

2

Page 3: Assignment pra 5.2009 organisasi

HBPS1203 Pentadbiran dan Pengelolaan Organisasi Program Kanak-kanak

Jadual 1: Bilangan Taska Berdaftar Mengikut Negeri Pada Tahun 2009

3

NEGERI BILANGAN

Selangor 30

Kelantan 4

Perlis 1

Labuan 3

Kuala Lumpur 15

Trengganu 2

Sarawak 17

Sabah 54

Pulau Pinang 1

Perak 35

Pahang 54

Negeri Sembilan 34

Melaka 0

Kedah 4

Johor 20

JUMLAH 274

Page 4: Assignment pra 5.2009 organisasi

HBPS1203 Pentadbiran dan Pengelolaan Organisasi Program Kanak-kanak

Selan

gor

Kelantan

Perlis

Labuan

Kuala Lu

mpur

Trengg

anu

Saraw

akSa

bah

Pulau Pinan

gPera

k

Pahan

g

N. Sem

bilan

Melaka

Kedah

Johor0

10

20

30

40

50

60

30

41 3

15

2

17

54

1

35

54

34

04

20

Taska Berdaftar Mengikut Negeri Di Malaysia Sehingga Mei 2009

Taska Berdaftar Mengikut Negeri Di Malaysia

Negeri

Bila

ngan

Carta 1 : Bilangan Taska berdaftar mengikut negeri bagi tahun 2009

Sumber : http://www.jkm.gov.my

Daripada statistik yang didapati, telah menunjukkan pada tahun 2009 dua buah negeri yang

mencatatkan bilangan taska berdaftar yang paling banyak iaitu Sabah dan Pahang di mana

masing-masing sebanyak 54 buah taska. Manakala, negeri Melaka tidak menunjukkan

sebarang Taska yang berdaftar dengan JKM. Bagi negeri Selangor, Perak dan Negeri

Sembilan mencatatkan 30 hingga 35 buah Taska berdaftar. Demikian bagi setiap negeri lain

yang turut mencatatkan angka tersendiri bagi jumlah Taska yang mendaftar.

1.3 Masalah Taska Tidak Berdaftar

Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308) merupakan suatu akta untuk

mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, pengawalan dan pemeriksaan taman asuhan

kanak-kanak dan bagi maksud-maksud yang berkaitan dengannya iaitu memberi

4

Page 5: Assignment pra 5.2009 organisasi

HBPS1203 Pentadbiran dan Pengelolaan Organisasi Program Kanak-kanak

perlindungan kepada kanak-kanak yang berusia di bawah 4 tahun yang memerlukan

perkhidmatan taska semasa ibu bapa mereka di tempat kerja. Selain itu, akta ini juga

mewajibkan pendaftaran taska yang mempunyai lebih daripada 9 orang kanak-kanak di

bawah usia 4 tahun. Apa yang penting akta ini digubal untuk memastikan hak kanak-kanak

dilindungi, iaitu dari segi perkembangan, kebersihan dan keselamatan. Namun masih terdapat

banyak Taska tidak berdaftar disebabkan beberapa alasan.

1.3.1 Masalah Birokrasi

Bagi mereka yang berminat menjadi pengusaha taska, mereka dikehendaki mematuhi

peraturan-peraturan yang telah digariskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pihak

Berkuasa Tempatan, Jabatan Bomba dan Jabatan Kesihatan. Mereka juga hendaklah

mendaftarkan perkhidmatan mereka dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Kajian rambang yang dijalankan mendapati antara sebab pemilik atau taska tidak

mendaftar kerana menganggap ia sebagai perkara remeh-temeh dan melecehkan. Selain

daripada itu, ramai pengusaha taska berpendapat proses dan borang yang banyak yang

diperlukan bagi mendaftarkan taska mereka menyebabkan mereka bertindak menangguh atau

tidak mendaftar terus taska tersebut. Di antara borang-borang yang perlu diisi disertakan di

bahagian lampiran.

Sebagai contohnya, Jabatan Kebajikan Masyarakat bertindak sebagai ‘final agency’ bagi

pengeluaran Perakuan Pendaftaran TASKA atau Pusat Jagaan. Ini bermakna sebelum suatu

perakuan itu dikeluarkan, kelulusan dari agensi-agensi teknikal yang lain perlu diperolehi

seperti kelulusan Majlis Berkuasa Tempatan untuk premis dan lokasi, Jabatan Bomba dan

Penyelamat untuk keselamatan serta Kementerian Kesihatan untuk menjamin kesejahteraan

anak-anak

Malah, sebelum permohonan kepada Jabatan-jabatan di atas dilakukan, pihak pengusaha juga

perlu mendaftarkan dahulu perniagaan mereka kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang

turut mengandungi pelbagai proses dan syarat seperti pemilihan nama syarikat pengusaha

perlu mengisi borang 13A , syaratnya pula mesti seratus peratus bahasa Inggeris atau bahasa

Melayu tidak melebihi 50 huruf dan diikuti proses seterusnya dengan pelbagai jenis borang .

1.3.2 Tempoh pemprosesan yang mengambil masa

5

Page 6: Assignment pra 5.2009 organisasi

HBPS1203 Pentadbiran dan Pengelolaan Organisasi Program Kanak-kanak

Penubuhan taska ini bukanlah mudah tidak kurang juga proses meluluskan Taska mengambil

masa yang lama. Kerjasama dan ketelitian dari pihak berwajib dalam membantu

mempercepatkan proses tanpa melengah-lengahkan pendaftaran secara tidak langsung

mengubah pandangan serong terhadap agensi berkenaan.

Berdasarkan temubual eksklusif bersama seorang pengusaha Taska Pintar di Pasir Gudang,

Pn Normah bt Abd Rahman berkata, beliau sendiri merasai pengalaman proses pendaftaran

itu yang terpaksa menunggu 6-9 bulan untuk meluluskan permitnya. Beliau turut berkongsi

pengalaman selama beberapa bulan untuk menunggu kakitangan yang terbabit untuk

menandatangani dokumen yang diperlukan tidak terusik bagi tempoh beberapa bulan.

1.3.3 Tidak mendapat sokongan tiga agensi

Setiap jabatan mengawasi operasi dan perkhidmatan Taska dari perspektif yang berlainan.

Jika peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh kesemua agensi ini tidak dipatuhi,

pengusaha tidak akan diberikan permit untuk beroperasi.

Bagi pengusaha taska yang mempunyai perancangan ingin membuka taska, ada di antaranya

menghadapi masalah kekurangan maklumat mengenai bagaimanakah proses penubuhan taska

ini. Misalnya, setiap pengusaha mesti mendapatkan kelulusan Jabatan Bomba dan

Penyelamat bagi tujuan keselamatan, namun masalah yang timbul adalah siapakah pegawai

yang bertanggungjawab, bahagian mana serta bagaimana cara untuk membuat surat-surat

permohonan. Tuntutan teknikal oleh Jabatan Bomba dari segi struktur bangunan, aspek

keselamatan , kepadatan dan penyediaan alat pemadam api serta lokasi plag perlu

dititikberatkan.

Juga keperluan-keperluan untuk mendapatkan lesen peraturan operasi daripada Jabatan

Perkhidmatan Kebajikan Masyarakat. Sementara itu , banyak lagi masalah yang bakal

dihadapi oleh para pengusaha seperti peraturan pekerja, peraturan perabot serta tuntutan

aktiviti yang bersesuaian juga perlu difikirkan.

Mereka perlu juga menghadapi tuntutan teknikal berkaitan pelan struktur, penggunaan ruang,

penggunaan tanah, ciri-ciri pengudaraan dan pencahayaan serta beberapa perkara daripada

Pihak Berkuasa Tempatan.

6

Page 7: Assignment pra 5.2009 organisasi

HBPS1203 Pentadbiran dan Pengelolaan Organisasi Program Kanak-kanak

Tuntutan daripada Jabatan Kesihatan seperti kebersihan permis, penyediaan ruang rehat yang

sesuai, penyediaan makanan seperti jenis makanan yang dibenarkan dan prosedur

membersihkan botol susu perlu diambilkira.

Kekurangan para pengusaha dalam menyediakan tuntutan daripada agensi-agensi ini pastilah

akan membataskan kebenaran penubuhan taska berkenaan.

1.3.4 Masalah kewangan

Para pengusaha juga beranggapan pengasuh sedia ada sudah berpengalaman dan tidak

memerlukan kursus asas mengenai cara mendidik dan menjaga anak-anak kecil. Tambahan

pula, bagi mereka yang baru hendak memulakan perniagaan ini, kekurangan modal antara

faktor mereka tidak menghantar pengasuh ke Kursus Asas Awal Kanak-kanak yang

dijalankan untuk tempoh 21 hari dengan kadar bayaran RM 480.00 bagi seorang pengasuh

yang perlu ditanggung oleh taska-taska berkenaan.

Selain daripada masalah yang dinyatakan di atas, kos membayar pengasuh tempatan yang

diwajibkan oleh JKM jauh lebih mahal berbanding mengambil pekerja asing yang jauh lebih

murah. Tetapi kita perlu ingat menggunakan khidmat warga asing secara tidak langsung

membuatkan anak keliru terutama dari segi bahasa, adat dan budaya.

Begitu juga bayaran deposit bagi sesuatu lokasi yang dikenakan oleh pihak Penguasa

Tempatan yang mencecah angka RM 5000.00 adalah satu jumlah yang besar terutama bagi

sesebuah taska yang mempunyai pelanggan sedikit.

1.3.5 Premis tidak sesuai

Menurut Md Noor Chik, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Kelantan berkata

kebanyakan taska tidak memenuhi kriteria yang telah ditetapkan JKM termasuk pemilihan

premis. ''Sebagai contoh, sekiranya pengusaha taska membuka pusat jagaan kanak-kanak di

kawasan taman perumahan, ia perlu di unit terakhir taman berkenaan yang turut mempunyai

kawasan lapang,'' katanya.

Tiap-tiap bangunan yang hendak digunakan sebagai Taska mestilah sesuai dari segi

keselesaan, reka bentuk, struktur dan keselamatan. Terdapat sesetengah pengusaha secara

sengaja tidak mendaftarkan taska mereka kerana kedudukan premis mereka yang tidak sesuai.

7

Page 8: Assignment pra 5.2009 organisasi

HBPS1203 Pentadbiran dan Pengelolaan Organisasi Program Kanak-kanak

Ini termasuklah keadaan premis yang dipilih adalah berdekatan dengan premis taska lain

yang telah berdaftar.

Selain itu kedudukan dan lokasi bangunan berkenaan juga perlu diambil kira. Para

pengusaha sewajarnya memilih rumah yang ingin dijadikan taska tidak terletak di hujung

persimpangan atau berhampiran lebuhraya dan jalan-jalan yang terlalu sesak dan sibuk

dengan lalu lintas. Begitu juga dengan unit-unit rumah yang terletak di tingkat 2 dan ke atas

dalam blok rumah pangsa juga tidak dibenarkan. Premis taska haruslah mempunyai keluasan

ruang yang mencukupi dengan bilangan kanak-kanak seperti yang telah ditetapkan oleh

Ordinan Sekolah 1950, yang menetapkan seorang pelajar taska memerlukan ruang seluas 3.5

meter persegi. Sekiranya ciri-ciri yang dinyatakan itu tidak dipatuhi, pastilah sukar untuk

pihak berwajib untuk meluluskan pendaftaran Taska berkenaan.

1.4 Langkah-langkah Yang Perlu Diambil Bagi Meningkatkan Bilangan Taska Berdaftar

Dalam menangani isu taska tidak berdaftar yang tiada berkesudahan, kerajaan telah

mengambil langkah yang drastik tetapi bijak. Pengawalan terhadap pertumbuhan taska

memerlukan kerjasama dan perhatian daripada semua pihak.

Di antara usaha yang boleh diambil adalah memberikan kod baru kepada semua taska

berdaftar dalam membangunkan Sistem Maklumat Taska oleh Jabatan Kebajikan

Masyarakat. Matlamat akhir langkah ini diambil adalah untuk mewajibkan taska berkenaan

menggunakan kod tersebut di dalam sebarang jenis iklan agar dapat dikenalpasti tadika yang

berdaftar dengan yang tidak berdaftar.

Langkah seterusnya adalah menyenaraikan taska berdaftar di dalam ‘website’ JKM untuk

diakses oleh orang ramai. Cadangan ini pernah diajukan oleh Senator Datuk Saripah Aminah

8

Page 9: Assignment pra 5.2009 organisasi

HBPS1203 Pentadbiran dan Pengelolaan Organisasi Program Kanak-kanak

bt Syed Mohamed di Persidangan Dewan Negara ketika Perbahasan Rang Undang-Undang

Taman Asuhan Kanak-kanak (Pindaan) 2006.

Selain itu, usaha kerajaan menambah kakitangan bagi penguatkuasaan Rang Undang-undang

Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak (Pindaan 2006) yang telah diluluskan di Dewan Negara

pada tahun 2006. Tenaga kerja tambahan itu diperlukan bagi memastikan semua pengusaha

taska mematuhi peraturan ditetapkan dan membolehkan tindakan tegas dikenakan ke atas

pengusaha taska haram. Datin Paduka Chew Mei Fun berkata, kakitangan itu akan

digunakan bagi menjalankan kerja-kerja penguat kuasaan seperti tindakan kompaun,

pendakwaan serta penyitaan premis taska yang beroperasi secara haram.

Dalam menangani situasi terdesak ibu bapa yang kurang berkemampuan untuk menghantar

anak ke taska, kerajaan telah memulakan misi nasionalnya melalui penubuhan Taska

Komuniti (TASKOM), PERMATA dan pusat jagaan kanak-kanak di tempat kerja.Penubuhan

taska komuniti bertujuan meringankan beban keluarga berpendapatan rendah terutama di

bandar yang tidak mampu menghantar anak mereka ke taska swasta kerana yurannya tinggi.

Peruntukan RM1.9 juta telah diluluskan sebagai geran membina 10 taska komuniti di lokasi

strategik di seluruh negara dengan berteraskan konsep perkongsian bijak antara kerajaan,

swasta dan masyarakat. Sebagai bantuan awal, setiap taska komuniti yang ditubuhkan itu

diberikan geran pelancaran RM50,000.

Kerajaan juga akan menghadkan jumlah kanak-kanak di setiap taska komuniti itu kepada 30

orang. Ibu bapa yang berkelayakan juga akan diberi subsidi yuran sebanyak RM 180 sebulan

untuk menghantar anak-anak mereka ke TASKOM. Walau bagaimanapun, pertubuhan bukan

kerajaan (NGO) dan masyarakat setempat diminta bersama-sama bertanggungjawab

menguruskan taska komuniti itu bagi membantu menampung sebahagian kos pengurusannya.

TASKOM pertama telah beroperasi di Bandar Sri Damansara dengan nama Taska Komuniti

Penyayang Bakti yang diuruskan sepenuhnya oleh Persatuan Pengasuh Berdaftar dan Jabatan

Kebajikan Masyarakat. Manakala di Johor Bahru ini sendiri terdapat sebuah Taska Komuniti

Penyayang yang terletak di Jalan Jelatek, Larkin Jaya.

Kerajaan telah menggubal dasar pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak yang

komprehensif bagi membolehkan semua pusat asuhan kanak-kanak diselaraskan dari segi

kurikulum dan piawainya seperti mana dilaksanakan oleh program Pusat Permata Negara

yang dicetuskan oleh Datin Seri Rosmah Mansor. Program PERMATA ini telah pun bermula

9

Page 10: Assignment pra 5.2009 organisasi

HBPS1203 Pentadbiran dan Pengelolaan Organisasi Program Kanak-kanak

di seluruh negara dengan satu unit perintis bagi setiap negeri. Pihak yang bertanggungjawab

terhadap penyediaan modul pembelajaran dan teknik pengajaran adalah pihak Universiti

Perguruan Sultan Idris (UPSI).

Pernyataan Dasar Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan adalah seperti berikut :

“Dasar Asuhan Dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan ialah dasar yang komprehensif

bagi memastikan perkembangan yang holistik bagi semua kanak-kanak dari lahir hingga

empat tahun. Ia menjadi asas kukuh kepada pembangunan potensi kanak-kanak

berlandaskan acuan Malaysia. Dasar ini adalah pengukuh serta pelengkap kepada Dasar

Pendidikan Kebangsaan sedia ada.” Memoradum Jemaah Menteri,JPM.SP.(R)1/7Jld4

Kertas Kerja : Memberi Peluang Kepada Setiap Kanak-kanak

Mengikuti Pendidikan Awal Kanak-kanak (Umur 0-6 tahun) ,

Pelaksanaan Pendidikan Awal Kanak-kanak Dan Prasekolah,

Kementerian Pelajaran Malaysia

Bagi menjimatkan masa dan mengamalkan konsep “paper less”, pendaftaran Taska boleh

dibuat menerusi talian atau laman web. Ini akan memudahkan orang ramai tanpa perlu

tercari-cari di mana dan ke mana arah tuju untuk menyerahkan borang-borang sewaktu proses

pendaftaran tersebut.

2.1 Pelan dalam kelas

Maksud kanak-kanak keperluan khas bagi penempatan di Taska dan tadika adalah:-

a. Kurang upaya penglihatan

b. Kurang upaya pendengaran

c. Terencat akal sederhana

d. Masalah pembelajaran

Pengurusan bilik di Taska berkait rapat dengan aktiviti pembelajaran kanak-kanak selain

aspek pengurusan diri kanak-kanak tersebut.Dalam menjalankan aktiviti, murid memerlukan

ruang yang mencukupi dan sesuai untuk bergerak bebas dan berinteraksi dengan bahan yang

disediakan. Penyusunan dan suasana yang kondusif akan merangsang minda, sikap dan minat

kanak-kanak terhadap aktiviti pembelajaran.

10

Page 11: Assignment pra 5.2009 organisasi

HBPS1203 Pentadbiran dan Pengelolaan Organisasi Program Kanak-kanak

Sebagai seorang Pengusaha Taska, pengurusan bilik Taska berkenaan haruslah mempunyai

keluasan yang bersesuaian , pengudaraan dan pencahayaan yang baik. Perlu juga

menyediakan ruang dan susun atur peralatan yang boleh diubah suai dari masa ke semasa dan

pelbagai guna. Ruang dalam yang disediakan juga haruslah merupakan satu ruang

pembelajaran yang bermakna yang dapat merangsang perkembangan kanak-kanak.

Sebagai contoh, sudut bahasa diwujudkan untuk membolehkan kanak-kanak meningkatkan

kemahiran berkomunikasi, menambah dan mengukuhkan perbendaharaan kata, menanam

minat suka mmbaca di samping membina keyakinan diri.

Rajah 1 : Pelan Dalam Kelas Taska

50’

kaki

11

pP

Sudut manipulatif /

Sudut matematik

Sudut Sains

Bilik rehat /kecemasan

Bilik persediaan guru2

1

34

5

Ruang berkumpul

6

Bilik Tidur Bayi

8

Sudut bacaanSudut bacaan

katil

Page 12: Assignment pra 5.2009 organisasi

HBPS1203 Pentadbiran dan Pengelolaan Organisasi Program Kanak-kanak

Petunjuk :

30 kaki

Petunjuk :

1 - Almari fail pengurusan Sinki dapur

2 - Meja guru Komputer

- Televisyen Papan putih berkaki

3 - Rak pelbagai guna Bangku guru

4 - Rak fail peribadi Kerusi

5 - Almari pelbagai guna Peralatan bantuan kecemasan

- Rak buku bacaan Sinki

6 - Almari bahan keperluan murid

7 - Peti ais

Senarai Peralatan dan Ruang Yang Disediakan.

Ruang Senarai Peralatan

Bilik Persediaan Guru 1. Papan kenyataan

2. Meja Guru

3. Bahan rujukan

12

pP

Sudut manipulatif /

Sudut matematik

Sudut Sains

7

Ruang Makan Dan Dapur StorTandas (P) Tandas (L)

kabinet 9

c

c

c

Page 13: Assignment pra 5.2009 organisasi

HBPS1203 Pentadbiran dan Pengelolaan Organisasi Program Kanak-kanak

4. Fail Pengurusan

Bilik Rehat/Kecemasan 1. Katil

2. Kerusi

3. Peralatan kecemasan (First Aid)

Ruang berkumpul 1. Televisyen

2. Rak pelbagai guna

3. Bangku guru

4. Papan putih berkaki

5. Hamparan

Bilik Tidur Bayi 1. Katil bayi

2. Almari

3. Tilam

4. Bantal

Sudut Manipulatif 1. Meja, kerusi, ruang lantai dan rak

2. Bongkah pelbagai saiz,bentuk dan warna

3. Alat permainan memadan dan mengelas

4. Kad cantuman bergambar/jigsaw puzzle

5. Alat permainan nombor

6. Mesin wang tunai mainan,abacus

7. Manik dan kayu varnish pelbagai ukuran

8. Rak

Sudut Bacaan 1. Buku pelbagai saiz dan ketebalan, dan

diperbuat daripada pelbagai jenis bahan seperti

plastic, kertas dan kain

2. Boneka

3. Bantal warna-warni

4. Hamparan

5. Soft toy

6. Rak

Ruang dapur 1. Dapur masak

2. Kabinet

3. Alatan masak – periuk, kuali, cerek dll

4. Peti ais

Sudut Komputer 1. Meja komputer dan kerusi

13

Page 14: Assignment pra 5.2009 organisasi

HBPS1203 Pentadbiran dan Pengelolaan Organisasi Program Kanak-kanak

2. Mesin pencetak dan kertas

3. Perisian

4. Komputer

Sudut seni dan kraf 1. Meja

2. Easel

3. Kertas warna,berus,krayon, gunting

4. Plastesin, doh,kain, cop

5. Rak pelbagai guna

Sudut Sains 1. Akuarium

2. Kanta,magnet,teleskop,cermin

3. Meja

4. Rak

5. Carta P&P

Sudut Muzik dan drama 1. Radio,kaset dan cakera

2. Alat gendering

3. Anak patung

4. Set permainan- memasak,bertukang dll

5. Rak pelbagai guna

Jadual 2 : Senarai peralatan dan Ruang Dalam Yang Disediakan

2.2 Pelan Di Luar Kelas

40 ‘

14

8

7

5

9

1 2

3

4

6

Page 15: Assignment pra 5.2009 organisasi

HBPS1203 Pentadbiran dan Pengelolaan Organisasi Program Kanak-kanak

50’

Rajah 2 : Pelan Di Luar Kelas

Ruang luar diwujudkan bagi membolehkan kanak-kanak menjalankan aktiviti dan mengalami

suasana seperti di rumah,juga meningkatkan kemahiran motor kasar dan mendisiplinkan diri

semasa menggunakannya

Peralatan Permainan Di Luar Kelas

Jadual 3 : Peralatan permainan di luar kelas

Bil Peralatan Unit

1 Tempat permainan air bertutup 1

2 Tempat permainan pasir bertutup 1

3 Pondok 1

4 Tiang dan tapak mini bola keranjang 1

5 Tiang Mini bola keranjang 1

6 Terowong 1

7 Rangka bergayut 1

8 Gelongsor 1

9 Buaian 1

2.3 Sumber Kewangan Bagi Melicinkan Pelaksanaan Taska

Sumber kewangan sesebuah Taska biasanya adalah daripada kutipan yuran pada setiap bulan

di samping sumbangan dan derma daripada seseorang individu mahupun pertubuhan dan

badan-badan khas seperti kumpulan korporat, ahli politik dan sebagainya. Selain daripada itu,

terdapat pengusaha yang mendapatkan pinjaman bank untuk melicinkan pelaksanaan Taska

mereka.

2.3.1 Yuran

TASKA

Pendaftaran RM 50.00

15

Page 16: Assignment pra 5.2009 organisasi

HBPS1203 Pentadbiran dan Pengelolaan Organisasi Program Kanak-kanak

BULANAN  2 bulan - 2 tahun RM 200.00

3 tahun - 4 tahun RM 180.00

5 & 6 tahun ( TADIKA & TASKA ) RM 200.00

Asuhan harian  (BERDAFTAR) RM 15.00 SEHARI

Asuhan harian (TANPA BERDAFTAR) RM 20.00 SEHARI

Asuhan ikut masa (BERDAFTAR) RM 4.00 SEJAM

Asuhan ikut masa ( TANPA BERDAFTAR) RM 5.00 SEJAM

Bayaran lebih masa RM 4.00 SEJAMBAYARAN "PAKEJ" LEBIH DARI 2 ORANG ANAK - POTONGAN 10% DARI JUMLAH BAYARAN BULANAN

Jadual 4 : Contoh kutipan bayaran di sebuah Taska.

Yuran biasanya ditentukan bergantung kepada jenis perkhidmatan yang ditawarkan oleh

sesebuah taska tersebut. Biasanya yuran dikutip adalah seperti berikut :

a. Yuran pendaftaran – dikutip pada hari pertama murid mendaftar masuk

b. Yuran bulanan – dikutip pada setiap awal bulan bagi menggung kos pelaksanaan

Taska

c. Yuran aktiviti – Kutipan bayaran yang dikutip bagi pembiayaan aktiviti ataupun

program sesebuah Taska seperti Program Sukan Tahunan, Program Lawatan dan

sebagainya.

d. Yuran buku kerja – Dikutip bagi membiayai pembelian buku-buku kerja yang

digunakan di Taska, terutama sekiranya Taska tersebut turut menjalankan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian.

e. Yuran perkhidmatan tambahan – Dikutip bagi perkhidmatan yang diberikan. Contoh

dapat dilihat di Jadual 2.3

2.3.2 Derma

Sumber kewangan seterusnya yang biasanya dijalankan oleh sesebuah Taska adalah melalui

kutipan derma seperti melalui jualan amal, menganjurkan konsert ataupun aktiviti walkathon.

Namun usaha publisiti perlu dilakukan bagi memudahkan orang ramai tampil untuk

menderma. Selain itu, permohonan sumbangan daripada individu korporat dan badan-badan

khas sering juga dilakukan bagi tujuan memantapkan lagi sumber kewangan sesebuah taska.

2.3.3 Pinjaman

Seperti kebanyakan perniagaan yang lain, terdapat juga pengusaha Taska yang membuat

pinjaman daripada institusi kewangan tertentu bagi memastikan kelancaran taska berkenaan

16

Page 17: Assignment pra 5.2009 organisasi

HBPS1203 Pentadbiran dan Pengelolaan Organisasi Program Kanak-kanak

beroperasi. Pinjaman boleh didapati daripada pelbagai sumber seperti program usahawan

MARA, institusi perbankan dan sebagainya.

2.4 Langkah Keselamatan Yang Perlu Diambil Sewaktu Penubuhan Taska

Walau di mana sahaja kita berada semestinya aspek keselamatan merupakan aspek yang

paling penting. Beberapa langkah keselamatan yang perlu diambil sewaktu ingin

menubuhkan Taska adalah meliputi beberapa aspek seperti keselamatan fizikal bangunan,

peralatan dan perabot serta keselamatan psikologi kanak-kanak.

2.4.1 Keselamatan fizikal bangunan.

Kes penculikan 2 kanak-kanak pada tahun 2008 iaitu kes adik Nurin Jazlin dan Sharlene

benar-benar telah membuka mata kita semua supaya tidak mengabaikan keselamatan anak-

anak terutama ketika di sekolah. Setiap taska perlu memastikan premis mereka mempunyai

pagar yang tidak berkarat dan terdapat kunci di pintu pagar. Pagar bukan jenis berduri kerana

membahayakan kanak-kanak.

Tempat permainan luar hendaklah rata dan selamat, tiada terdapat batu dan benda tajam yang

boleh membahayakan kanak-kanak. Sebaiknya diletakkan pelapik getah untuk mengelakkan

kecederaan. Ruang kaki lima premis mestilah sentiasa kering dan bersih supaya tidak licin.

Bilik kanak-kanak seelok-eloknya mempunyai keluasan yang cukup untuk mereka bermain

dan sebaik-baiknya pilih perabot jenis pasang siap, khususnya almari kerana ia menjimatkan

ruang. Tidak digalakkan memasang tingkap gaya Perancis atau tingkap kaca besar. Jika mahu

memasang tingkap kaca, pilih jenis berlapik yang diperbuat daripada kaca dan plastik kerana

jika pecah ia tidak berterabur dan merebak ke tempat lain kerana lapisan plastik memastikan

kedudukan kaca kekal di tempatnya. Jangan pasang langsir labuh hingga mencecah lantai

bagi mengelakkan kanak-kanak menariknya atau mereka boleh terjatuh akibat terpijak

langsir.  Seelok-eloknya labuh langsir hanya mencecah ambang saja.

Selain daripada itu, aspek keselamatan kebakaran juga diambil berat. Di antaranya, pihak

pengusaha taska perlulah menyediakan alat pencegah kebakaran dari jenis yang diluluskan

pihak Bomba. Pelan laluan kecemasan kebakaran akan disediakan bagi makluman semua

yang ada di Taska. Tangga dan pintu keselamatan juga harus dikenalpasti tidak ada sebarang

17

Page 18: Assignment pra 5.2009 organisasi

HBPS1203 Pentadbiran dan Pengelolaan Organisasi Program Kanak-kanak

bentuk hadangan yang menghalang pergerakan pantas jika berlaku sebarang kejadian yang

tidak diingini. Pihak pengusaha taska juga perlu memastikan bahawa gril keselamatan yang

dipasang boleh membantu murid melepaskan diri semasa kebakaran.

Di antara aspek keselamatan di dalam kelas yang sentiasa dititikberatkan oleh ibu bapa

adalah keselamatan ketika di tandas. Selaras dengan harapan ini, sebagai pengusaha taska

perlulah menyediakan mangkuk tandas yang menepati piawaian dan sesuai dengan paras

ketinggian dan umur murid. Lantai bilik mandi, sinki dan tempat buang air kecil sentiasa

bersih dan memuaskan setiap masa serta tidak licin bagi mengelakkan sebarang bentuk

kemalangan dan kecederaan. Elakkan kanak-kanak berada bersendirian di dalam bilik air.

Gambar 1 : Mangkuk tandas yang kecil bersesuaian dengan kanak-kanak.

2.4.2 Keselamatan Peralatan

Di samping itu, keselamatan di setiap ruang di taska itu juga mengambil kira aspek

penggunaan alatan dan perabot, di mana setiap peralatan dan perabot yang disediakan

seharusnya tidak mendatangkan bahaya kepada kanak-kanak. Ketinggian kerusi dan meja

yang digunakan adalah bersesuaian dengan ketinggian kanak-kanak. Seharusnya sebagai

pengusaha Taska elakkan daripada menggunakan meja dan kerusi yang berbucu tajam. Pilih

yang bucu bulat dan sentiasa pastikan dalam keadaan baik.

Pembahagian ruang mesti seimbang. Ini termasuklah cara penyusunan perabot haruslah tidak

terlalu sesak dan menghalang trafik di dalam kelas. Susun atur perabot tidak akan melindungi

pandangan guru untuk melihat pergerakan kanak-kanak.

Selain daripada itu, kanak-kanak perlu dijauhkan daripada dapur panas, air panas dan semua

jenis peralatan elektrik. Contohnya, letakkan kipas ditempat yang tinggi. Bahan api seperti

mancis dan pemetik api perlu dielakkan. Kedudukan dapur dan soket perlu dalam keadaan

yang sesuai.

18

Page 19: Assignment pra 5.2009 organisasi

HBPS1203 Pentadbiran dan Pengelolaan Organisasi Program Kanak-kanak

Gambar 2 : Peralatan dam permainan dalam

Taska menyediakan peralatan permainan yang bersesuaian dengan peringkat umur anak-anak.

Saiz alat yang disediakan tidak terlalu kecil yang membolehkan kanak-kanak

memasukkannya ke dalam mulut atau rongga badan yang lain. Sementara itu, peralatan

pengajaran dan pembelajaran adalah dipastikan tidak mengandungi bahan toksik. Hanya

penggunaan bahan yang selamat sahaja digunakan.

19

Page 20: Assignment pra 5.2009 organisasi

HBPS1203 Pentadbiran dan Pengelolaan Organisasi Program Kanak-kanak

Gambar 3 : Keselamatan dan keselesaan di luar bangunan perlu diutamakan.

Peralatan permainan luar seperti gelongsor, buaian dan papan jongkang-jongkit perlu dalam

keadaan baik dan bersesuaian bagi kegunaan kanak-kanak yang sebegini kecil umurnya.

Susun atur peralatan sebaik-baiknya tidak berdekatan antara satu sama lain. Semua peralatan

tersebut juga perlu diselenggara dengan baik dan sentiasa berada dalam keadaan selamat.

Selain daripada itu, kanak-kanak itu perlulah sentiasa diawasi ketika bermain di luar kerana

keghairahan kanak-kanak sewaktu mereka bermain boleh membahayakan. Kanak-kanak

perlu sentiasa memakai kasut sewaktu berada di luar.

2.4.3 Keselamatan psikologi atau emosi

Gambar 4 : Suasana penyayang

Keselamatan psikologi atau emosi merujuk kepada tanggapan atau persepsi kanak-kanak

terhadap persekitaran mereka. Kanak-kanak secara fitrah dapat meneka sama ada

persekitaran mereka selamat atau tidak, menyenangkan atau sebaliknya, selesa atau

merimaskan.

Ibu bapa akan lebih yakin untuk meletakkan anak-anak mereka di taska apabila mereka pasti

taska berkenaan mempunyai staf yang cukup pengalaman. Mereka juga berharap agar staf di

taska telah pun memahami setiap langkah, masa, aktiviti harian serta bagaimanakah caranya

untuk mereka berinteraksi dengan pelanggan dan anak-anak taska. Senyuman dan wajah staf

20

Page 21: Assignment pra 5.2009 organisasi

HBPS1203 Pentadbiran dan Pengelolaan Organisasi Program Kanak-kanak

yang ceria akan memberi kesan yang sangat positif bagi mewujudkan rasa yakin kepada ibu

bapa yang ingin menghantar dan mengambil anak mereka.

Keselesaan dari segi ruang juga perlu bagi anak-anak kecil ini. Misalnya, ruang bagi kanak-

kanak tidur atau berehat serta ruang untuk menyimpan peralatan kanak-kanak seperti rak bagi

meletakkan beg atau bakul yang mengandungi keperluan kanak-kanak. Adalah lebih baik

sekiranya terdapat bilik-bilik tertentu mengikut umur bayi atau kanak-kanak.

2.5 Perancangan Untuk Menggalakkan Penglibatan Keluarga Dan Komuniti Di Taska

Penglibatan keluarga dan komuniti secara langsung dan tidak langsung di dalam aspek

pendidikan awal kanak-kanak akan memberikan kesan yang positif terhadap perkembangan

kanak-kanak. Di antara langkah-langkah yang boleh dilaksanakan di taska bagi

menggalakkan penglibatan ibu di taska adalah seperti berikut :

2.5.1 Pengukuhan Pembelajaran

Sebagai langkah permulaan terhadap penglibatan ibu bapa di Taska, ibu bapa digalakkan

untuk membantu dan menggalakkan anak mereka meneruskan amalan ataupun apa yang telah

dipelajari di Taska.

Di antaranya adalah :

a. Pengukuhan nilai murni seperti amalan memberi salam, ucap selamat, terima kasih,

bersyukur, hormat menghormati, kerjasama dan sebagainya.

b. Amalan kemahiran seperti menyiram pokok, menyimpan alatan dan mengemas.

c. Amalan membaca doa-doa tertentu.

d. Aktivit membaca, menulis, mengira, menyanyi dan lain-lain.

2.5.2 Menyumbang Kepakaran Atau Sebagai Rujukan

Sebagai menggalakkan lagi penglibatan ibu bapa di dalam Taska, ibu bapa boleh memberikan

penerangan tentang pekerjaan mereka kepada anak-anak di Taska mengikut kesesuaian umur

21

Page 22: Assignment pra 5.2009 organisasi

HBPS1203 Pentadbiran dan Pengelolaan Organisasi Program Kanak-kanak

kanak-kanak. Ibu bapa juga boleh membuat demonstrasi dan memberi latihan dalam kraf.

Selain itu, ibu bapa boleh membantu di dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran seperti

bercerita, menyanyi dan menggunakan komputer. Di samping itu, mereka juga digalakkan

memberi khidmat nasihat dan runding cara.

2.5.3 Memberi Sumbangan Tenaga dan Bahan

Salah satu daripada perancangan menggalakkan penglibatan ibu bapa adalah membantu

menyediakan alat bantu pengajaran dan pembelajaran di kelas Taska anak mereka. Bagi ibu

bapa yang berkemahiran di dalam meukang, mempunyai pengetahuan di dalam lanskap

bolehlah membantu dari segi membaiki alat permainan luar dan membina taman sains.

Selain daripada itu, ibu bapa juga boleh menderma alat permainan terpakai. Membantu

menyediakan props bagi sesuatu aktiviti persembahan serta penyediaan untuk aktiviti lawatan

atau berkelah.

2.5.4 Memberi Khidmat Kebajikan

Ibu bapa juga digalakkan memberi sumbangan untuk aktiviti sukan atau persembahan

tahunan. Mereka juga digalakkan menjadi ahli jawatankuasa Majlis Pemuafakatan antara

pihak Taska dan ibu bapa. Selain itu, khidmat kebajikan seperti bergotong-royong

membersihkan kawasan persekitaran Taska juga amat digalakkan. Kelapangan ibu bapa

dalam membantu guru ketika timbul keperluan seperti menghantar anak ke sesuatu tempat

pertandingan juga dapat meningkatkan hubungan baik di antara pihak guru dan ibu bapa.

2.5.5 Penglibatan Komuniti

Komuniti merujuk kepada warga sekolah, Persatuan Ibu Bapa Dan Guru, agensi kerajaan

yang memberikan perkhidmatan kepada masyarakat seperti Jabatan Kesihatan, Bomba,

Jabatan Kebajikan Masyarakat, Persatuan Bukan Kerajaan dan Badan-badan swasta. Agensi-

agensi luar boleh menyumbangkan kepakaran-kepakaran khusus yang boleh membantu

pengurusan taska untuk melaksanakan program ataupun kempen-kempen kesihatan dan

keselamatan bagi pihak taska. Perancangan dan kerjasama yang erat dengan komuniti boleh

dimanfaatkan oleh pihak pengurusan bagi membentuk persekitaran taska yang sihat dan

selamat. Untuk memungkinkan matlamat ini tercapai, anggota komuniti harus mengamalkan

pemikiran yang demokratik, positif, fleksibeliti dan liberal. Pada sama nilai sedia

22

Page 23: Assignment pra 5.2009 organisasi

HBPS1203 Pentadbiran dan Pengelolaan Organisasi Program Kanak-kanak

menghargai, amanah, bertanggungjawab dan komited terhadap peranan dan matlamat murni

komuniti harus dipegang kukuh.

Sebagai permulaan, berdasarkan petikan akhbar Berita Harian bertarikh 23 November 2007,

Kumpulan Syarikat Emkay (Emkay) dengan kerjasama Educate to Learn Sdn Bhd (E2L),

Persatuan Taska Perak (PTP) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perak melaksanakan

program kemasyarakatan dengan menyediakan perkhidmatan mengasuh dan mendidik kanak-

kanak secara berkualiti yang semakin diperlukan dengan memilih ibu tunggal sebagai

pengasuh. peruntukan berjumlah RM1 juta disalurkan Emkay membabitkan penyediaan

kemudahan pembelajaran kepada kanak-kanak prasekolah dan Taska.

PENUTUP

Perkhidmatan Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) melibatkan kanak-kanak, ibu bapa dan

masyarakat sebagai pelanggan. Penyediaan perkhidmatan jagaan yang terbaik bagi menjamin

kualiti yang diharapkan demi kebajikan kanak-kanak itu sendiri.

Dengan bantuan-bantuan dan keprihatinan kerajaan, diharapkan isu Taska tidak berdaftar

dapat diatasi dengan sistematik dan teratur. Usaha kerajaan ini telah banyak memberi

pendedahan kepada masyarakat supaya berhati-hati memilih Taska yang bakal menentukan

masa depan anak-anak kerana mereka adalah permata Negara.

Perhatian dan penglibatan ibu bapa, guru dan komuniti perlu diteruskan untuk memastikan

pendidikan awal kanak-kanak yang sempurna. Perubahan cara hidup dan persekitaran moden

yang meruncing perlu diperkukuhkan.

23

Page 24: Assignment pra 5.2009 organisasi

HBPS1203 Pentadbiran dan Pengelolaan Organisasi Program Kanak-kanak

RUJUKAN

Undang-Undang Malaysia Akta 308. Akta Taman Asuhan 1984.

Prof Madya Dr Putri Zabariah Megat A Rahman. (2006).HBPS 1103 Pengenalan Pendidikan

Awal Kanak-kanak. KL : Unitem

Norin Hassan.(2008). Membina Perniagaan Taska,Tadika dan Pusat Jagaan.Kuala Lumpur :

Utusan Publication & Distributor Sdn Bhd

Saayah Abu,Surayah Zaidon, Siti Saleha Samsuri.(2006). Panduan Untuk Pengusaha Tadika.

Kuala Lumpur : PTS Publication

Putri Zabariah, Bustam Kamri, Raja Hamizah . (2005).Tadika Berkualiti. Kuala Lumpur. PTS

Publication

Portal Jabatan Kebajikan Masyarakat. (2008). Penubuhan Taska dan Pusat Jagaan.

(.2009).http://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?option(n.d)

Prof.Madya Dr Tajul Ariffin Nordin & Mohd Arif Hj Ismail.(2003).Paradigma

Tauhid:Amalan Nilai Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan Sebagai Pendekatan

Pembangunan Manusia. Jurnal Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia,40(84),7.t

24

Page 25: Assignment pra 5.2009 organisasi

HBPS1203 Pentadbiran dan Pengelolaan Organisasi Program Kanak-kanak

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2003). Kertas Konsep Memperkasakan Pendidikan

Kebangsaan. Kuala Lumpur. Kementerian Pelajaran Malaysia

LAMPIRAN

25

Page 26: Assignment pra 5.2009 organisasi

HBPS1203 Pentadbiran dan Pengelolaan Organisasi Program Kanak-kanak

PENDAFTARAN TASKA

Senarai Semak Dokumen Untuk Pendaftaran TASKA

Antara dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran sesebuah TASKA seperti berikut :-

1. Salinan Lesen Pelesenan dari SSM(ROB/ROC) yang diakui sah2. Surat sokongan dari Jabatan Perancang Bandar (cth :

MPK/MPAJ/Pejabat Daerah (salinan diakui sah)3. Surat sokongan dari Jabatan Kesihatan (cth : MBPJ/MPSJ (salinan

diakui sah)4. Surat sokongan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat (cth :

Kajang/Bangi/Pandan Indah (salinan diakui sah)5. Borang Jadual 11 (Borang asal). Dibeli dari Pejabat Kebajikan

Masyarakat Daerah bernilai RM10 berserta buku panduan.6. Jadual Aktiviti. Mengikut perkembangan menyeluruh untuk

seminggu terbahagi kepada dua kumpulan umur : i)    0 - 2 tahun,  ii)    2 - 4 tahun

7. Jadual Menu yang seimbang. Jadual untuk sebulan terbahagi dua kumpulan umur : i)   0 - 2 tahun,  ii)  2 - 4 tahun.

8. Pelan Lantai. Pelan asal yang menggambarkan sudut-sudut aktiviti dan lain-lain bahagian. Kiraan kawasan ruang dalam meter persegi (3.5m/setiap kanak-kanak).

9. Penglibatan Ibu Bapa. Untuk program tahun ini dan perancangan tahun hadapan. Ia hendaklah mengandungi tarikh, nama program dan jumlah kehadiran ibu bapa.

10. Senarai kanak-kanak.11. Senarai kakitangan. Mengandungi nama, umur, kelayakan dan

salinan kad pengenalan yang diakui sah.

26

Page 27: Assignment pra 5.2009 organisasi

HBPS1203 Pentadbiran dan Pengelolaan Organisasi Program Kanak-kanak

12. Sijil Kursus Asuhan Kanak-Kanak dan sijil-sijil berkaitan. Sijil-sijil bagi Pengusaha, Penyelia dan Pengasuh (salinan diakui sah).

13. Wang Pos/Cek (RM50.00) atas nama Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Disediakan setelah dokumen telah disemak dan disahkan lengkap oleh Pegawai TASKA.

14. Pelan Lokasi. Pelan dari jalan besar/utama bagi memudahkan pihak JKM  mengesan lokasi.

15. Peraturan TASKA. Peraturan yang disediakan oleh Pengusaha termasuk senarai harga yuran kanak-kanak.

Manakala bagi pendaftaran TASKA di Rumah, berikut adalah antara dokumen yang diperlukan :

1. Borang permohonan pendaftaran TASKA di Rumah. (Boleh didapati dari Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah)

2. Salinan kad pengenalan3. Salinan Sijil Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak4. Jadual Aktiviti5. Jadual Menu6. Senarai Kanak-Kanak

Perakuan pendaftaran TASKA di rumah akan dikeluarkan oleh Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri.

27