AssignmentindividuNurulsyamsinarRoslan

15
Trend And Issue In Education For Mathematical Sciences (SME 3023) D20072030865 ________________________________________________________________________ Universiti Pendidikan Sultan Idris 1 NAMA : NURULSYAMSINAR BINTI ROSLAN NO MATRIK: D20072030865 1.0 Kumpulan 1 Tajuk : Perbezaan Pencapaian Matematik Sekolah Bandar Atau Luar Bandar. 5 ISI PENTING 1. Prestasi Matematik pelajar-pelajar dipengaruhi oleh faktor lokasi di mana prestasi pelajar luar bandar kurang memberangsangkan. 2. Matematik dianggap sebagai ’killer subject’ terutamanya di kalangan pelajar luar bandar. 3. Masyarakat melayu bandar dan berpendapatan tinggi mempunyai tahap pencapaian yang lebih baik. 4. Terdapat 3 faktor yang mempengaruhi kewujudan permasalahan di kalangan pelajar untuk menguasai Matematik yang diajarkan dalam Bahasa Inggeris iaitu : a. Bahasa pengantar b. Tahap penguasaan Bahasa Inggeris pelajar c. Pengajaran guru dalam Bahasa Inggeris 5. Faktor utama untuk mengatasi masalah perbezaan kemajuan pendidikan di kawasan bandar dan luar bandar. Antaranya ialah : a. Pelajar b. Guru c. Ibu bapa dan persekitaran d. Pengurusan Persekolahan e. Kementerian Pelajaran Malaysia

Transcript of AssignmentindividuNurulsyamsinarRoslan

Page 1: AssignmentindividuNurulsyamsinarRoslan

Trend And Issue In Education For Mathematical Sciences (SME 3023) D20072030865

________________________________________________________________________

Universiti Pendidikan Sultan Idris

1

NAMA : NURULSYAMSINAR BINTI ROSLAN

NO MATRIK: D20072030865

1.0 Kumpulan 1

Tajuk : Perbezaan Pencapaian Matematik Sekolah Bandar Atau Luar Bandar.

5 ISI PENTING

1. Prestasi Matematik pelajar-pelajar dipengaruhi oleh faktor lokasi di mana prestasi pelajar

luar bandar kurang memberangsangkan.

2. Matematik dianggap sebagai ’killer subject’ terutamanya di kalangan pelajar luar bandar.

3. Masyarakat melayu bandar dan berpendapatan tinggi mempunyai tahap pencapaian yang

lebih baik.

4. Terdapat 3 faktor yang mempengaruhi kewujudan permasalahan di kalangan pelajar untuk

menguasai Matematik yang diajarkan dalam Bahasa Inggeris iaitu :

a. Bahasa pengantar

b. Tahap penguasaan Bahasa Inggeris pelajar

c. Pengajaran guru dalam Bahasa Inggeris

5. Faktor utama untuk mengatasi masalah perbezaan kemajuan pendidikan di kawasan bandar

dan luar bandar. Antaranya ialah :

a. Pelajar

b. Guru

c. Ibu bapa dan persekitaran

d. Pengurusan Persekolahan

e. Kementerian Pelajaran Malaysia

Page 2: AssignmentindividuNurulsyamsinarRoslan

Trend And Issue In Education For Mathematical Sciences (SME 3023) D20072030865

________________________________________________________________________

Universiti Pendidikan Sultan Idris

2

5 SOALAN

1. Mengapakah terdapat perbezaan jurang pencapaian matematik yang begitu ketara di antara

Sekolah Bandar dan luar bandar?

2. Adakah selepas PPSMI dilaksanakan, wujudnya masalah perbezaan pencapaian Matematik

yang begitu ketara di antara sekolah bandar dan luar bandar atau sebelum PPSMI

dilaksanakan masalah ini sudahpun timbul?

3. Apakah faktor utama yang menyebabkan berlakunya masalah perbezaan pencapaian

Matematik sekolah bandar dan luar bandar?

4. Pada pendapat anda, adakah seseorang guru itu bersungguh-sungguh untuk mengajar

pelajarnya walaupun pelbagai format, cadangan dan bahasa bakal di gubal oleh kerajaan

kelak.

5. Pada pendapat anda, sebagai seorang guru Matematik, anda akan mengajar pelajar

mengikut bahasa kefahaman pelajar atau mengikut bahasa yang telah ditetapkan oleh

Kementerian. Berikan ulasan anda.

Page 3: AssignmentindividuNurulsyamsinarRoslan

Trend And Issue In Education For Mathematical Sciences (SME 3023) D20072030865

________________________________________________________________________

Universiti Pendidikan Sultan Idris

3

2.0 Kumpulan 2

Tajuk : Perbezaan Pencapaian Matematik Lelaki Dan Perempuan.

5 ISI PENTING

1. Keputusan peperiksaan awam peringkat kebangsaan 1996 hingga 2007 menunjukkan secara

keseluruhannya pelajar perempuan mempunyai pencapaian lebih baik berbanding pelajar

lelaki. (UPSR dan PMR).

2. Pelajar perempuan mengatasi lelaki dalam kebanyakan mata pelajaran SPM. Misalnya

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

3. Perbezaan pencapaian Matematik lelaki dan perempuan disebabkan oleh beberapa faktor.

Antaranya adalah :

a. Pelajar (gaya pembelajaran dan sikap)

b. Guru

c. Ibu Bapa

d. Persekitaran

4. Faktor utama daripada sudut pelajar yang mempunyai lima elemen sikap iaitu :

a. Minat

b. Keyakinan

c. Kegelisahan

d. Persepsi terhadap guru

e. Persepsi terhadap kepentingan Matematik

5. Hasil daripada analisis data pelajar didapati pelajar perempuan mempunyai sikap positif

berbanding pelajar lelaki.

Page 4: AssignmentindividuNurulsyamsinarRoslan

Trend And Issue In Education For Mathematical Sciences (SME 3023) D20072030865

________________________________________________________________________

Universiti Pendidikan Sultan Idris

4

5 SOALAN

1. Apakah faktor utama yang menyebabkan perbezaan pencapaian Matematik di antara pelajar

lelaki dan perempuan?

2. Apakah cara yang paling berkesan untuk mengatasi masalah perbezaan pencapaian

Matematik pelajar lelaki dan perempuan?

3. Adakah guru bersikap bios terhadap pelajar lelaki atau perempuan?

4. Adakah terdapat perbezaan daripada segi IQ di antara pelajar lelaki dan perempuan?

5. Adakah terdapat hubungan antara kebolehan penyelesaian Matematik dan kekerapan guru

menyoal terhadap pelajar lelaki dan perempuan?

Page 5: AssignmentindividuNurulsyamsinarRoslan

Trend And Issue In Education For Mathematical Sciences (SME 3023) D20072030865

________________________________________________________________________

Universiti Pendidikan Sultan Idris

5

3.0 Kumpulan 3

Tajuk : Perbezaan Pencapaian Matematik Antara Sekolah Kebangsaan (SK) Dan

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina SJK(C).

5 ISI PENTING

1. Laporan KPM mengenai Prestasi Kebangsaan UPSR bagi tahun 1990 dan 2000

menunjukkan bahawa SJKC lebih baik pencapaiannya dalam mata pelajaran Matematik

berbanding SK.

2. Faktor-faktor wujudnya perbezaan pencapaian dalam Matematik antara SK dan SJKC

iaitu :

a. Waktu pembelajaran Matematik di SJKC lebih lama berbanding SK.

b. SJKC mempraktikkan pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang lebih berdisiplin dan

mempunyai peraturan yang ketat.

c. Pihak PIBG SJKC lebih prihatin terhadap perkembangan Matematik pelajar

berbanding PIBG SK.

d. Kebanyakan SJKC ada menyediakan buku teks dan buku latihan tambahan berbanding

SK yang hanya menggunakan buku teks yang disediakan Kementerian.

e. Guru-guru di SJKC memberi latihan Matematik yang lebih banyak berbanding SK.

3. Cadangan cara sekolah kebangsaan mengatasi perbezaan pencapaian dalam Matematik.

Antaranya adalah :

a. Suasana pembelajaran di SK harus diperbaiki dan dipertingkatkan.

b. Bentuk pengajaran latih tubi perlu lebih ditekankan di SK.

c. Guru-guru di SK perlu menggunakan buku kerja tambahan.

d. Waktu pengajaran dan pembelajaran Matematik di sekolah diperbanyakkan.

4. SJKC lebih baik pencapaiannya dalam Matematik berbanding SK.

5. Pihak sekolah memainkan peranan penting dalam menyeimbangkan pencapaian Matematik

antara SK dan SJKC.

Page 6: AssignmentindividuNurulsyamsinarRoslan

Trend And Issue In Education For Mathematical Sciences (SME 3023) D20072030865

________________________________________________________________________

Universiti Pendidikan Sultan Idris

6

5 SOALAN

1. Adakah faktor kebanyakan pendapatan ibu bapa pelajar SJKC lebih berpendapatan tinggi

daripada pendapatan ibu bapa pelajar SK mempengaruhi pencapaian Matematik pelajar?

2. Mengapakah guru di SJKC tidak mengikut panduan pengajaran yang telah disediakan oleh

pihak Kementerian?

3. Adakah pihak Kementerian tidak menyediakan buku teks dan latih tubi yang bagus untuk

pelajar sekolah?

4. Adakah SK tidak mempraktikkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berdisiplin dan

mengamalkan peraturan yang ketat seperti SJKC?

5. Adakah guru di SK hanya bergantung pada buku teks Kementerian semata-mata tanpa

memberikan latihan tambahan kepada pelajarnya?

Page 7: AssignmentindividuNurulsyamsinarRoslan

Trend And Issue In Education For Mathematical Sciences (SME 3023) D20072030865

________________________________________________________________________

Universiti Pendidikan Sultan Idris

7

4.0 Kumpulan 4

Tajuk : Kaedah Pembelajaran Dan Pengajaran Matematik : Konstruktivisme Vs Latih

Tubi.

5 ISI PENTING

1. Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau

konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini,

murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk

untuk membina pengetahuan baru.

2. Ciri-ciri pembelajaran secara konstruktivisme :

a. Menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen.

b. Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi murid.

c. Menyokong pembelajaran secara koperatif.

d. Menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan hasil

pembelajaran.

e. Menggalakkan soalan atau idea yang dimulakan oleh murid dan menggunakannya

sebagai panduan merancang pengajaran.

f. Menggalakkan murid bertanya dan berdialog dengan murid dan guru.

g. Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh murid.

h. Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar melalui sesuatu idea.

3. Kelebihan pembelajaran secara konstruktivisme iaitu :

a. Lebih berkemahiran sosial

b. Lebih faham

c. Lebih berfikir

d. Lebih yakin

e. Lebih ingat

f. Lebih seronok

Page 8: AssignmentindividuNurulsyamsinarRoslan

Trend And Issue In Education For Mathematical Sciences (SME 3023) D20072030865

________________________________________________________________________

Universiti Pendidikan Sultan Idris

8

4. Pembelajaran secara tradisional seperti pengenalan kepada konsep, latihan dan

aplikasi manakala pembelajaran secara konstruktivisme seperti penerokaan, soalan

daripada murid, penyiasatan dan kajian spesifik dan refleksi.

5. Pandangan tokoh mengenai konstruktivisme

a. Pelajar terlibat secara aktif di dalam kelas.

b. Pelajar dapat berinteraksi dengan orang lain di dalam kelas.

c. Pelajar digalakkan berfikir secara kritis dan kreatif.

d. Pelajar dapat menghayati apa yang mereka belajar dengan mendalam.

5 SOALAN

1. Sejauhmanakah pembelajaran Matematik secara konstruktivisme mempengaruhi persepsi

dan minat pelajar terhadap pembelajaran Matematik?

2. Adakah kaedah pembelajaran konstruktivisme membantu meningkatkan prestasi pelajar

dalam mata pelajaran matematik ?

3. Pada pendapat anda, dengan menggunakan kaedah konstruktivisme, adakah tempoh masa

untuk sesuatu topik dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik itu mencukupi?

4. Adakah anda bersetuju kaedah konstruktivisme dapat meningkatkan kefahaman dan

prestasi pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik?. Berikan ulasan anda.

5. Pada pendapat anda, setelah kaedah konstruktivisme diterapkan, adakah minat pelajar

bertambah dalam mata pelajaran Matematik.

Page 9: AssignmentindividuNurulsyamsinarRoslan

Trend And Issue In Education For Mathematical Sciences (SME 3023) D20072030865

________________________________________________________________________

Universiti Pendidikan Sultan Idris

9

5.0 Kumpulan 5

Tajuk : Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

5 ISI PENTING

1. Transformasi bermaksud proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik

berdasarkan kurikulum persekolahan sedia ada dengan mengambil kira keperluan-

keperluan perubahan kepada aspek asas kurikulum :struktur kandungan, pedagogi,

peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan kurikulum dan pengurusan sekolah.

2. KSSR digubal berasaskan standard kandungan dan standard pembelajaran.

3. Standard untuk penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan jelas.

4. Kreativiti dan inovasi.

5. Keusahawanan, teknologi maklumat dan komunikasi.

5 SOALAN

1. Adakah masalah sebelum KSSR diwujudkan sudah dapat diatasi?

2. Pada pendapat anda, adakah KSSR dapat meningkatkan kualiti pendidikan negara?

3. Apakah kelemahan KBSR sehingga di wujudkan KSSR?

4. Apakah kebaikan KSSR serta sejauh mana keberkesanannya terhadap pelajar?

5. Pada pendapat anda, apakah faktor utama yang mempengaruhi keberkesanan kualiti

pendidikan negara.

Page 10: AssignmentindividuNurulsyamsinarRoslan

Trend And Issue In Education For Mathematical Sciences (SME 3023) D20072030865

________________________________________________________________________

Universiti Pendidikan Sultan Idris

10

6.0 Kumpulan 6

Tajuk : Penggunaan ICT Dalam Mengajar Matematik : Pengajaran Matematik

Menggunakan Komputer Atau Pengajaran Matematik Tanpa Menggunakan

Komputer.

5 ISI PENTING

1. Penggunaan perisian GSP telah meningkatkan pencapaian serta minat para pelajar dalam

matematik, oleh itu pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) dengan

menggunakan perisian GSP adalah berkesan.

2. Kelebihan komputer adalah mempunyai hubungan interaktif, pengulangan dan maklum

balas serta peneguhan.

3. Kesan penggunaan media terhadap pembelajaran tidak semestinya berkesan. Ini kerana

keberkesanannya juga bergantung kepada perisian multimedia itu sendiri, kumpulan

pelajar yang menggunakannya, kaedah pengajaran dan tempoh penggunaannya.

4. Teknologi merupakan hanya alat bantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran, ia tidak

akan dapat menggantikan kedudukan guru.

5. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi maklumat adalah

merujuk kepada kebolehan guru mengintegrasikan aspek pedagogi, psikologi dan teknologi

dalam pengajarannya serta kemampuan pelajar untuk belajar dari bahan yang telah

disediakan.

Page 11: AssignmentindividuNurulsyamsinarRoslan

Trend And Issue In Education For Mathematical Sciences (SME 3023) D20072030865

________________________________________________________________________

Universiti Pendidikan Sultan Idris

11

5 SOALAN

1. Pada pendapat anda, sebagai seorang guru Matematik, di antara pengajaran Matematik

menggunakan komputer atau tanpa menggunakan komputer yang mana satukah dapat

meningkatkan kefahaman pelajar dalam Matematik?

2. Adakah anda bersetuju bahawa terdapat beberapa topik dalam Matematik harus

menggunakan komputer untuk meningkatkan kefahaman pelajar terutama dalam

menjelaskan konsep Matematik. Berikan ulasan anda.

3. Adakah penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik mengambil

masa yang agak lama bagi guru?

4. Adakah penggunaan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik penting

untuk menarik perhatian pelajar?

5. Adakah tanpa bantuan bahan bantu mengajar, guru tidak dapat mengajar Matematik dengan

baik?

Page 12: AssignmentindividuNurulsyamsinarRoslan

Trend And Issue In Education For Mathematical Sciences (SME 3023) D20072030865

________________________________________________________________________

Universiti Pendidikan Sultan Idris

12

7.0 Kumpulan 7

Tajuk : Penggunaan Kalkulator Dalam Matematik.

5 ISI PENTING

1. Kecekapan penggunaan kalkulator saintifik bukan perkara yang diuji dalam peperiksaan

tetapi merupakan alat membantu pelajar.

2. Kebaikan penggunaan kalkulator dalam Matematik :

a. Membantu pelajar meningkatkan pembelajaran dalam Matematik.

b. Penggunaan kalkulator tidak menjejaskan kemahiran Matematik pelajar.

c. Merangsangkan kemahiran berfikir pelajar.

3. Penggunaan kalkulator membolehkan pelajar meneroka lebih dalam lagi Matematik dan

meningkatkan pembelajaran konsep Matematik.

4. Terdapat dua aspek berkaitan dengan penggunaan kalkulator di sekolah yang perlu diberi

perhatian seperti berikut :

a. Pelajar harus menguasai kemahiran asas Matematik.

b. Jenis kalkulator yang digunakan.

5. Peranan kalkulator hanya sebagai alat bantu dalam pengiraan dan penyelesaian masalah.

Page 13: AssignmentindividuNurulsyamsinarRoslan

Trend And Issue In Education For Mathematical Sciences (SME 3023) D20072030865

________________________________________________________________________

Universiti Pendidikan Sultan Idris

13

5 SOALAN

1. Apakah perbezaan kalkulator saintifik dan kalkulator grafik?

2. Dengan menggunakan kalkulator, bagaimanakah pelajar boleh meneroka dengan lebih

mendalam subjek Matematik?

3. Bagaimanakah yang dikatakan kalkulator tidak boleh menggantikan kemahiran berfikir

manusia yang kompleks dan jika fikiran manusia kompleks mengapa perlukan penggunaan

kalkulator?

4. Adakah dengan menggunakan kalkulator pelajar akan menjadi malas kerana mereka tidak

perlu berfikir?

5. Adakah anda bersetuju bahawa dengan menggunakan kalkulator pelajar lebih bermotivasi

dan menunjukkan pencapaian yang lebih memberangsangkan daripada pelajar yang tidak

menggunakannya. Berikan ulasan anda.

Page 14: AssignmentindividuNurulsyamsinarRoslan

Trend And Issue In Education For Mathematical Sciences (SME 3023) D20072030865

________________________________________________________________________

Universiti Pendidikan Sultan Idris

14

8.0 Kumpulan 8

Tajuk : Pensijilan Guru Matematik.

5 ISI PENTING

1. Ilmu yang tinggi sekalipun belum lagi mencukupi untuk menjadi seorang guru yang

berkesan kerana urusan bimbingan, latihan, dan teladan melalui proses pengajaran dan

pembelajaran adalah ukuran utama hasil kerja sebenar seorang guru.

2. Setiap bakal guru amat perlu mengetahui kaedah dan cara penghasilan, penggunaan dan

pengendalian alat bantu mengajar yang akan digunakan dalam sesi pengajaran kelak.

3. Guru terlatih yang mempunyai aspirasi yang tinggi untuk memperolehi taraf yang baik

dalam kursus perguruan cenderung untuk memberi sambutan yang lebih positif terhadap

proses pengajaran dan pembelajaran.

4. Seseorang guru matematik mestilah mempunyai pengetahuan Matematik. Pengetahuan

yang dimaksudkan bukanlah hanya semata-mata yang akan diajar tetapi jauh lebih

mendalam.

5. Pengetahuan Matematik yang kukuh membolehkan seseorang itu menggunakan strategi

pengajaran yang lebih bermakna.

Page 15: AssignmentindividuNurulsyamsinarRoslan

Trend And Issue In Education For Mathematical Sciences (SME 3023) D20072030865

________________________________________________________________________

Universiti Pendidikan Sultan Idris

15

5 SOALAN

1. Apakah perbezaan di antara pelajar keluaran IPG dan IPTA?

2. Adakah keberkesanan pengajaran Matematik seseorang guru itu dinilai daripada sudut Sijil

Matematik yang dimiliki? Berikan ulasan anda.

3. Pada pendapat anda, adakah guru dianggap sebagai profesion?

4. Adakah dengan pengetahuan Matematik yang mendalam serta kursus perguruan yang di

perolehi dapat melahirkan guru yang berkualiti.

5. Adakah aspek pedagogi penting dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik?