ASSSIGMNT DAKWAH

13
1.0 Pengenalan Ajakan untuk berbuat baikdan beriman kepada Allai S.W.T biasanya disebut dengan dakwah. Hal ini kerana islam selalu menganjurkan umatnya supaya menyeru kepada kebaikan. Kata “dakwah” sering dirangkaikan dengan kata “ilmu” dan kata “islam” atau ad-daawah islamiah. Apa yang dimaksudkan dengan ilmu dakwah adalah suatu ilmu yang membicarakan bagaimana manarik perhatian orang lain untuk menganut agama islam Jika kita lihat, Nabi Muhammad S.A.W setelah diangkat menjadi rasul Allah S.W.T , Nabi S.A.W melkukan dakwah islam sama ada secara lisan , tulisan mahupun perbuatan Pada awalnya Nabi Muhammad memulakan dakwahnya kepada isteri, keluarga, dan para sahabatnya. Dakwah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad pada mulanya dilakukan secara sembunyi- sembunyi. Kemudian selepas pengikut baginda bertambah ramai, barulah baginda melakukan dakwah secara terang-terangan. Setelah Nabi Muhammad S.A.W wafat dakwah islam dilanjutkan oleh para sahabat . Pada zaman sahabat dan selepas sahabat penyebaran dakwah semakin meluas dan berkembang seluruh pelusuk dunia. Dalam firman Allah S.W.T:- Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"( surah fussilat 33)

description

sifat dakwah

Transcript of ASSSIGMNT DAKWAH

Page 1: ASSSIGMNT DAKWAH

1.0 Pengenalan

Ajakan untuk berbuat baikdan beriman kepada Allai S.W.T biasanya disebut dengan dakwah. Hal ini kerana islam selalu menganjurkan umatnya supaya menyeru kepada kebaikan.

Kata “dakwah” sering dirangkaikan dengan kata “ilmu” dan kata “islam” atau ad-daawah islamiah. Apa yang dimaksudkan dengan ilmu dakwah adalah suatu ilmu yang membicarakan bagaimana manarik perhatian orang lain untuk menganut agama islam

Jika kita lihat, Nabi Muhammad S.A.W setelah diangkat menjadi rasul Allah S.W.T , Nabi S.A.W melkukan dakwah islam sama ada secara lisan , tulisan mahupun perbuatan Pada awalnya Nabi Muhammad memulakan dakwahnya kepada isteri, keluarga, dan para sahabatnya. Dakwah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad pada mulanya dilakukan secara sembunyi-sembunyi. Kemudian selepas pengikut baginda bertambah ramai, barulah baginda melakukan dakwah secara terang-terangan.

Setelah Nabi Muhammad S.A.W wafat dakwah islam dilanjutkan oleh para sahabat . Pada zaman sahabat dan selepas sahabat penyebaran dakwah semakin meluas dan berkembang seluruh pelusuk dunia.

Dalam firman Allah S.W.T:-

Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"( surah fussilat 33)

Page 2: ASSSIGMNT DAKWAH

2.0 Tujuan kajian

Mengenalpasti sifat-sifat atau ciri-ciri dalam menjadi seorang pendakwah.

2.1. Niat yang Ikhlas kerana Allah s.w.t semata-mata.

Sebagai seorang da’i, hendaklah memahami bahawa, kita diciptakan untuk beribadah kepada Allah s.w.t. Di antara Ubudiyyah kita kepadaNya ialah dengan ketaatan kita kepadaNya. Dakwah dan Amr bil Ma’ruf wa An-Nahyu ‘An Al-Munkarmerupakan salah satu daripada tanggungjawab dan tugas setiap muslim. Oleh yang demikian, seseorang hamba Allah s.w.t. perlulah mengerjakan apa yang disuruh oleh Allah s.w.t., semata-mata kerana Allah s.w.t., bukan untuk mendapatkan habuan dari keduniaan, mendapat kemasyhuran.

Dalam setiap amalan, ikhlas merupakan satu yang paling penting dalam memastikan amalan kita diterima oleh Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Upah apa pun yang aku minta daripadamu maka itu untukmu. Upahku hanyalah dari Allah dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.” (Surah Saba’: 47)

Page 3: ASSSIGMNT DAKWAH

2.2. Sederhana Dalam Sikap dan Perbuatan

Tinggi rendahnya kedudukan seseorang ulama terletak pada sifat berpada-pada yang ada pada dirinya dan sikapnya berpada-pada dengan dunia ini. Begitu juga dengan tunjuk ajar yang telah diberikannya, sama ada mereka menerima atau menolaknya, mempercayai ataupun sebaliknya. Pendakwah yang mencintai dunia akan mendorong orang lain supaya mencintai seperti dirinya. Apabila keadaan ini berlaku, maka dia akan menjadi perosak dunia dan bukannya orang yang memperbaikinya.

Islam mengandungi berbagai bimbingan yang terkait dengan kehidupan khusus orang-orang Islam yang bertujuan untuk mengatur soal-soal jasmani dan kejiwaan yang diletakkan dalam asas yang baik, iaitu tatasusila yang berhubung dengan makan minum, pakaian, rumahtangga serta semua yang menjadi cita-cita dan idamannya dalam kehidupan ini, agar ia tidak mirip kepada kehidupan secara rahib yang

melulu dan tidak pula terjerumus kepada kehidupan kebendaan yang rakus. Ini merupakan kehidupan yang bercorak pertengahan dan sederhana.

Kesederhanaan dalam sikap dan perbuatan ini, akan melahirkan sikap tawadhu’, yang boleh membawa kepada kerendahan hati dan kesucian jiwa. Gerakan dakwah yang didasari oleh sikap kesederhanaan ini akan mampu memberikan teladan kepada orang-orang yang didakwah, sehingga gerakan dakwah akan menjadi lebih berkesan dan mampu diterima oleh masyarakat.

Page 4: ASSSIGMNT DAKWAH

Ingatlah firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui... (Surah An-Nur : 21)

Adab ini amat penting bagi seseorang muslim, apatah lagi sebagai seorang da’i yang mengajak manusia kepada jalan Allah s.w.t. Janganlah menisbahkan kebaikan yang dilakukan kepada diri sendiri kerana ia merupakan pintu kepada takabbur yang pernah menyebabkan Iblis, yang merupakan ketua para malaikat, menjadi selaknat-laknat makhluk di sisi Allah s.w.t.

Page 5: ASSSIGMNT DAKWAH

2.3. Berani Kerana Benar

Seseorang pendakwah hendaklah berani dan tidak gentar kepada sesiapa melainkan Allah untuk mengemukakan yang benar. Juga tidak terhalang kerana dicaci dan dicela demi menyampaikan pengajaran agama Allah, disamping itu juga tidak pula mahu diampu dan tidak berdiam diri melihat kemungkaran. Keberanian adalah penggerak semangat berjuang yang tidak pernah padam, dan pendorong di dalam mengambil tindakan yang positif.

Tanpa memiliki keberanian, perjuangan dakwah tidak dapat berjalan dengan lancar, bahkan akan menemui kegagalan. Seorang pendakwah sebagai pejuang dijalan Allah, penegak kebenaran dan keadilan wajib memiliki keberanian dan semangat perjuangan yang dinamik, tidak mengenal rasa takut dalam menghadapi setiap halangan. Keberanian menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran menjadi salah satu kunci keberhasilan dakwah Islamiah.

Islam memerintahkan manusia agar mengamalkan sifat benar, dan mereka yang mengamalkan sifat ini adalah orang-orang yang suka berbuat kebajikan serta taat kepada Allah dan rasulNya. Islam mempunyai pedoman yang jelas dan tegas serta sistem yang mudah untuk memperoleh kebenaran serta melaksanakan amal kebajikan yang memberi jaminan akan mengangkat martabat manusia ke tingkat yang sempurna Keberanian menegakkan kebenaran, dan mulia. keberanian untuk mencegah kemunkaran merupakan satu sikap yang harus dimiliki oleh pendakwah dalam menjalankan misi dakwah Islamiah.

“Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka diantara mereka ada yang gugur . Dan diantara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka sedikitpun tidak merubah (janjinya)”. Maka allah memberi balasan pahala kepada golongan siddiqin yang bersikap benar, dan allah memberikan azab kepada orang yang munafik jika ia kehendaki atau mengampunkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang...” (Ahzab ayat 23-24)

Page 6: ASSSIGMNT DAKWAH

Ayat-ayat di atas menegaskan sikap mereka yang benar dan jujur di atas jalan dakwah. Mereka ialah orang yang benar dan jujur di dalam perjuangan mereka untuk meninggikan kalimah allah walau pun terpaksa berkorban apa sahaja melibatkan darah dan keringat sehingga layak di gelar sebagai para syuhada.

Page 7: ASSSIGMNT DAKWAH

2.4. Sabar Ketika Menjalankan Tugas Dakwah

Sabar ialah kesanggupan seseorang menahan dan mengawal perasaan sifat- sifat mazmumah seperti marah, kecewa, putus asa dan hampa. Tanpa sifat sabar seorang manusia akan mudah kehilangan arah hidupnya dan lemah jiwanya. Sifat sabar akan mampu menjadikan jiwa seseorang dekat kepada Allah swt. Rasulullah saw sangat sabar dalam merubah kemungkaran dan memerintahkan hal yang ma’ruf. Beliau selalu memperhatikan akibat yang akan terjadi dari penyampaian amar ma’ruf nahi munkar tersebut. Jika sekiranya dari penyampaian tersebut akan menimbulkan kemudharatan, maka beliau akan menahan diri untuk tidak melakukannya, dan meunggu masa yang sesuai untuk menyampaikannya.

Sabar menjadi tanda kesempurnaan ilmu pengetahuan. Perkataan yang lemah lembut menjadi anak kunci segala hati. Hati seorang pendakwah yang memiliki sifat sabar akan sentiasa tenang dan tidak mudah dikuasai oleh perasaan marah, tidak tergesa-gesa dan sentiasa bertindak dengan waras dan wajar, bermanis muka dansentiasa senyum. Pendakwah hendaklah sanggup menerima kesusahan dan jangan bosan meneruskan dakwah sekalipun menemui pelbagai rintangan, kesusahan dan bencana. Allah akan sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar, pertolongan Allah akan sentiasa datang terhadap orang-orang yang sabar dalam menegakkan ajaran Islam. Seorang pendakwah tidak akan berjaya melainkan dengan sabar dan tetap dengan pendiriannya.

Sabar bergantung kepada dua fakta penting, iaitu:-

1. Sabar terkait dengan tabiat hidup di dunia. Sesungguhnya Allah tidak menjadikan dunia ini sebagai tempat pembalasan dan tempat tinggal yang kekal abadi. Malahan dijadikan sebagai tempat ujian dan cubaan. Tempoh yang dihabiskan manusia di dunia ini merupakan tempoh bagi menjalani ujian. Ujian yang dihadapi manusia bukan berupa perkataan tertulis dan dialog yang diatur malahan ia dari jenis kesakitan yang menimpa badan dan perasaan takut dan bimbang di hati.

2. Sabar terkait dengan hakikat iman. Iman merupakan pertalian hamba dengan Tuhannya, oleh itu, ujian dan cubaan yang dihadapi manusia merupakan proses untuk menguji iman seseorang hambaNya. Iman yang diuji adalah iman yang teguh dan kukuh. Seorang itu diuji dengan kekuasaan, kedudukan, harta bendanya dan keseronokan dunia yang palsu. Sesungguhnya kekuatan umat terletak kepada iman yang mendalam bukan terletak pada jumlah besar, pangkat serta harta benda yang banyak tetapi ianya terletak pada ketahanan iman menerusi ujian di dalam hidup.

Untuk itu seorang pendakwah hendaklah melatih dirinya di atas kesabaran dari berbagai ujian dan cubaan yang datang, sehingga perjalanan dalam menjalankan dakwah dapat berkesan dan membawa manfaat kepada semua umat.

Page 8: ASSSIGMNT DAKWAH

Oleh karena itu, Allah memerintahkan kepada pemimpin, pendakwah dan teladan mereka, Rasulullah S.W.T untuk bersikap sabar, Dia berfirman:-

Dan bersabarlah (wahai Muhammad terhadap perbuatan dan telatah golongan yang ingkar itu); dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan (memohon pertolongan) Allah; dan janganlah engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka, dan janganlah engkau bersempit dada disebabkan tipu daya yang mereka lakukan… (Surah al nahl ayat: 127)

Page 9: ASSSIGMNT DAKWAH

2.5 Amanah dalam menjalkan dakwah di jalan allah.

Amanah ialah sifat mulia yang pasti dipunyai oleh setiap orang dalam menghadapi perjuangan hidup demi untuk mencapai cita cita yang diazamkan. Suatu masyarakat itu tidak akan dapat dibina dengan harmoni melainkan hanya di atas asas yang kukuh dan tetap, antaranya asas amanah. Dengan jelas kita dapat menyaksikan perbezaan antara dua jenis manusia pertama yang amanah atau al amin dan kedua yang khianat atau al-Khain. Orang yang amanah akan menjadi tempat kepercayaan dan penghormatan orang ramai, sebaliknya orang khianat itu pula menjadi tumpuan kemarahan dan kehinaan.

Sifat seorang mukmin yang amanah akan melaksanakan tugas dengan bersungguh-sungguh dan penuh bertanggungjawab. Dia tidak akan 'curi tulang', tidak akan mengambil rasuah dan tidak akan melaksanakan tugas sambil lewa sahaja. Dia merasai tanggungjawab dihadapan Allah S.W.T. jika di dunia diabaikan amanah yang diberikan kepadanya.

Jika sifat amanah ini dimiliki oleh para pemimpin kita, para ulama, guru-guru, pegawai atasan dan ahli perniagaan maka kita akan dapati negara akan berkembang maju dan kekayaan negara akan dapat di manfaatkan sepenuhnya untuk rakyat dan keseluruhan rakyat umumnya akan mempunyai akhlak yang baik. Oleh kerana sifat amanah suduh hilang atau berkurangan maka kesan daripadanya menyebabkan hutang negara bertambah kerana membazirkan wang negara untuk menyelamatkan syarikat-syarikat kroni yang bangkrap akibatnya negara terpaksa menanggung hutang yang besar. Selain daripada itu kesan sifat tidak amanah ini juga maka kadar jenayah semakin meningkat kerana tidak ada amanah diperingkat penguasaan undang-undang.

Daripada Ibnu Umar r.a., katanya, saya mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya :

"Setiap orang daripada kamu adalah penggembala dan setiap seorang dari kamu akan ditanya perihal penggembalaannya. Pemimpin adalah penggembala dan akan ditanya perihal penggembalaannya. Seorang lelaki adalah penggembala dalam keluarganya dan akan ditanya perihal penggembalaannya. Seorang wanita adalah penggembala dalam rumah suaminya dan akan ditanya perihal penggembalaannya. Buruh adalah penggembala dalam harta majikannya dan akan ditanya perihal penggembalaannya. Jadi setiap seorang dari engkau semua itu adalah penggembala dan tentu akan ditanya perihal penggembalaannya. "

(Hadis Riwayat Muttafaq 'alaih)

Page 10: ASSSIGMNT DAKWAH

Firman allah:-

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat”. (An-Nisaa: 58)

Page 11: ASSSIGMNT DAKWAH

3.0RUJUKKAN

INTERNET

http://dakwah.info/utama/bekal-dakwah/tafsir-an-nisa http://tinta-perjalananku.blogspot.my/2013/04/kemantapan-syakhsyiah-pendakwah.html/ http://persiapandipersinggahan.blogspot.my/2012/06/memahami-mempraktikkan-sunnah-

dakwah.html

BUKU

Dakwah dan Pengurusan Islam di Malaysia: Konsep dan Pelaksanaan. Cetakan Kedua 2007

Page 12: ASSSIGMNT DAKWAH

DAKWAH ISLAM DI MALAYSIA

MPU3312

SITI AMALINA BINTI AHMAD KHAIRUNDIN

MOHAMMAD ADZLIAZAMIN BIN BADERI 4142001601HARISA BIN BUDIN 4143006841AMY BIN ABD.HAMID 4143006841MUHAMMAD ALIF BIN ABU BAKAR 4154009071