Athirah Farhani BM2.pptx

16
NAMA AHLI KUMPULAN ATHIRAH FARHANI BINTI JOHARI NURUL FATINI BINTI ANNUAR NURUL DAYANA BINTI AZMI SYARIFFAH EMILY HUSNA BINTI SYED MOHD HISHAM CERPEN : MENCARI NAFAS BAHARU

Transcript of Athirah Farhani BM2.pptx

Page 1: Athirah Farhani BM2.pptx

NAMA AHLI KUMPULAN

ATHIRAH FARHANI BINTI JOHARI

NURUL FATINI BINTI ANNUAR

NURUL DAYANA BINTI AZMI

SYARIFFAH EMILY HUSNA BINTI SYED MOHD HISHAM

CERPEN :MENCARI NAFAS BAHARU

Page 2: Athirah Farhani BM2.pptx

TEMA

Tema cerpen ini ialah pengorbanan seorang guru.

Page 3: Athirah Farhani BM2.pptx

Kasih sayang guru terhadap murid.

Contoh : Ana amat menyayangi Milah yang telah dianggap seperti adiknya sendiri sehingg dia sanggup mendermakan sumsum tulangnya untuk mengubati penyakit Milah.

Kegigihan dan kesungguhan guru-guru untuk menaikkan prestasi sekolah.

Contoh : Ana dan guru-guru yang lain melakukan pelbagai usaha semata-mata untuk meningkatkan pencapaian sekolah dalam akademik mahupun kokurikulum.

Pahit manis guru yang mengajar di kawasan pedalaman.

Contoh : Ana terpaksa menerima kekurangan prasarana yang terdapat di sekolah tempatnya mengajar kerana sekolah itu terletak di kawasan pedalaman yang tidak dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.

*PERSOALAN

Page 4: Athirah Farhani BM2.pptx

WATAK DAN PERWATAKAN

*Watak utama dalam cerpen ini ialah Ana.

*Watak sampingan dalam novel ini ialah Milah, ibu, dan bapa Milah.

Page 5: Athirah Farhani BM2.pptx

• Guru lulusan universiti pendidikan tempatan.

• Berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Kampung Chat, Hulu Pahang.

• Guru Tingkatan 3 dan guru mata pelajaran.

• Gigih dalam menjalankan tugasnya. Contohnya Ana berusaha sedaya upaya meningkatkan

kecemerlangan prestasi sekolah.

*ANA

Page 6: Athirah Farhani BM2.pptx

• Murid Tingkatan 3.

• Murid yang rajin dan bergiat aktif dalam sukan.

• Berwajah lembut dan mempunyai tarikan yang tersendiri.

• Menghidap penyakit leukemia jenis limfoblastik (ALL) dan menerima rawatan kemoterapi untuk mengubati

penyakitnya.

• Meninggal dunia sebelum sempat menerima sumsum tulang daripada Ana.

*MILAH

Page 7: Athirah Farhani BM2.pptx

PEMULAAN – Ana teringat kisah lama semasa dia mengajar di Sekolah Kebangsaan Kampung Chat. Ana mengambil keputusan untuk bertukar sekolah selepas Milah, murid kesayangannya meninggal dunia.

PERKEMBANGAN – Ketila mula mula dihantar di Sekolah kebangsaan Kampung Chat, Hulu Pahang, Ana tertarik dengan kepandaian Milah dalam bidang akademik dan kelincahannya dalam kegiatan kokurikulum. Ana menganggap Milah sekeluarga seperti keluarganya sendiri. Dia banyak menghabiskan hujung minggunya bersama dengan keluarga Milah. Milah jatuh sakit dan disahkan menghidap leukemia jenis limfoblastik (ALL). Ana bertekad untuk mendermakan sumsum tulangnya kepada Milah.

*PLOT

Page 8: Athirah Farhani BM2.pptx

KLIMAKS – Ana terkejut apabila diberitahu bahawa Milah semakin tenat. Doktor di Hospital Daerah, Kuala Lipis membuat persiapan yang rapi untuk melakukan pembedahan dan pemindahan sumsum tulang. Namun begitu, tepat pukul 9;45 pagi, Milah meninggal dunia sebelum sempat menerima sumsum tulang Ana.

PELERAIAN – Ana terkilan kerana hasrat murninya tidak kesampaian . Namun begitu, Ana reda dengan ketentuan Ilahi. Akhirnya, Ana memohon untuk bertukar ke tempat kelahirannya.

PLOT

Page 9: Athirah Farhani BM2.pptx

TENIK PEMERIAN. CONTOH :

Di dalam bilik darjah yang tidak begitu luas, Ana diamanahkan untuk membimbing murid murid murid tingkatan 3 sebanyak 25 orang. Sebagai guru tingkatan dan guru mata pelajaran, Ana berkesempatan untuk mengenali Milah secara dekat. Milah anak sulung daripada enam orang adik-beradik. Dia murid yang rajin dan aktif dalam sukan. Ibunya berkedai runcit secara kecil-kecilan, manakala ayahnya menangkap ikan sebagai mata pencarian.

[Halaman 103]

*TEKNIK PLOT

Page 10: Athirah Farhani BM2.pptx

TEKNIK DIALOG. CONTOH :

“Betul ke cikgu? Nanti kita berperahu ke sana” Wajah Milah berseri-seri kegembiraan menatap wajah Ana.

[Halaman 103]

TENIK IMBAS KEMBALI. CONTOH :

Ana teringat akan perasaannya ketika mula mula ditugaskan mengajar di Kampung Chat, Hulu Pahang. Ana juga terkenang akan peristiwa dia mengenali Milah dan akhirnya menjalinkan hubungan yang amat rapat dengan keluarga Milah dan menganggap mereka seperti keluarganya sendiri.

*TENIK PLOT

Page 11: Athirah Farhani BM2.pptx

SINKOPE

CONTOHNYA : “Belum. Ayah Milah dah cari air penawar, tetapi tak kurang-kurang demamnya. Risau pula kakak dibuatnya!” keluh emak Milah.

[Halaman 104]

KATA GANDA

CONTOHNYA : benar-benar

[Halaman 102]

SIMILE

CONTOHNYA : Tanpa suara manja Milah yang bagaikan lagu berirama.

*GAYA BAHASA

Page 12: Athirah Farhani BM2.pptx

LATAR MASA Pagi Sabtu. Contohnya, Ana mengadakan kelas

tambahan untuk murid-muridnya sebagai persediaan untuk menghadapi PMR.

Waktu petang. Contohnya, Ana pergi ke rumah Milah setelah selesai aktiviti kokurikulum pada waktu petang.

Hari Jumaat. Contohnya, setiap hari Jumaat Ana akan menziarahi Milah yang sedang menjalani rawatan di hospital.

*LATAR

Page 13: Athirah Farhani BM2.pptx

LATAR TEMPAT Di Kampung Chat, Hulu Pahang – tempat Ana

ditugaskan sebagai seorang pendidik. Di Kampung Lenjun – tempat tinggal Milah dan

keluarganya. Di Hospital Daerah, Kuala Lipis – tempat Milah

mendapat rawatan bagi penyakit leukemia yang dihidapinya itu

*LATAR

Page 14: Athirah Farhani BM2.pptx

LATAR MASYARAKAT Masyarakat guru yang mencintai profesian

keguruan. Contohnya, Ana amat meminati kerjaya sebagai guru, malah semangatnya berkobar-kobar untuk menyemai bakti di sebuah sekolah yang terletak jauh di pedalaman.

Masyarakat kampung yang tinggal di pedalaman. Contohnya, Milah dan keluarganya merupakan masyarakat kampung yang tinggal di kawasan pedalaman dan hidup dalam suasana yang sederhana.

Masyarakat yang tabah menghadapi ketentuan Ilahi. Contohnya, ibu bapa Milah tabah menghadapi ujian Allah apabila anak sulung mereka disahkan menghidap penyakit luekemia.

*lATAR

Page 15: Athirah Farhani BM2.pptx

KASIH SAYANG.

CONTOH : Ana amat menyayangi Milah dan menganggapnya seperti adiknya sendiri.

KERAJINAN.

CONTOH : Ana menolong ibu Milah berniaga di kedai runcit yang dijalankan secara kecil-kecilan di hadapan rumah mereka.

BELAS KASIHAN.

CONTOH : Ana amat bersimpati dengan penderitaan yang menimpa Milah dan keluarganya.

*NILAI

Page 16: Athirah Farhani BM2.pptx

Kita hendaklah membantu orang yang berada dalam kesusahan. Contohnya, Ana ikhlas mendermakan sumsum tulangnya untuk Milah.

Kita mestilah bersifat penyayang terhadap sesama insan. Contohnya, Ana amat menyayangi anak muridnya, Milah.

Kita hendaklah bersimpati terhadap orang yang bernasib malang. Contohnya, Ana amat bersimpati terhadap nasib yang menimpa Milah.

*PENGAJARAN