AYATAYAT: Unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna...

15
AYAT OLEH: PUAN NASIRAH BT MOHD GHAZALI & PUAN HAIZAN BT MD RASHID

Transcript of AYATAYAT: Unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna...

Page 1: AYATAYAT: Unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Pengucapannya dimulai dan diakhiri dengan kesenyapan serta mengandungi

AYAT

OLEH:

PUAN NASIRAH BT MOHD GHAZALI

&

PUAN HAIZAN BT MD RASHID

Page 2: AYATAYAT: Unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Pengucapannya dimulai dan diakhiri dengan kesenyapan serta mengandungi

AYAT

KLAUSA

FRASA

PERKATAAN

Bayi itu sedang tidur.

bayi itu sedang tidur

bayi itu sedang tidur

bayi itu sedang tidur

Page 3: AYATAYAT: Unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Pengucapannya dimulai dan diakhiri dengan kesenyapan serta mengandungi

AYAT: Unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalamsusunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Pengucapannya dimulai dan diakhiri dengankesenyapan serta mengandungi intonasi yang sempurna.

KLAUSA: Satu unit rangkaian perkataan yang mengandungisubjek dan predikat.

FRASA: Unit yang terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan.

PERKATAAN: Bentuk bebas yang terkecil yang boleh berdirisendiri.

DEFINISI

Page 4: AYATAYAT: Unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Pengucapannya dimulai dan diakhiri dengan kesenyapan serta mengandungi

AYAT DASAR

AYAT YANG MENJADI DASAR ATAU SUMBER BAGI PEMBENTUKAN SEMUA AYAT LAIN.

POLA AYAT DASAR

Page 5: AYATAYAT: Unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Pengucapannya dimulai dan diakhiri dengan kesenyapan serta mengandungi

Pola 1

Pola 3

Pola 2

Pola 4

FRASA NAMASekolah Menengah Sains Seremban

FRASA NAMAsekolah berasrama penuh.

FRASA NAMAPelajar tingkatan lima

FRASA NAMAGuru sekolah saya

FRASA NAMAPelajar tingkatan empat

FRASA KERJAmengikuti bengkel Bahasa Melayu.

FRASA ADJEKTIFrajin.

FRASA SENDINAMAdi padang sekolah.

POLA SUBJEK PREDIKAT

POLA AYAT DASAR

Page 6: AYATAYAT: Unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Pengucapannya dimulai dan diakhiri dengan kesenyapan serta mengandungi

AYAT DASAR

Page 7: AYATAYAT: Unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Pengucapannya dimulai dan diakhiri dengan kesenyapan serta mengandungi

• AYAT PENYATA CONTOH: Pelajar itu sentiasa tersenyum.

• AYAT TANYACONTOH: Berapa harga buku ini?

• AYAT PERINTAHCONTOH: Siapkan kerja itu sekarang.

• AYAT SERUANCONTOH: Syabas, anda telah berjaya!

JENIS-JENIS AYAT

Page 8: AYATAYAT: Unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Pengucapannya dimulai dan diakhiri dengan kesenyapan serta mengandungi

AYAT DASAR DAN AYAT TUNGGAL

PERSAMAANBINAAN AYAT TERDIRI DARIPADA SATU UNSUR (KONSTITUEN) SUBJEK DAN DIIKUTI OLEH SATU UNSUR (KONSTITUEN) PREDIKAT. PERBEZAANSEMUA AYAT DASAR TERDIRI DARIPADA AYAT PENYATA MANAKALA AYAT TUNGGAL BOLEH TERDIRI DARIPADA JENIS-JENIS AYAT YANG LAIN.

Page 9: AYATAYAT: Unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Pengucapannya dimulai dan diakhiri dengan kesenyapan serta mengandungi

AYAT TUNGGALPOLA (BINAAN)SAMA SEPERTI POLA AYAT DASAR.

SUSUNAN BINAAN SUSUNAN BIASA (SUBJEK + PREDIKAT)

Contoh: Ali di padang sekolah.

SUSUNAN SONGSANG (PENDEPANAN SELURUH PREDIKAT + SUBJEKDAN PENDEPANAN SEBAHAGIAN PREDIKAT + SUBJEK)Contoh: Sangat rajin Amir

Menangis bayi itu setiap malam.

RAGAM AYAT AYAT AKTIF – Contoh: Banjir melanda kampung kami. AYAT PASIF – Contoh: Kami kehujanan petang semalam.

Page 10: AYATAYAT: Unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Pengucapannya dimulai dan diakhiri dengan kesenyapan serta mengandungi

AYAT MAJMUK• AYAT MAJMUK GABUNGAN

• AYAT MAJMUK PANCANGAN

• AYAT MAJMUK CAMPURAN

Page 11: AYATAYAT: Unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Pengucapannya dimulai dan diakhiri dengan kesenyapan serta mengandungi

DUA AYAT ATAU LEBIH DIGABUNGKAN MENJADI SATU AYAT DENGAN KATA HUBUNG.TERDAPAT DUA JENIS GABUNGAN:

(i) GABUNGAN YANG SUSUNAN FAKTANYA BERURUTAN (SATU DEMI SATU). CONTOH KATA HUBUNG YANG DIGUNAKAN DAN, LALU, SERTA, SAMBIL DLL)

CONTOH: Beliau memandang saya sambil tersenyum.

(ii) GABUNGAN YANG SUSUNANNYA MEMBERIKAN MAKSUD PERTENTANGAN FAKTA DALAM AYAT-AYAT YANG DIGABUNGKAN.

CONTOH: Ali kurus tetapi adiknya gemuk.

AYAT MAJMUK GABUNGAN

Page 12: AYATAYAT: Unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Pengucapannya dimulai dan diakhiri dengan kesenyapan serta mengandungi

AYAT MAJMUK PANCANGAN

SATU ATAU BEBERAPA AYAT KECIL DIPANCANGKAN KEPADA AYAT INDUK (AYAT UTAMA).

TERDAPAT TIGA JENIS AYAT MAJMUK PANCANGAN: AYAT RELATIF –

CONTOH (i): Pancangan relatif (yang) pada bahagian predikat ayatSaya membeli baju yang berwarna merah itu.

Ayat di atas sebenarnya terdiri daripada dua ayat iaitu:Saya membeli baju. Baju itu berwarna merah. (perkataan baju itu digugurkan dan digantikan dengan kata relatif yang)

CONTOH (ii): Pancangan relatif (yang) pada bahagian subjek ayat.Budak yang sedang membaca majalah itu adik saya.

Budak itu adik saya. Budak itu sedang membaca majalah.(perkataan budak itu digugurkan dan digantikan dengan kata relatif yang)

Page 13: AYATAYAT: Unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Pengucapannya dimulai dan diakhiri dengan kesenyapan serta mengandungi

AYAT KOMPLEMEN

CONTOH(i) Pancangan komplemen (bahawa atau untuk) pada bahagianfrasa nama (subjek).

Bahawa Islam menjamin keadilan adalah jelas.Untuk dia mendapat tempat pertama dalam pertandingan itu sangat sukar.

CONTOH (ii) Pancangan komplemen (bahawa) pada bahagianfrasa nama objek tepat (selepas kata kerja transitif)

Guru menjelaskan bahawa peperiksaan akan berlangsung pada minggu hadapan.

CONTOH (iii) Pancangan komplemen (bahawa) pada bahagian keteranganfrasa kerja

Saya berpendirian bahawa semua pelajar perlu diberi peluang mencuba.

CONTOH (iv) Pancangan komplemen (bahawa) pada bahagian frasa adjektif

Dia amat percaya bahawa adiknya akan lulus dalam peperiksaan tersebut.

Page 14: AYATAYAT: Unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Pengucapannya dimulai dan diakhiri dengan kesenyapan serta mengandungi

AYAT KETERANGAN JENIS-JENIS KETERANGAN(i) KETERANGAN MUSABABCONTOH: Anak kecil itu menangis kerana ia lapar.(ii) KETERANGAN AKIBATCONTOH: Kanak-kanak itu menangis terlalu lama hingga serak suaranya.(iii) KETERANGAN SYARATCONTOH: Saya akan ikut serta kalau ayah saya mengizinkan.(iv) KETERANGAN WAKTUCONTOH: Kami selalu berkelah di Pantai Port Dickson ketika kecil dahulu.(v) KETERANGAN PERTENTANGANCONTOH: Ibu tetap memasak walaupun dia kurang sihat.(vi) KETERANGAN HARAPANCONTOH: Kita mesti sabar dan bertolak ansur agar semua pihak berpuas hati.(vii) KETERANGAN CARACONTOH: Dia pergi ke sekolah dengan menaiki bas.(viii) KETERANGAN TUJUANCONTOH: Kita patut bekerjasama untuk menjayakan misi tersebut.(ix) KETERANGAN PERBANDINGANCONTOH: Hatinya hancur seperti kaca terhempas ke batu.

Page 15: AYATAYAT: Unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Pengucapannya dimulai dan diakhiri dengan kesenyapan serta mengandungi

AYAT MAJMUK CAMPURAN

TERDIRI LEBIH DARIPADA SATU JENIS AYAT SAMA ADA CAMPURAN AYAT TUNGGAL DENGAN AYAT MAJMUK ATAU DERETAN PELBAGAI JENIS AYAT MAJMUK.

CONTOH (i): Ahmad sedang membaca buku tetapi kawannya yangsudah letih telah lama tidur.

CONTOH (ii): Bangsa kita memang terkenal di seluruh dunia dengan sifat lemah-lembut dan bertatatertib yang tinggi nilainya dan mulia.

- TAMAT -