b SEJARAH

3
Tugasan B Laporan (Rancangan pengajaran Harian) Pengenalan Sejarah ialah mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua murid dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR) mulai tahun 4 di Tahap II. Ini bertujuan menyemai kefahaman murid terhadap mata pelajaran Sejarah di peringkat awal agar murid memperoleh dan menguasai pengetahuan serta kemahiran Sejarah. Rancangan pengajaran Harian (RPH) Sejarah adalah satu perancangan pengajaran mata pelajaran sejarah bagi satu sesi pengajaran. Guru mata pelajaran Sejarah perlu menyediakan Rancangan pengajaran harian sebelum menjalankan aktiviti pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Perancangan pengajaran mata pelajaran Sejarah bagi satu sesi ini memastikan setiap minit dalam tempoh pengajaran guru sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran memberi kesan yang bermakna kepada guru dan pelajar. Ini dapat memberi panduan kepada guru agar dapat menggunakan masa yang diperuntukkan dengan lebih teratur. Menyusun atur masa dengan tepat juga dapat memastikan sukatan pelajaran dihabiskan pada masa yang telah ditetapkan mengikut perancangan. Oleh itu, saya diamanahkan untuk membuat satu kajian terhadap penyediaan rancangan pengajaran harian bagi mata pelajaran Sejarah. Saya melakukan kajian tersebut semasa melaksanakan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dari 23 Mac 2015 hingga 27 Mac 2015. Hasil Kajian Menurut pemerhatian saya terhadap RPH Sejarah, ianya telah dirangka dengan merujuk kepada Rancangan Pengajaran Tahunan dan

description

laporan rph sejarah

Transcript of b SEJARAH

Page 1: b SEJARAH

Tugasan B

Laporan (Rancangan pengajaran Harian)

Pengenalan

Sejarah ialah mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua murid dalam

Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR) mulai tahun 4 di Tahap II. Ini bertujuan menyemai

kefahaman murid terhadap mata pelajaran Sejarah di peringkat awal agar murid memperoleh

dan menguasai pengetahuan serta kemahiran Sejarah. Rancangan pengajaran Harian (RPH)

Sejarah adalah satu perancangan pengajaran mata pelajaran sejarah bagi satu sesi

pengajaran. Guru mata pelajaran Sejarah perlu menyediakan Rancangan pengajaran harian

sebelum menjalankan aktiviti pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Perancangan pengajaran

mata pelajaran Sejarah bagi satu sesi ini memastikan setiap minit dalam tempoh pengajaran

guru sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran memberi kesan yang bermakna kepada

guru dan pelajar. Ini dapat memberi panduan kepada guru agar dapat menggunakan masa

yang diperuntukkan dengan lebih teratur. Menyusun atur masa dengan tepat juga dapat

memastikan sukatan pelajaran dihabiskan pada masa yang telah ditetapkan mengikut

perancangan. Oleh itu, saya diamanahkan untuk membuat satu kajian terhadap penyediaan

rancangan pengajaran harian bagi mata pelajaran Sejarah. Saya melakukan kajian tersebut

semasa melaksanakan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dari 23 Mac 2015 hingga 27

Mac 2015.

Hasil Kajian

Menurut pemerhatian saya terhadap RPH Sejarah, ianya telah dirangka dengan merujuk

kepada Rancangan Pengajaran Tahunan dan Mingguan. Dengan merujuk kepada RPH

Sejarah tahun 4 dan 5, didapati bahawa sesuatu persediaan mengajar yang lengkap harus

mengandungi tiga komponen yang penting iaitu persediaan, penyampaian dan penutup. Di

samping itu, butir-butir yang terdapat dalam setiap komponen haruslah dipertimbangkan

semasa menyediakan persediaan mengajar bagi mata pelajaran Sejarah.

Berdasarkan kepada temu bual dengan guru akademik sejarah, didapati bahawa

beberapa elemen harus mengandungi dalam komponen persediaan. Antaranya, tarikh, masa,

mata pelajaran, sasaran murid (bilangan murid), tajuk, standard kandungan, standard

pembelajaran, objektif pembelajaran, pengetahuan sedia ada, senarai bahan bantu mengajar,

penerapan nilai, elemen merentas kurikulum dan lain-lain lagi mengikut kesesuaian kepada

Page 2: b SEJARAH

guru. Guru perlu menjelaskan perkara-perkara tersebut khususnya objektif pelajaran dengan

jelas bagi merancang satu perancangan sesi pengajaran yang berkesan.

Seterusnya, komponen yang penting dalam RPH adalah komponen penyampaian. Guru

juga perlu merancang langkah-langkah aktiviti pengajaran dengan teliti dan sistematik.

Perancangan itu merangkumi dua fasa iaitu set induksi dan fasa perkembangan. Guru perlu

menyediakan set induksi dengan memberikan contoh yang menarik dan bersangkut paut

dengan isi pelajaran untuk menarik perhatian dan minat guru. Manakala dala fasa

perkembangan guru menyediakan pelbagai aktiviti dengan menggunakan pendekatan,

strategik, kaedah dan teknik yang menarik. Langkah-langkah pelajaran adalah mengikut

peringkat atau turutan. Jumlah aktiviti bergantung kepada panjang dan pendek isi pelajaran.

Dalam RPH juga, guru perlu menentukan aspek pentaksiran.

Dalam komponen penutup RPH guru perlu juga menyatakan elemen penutup isi

pelajaran. Guru tuliskan tentang gerak kerja susulan dan sejauh manakah objektif-objektif yang

ditujukan mungkin dapat dicapai. Guru juga membuat penilaian terhadap murid dan guru

terhadap diri sendiri dalam komponen penutup. Dalam komponen ini dalam RPH, guru juga

menentukan aktiviti pengayaan dan pengukuhan kepada murid.

Rumusan dan Kesimpulan

Melalui perancangan pengajaran harianbagi mata pelajaran Sejarah, guru juga dapat

menyediakan bahan-bahan pengajaran yang bersesuaian dengan isi pelajaran mengikut minat

dan kebolehan pelajar. Isi kandungan dan bahan yang hendak disampaikan perlu lengkap dan

menepati kehendak standard kandungan dan standard pembelajaran yang telah ditetapkan

oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Selain itu, guru juga dapat

menentukan strategi pendidikan, pemulihan dan pengajaran secara tersusun dan bersistem.

Melalui perancangan pengajaran, objektif pengajaran dapat dicapai. Guru mengetahui sasaran

yang ingin dituju dalam setiap subjek yang ingin diajar.