Bab 1

28
BAB 1 PENGENALAN 1 .I Pendahuluan Pembentukan disiplin di sekolah adalah sama pentingnya dengan penyebaran ilmu pengetahuan. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah berkait rapat dengan kesempurnaan disiplin pelajar. Kesibukan negara mengejar perkembangan dan kemajuan dalam bidang ekonomi, telah memungkinkan masalah remaja melanda para pelajar terutama dalam masalah ponteng. Masalah ponteng ini akan membawa impak negatif kepada pembangunan dan kemajuan negara, pada masa hadapan. Tingkah laku dapat diubah dan dibentuk dalam diri pelajar melalui disiplin dan pelajaran yang dipelajari oleh pelajar secara fomal atau tidak formal. Oleh itu ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah dengan harapan untuk menimba seberapa banyak ilmu yang ada. Tingkah laku dan pengamalan akhlak yang baik sangat diharapkan oleh ibu bapa dan juga seluruh masyarakat terhadap generasi pelajar sekarang. Namun harapan ini tidak mungkin akan kesampaian jika para pelajar terjebak dalam gejala ponteng. Oleh itu sekolah memikul tanggungjawab untuk melahirkan pelajar yang mempunyai sikap yang mantap bagi keperluan masyarakat dan negara. Peranan masyarakat pula ialah bertanggungjawab mendidik pelajar secara tidak formal. (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2008). Pelajar sepatutnya mengisi masa yeng terluang dengan menimba ilmu pengetahuan di bangku sekolah dan bukan dihabiskan dengan ponteng sekolah dan melakukan aktiviti yang tidak bermanfaat seperti melepak di kompleks membeli belah atau pusat rekreasi dan pusat hiburan. Ponteng sekolah yang sering

Transcript of Bab 1

Page 1: Bab 1

BAB 1

PENGENALAN

1 .I Pendahuluan

Pembentukan disiplin di sekolah adalah sama pentingnya dengan penyebaran ilmu

pengetahuan. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah berkait rapat

dengan kesempurnaan disiplin pelajar. Kesibukan negara mengejar perkembangan

dan kemajuan dalam bidang ekonomi, telah memungkinkan masalah remaja

melanda para pelajar terutama dalam masalah ponteng. Masalah ponteng ini akan

membawa impak negatif kepada pembangunan dan kemajuan negara, pada masa

hadapan.

Tingkah laku dapat diubah dan dibentuk dalam diri pelajar melalui disiplin

dan pelajaran yang dipelajari oleh pelajar secara fomal atau tidak formal. Oleh itu

ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah dengan harapan untuk

menimba seberapa banyak ilmu yang ada. Tingkah laku dan pengamalan akhlak

yang baik sangat diharapkan oleh ibu bapa dan juga seluruh masyarakat terhadap

generasi pelajar sekarang. Namun harapan ini tidak mungkin akan kesampaian jika

para pelajar terjebak dalam gejala ponteng. Oleh itu sekolah memikul

tanggungjawab untuk melahirkan pelajar yang mempunyai sikap yang mantap bagi

keperluan masyarakat dan negara. Peranan masyarakat pula ialah

bertanggungjawab mendidik pelajar secara tidak formal. (Kementerian Pelajaran

Malaysia, 2008).

Pelajar sepatutnya mengisi masa yeng terluang dengan menimba ilmu

pengetahuan di bangku sekolah dan bukan dihabiskan dengan ponteng sekolah dan

melakukan aktiviti yang tidak bermanfaat seperti melepak di kompleks membeli

belah atau pusat rekreasi dan pusat hiburan. Ponteng sekolah yang sering dilakukan

pelajar boleh dibahagikan kepada beberapa tingkat, dari tingkat bawah hingga

tingkat tertinggi. Antara tingkat-tingkatnya ialah ponteng kerana bangun lewat,

ponteng kelas dan yang paling atas sekali ialah ponteng sekolah. Walaupun adanya

peraturan atau disiplin sekolah yang ketat tetapi seketat mana pun undang-undang

Page 2: Bab 1

dibuat gejala ponteng tetap berlaku. Menurut How Lee Chan (2007) mengenai

disiplin meletakkan gejala ponteng sebagai isu utama. Kegiatan ponteng dilakukan

sama ada secara individu atau secara berkelompok. Kebanyakan pelajar yang

ponteng sekolah secara berkelompok cenderung untuk memilih sebuah kawasan

untuk dijadikan tempat untuk melepak. Masa atau hari untuk ponteng biasanya

telah dirancang dan dapat dikenal pasti. Contohnya kegiatan ponteng sekolah

memuncak pada hari Isnin dan Jumaat atau Ahad dan Khamis (PTS, 2005) .

Ponteng boleh dicegah melalui disiplin pelajar. Displin merupakan suatu unsur

yang boleh membantu pelajar dalam mewujudkan ketrampilan dalam masyarakat.

la bukan sahaja merupakan peraturan yang dikenakan ke atas sesuatu kelompok

manusia akan tetapi ia juga berhubung rapat dengan tindakan seseorang dalam

menjalani kehidupan seharian. Berkaitan dengan isu ini, Mohd.Tajudin Abdul

Rahman (I995),How Lee Chin (2007) turut mengatakan betapa pentingnya

kecemerlangan peribadi dan keunggulan sahsiah seseorang. Sejarah telah

membuktikan bahawa sesebuah negara akan punah dan peradaban akan musnah

sekiranya warga negara tidak berdisplin, tidak beretika, berjiwa gersang dan

kontang, buruk akhlak dan tidak bermoral dan suka ponteng sekolah. Usaha untuk

mencapai peringkat kecemerlangan akademik yang tinggi, tanggungjawab dalam

pelajaran dan kegiatan ko-kurikulum sekolah adalah sangat penting. Menurut Awang

Had (1985), Sarinah (2007), kegiatan selain akademik dan di luar bilik darjah yang

dianggap sebagai “extra-curricular” dan diletakkan di luar ruang lingkup kurikulum

pendidikan sebenar adalah sangat penting untuk membentuk sahsiah pelajar.

JADUAL1.1 BIL. KES DISIPLIN MURID TAHUN 2006 DAN 2007

JENIS SALAH LAKU 2006 2007 (+/-)

BIL % BIL % %

BERUNSUR JENAYAH 17668 0.34 19947 0.35 +0.01

BERUNSUR KELUCAHAN 2028 0.05 3792 0.05 0

KURANG SOPAN 19620 0.37 23214 0.43 +0.06

LAKU MUSNAH 3843 0.07 3625 0.06 -0.01

KEKEMASAN DIRI 14739 0.28 14900 0.27 -0.01

PONTENG SEKOLAH 24227 0.46 21134 0.38 -0.07

KENAKALAN 14474 0.28 8519 0.16 -0.12

Page 3: Bab 1

TIDAK PENTINGKAN MASA 14716 0.28 18425 0.34 +0.06

JUMLAH KESELURUHAN 111313 2.13 113556 2.10 -0.03

Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia (2008)

Menurut laporan salah laku bagi tahun 2006 hingga 2007 memperlihatkan bahawa

ponteng sekolah merupakan salah laku yang utama dalam kalangan pelajar.

Sepanjang tempoh persekolahan 2006, sejumlah 24,227 pelajar sekolah rendah dan

menengah telah dilaporkan ponteng. Tujuh jenis ponteng yang diambil kira dalam

tersebut adalah ponteng sekolah, ponteng kelas, ponteng perhimpunan, ponteng

aktiviti ko-kurikulum, ponteng ujian, ponteng peperiksasan dan ponteng untuk

belajar bersendirian. Mengikut rekod yang diperolehi daripada Unit Disiplin,

Kementerian Pendidikan Malaysia (2008), seramai 21,134 pelajar dilaporkan

ponteng sekolah pada tahun 2007. Berdasarkan jadual kes displin Kementerian

Pelajaran Malaysia (2008), secara keseluruhannya masalah ponteng sekolah adalah

merupakan satu daripada masalah yang dominan dalam masalah disiplin di

sekolah.

Bagi mengatasi ponteng, guru merupakan individu yang berperanan penting

menjadi penggerak dan penentu keberkesanan melalui kegiatan kokurikulum di

sekolah seperti yang dinyatakan oleh Abdullah Sani (2005),Sarinah (2007) untuk

menarik pelajar lebih banyak masa di sekolah dan tidak berpelisiran di luar . Gejala

ini perlu ditangani dan dibendung dengan berhati-hati supaya matlamat Malaysia

menjadi sebuah negara maju mengikut acuan Malaysia sendiri menjelang tahun

2020 menjadi kenyataan.

1.2 Latar Belakang Masalah

Perlanggaran salah laku ponteng sekolah adalah merupakan kes yang sentiasa

berlaku di semua sekolah dan menjadi masalah besar kepada semua pihak

terutamanya kepada kementerian dan warga pendidik. Sikap adalah salah satu

faktor yang mempengaruhi tingkah laku pelajar. Terdapat pelajar yang sukar

menerima kelemahan diri mereka dan tidak berusaha mengatasinya. Pelajar malas

Page 4: Bab 1

membuat kerja yang diberi oleh guru menyebab mereka mengambil jalan yang

negatif iaitu ponteng sekolah. Kegagalan menangani kelemahan diri boleh

membawa kesan yang negatif. Kelemahan ini dapat di atasi jika pelajar boleh

belajar daripada pengalaman pahit yang dilaluinya. Selain daripada itu, tekanan

daripada rakan sebaya, ibu bapa dan masyarakat dalam kehidupan pelajar boleh

menyebabkan kecelaruan tingkah laku pelajar. Menurut How Lee Chan (2007),

mendapati personaliti pelajar yang mempunyai masalah tingkah laku mempunyai

sifat yang sentimental, tetapi kasar dengan orang lain. Pelajar terlalu yakin

mengenai keupayaannya. Mereka lebih menggemari situasi yang tidak dapat

dijangka atau berunsur suspen. Pelajar mempunyai potensi untuk mempengaruhi

orang lain. Mereka sering bercakap besar, tidak bertimbang rasa dan tidak sabar

dengan kelemahan dan kekurangan orang lain. Mempunyai ciri-ciri “moody”,

“Pasif”, selalu tidak puas hati dan mempunyai tingkah laku yang sukar dikawal.

Persekitaran juga mempunyai hubungan dengan tingkah laku individu atau

pelajar. Antaranya yang sangat berkait rapat ialah persekitaran pelajar iaitu rakan

sebaya, suasana sekolah, guru dan ibu bapa. Menurut Kamazahri (2000), sikap

adalah watak yang diperolehi dalam proses pemasyarakatan, termasuk ketahanan

mental dan emosi. Ini merujuk kepada kecenderungan reaksi atau tingkah laku yang

tetap terhadap sesuatu persekitaran. Peraturan dan dasar sekolah yang tidak adil

dan kerap berubah, akan membangkitkan ketidakpuasan hati dalam kalangan

pelajar. Ini akan menyebabkan pelajar ponteng sekolah. Menurut How Lee Chan

(2007), seseorang individu itu mudah dipengaruhi persekitaran untuk bertindak

secara positif atau negatif terhadap sesuatu idea atau kejadian.

Sekolah yang terlalu banyak aktiviti, menyebabkan pelajar terpaksa berada di

sekolah sehari suntuk mengikuti aktiviti sekolah, menyebabkan pelajar merasa

tertekan. Pelajar akan ponteng sekolah sebagai satu cara mengelakkan aktiviti

tersebut. Tekanan juga boleh berlaku, apabila pelajar tersebut terpaksa bersaing

dengan rakan sebaya untuk menunjukkan mereka berada dalam golongan pelajar

yang terbaik. Menjadi pelajar yang terbaik,mereka harus cemerlang dalam

akademi,agar dipandang bertaraf tinggi serta disanjungi rakan-rakan. Jika

keputusan peperiksaan sebaliknya pelajar berkenaan akan merasa malu dan rendah

diri. Ini mengalakkan pelajar itu ponteng sekolah. Pelajar yang disandarkan harapan

Page 5: Bab 1

yang terlampau tinggi oleh keluarga dalam pelajaran, akan memberi tekanan

tambahan kepada pelajar. Jika pelajar ini gagal menguasai pelajaran, dia menjadi

bencikan akan sekolah dan ponteng dari sekolah. Menurut Crow (2007),

pengalaman boleh mempengaruhi gerak balas individu terhadap situasi yang

berkaitan dengannya. sikap ini dirujuk kepada persediaan mental dan saraf

seseorang terhadap situasi yang berkaitan dengannya. Menurut Crow (2007),

seseorang tidak dilahirkan dengan sikap sedia ada, tetapi mengembang melalui

persekitaran dan pengalaman hidup.

Sikap seseorang individu bukannya warisan tetapi sesuatu yang dipelajari

secara formal atau tidak formal. How Lee Chen (2007) menyatakan, ponteng berkait

rapat dengan sikap pelajar dengan pengajaran guru. Pengajaran guru yang tidak

menarik akan menyebabkan pelajar tidak berminat dalam sesuatu mata pelajaran.

Sekiranya guru tidak berusaha menarik minat mereka, pelajar-pelajar itu akan

hilang semangat belajar dan ponteng sekolah. Sikap guru yang suka berleter juga

boleh mempengaruhi pelajar untuk ponteng. Ada golongan pelajar ponteng semata-

mata kerana hendak mengelakkan dari leteran guru dengan melepak di tempat

hiburan untuk menghabiskan masanya. Menurut kajian Affizal dan Rafidah (2009),

kurangnya hubungan antara guru dan pelajar turut menyebabkan hubungan sosial

dan kawalan sosial guru menjadi lemah.

Ponteng merupakan tingkah laku hasil daripada sikap pelajar itu sendiri dan

pengaruh persekitaranya. Perlanggaran salah laku ponteng sekolah adalah

merupakan kes yang sentiasa berlaku di semua sekolah. Ini menjadi masalah

besar kepada semua pihak terutamanya kepada kementerian Pendidikan Malaysia

dan warga pendidik. Pelajar yang ponteng akan ketinggalan dalam pelajaran dan

juga pencapaiannya dalam pelajaran akan terjejas. Ini membawa kesan buruk

kepada negera dan menjejaskan kecemerlangan generasi akan datang. Menurut

How Lee Chin (2007),pelajar yang ponteng sekolah biasanya memberi contoh yang

buruk di sekolah. Mereka rasa benci terhadap sekolah dan tidak menghiraukan

arahan guru, Mereka bertindak melanggar peraturan sekolah, selalu tidak

membuat kerja sekolah dan merosakkan harta benda sekolah. Ini menimbulkan

kerisauan kepada guru dan pentadbir sekolah. Oleh itu displin sekolah akan merosot

dan lebih ramai pelajar mengikut contoh yang buruk ini.

Page 6: Bab 1

Rekod Kementerian Pelajaran (2007) menunjukkan 21,060 pelajar (0.39

peratus) dikesan ponteng sekolah, manakala 24,840 pelajar (0.46 peratus) pada

tahun sebelumnya. Selain ponteng, salah laku pelajar kurang sopan seperti

merokok, tidak hormat guru dan pengawas serta berbahasa kesat adalah kesalahan

paling banyak berlaku di sekolah membabitkan 23,220 kes (0.43 peratus ) tahun

2007 dan 19,980 kes (0.37 peratus) pada 2006. Statistik kementerian mengenai

salah laku disiplin pelajar dalam tempoh 2003 hingga 2007 mencatatkan kadar

purata dua peratus, manakala kes jenayah yang diteliti menerusi rekod polis pada

kadar purata 0.03 peratus. Walaupun jumlah kes disiplin pelajar negara ini jauh

lebih rendah berbanding negara lain, Kementerian Pelajaran tetap menganggap isu

ini merupakan perkara yang perlu ditangani secara serius.

Bilangan kes ponteng adalah paling tinggi berbanding dengan kes-kes

perlanggaran displin yang lain di semua peringkat sekolah. Isu ponteng yang

terbaru ialah pada 25 September 2008, dikeluarkan kenyataan bahawa masalah

ponteng murid menurun pada kadar purata 2.03 peratus dalam tempoh lima tahun

sejak 2003 melibatkan 5.4 juta murid seluruh negara. Mantan Timbalan Menteri

Pelajaran, Datuk Razali Ismail berkata, penurunan itu berjaya dicapai selepas

kementerian melaksanakan beberapa program untuk menangani masalah disiplin

terutamanya masalah ponteng. Berdasarkan statistik, kes salah laku murid

menurun dari setahun ke setahun. Sebanyak 1.53 peratus dilaporkan pada 2006,

1.33 peratus (2007) dan 1.27 peratus bagi tempoh enam bulan pertama tahun

(2011). Penurunan masalah ponteng itu berlaku hasil daripada tindakan yang

diambil oleh Jawatankuasa Menangani Gejala Disiplin yang diwujudkan oleh

kementerian bagi menangani gejala berkenaan.

Masalah ini juga dihadapi oleh sekolah rendah di daerah penampang.

Ponteng sekolah merupakan satu masalah yang dianggap serius. Masalah ini telah

lama wujud dan menjadi masalah yang besar kepada pihak sekolah termasuklah

daerah Penampang. Penurunan kadar peratus ponteng ini menunjukkan bahawa

kesedaran dan keprihatinan semua pihak tentang pentingnya disiplin ini sudah

timbul. Misalnya, e-Disiplin di semua sekolah menengah iaitu sistem pengurusan

masalah disiplin pelajar secara berkesan dan sistematik berasaskan teknologi web

Page 7: Bab 1

akan mula diperluaskan kesemua 2,100 sekolah menengah seluruh negara. Sistem

ini telah dibangunkan oleh Universiti Malaysia Terengganu dengan kerjasama Majlis

Aspirasi Pemangkin Nasional (Mapan 2008). Ini menunjukkan bahawa isu disiplin ini

khasnya ponteng mendapat perhatian dari semua pihak dan membuktikan bahawa

ada usaha-usaha dilaksanakan untuk menangani masalah ini. Pelbagai program

dilaksanakan sejak dahulu lagi sehingga kini. Pada hari ini juga, sering kali didengari

rintihan serta keluhan masyarakat yang mempersoalkan kualiti pendidikan yang

tidak menentu dan pencapaian dalam sijil peperiksaan yang dikatakan tidak

mencerminkan kematangan berfikir mahupun dalam beberapa aspek kemurnian

tingkah laku yang dilaporkan dalam pencapaian tahap disiplin (Daynel, 2010).

1.3 Pernyataan Masalah

Ponteng sekolah merupakan isu yang banyak dilaporkan oleh pihak guru, pentadbir

sekolah, dan seterusnya kepada masyarakat umum. Ponteng adalah satu

perlanggaran disiplin dan sebahagian daripada kajian sosial yang sangat meluas.

Suasana persekitaran dalam sekolah seperti kepimpinan pengetua, pendekatan

warga guru dan persekitaran sekolah yang tidak kondusif, menjadi faktor penolak

kejadian ponteng dalam kalangan pelajar (Tan, 2006). Kurangnya didikan agama

dan kasih sayang dari ibu bapa, perasaan ingin tahu serta desakan atau pengaruh

dari rakan sebaya boleh menjadi penyebab terjadinya masalah ponteng yang kian

sukar dibendung.

Sikap pelajar yang selalunya ponteng sekolah ialah sukakan hiburan dan mudah

terikut-ikut dengan gaya penampilan artis yang mereka minati. Mereka suka

memakai pakaian yang berjenama dan stail rambut yang baru. Jika mereka tiada

wang yang mencukupi, mereka rela ponteng sekolah untuk bekerja demi mendapat

wang. Kajian perlu dijalankan bagi mengenal pasti faktor-faktor utama yang

mendorong para pelajar melakukan kegiatan ponteng. Menurut Ruhiyati ldayu

(1978) dalam How Lee Chan (2007) , pelajar-pelajar yang mempunyai perspektif

Page 8: Bab 1

yang negatif terhadap masa hadapan dan pelajaran, lebih cenderung melakukan

ponteng sekolah. Beliau juga mengakui hakikat sistem pendidikan yang

berorientasikan peperiksaan seperti skop pembelajaran yang luas dan sistem

kenaikan kelas secara automatik juga mempangaruhi ponteng kerana murid

beranggapan jika mereka malaspun mereka tetap dinaikkan kelas. Kepimpinan

pengetua, kemudahan belajar serta aktiviti-aktiviti sekolah seperti kokurikulum

mempunyai pengaruh terhadap kegiatan ponteng sekolah. Di samping itu faktor

guru juga menjadi pendorong para pelajar untuk ponteng sekolah iaitu guru-guru di

dalam kelas gagal menimbulkan minat dalam kalangan pelajar yang rendah

pencapaian akademiknya.

Kepimpinan pengetua, pendekatan warga guru dan persekitaran sekolah

yang tidak kondusif menjadikan sekolah salah satu penyebab kepada permasalahan

ponteng dan mengganggu suasana pembelajaran. Mengikut Hussein (1993)

pembelajaran yang berkesan datangnya dari suasana sekolah yang tenteram,

kerana ketenteraman itu amat perlu bagi melahirkan pencapaian yang baik di

kalangan pelajar. Kewujudan suasana sekolah yang positif dari segi kemudahan

sekolah, pengajaran guru, kedudukan sekolah dari aspek pengangkutan pelajar dan

perlaksanaan disiplin yang efektif menjamin pembelajaran yang berkesan dan

mengurangkan kes-kes salah laku atau penolak kejadian ponteng di kalangan

pelajar.

Menurut Tan (2006). paling penting, ibu bapa seharusnya memainkan

peranan bermula dari tadika bagi mencegah anak-anak mereka daripada ponteng

sekolah. Mereka seharusnya memerhatikan gerak-geri anak mereka, dengan siapa

anak mereka berkawan, kerap menghubungi pihak sekolah serta memeriksa beg

sekolah anak mereka sebagai bukti sama ada anak-anak mereka menghadiri

sekolah atau tidak. Ibu bapa juga tidak seharusnya terlalu mempercayai anak-anak

mereka kerana sikap terlalu memanjakan anak sudah tentunya bakal memakan diri

sendiri kelak.

How Lee Chan (2007) juga mengakui hakikat bahawa sistem pendidikan yang

berorientasikan peperiksaan, skop pembelajaran yang luas, sistem kenaikan kelas

secara automatik dan struktur sekolah seperti peranan pengetua, nilai guru,

Page 9: Bab 1

kemudahan pelajaran serta aktiviti-aktiviti sekolah mempunyai pengaruh terhadap

kegiatan ponteng sekolah. Di samping itu faktor guru juga menjadi pendorong para

pelajar untuk ponteng sekolah. Guru dalam kelas gagal menimbulkan minat belajar

dalam kalangan pelajar yang rendah pencapaian akademiknya.

Guru yang kurang dedikasi dan inovatif, gagal memotivasikan pelajar dan hal

ini memberi ruang kepada pelajar untuk ponteng sekolah. Menurut Tan (2006),

pelajar yang cerdas, mereka ponteng sekolah kerana bosan terhadap pengajaran

guru. Pelajar yang lemah pula, melakukan ponteng kerana putus asa dan tidak

dapat menerima pelajaran yang diberikan oleh guru. Oleh kerana terdapat berbagai

pendapat tentang faktor – faktor yang menyebabkan wujudnya gejala ponteng,

adalah menjadi matlamat pengkaji, mengkaji masalah ponteng daerah Penampang

untuk menentukan sejauh mana faktor-faktor tersebut mempengaruhi pelajar dalam

daerah Penampang.

1.4 Objektif kajian

Objektif umum kajian ini adalah untuk mengenal pasti sama ada terdapat masalah

fenomena ponteng dalam kalangan pelajar sekolah rendah daerah Penampng.

Objektif khusus kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk :

i. Mengenal pasti tahap ponteng sekolah rendah yang dikaji

ii. Mengenal pasti perbezaan skor min sikap, persekitaran,dan tingkah laku

pelajar ponteng.

iii. Mengenal pasti hubungan sikap, persekitaran, dengan tingkah laku pelajar

ponteng.

iv. Mengenal pastii pengaruh sikap, dan persekitaran, terhadap tingkah laku

pelajar ponteng.

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan- persoalan kajian di dalam kajian ini menyentuh aspek-aspek yang

difikirkan perlu seperti:

Page 10: Bab 1

i. Sejauh manakah tahap ponteng pelajar di sekolah-sekolah yang dikaji?

ii. Adakah terdapat perbezaan skor min dari segi sikap, persekitaran dan

tingkah laku pelajar ponteng?

iii. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara sikap, persekitaran,

dengan tingkah laku pelajar ponteng?

iv. Sejauh manakah pengaruh sikap, dan persekitaran terhadap tingkah laku

pelajar ponteng?

1.6 Hipotesis Kajian

Hipotesis adalah saranan sementara bagi menjelaskan fenomena yang dikaji atau

saranan sementara sebagai penyelasaian masalah (Mohd. Majid, 2000). Hipotesis

memberi jangkaan awal penyelidik mengenai hubungan antara pemboleh ubah-

pemboleh ubah. Hipotesis boleh diterima atau ditolak berdasarkan dapatan

penyelidik. Berdasarkan objektif kajian, hipotesis kajian ini adalah seperti berikut:

Ho1: Tidak terdapat perbezaan skor min yang signifikan dari segi sikap,

persekitaran dan tingkah laku pelajar ponteng.

Ha1: Terdapat perbezaan skor min yang signifikan dari segi sikap, persekitaran, dan

tingkah laku pelajar ponteng.

Ho2: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara sikap, persekitaran, dengan

tingkah laku pelajar ponteng.

Ha2: Terdapat hubungan yang signifikan antara sikap,dan persekitaran dengan

tingkah laku pelajar ponteng.

Page 11: Bab 1

Ho3: Tidak terdapat pengaruh sikap dan persekitaran terhadap tingkah laku

pelajar ponteng.

Ha3: Terdapat pengaruh sikap dan persekitaran terhadap tingkah laku pelajar

ponteng.

1.7 Kepentingan Kajian

Kajian ponteng sekolah bukan perkara baru dalam Negara Malaysia. KPM telah lama

mengumpul perangkaan tentang salah laku pelajar termasuk ponteng sekolah.

Namun begitu adalah lebih berfaedah sekiranya ada usaha atau penyelidikan

dijalankan untuk mengesan punca-punca ponteng untuk dijadikan rujukan semua

yang terlibat dalam sistem persekolahan. Institusi sekolah tidak akan berfungsi

dengan berkesan jika ramai pelajar terlibat dengan ponteng sekolah. Sehubungan

dengan ini, pendapat Reid (1999) adalah benar bahawa ponteng adalah satu bentuk

kegagalan sekolah dan satu fenomena sosial yang tidak baik. Bagi penyelidik,

kajian ini menjadi satu penyemakan dan juga satu refleksi yang berguna untuk

membantu sekolah mencari satu penyelasaian tentang pengurusan pelajar ponteng

terutama dalam daerah Penampang.

Penyelidik berharap sekiranya kajian ini berjaya mencapai matlamat, hasil

kajian ini dapat dijadikan sumber pengetahuan dan rujukan untuk membantu guru

dan pentadbir sekolah terutama dalam daerah Penampang memahami secara

mendalam faktor-faktor yang mendorong perlakuan ponteng sekolah dan

merancang langkah-langkah wajar yang perlu diambil untuk mengatasinya. Ini juga

dapat membantu mengenal pasti langkah-langkah pencegahan yang perlu

dilakukan.

Bagi ibu bapa, penyelidik berharap, dapatan daripada kajian ini, akan

menyedarkan ibu bapa dan masyarakat memahami punca salah laku dan cara

menangani masalah ponteng sekolah. Kajian ini juga akan membantu pentadbir

Page 12: Bab 1

sekolah merancang strategi yang lebih berkesan untuk membenteras salah laku

ponteng sekolah. Ini juga membantu sekolah untuk menyusun semula aktiviti-

aktiviti yang lebih berorientasikan pelajar dan tidak berorientasikan peperiksaan

semata-mata. Penyelidik berharap maklumat dalam kajian ini akan memberi

sumbangan kepada warga pendidik dan pentadbir sekolah daerah Penampang ,agar

dapat membantu meningkatkan prestasi akademik pelajar dan melahirkan pelajar

yang lebih bertanggungjawab dan berkualiti.

1.8 Batasan Kajian

Tempat kajian ini hanya melibatkan 21 sekolah rendah di daerah Penampang. Oleh

itu, segala hasil kajian tidak semestinya tepat untuk seluruh Sabah atau negara.

Persampelan responden adalah terdiri daripada pelajar tahap dua sekolah rendah

(tahun 4,5,6) yang telah dikenal pasti sebagai golongan pelajar yang selalu

ponteng. Ini berdasarkan rekod langgaran disiplin dalam ponteng yang telah

diberikan oleh guru disiplin dari sekolah yang terlibat kepada pejabat pendidikan

daerah Penampang.

Kelemahan sampel ialah pelajar yang ponteng berterusan mungkin tidak

dapat dijadikan responden kerana semasa kajian soal selidik dijalankan, mereka

tidak hadir ke sekolah dan setengahnya pula telah dibuang sekolah, setelah surat

amaran kali terakhir dikirimkan kepada kedua ibu bapa atau penjaga pelajar

berkenaan. Responden yang terlibat tidak mendedahkan masalah mereka yang

sebenamya. Kebanyakan mereka memberikan jawapan yang ‘ideal’ bukan

berlandaskan realiti.

1.9 Definisi Operasional

Dalam kajian ini pengunaan beberapa takrifan khusus yang mempunyai pengertian

tertentu. Definisi takrifan tersebut adalah seperti yang diberikan di bawah.

Page 13: Bab 1

1.9.1 Sikap Pelajar

Sikap dalam kajian ini merujuk kepada sikap pelajar terhadap masalah ponteng

sekolah. Sikap berfokus kepada proses yang berlaku dalam mental seorang murid.

Menurut Kreitner dan Kinicki (2007) dalam Affizal dan Rafidah (2009), sikap adalah

hasil daripada pemikiran dan kepercayaan, perasaan atau tanggapan terhadap

sesuatu objek. Sikap adalah tingkah laku atau gelagat atau kecenderungan tertentu

terhadap objek yang ditunjukan. Sikap boleh mempengaruhi arah gerak balas

individu terhadap semua objek dan situasi.

Sesuai dengan pandangan Rafidah (2009), sikap murid dalam kajian ini

diukur berdasarkan perasaan dan kepercayaan semasa seseorang murid terhadap

minat, keseronokan, kepuasan, kerisauan, kebosanan dan kebimbangan. Sikap

boleh diukur dari segi pemikiran, pandangan dan kepercayaan pelajar terhadap

kepentingan pendidikan. Manakala tingkah laku pula diukur berdasarkan

kecenderungan, keinginan, kemahuan, niat dan daya usaha pelajar. Sikap menurut

Abdul Aziz (2007), sikap terhadap objek sikap sama ada menerima atau menolak.

Kunci kedua ialah melihat kepada kadar sikap sama ada kuat, sederhana atau

lemah. Menurut Getrude (2001), sikap dinilai dari segi kadar persetujuan di atas

suatu aras tertentu yang dapat menunjukkan gerak balas individu terhadap objek

sikap.

Menurut Wayan Sunartana (1986), sikap adalah keperibadian menyangkut

semua aspek daripada seseorang, ianya meliputi fizikal mahupun mental, baik yang

dibawa sejak lahir mahupun yang diperoleh daripada pengalaman. Dalam kajian ini

sikap pelajar bermaksud keperibadian dalaman atau sikap dalaman pelajar pelajar

tahap dua dari kelas tahun 4,5,dan 6 dalam daerah Penampang yang berkaitan

semua aspek daripada seseorang yang meliputi fizikal mahupun mental, baik yang

dibawa sejak lahir mahupun daripada pengalaman semasa pelajar.

Page 14: Bab 1

Menurut (Bahrom 1999), sikap didefinisikan sebagai kecenderungan untuk sesuatu

respon dengan cara-cara tertentu terhadap dunia sekitarnya, baik berupa individu-

individu atau objek-objek tertentu. Sikap ialah satu faktor yang mempengaruhi

pelajar dalam menentukan batasan peribadi atau mengatasi kelemahan peribadi

pelajar. Ada individu yang sukar menerima kelemahan diri mereka dan ada yang

sebaliknya.

Sikap juga dipengaruhi oleh persekitaran dan mempunyai hubungan dengan

tingkah laku individu dan faktor-faktor peribadi. Berdasarkan tajuk iaitu sikap dan

persekitaran mempengaruhi ponteng dalam daerah penampang, perkara yang

dikaji ialah sikap pelajar dan persekitaran pelajar pula ialah rakan sebaya dan

suasana sekolah, pengaruh guru dan pengaruh keluarga. Sikap dalam penyelidikan

ini adalah perbuatan atau perlakuan yang berdasarkan sesuatu pendapat. Menurut

Kamazahri (2000), sikap sebagai watak yang diperolehi dalam proses

pemasyarakatan termasuk ketahanan mental dan emosi dengan merujuk kepada

kecenderungan reaksi atau tingkah laku yang tetap terhadap sesuatu persekitaran

Menurut Allport (1961), sikap ini merujuk kepada kesediaan mental dan saraf

seseorang yang disusun melalui pengalaman dan mempengaruhi gerak balas

individu terhadap situasi yang berkaitan dengannya. Kajian Halcomb (1991), sikap

remaja yang mempunyai personaliti yang bermasalah seperti mempunyai sikap

sentimental, tetapi kasar dengan orang lain dan terlalu yakin mengenai keupayaan

mereka. Mereka lebih menggemari situasi yang tidak dapat dijangka atau berunsur

suspen. Mereka mempunyai potensi untuk mempengaruhi orang lain, bercakap

besar, tidak bertimbang rasa dan tidak sabar dengan kelemahan dan kekurangan

orang lain. Mempunyai ciri-ciri “moody”, “Pasif”, selalu tidak puashati dan

mempunyai tingkah laku yang sukar dikawal. Mengikut pendapat Crow (2000),

seseorang tidak dilahirkan dengan sikap sedia ada tetapi mengembang melalui

pengalaman hidup. Oleh itu dapat ditakrifkan bahawa sikap seseorang individu

bukannya warisan tetapi sesuatu yang dipelajari secara formal atau tidak formal.

Page 15: Bab 1

1.9.2. Pengaruh Persekitaran

Persekitaran ialah kawasan di sekililing atau keadaan yang menjadi seperti latar

belakang seseorang atau sesuatu. Persekitaran pelajar, merangkumi suasana

sekolah, guru,rakan sebaya dan ibubapa yang akan didefinisikan seperti di bawah.

i) Suasana Sekolah

Suasana persekolahan ialah merujuk kepada persekitaran yang memberi perasaan

sunyi, aman, menarik, buruk, dan menggerunkan. Suasana sesuatu tempat

dihasilkan melalui ketertiban, keamatan cahaya, bunyi, tekstur, warna, suhu dan

bau. Menurut menurut Omardin (1996), suasana sekolah dapat dirujuk dari segi

sudut ekologi atau secara mudahnya merujuk kepada faktor-faktor fizikal seperti

bangunan dan tapak, keindahan taman, kemudahan alatan dan bahan. Jelasnya

bahawa persekitaran dan ekologi yang baik dapat mempengaruhi suasana

pengajaran dan pembelajaran di sesebuah sekolah. Berdasarkan kajian ini, suasana

juga merujuk kepada keadaan dalam sekolah dan keadaan dalam bilik darjah.

Suasana sekolah dapat mempengaruhi masalah ponteng pelajar secara tidak

langsung. Suasana sekolah merangkumi bentuk bangunan sekolah, pokok-pokok

dan bunga-bunga yang ditanam dan kemudahan-kemudahan seperti tempat

permainan dan perpustakaan. (Mok Soon Sang, 1992). Pengaruh sekolah amatlah

penting dalam pembentukan personaliti kerana sosialisasi di rumah diikuti dengan

sosialisasi di sekolah. Sekolah adalah institusi pendidikan yang membina personaliti

berdasarkan nilai-nilai murni. Personaliti guru menggalakkan gaya interaksi remaja.

Guru mempengaruhi perasaan, aspirasi dan sikap anak remaja. Guru adalah

individu yang boleh membina motivasi murid. Jangkaan guru terhadap pelajar

adalah faktor yang mempengaruhi kemampuan remaja mengadaptasi kepada

persekitaran. Oleh itu, proses pembelajaran Bandura (1987) menyatakan personaliti

dianggap sebagai koleksi daripada persekitaran luaran.

ii) Guru

Page 16: Bab 1

Guru ialah seorang yang mengajar, seorang pendidik, pengajar dan pengasuh.

Guru juga adalah bererti pemimpin dalam agama Hindu. Menurut Abdullah Yahaya

(2005), guru adalah golongan pendidik dan yang hampir dengan pelajar selepas ibu

bapa. Malah dalam semua agama, guru adalah orang kedua yang perlu dihormati

selepas ibu bapa.

Guru juga ialah orang yang kerjanya mengajar, sebagai seorang pengajar

atau pendidik. Dalam penyelidikan ini guru yang dimaksudkan ialah guru yang

mengajar pelajar dalam kelas. Guru ialah pendidik yang diamanahkan oleh

kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia berilmu. Menurut Abdullah Sani Yahaya

(2005), peranan utama guru di dalam kelas adalah sebagai penyampai ilmu. Oleh

itu, guru mestilah menguasai kemahiran dalam pelbagai ilmu supaya isi

pengajarannya mencakupi keseluruhan sukatan pelajaran. Seseorang pelajar berasa

lebih yakin sekiranya dapat belajar dengan guru yang mahir dalam sesuatu mata

pelajaran. Di dalam bilik darjah, guru merupakan orang yang bertanggungjawab

menanam sikap dan minat terhadap pengajarannya. Jersild (1978) yang mengkaji

perlakuan ponteng dalam kalangan pelajar sekolah menengah mendapati

pengajaran guru memainkan peranan penting dalam menentukan kadar ponteng

sekolah. Guru memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak bangsa dan

merupakan orang yang paling dekat dengan pelajar selain ibu bapa. Menurut Ainon

Mohd (2000), dalam zaman remaja pengaruh ibubapa mula berkurangan.

Sebaliknya pengaruh guru-guru dan rakan sebaya semakin penting. Guru

menggalakkan gaya interaksi remaja. Guru mempengaruhi perasaan, aspirasi dan

sikap anak remaja. Guru adalah individu yang boleh membina motivasi murid.

Jangkaan guru terhadap pelajar adalah faktor yang mempengaruhi kemampuan

remaja mengadaptasi kepada persekitaran. Oleh itu, proses pembelajaran Bandura

(1987) menyatakan personaliti dianggap sebagai koleksi daripada persekitaran

luaran.

Menurut kajian Affizal dan Rafidah (2009), kurangnya hubungan antara guru

dan pelajar turut menyebabkan hubungan sosial dan kawalan sosial guru menjadi

lemah. Guru juga berperanan sebagai pemimpin dalam konteks masing-masing.

Peringkat paling asas ialah kepimpinan guru dalam bilik darjah. Selain itu guru juga

berperanan sebagai pemimpin aktiviti-aktiviti akademik serta kokurikulum seperti

Page 17: Bab 1

persatuan, sukan, kelab dan sebagainya. Tidak dapat dinafikan bahawa peranan

guru semakin hari semakin mencabar.

iii) Rakan Sebaya

Rakan sebaya adalah sahabat handai, taulan atau teman yang sama umur yang

menjadi sebegitu penting dan rapat kepada mereka. Tempat mereka menceritakan

segala isi hati, kegembiraan dan rahsia hidupnya. Pada peringkat remaja, mungkin

konflik atau pertengkaran dengan ibu bapa tentang rakan sebaya akan timbul.

Menurut Hazil Abdul Hamid (1990;89) mendefinisikankan rakan sebaya sebagai

kumpulan kanak-kanak ataupun kumpulan remaja yang mempunyai lingkungan

umur yang sama. Remaja mula mendapat ramai rakan sebaya semasa di sekolah.

Pelbagai ragam dan tingkah laku boleh didapati apabila mereka bergaul bersama.

Akibat dari pergaulan inilah pengaruh tingkah laku terhadap remaja mula tersemai.

Ikatan remaja bukan lagi semata-mata dengan ibu bapa sahaja, malah mereka lebih

cenderung kepada pengaruh rakan sebaya. Remaja ini akan lebih mementingkan

persetujuan daripada rakan sebaya dalam membuat sebarang keputusan.

Menurut Hazil Abdul Hamid (1990;89) mendefinisikankan rakan sebaya

sebagai kumpulan kanak-kanak ataupun kumpulan remaja yang mempunyai

lingkungan umur yang sama. Kumpulan rakan sebaya ini mempunyai peranan

dalam aktiviti sosial. Rakan sebaya juga merupakan agensi tidak formal yang

memberikan pengalaman yang tidak dapat diperolehi daripada keluarga dan juga di

sekolah. Rakan sebaya merujuk kepada kanak-kanak atau remaja yang sama umur

atau paras kematangan. Rakan sebaya adalah rakan yang setia mendengar,

membantu, dan sedia bersama kita pada bila-bila masa sahaja tidak kira ketika kita

gembira ataupun sedih. Remaja memerlukan seorang ataupun dua rakan sebaya

bagi menemani mereka sepanjang tempoh perkembangan zaman remaja. Dengan

adanya rakan, seseorang itu boleh bertukar-tukar fikiran dan menyelesaikan

masalah akademik atau kerja-kerja yang diminta oleh guru.

Page 18: Bab 1

Menurut Johari Hassan & Nik Selma Muhammad (2011) rakan sebaya

merupakan faktor yang mempengaruhi gejala ponteng sekolah dalam kalangan

pelajar. Rakan sebaya dirujuk sebagai kawan, teman, sahabat atau taulan yang

sama umur dalam sebuah perkongsian. Merujuk kepada penyelidikan ini, rakan

sebaya adalah pelajar yang sama-sama menjalani proses pembelajaran yang

berlaku di sekolah. Rakan sebaya boleh mempengaruhi dan mempunyai kaitan

dengan perbuatan yang baru bagi seseorang pelajar. Sekiranya seseorang pelajar

tidak mengikut perlakuan kawan, pelajar tersebut akan berasa bimbang dan

kemungkinan tidak mendapat kawan yang ramai. Jadi menganggotai sesuatu

kumpulan merupakan jalan untuk mencapai objektif pelajar tersebut.

Remaja yang diterima oleh kumpulan rakan sebaya lazimnya menjawat

jawatan tertentu dalam kumpulan. Ketua kumpulan boleh membentuk sifat-sifat

keyakinan diri terhadap remaja yang kurang keyakinan diri. Remaja yang cepat

mesra, mudah bergaul, cerdas dan aktif cepat menjadi lebih popular. Remaja yang

popular ini tenang dan mempunyai fokus pengawalan diri dalaman serta tidak

bergantung kepada individu lain. Oleh itu, Bandura (1987) menyatakan personaliti

dianggap sebagai tindak balas yang dipelajari daripada persekitaran luaran. Nilai-

nilai rakan sebaya mungkin bertentangan dengan nilai ibu bapa. Kadangkala

individu remaja itu memilih nilai rakan. Misalnya, suka berfoya-foya di pasar raya

atau memilih fesyen baju kumpulan rakan sebaya. Kadangkala remaja memilih nilai

dan kehendak ibu bapanya. Apabila remaja memilih nilai ibu bapa, dia disingkir oleh

rakan sebaya.

iv)Keluarga

Keluarga ialah seisi rumah yang terdiri daripada suami isteri serta anak-anak atau

orang yang mempunyai perhubungan keturunan antara satu sama lain. Keluarga

juga ialah orang yang mempunyai pertalian kerana perkahwinan. Keluarga juga

Page 19: Bab 1

dirujuk kepada saudara mara, kaum kerabat, sandak saudara. Goodge (1988),

mendefinisikankan bahawa keluarga adalah satu kelompok sosial yang tinggal di

bawah satu bumbung, mempunyai kerjasama dalam kegiatan ekonomi dan

menambah zuriat. Merujuk kepada kajian ini, keluarga meliputi sosio ekonomi

keluarga, latar belakang keluarga, keadaan suasana keluarga dan peranan yang

dimainkan dalam membentuk personaliti diri pelajar.

Keluarga berperanan memberi sokongan dan dorongan serta tunjuk ajar

kepada pelajar dalam menuju ke matlamat yang diinginkan. Kepincangan keluarga

dan taraf sosio-ekonomi sesebuah keluarga akan mencorak kehidupan seorang

kanak-kanak. Kegagalan ibu bapa sendiri untuk membetulkan kepincangan anak-

anak, akan menyebabkan anak-anak tidak lagi menghormati mereka. Jamal Darus

(1989) menyatakan bahawa ketidak seimbangan disiplin sesebuah keluarga akan

menyebabkan anak-anak tidak dapat mewujudkan pengawalan diri yang sempurna.

Ini akan menjejaskan ketahanan diri pelajar. Maka jelaslah bahawa institusi keluarga

memainkan peranan yang penting sebagai pembentuk sahsiah anak-anak. Ibu bapa

haruslah membimbing, memahami dan menyelami kehendak jiwa remaja serta

berfikiran terbuka. Ini akan mendorong kepada kewujudan suasana harmonis.

Menurut Gibson(2005),persepsi dan proses-proses mental haruslah diatur secara

keseluruhan. Ibu bapa sebaik-baiknya memperlihatkan tindakan positif kepada

anak-anak sejak kecil supaya kanak-kanak dapat menggunakan kognisinya bagi

membentuk konsep kendiri yang positif. Contohnya, ibu bapa perlu menunjukkan

kasih sayang, saling hormat-menghormati serta memainkan peranan yang terbaik

supaya ini dapat menanam konsep kendiri yang positif dalam diri pelajar. Kanak-

kanak tidak menerima kasih sayang yang mencukupi, perhatian dan penjagaan,

akan merasa tidak selamat, mudah kecewa atau mendapat tekanan

perasaan.Keluarga yang berpisah, bercerai atau ibu bapa yang gagal mengadakan

persekitaran yang merangsangkan atau positif untuk anak-anak, akan

menyebabkan mereka melakukan tingkah laku negatif seperti gejala ponteng. Malah

ibu bapa gagal memberikan pengukuhan atau peneguhan kepada sikap yang baik

kepada anak-anak.

1.9.3 Ponteng

Page 20: Bab 1

Menurut Aminah (1994), mendefinisikan ponteng sebagai pelajar yang tidak hadir

di sekolah atau tidak datang belajar tanpa keizinan guru atau ibu bapa. Ini

termasuklah pelajar yang meninggalkan kelas tanpa keizin guru, lari atau keluar

dari kawasan sekolah pada waktu yang sepatutnya mereka wajib mengikuti

pelajaran dalam bilik darjah masing-masing. Mohamed Yunus (1994),

mendefinisikan ponteng sebagai tidak datang ke sekolah tanpa apa-apa sebab yang

munasabah dan tidak diketahui ibubapa atau guru.

Menurut Ibrahim Saad (1982), ponteng adalah mereka yang sengaja tidak ke

sekolah. Mereka keluar dari rumah dengan berpakaian sekolah dan beg berisi buku-

buku, sebaliknya pergi ke kebun, memancing ikan, mandi di lombong atau berfoya-

foya di panggung wayang atau kompleks membeli belah. Mengikut Unit Disiplin

Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (1994), ponteng dirujuk

sebagai tidak hadir ke sekolah tanpa kebenaran daripada pengetua atau guru besar.

Ponteng dalam penyelidikan ini adalah bermaksud murid yang tidak hadir ke

sekolah tanpa sebab.

Menurut Rasidah (2005), ponteng sekolah boleh ditakrifkan sebagai

ketidakhadiran pelajar ke sekolah dengan sengaja tanpa sebarang alasan yang

munasabah. Ponteng sekolah diertikan sebagai tidak hadir bersekolah tanpa

kebenaran sekolah berdasarkan rekod kehadiran yang disimpan oleh guru kelas di

sekolah. Ketidak hadiran yang berpunca daripada cuti sakit, kegiatan kokurikulum,

atau ketidakhadiran dengan kelulusan pihak sekolah tidak diambil kira sebagai

ponteng sekolah.

1.10 Tahap Keseriusan Ponteng Sekolah

Berdasarkan rekod kehadiran rasmi di sekolah, dalam kajian ini salah laku ponteng

sekolah boieh dibahagikan kepada dua (2) jenis, iaitu ponteng sekolah berterusan

dan ponteng sekolah berkala. Menurut panduan yang diberikan oleh Unit Disiplin

Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (2007) tahap ponteng

sekolah adalah seperti berikut:

Page 21: Bab 1

Jadual 1.2 Kateagori Ponteng Sekolah

Jenis Ponteng Ponteng Sekolah

Berterusan

Ponteng Sekolah Berkala

Surat Amaran Tidak hadir (P) hari

berturut-turut

(P) Hari berturut-turut

tidak hadir

Pertama Pada hari 3 Pada hari 10

Kedua 7 Hari selepas

amaran pertama

IO hari selepas

amaran pertama

Terakhir 7 hari selepas

amaran kedua

20 hari selepas

amaran kedua

Buang sekolah 14 hari selepas

amaran terakhir

20 hari selepas

amaran terakhir

Jumlah Hari 31 hari berturut-turut 60 hari

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia (2007)

Dalam kajian ini kriteria yang digunakan untuk memastikan seorang pelajar itu

ponteng sekolah ialah dengan mengambil kira apabila pelajar itu ponteng sekurang-

kurangnya tiga [3] hari dalam sebulan secara berterusan atau tujuh [7] hari dalam

sebulan secara berkala. Kriteria ini digunakan kerana pelajar yang tidak hadir

selama tiga [3] hari dalam sebulan bermakna pelajar berkenaan telah ponteng lebih

kurang 15% daripada masa persekolahannya dalam sebulan. Bagi pelajar yang

tidak hadir selama tujuh [7] hari dalam sebulan bermaksud beliau telah tidak

datang ke sekolah hampir 40% daripada masa persekolahannya dalam seminggu

atau 35% dalam sebulan. Penatapan begini dilakukan untuk memastikan amalan

ponteng sekolah yang dilakukan oleh pelajar adalah munasabah dan benar sebagai

kes ponteng yang tepat.

1.10 Kerangka Konsep Kajian

Merujuk kepada Kerangka Kajian pada Rajah 1.1, kajian ini menjurus kepada aspek

pengaruh sikap dan persekitaran terhadap masalah ponteng sekolah. Dalam kajian

ini, penyelidik mengunakan pembolehubah tidak bersandar, iaitu seperti sikap

pelajar dan persekitaran iaitu suasana sekolah, guru, rakan sebaya dan

Page 22: Bab 1

keluarga.Pembolehubah bersandar pula ialah tingkah laku ponteng pelajar .

Pengkaji akan menumpukan kajian sejauh manakah pengaruh sikap dan

persekitaran mempengaruhi masalah ponteng sekolah dalam daerah Penampang.

Rajah 1.1 Kerangka Konsep Kajian

Pemboleh ubah bebas (IV)

Pemboleh ubah bersandar(DV)

1.11 Rumusan

Ponteng sekolah dalam kalangan pelajar wujud sepanjang masa dan berlaku di

seluruh dunia. Isu pelajar ponteng ini perlu ditangani dan dibendung agar salah laku

ini tidak menjejaskan fungsi sekolah sebagai agen perubahan masyarakat. Untuk

memahami masalah ponteng, pengkaji meninjau tahap keseriusan ponteng yang

berlaku di 21 buah sekolah rendah dalam daerah Penampang. Pengkaji juga akan

meneliti sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara sebab-sebab ponteng

yang telah dikenal pasti dengan tahap ponteng dalam 21 buah sekolah rendah di

daerah Penampang. Dengan kajian ini akan membolehkan semua pihak lebih

memahami salah laku ponteng, seterusnya mencari jalan supaya masalah ponteng

sekolah dapat dibendung.

SIKAP

PERSEKITARAN

TINGKAH LAKU PONTENG

Page 23: Bab 1