Bab 1

download Bab 1

of 7

description

:0

Transcript of Bab 1

PENDAHULUANMatematik merupakan suatu bidang ilmu yang melatih minda supaya berfikir secara mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan (Kementerian Pendidikan Malaysia [KPM], 2014). Dengan kata lain, matematik merupakan satu proses pembelajaran yang menguji kecerdasan seseorang untuk berfikir secara logik. Matematik berkait rapat dengan aktiviti kehidupan seharian kita seperti membantu kita untuk membuat anggaran dan pengiraan. Oleh itu, KPM telah menetapkan matematik sebagai satu mata pelajaran yang wajib dipelajari oleh setiap murid.Pelaksanaan KPM ini bertujuan mendedahkan murid kepada kemahiran asas pengiraan seperti tambah, tolak, darab dan bahagi serta membina pemahaman tentang konsep nombor supaya murid-murid dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Oleh itu, murid perlu menguasai konsep matematik dengan baik dan dikekalkan dalam ingatan supaya dapat digunakan pada bila-bila masa. Bukan itu sahaja, kemahiran menyelesaikan masalah juga perlu dikuasai oleh murid supaya dapat menyelesaikan masalah dengan menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik yang telah dipelajari.Oleh itu, guru memainkan peranan penting untuk memastikan murid memahami dan menguasai isi-isi serta konsep-konsep matematik yang disampaikan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Strategi pengajaran guru juga perlu menarik supaya murid tidak berasa bosan dan tidak berminat dalam pembelajaran matematik.

7

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran LaluPengkaji telah menjalani praktikum sebanyak dua kali di dua buah Sekolah Kebangsaan yang berlainan. Pada kali ketiga ini, pengkaji telah diberi peluang untuk menjalani praktikum di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Perlis. Pengkaji telah diamanahkan untuk mengajar matematik Tahun Lima. Disebabkan Tahun Lima hanya terdapat satu kelas sahaja, oleh itu prestasi akademik bagi setiap murid adalah berbeza. Hal ini dapat jelas dilihat terutamanya pada tahap penguasaan matematik bagi setiap murid.Apabila pengkaji bermula mengajar untuk kali pertama iaitu pengajaran tentang penolakan sebarang dua nombor, murid-murid mempunyai keyakinan diri apabila menjawab soalan yang dikemukakan oleh pengkaji. Soalan yang telah diberi dalam lembaran kerja juga dapat dijawab dengan tepat. Tetapi, masalah telah wujud apabila pengkaji meneruskan pengajaran tentang penyelesaian masalah matematik berayat dan topik-topik yang lebih kompleks seperti darab.Pengkaji sering menjalankan aktiviti pengayaan dan aktiviti pemulihan dalam kalangan murid selepas mengajar sesuatu kemahiran matematik. Tujuan pengkaji adalah untuk mengesan tahap penguasaan kemahiran matematik murid sebelum meneruskan kepada kemahiran menyelesaikan masalah. Hal ini disebabkan terdapat kesinambungan antara kemahiran matematik dan kemahiran menyelesaikan masalah. Murid perlu menguasai kemahiran matematik supaya dapat mengaplikasikannya dalam penyelesaian masalah matematik berayat.Tetapi, kebanyakan murid masih tidak berupaya untuk menyelesaikan masalah matematik berayat yang diberi walaupun mereka telah menguasai kemahiran matematik tersebut. Untuk mengatasi masalah ini, pengkaji telah mengubah kaedah pengajaran kepada kaedah bercerita untuk menyampaikan masalah matematik berayat kepada murid. Tetapi, murid masih tidak dapat menyelesaikannya dengan tepat. Rajah 1 menunjukkan kesilapan murid dalam penyelesaian masalah matematik berayat.

Soalan Terjemahan:Bandar P terdapat seramai 133 283 orang penduduk. Bilangan penduduk bandar Q melebihi daripada bandar P seramai 19 370 orang manakala bilangan penduduk bandar R pula melebihi daripada bandar Q seramai 4 005 orang. Kirakan bilangan penduduk bagi bandar R.

Rajah 1. Kesilapan murid dalam penyelesaian masalah matematik berayat.

Selain itu, pengkaji juga menghadapi masalah untuk menyampaikan isi dan konsep bagi topik yang lebih kompleks seperti darab. Pengkaji telah menggunakan gambar rajah untuk memudahkan penyampaian isi dan konsep darab kepada murid-murid. Bukan itu sahaja, pengkaji juga telah mendemonstrasikan proses pendaraban dengan bahan maujud seperti straw supaya murid dapat memahami konsep pendaraban dengan lebih jelas. Tetapi, hasil pencapaian murid masih kurang memuaskan hati. Rajah 2 menunjukkan kesilapan murid dalam soalan pendaraban bentuk lazim.

Rajah 2. Kesilapan murid dalam soalan pendaraban bentuk lazim.

Disebabkan faktor-faktor tersebut, pengkaji telah banyak kali membuat refleksi terhadap pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan untuk mengesan punca berlaku keadaan tersebut. Pengkaji juga telah membincang dengan guru pembimbing untuk mendapatkan cadangan penambahbaikan bagi pengajaran dan pembelajaran matematik supaya dapat meningkatkan mutu pembelajaran murid. Pengkaji mendapati visualisasi amat membantu dalam pembelajaran matematik murid daripada refleksi-refleksi yang telah dibuat dalam pengajaran dan pembelajaran matematik.

Sorotan LiteraturPada masa kini, semakin banyak kajian yang mengenai penggunaan kaedah visualisasi dalam pengajaran dan pembelajaran telah dijalankan. Visualisasi yang dibincangkan dalam teori kognitif menjadi semakin dominan dalam era konstruktivisme melalui peranannya sebagai teras dalam mencerap, memproses dan menaakul fenomena untuk memodelkannya di dalam minda (Johari, Nor Hasniza & Mohammad Yusof, 2007). Kepentingan menguasai kemahiran visualisasi dalam pembelajaran adalah sangat penting kerana ia dapat membantu murid menguasai konsep-konsep dan memahaminya dengan lebih jelas.Menurut Tufte (2001), visualisasi didefinisikan sebagai usaha memperihalkan maklumat yang dapat diperolehi di dalam objek, gambar, jadual, rajah dan graf secara terperinci, bersistematik dan berfokus. Dengan kata lain, visualisasi dapat membawa kepada pembinaan pengetahuan yang menghubungkan apa yang dilihat dan dicerap ke dalam minda secara aktif dan seterusnya membentuk kerangka untuk memahami imej yang terbina hasil daripada proses cerapan.Mengikut Ahmad Nazir (2006) dalam kajian Lu (2012), penggunaan visual merupakan salah satu strategi yang amat berkesan bagi membantu dan meningkatkan proses pembelajaran murid. Cara ini dijalankan dengan berpandukan pelbagai jenis bahan-bahan visual yang bergerak ataupun tidak bergerak. Terdapat beberapa kajian yang telah dijalankan membuktikan bahawa visualisasi amat penting dalam meningkatkan penguasaan konsep murid.Sebagai contoh, dalam kajian pada tahun 2007, Johari et al. mendapati bahawa kemahiran visualisasi dimanfaatkan pada setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran sains dapat mempertingkatkan kefahaman serta membentuk murid yang berfikir dan bertindak secara aktif dan bertanggungjawab dalam proses pembelajaran mereka sendiri. Melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan, persembahan dapatan murid dalam bentuk visual dapat menunjukkan tahap pemahaman mereka terhadap konsep yang dipelajari.Menurut Lee (2012), pembelajaran visual juga dapat membantu murid-murid memahami dan menghubungkaitkan gambaran visual dengan ciri-ciri yang terdapat padanya. Hal ini dapat membantu murid mengenali secara tepat dan menguasai dengan baik tentang setiap pembelajaran yang disampaikan oleh guru. Lee juga mendapati murid menunjukkan minat dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas atas pembelajaran visual. Oleh itu, pengkaji bercadang untuk menggunakan ilustrasi kartun dalam pengajaran dan pembelajaran matematik.Ilustrasi kartun atau lebih dikenali sebagai komik merupakan kegemaran kepada semua murid. Komik merupakan sejenis bentuk seni yang menggabungkan perwatakan kartun dengan dialog dan membentuk satu jalinan cerita yang menarik. Walaubagaimanapun, ia sering dilabelkan sebagai bahan picisan dan akan meruntuhkan akhlak kanak-kanak kerana ia menjurus ke arah pembentukan sahsiah negatif. Ramai ibu bapa dan pihak sekolah juga menghalang anak atau muridnya daripada membaca komik.Dalam hal ini, Utusan Online (2011) telah menyatakan bahawa pembacaan komik adalah satu kaedah baru yang boleh digunakan untuk memupuk minat membaca dalam kalangan murid. Sebagai alat bantu mengajar, komik diutamakan untuk memotivasikan murid yang lambat dalam pembelajaran, khususnya dalam kemahiran membaca (Ong, Rosmawati, Sabri & Nurulhuda, 2013).Dalam penyelesaian masalah matematik berayat, murid perlu menguasai kemahiran membaca, menganalisis dan matematik supaya dapat memahami kehendak soalan serta mengaplikasikan kemahiran matematik yang sesuai untuk mencari jalan penyelesaiannya. Pengkaji telah menyampaikan masalah matematik berayat dengan menggunakan kaedah ilustrasi kartun dapat memberi gambaran yang jelas kepada murid kerana ia dapat menggabungkan lukisan bersiri dengan urutan cerita yang menarik.Daripada aspek ini, murid lebih berminat untuk menyelesaikan masalah matematik berayat daripada membaca soalan panjang tanpa disertakan rajah yang menarik. Hal ini disebabkan murid lebih memahami isi-isi yang dihuraikan dalam masalah matematik berayat dengan berpandukan lukisan. Pernyataan ini telah dibuktikan dengan kajian yang dilaksanakan oleh Irwan Fahmi (2003) seperti yang dinyatakan dalam kajian Ong dan Ahmad Nizam (2009) bahawa penggunaan komik dapat menggalakkan kefahaman pembacaan.Selain itu, konsep-konsep matematik yang kompleks dan abstrak juga boleh dipersembahkan dengan menggunakan kaedah ilustrasi kartun. Menurut Leong dan Amir Hamzah (2012), komik berupaya menyampaikan mesej tersurat dan tersirat dengan lebih jelas dan mudah. Melalui pembacaan ilustrasi kartun, murid lebih mudah memahami konsep matematik yang disampaikan dan dapat meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) (Rule & Auge, 2005).