Pengaruh Ciri-Ciri Personal dan Ciri-Ciri Program Latihan ...
Bab 1 Kemunculan tamadun Awal Muka Surat 1 28 Zaman ... · Ciri-Ciri Tamadun Petempatan Kekal -...
Transcript of Bab 1 Kemunculan tamadun Awal Muka Surat 1 28 Zaman ... · Ciri-Ciri Tamadun Petempatan Kekal -...
Bab 1 – Kemunculan tamadun Awal
Muka Surat 1 / 28
Kenneth Wong 019-363 9338
Zaman Paleolitik Mesolitik
Cara hidup Hidup secara nomad (berpindah randah) dan berkumpulan
Tempat tinggal Tepi tasik, tepi sungai, gua
Aktiviti Memungut hasil hutan, memburu binatang, dan menangkap ikan
Peralatan
Lokasi Bukit Jawa, Bukit Bunuh, Lenggong, Kota Tampan
(Perak), Tingkayu (Sabah), Gua Niah (Sarawak)
Alat Batu Hoabinh (Vietnam)
(Tiada di Malaysia)
Kepercayaaan Animisme, Mengamalkan Upacara Perkuburan
Cangkerang cowrie
salah satu nilai tukaran
dagangan
Arkeologi – kajian masyarakat lampau secara sistematik melalui proses gali cari
Artifak – barang yang dicipta oleh manusia
Feature – Ketinggalan yang tidak boleh diubah (struktur bangunan & lubang sampah)
Ekofak – ketinggalan seperti sisa makanan, tulang, dan tumbuh-tumbuhan
Bab 1 – Kemunculan tamadun Awal
Muka Surat 2 / 28
Kenneth Wong 019-363 9338
Zaman Zaman Neolitik Zaman Logam (gangsa & besi)
Cara hidup Wujud Ketua, pembahagian tugas dan pengkhususan kerja
Tempat tinggal Hidup menetap dalam kelompok besar di dalam gua dan perhampiran
sungai
Hidup menetap , ada masih di dalam gua dan perhampiran sungai,
mempunyai adat resam (tradisi / undang-undang)
Aktiviti - Bercucuk tanam dan memungut hasil hutan
- menangkap ikan dan menternak binatang
- berdagang dan bertukar barang (Sistem Barter)
- Mula menebur Logam
- Bercucuk tanam dan memungut hasil hutan
- menangkap ikan dan menternak binatang
- berdagang dan bertukar barang (Sistem Barter)
- Meneroka Laut, Kegiatan Perdagangan Maritim
Peralatan
(Peralatan
yang
dilicinkan)
Tembikar Tanah, Gua Musang (Kelantan)
Belanga tanah berkaki tiga (tripod),
Jenderam Hilir (Selangor)
Zaman Gangsa – Kapak Gangsa
Zaman Besi - Tembikar Tanah, Gua Musang (Kelantan)
Lokasi Gua Harimau (Perak), Gua Cha (Kelantan), Bukit Tengkorak (Sabah) Sungai Tembeling dan Raub (Pahang ), Gua Harimau dan
Changkat Menteri (Perak), Lembah Bernam dan Klang (Selangor)
Kepercayaaan Animisme Mempunyai kepercayaan dan pegangan hidu, upacara
pengebumian menggunakan kepingan batu
Bab 1 – Kemunculan tamadun Awal
Muka Surat 3 / 28
Kenneth Wong 019-363 9338
Tamadun (Peradaban)
Makna Tamadun - Arab : mudun , madain dan madana (tinggi budi bahasa & pembukaan bandar)
- Inggeris : Civilization ,berasal daripada Greek yang bermaksud bandar Civitas
Menurut Barat - Dikaitkan dengan pembangunan lahiriah terutamanya dalam hal-hal kebudayaan
o Penulisan
o Undang-undang
o Kesenian
o Pembandaran
Menurut Islam - Merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah
Tokoh Pendapat
Gordon Childe Pencapaian lahiriah merupakan kayu ukur kemajuan tamadun dalam sesebuah masyarakat
Darcy Riberio & R.A. Buchanan menolak unsur rohaniah, sebaliknya hanya menekankan kepentingan dan pembangunan lahiriah
Syed Naquib al-Attas Pencapaian tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat
Richard Sullivan Mengakui bahawa unsur rohaniah sangat penting dalam konsep tamadun, menyokong pandangan Naquib
Ibn Khaldun ( Abdul Al-Rahman Ibn Muhammad )
- Lahir di Tunasia, seorang pemikir yang unggul, sejarawan, dan ahli sosiologi Islam
- Kehidupan Bandar = Kehidupan Bertamadun = apabila lahir semangat assabiah (kekitaan) = wujud semangat bekerjasama dan saling membantu
- Karya Muqaddimah menggunakan istilah umran (tanah yang diaiami secara tetap, berkembang dan maju) dan istilah hadarah (hidup di bandar)
- Hadarah yang digunakan bermaksud kehidupan di bandar yang penuh tatasusila, kesopanan, dan moral yang tinggi
- Karya beliau menjadi rujukan utama sarjana Barat dalam bidang sosiologi, antrapologi, antropologi, dan sejarah.
Bab 1 – Kemunculan tamadun Awal
Muka Surat 4 / 28
Kenneth Wong 019-363 9338
Ciri-Ciri Tamadun
Petempatan Kekal
- Membawa corak hidup yang lebih sistematik
- Cara memilih : kelangsungan bekalan makanan
- Kemajuan bidang pertanian seperti penanaman, penyimpanan
makanan dan penternakan
- Penciptaan alatan baru : cangkul
- Penciptaan teknologi baru : sistem pengairan
- Lebihan pengeluaran dapat menampung petambahan jumlah
penduduk
Sistem Masyarakat
Kehidupan Berorganisasi
- Mengatur cara hidup manusia untuk memastikan kestabilan
dan kemakmuran kehidupan rakyat
- Organisasi sosial terawal : Sistem Keluarga
- Pertambahan penduduk mewujudkan proses pembahagian
masyarakat yang lebih kompleks
- Wujud Sistem Masyarakat , lapisan :
1) Menerajui pemerintahan yang diketuai oleh seorang raja
2) Menguasai upacara dan hal ehwal agama
3) Tunjang kepada aktiviti ekonomi (pertanian &
perdagangan)
4) Kehidupan bergantung kepada lapisan di atasnya
Sistem Pemerintahan
- Dibentuk untuk menjalankan pentadbiran
- Raja menggunakan unsur magis dan mendakwa diri sebagai
wakil Tuhan untuk mendapat pengiktirafan
- Wujud Sistem Perundangan sebagai panduan masyarakat
menjaga keamanan dan kemakmuran
Petempatan Kekal
Kehidupan berorganisasi
Sistem Pemerintahan
Pengkhususan pekerjaan
Agama dan kepercayaan
Bahasa dan system tulisan
Bab 1 – Kemunculan tamadun Awal
Muka Surat 5 / 28
Kenneth Wong 019-363 9338
Pengkhususan Pekerjaan
- Wujud kerana pembentukan organisasi sosial dan peningkatan
produktiviti manusia
- Untuk kestabilan politik dan perkembangan ekonomi
- Produk dihasilkan mengikut kepakaran
- Wujud pertukaran barangan (Sistem Barter) dan aktiviti
ekonomi (perdagangan)
- Perdagangan membolehkan pertukaran ilmu pengetahuan,
teknologi dan budaya antara masyarakat
Agama dan kepercayaan
- Berkait rapat dengan pengiktirafan terhadap golongan
pemerintah, pembahagian sosial masyarakat, perkembangan
ilmu pengetahuan, kesenian dan pembinaan dalam tamadun
awal
- Proses kemunculan tamadun : manusia cuba memahami dan
menyesuaikan kehidupannya dengan alam sekeliling
- Unsur alam (pokok, batu, matahari, laut) dipercayai mempunyai
semangat dan harus dihormati untuk kesejahteraan hidup
- Kepercayaan animisme : percaya bahawa ada kuasa ghaib yang
menguasai alam sekeliling
- Agama Politeisme : sembah lebih daripda satu Tuhan
Bahasa dan sistem tulisan
- Sebahagian daripada perkembangan ilmu pengetahuan dalam
proses pembentukaan tamadun
- Bahasa tertua : Yunani & Sanskrit
- Sistem tulisan awal : Hieroglif, Cuneiform, dan Ideogram
- Penting dalam :
i) Tujuan penyebaran ilmu pengetahuan dan perhubungan
dalam masyarakat
ii) Urusan pentadbiran seperti penyimpanan rekod,
penulisan undang-undang, dan hal-hal keagamaan
iii) Mencatatkan idea serta pemikiran manusia
Bab 1 – Kemunculan tamadun Awal
Muka Surat 6 / 28
Kenneth Wong 019-363 9338
Faktor sungai menjadi lokasi petempatan kekal
Tanah Subur
Makanan
Kemudahan Pengangkutan
Kemudahan Perhubungan
Bekalan Air
Proses Pembentukan Tamadun
1) Bermula apabila wujud hubungan penyesuaian antara manusia dengan alam sekitar
2) Manusia memilih kawasan yang memudahkan perjalanan kehidupan seharian
3) Pilihan utama tempat kekal : Lembah Sungai
Tamadun Lokasi
Mesopotamia Lembah Sungai Euphrates
Mesir Purba Lembah Sungai Nil
Indus Lembah Sungai Indus
Hwang Ho Lembah Sungai Hwang Ho
Bab 1 – Kemunculan tamadun Awal
Muka Surat 7 / 28
Kenneth Wong 019-363 9338
Pro-Fikiran
1. Apakah perubahan yang dibawa oleh manusia pada
Zaman Neolitik untuk meneruskan kehidupan yang
lebih tamadun?
- Menetap kekal di sesuatu kawasan
- Menanam tanaman untuk keperluan
- Mencipta alat yang mempunyai fungsi
- Mewujudkan pembahagian pekerjaan
- Menghasilkan bahan logam
- Melibatkan diri dalam kegiatan perdagangan
- Mencipta perahu dan rumah
- Meneroka lautan
2. Bagaimanakah penduduk tamadun awal
menggunakan tulisan untuk memudahkan
kehidupan mereka?
- Urusan pentadbiran
- Penyimpanan rekod
- Penulisan undang-undang
- Merekodkan hal agama
3. Mengapakah golongan pemerintah penduduk tamadun awal mendakwa diri mereka sebagai wakil Tuhan?
A. Menakutkan rakyat
B. Mendapat pengiktirafan
C. Menambah kesetiaaan
D. Mengelakkan penderhakaan
4. Tamadun awal manusia bermula di lembah-lembah sungai. Apakah kepentingan sungai kepada manusia?
I. Tanah subur untuk pertanian
II. Bentuk muka buminya rata
III. Sungai sebagai sempadan negeri
IV. Tempat upacara pemujaan Tuhan
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
5. Apakah kepentingan sungai seperti Sungai Indus, Nil, Hwang Ho dan Sungai Tigris kepada manusia?
A. Pusat keagamaan
B. Pusat perdagangan
C. Pusat tamadun awal
D. Pusat pelabuhan utama
Bab 1 – Kemunculan tamadun Awal
Muka Surat 8 / 28
Kenneth Wong 019-363 9338
Tamadun Mesopotamia (Sumeria)
Lokasi i) Sekitar Sungai Tigris dan Euphrates
ii) Mesopotamia (Bahasa Yunani) – tanah antara dua sungai
Kerajaan Mesopotamia
i) Kerajaan Sumeria
ii) Kerajaan Akkad
iii) Kerajaan Ur
iv) Kerajaan Babylon
v) Kerajaan Kassites
vi) Kerajaan Assyria
vii) Kerajaan Chaldea
viii) Jatuh atas tangan Parsi
Proses Pembentukan i) Dibahagikan kepada dua bahagian, bahagian utara (Pertengahan Sungai Tigris) dan selatan (Babylon) bandar Baghdad
ii) Sumeria (berasal daripada nama kuno) – merujuk kepada wilayah di selatan Iraq (Sumer)
iii) Tamadun Mesopotamia bermula dari Sumer (Selatan)
iv) Sumer, pada awalnya, didiami etnik Semitik & orang yang tidak tahu asal usulnya
v) Orang Sumer berhijrah ke Sumer dan membina petempatan serta menjalankan aktiviti pertanian
vi) Orang Sumer bukan peneroka awal kerana kebudayaan Neolitik yang lama wujud dan berkembang
vii) Akitiviti ini membawa lebihan makanan dan dapat menampung keperluan penduduk yang bertambah
viii) Pekampungan awal menjadi bandar seperti Kish, Nippur, Lagash, Uruk, Ur, Eridu, Assur dan Mari
Bab 1 – Kemunculan tamadun Awal
Muka Surat 9 / 28
Kenneth Wong 019-363 9338
Ciri-Ciri Tamadun Mesopotamia
Negara Kota
- Unsur ketamadun yang penting : kota dan bandar
- Negara kota di Sumeria : pusat kota, tembok kota, luar kota, pelabuhan
- Setiap nagara kota mempunyai :kubu pertahanan & pelbagai pintu gerbang (lambang kekayaan)
- Dalam kota mempunyai : istana, rumah kediaman, rumah ibadat, rumah kedai, dan pasar
- Rumah Ibadat : pusat yang menjadi tumpuan anggota masyarakat
- Setiap kota mempunyai unit politik dan agama tersendiri
- Sungai dan tanah pamah memudahkan pengangkutan dengan kapal, pedati dan keldai
- Jalan penghubung utama : Sumeria & Kota Mari (diguna pedang dari luar Mesopotamia)
Susun Lapis Masyarakat Mesopotamia
Golongan Pemerintah
Golongan Rakyat
Sistem Tulisan
- Proses (Tulisan Bergambar Tulisan berbentuk symbol (ditulis pada tanah liat)
- Tulisan pada tanah liat berbentuk pepaku (cuneiform)
- Ditulis di tanah liat kerana tiada kewujudan bahan untuk membuat kertas
Bab 1 – Kemunculan tamadun Awal
Muka Surat 10 / 28
Kenneth Wong 019-363 9338
Bangunan Zigurat
Sistem Pemerintahan
- Sistem beraja berbentuk Teokrasi (pemerintahan oleh Tuhan / Wakil Tuhan yang berasaskan hukum agama
dan bersifat ketuhanan)
- Raja :
Dianggap wakil tuhan dan pemilik negara kota
Menjadi ketua pentadbir, ketua tentera, dan ketua pendeta yang berkuasa dalam hal keagamaan
Menjadi ketua agama dan berkuasa melantik ahli keluarga yang memegang jawatan di Zigurat
serta menentukan bentuk pentadbirannya
Berkuasa dalam soal tanah, cukai, hasil pertanian, dan perniagaan
Dibantu oleh pegawai (kebanyakannya golongan bangsawan) dan mempunyai ikatan keluarga
diraja
- Masyarakat tidak menyembah raja sebagai Tuhan kecuali semasa pemerintahan Raja Naramsin di
Akkad kerana dipaksa
- Ini disebabkan baginda menganggap diri terlalu agung apabila berjaya menguasai wilayah yang luas
sehingga digelarkan Raja Empat Penjuru Alam
Pengkhususan Pekerjaan
- Disebabkan oleh lebihan hasil pertanian
- Sesetengah anggota masyarakat meninggalkan bidang pertanian untuk menjadi peniaga, pedagang, dan
artisan
- Perdagangan melibatkan Lembah Indus dan penting kerana Mesopotamia tidak mempunyai banyak
bahan mentah
- Barangan logam, kayu-kayan, emas, dan perak ditukar hasil pertanian
Terdapat pengusaha barangan tekstil, barang tembikar, alat keperluan harian, tukang rumah, tentera
(mempertahankan negara daripada serangan musuh)
Bab 1 – Kemunculan tamadun Awal
Muka Surat 11 / 28
Kenneth Wong 019-363 9338
Sumbangan tamadun Mesopotamia
Kod Undang-undang Hammurabi (Undang-undang)
- Undang-undang tertua
- Mengandungi 282 kod undang-undang / hukuman yang meliputi semua aspek kehidupan
- Hukuman & denda berbeza mengikut lapisan masyarakat
- Berdasarkan prinsip hukuman setimpal dengan kesalahan yang dilakukan
- Menekankan prinsip perikemanusiaan & hak individu
- Ditulis di tiang-tiang besar & tinggi supaya rakyat mengetahuinya
- Berjaya mengelakkan permasalahan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum dan susun lapis
- Mewujudkan perpaduan dan mengukuhkan system organisasi dalam kehidupan masyarakat
- Membantu perdaban Mesopotamia bertahan untuk jangka yang panjang ( 3500 S.M. – 539 S.M.)
Astronomi
- Pergerakan bintang, bulan dan matahari membawa
kepada ilmu matematik dan perkembangan ilmu geometri
- Menggunakan jalan laut dan pandai mencipta kalendar
berasaskan sistem solar (12 bulan setahun)
Sistem Tulisan
- Mewujudkan sistem pendidikan untuk
melahirkan jurutulis
- Mencatat urusan pentadbiran dan
perniagaan sebagai rekod bertulis serta
urusan jual beli (dalam perdagangan)
seperti resit
- Melahirkan tradisi kesusasteraan seperti
Epik Gilgamesh (karya sastera tertua di
dunia)
- Epik Gilgamesh mengandungi falsafah
dan cara hidup orang Mesopotamia
Patung Raja Gudea
Penciptaaan Batu Bata
- Dibuat daripada tanah liat
- Mencipta arca dan tiang batu
(Patung Raja Gudea) yang dapat
dilihat dalam seni bina Zigurat
Bab 1 – Kemunculan tamadun Awal
Muka Surat 12 / 28
Kenneth Wong 019-363 9338
Perubatan
- Berkembang semasa pemerintahan kerajaan Assyria kerana mereka amat mementingkan kesihatan tenteranya
- 500 jenis ubatan (termasuk herba & ramuan) dikatalogkan dan disampelkan
- Cara mengubati penyakit & menggunakan ubat dicatatkan sebagai panduan
- Lebih kurang 22 000 keping tablet tentang penemuan ilmu pengetahuan & sejarah lampau Mesopotamia di
Perpustakaan Diraja
- Koleksi ilmu perubatan terdiri daripada formula perubatan, surat dan dokumen perniagaan & susunan
peristiwa peperangan
- Perpustakaan Diraja ditubuhkan oleh Ashurbanipal (Bandar Nineveh)
Penciptaan Roda
- Untuk memudahkan urusan pengangkutan dan digunakan dalam kereta kuda
- Membolehkan penciptaan kincir air untuk mengalirkan air ke kawasan tandus, meningkatkan hasil
pertanian & mengawal banjir
- Alat pengangkutan awal (kapal layar & alat pengangkutan beroda ) dicipta masyarakat Sumeria
- Oleh itu, mereka mampu menggunakan jalan laut dan darat sehingga dapat berhubung dengan India dan
Laut Mediterranean
Kepimpinan Berwibawa
- Raja Sargon berjaya mewujudkan kerajaan Akkad (empayar utama di dunia)
- Raja Sargon berjaya menakluki dan menyatukan wilayah kerajaan Sumeria di Selatan Mesopotamia
- Raja Sargon menjadi perintis kepada pembentukan empayar
- Tamadun Mesopotamia membentuk masyarakat yang lebih berestetika
Bab 1 – Kemunculan tamadun Awal
Muka Surat 13 / 28
Kenneth Wong 019-363 9338
Pro-Fikiran
Apakah kesan peristiwa kejatuhan kerajaan Chaldea terhadap
tamadun Mesopotamia?
A. Peperangan dengan mesir
B. Penyatuaan negara kota
C. Penguasaan Parsi
D. Penulisan undang-undang
Fakta : keruntuhan kerajaan Chaldea menyebabkan Mesopotamia
dikuasai oleh Parsi
Ciri-ciri bandar di Sumeria
i) Setiap kota raja asing bersifat Teokrasi dan setiap kota satu raja
ii) Raja dibantu golongan bangsawan
iii) Upacara agama diadakan di tempat ibadat oleh golongan paderi
iv) Memberi tembok pertahanan : memberi perlindungan
v) Mempunyai terusan dan benteng untuk lading-ladangnya
vi) Walaupun kerajaan perasingan tetapi bekerjasama dalam pertahanan
vii) Raja berfungsi sebagai ketua agama gabenor
Epik Gilgamesh ialah epik yang tertua di dunia. Apakah perkara
yang berkaitan dengan epic tersebut?
I. Catatan kematian
II. Karya Astronomi
III. Koleksi keperwiraan bangsa
IV. Corak dan falsafah kehidupan
Huraikan bentuk pemerintahan yang dijalankan oleh masyarakat Sumeria
- Teokrasi
- Raja sebagai Tuhan
- Raja Empat Penjuru
- Ketua Pentadbir
- Ketua agama
- Lantik ahli keluarga
- Hal keagamaan
- Golongan bangsawan
Perbezaan hukuman
- Jika bangsawan mematahkan tulang bangsawan lain, tulangnya dipatahkan
- Jika bangsawan mematahkan tulang rakyat biasa, bangsawan itu akan didenda
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Ilmu perubatan berkembang dengan pesat semasa pemerintahan
kerajaan Assyria. Mengapakah perkara tersebut berlaku?
A. Mengubati penyakit raja
B. Mementingkan kesihatan tentera
C. Mewujudkan kajian perubatan
D. Memastikan kesihatan rakyat
Terangkan pencapaian tamadun Mesopotamia dalam bidang sains dan teknologi
- Astronomi
- Ilmu perubatan
- Alat pengangkutan
- Roda
- Seni Bina
- Arca dan tiang batu
- Alat pengangkutan
- Batu bata daripada tanah liat
- Zigurat
Bab 1 – Kemunculan tamadun Awal
Muka Surat 14 / 28
Kenneth Wong 019-363 9338
Tamadun Mesir Purba
Lokasi
- Lahir di tebing Sungai Nil yang mengalir dari bahagian utara Mesir ke Laut Mediterranean
- Sungai Nil berpunca dari dua anak sungai :
o Sungai Nil Baru – bermula dari Tanah Tinggi Ethiopia
o Sungai Nil Putih – bermula dari Tasik Victoria (Uganda)
- Limpahan air Sungai Nil ke kawasan gersang dan berpadang pasir menukar bentuk muka bumi Mesir dan kawasan menjadi subur
- Tanah lanar yang dibawa berjaya membentuk delta yang subur untuk pertanian dan petempatan
Tempoh
Tamadun
- Mempunyai 4 zaman :
i. Awal (3100 – 2200 S.M.)
ii. Pertengahan (2040 – 1785 S.M.)
iii. Empayar (1570 – 1085 S.M.)
iv. Keruntuhan (1085 – 322 S.M.)
- Mesir Purba mengalami zaman keruntuhan apabila dikuasai orang asing :
i. Libya (1100 – 947 S.M.)
ii. Kush (730 – 670 S.M.)
iii. Assyria (633 – 609 S.M.)
iv. Parsi (525 – S.M.)
v. Yunani (332 – 30 S.M.)
vi. Rom ( 30 S.M.)
Proses
Pembentukan
Tamadun
i) Mencapai tahap kebudayaan gangsa pada zaman logam (5000 S.M)
ii) Membina sistem perparitan dan pengairan untuk pertanian mengguna logam
iii) Daya cipta membolehkan pembinaan peralatan kawalan air dan terusan untuk meninggikan kesuburan tanah
iv) Petempatan tetap berteraskan pertanian didirikan
v) Petempatan sepanjang Sungai Nil berkembang menjadi kampung dan beberapa kampung mewujudkan beberapa bandar dan
bergabung menjadi nome / daerah
vi) Kesemua nome disatukan dan salah sebuah bandar menjadi pusat pentabiran (Thinis, Memphis, Thebes)
Bab 1 – Kemunculan tamadun Awal
Muka Surat 15 / 28
Kenneth Wong 019-363 9338
Ciri-ciri Tamadun Mesir Purba
Perkembangan bandar
i) Firaun Menes berjaya menyatukan semua nome dan mengasaskan pusat
pentadbirannya di bandar Thinis dan berpindah ke Memphis
ii) Pusat pentadbirannyaa berpindah ke bandar Thebes (Zaman Pertengahan)
iii) Bandar penting lain Heliopolis, Fayoum, Abydos
iv) Kehidupan bandar penting kerana menjadi tempat kediaman firaun, pusat
pemerintahan, pentadbiran, pelabuhan, pusat keagamaan dan pusat
tumpuan penduduk
Agama dan kepercayaan
i) Tuhan Mesir dikaitkan dengan unsur alam seperti Re (Tuhan
Matahari), Ra-Atum (Tuhan Langit), Amun (Tuhan Angin)
ii) Kepercayaan politeisme dan kehidupan selepas mati
iii) Mayat perlu disimpan & dijaga dan makamnya mesti
dipenuhi peralatan keperluan harian selepas mati
iv) Solekkan mayat, alat kebesaran, dan jumlah barang
melambang kedudukan / status mayat
Kehidupan berorganisasi
i) Masyarakat diketuai firaun (raja berkuasa mutlak dan dianggap suci)
ii) Jawatan firaun diwarisi turun-temurun
iii) Firaun dianggap jelmaan Tuhan Horus (zaman kerajaan lama)
iv) Firaun digelar Raja Matahari kerana dipercayaai anak Tuhan Matahari, Amon-Re (dinasti tiga
dan keempat)
v) Firaun juga ketua pendeta, pemilik tanah, ketua hakim, ketua pahlawan
Pengkhususan Pekerjaan
i) Penenunan dan pembuatan barang tembikar & peralatan membolehkan Mesir berkembang maju
ii) Eksport utama : tekstil dan kertas, Pelombongan emas : Nubia
iii) Pengangkutan air penting kerana kedalaman Sungai Nil lebar dan membolehkan kapal
menyusurinya & berlabuh di pelabuhan seperti Thebes, Memphis, Fayoum, dan Heliopolis
iv) Sistem pemerintahan yang terancang berjaya menarik pedagang-pedagang dari Laut
Mediterranean dan Laut Merah untuk singgah di Mesir Purba
Bab 1 – Kemunculan tamadun Awal
Muka Surat 16 / 28
Kenneth Wong 019-363 9338
Firaun Hatshepsut
Sistem Pemerintahan
i) Diketuai raja iaitu firaun (ketua kerajaan Mesir) dan dibantu golongan bangsawan untuk menjalankan pentadbiran,
menjaga keamanan, mengurus dan mengagihkan penghasilan makanan dalam negara
ii) Golongan bangsawan (pembesar) terdiri daripada pegawai, penasihat, dan gabenor yang mentadbir wilayah yang
ditakluki dan para rahib mentadbirkan hal keagamaan
iii) Urusan pentadbiran dibantu jurutulis (terdiri daripada orang awam) untuk merekodkan rekod kerajaan
iv) Kaum wanita mempunyai kedudukan yang istimewa kerana diiktiraf sebagai pemimpin
v) Firaun Hatshepsut (1501 – 1479) ialah wanita yang mampu memimpin empayar yang besar dan era pemerintahannya
penuh dengan pembaharuan seperti pembinaan terusan dan pertukaran padang pasir kepada tanah pertanian
vi) Pencapaiannya setanding dengan lelaki dan menunjukkan wanita dalam tamadun Mesir mampu memerintah dan memiliki
status yang tinggi
Sistem Tulisan
i) Tulisan hieroglif (kombinasi gambar dan symbol berdasarkan bunyi)
ii) Penting untuk mencatatkan rekod aktiviti pertanian dan pengutipan cukai serta tujuan keagamaan dan amalan ritual
kepercayaan
Sumbangan tamadun Mesir Purba
Piramid Sphinx yang melambangkan kebesaran Firaun
Seni Bina
- Menggambarkan kreativiti dalam bidang pembinaan
- Imhotep (saintis, ahli fizik, arkitek, dan penasihat Firaun Djoser)
o ilhamnya memulakan pembinaan piramid
o membina Piramid Sakkara (binaan batu tertua) , memperkenalkan teknik pembinaan bangunan
menggunakan batu bata dan pengamal perubatan dan pengarang buku sains dan sastera
Bab 1 – Kemunculan tamadun Awal
Muka Surat 17 / 28
Kenneth Wong 019-363 9338
Pendidikan
i) Untuk kanak-kanak keluarga atasan dan diterima sejak kecil lagi
ii) Institusi pendidikan diletakkan di bawah urusan rumah Ibadat dan di
bawah pentadbiran kerajaan
iii) Bertujuan melahirkan pegawai kerajaan, terutamanya jurutulis yang
sempurna dan terlatih
iv) Ilmu diajar : Geometri, Matematik, dan Sains dan bertujuan melatih
golongan yang menguruskan hal ehwal pertanian, pengawalan air
Sungai Nil, dan pembinaan bangunan serta piramid
Penciptaan kertas
i) Mencipta daripada pokok papyrus (terdapat di sepanjang Sungai
Nil)
ii) Memudahkan penyimpanan dan meninggalkan
kebergantungan pada kepingan batu bata untuk menyimpan
khazanah bangsa
iii) Khazanah ditinggal dalam bentuk rekod yang tertulis dan
terpahat dalam sistem tulisannya (hieroglif)
iv) Keagungan dapat dilihat pada tulisan yang terpahat dengan
indah, cantik, halus, dan penuh seni
Perkembangan Ilmu Pengetahuan
i) Nadi masyarakat : Sungai Nil
ii) Ilmu Matematik (algebra, geometri dan astronomi) digunakan dalam
usaha mengawal banjir Sungai Nil
iii) Penciptaan sistem pengairan menukar kawasan padang pasir ke tanah
pertanian
iv) Firaun Sennusret III berjaya membina tembok pengairan (123 km) bagi
menebus guna kawasan padang pasir dan membina terusan untuk
mengairkan tanah seluas 10 000 hektar
Perubatan
i) Ilmu perubatan melahirkan ramai pengamal perubatan dan
mereka mendapat status yang tinggi
ii) Mereka berkhidmat untuk firaun dan masyarakat
iii) Kemajuan bidang ini terutamanya dalam proses memumiakan
mayat, berkait rapat dengan kepercayaan masyarakat Mesir
Purba
iv) Buku catatan tentang perubatan ditemui dalam makam
Firaun Khufu (1600 S.M.) dan telah disalin beberapa kali oleh
para jurulatih diraja sejak berzaman-zaman
v) Tahap keilmuan dan kemahiran terutamanya dalam bidang
fizik, kimia, perubatan dan pembedahan memberikan
sumbangan besar kepada perkembangan ilmu hingga hari ini
Bab 1 – Kemunculan tamadun Awal
Muka Surat 18 / 28
Kenneth Wong 019-363 9338
Pro-Fikiran
Bandar-bandar di bawah adalah bandar dalam tamadun
Mesir.
Bandar Thinis
Bandar Memphis
Bandar Thebes
Terangkan keistimewaan masyarakat Mesir Purba yang membolehkan Mesir menjadi
pusat tamadun dunia.
Kehidupan Bandar
Penciptaan Tulisan
Menukar Kawasan Padang Pasir
Perkembangan Dalam Ilmu Pengetahuan
Pengkhususan Pekerjaan
Kepandaian Dalam Penciptaan Kertas
Apakah fungsi bandar-bandar tersebut?
a) Pusat Keagamaan
b) Bandar Piramid
c) Pusat Pentadbiran
d) Pusat Istana Firaun
Apakah sumbangan Firaun Menes dalam tamadun Mesir?
I. Menyatukan nome
II. Memindahkan pentadbiran
III. Menggubal undang-undang
IV. Membina piramid utama
Nyatakan sistem pemerintahan yang dijalankan oleh firaun dalam tamadun Mesir
Ketua Kerajaan Mesir
Dibantu Golongan Bangsawan
Bangsawan Membantu Menguruskan
Pentadbiran
Bangsawan Membantu Menjaga Keamanan
Menguruskan Penghasilan Makanan
Gabenor, penasihat dan pegawai
mentadbir wilayah yang ditakluki
Rahib bertanggungjawab tentang hal
ehwal keagamaan
Jurutulis membantu firaun untuk
menulis rekod kerajaan
a) I dan II
b) I dan IV
c) II dan III
d) III dan IV
Orang Mesir merekodkan semua upacara keagamaan dengan
menggunakan tulisan yang berbentuk gambar. Tulisan yang
dicipta oleh pendeta Mesir disebut sebagai
Berdasarkan pengetahuan Sejarah anda, bincangkan sumbangan tamadun Mesir Purba
dalam bidang sains dan teknologi
Astronomi
Kalendar
Matematik
Sistem Pengairan
Kejuruteraan
Piramid
Mengawet Mayat
a) Ideogram
b) Hieroglif
c) Cuneiform
d) Algebra
Bab 1 – Kemunculan tamadun Awal
Muka Surat 19 / 28
Kenneth Wong 019-363 9338
Tamadun Indus
Lokasi
Tamadun terawal di India dan terletak di Lembah Indus yang
disaliri Sungai Indus
Sungai Indus berpunca dari kawasan pergunungan dan mengalir
ke Laut Arab
Disebut Tamadun Harappa (sempena nama bandar utama)
Terletak di Barat laut India dan dikelilingi Banjaran Makran,
Pergunungan Baluchistan, Punjab dan Rajasthan di bahagian
Timur serta Kathiawar dan Gujerat di bahagian Tenggara
Tempoh Tamadun
Muncul : 2500 S.M. dan Merosot : 1800 S.M. tetapi faktor
kehancuran Tamadun Indus masih belum jelas hingga hari ini
Ahli sejarah berpendapat bahawa keruntuhannya disebabkan
serangan orang Aryan dan bencana Alam (banjir, kemarau dan
gempa bumi)
Proses
Pembentukkan
Tamadun
i) Penduduk di bahagian barat laut mengamalkan kehidupan secara nomad
ii) Mereka menyara kehidupan dengan memburu dan mengumpulkan makanan dari hutan
iii) Mereka membentuk petempatan kekal di Sepanjang Sungai Indus kerana tanahnya subur dan terdapat bekalan air
iv) Kepandaian penduduknya menyesuaikan diri dengan alam sekitar meingkatkan kegiatan hasil pertanian serta petambahan
penduduk
v) Faktor-faktor ini menyebabkan perkembangan bandar seperti Bandar Mohenjo-Daro dan Harappa
vi) Terdapat pelabuhan : Lothal dan Sutkagen Dor
Bab 1 – Kemunculan tamadun Awal
Muka Surat 20 / 28
Kenneth Wong 019-363 9338
Ciri-Ciri Tamdun Indus
Bandar Terancang Mohenjo-Daro
Petempatan Kekal
- Mewujudkan bandar terancang (Harappa & Mohenjo-Daro) yang rapi dan susun atur sistematik
- Kemajuan ilmu geometri dan pembinaan serta sumbangan tamadun Mesir Purba dan Mesopotamia membantu
masyarakat Indus membuat perancangan sebuah bandar
- Bandar terbahagi dua bahagian dan dikelilingi tembok :
o Bahagian utama : pusat pentadbiran & keagamaan yang menempatkan bangunan pentadbiran,
tempat mandi awam (upacara ritual dan pembersihan), dan tempat menyimpan hasil pertanian)
o Bahagian kedua : kawasan perumahan
- Bandar disusun berasaskan blok-blok berbentuk segi empat , setiap blok dipisahkan jalan raya yang lurus
- Setiap bandar mempunyai sistem kumbahan terancang dan dihubungkan oleh sungai (jalan perhubungan)
Tempat Mandi Awam Mohenjo-Daro (Pakistan)
Susun Lapis Masyarakat Tamdun Indus
Patung Pendeta (Mohenjo-Daro)
Organisasi Sosial
- Golongan kelas atasan utama : pendeta dan mereka
mempunyai kuasa dan pengaruh besar dalam mengawal
aktiviti masyarakat terutamanaya kegiatan keagamaan
- Golongan bawahan memberi ketaatan kepada pendeta
(Ketua Agama)
- Tiada bukti kewujudan raja, dipercaya pendeta memegang
tampuk pemerintahan
- Golongan petani : menjalankan aktiviti pertanian dan
menyalurkan sebahagian kepada pihak berkuasa
- Golongan buruh : menjalankan kerja pemburuhan (menjaga
kebersihan, membina tembok di benteng dan terusan)
Bab 1 – Kemunculan tamadun Awal
Muka Surat 21 / 28
Kenneth Wong 019-363 9338
Cap tamadun Indus, beberapa dijumpai di Mesopotamia yang
membuktikan perdagangan antara tamadun
Pengkhususan Pekerjaan
- Masyarakat Indus menjalan aktiviti ekonomi (perdagangan, pertanian, pertukangan dan pembuatan)
- Perdagangan melibatkan negara luar ( bukti penemuan cap mohor buatan masyarakat Indus di
Mesopotamia)
- Hasil perdagangan penting : emas, gading gajah, manik dan hasil pertanian
- Hasil tanaman makanan : barli , kacang …
- Golongan artisan : membina dan menghasilkan logam dan barangan tembikar
Patung terakota berbentuk
dewi ibu
Agama dan kepercayaan
- Penemuan patung dan ukiran membuktikan kewujudan amalan agama
- Patung terpenting : patung Proto-Siva yang menunjukkan seseorang duduk bersila dengan gaya yoga
dan terdapat tiga tanduk di kepalanya ( melambangkan Dewa Brahma, Vishnu dan Siva )
- Terdapat kepercayaan Tuhan Ibu yang melambangkan kesuburan (kebudayaan lebih awal) yang
berlaku di Mesopotamia, Asia Kecil, Syria, dan Palestin
Pro-Fikiran
Bagaimanakah penduduk tamadun Indus berjaya membuat perancangan
terhadap pembinaan bandarnya?
Apakah bidang ilmu yang diperlukan untuk membina sebuah bandar
terancang?
I. Aktiviti Perdagangan
II. Ketaatan Kepada Tuhan
III. Kemajuan Ilmu Geometri
IV. Hubungan Dengan Tamadun Lain
I. Sejarah
II. Geografi
III. Matematik
IV. Astronomi
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Apakah bukti yang menunjukkan tamadun Indus membuat perdagangan
dengan tamadun lain?
Masyarakat Lembah Indus mempercayai Tuhan Ibu. Mengapakah
wujudnya kepercayaan demikian?
A. Amalan sistem barter
B. Penemuan cap mohor
C. Catatan tulisan Cuneiform
D. Penggunaan Bahasa yang sama
A. Melambangkan kesuburan
B. Mematuhi perintah ibu
C. Menjadi anak yang baik
D. Mengikut warisan turun-temurun
Bab 1 – Kemunculan tamadun Awal
Muka Surat 22 / 28
Kenneth Wong 019-363 9338
Sumbangan Tamdun Indus
Keupayaan Pengeksploitasian
- Keupayaan dan kebolehan masyarakatnya mengeksploitasikan kelebihan memudahkan kehidupan
Perancangan Bandar
- Memerlukan gabungan kepakaran sudut letak bandar dan segi pengisiannya
- Memerlukan Ilmu Matematik, Geometri, dan Kesenian dan membawa kecemerlangan Indus
- Pemahaman geometri :
o hasil pertembungan dengan tamadun Mesopotamia dan Mesir
o membolehkan perancangan bandar tersusun berasaskan segi empat tepat & jalan raya
lurus
- Mutu bahan binaan dipertingkatkan dengan menghasilkan batu bata menerusi kepakaran
pembakaran suhu yang tinggi
Hubungan Dengan Tamadun Lain
- Menunjukkan bahawa sesebuah masyarakat tidak akan cemerlang tanpa membuat hubungan dan
bertukar pandangan dengan pihak lain
- Hubungan tamadun Mesir Purba dan Mesopotamia memberi manfaat dalam bentuk teknologi
- Hubungan dengan Mesopotamia :
o Disesuaikan dengan keadaaan dan suasana tempat
o Dapat dibuktikan melalui sumber Mesopotamia yang menyatakan nama bandar Makan
dan Meluhha yang disebut Makran dan Meluhha berkemungkinan besar adalah
Mohenjo-Daro
- Menunjukkan keamanan penting untuk proses pembentukan tamadun serta menjadi tunjang
kekuatan sebuah bangsa untuk mencapai kemajuan & kecemerlangan
Bab 1 – Kemunculan tamadun Awal
Muka Surat 23 / 28
Kenneth Wong 019-363 9338
Tamadun Hwang Ho
Lokasi - Terletak di Hwang Ho / Sungai Kuning dan adalah sungai kedua terpanjang di China (5464 km)
- Terletak di bahagian utara Negara China dan mengalir ke kawasan tanah tinggi di sebelah barat ke teluk Bo Hai (sebelah timur)
- Bersifat setempat kerana bergunung-ganang dan berpadang pasir
Tempoh
Tamadun
- Dikesan daripada penemuan tengkorak homo sapien (Peking Men)
- Peking Men dikatakan hidup pada sekitar tahun 400 000 S.M dan
membuktikan adanya kehidupan Zaman Paleolitik
- Zaman Neolitik (5000 S.M.) muncul aktiviti pertanian dan perdagangan
- Dinasti Hsia ialah dinasti pertama China
- Dinasti Shang :
o Kewujudan dikesan melalui jumpaan arkeologi (1766 – 1050
S.M)
o Pada akhir pemerintahan, muncul kebangkitan hamba kerana
kezaliman pemerintahan Raja Shang
o Kesempatan digunakan Dinasti Chou menyingkirkan dan
menggantikan pemerintahan Shang
Proses
Pembentukkan
Tamadun
i) Kesuburan tanah menyebabkan perkembangan tamadun di Hwang Ho
ii) Tanah yang subur berjaya menarik penduduk awal secara nomad menetap di Hwang Ho
iii) Tapak Banpo (berdekatan dengan bandar Sian) ialah petempatan awal penduduk
iv) Penduduk menjalankan kegiatan pertanian, penternakan binatang, mengumpul hasil hutan dan memburu binatang
v) Perkembangan ini membentuk bandar, Bandar Anyang adalah bandar terawal
vi) Dinasti Shang membawa kemajuan dalam usaha peluasan kuasa dan penyebaran budaya
vii) Tamadun tersebar hingga bahagian Selatan Sungai Yangtze (Dinasti Chou)
Bab 1 – Kemunculan tamadun Awal
Muka Surat 24 / 28
Kenneth Wong 019-363 9338
Ciri-Ciri Tamadun Hwang Ho
Negara Kota
- Negara kota terawal : Anyang, Sungai Huan (kawasan tanah tinggi)
- Terdapat istana, kuil dan pusat pentadbiran dan dilengkapi tembok (menghalang
pencerobohan musuh)
- Dikelilingi perkampungan didiami petani
- Raja, golongan pembesar dan golongan agama tinggal di kawasan bandar
Pengkhususan Pekerjaan
- Disebabkan kewujudan sistem sosial
- Golongan pembesar mempunyai tentera sendiri dan terbahagi dua golongan , tentera yang
menggunakan kereta kuda dan yang berjalan kaki
- Golongan petani :
o Tonggak ekonomi dan pentadbiran, berperanan memenuhi keperluan golongan atasan
o Membentuk kumpulan artisan yang mencipta barang (senjata dan barang tembikar)
- Golongan hamba : tentera paksaan, membantu kerja pemburuhan, tujuan korban dalam
upacara penyembahan
Organisasi Sosial
- Lapisan atas : Raja dan pembesar
- Petani tinggal dikawasan luar bandar ( sekeliling kota )
- Golongan artisan mahir dalam teknologi gangsa (senjata, perisai, hiasan kereta kuda untuk
upacara keagamaan)
- Golongan pembesar sahaja mampu memiliki tentera dan senjata gangsa dan menggunakan
keistimewaan untuk menudukkan golongan bawahan
- Golongan paling bawah masyarakat Shang : hamba
Bab 1 – Kemunculan tamadun Awal
Muka Surat 25 / 28
Kenneth Wong 019-363 9338
Sistem Pemerintahan
Dinasti Shang Dinasti Chou
- Pemerintahan beraja dan penggantinya secara warisan dalam kalangan
saudara lelaki yang lebih muda / anak lelaki raja
- Raja-raja Shang mempunyai kewibawaan politik, ekonomi, sosial,
keagamaan dan di kawasan pusat pentadbiran
- Masyarakat percaya mandat (arahan) daripada tuhan
- Raja-raja Shang tidak perlu mendapat pengesahan (verification) politik
kerana mereka daripada keturunan pemerintah agama
- Golongan bangsawan :
o Bertanggungjawab kepada wilayah di luar pusat pentadbiran
o Membantu raja dalam urusan pentadbiran bersama pegawai kerajaan
o Berhak mewujudkan sistem pemerintahannya sendiri (cukai,
pertahanan dan undang-undang)
- Masih meneruskan sistem Dinasti Shang selepas merampas kuasa
- Raja-raja Dinasti Chou membahagikan pemilikan tanah kepada
wilayah dan melantik pembesar tempatan di setiap wilayah
- Pembesar :
o Diikat melalui ikrar taat setia kepada pemerintah Chou
o Dihadiahkan kereta kuda, senjata gangsa, hamba dan
binatang
o Diminta melindungi raja & memberikan bantuan ketenteraan
pada masa peperangan
o Diberikan hak bertindak sebaagai ketua agama (upacara
pengorbanan)
Sistem Tulisan
- Dibawa oleh amalan penilikan (pemeriksaan) tulang
- Rekahan-rekahan (cracks) tulang membawa idea mencipta tulisan berbentuk ideogram
(berbentuk simbol)
- Tulisan ini kebanyakkanya mempunyai gambar (kanak-kanak, bulan, matahari, sungai)
- Tulisan ini mengalami perubahan dan berubah kepada bentuk lebih kompleks
Bab 1 – Kemunculan tamadun Awal
Muka Surat 26 / 28
Kenneth Wong 019-363 9338
Agama dan Kepercayaan
- Animisme dan Politeisme serta menyembah roh nenek moyang
- Mereka menyembah Tuhan Syurga (Shang-Ti), Tuhan Bumi (Tu), sungai, bukit dan gunung
- Upacara penyembahan melibatkan permainan muzik, tarian dan upacara korban (diketuai seorang
bomoh)
- Tulang binatang dan kulit kera-kera dijumpai (Anyang)
- Tulang ini (Tulang Oracle) berfungi meramalkan (predict) sesuatu keadaan
- Golongan bomoh yang terlibat meletakkan tulang pada unggun api sehingga timbul rekahan
- Rekahan ditafsirkan dan disabitkan dengan sesuatu kejadian
Pro-Fikiran
Tengkorak homo sapien yang dikenali sebagai Peking men telah dijumpai di
China. Apakah yang dapat dibuktikan hasil daripada penemuan tersebut?
Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan tulang oracle?
A Pengenalan sistem tulisan C Alat upacara pengebumian
A. Permulaan tamadun China B. Kehidupan Paleolitik B Senjata untuk berperang D Gendang gangsa
C. Kehidupan Neolitik D. Teknologi awet mayat Konsep Mandat
- Percaya bahawa Dinasti Baharu mendapat mandat daripada Tuhan yang
memerintah
- Jika raja memerintah dengan adil, kerajaandan rakyat akan makmur
- Kuasa memerintah datang daripada Tuhan
- Raja adil mendapat mandat dan Raja zalim kehilangan mandat dari Tuhan
- Kehilangan mandat dialamatkan dengan bencana alam, penyakit…
- Rakyat boleh memberontak untuk menjatuhkan raja-raja yang kehilangan
mandat
Mengapakah Raja Dinasti Shang tidak perlu mendapat pengesahan politik
untuk memerintah?
A. Mengikut konsep mandat B. Menggulingkan raja yang zalim
C. Berketurunan pemerintah agama D. Berasal daripada anak raja yang sah
Bab 1 – Kemunculan tamadun Awal
Muka Surat 27 / 28
Kenneth Wong 019-363 9338
Sumbangan Tamadun Hwang Ho
Politik Pemerintahan
- Pemerintahan Monarki hingga zaman Dinasti Ching
- Gelaran raja tukar kepada maharaja
- Konsep anak syurga dan mandat dikaitkan dengan maharaja
Ekonomi
- Pembinaan sistem pengairan dan mengambil berat pembangunan pertanian selain mengelakkan banjir
- Shih Huang Ti meneruskan sistem pengairan ke barat daya China
- Terusan dibina untuk mengairi pertanian (Szechwan)
- Kemajuan teknologi pembajakan & penciptaan cangkul dan sabit
- Petani mencipta kaedah baharu seperti batas (tujuan penanaman)
Tulisan
- Sumbangan terpenting dan berkembang secara evolusi serta masih digunakan hingga hari ini
- Penggunaan meluas dalam bidang penulisan dan pencetakan
- Tulisan diajar di sekolah-sekolah China dan berkembang sehinnga digunakan Jepun dan Korea
Agama dan Kepercayaan
- Pemujaan roh nenek moyang kekal hingga hari ini dan bermula sejak zaman Shang
- Pengorbanan manusia tidak lagi diamalkan, digantikan makanan duit kertas dan barang hiasan
- Konsep Yin dan Yang serta Feng Shui masih terdapat di China hingga hari ini
Penciptaan Kalendar
- Diperkenalkan semasa pemerintahan Dinasti Shang
- 30 hari sebulan dan 360 hari setahun
- Digunakan untuk menentukan musim menanam dan musim menuai
- Cara diteruskan dalam menjalankan aktiviti harian (perkahwinan, perburuan, pengebumian)
Bab 1 – Kemunculan tamadun Awal
Muka Surat 28 / 28
Kenneth Wong 019-363 9338
Falsafah
- Menyumbang kepada pengamalan falsafah perang Sun Tzu
- Karya The Art of War :
o Membicarakan selok-belok peperangan dan cara menangani musuh
o Diulang cetak dalam pelbagai Bahasa
o Diaplikasikan sebagai teknik urusan perniagaan
Pro-Fikiran
Jelaskan sumbangan tamadun Hwang Ho dalam bidang ekonomi Karya falsafah The Art of War membicarakan selok-belok peperangan. Apakah
kepentingan karya falsafah berikut kepada masyarakat hari ini? - Terusan - Cangkul
- Teknologi pembajakan
- Sistem pengairan
- Pembangunan pertanian
- Sabit
- Kaedah baharu
- Batas untuk penenaman
A. Mengatur strategi perniagaan
B. Melahirkan seni pertahanan diri
C. Menerangkan bentuk pemerintahan
D. Menentukan amalan feng shui