Bab 1-Kerajaan Awal Di Alam Melayu Edit

19
Kerajaan Awal Di Alam Melayu Dr.Haji Ismail bin Said Jabatan Sains Sosial Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis [email protected] Tinjauan Historiografi Ahli-ahli sejarah mengalami kesukaran dalam membuat penyelidikan tentang Kerajaan Awal Di Alam Melayu . Ahli-ahli sejarah menghadapi kesukaran kerana tidak ada banyak bukti-bukti yang nyata ataupun bukti-bukti peninggalan masa lalu tentang kedudukan kerajaan awal di Alam Melayu. Namun begitu ahli-ahli sejarah tidak menghadapi halangan dan kesukaran apabila menjalankan penyelidikan ke atas negara-negara lain di Asia Tenggara. Ahli- ahli sejarah telah mempunyai banyak bukti-bukti peninggalan masa lalu. Antaranya ialah Angkor Wat di Kampuchea , Borobudur di Jawa , batu bersurat yang mengesahkan kedudukan kerajaan Pagan di Burma dan koronologi-kronologi tentang sejarah kerajaan Vietnam. Berdasarkan kepada bahan peninggalan yang sedia maka ahli-ahli sejarah telah berjaya menghasilkan penyelidikan yang bermutu dan juga dapat mempaparkan kedudukan dan kegemilangan kerajaan awal yang wujud di negara-negara Asia Tenggara. Namun begitu akibat usaha gigih ahli-ahli sejarah maka mereka telah berjaya menemui bahan-bahan peninggalan masa lalu yang mempunyai kaitan

description

Sejarah Melaka

Transcript of Bab 1-Kerajaan Awal Di Alam Melayu Edit

Page 1: Bab 1-Kerajaan Awal Di Alam Melayu Edit

Kerajaan Awal Di Alam Melayu

Dr.Haji Ismail bin SaidJabatan Sains Sosial

Institut Pendidikan Guru Kampus [email protected]

Tinjauan Historiografi

Ahli-ahli sejarah mengalami kesukaran dalam membuat penyelidikan tentang Kerajaan Awal Di Alam

Melayu . Ahli-ahli sejarah menghadapi kesukaran kerana tidak ada banyak bukti-bukti yang nyata

ataupun bukti-bukti peninggalan masa lalu tentang kedudukan kerajaan awal di Alam Melayu.

Namun begitu ahli-ahli sejarah tidak menghadapi halangan dan kesukaran apabila menjalankan

penyelidikan ke atas negara-negara lain di Asia Tenggara. Ahli-ahli sejarah telah mempunyai banyak

bukti-bukti peninggalan masa lalu. Antaranya ialah Angkor Wat di Kampuchea, Borobudur di

Jawa, batu bersurat yang mengesahkan kedudukan kerajaan Pagan di Burma dan

koronologi-kronologi tentang sejarah kerajaan Vietnam. Berdasarkan kepada bahan peninggalan

yang sedia maka ahli-ahli sejarah telah berjaya menghasilkan penyelidikan yang bermutu dan juga

dapat mempaparkan kedudukan dan kegemilangan kerajaan awal yang wujud di negara-negara

Asia Tenggara.

Namun begitu akibat usaha gigih ahli-ahli sejarah maka mereka telah berjaya menemui

bahan-bahan peninggalan masa lalu yang mempunyai kaitan dengan alam Melayu sebelum

tahun 1400. Ahli-ahli sejarah telah berjaya menemui sumber-sumber sejarah iaitu sumber Cina,

sumber India dan sumber Arab. Walaupun ahli-ahli sejarah berjaya menemuai sumber-sumber

tersebut namun ahli-ahli sejarah telah juga menghadapi masalah untuk meneliti dan memahami

kandungan yang terdapat dalam sumber-sumber tersebut. Halangan yang dihadapi oleh ahli-ahli

sejarah ialah kemahiran linguistik.

Page 2: Bab 1-Kerajaan Awal Di Alam Melayu Edit

Kemahiran linguistik amat diperlukan bagi ahli-ahli sejarah bagi memahami dan mentafsirkan

kandungan yang terdapat dalam sumber-sumber tersebut. Namun begitu dengan bantuan

pakar-pakar bahasa maka ahli-ahli sejarah telah berjaya mengkaji tentang kedudukan Alam Melayu.

Sumber Cina

Penemuan sumber Cina telah memberikan harapan yang besar kepada ahli-ahli sejarah untuk

membuat penyelidikan tentang kedudukan kerajaan-kerajaan di Alam Melayu. Berdasarkan sumber

Cina maka ahli-ahli sejarah telah bertindak untuk menyusun semula sejarah awal rantau Melayu.

Dalam penyusunan semula sejarah awal rantau Melayu ahli-ahli sejarah telah juga menghadapi

masalah dan halangan tertentu.

Apabila meneliti sumber Cina maka satu kelebihan yang boleh diperoleh ialah terdapatnya bukti-bukti

tentang sejarah dinasti imperial. Dalam pemaparan bukti-bukti tentang kedudukan dinasti

imperial terdapat juga satu bahagian yang mempertengahkan tentang kedudukan negara asing.

Jadi ini merupakan satu kelebihan dalam sumber Cina dan berguna untuk ahli-ahli sejarah untuk

meneliti tentang fakta-fakta tentang negara asing tersebut. Walau bagaimanapun kedudukan

negara asing tersebut telah disusun dalam bentuk nota-nota. Dalam perkataan lain ahli-ahli

sejarah tidak dapat mengakses sumber Cina yang asli tetapi terpaksa bergantung kepada

penyalinan yang telah dibuat berdasarkan kepada rujukan sumber asal tersebut. Penyalinan

semula boleh dipertikaikan kerana akan berlaku kesilapan dan tokoh tambah untuk menguatkan

sejarah dinasti imperial. Penceritaan tentang mubaligh-mubaligh Buddha yang telah belayar ke

negara India, panduan-panduan tentang pelayaran untuk para pelaut, aktiviti pengembara-

pengembara pada zaman pemerintahan Ming(1368-1644) merupakan sumber-sumber yang

penting bagi ahli-ahli sejarah untuk melihat kedudukan kerajaan awal di alam Melayu. Namun

demikian masalah kronologi dan kesahihan tentang sumber-sumber tersebut mungkin akan timbul

kerana bergantung kepada saksi-saksi yang melaporkan kejadian peristiwa sejarah tersebut.

Page 3: Bab 1-Kerajaan Awal Di Alam Melayu Edit

Pergantungan kepada saksi-saksi tersebut menimbulkan masalah kepada ahli-ahli sejarah kerana

kemungkinan peristiwa bersejarah tersebut berlaku lebih awal yang tidak diketahui oleh para saksi.

Selain itu keumungkinan saksi-saksi tersebut mendapat maklumat daripada orang kedua ataupun

orang ketiga. Penurunan fakta daripada orang kedua kepada orang ketiga sudah tentu akan

berlaku tokok tambah dan akan menjejaskan fakta asal peristiwa sejarah tersebut. Selain itu

ahli-ahli sejarah tidak mempunyai peluang untuk bertemu dengan saksi-saksi tersebut untuk

memastikan ketulenan fakta-fakta tersebut.

Ahli-ahli sejarah mempunyai alasan yang kukuh apabila mereka mempertikaikan kedudukan

sumber-sumber Cina. Sumber-sumber Cina telah dianggap sebagai sumber yang sahih dan tepat

terutama kerana terdapat butiran-butiran tentang negara-negara yang berdekatan yang diketahui pada

masa itu oleh para penulis yang menulis sumber Cina tersebut. Sebagai contohnya dalam sumber

Cina tersebut ada dipaparkan tentang kisah pengembaraan orang-orang Arab. Pemaparan tentang

kedudukan pengembara Arab telah dipertikaikan oeh ahli-ahli sejarah dan ini telah menimbulkan

kesangsian terhadap keaslian sumber Cina tersebut. Sehingga pertengahan kurun ke-14 tidak ada

seorang penulis yang pernah menjelajah ke Asia Tenggara. Oleh itu para ahli sejarah mendapati

butiran tentang pengembara Arab tersebut hanyalah satu rekaan semata-mata ataupun satu bentuk

cerita berbentuk imaginasi oleh kelasi-kelasi yang menekankan perkara-perkara karut dan ajaib.

Page 4: Bab 1-Kerajaan Awal Di Alam Melayu Edit

Buku Ming Shih & Ming Shih-Lu

Dikumpul pada tahun 1742 daripada rekod Dinasti Ming Menjelaskan masalah nama,susunan & tempoh pemerintahan Raja-raja Melaka yang terawal.

Buku Ying-Yai Sheng Lan & Hsing-Cha Sheng Lan Laporan naratif catatan Ma Huan (beragama Islam) dan Fe Hsin pada awal abad ke-15.

Menyebut nama Megat Iskandar Syah (pengganti Parameswara) memeluk Islam apabila usianya melanjut.

Melaporkan keadaan masyarakat Melaka, “The king of Malacca and the people are all Mohammedans and they carefully observe the tenets of thus religion”(dipetik oleh W.P.Groneveldt)

Sumber Mesir Buku Geographike Huphegesis (panduan Geografi) ada kaitannya dengan Semananjung

Malaysia.

Sumber Portugis (5 sumber Portugis tentang Malacca)

Tom Pires – The Suma OrientalJoao de Barros – de AsiaAlfanso de Albuquerque – The Commentaries of the Great Alfanso Dalboquerque Second Viceroy

of India.Manuel Gadinho de Eredia – Report on the Golden Chersonese & Descripition of Malacca

Sumber Portugis melaporkan keadaan Melaka selepada pada tahun 1511

Tom Pires – The Suma Oriential

Menjelaskan hal ehwal Melaka pada zaman kesultanan Melaka.

Memperlihatkan keperibadian Sultan Mahmud, “…was less just than any of the previous ones,very luxurious,intoxicated with opium everyday”

Memperlihatkan keperibadian Sultan Muzaffar Syah, “was a man of justice and liberal to the merchants”

Raja Melaka – Paramicura – 5 tahun memerintah di Singapura,6 tahun tinggal di Muar dan

mangkat di Bertam.

Joao de Barros – de Asia

Page 5: Bab 1-Kerajaan Awal Di Alam Melayu Edit

Berasaskan dokumen dan maklumat yang diperolehi secara lisan daripada dokumen dan

maklumat yang diperoleh secara lisan penterjemah Arab dan Pani.

Alfanso de Albuquerque - The Commentaries of the Great Alfanso Dalboquerque Second Viceroy of

India.

Lebih mengangkatkan dirinya sebagai wira.

Kegunaan arkeologi

Apabila para ahli sejarah menghadapi masalah dalam menapatkan sumber-sumber tertentu tentang

kedudukan kerajaan di alam Melayu maka para ahli sejarah telah mempunyai kesempatan untuk

menggunakan bahan arkeologi untuk menjalankan penyelidikan mereka. Para ahli arkeologi telah

menemui bahan-bahan tertentu yang berkaitan dengan kerajaan alam Melayu. Malangnya para ahli

sejarah telah menghadapi halangan apabila hendak mengekses bahan arkeologi tersebut.

Kedaaan fizikal geografi telah menjejaskan bahan arkeologi yang telah ditemuai oleh para ahli

arkeologi. Iklim tropika telah menyebabkan kerosakan terhadap bahan-bahan arkeologi tersebut

kecuali bahan-bahan arkeologi yang berkaitan dengan penemuan batu-batu dan logam. Kedua-dua

bahan tersebut tidak terjejas walaupun berada dalam iklim tropika. Di samping itu keadaan geografi

masa kini telah mengelirukan para ahli arkeologi dan juga para ahli sejarah kerana timbunan

lanar telah mengubah kedudukan garis pantai. Perubahan garis pantai telah menyukarkan para

ahli sejarah untuk meneliti kewajaran kemunculan kerajaan-kerajaan di alam Melayu. Ruang

fizikal juga telah menghalang para arkeologi untuk menemui bahan-bahan arkeologi tentang

kewujudan kerajaan di alam Melayu. Kedudukan hutan yang tebal yang sukar untuk diterokai

dan juga keadaan tebing sungai yang berkelodak menyukarkan para arkeologi untuk

meneruskan kerja-kerja penyelidikan. Sebagai contohnya kerangka perahu laut boleh ditemuai

di daratan-daratan tertentu.

Page 6: Bab 1-Kerajaan Awal Di Alam Melayu Edit

Selain itu bahan arkeologi yang ditemui tidak diketahui fungsinya memandangkan sangat sedikit

bahan yang ditemuai oleh para ahli arkeologi. Penemuan yang sedikit menyebabkan para ahli

sejarah tidak dapat mengaitkan dengan peninggalan budaya. Di samping itu para ahli sejarah

telah mempunyai kelebihan untuk mengakses bahan-bahan bertulis yang ditemuai oleh para

arkeologi. Bahan-bahan bertulis amat penting bagi para ahli sejarah kerana bahan-bahan

bertulis akan menjadi kunci utama bagi para ahli sejarah untuk mendapatkan maklumat tentang

lokasi petempatan zaman silam. Malangnya penemuan bahan-bahan bertulis adalah sangat sedikit

dan ini telah menghadkan para ahli sejarah membuat penyelidikan yang mendalam.

Bahan-bahan arkeologi seperti barangan logam zaman kuno yang ditemuai di Semenanjung Tanah

Melayu telah ditemuai dan dicari gali sebelum dihalusi dan diteliti oleh para arkeologi. Malangnya

penemuan tersebut tidak dapat digunakan sepenuhnya oleh para ahli sejarah kerana ia tidak melalui

penyelidikan yang dijalankan oleh para arkeologi. Selain itu penemuan batu-batu berukir atau

prasasti juga berkurangan menyebakan para ahli sejarah tidak dapat menjalankan penyelidikan

secara mendalam. Pada masa yang sama para ahli sejarah telah mempunyai sedikit kelebihan

melalui penemuan Batu Bersurat Terengganu yang wariskan oleh seorang raja beragama Islam

daalm kurun ke -14.

Maklumat yang terhad dan juga penemuan sumber-sumber yang terhad telah menyebabkan

penyelidikan tentang kerajaan alam Melayu telah terjejas. Penggabungan kemahiran para ahli

sejarah, ahli arkeologi, ahli linguistic, ahli antropologi juga tidak dapat memaparkan penyelidikan

yang berkualiti tentang kewujudan kerajaan alam Melayu. Penggabungan kemahiran hanya akan

memperlihatkan satu penyusunan semula perkembangan-perkembangan yang berlaku di Gugusan

Kepulauan Melayu sebelum 1400 T.M.

Petempatan Manusia.

Page 7: Bab 1-Kerajaan Awal Di Alam Melayu Edit

Penemuan kronologi tentang petempatan manusia masih bersifat hipotesis sahaja. Penemuan yang

paling tua tentang kewujudan manusia adalah berusia kira-kira 35 000 tahun yang dijumpai di Gua

Niah, Sarawak. Peninggalan-peninggalan manusia yang telah ditemuai di gua-gua yang berada di

Semenanjung adalah berusia kira-kira 10 000 tahun. Oleh itu para ahli sejarah telah membuat

andaian bahawa Gugusan Kepulauan Melayu telah didiami oleh masyarakat yang berhijrah dari

selatan China. Pendapat ini dapat dibuktikan dengan adanya pelbagai suku kaum di Semenanjung

Tanah Melayu dan juga di Kepulauan Borneo. Sebagai contohnya suku kaum Semang (negrito)

yang menetap di pedalaman Semenanjung Tanah Melayu yang menjalankan aktiviti perburuan dan

mencari buah-buahan di hutan adalah jauh berbeza jikalau dibandingkan dengan orang melayu

yang tinggal tetap dengan menjalankan aktiviti penanaman padi. Adalah lebih tepat jikalau kita

menyatakan kedatangan manusia di Semenanjung Tanah Melayu berlaku secara beransur-ansur iaitu

melalui pulau-pulau yang sedia ada di Gugusan Nusantara dan juga melalui pantai dan sungai.

Kedatangan mereka ini mengambil jangka masa yang panjang. Walaubagamainapun jalan-jalan yang

dilalui oleh mereka masih menjadi spekulasi di kalangan ahli-ahli sejarah.

Beralih kepada soal penggunaan loghat pula, suku kaum orang Asli iaitu puak Semang dan Senoi

bertutur dalam loghat Sekeluarga Mon-Khmer yang digunakan oleh kaum Austroasiatik yang

pernah mendiami di selatan Indo-China. Bahasa-bahasa lain termasuk bahasa Melayu juga

tergolong dalam keluarga bahasa Austronesia. Para sarjan dalan penyelidikan mereka telah

menunujukkan asal-usul orang yang berbahasa Austroneis adalah dari selatan China dan juga

dari negara Taiwan. Para sarjana menegaskan masyarakat dari selatan China dan Taiwan tersebut

telah begerak keluar dengan menggunakan jalan laut menuju ke Asia Tenggara dan Oceania dan

telah sampai ke negara Filipina, Indonesia Timur, Semenanjung Tanah Melayu , Boreno Barat

dan juga Sumatera.

Perubahan-perubahan dalam bahasa, bentuk rupa dan kebudayaan di kalangan orang-orang yang

mendiamai di Gugusan Nusantara adalah lebih nyata dan telah dibuktikan melalu kajian-kajian yang

Page 8: Bab 1-Kerajaan Awal Di Alam Melayu Edit

dilakukan oleh para antropologi di Borneo dan juga di Semenjung Tanah Melayu.

Kegiatan-kegiatan yang dijalankan oleh suku kaum adalah berbeza jika dibandingkan dengan negara

jiran sehingga tidak ada satu ciri budaya yang benar-benar unik. Malahan cara hidup sesuatu suku

kaum tidak berbeza dengan cara hidup suku kaum yang berinteraksi dengan suku kaum tersebut.

Oleh itu terdapat pelbagai ciri-ciri budaya yang nyata waalupun suku kaum tersebut tinggal

berdekatan dengan suku kaum lain. Walau bagaimanapun terdapat juga ciri-ciri persamaan dari sudut

kepercayaan iaitu mengamalkan pemujaan nenek moyang dan juga mengamalkan kepercayaan

animisme.

Zaman Sebelum Melaka.

Sebelum pembentukan negeri Melaka, pembentuk sejarah untuk Gugusan Melayu adalah

disebabkan oleh perkembangan perdagangan. Gugusan Melayu adalah merupakan sebahagian

daripada jaringan perdagangan yang merentas dari benua Afrika hingga ke benua China. Jangka

masa jaringan perdagangan ini berjalan tidak dapat dipastikan tetapi dikatakan telah berjalan selama

beratus-ratus tahun. Para pedagang, para kelasi dan para pembekal dari negara India , China dan

Tanah Arab dan juga Gugusan Melayu telah dijalinkan satu hubungan melalui kegiatan

perdagangan yang berlaku di Gugusan Melayu.

Lokasi

Page 9: Bab 1-Kerajaan Awal Di Alam Melayu Edit

Lokasi sangat penting untuk menjalankan aktiviti perdagangan.Kedudukan geografi di Gugusan

Melayu adalah merupakan faktor yang penting dalam menggiatkan aktiviti perdagangan. Gugusan

Melayu terletak di persimpangan dua jalan laut yang penting iaitu Selat Melaka dan Laut China

Selatan. Selain itu kedudukan Gugusan Melayu telah menyebabkan rantau tersebut mudah

dihubungkan dengan negara China dan India. Negara China dan India menjadi pasaran utama

barangan yang dikeluarkan oleh Gugusan Melayu. Tambahan lagi sistem angin monsun telah

memudahkan para pedagang dari negara India dan China untuk menjalankan kegiatan perdagangan

di Gugusan Melayu. Menurut Andaya hubungan perdagangan antara negara India dengan

Gugusan Melayu telah menjadi kukuh sejak dua ratus tahun sebelum itu (200 tahun lalu).

Ciri-ciri sosio ekonomi.

Kepesatan perdagangan di Gugusan Pulau Melayu adalah disebabkan oleh kekayaan

sumber-sumber asli yang terdapat di sekitar Gugusan Pulau Melayu. Akibat terdapatnya pelbagai

sumber-sumber asli maka Gugusan Pulau Melayu dapat menghasilkan pelbagai barangan sama ada

untuk dijual ataupun ditukarkan dengan barangan lain. Sumber yang paling penting ialah hasil

keluaran hutan yang terdapat di sekitar Gugusan Pulau Melayu.

Hutan-hutan di Gugusan Pulau Melayu kaya dengan kayu-kayan yang dapat diproses untuk

menghasilkan kayu wangi, damar dan rotan. Melalui penjualan ataupun pertukaran barangan

tersebut maka Gugusan Pulau Melayu telah terkenal di seluruh di dunia.

Penjualan dan pembahagian hasil-hasil hutan tersebut telah menjadi tanggungjawab oleh orang-

orang Melayu. Oleh petempatan orang Melayu pada masa tersebut adalah terletak di sepanjang

sungai dan pantai. Namun begitu pemungutan hasil hutan tidak menjadi pekerjaan orang Melayu.

Sebaliknya kerja-kerja pemungutan hasil hutan menjadi tanggungjawab orang Asli. Penglibatan

orang Asli dalam kerja-kerja mencari dan memungut hasil hutan adalah disebabkan oleh beberapa

Page 10: Bab 1-Kerajaan Awal Di Alam Melayu Edit

faktor. Faktor pertama ialah hutan rimba merupakan tempat kediaman orang-orang Asli

menyebabkan sejak turun-temurun orang Asli menjadi pengutip utama hasil-hasil hutan

tempatan. Selain itu orang asli mengetahui secara terperinci kedudukan hasil hutan yang

terdapat dalam hutan yang terdapat di Gugusan Pulau Melayu. Hutan-hutan di Gugusan Pulau

Melayu kaya dengan pelbagai jenis kayu-kayan dan tumbuh-tumbuhan semula jadi. Oleh

pengetahuan mendalam tentang jenis kayu-kayan dan tumbuh-tumbuhan yang terdapat dalam

hutan hanya diketahui oleh orang Asli. Pengetahuan yang dimiliki oleh orang Asli sangat penting

dan berguna untuk aktiviti perdagangan yang melibatkan penjualan hasil-hasil hutan.

Melalui pengetahuan tersebut orang Asli sudah mengetahui lokasi sebenar untuk mendapatkan hasil

hutan terutamanya kayu hutan. Oleh itu orang Asli akan mendapatkan hasil hutan berupa kayu

hutan di kawasan –kawasan tertentu sahaja. Kayu hutan yang diperoleh daripada orang Asli

adalah dalam jumlah yang terhad. Di samping itu orang Asli juga mempunyai pengetahuan

mendalam tentang kegunaan kayu hutan yang terdapat dalam hutan yang terdapat di Gugusan

Pulau Melayu. Mereka dapat membezakan jenis kayu hutan yang boleh diproses untuk

menghasilkan barangan yang diperlukan untuk aktiviti perdagangan. Oleh itu {orang Asli

mempunyai kepakaran untuk menentukan jenis kayu hutan yang boleh ditukarkan dalam bentuk

barangan yang perlukan oleh orang Melayu untuk dijual ataupun ditukarkan semasa menjalankan

aktiviti perdagangan.}

Para pemungut hasil hutan akan membawa hasil-hasil hutan ke pantai menggunakan jalan daratan

iaitu melalui rangkaian jalan perniagaan dalam negeri yang menyambungkan kawasan pinggir

hutan dengan kawasan darat. Melalui penggunaan jalan tersebut maka hasil hutan tersebut akan

ditukar ataupun dibeli oleh satu kelompok lain untuk dibawa ke kawasan lain pula. Di samping itu

pemungut hutan juga menggunakan jalan sungai untuk membawa keluar hasil-hasil hutan

Page 11: Bab 1-Kerajaan Awal Di Alam Melayu Edit

tersebut. Hasil-hasil hutan tersebut akan dibawa ke tempat pusat kutipan. Pusat kutipan pula telah

didirikan berdekatan dengan pelabuhan-pelabuah kecil. Misalnya Kuala Selinsing dalam daerah

Larut, Perak telah menjadi pekan penghubung untuk pusat-pusat kutipan yang berdekatan

dengan negeri Kedah.

Selain terdapatnya hasil hutan, Gugusan Pulau Melayu juga kaya dengan sumber semula jadi.

Gugusan Pulau Melayu yang merangkumi dari kawasan Yunan yang terletak di selatan China

sehingga ke pulau Bangka dan Belitung mempunyai sumber semula jadi iaitu bahan logam.

Kekayaan sumber semula jadi tersebut telah membuka peluang untuk tempat-tempat terpencil

disekitar Gugusan Pulau Melayu untuk menjalankan aktiviti perdagangan.

Sejak kurun ke-7 lagi, delta Sungai Sarawak telah menjadi pusat pengeksport besi lebur dan

jongkong emas ke tempat-tempat lain di sekitar Gugusan Pulau Melayu. Tanah Melayu juga menjadi

terkenal akibat terdapatnya sumber semula jadi iaitu penemuan emas. Akibat penglibtan Tanah

Melayu dalam penjualan emas maka ahli-ahli geografi telah menamakan Tanah Melayu sebagai

‘Golden Khersonese’. Penggunaan warna kuning sebagai warna diraja dikait dengan penggunaan

emas secara berlelusa di Tanah Melayu. Di samping itu ia juga dikaitkan dengan kedudukan Tanah

Melayu sebagai pengeluar emas utama di Gugusan Pulau Melayu.

Kemasyuharan Tanah Melayu bukan sahaja bergantung kepada pengeluaran emas malah Tanah

Page 12: Bab 1-Kerajaan Awal Di Alam Melayu Edit

Melayu juga telah berpotensi menjadi pengeluar bijih timah. Banyak perlombongan bijih timah

telah dibuka di SemenanjungTanah Melayu. Kemungkinan sejak kurun ke-5 Masihi lagi Tanah

Melayu telah mengeksport bijih timah ke negara India. Negara India membeli bijih timah dari

Tanah Melayu untuk dileburkan menjadi gangsa bagi membuat patung-patung dewa. Kerja-kerja

perlombongan bijih timah di Tanah Melayu tidak menjadi rumit dan sukar. Sungai telah digunakan

untuk menghanyutkan longgokkan bijih timah dari kawasan pergunungan ke kawasan dasar

sungai yang terletak berdekatan dengan pantai dan tanah pamah lanar. Kegiatan perlombongan

telah membawa keuntungan kepada Semenanjung Tanah Melayu walaupun kerja-kerja perlombongan

dijalankan dengan menggunakan kaedah tradisional. {Sumber Belanda pada kurun ke-17 dan ke-18

ada menyebut tentang aktiviti perlombongan bijih timah tersebut termasuklah catatan yang dibuat oleh

seorang pegembara Cina yang datang ke Melaka pada kurun ke-15.}

Di samping itu Gugusan Pulau Melayu juga kaya dengan hasil laut. Hutan bakau yang terdapat di

pantai barat Semenanjung dan juga di delta sungai Borneo barat merupakan kawasan zon

ekologi yang kaya dengan pelbagi sumber laut. Kawasan hutan bakau ini telah menjadi kawasan

kediaman Orang Laut. Oleh itu Orang Laut telah mencari sumber-sumber yang sedia ada di sekitar

hutan bakau tersebut.

Antaranya menghasilkan tikar yang diperbuat daripada daun nipah, minuman keras dibuat daripada

nira daun nipah, kulit bakau digunakan untuk mengeluarkan tannin bagi tujuan menyamak kulit

dan juga kayu bakau dijadikan sebagai kayu api.

Sepanjang Kepulauan Riau-Lingga dan kawasan Pulau Tujuh di Laut Cina Selatan telah

dijalankan pekerjaaan mengutip siput dan kerang dwikatup dan juga tiram mutiara. Ahli

arkeologi telah mendapati kerang yang dikeluarkan dari rantau tersebut adalah berusia 4000

tahun dahulu.Hasil kutipan tersebut terutamanya kulit siput cowrie telah dijadikan sebagai

matawang sebelum diperkenalkan matawang yang diperbuat daripada logam.

Page 13: Bab 1-Kerajaan Awal Di Alam Melayu Edit

Sumber-sumber Cina menunjukkan sejak kurun ke-5 Masihi kulit kura-kura dan kerang cowrie

telah menjadi barangan dagangan utama daalm aktiviti perdagangan di Gugusan Pulau Melayu.

Pertambahan dalam pasaran di negara China telah menyebabkan permintaan terhadap sumber

hasil laut dari Gugusan Pulau Melayu telah meningkat. Antara barangan hasil laut yang diperlukan

untuk pasaran di negara China ialah akar bahar dan juga teripang yang banyak digunakan dalam

membuat rencah sup China dan juga untuk tujuan perubatan. Peningkatan dalam permintaan

barangan tersebut dapat dipenuhi oleh Gugusan Pulau Melayu akibat peranan yang dimainkan oleh

Orang Laut. Hanya Orang Laut sahaja yang mengetahui secara mendalam tentang kedudukan

barangan tersebut dan mereka dapat mencari barangan tersebut tanpa sebarang halangan

untuk memenuhi pasaran negara China. Catatan China pada kurun ke -12 ada menyebut tentang

kedudukan Orang Laut yang antara lain menyebut ‘sejenis orang liar yang tinggal berdekatan

dengan laut dan boleh menyelam di air tanpa menutup mata mereka’.

Masyarakat yang menetap di Gugusan Pulau Melayu bukan sahaja mengetahui sumber hutan dan

juga sumber laut malah mereka juga memiliki pengetahuan dan kemahiran dalam menjalankan

aktiviti perdagangan. Masyarakat tempatan telah melibatkan diri dalam memenuhi pasaran

barangan yang diperlukan dalam aktiviti perdagangan.

Pasaran barangan bukan hanya terhad kepada pasaran tempatan sahaja malah juga perlu memenuhi

pasaran dari luar Gugusan Pulau Melayu. Barangan seperti kapur barus, kayu laka, kemanyan

dan emas amat diperlukan untuk memenuhi pasaran luar negara. Negeri-negeri Melayu juga

memerlukan barangan dari luar negara. Oleh itu masyarakat tempatan telah mendapatkan

barangan yang diperlukan seperti kain, tembaga dan barangan besi,alat-alat muzik,manic,

barangan tembikar dan gelas melalui aktiviti perdagangan. Sistem barter telah digunakan dalam

menjalankan aktiviti perdagangan antarabangsa di sekitar Gugusan Pulau Melayu.

Page 14: Bab 1-Kerajaan Awal Di Alam Melayu Edit