Bab 1 - Malaysia - Kesepaduan Dalam Kepelbagaian-grey_2
-
Upload
fiqa-success -
Category
Documents
-
view
251 -
download
0
Transcript of Bab 1 - Malaysia - Kesepaduan Dalam Kepelbagaian-grey_2
-
1
1
MALAYSIA :
KESEPADUAN DALAM
KEPELBAGAIAN
Hasil Pembelajaran Tajuk:
Para pelajar akan berkebolehan:
1. CO1 Menjelaskan konsep etnik, budaya dan masyarakat
2. CO2 Menjelaskan komposisi etnik dan kepelbagaian budaya Malaysia
3. CO3 Membezakan konsep perpaduan dan integrasi
4. CO4 Mengenalpasti tahap hubungan etnik
5. CO5 Menjelaskan perspektif Islam mengenai masyarakat majmuk
2
ISI-ISI UTAMA KULIAH
1. Mengapa Sejarah Malaysia dan realiti kepelbagaian etnik di Malaysia
2. Konsep Masyarakat dan budaya dan perspektif Islamnya
3. Konsep Masyarakat Majmuk dan perspektif Islamnya
4. Konsep Ummah (sebagai alternatif kepada konsep masyarakat)
5. Konsep-konsep asas ilmu sosial untuk mempelajari dan memahami soal kesepaduan dan kepelbagaian sosial di Malaysia
3
PENGENALAN
Mengapa Sejarah Malaysia?
Adakah ia sama dengan matapelajaran Sejarah Malaysia yang pernah dipelajari
di sekolah?
Apakah kepentingan kursus ini ?
4
Kursus Sejarah Malaysia (CTU 555) ini menggunakan pendekatan sejarah sosial. Sejarah sosial adalah
sejarah yang menggunakan pengetahuan dan unsur-
unsur sosial untuk menghuraikan struktur dan proses
interaksi antara manusia sebagai pelaku sejarah.
Kursus ini berbeza daripada sejarah Malaysia dalam kurikulum peringkat sekolah.
Sejarah sosial boleh memberi kefahaman yang lebih menyeluruh tentang sesuatu negara atau bangsa
kerana ia mengandungi data-data tentang kehidupan
manusia baik dari segi sosial, ekonomi dan
kebudayaaan sesuatu masyarakat
5
Kunci kejayaan dan survival Malaysia
ialah setiap warganya memahami
sejarahnya
-
2
Konsep Masyarakat :
Menurut Islam
Menurut Sosiologi Barat.
7
Menurut Dr. Yusuf al-Qaradawi;
Masyarakat Islam ialah masyarakat yang berdiri di atas aqidah dan pemikiran tertentu yang kemudiannya melahirkan sistem, undang-undang, moral dan akhlak Islam. Itulah maksud di sebalik penamaannya sebagai masyarakat Islam.
Dalam erti lain masyarakat Islam ialah masyarakat yang mengambil seluruh ajaran Islam sebagai cara hidup, sumber hukum, pegangan dalam setiap aspek kehidupan dan rujukan dalam mengatur hubungan individu dengan masyarakat, rohani dengan fizikal dan negara dengan masyarakat antarabangsa
Konsep Masyarakat Islam
Sayyid Qutb (1979)
masyarakat dan kebudayaan Islam itu ialah masyarakat yang melaksanakan
cara hidup Islam secara total yang
bertitik tolak daripada asas aqidah,
ibadah, undang-undang, moral dan cara
hidup sebagaimana yang dikehendaki
oleh syari'at Islam. Masyarakat dalam
bentuk seperti inilah yang dikatakan
bertamadun.
(al-Mujtama al-Islamy)
Samb
Zakaria Stapa (1994);
secara mudah sesuatu masyarakat itu dikatakan masyarakat Islam apabila manusia yang mendiami di mana-mana daerah atau tempat menjadikan Islam sebagai akidah, pengatur dan penyusun kehidupan rohani dan jasmani mereka serta menjadikan Islam sebagai asas dalam ciptaan-ciptaan mereka untuk mencapai kesempurnaan di pelbagai aspek hidup dalam masyarakat
(Masyarakat Islam dan isu semasa).
Samb
11
KONSEP MASYARAKAT MENURUT ILMU
SOSIOLOGI
Definisi Masyarakat
kumpulan manusia yang hidup bersama-sama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu.
(Kamus Dewan 2006)
12
KENAPA PERLU MEMAHAMI DAN MENGKAJI MASYARAKAT ?
1. Manusia Hidup Bermasyarakat
Manusia tiada pilihan demi kelangsungan
hidup
-
3
13
2. Memahami Cara Hidup
Bermasyarakat
Pemahaman yang tepat terhadap masyarakat membolehkan individu itu
bertingkahlaku dan menyesuaikan diri
mengikut kehendak masyarakat
setempat. Ini akan mewujudkan
keharmonian dalam masyarakat dan
sukar untuk melanggar peraturan yang
wujud di dalam lingkungan sosialnya.
14
3. Memahami Budaya Sendiri
dan Masyarakat Lain
Individu yang telah mengkaji masyarakat lain tidak akan mengalami satu kejutan
budaya, tetapi lebih bersedia
menghadapi perbezaan yang
wujud.seseorang yang mengkaji
masyarakat industri tidak akan terkejut
jika pergi ke negara tersebut.
15
4. Memupuk Kerjasama di
Antara Masyarakat
Perhubungan masa kini bukan hanya terbatas di kalangan satu masyarakat sahaja tetapi
merangkumi masyarakat dunia
keseluruhannya. Bagi mengatasi isu-isu global
seperti pencemaran, teknologi, perlumbaan
senjata dan sebagainya, memerlukan
kerjasama antara masyarakat. Maka, kajian
terhadap masyarakat akan membolehkan kita
memahami dan memupuk kerjasama dengan
sesuatu masyarakat. 16
Ciri-Ciri Masyarakat
1. Manusia Yang Hidup Berkelompok Manusia hidup bersama dan membentuk
kelompok. Kelompok ini lah yang membentuk
masyarakat. Mereka mengenali antara satu
sama lain dan saling bergantungan. Kesatuan
sosial wujud dalam perhubungan sesama
manusia ini. Seseorang manusia tidak mungkin
dapat meneruskan hidupnya tanpa bergantung
kepada manusia lain.
17
Melahirkan Kebudayaan
Tiada masyarakat, tiadalah budaya dan sebaliknya. Masyarakat akan melahirkan
kebudayaan, sama ada kebendaan atau
bukan kebendaan. Budaya itu pula
diwarisi dari generasi ke generassi
berikutnya dnegan proses penyesuaian.
18
Mengalami Perubahan
Sebagaimana budaya, masyarakat juga turut mengalami perubahan. Suatu
perubahan terjadi kerana faktor-faktor
yang berasal dari masyarakat itu snediri.
Sebagai contoh, suatu penemuan baru
mungkin akan mengakibatkan perubahan
kepada masyarakat itu.
-
4
19
Berinteraksi
Salah satu syarat kewujudan masyarakat ialah terdapatnya perlakuan berhubung
dan bekerjasama di antara ahli dan ini
akan mencetuskan interaksi. Interaksi ini
boleh berlaku secara lisan atau tidak .
20
Terdapat Kepimpinan
Pemimpin adalah terdiri daripada ketua keluarga, ketua kampung, ketua negara
dan sebagainya. Dalam masyarakat
Melayu awal, kepimpinan adalah
bercorak tertutup kerana pemilihan
berdasarkan keturunan.
21
Mempunyai Aturan Sosial
Bermaksud susun lapis yang wujud dalam masyarakat.
Terbahagi kepada tiga bahagian iaitu
1. Kelas
2. Status
3. Kasta.
22
Kelas
kedudukan seseorang dalam masyarakat berdasarkan pemilikan harta atau
kekayaan seperti orang kaya kelas
atasan dan orang miskin, kelas bawahan
23
Status
Peranan yang dimainkan oleh individu dalam masyarakat seperti penerimaan
gelaran sprt imam,cikgu, lebai, dato' dan
sebagainya.
Peranan ditentukan berdasarkan pangkat, jawatan dan gelaran.
24
Kasta
Kelas sosial yang keahliannya ditentukan hanya melalui kelahiran dan dalam
hidupnya tidak berlaku mobiliti sosial. Ini
dapat dilihat dalam zaman tradisional
India yang memecahkan kasta kepada
Brahmin, Vaisya, Ksyatria, Sudra dan
Pariah
-
5
25
KONSEP BUDAYA
Budaya berasal dari perkataan Jawa: budaya
hasil cantuman budhi dan daya . Perkataan budhi yang dipinjam dari
bahasa sanskrit bererti kecergasan fikiran dan akal daya ialah perkataan Melayu Polynesia bermakna kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh.
Jika dicantumkan kedua-dua perkataan ini ( budaya ) akan membawa maksud tenaga fikiran , usaha rohani atau kuasa yang menggerakkan jiwa .
26
Sambungan
Budaya juga diertikan sebagai, The way of life of a people, including their attitudes, values, beliefs, arts, sciences, modes of perception, and habits of thought and activity. Cultural features of forms of life are learned but are often too persive to be readily noticed from within . ( Dictionary Of Philosophy, 1996 ).
27
Samb
Menurut sumber lain mendefinisikan budaya ialah tamadun, peradaban,
kemajuan fikiran, akal budi ( cara berfikir,
berkelakuan, dan sebagainya ).(Kamus
Dewan Edisi Ketiga, 1997).
28
Samb
Di definisikan sebagai cara hidup yang diikuti oleh orang yang menjadi anggota kumpulan tertentu dan meliputi anasir sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap, nilai, peralatan budaya, atau apa-apa yang dihasilkan oleh mereka sebagai anggota masyarakat.
29
Kesimpulan
Budaya itu dari sudut bahasanya membawa makna cara hidup manusia,
istilah : cara hidup orang ramai termasuk pemikiran, nilai kepercayaan, pandangan
dan tabiat berfikir serta cara perlakuan
manusia yang menggerakkan jiwa.
30
PEMBAHAGIAN BUDAYA
BUDAYA
KEBENDAAN BUKAN KEBENDAAN
-
6
31
Budaya kebendaan
Merangkumi peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah, kereta, perahu,
senjata dan sebagainya, Contohnya,
orang Melayu mempunyai rumah yang
berbeza dengan orang Inggeris atau
orang Eskimo
32
Budaya bukan kebendaan
Seperti kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang. Contohnya, setiap masyarakat
mempunyai adat istiadat yang berbeza-beza
dalam menjalani kehidupan seperti perkahwinan
masyarakat Melayu yang mana pihak lelaki yang
memberi hantaran kepada pihak perempuan
manakala, bagi masyarakat India, hantaran(dowri)
perkahwinan diberi oleh pihak perempuan kepada
pihak lelaki.
33
PERANAN BUDAYA
BINA IMEJ NEGARA / IDENTITI
PUPUK KESEDARAN KEBANGSAAN & KENEGARAAN
34
Ciri-Ciri Budaya:
1. Dipelajari
Budaya tidak lahir secara langsung tetapi perlu dipelajari. Manusia perlu belajar untuk menguasai ilmu. Untuk mencipta sesuatu, manusia perlu belajar. Sebagai contoh menunjukkan budaya itu dipelajari, kanak-kanak perlu diajar oleh ibu bapanya untuk berbahasa dan berhubung.
35
Faktor-faktor yang
mempengaruhi pembelajaran
a. Apakah agen-agen sosialisasi yg wujud
seperti keluarga, jiran, sekolah, institusi
latihan dan sebagainya.
b. Apakah nilai yang mendapat keutamaan
dalam sesebuah masyarakat itu.
c. Umur seseorang.
d. Tahap pendidikan
e. Situasi sesuatu peristiwa itu berlaku. 36
2. Dikongsi
Dikongsi bermaksud yang setiap perlakuan itu dijangka dan diterima oleh sekumpulan manusia.
Cth : Nasi lemak dan roti canai menjadi budaya kerana masyarakat menggemarinya. Bahasa Melayu adalah kebudayaan rakyat Malaysia kerana dituturkan oleh mereka dalam kehidupan seharian.
Perlakuan yang tidak dikongsi oleh sekumpulan manusia tidak termasuk dalam budaya seperti perlakuan mencuri walaupun ia wujud dalam masyarakat. Tanpa perkongsian, ia hanya menjadi perlakuan individu dan bukannya perlakuan masyarakat.
-
7
37
3. Sejagat
Kebudayaan itu wujud dalam semua kelompok manusia.
Tidak ada masyarakat yang tidak memiliki kebudayaan.
38
4. Diwarisi
Budaya itu diwarisi dari satu generasi ke satu generasi berikutnya.
Ini bermakna bahawa budaya Melayu,Cina dan India yang diamalkan hari ini adalah lanjutan
daripada budaya terdahulu.
39
5. Berubah
Budaya sentiasa berubah dan tidak ada budaya yang wujud dari dahulu hingga sekarang tidak mengalami perubahan. Perubahan ini dikaji daripada perubahan bentuk, ciri dan proses yang berlaku.
Cth : Rumah beratap rumbia/nipah telah digantikan dengan rumah beratap genting.
40
Perubahan ini disebabkan
beberapa faktor seperti:
i. pertambahan bilangan anggota masyarakat.
ii. pertambahan keperluan dan keinginan
manusia.
iii. penemuan dan penciptaan teknologi baru.
iv. pertembungan budaya.
v. konflik yang berlaku.
vi. perubahan alam sekitar.
41
6. Perlambangan
Budaya boleh ditunjukkan dlm bentuk perlambangan.
Cth. : logo, bendera, ukiran dll.
42
7. Pandangan Semesta
Bermaksud bagaimana alam sekeliling memberi kesan dalam kehidupan seharian.
Pandangan semesta ini timbul kerana manusia mempunyai pertalian yang rapat dengan alam
sekitarnya.
Pertalian yang erat ini pula diterjemahkan dalam kehidupan seharian seperti simpulan
bahasa (seperti aur dengan tebing, ukuran
(sehasta, sepelaung), tempoh masa (setanak
nasi) dan sebagainya.
-
8
Kepelbagaian Etnik di Malaysia
KAUM DESKRIPSI
Melayu Ciri-Ciri Takrifan Melayu dalam Perkara 160, Perlembagaan Persekutuan : Seorang yang menganuti agama Islam Lazim bercakap Bahasa Melayu Menurut adat istiadat Melayu
Kaum majoriti mewakili 55% penduduk Malaysia
Agama Mengamalkan agama Islam Institusi agama : masjid dan surau, jabatan agama Islam dan Mahkamah Syariah
Budaya Menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha serta perayaan kebesaran Islam yang lain.
Cina Ciri-Ciri Berhijrah ke Tanah Melayu bermula abad ke-15 hingga pertengahan abad ke-20
Dikelaskan berdasarkan penggunaan dialek bahasa tertentu; Hokkien, Hakka, Kantonis dan lain-lain
Mewakili 25% penduduk Malaysia
Agama Lazim menganut agama Buddha dan Kristian Institusi agama: Tokong dan wat, persatuan-persatuan agama Buddha
Budaya Menyambut perayaan Wesak, Tahun Baru Cina, Chap Goh Mei, Hari Krismas dan Opera Cina
samb
KAUM DESKRIPSI
India Ciri-Ciri Berhijrah sewaktu penjajahan British dari Selatan India Dikelaskan berdasarkan kepada etnik tertentu; Tamil,Telegu,Malayalee dan lain-lain
Mewakili 7% penduduk Malaysia
Agama Lazim menganut Agama, Hindu, Sikh , Kristian dan Islam Institusi agama bagi agama Hindu ialah kuil serta Hindu Sangam dan bagi agama Sikh iaitu Gurdawa serta Majlis Gurdawa Malaysia
Budaya Mengamalkan perayaan Deepavali, Thaipusam, Ponggal bagi yang beragama Hindu serta Vaisakhi bagi yang beragama Sikh
Etnik
Sabah
dan
Sarawak
Ciri-Ciri Terdiri dari beberapa etnik kecil seperti: Sarawak:Iban,Bidayuh,Orang Ulu; Sabah:Kadazandusun,Bajau,Murut
Mewakili 12% penduduk Malaysia
Agama Lazim menganut agama Islam dan Kristian serta kepercayaan animisme
Budaya Meraikan perayaan dan kebudayaan mengikut etnik seperti Hari Gawai dan Pesta Menuai atau Tadau Kaamatan dan juga perayaan-perayaan
keagamaan seperti Hari Raya Aildilfitri dan Hari Krismas
45
Perbezaan Antara
Masyarakat Malaysia dan
Bangsa Malaysia
Masyarakat Malaysia
Bangsa Malaysia
46
Samb
BANGSA MALAYSIA
NEGARA KEWARGANEGARAAN SEMANGAT
KEBANGSAAN
47
Samb
MASYARAKAT
ETNIK RAS / BANGSA PREJUDIS
ETNISITI ETNOSENTRISME /
ETNOSENTRIK RASISME
INDIVIDU INSTITUSI
STEREOTAIP
DISKRIMINASI
48
KONSEP ETNIK
Definisi :
Sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir
seragam, termasuk adat rasam,
pakaian,makanan,bahasa dan kegiatan
ekonomi.
-
9
49
RAS / BANGSA
Definisi :
Sebuah kelompok sosial yang
mempunyai tanda pengenalan kolektif
berasaskan ciri-ciri fizikal biologikal
nyata.
Cth : warna kulit, mata, rambut, saiz
fizikal.
50
ETNISITI Rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu kerana
anggotanya merasa disatukan dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkahlaku yang sama.
ETNOSENTRISME
Kepercayaan atau rasa bangga di kalangan anggota sesebuah etnik bahawa budaya dan etnik mereka jauh lebih baik dan hebat daripada kelompok lain.
51
RASISME
Pandangan, pemikiran atau kepercayaan
negatif oleh sesuatu kelompok sosial
terhadap sesuatu kelompok lain
berdasarkan ciri-ciri fizikal atau ras
semata-mata.
cth :zionis Kenapa.doc
PREJUDIS
STEREOTAIP DISKRIMINASI
52
53
PREJUDIS
Pandangan negatif mengenai ahli atau
kelompok etnik lain yang lazimnya tidak
berasaskan maklumat yang tepat dan
biasanya tidak diluahkan secara
terbuka.
54
STEREOTAIP Kenyataan umum yang negatif terhadap
sesuatu kumpulan etnik atau gambaran berlebih-lebihan tentang sesuatu perlakuan baik atau buruk sesuatu kumpulan etnik.
DISKRIMINASI Perbuatan membandingbezakan seseorang
individu atau sesuatu kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik semata-mata.
-
10
Kesepaduan sosial melalui
tahap2 hubungan etnik
55 56
TAHAP-TAHAP HUBUNGAN
ETNIK
AMALGAMASI
ASIMILASI
AKULTURASI
AKOMODASI
SEGREGASI
Segregasi
Hubungan yang bersifat pemisahan di antara etnik-etnik dalam sesebuah negara sama ada didasari oleh undang2 atau tidak.
Cth : Dasar Apartheid di Afrika Selatan dan juga di Israel.
Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan seperti tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam atau dlm semua keadaan.
Berlaku atas dasar agama, ras, kebudayaan, dan ciri etnik lain
Tahap hub ini wujud/berlaku di Malaysia kerana setiap kumpulan etnik bebas mengamalkan budaya mereka dlm keadaan harmoni (kepelbagai bahasa, pengamalan agama & kepercayaan secara bebas bagi kelompok etnik)
Formula : A+B+C = A+B+C
Satu keadaan atau proses apabila kelompok-kelompok yg berkonflik bersetuju untuk menghentikan / mengelakkan konflik dengan mengadakan interaksi
secara aman damai
Akomodasi Maksudnya : Satu proses di mana etnik menyedari norma dan nilai mereka antara satu sama lain, namun mereka tetap mempertahankan budaya hidup
masing-masing
59
Akulturasi
Satu proses perubahan dan pinjam meminjam unsur kebudayaan kesan perhubungan antara dua kumpulan manusia yang berlainan tradisi.
Ia merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaan di kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berlainan.
Akulturasi terjadi apabila satu kelompok manusia dengan suatu kebudayaan yang tertentu dihadapkan unsur-unsur dari suatu kebudayaan asing yang berbeza sehingga unsur-unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah ke dalam kebudayaan sendiri.
60
Asimilasi
Proses percantuman dan penyatuan di antara etnik yang berlainan budaya sehingga membentuk
satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti
yang sama.
Kumpulan minoriti kehilangan identiti akibat diserap oleh kumpulan dominan dari segi
kebudayaan dan sosial.
Formula : A+B+C=A
-
11
61
JENIS-JENIS ASIMILASI
ASIMILASI
ASIMILASI BUDAYA ASIMILASI STRUKTUR
62
ASIMILASI BUDAYA
Kumpulan minoriti mempelajari ciri kebudayaan masyarakat tuan rumah sprt
bahasa, pakaian, makanan dan adat
resam.
Tidak menghilangkan identiti asal.
63
ASIMILASI STRUKTUR
Satu proses apabila anggota kumpulan kecil / minoriti berjaya menyertai institusi
utama dan aktiviti sosial masyarakat
dominan.
Mereka kehilangan identiti
64
Proses asimilasi berlaku dlm
keadaan berikut :
1. Etnik yang berbeza budaya.
2. Individu di dalam atau di antara etnik
sering berinteraksi.
3. Interaksi berlaku dalam tempoh yang
lama.
65
Kejayaan asimilasi bergantung
kepada:
1. Kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti
mereka dan menerima identiti etnik lain.
2. Kesanggupan etnik majoriti menerima etnik lain.
3. Perbezaan saiz kelompok majoriti dan minoriti besar
atau kelompok minoriti adalah kecil.
4. Terdapat banyak persamaan budaya antara etnik.
5. Penguasaan dalam sesuatu bidang khususnya etnik
minoriti akan menyukarkan proses asimilasi.
66
Faktor Penghalang Asimilasi
1. Kurangnya pengetahuan kebudayaan
sehingga menimbulkan perasaan
takut terhadap budaya lain.
2. Timbul perasaan bahawa budaya
sesuatu etnik lebih tinggi dari etnik lain.
3. Adanya perbezaan kepentingan antara
etnik yang terlibat.
-
12
67
PERBEZAAN ANTARA
ASIMILASI DGN AKULTURASI
ASIMILASI AKULTURASI
Penyerapan berlaku
secara sehala
Penyerapan berlaku
secara dua hala
Kehilangan identiti asal Identiti asal masih kekal
68
Amalgamasi
Ia merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk
membentuk jenis-jenis budaya dan ras yang
baru. Cara utama dalam menentukan
proses amalgamasi terjadi ialah
perkahwinan campur antara etnik.
Formula : A+B+C=D
Menurut Dr. Yusuf al-Qaradawi;
Masyarakat Islam ialah masyarakat yang berdiri di atas aqidah dan pemikiran tertentu yang kemudiannya melahirkan sistem, undang-undang, moral dan akhlak Islam. Itulah maksud di sebalik penamaannya sebagai masyarakat Islam. Dalam erti lain masyarakat Islam ialah masyarakat yang mengambil seluruh ajaran Islam sebagai cara hidup, sumber hukum, pegangan dalam setiap aspek kehidupan dan rujukan dalam mengatur hubungan individu dengan masyarakat, rohani dengan fizikal dan negara dengan masyarakat antarabangsa
(Golongan Bukan Islam di Dalam Masyarakat Islam)
Takrif Masyarakat Menurut Islam;
Sayyid Qutb (1979)
masyarakat dan kebudayaan Islam itu ialah masyarakat yang melaksanakan
cara hidup Islam secara total yang
bertitik tolak daripada asas aqidah,
ibadah, undang-undang, moral dan cara
hidup sebagaimana yang dikehendaki
oleh syari'at Islam. Masyarakat dalam
bentuk seperti inilah yang dikatakan
bertamadun.
(al-Mujtama al-Islamy)
Samb
Zakaria Stapa (1994);
secara mudah sesuatu masyarakat itu dikatakan masyarakat Islam apabila manusia yang mendiami di mana-mana daerah atau tempat menjadikan Islam sebagai akidah, pengatur dan penyusun kehidupan rohani dan jasmani mereka serta menjadikan Islam sebagai asas dalam ciptaan-ciptaan mereka untuk mencapai kesempurnaan di pelbagai aspek hidup dalam masyarakat
(Masyarakat Islam dan isu semasa).
Samb
72
KONSEP MASYARAKAT
MAJMUK MENURUT PERPEKTIF ISLAM
-
13
Islam mengiktiraf kemuliaan setiap manusia tanpa mengira etnik. Oleh itu, tidak boleh berlaku perbezaan atau penafian hak berdasarkan etnik. Hal ini menjelaskan manusia secara fitrah dijadikan Allah dalam bentuk, kelompok dan budaya yang berbeza dan semua mesti menerima dan menghormati kepelbagaian dan perbezaan itu sebagai satu lumrah dan fitrah yg akan terus berlaku.
Kepelbagaian dan perbezaan itu bukanlah faktor untuk berpecah-belah dan bermusuhan. Seharusnya perlu ada usaha untuk kenal-mengenal dan membantu antara satu sama lain agar kedamaian dan kemakmuran hidup bersama dapat dicapai
KONSEP MASYARAKAT MAJMUK
MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
(22)
Ertinya;
Dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaannya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang Yang berpengetahuan.
(Surah al-Rum : 22)
Masyarakat Majmuk Menurut Al-
Quran & As Sunnah
12. Wahai orang-orang Yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan Yang dilarang) kerana Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya Yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya Yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadaNya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan Yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.
13. Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah al-Hujurat;ayat;12-13)
Samb
a) Islam menggariskan panduan hubungan kemasyarakatan. Kaitan ayat 12 & 13 amat kuat dalam aspek hubungan antara kaum, etnik dan bangsa. Islam melarang perbuatan al-dzan yakni bersangka buruk atau dalam istilah sosiologinya prejudis yang diikuti sterotaip, menghina, serta mengintip keaiban kelompok lain. al-Tajassus; mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, al-Ghibah; mengumpat.
b) Kesemua larangan tersebut adalah punca konflik sesama dan antara etnik yang plural.
Pengajaran dari ayat
c) Allah iktiraf kepelbagaian kaum,
bangsa, puak, etnik. Selain
menandakan kekuasaan Allah mencipta
kepelbagaian ini, ia menunjukkan
pengiktirafan Islam terhadap kewujudan
semua jenis bangsa di dunia yang
sekaligus menyangkut kepelbagaian
bahasa, budaya dan tradisi bangsa-
bangsa yang wujud itu.
Sambg
d) Allah menggalakkan saling kenal mengenal. Acuan kalimah taarufu dari aspek morfologi Bahasa Arabnya memberikan maksud saling memahami yang mencakup proses perkenalan dua hala yang erat dan mendalam. Ia merupakan wadah utama proses asimilasi, akomodasi, amalgamasi dan akulturasi dalam pengajian sosiologi. Ia juga menepati maksud dialog antara budaya dan agama, tuntutan mengkaji dan saling mengenali kepelbagaian budaya yang wujud.
Smbg
-
14
e) Nilai kemuliaan yang universal melampaui kaum, etnik, dan bangsa.
Penanda aras kemulian yang diletakkan
Islam amat universal.
f) Justeru sesuatu bangsa bukan mulia
kerana warna kulit, keturunan, ras,
qabilah atau etniknya bahkan yang
mulia adalah yang paling kuat
hubungannya dengan Allah (taqwa).
Smbg
{
}
Ertinya;
Daripada Ibn Umar bahawa Rasulullah SAW pernah berkhutbah pada hari pembukaan Makkah sabdanya; Wahai sekelian manusia, sesungguhnya Allah telah menghapuskan daripada kalian semangat jahiliah serta [sikap] kemegahan dengan keturunan. Justeru manusia disisi Allah [hanya] dua golongan; yang baik, bertaqwa dan mulia dan yang jahat, celaka dan hina bagi Allah. Kesemua manusia adalah keturunan Adam dan Adam itu sendiri Allah ciptakan dari tanah. Firman Allah
(Diriwayatkan oleh al-Tirmidhi)
Hadith & Sirah yang berkaitan;
Ertinya;
Daripada Abi Nadrah bahawa nabi SAW telah berkhutbah pada pertengahan hari tasyriq sabdanya; Wahai sekelian manusia, sesungguhnya tuhan kalian adalah satu, bapa kalian juga satu. Ketahuilah, tidak ada sebarang kelebihan bagi orang Arab ke atas orang bukan Arab, [demikian juga] tidak ada sebarang kelebihan orang bukan Arab ke atas orang Arab, dan juga tidak apa-apa kelebihan yang berkulit hitam berbanding yang berkulit merah [putih], dan juga tidak ada apa-apa kelebihan yang berkulit putih berbanding yang berkulit hitam melainkan ketaqwaan
(Diriwayatkan oleh Ahmad)
Samb
82
SEKIAN
JUMPA LAGI