Bab 1 Negara Berdaulat

download Bab 1 Negara Berdaulat

of 4

Transcript of Bab 1 Negara Berdaulat

  • 7/31/2019 Bab 1 Negara Berdaulat

    1/4

    [PENGAJIAN AM PENGGAL 1] July 9, 2012

    1 EN.MOHAMMAD NOR HARIZAN BIN MOHD KAMIS| SMK (P) AIR PANAS, SETAPAK.

    BAB 1 NEGARA BERDAULAT

    1.1 KONSEP

    1.1.1 Negara

    a. negara-merujuk kepada daerah atau wilayah yg mempunyai kerajaan sistematikb. unsur- unsur negara seperti rakyat, sempadan wilayah tetap, pemerintahan berdaulat

    dan pengiktirafan negara lain.

    1.1.2 kedaulatan

    a. kedaulatn bermaksud tertinggi, di ambil dari bahasa itali sovranus @ superanus.

    b. kedaulatan wujud kerana adanya wilayah.

    c. terbahagi kepada 2 iaitu kedaulatan politik dan kedaulatan yang sah.

    -kedaulatn politik-> kuasa rakyat dilaksanakan melalui pilihanraya.

    -kedaulatan yang sah-> kuasa perlembagaan persekutuan dilaksanakan oleh

    kerajaan yang mendapat mandat daripada rakyat.

    1.2 CIRI NEGARA BERDAULAT

    1.2.1 sempadan yang tetap dan di iktiraf.

    1.2.2 Penduduk yang tetap

    1.2.3 Kerajaan yang teratur dan sistematik

    1.2.4 Kedaulatan

    1.2.5 Mempunyi ideologi sendiri

    1.2.6 Mempunyi identiti sendiri.

    1.3 PEMBENTUKAN MALAYSIA1.3.1 kronologi pembentukn malaysia

    a. kemerdekaan tanah melayu pada 31 ogos 1957

    b. tunku abdul rahamn cadanga gabung brunei, sabah dan sarawak serta

    semenanjung tanah melayu bentuk malaysia.

    c. Di tolak cdanagan kerana tidak memasukan singapura.

    d. 27 mei 1961 tunku abdul rahman cadangkan malaysia dibentuk.

    e. 23 julai 1961 jawatankuasa perundingan perpaduan ditubuhkan.

    f. Suruhanjaya cobbold di tubuhkan.

    g. Perjanjian malaysia ditandatangani di london 9 julai 1963.

    h. 16 september malaysia dibentuk.

    1.3.2 sebab pembentukan malaysia.

    a. senario politik di singapura

    b. senario politik di sarawak.

    c.mengimbangi jumlah penduduk

    d.kemajuan ekonomi bersama.

    e.mempercepatkan proses kemerdekaan.

  • 7/31/2019 Bab 1 Negara Berdaulat

    2/4

    [PENGAJIAN AM PENGGAL 1] July 9, 2012

    2 EN.MOHAMMAD NOR HARIZAN BIN MOHD KAMIS| SMK (P) AIR PANAS, SETAPAK.

    Nota tambahan.

    Konsep Negara

    1.1 Konsep Negara

    1. Negara merujuk kepada suatu masyarakat yang menduduki sesebuah kawasan yang

    mempunyai had sempadan tertentu dan diperintah oleh sebuah kerajaan.

    2. Secara umumnya, ciri-ciri sebuah negara ialah:

    o Sempadan atau wilayah yang tetap, jelas dan diiktiraf

    o

    Sempadan dikenali juga sebagai wilayah. Sempadan dalam konteks

    ini merangkumi sempadan tanah daratan, air dan udara. Setiap negara

    mempunyai sempadan/ kawasan/ wilayah yang tersendiri yang dihunioleh penduduk atau rakyat negara itu. Dalam hal ini, keluasan

    sesebuah negara atau jumlah penduduknya tidaklah menjadi

    persoalan penting dalam mewujudkan sebuah identiti politik yang

    dinamakan negara itu. Contohnya, Singapura dan Brunei Darussalam

    tetap dianggap sebagai negara walaupun kedua-dua negara tersebut

    memiliki keluasan wilayah dan jumlah penduduk yang kecil.

    Kesempadanan atau kewilayahan sesebuah negara bukan sahaja

    merangkumi kawasan tetapi juga melibatkan persekitaran sekeliling

    seperti sumber alam yang mencakupi wilayah geografi, udara dan laut.

    Selain itu, Malaysia juga mempunyai sempadan tanah, daratan dan

    laut antarabangsa seperti Thailand, Singapura dan juga Indonesia.Sempadan-sempadan yang wujud ini akan membatasi kuasa dan hak

    sesebuah negara untuk melakukan sebarang perkara di luar

    sempadan wilayahnya. Sekiranya batasan ini dilanggar oleh sesebuah

    negara, maka negara tersebut dianggap telah menceroboh wilayah

    negara yang lain.

    Malaysia merupakan negara yang berkongsi sempadan darat dengan

    tiga buah negara jiran iaitu:

    Thailand,

    Indonesia; dan

    Brunei.

    o penduduk yang tetap

    http://4.bp.blogspot.com/_V_sb8DeTuKM/STqaZC2bQqI/AAAAAAAAAHc/d8Y49Mr7dtM/s1600-h/konsepkenegaraan1.jpg
  • 7/31/2019 Bab 1 Negara Berdaulat

    3/4

    [PENGAJIAN AM PENGGAL 1] July 9, 2012

    3 EN.MOHAMMAD NOR HARIZAN BIN MOHD KAMIS| SMK (P) AIR PANAS, SETAPAK.

    Penduduk tetap juga dikenali sebagai warganegara. Penduduk yang dimaksudkan ialah

    orang yang tinggal di sesebuah negara yang biasanya disatukan oleh suatu kesamaan dan

    bersama-sama mendiami suatu wilayah. Masyarakat ataupun penduduk yang mendiami

    wilayah kenegaraan tersebut akan berkongsi beberapa persamaan samada dari sudut nilai,

    sosial, ekonomi dan juga politik.

    o

    Seseorang rakyat yang menjadi penduduk sesebuah negara

    mempunyai hak dan tanggungjawab tertentu. Untuk layak menjadi

    rakyat sesebuah negara, seseorang itu harus mempunyai atau

    memenuhi syarat-syarat atau kewajipan-kewajipan seperti tinggal

    tetap di wilayah tertentu (bermastautin), cukup umur (bergantung

    kepada sesebuah negara), jantina, bangsa, dan agama. Misalnya di

    negara Arab, hanya penduduk yang beragama Islam sahaja

    mempunyai hak untuk mengundi.

    Negara dalam ilmu sains politik pula berbeza dengan pertubuhan

    kerana keahlian dalam negara tidak secara sukarela dan seseorangtidak boleh berpaling tadah walaupun telah berhijrah dan menetap di

    negara lain.

    o kerajaan yang sah dan teratur sistem pentadbirannya

    o

    Sesebuah negara mestilah mempunyai kerajaan atau pemerintah. Hal

    ini kerana, penduduk tetap yang menghuni sesuatu kawasan tadi

    memerlukan unit yang dinamakan kerajaan untuk mengurus dan

    mentadbir segala hal yang berkaitan dengan masyarakat berkenaan.

    Pemerintah atau kerajaan ialah organisasi yang mengatur dan

    memimpin negara. Tanpa kerajaan, tidak akan wujud sesebuah

    negara yang dikatakan baik dan sempurna. Dalam pada itu, untuk mewujudkan sistem pemerintahan yang baik

    dan berkesan, sesebuah kerajaan itu perlu mempunyai kewibawaan

    dan mempunyai kuasa membuat peraturan dan melaksanakannya

    dalam masyarakat. Konsep kerajaan dalam erti kata yang sebenar

    merujuk kepada fungsi-fungsi yang terlibat dalam pengurusan dan

    perjalanan hal ehwal sesebuah negara. Dalam konteks negara

    Malaysia, terdapat tiga komponen utama kerajaan iaitu:

    1. Badan Perundangan (Legislatif)

    Menggubal, meminda atau membatalkan undang-undang dan tidak boleh

    menyerahkan kuasa ini kepada sesiapa pun dan tidak boleh mempunyaikuasa lain.

    2. Badan Pemerintah (Eksekutif)

    Menjalankan kuasa eksekutif dan tidak bolah membuat undang-undang.

    3. Badan Kehakiman (Judisiari)

    Mentafsir dan melaksanakan undang-undang dengan kuasa yang diberikan

    dan tidak boleh membuat undang-undang atau menjalankan kuasa eksekutif.

  • 7/31/2019 Bab 1 Negara Berdaulat

    4/4

    [PENGAJIAN AM PENGGAL 1] July 9, 2012

    4 EN.MOHAMMAD NOR HARIZAN BIN MOHD KAMIS| SMK (P) AIR PANAS, SETAPAK.

    o kedaulatan, iaitu mempunyai keupayaan untuk mengawal hal-ehwal dalam

    negara serta mempunyai kebebasan untuk mengadakan hubungan dengan

    negara-negara lain.

    Ciri-ciri sesebuah negara juga dipengaruhi oleh faktor kedaulatan. Kedaulatan

    menurut K. Ramanathan (2002) berasal daripada perkataan Latin iaitu superanusyang membawa maksud keunggulan atau keagungan. Dengan kata lain, kedaulatan

    ialah kuasa sesebuah negara untuk membuat undang-undang dan menguatkuasakan

    undang-undang dengan menggunakan segala kuasa yang ada padanya lantaran

    sifatnya yang mutlak. Kedaulatan dikatakan wujud kerana adanya wilayah.

    Kedaulatan dibahagikan kepada dua, iaitu kedaulatan politik dan kedaulatan yang

    sah. Kedaulatan politik ialah kekuasaan rakyat yang berfungsi apabila pilihan raya

    diadakan untuk memilih kerajaan sementara kedaulatan yang sah ialah kekuasaan

    tertinggi dalam undang-undang negara dan dimiliki oleh pemerintah. Menurut John

    Austin, undang-undang ialah kedaulatan yang memperlihatkan kepada kita bahawa

    aspek undang-undang dengan kedaulatan tidak boleh dipisahkan sama sekali