Bab 1 - Pengenalan Diagnosis

7
BAB 1 : Pengenalan Kepada Senggaraan Sistem Komputer PENGENALAN KEPADA SENGGARAAN SISTEM KOMPUTER Kandungan: Defini dan Kepentingan Senggaraan Senggaraan Cegahan Aktif & Pasif Perlindungan Data Pembersihan Perkakasan Pemeriksaan Luaran & Dalaman Komputer Pembinaan Rekod & Dokumentasi Defini dan Kepentingan Senggaraan Senggaraan komputer ialah tindakan tersusun / terancang bagi mencegah ataupun membaiki sebarang kerosakan yang mengakibatkan kegagalan dalam fungsi sesebuah sistem komputer. (baiki / elak komputer rosak) Boleh dikatakan proses penyenggaraan ini melibatkan 10% kemahiran mekanikal, 30% kemahiran teknikal, dan 60% nasib. Kini, industri senggaraan sistem komputer telah dengan berkembang dengan pesatnya, sejajar dengan perkembangan industri perkomputeran dengan pulangan keuntungan bernilai jutaan ringgit. Pengguna- pengguna korporat lazimnya berbelanja ribuan ringgit setiap bulan untuk tujuan pentadbiran dan penyenggaraan sistem komputer syarikat mereka. Walaupun tugas penyenggaraan bukannya mudah, namun ia adalah cabaran yang amat ‘menyeronokkan’. Proses penyenggaraan adalah amat penting. Selain mengatasi kegagalan sistem apabila kerosakan berlaku, senggaraan yang berjadual juga mampu mengelakkan kegagalan sistem yang teruk sebelum ia benar-benar berlaku. Pencegahan adalah lebih baik daripada merawat. Baik pulih belum tentu dapat membaiki sistem yang rosak, [email protected] 1

description

Pengenalan kepada Diagnosis Komputer

Transcript of Bab 1 - Pengenalan Diagnosis

Page 1: Bab 1 - Pengenalan Diagnosis

BAB 1 : Pengenalan Kepada Senggaraan Sistem Komputer

PENGENALAN KEPADA SENGGARAAN SISTEM KOMPUTER

Kandungan:

• Defini dan Kepentingan Senggaraan

• Senggaraan Cegahan Aktif & Pasif

• Perlindungan Data

• Pembersihan Perkakasan

• Pemeriksaan Luaran & Dalaman Komputer

• Pembinaan Rekod & Dokumentasi

Defini dan Kepentingan Senggaraan

Senggaraan komputer ialah tindakan tersusun / terancang bagi mencegah ataupun

membaiki sebarang kerosakan yang mengakibatkan kegagalan dalam fungsi sesebuah

sistem komputer. (baiki / elak komputer rosak)

Boleh dikatakan proses penyenggaraan ini melibatkan 10% kemahiran mekanikal, 30%

kemahiran teknikal, dan 60% nasib. Kini, industri senggaraan sistem komputer telah

dengan berkembang dengan pesatnya, sejajar dengan perkembangan industri

perkomputeran dengan pulangan keuntungan bernilai jutaan ringgit. Pengguna-

pengguna korporat lazimnya berbelanja ribuan ringgit setiap bulan untuk tujuan

pentadbiran dan penyenggaraan sistem komputer syarikat mereka. Walaupun tugas

penyenggaraan bukannya mudah, namun ia adalah cabaran yang amat

‘menyeronokkan’.

Proses penyenggaraan adalah amat penting. Selain mengatasi kegagalan sistem

apabila kerosakan berlaku, senggaraan yang berjadual juga mampu mengelakkan

kegagalan sistem yang teruk sebelum ia benar-benar berlaku. Pencegahan adalah lebih

baik daripada merawat. Baik pulih belum tentu dapat membaiki sistem yang rosak,

[email protected] 1

Page 2: Bab 1 - Pengenalan Diagnosis

BAB 1 : Pengenalan Kepada Senggaraan Sistem Komputer

sebaliknya pencegahan sejak peringkat awal melalui penjadualan senggaraan mampu

mengelakkan daripada berlakunya kerosakan sistem.

Senggaraan Cegahan Aktif & Pasif

Cegahan adalah kaedah pertahanan pertama bagi mengelakkan kegagalan atau

kerosakan sistem komputer. Kegagalan atau kerosakan biasanya adalah berpunca

daripada keadaan persekitaran di mana sistem komputer itu ditempatkan. Oleh itu,

perancangan jadual penyenggaraan yang rapi adalah perlu.

Cegahan Aktif

Pencegahan aktif adalah prosedur yang dilakukan bagi menjadikan PC tahan lama dan

kurang bermasalah. Kaedah pencegahan ini melibatkan pembersihan sistem dan

komponennya secara berkala. Teknik ini melibatkan aktiviti pembersihan komponen,

mengemaskini pemasangan cip dan penyambung, serta format semula cakera keras

(harddisk).

Kekerapan teknik pencegahan aktif perlu dilakukan bergantung kepada keadaan

persekitaran dan kualiti komponen sistem. Sekiranya persekitaran sistem terlalu kotor

atau berhabuk, seperti dalam persekitaran bermesin, berjentera berat atau stesen

minyak, anda mungkin perlu membersihkan sistem anda sekurang-kurangnya setiap tiga

bulan atau kurang. Bagi persekitaran biasa seperti di pejabat pula, pembersihan yang

dilakukan pada setiap bulan ataupun setahun sudah memadai.

Selain itu, prosedur pencegahan ini juga melibatkan aktiviti ‘backup’ (salinan pendua)

data dan persekitaran kritikal seperti sektor boot, jadual sistem FAT, dan struktur

direktori cakera keras. Anda juga harus ‘defragment’ (aktiviti penyusunan fail) cakera

keras sekurang-kurangnya sebulan sekali bagi mengekalkan kelancaran dan kelajuan

fungsi cakera keras.

Berikut adalah senarai semak mingguan penyenggaraan cakera keras:

[email protected] 2

Page 3: Bab 1 - Pengenalan Diagnosis

BAB 1 : Pengenalan Kepada Senggaraan Sistem Komputer

1. Backup semua data dan fail penting

2. Buang semua fail-fail sementara sistem:

a. *.tmp

b. ~*.*

c. *.chk

d. Fail-fail sementara dan rekod lama internet

3. Kosongkan ‘recycle bin’

4. Jalankan program defragment

Berikut pula adalah prosedur penyenggaraan bulanan:

1. Sediakan cakera pemula sistem (startup disk)

2. Semak dan ‘install’ (masukkan) semua ‘drivers’ (pemacu) kad video, kad bunyi,

modem, dan perkakasan lain.

3. Semak dan install ‘update’ (pembaharuan) sistem pengoperasi

4. Semak dan install update program antivirus

5. Bersihkan sistem termasuk skrin monitor, papan kekunci, pemacu CD/DVD,

pemacu disket, tetikus dan lain-lain

6. Pastikan bahawa semua kipas sistem berfungsi dengan sewajarnya, termasuk

heatsink (penyalur haba) CPU, bekalan kuasa, dan kipas perumah (casing).

Cegahan Pasif

Pencegahan pasif adalah langkah-langkah yang boleh diambil bagi melindungi sistem

daripada gangguan persekitaran, seperti menggunakan perkakasan perlindungan

bekalan kuasa (bagi membekalkan kuasa yang bersih, stabil serta suhu yang terkawal),

dan mengelakkan gegaran keterlaluan ke atas sistem. Dalam kata lain, pencegahan

pasif bermakna anda melayan sistem anda dengan baik.

[email protected] 3

Page 4: Bab 1 - Pengenalan Diagnosis

BAB 1 : Pengenalan Kepada Senggaraan Sistem Komputer

Pencegahan pasif melibatkan penjagaan sistem melalui penyediaan persekitaran terbaik

buat sistem – fizikal dan elektrikal. Perlindungan fizikal termasuk memastikan suhu

persekitaran sistem adalah baik, aliran udara dan haba yang baik, bebas daripada

pengumpulan habuk dan asap, serta bebas hentakan dan gegaran. Perlindungan

elektrikal pula melibatkan aktiviti perlidungan daripada ESD (electrostatic discharge),

hingar talian kuasa, dan gangguan frekuensi radio.

Biasanya senggaraan pasif ini hanya perlu dilakukan sekali sahaja, iaitu pada peringkat

awal penyediaan PC. Ini berbeza dengan sengaraan aktif yang memerlukan aktiviti

senggaraan berkala (kerap).

Langkah-langkah yang boleh anda ambil sebelum memasang PC baru:

1. Sediakan tempat yang sesuai untuknya (bebas kotoran habuk dan asap)

2. Jangan tempatkan PC di hadapan tingkap (komputer tidak harus diletakkan di

bawah cahaya matahari)

3. Pastikan suhu persekitaran (bilik) adalah sestabil yang mungkin

4. Bekalan kuasa haruslah dibumikan dan stabil.

5. Pastikan sistem jauh daripada pemancar gelombang radio dan sebarang sumber

kuasa berfrekuensi radio

Perlindungan Data

Komputer yang kita gunakan di dalam rumah lazimnya menyimpan data-data yang amat

sulit dan berbentuk peribadi. Bagi sektor korporat pula, sistem komputer digunakan bagi

tujuan memproses dan menyimpan data-data yang amat kritikal kepada syarikat. Data-

data ini kadang-kala bernilai ribuan malahan jutaan ringgit; dan kadangkala tidak ternilai

harganya.

Kerosakan sistem kadang kala boleh membawa kepada kehilangan data. Oleh itu,

proses ‘backup’ / perlindungan data adalah antara proses yang paling penting dalam

proses senggaraan.

[email protected] 4

Page 5: Bab 1 - Pengenalan Diagnosis

BAB 1 : Pengenalan Kepada Senggaraan Sistem Komputer

Terdapat pelbagai cara bagi melindungi data. Antaranya ialah:

1. Membina salinan data

2. Melakukan inkripsi* dan membina hak capaian data.

Dalam topik ini, kita akan hanya menyentuh berkenaan proses membina salinan data.

Proses salinan data ini boleh dilaksanakan ke dalam beberapa medium seperti:

1. Cakera liut (disket)

2. Cakera padat (CD-R,CD-RW, DVD-R, DVD-RW, DVD-RAM)

3. Cakera keras (harddisk)

4. Memori Flash (thumb-drive, pen-drive, usb-drive, dll.)

Sebagai seorang penyenggara, anda perlu tahu kesemua kaedah ini. Anda juga perlu

ingat bahawa cakera keras (harddisk) adalah antara komponen paling penting sistem

komputer! Sekiranya anda membaiki / menyenggara komputer, pastikan anda membuat

salinan bagi cakera keras tersebut. Kebanyakan penyenggara dari kedai-kedai komputer

sering mengambil jalan mudah dengan meng-‘format’ cakera keras pengguna dan

meng-‘install’ Windows baru tanpa mempedulikan data-data yang ada di dalamnya.

*inkripsi = ubah kepada bentuk yang terkod / tidak dapat dibaca dengan cara biasa

Pembersihan Perkakasan

Tujuan pembersihan adalah bagi mengelakkan gangguan akibat kehadiran habuk atau

lain-lain bahan yang boleh mengganggu kelancaran sistem. Walaupun nampak leceh

dan kecil, tugas ini masih penting sebagai satu daripada aktiviti senggaraan.

Antara kebaikan pembersihan ini ialah:

1. Membersihkan komponen komputer daripada habuk dan kekotoran

2. Mengelakkan kipas sistem daripada tersekat dan berhenti berpusing

3. Mengelakkan pemanasan lampau cip-cip sistem yang boleh mendatangkan

kerosakan akibat gangguan fungsi penyejuk seperti kipas dan sirip aluminium

4. Mengelakkan litar pintas akibat kehadiran lembapan dan partikel pengalir elektrik

dalam habuk

[email protected] 5

Page 6: Bab 1 - Pengenalan Diagnosis

BAB 1 : Pengenalan Kepada Senggaraan Sistem Komputer

Anda juga perlu ingat bahawa sistem komputer dibina dengan pelbagai cip-cip yang

sangat sensitif kepada lembapan dan ‘elektrostatik’. Elektrostatik adalah cas-cas kecil

yang lazimnya terhasil daripada geseran dua bahan yang berlainan (seperti geseran

kain baldu dengan rod kaca). Oleh itu, proses pembersihan ini perlu dilakukan

menggunakan alat-alat yang sesuai.

Pemeriksaan Luaran & Dalaman Komputer

Kegagalan fungsi komputer boleh diatasi menggunakan 2 kaedah pemeriksaan iaitu

pemeriksaan luaran dan pemeriksaan dalaman komputer.

Pemeriksaan luaran membabitkan pemeriksaan sambungan kabel-kabel perkakasan

komputer kepada ‘system unit’, dan sambungan sistem kepada punca kuasa elektrik.

Sambungan yang terputus akan menyumbang kepada kegagalan fungsi sistem. Ia juga

boleh ditafsirkan sebagai pemeriksaan secara fizikal ke atas perkakasan sistem

komputer yang dapat dilihat secara kasar bagi mengenalpasti masalah yang mungkin

menimpa sistem.

Pemeriksaan dalaman pula melibatkan ‘pembedahan’ ke atas perkakasan sistem bagi

mengenalpasti masalah yang timbul dan tidak dapat dikenalpasti secara mata kasar. Ia

juga melibatkan penggunaan alatan tertentu bagi tujuan diagnosis (pengenalpastian).

Sebagai contoh, pemutar skru mungkin digunakan bagi membuka ‘casing’ (perumah)

sistem untuk meninjau lebih lanjut perkakasan sensitif yang dilindungi bagi mengesan

punca kegagalan fungsi sistem, meter pelbagai digunakan bagi mengesan keterusan

aliran arus dalam litarnya, ataupun penggunaan perisian dengan arahan tertentu bagi

mengesan masalah komunikasi dan kefungsian sesuatu perkakasan.

[email protected] 6

Page 7: Bab 1 - Pengenalan Diagnosis

BAB 1 : Pengenalan Kepada Senggaraan Sistem Komputer

Pembinaan Rekod & Dokumentasi

Seorang penyenggara yang cekap dan professional selalunya akan melakukan catatan

rekod dan dokumentasi khas bagi segala tugas yang telah dilaksanakannya. Selain

memudahkan perjalanan kerja, ia juga boleh dijadikan bukti kejujuran dalam

melaksanakan tugas seharian.

Penyediaan rekod dan dokumentasi membolehkan penyenggara dan juga pentadbir

mengesan sejarah kerosakan dan baik pulih sistem perkomputerarn mereka. Ia juga

membolehkan institusi mengenalpasti tempoh jaminan dan membuat anggaran bagi

perkembangan sistem mereka. Antara kebaikan menyediakan rekod dan dokumentasi

ialah:

1. Menyimpan butir-butir lengkap mengenai sistem perkomputeran yang digunakan

(kos, jaminan, syarikat pembuat / pembekal).

2. Menyimpan senarai tugas penyenggaraan yang telah atau bakal dilaksanakan ke

atas sistem.

3. Menyimpan data berkenaan individu yang terbabit dengan penyenggaraan

sistem.

4. Memudahkan rujukan berkenaan teknik baik pulih sistem yang pernah

bermasalah, dan diaplikasikan bagi menyelesaikan masalah kerosakan baru

dengan situasi yang hampir sama.

5. Membolehkan institusi membuat anggaran jangka hayat sistem dan merangka

perkembangan bagi sistem mereka untuk masa hadapan.

[email protected] 7