Bab 1- Pengenalan Falsafah

4
Nota Kuliah SSP2233 dan SRP2233 Teori Pendidikan Seni Hassan Mohd Ghazali 1 Topik 1: Teori-teori pendidikan seni Oleh: Hassan Mohd Ghazali Fakulti Seni dan Muzik Pengenalan Falsafah Secara umumnya istilah falsafah adalah berasal dari negara barat iaitu negara yang mengembangkan ilmu ini Yunani Kuno. Kata filsafat berkaitan erat dengan segala sesuatu yang boleh difikirkan oleh manusia, malah sentiasa diperbahasakan oleh manusia melalui ilmu pengetahuan. Oleh sebab itu hakikat falsafah kebiasaannya menggunakan akal fikiran tetapi tidak semua proses berfikir itu adalah falsafah. Sebelum kedatangan Islam, orang Arab tidak mengandungi falsafah, namun mereka mempunyai hikmah dan hukama yang bererti bijaksana atau ahli bijak pandai. Sebenarnya ilmu ini adalah datangnya dari pengaruh Yunani kuno. Seorang tokoh Islam Al-Farabi telah mendefinisikan falsafah yang diambil daripada perkataan Yunani ‘philosophia’ yang kemudiannya dihuraikan sebagai ‘Philos’ yang bererti pencinta, dan ‘sophia’ yang bererti bijaksana. Secara rangkumannya pengertian falsafah ialah ‘pencinta bijaksana’. Plato (427-348 SM) menyatakan bahawa falsafah adalah ilmu pengetahuan yang berhasrat untuk mencari dan mencapai hakikat kebenaran yang hakiki. Sementara itu Sidi Gazalba dalam bukunya bertajuk Sistematika Filsafat menterjemahkan perkataan. ‘philosophia’ sebagai ‘cinta kepada pengetahuan bijaksana’. Pengetahuan dan kebijaksanaan sebagai anak kunci kepada pembuka rahsia kebenaran. Mencari kebenaran adalah suatu perkara yang harus ada dalam diri seseorang ahli falsafah. Oleh yang demikian falsafah bolehlah diertikan juga usaha mencari hakikat sesuatu, berusaha mencari sebab dan akibat, dan berusaha mentafsirkan pengalaman-pengalaman manusia. Dengan dasar itu ahli falsafah dapat memberikan pendapat dan keputusan yang bijaksana. Bidang-bidang Falsafah Aristotle talah membahagikan bidang falsafah kepada ilmu metafizika, logika, retorika, etika, ekonomi, politik dan estetika. Sementara itu Dr. Oemar Amin Hoesin (1975) pula telah membuat pembahagian ilmu falsafah kepada ilmu kosmologi yang bersifat umum dan khusus,

description

Pengenalan Falsafah adalah nota untuk kelas teori-teori pendidikan seni. Membincangkan skop falsafah secara keseluruhan

Transcript of Bab 1- Pengenalan Falsafah

Page 1: Bab 1- Pengenalan Falsafah

Nota Kuliah SSP2233 dan SRP2233 Teori Pendidikan Seni

• Hassan Mohd Ghazali 1

Topik 1:

Teori-teori pendidikan seni

Oleh: Hassan Mohd Ghazali

Fakulti Seni dan Muzik

Pengenalan Falsafah

Secara umumnya istilah falsafah adalah berasal dari negara barat iaitu

negara yang mengembangkan ilmu ini Yunani Kuno. Kata filsafat

berkaitan erat dengan segala sesuatu yang boleh difikirkan oleh manusia,

malah sentiasa diperbahasakan oleh manusia melalui ilmu pengetahuan.

Oleh sebab itu hakikat falsafah kebiasaannya menggunakan akal fikiran

tetapi tidak semua proses berfikir itu adalah falsafah.

Sebelum kedatangan Islam, orang Arab tidak mengandungi

falsafah, namun mereka mempunyai hikmah dan hukama yang bererti

bijaksana atau ahli bijak pandai. Sebenarnya ilmu ini adalah datangnya

dari pengaruh Yunani kuno.

Seorang tokoh Islam Al-Farabi telah mendefinisikan falsafah yang

diambil daripada perkataan Yunani ‘philosophia’ yang kemudiannya

dihuraikan sebagai ‘Philos’ yang bererti pencinta, dan ‘sophia’ yang

bererti bijaksana. Secara rangkumannya pengertian falsafah ialah

‘pencinta bijaksana’.

Plato (427-348 SM) menyatakan bahawa falsafah adalah ilmu

pengetahuan yang berhasrat untuk mencari dan mencapai hakikat

kebenaran yang hakiki.

Sementara itu Sidi Gazalba dalam bukunya bertajuk Sistematika

Filsafat menterjemahkan perkataan. ‘philosophia’ sebagai ‘cinta kepada

pengetahuan bijaksana’. Pengetahuan dan kebijaksanaan sebagai anak

kunci kepada pembuka rahsia kebenaran. Mencari kebenaran adalah suatu

perkara yang harus ada dalam diri seseorang ahli falsafah.

Oleh yang demikian falsafah bolehlah diertikan juga usaha mencari

hakikat sesuatu, berusaha mencari sebab dan akibat, dan berusaha

mentafsirkan pengalaman-pengalaman manusia. Dengan dasar itu ahli

falsafah dapat memberikan pendapat dan keputusan yang bijaksana.

Bidang-bidang Falsafah

Aristotle talah membahagikan bidang falsafah kepada ilmu metafizika,

logika, retorika, etika, ekonomi, politik dan estetika. Sementara itu Dr.

Oemar Amin Hoesin (1975) pula telah membuat pembahagian ilmu

falsafah kepada ilmu kosmologi yang bersifat umum dan khusus,

Page 2: Bab 1- Pengenalan Falsafah

Nota Kuliah SSP2233 dan SRP2233 Teori Pendidikan Seni

• Hassan Mohd Ghazali 2

antropologi, etika dan logika. Profesor Abdul Jalil Hassan (1973) pula

membahagikan cabang-cabang ilmu falsafah kepada falsafah Insaniyah

(kemanusian) dan falsafah Latar tabiat. Menurutnya lagi bagi falsafah

insaniyah dari segi maknawi mengandungi tiga cabang kecil kepada

manusia iaitu akhlak, ilmu mantik (logik) dan ilmu jiwa (psikologi).

Manakala falsafah Latar tabiat pula ialah falsafah yang membahaskan

segala kejadian iaitu ilmu tabiat (kejadian alam), ilmu jiwa dan ilmu

Ilahiyah (ketuhanan). Profesor Muhamud Muhammad al-Hudzari (1967)

pula menyatakan falsafah terbahagi kepada ilmu mantik, ilmu falsafah

sosiologi, ilmu falsafah tabiat, ilmu falsafah agama, ilmu falsafah sejarah

dan ilmu sejarah falsafah.

Dari kenyataan beberapa tokoh penulis yang menyenaraikan

pembahagian ilmu falsafah, maka jelas menunjukkan bahawa bidang ini

amat luas. Namun demikian bidang yang dikenal pasti ialah ilmu etika,

logik, teologi, estetika, metafizik dan kosmologi.

1. Ilmu Etika

Ilmu etika ialah satu cabang ilmu yang membicarakan mengenai

tingkah laku manusia dari pandangan buruk dan baik yang ditentukan

oleh akal fikiran. Perkataan Etika adalah dari bahasa Latin Ethos

disebut Mores yang berasal daripada kata moral (sekarang makna

moral berbeza dari sudut etika).

Moral lebih sesuai dengan idea-idea yang umum diterima tentang

manusia, mana yang baik dan wajar. Etika pula lebih bersifat teori dan

lebih bersifat menyelidik, memikir dan mempertimbangkan tentang

yang baik dan buruk. Etika dalam erti kata yang lain ialah melihat

tingkah laku manusia untuk menentukan nilai baik dan buruk

mengikut budaya sesuatu kelompok. Menurut New American

Encylopedia, Etika ialah ilmu tentang falsafah moral – ia tidak

berkaitan dengan sifat manusia tetapi tentang idea.

2. Ilmu Logik

Ilmu Logik adalah ilmu yang menentukan sesuatu kebenaran atau ilmu

berkata benar dan berfikiran benar. Istilah logik berasal daripada

bahasa Yunani iaitu Logos yang membawa maksud ‘kata atau

fikiran’. Menurut Al-Farabi ilmu ini ialah ilmu yang memberi tenaga

fikiran dan kemampuan membezakan sesuatu dan merupakan alat

kepada falsafah. Menurutnya lagi falsafah tidak akan dapat mengajak

manusia berfikir tanpa logik. Al-Farabi sangat terpengaruh dengan

pemikiran Aristotle yang meletakan asas ilmu logik sebagai ‘alat’

untuk berfikir melalui bukunya berjudul Organon yang membawa

maksud ‘Alat’.

Ilmu Logik lebih menjurus kepada pemikiran yang boleh diterima oleh

orang lain tentang sesuatu kebenaran. Secara umumnya ilmu ini

mempunyai dua cabang iaitu:

Page 3: Bab 1- Pengenalan Falsafah

Nota Kuliah SSP2233 dan SRP2233 Teori Pendidikan Seni

• Hassan Mohd Ghazali 3

• Membahaskan fikiran manusia dengan tujuan untuk

mengetahui kaedah dan syaratnya bagi mendapatkan fikiran

yang betul

• Mencantumkan kaedah-kaedah itu dengan pelbagai fikiran

untuk mengetahui dan membezakan fikiran yang betul dan

yang salah.

3. Ilmu Teologi

Istilah teologi adalah daripada perkataan ‘Theos’ dalam bahasa Yunani

bermaksud ‘Tuhan’ dan ‘Logos’ pula membawa maksud ‘ilmu’. Ilmu

teologi ialah ilmu tentang Ketuhanan. Teologi adalah membahaskan

soal ketuhanan dan kewajipan manusia melalui sumber wahyu dan

akal. Akal sebagi daya berfikir yang ada dalam diri manusia

dianugerahkan oleh Tuhan. Wahyu adalah sebagai sumber

perkhabaran daripada alam metafizik dari Tuhan yang diturunkan

kepada manusia sebagai pedoman hidup dan kewajipan manusia

terhadap Tuhan. Menurut Al-Ghazali bahawa akal tidak dapat

membawa sifat kewajipan bagi manusia, kewajipan ditentukan oleh

wahyu.

Sebenarnya falsafah teologi Islam dijiwai oleh tauhid. Tauhid ialah

keyakinan kepada Yang Maha Esa. Oleh yang demikian berbeza ahli

falsafah Islam dengan ahli falsafah Yunani bahawa tauhid menjadi

penentu kepada kewujudan tunduk dan patuh kepada Allah. Bagi ahli

falsafah Yunani ilmu teologi tidak jelas dari segi ketuhanan. Sebagi

contoh Aristotle sangat kabur kerana dia mempercayai sifat-sifat

ketuhanan itu berada antara keesaan monoteisme dan bilangan tuhan

yang banyak iaitu politeisme. Ia tidak dapat menentukan sama ada

tuhan itu satu atau banyak.

4. Ilmu Estetika

John Cohn (1869-1947) seorang ahli falsafah Jerman mendefinisikan

estetik sebagi teori tentang keindahan dan seni. Namun demikian Maz

Dessoir pula mengatakan bahawa estetika jauh lebih luas persoalannya

berbanding daripada bidang keindahan itu sendiri kerana estetika

banyak mempersoalkan persoalan sedih dan lucu, bergaya dan mulia

bahkan yang buruk pun boleh dikaitkan dengan keindahan yang relatif.

Mereka berpendapat hakikat seni menentukan estetika. Estetika ialah

ilmu yang membahaskan tentang keindahan dan kesenian. Falsafah

estetika meliputi nilai-nilai keindahan dan seni, nilai retorika, suasana

hati dan lain-lain yang ada hubungan dengan nilai kecantikan. Plato

melihat estetika dari sudut teori metafizik yang mana estetika ialah

suatu realiti semacam sejenis hakikat yang abadi dan tidak akan

berubah-rubah. Sebenarnya sejak Socrates lagi perbincangan mengenai

masalah hubungan keindahan dengan sesuatu objek menjadi

perbincangan.

Page 4: Bab 1- Pengenalan Falsafah

Nota Kuliah SSP2233 dan SRP2233 Teori Pendidikan Seni

• Hassan Mohd Ghazali 4

Menurut Herbert Read (1959) kesenian adalah penciptaan bentuk-

bentuk yang menyenangkan, yang membawa maksud bahawa seni itu

adalah penjelmaan rasa estetika yang mengarah kepada kebenaran

melalui penjelmaan fitrah manusia. Aristotle pula menyatakan konsep

seni adalah sebagai hasrat manusia untuk meniru yang bertujuan untuk

membersihkan perasaan.

5. Ilmu Metafizik

Aristotle menamakan ilmu metafizik ini sebagi ilmu agama, sebab

Tuhan adalah wujud, ia sebagi petanda alam daripada segala wujud.

Al-Kindi melihat metafizik itu adalah sebagai falsafah yang

membahaskan tentang makhluk dan alam abstraknya. Ibn Sina pula

bertolak daripada konsep makhluk dan seterusnya

memperkembangkan dengan memperkenalkan konsep ‘Ontologi’.

Ontologi ialah pemikiran tentang ilmu kejadian dan hakikatnya. Dalam

falsafah Ibu Sina terdapat tiga subjek yang dibincangkan iaitu Tuhan,

manusia dan alam.

6. Ilmu Kosmologi.

Kosmologi ialah falsafah yang mengkaji hal-hal yang berhubung

dengan alam. Melalui ilmu kosmologi ini dipelajari apakah sebenarnya

alam ini dan apakah hubungannya dengan kejadiannya. Salah satu

bahagian yang diteliti oleh ahli kosmologi ialah menyelidik sebab

cause terjadinya kosmos, pasti ada sebab menyebabkan terjadinya

kosmos itu.