Bab 1 pengenalan hubungan etnik

11
HUBUNGAN ETNIK WAJ 3106

Transcript of Bab 1 pengenalan hubungan etnik

Page 1: Bab 1 pengenalan hubungan etnik

HUBUNGAN ETNIK

WAJ 3106

Page 2: Bab 1 pengenalan hubungan etnik

PENGENALAN

• Kursus ini memfokuskan perbincangan tentang konsep-konsep asas budaya dan hubungan etnik serta meneliti perkembangan hubungan etnik di Malaysia. Hasratnya adalah mewujudkan masyarakat Malaysia menurut acuan Malaysia.

• Adalah diharapkan pelajar dapat memahami dan menangani cabaran global dalam hubungan budaya dan etnik di peringkat Malaysia dan Asia.

• Kursus ini juga memperkenalkan para pelajar terhadap hubungan etnik menurut perspektif Islam

Page 3: Bab 1 pengenalan hubungan etnik

Objektif Kursus

1. Menjelaskan pluraliti budaya, masyarakat dan kumpulan etnik.

2. Membincangkan aspek kerjasama politik dan hubungan etnik.

3. Menghuraikan konsep Islam Hadhari dan hubungan etnik.

4. Meramal cabaran pluraliti budaya dan hubungan etnik di Malaysia.

5. Membincangkan peranan masyarakat dan kerajaan dalam mengeratkan hubungan etnik.

Page 4: Bab 1 pengenalan hubungan etnik

Pengertian Etnik

• Etnik dari segi bahasa boleh didefinasikan sebagai kaum atau bangsa. Dari segi istilah pula etnik boleh didefinasikan sebagai kelompok manusia yang ditentukan melalui perbezaan ciri-ciri budaya seperti adat resam, pakaian, bahasa, kegiatan ekonomi dan sebagainya.

Page 5: Bab 1 pengenalan hubungan etnik

Peristiwa 13 Mei 1969

• Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia.

• Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan “Pilihan Raya Umum 1969” merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.

Page 6: Bab 1 pengenalan hubungan etnik

Latar belakang sejarah hubungan kaum sebelum 13 Mei

1. Dasar British selepas perang• Pengenalan Malayan Union 1946 –

kurangkan kuasa raja dan kewarganegaraan mudah

2. Keganasan MPAJA• Ahli- ramai org Cina. Wp penentangan

terhadap Jepun tapi ada kerjasama dgn PKM. Keluar hutan pada Julai 1945 dan lakukan keganasan. Ramai orang Melayu dibunuh.

Page 7: Bab 1 pengenalan hubungan etnik

3. Darurat 1948• Keganasan PKM dalam usaha tubuhkan

kerajaan komunis. Dapat sokongan orang cina. Pasukan keselamatan terdiri orang Melayu.

• Darurat 1948. usaha galak orang cina sertai polis 1949 tidak begitu berjaya. Inggeris kuatkuasa kerahan tenaga (national service) 1950, ramai orang Cina meninggalkan TM ke negara China.

Page 8: Bab 1 pengenalan hubungan etnik

Faktor- faktor Pemangkin 13 Mei1. Isu perkauman dalam pilihan raya 1969• Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi

tema utama sepanjang kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai Bumiputera dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.

• Parti Perikatan yang dianggotai oleh UMNP-MCA-MIC mengalami kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969. Parti Perikatan telah kehilangan majoriti dua-pertiga dalam Dewan Rakyat.

• Gerakan dan DAP serta PAS menang besar.

Page 9: Bab 1 pengenalan hubungan etnik

2. Pembangkang meraikan kemenangan

• Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru. Sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang.

• Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.

Page 10: Bab 1 pengenalan hubungan etnik

Pengajaran Peristiwa 13 Mei

1. Ketaatsetiaan / patriotisme

2. Keadilan ekonomi

3. Kesamarataan pendidikan

4. Kepercayaan kepada pemimpin

5. Ketaatan kepada undang-undang

Page 11: Bab 1 pengenalan hubungan etnik

Kepentingan Hubungan Etnik

1. Perpaduan

2. Kesejahteraan

3. Keamanan

4. Kegemilangan politik, ekonomi dan sosial