Bab 10 pengurusan dan pengelolaan
-
Upload
nur-alyani-hamim -
Category
Education
-
view
1.997 -
download
6
Transcript of Bab 10 pengurusan dan pengelolaan
BAB 10 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN
PERTANDINGAN SUKAN RAGAM
OLEH :CONNIELIN ANAK GADONUR ALYANI MOHMAD HAMIM
PENGENALANSukan ragam merupakan aktiviti-aktiviti
permainan yang melibatkan kemahiran asas.Skor atau markah akan diberikan
berdasarkan kepada prestasi peserta dalam sesuatu kemahiran
Kemahiran yang dipertandingan dalam sukan ragam terdiri daripada kemahiran yang telah diajar oleh guru.
Contohnya dalam permainan bola sepak kemahiran menghantar, menahan, menyepak dan mengelecek yang dipertandingkan dalam bentuk sukan setelah guru mengajar kemahiran asas.
Dalam pengelolaan sukan ragam, murid akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap peserta perlu menyumbangkan mata untuk kumpulan masing-masing.
Pemenang dipilih daripada pasukan yang mengumpul mata tertinggi
KONSEP DAN DEFINISI SUKAN RAGAMSukan bermaksud kegiatan yang memerlukan ketangkasan atau tenaga yang dilakukan secara pertandingan untuk merehatkan badan
Ragam bermaksud pelbagai bentuk atau kemahiran
Sukan ragam bermaksud kemahiran asas yang pelbagai dalam satu atau lebih disiplin sukan dipertandingkan antara kumpulan untuk mencari pemenang
Sukan ragam telah diperkenalkan dalam sukatan pendidikan jasmani sejak awal tahun 1960an lagi
Kurang kesedaran dan pendedahan di kalangan guru pendidikan jasmani terhadap sukan ragam menyebabkan sukan ini gagal mendapat tempat dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani
Sukan ragam lebih membawa kebaikan kepada murid jika guru melaksanakannya dengan baik
Sukan ragam yang dibina dalam keadaan pertandingan dilihat dapat membina keseronokan, kepuasan, pengalaman dan kemahiran di kalangan murid
Sebagai guru pendidikan jasmani, kita perlu memperuntukkan sekurang-kurangnya satu waktu dalam setiap penggal persekolahan untuk acara sukan ragam.
OBJEKTIF SUKAN RAGAMMemberi peluang kepada murid untuk
merasa seronok dan puas ketika menjalankan aktiviti pertandingan.
Memberi peluang kepada semua murid melibatkan diri dalam pertandingan tanpa wujudnya murid yang tidak akan merasa terasing lagi.
Merupakan alat pengukuhan setelah mempelajari kemahiran- kemahiran asas dalam kelas pendidikan jasmani.
Membolehkan murid mempraktikkan kemahiran-kemahiran asas yang telah di pelajari di dalam kelas
Memberi peluang kepada murid merasa kepentingan diri sebagai ahli kumpulan dengan mencuba sedaya upaya untuk menyumbangkan mata kepada kumpulan masing-masing
Memupuk semangat kerjasama sepasukanBerupaya memupuk bakat dan kreativiti guru
dalam melaksanakan aktiviti pertandingan
FAEDAH SUKAN RAGAMMelibatkan sepenuhnya komitmen murid
dalam mengambil bahagian.Mampu melibatkan semua aktiviti kemahiran
asas pendidikan jasmaniMemberikan peluang kepada murid
mengambil bahagian secara aktif dengan menyumbang mata kepada kumpulan.
Membolehkan setiap murid merasa berharga kerana segala aktiviti yang dilakukan murid akan menyumbangkan markah
Terbina daripada pelbagai kemahiran yang dipertandingkan akan membuatkan murid merasa seronok dan dihargai dalam menjalankan aktiviti ini
Memberi mata berdasarkan kebolehan murid akan merangsang setiap murid untuk memperoleh mata bagi pasukannya.
Menanamkan semangat berpasukan, kesukanan dan kepimpinan di kalangan murid
Mengelakkan rasa kebosanan di kalangan murid dalam mempelajari kemahiran.
Tidak memerlukan peralatan khas yang mahal dan biasanya menggunakan alatan yang digunakan dalam aktiviti pendidikan jasmani
Membolehkan guru membuat penilaian dan mengukur pencapaian murid dalam kemahiran tertentu
Boleh bertindak sebagai maklum balas kepada pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru.