Bab 2 Nota Ringkas

4
BAB 2 PENDAPATAN INDIVIDU DAN PENGGUNAAN PENDAPATAN INDIVIDU 2.4 PENGGUNAAN PENDAPATAN BOLEH GUNA Pendapatan boleh guna boleh digunakan untuk: (a) perbelanjaan terhadap barang dan perkhidmatan. (b) tabungan Rumus: Y d = C + S Yd ialah pendapatan boleh guna. C ialah perbelanjaan penggunaan. S ialah tabungan. _______________________________________________________________ ______ 2.4.1 Keperluan dan Kehendak Keperluan Kehendak Mesti dipenuhi supaya manusia boleh terus hidup. Dipenuhi untuk hidup yang lebih selesa. Terhad kepada beberapa jenis barang sahaja iaitu makanan, pakaian, dan tempat tinggal. Pelbagai dan banyak pilihan. Sama untuk semua individu. Bergantung kepada citarasa individu. Tidak dipengaruhi oleh tingkat pendapatan individu. Dipengaruhi oleh pendapatan individu. Harga dikawal oleh kerajaan. Harga tidak dikawal oleh kerajaan. Contoh: Makanan, Pakaian, Tempat Tinggal sahaja. Contoh: Kereta, telefon bimbit, KFC, komputer, meja, kerusi dll. 1

description

Nota Ringkas Bab 2 Ekonomi Asas

Transcript of Bab 2 Nota Ringkas

Page 1: Bab 2 Nota Ringkas

BAB 2 PENDAPATAN INDIVIDU DAN PENGGUNAAN PENDAPATAN INDIVIDU

2.4 PENGGUNAAN PENDAPATAN BOLEH GUNA

Pendapatan boleh guna boleh digunakan untuk:(a) perbelanjaan terhadap barang dan perkhidmatan.(b) tabungan

Rumus: Yd = C + S

Yd ialah pendapatan boleh guna.C ialah perbelanjaan penggunaan.S ialah tabungan._____________________________________________________________________

2.4.1 Keperluan dan Kehendak

Keperluan KehendakMesti dipenuhi supaya manusia boleh terus hidup.

Dipenuhi untuk hidup yang lebih selesa.

Terhad kepada beberapa jenis barang sahaja iaitu makanan, pakaian, dan tempat tinggal.

Pelbagai dan banyak pilihan.

Sama untuk semua individu. Bergantung kepada citarasa individu.Tidak dipengaruhi oleh tingkat pendapatan individu.

Dipengaruhi oleh pendapatan individu.

Harga dikawal oleh kerajaan. Harga tidak dikawal oleh kerajaan.Contoh: Makanan, Pakaian, Tempat Tinggal sahaja.

Contoh: Kereta, telefon bimbit, KFC, komputer, meja, kerusi dll.

1

Page 2: Bab 2 Nota Ringkas

2.4.2 Belanjawan PeribadiAnggaran pendapatan dan perbelanjaan untuk satu tempoh yang akan datang.

Jenis-jenis Perbelanjaan Peribadi(a) Barang tahan lama

- tempoh penggunaan panjang, lebih daripada 1 tahun.

- tidak mudah rosak.- terdiri daripada barang

kehendak.- contoh: kipas, peti ais,

televisyen dsb.(b) Barang tidak tahan lama

- tempoh penggunaan singkat, kurang daripada 1 tahun.

- cepat rosak dan cepat habis.- terdiri daripada barang

keperluan- contoh: sayur, pensel, petrol

dsb.(c) Perkhidmatan

- contoh: pengangkutan, perubatan, pendidikan dsb.

Kepentingan Belanjawan Peribadi(a) mengelakkan pembaziran(b) menggalakkan tabungan(c) menyelaraskan perbelanjaan

dengan pendapatan(d) membantu mengawal inflasi(e) mengelakkan individu daripada

berhutang

Langkah-langkah Penyediaan Belanjawan Peribadi(a) Mengenal pasti punca-punca

pendapatan dan potongan wajib.(b) Mencatatkan semua perbelanjaan

yang perlu dilakukan.(c) Menyusun perbelanjaan mengikut

keutamaan.(d) Mengimbangkan pendapatan boleh

guna dengan perbelanjaan.

2.4.3 Konsep TabunganSebahagian pendapatan boleh guna yang tidak dibelanjakan.

Rumus: S = Yd – C

S ialah tabungan.Yd ialah pendapatan boleh guna.C ialah perbelanjaan penggunaan.

Tujuan Tabungan(a) sebagai awasan dan kecemasan.(b) untuk membeli barang tahan lama

secara tunai.(c) menambahkan punca kewangan.(d) membiayai pendidikan.(e) memenuhi cita-cita tertentu.

Cara –Cara Menabung(a) Bank perdagangan (b) Syarikat kewangan(c) Bank Simpanan Nasional (BSN)(d) Lembaga Tabung Haji (LTH)(e) Koperasi(f) Polisi insurans nyawa(g) Unit saham amanah dan surat

jaminan kerajaan

2

Page 3: Bab 2 Nota Ringkas

2.4.4 Konsep PinjamanPinjaman ialah punca pendapatan untuk membiayai perbelanjaan.

Tujuan Pengguna Membuat Pinjaman(a) Menampung kekurangan wang

semasa(b) Membeli barang harian(c) Membeli barang harian(d) Membuat pinjaman pendidikan

Tujuan Pengeluar Membuat Pinjaman(a) Memulakan perniagaan(b) Menambahkan modal(c) Meningkatkan produktiviti(d) Mengurangkan pembayaran cukai

syarikat

Sebab-sebab Pinjaman Dikenakan Faedah(a) Menangguhkan perbelanjaan pada

masa kini(b) Menanggung risiko(c) Menanggung kejatuhan nilai wang

Cara-cara Meminjam(a) Bank perdagangan(b) Syarikat kewangan(c) Koperasi(d) Kedai pajak gadai(e) Syarikat insurans(f) Majlis Amanah Rakyat (MARA)(g) Ceti(h) Sahabat dan saudara

2.4.5 Konsep PelaburanPelaburan ialah aliran perbelanjaan firma terhadap pembelian barang-barang modal atau penambahan modal yang sedia ada untuk meningkatkan pendapatan pada masa depan.

Tujuan Pelaburan(a) Menambah keuntungan dan

pendapatan(b) Menggantikan barang modal(c) Meningkatkan keupayaan

pengeluaran

Cara-cara Melabur(a) Pembelian aset tetap(b) Pembelian barang modal(c) Pembelian stok atau barang niaga(d) Pelaburan dalam sumber manusia

Perbezaan Pulangan daripada Tabungan dan Pulangan daripada Pelaburan

Aspek Perbezaan Pulangan daripada Tabungan Pulangan daripada PelaburanBentuk Pendapatan Pulangan diperoleh dalam

bentuk faedah / dividen.Pulangan diperoleh dalam bentuk untung.

Risiko Ketidakpastian

Melibatkan risiko ketidakpastian yang lebih rendah.

Melibatkan risiko ketidakpastian yang lebih tinggi.

Pulangan Jumlah pulangan lebih rendah dan tetap.

Jumlah pulangan lebih tinggi tetapi tidak tetap.

Tingkat Kecairan Tingkat kecairan yang tinggi iaitu mudah ditunaikan.

Tingkat kecairan yang tinggi iaitu sukar ditunaikan.

3