Bab 2 Peralatan Dan Komponen Komputer -...

14
Asas ICT Konfigurasi Rangkaian M2-1 Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan Bab 2 Peralatan Dan Komponen Komputer 2.1 Casing Casing merupakan bekas untuk meletakkan perkakasan seperti motherboard, kad paparan, kad modem dan sebagainya. Terdapat dua jenis casing iaitu : a. Tower Full tower, Mid tower (medium), Midi Tower dan mini tower b. Desktop – Desktop dan Slimline Pemilihan jenis casing bergantung kepada keperluan ruang dan jangkaan peningkatan taraf di masa hadapan. Pemilihan casing jenis Mini Tower sudah mencukupi untuk majoriti pengguna normal. Rajah 1: Jenis-jenis Casing. Jenis Casing Saiz External Bays Internal Bays Sistem Pendingin Power Supply (Watt) Harga Full Tower Tinggi 2 + 4atau lebih 3 hingga 5 atau lebih Tersangat baik 250 Sangat Mahal Mid Tower Pertengahan 2 + 3 2 hingga 4 Sangat baik 200 hingga 300 Mahal Midi Tower Pertengahan sehingga kecil 2 + 2 atau 2 + 3 2 hingga 4 Sangat baik 170 hingga 300 Pertengahan Midi Tower Pertengahan sehingga kecil 2 + 2 atau 2 + 3 2 hingga 4 Sangat baik 170 hingga 300 Pertengahan Mini Tower Kecil 2 + 2 2 atau 3 Baik 170 hingga 250 Murah Desktop Kecil 2 + 2 1 atau 2 OK 150 hingga 230 Murah Slimline Kecil dan nipis 1 + 2 1 atau 2 Kurang baik 90 hingga 200 Pertengahan Jadual 1 : Perbandingan Casing

Transcript of Bab 2 Peralatan Dan Komponen Komputer -...

Page 1: Bab 2 Peralatan Dan Komponen Komputer - semesti.com.mysemesti.com.my/wp-content/uploads/2014/05/Bab-2-Peralatan-Dan... · Asas ICT Konfigurasi Rangkaian M2-7 Jabatan Pelajaran Negeri

Asas ICT Konfigurasi Rangkaian M2-1

Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan

Bab 2 Peralatan Dan Komponen Komputer

2.1 Casing Casing merupakan bekas untuk meletakkan perkakasan seperti motherboard, kad

paparan, kad modem dan sebagainya. Terdapat dua jenis casing iaitu :

a. Tower – Full tower, Mid tower (medium), Midi Tower dan mini tower

b. Desktop – Desktop dan Slimline

Pemilihan jenis casing bergantung kepada keperluan ruang dan jangkaan peningkatan

taraf di masa hadapan. Pemilihan casing jenis Mini Tower sudah mencukupi untuk

majoriti pengguna normal.

Rajah 1: Jenis-jenis Casing.

Jenis Casing Saiz External

Bays Internal

Bays Sistem

Pendingin Power Supply (Watt)

Harga

Full Tower Tinggi 2 + 4atau lebih

3 hingga 5 atau lebih

Tersangat baik 250 Sangat

Mahal

Mid Tower Pertengahan 2 + 3 2 hingga 4 Sangat baik 200 hingga 300 Mahal

Midi Tower Pertengahan

sehingga kecil

2 + 2 atau 2 + 3 2 hingga 4 Sangat baik 170 hingga

300 Pertengahan

Midi Tower Pertengahan

sehingga kecil

2 + 2 atau 2 + 3 2 hingga 4 Sangat baik 170 hingga

300 Pertengahan

Mini Tower Kecil 2 + 2 2 atau 3 Baik 170 hingga 250 Murah

Desktop Kecil 2 + 2 1 atau 2 OK 150 hingga 230 Murah

Slimline Kecil dan nipis 1 + 2 1 atau 2 Kurang baik 90 hingga

200 Pertengahan

Jadual 1 : Perbandingan Casing

Page 2: Bab 2 Peralatan Dan Komponen Komputer - semesti.com.mysemesti.com.my/wp-content/uploads/2014/05/Bab-2-Peralatan-Dan... · Asas ICT Konfigurasi Rangkaian M2-7 Jabatan Pelajaran Negeri

Asas ICT Konfigurasi Rangkaian M2-2

Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan

2.2 Monitor

Monitor merupakan peranti output yang digunakan sebagai output untuk paparan.

Terdapat dua jenis monitor dipasaran.

1. Tiub sinar katod (CRT- cathode ray tube) – Menggunakan teknologi yang sama

seperti televisyen tetapi menggunakan isyarat digital. Ia menggunakan tiub

vakum sebagai skrin paparan pada komputer

2. Paparan panel rata merupakan produk yang lebih ringan, nipis dan kurang

menggunakan kuasa berbanding dengan CRT.

Teknologi monitor terkini di pasaran ialah jenis LCD (liquid crystal display) – lebih ringan

dan menjimatkan ruang (nipis). Terdapat berbagai saiz monitor antaranya bersaiz 14”,

15”, 17”, 19” dan 21”.

Rajah 2 : Penentuan ukuran saiz monitor.

Rajah 2 menunjukkan cara yang betul untuk mengukur saiz sesebuah monitor .

Page 3: Bab 2 Peralatan Dan Komponen Komputer - semesti.com.mysemesti.com.my/wp-content/uploads/2014/05/Bab-2-Peralatan-Dan... · Asas ICT Konfigurasi Rangkaian M2-7 Jabatan Pelajaran Negeri

Asas ICT Konfigurasi Rangkaian M2-3

Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan

Rajah 3 : Soket penyambung monitor

Monitor mempunyai penyambung jenis D 15 pin male seperti yang ditunjukkan dalam

rajah 2.

2.3 Papan Induk (Motherboard)

Motherboard merupakan papan litar utama yang menjadi tapak (base) yang

menghubungkan semua perkakasan, seperti kad kad ingatan, kad paparan, kad modem,

cakera keras, pemacu cakera liut, pemacu CDROM, papan kekunci, tetikus, monitor dan

sebagainya. Pemilihan motherboard perlu sesuai dengan CPU yang digunakan, kerana

kelajuan External Bus CPU mesti sama dengan kelajuan External Bus yang disokong

oleh motherboard. Contoh pengeluar motherboard adalah gigabyte (http://tw.giga-

byte.com), Abit (http://www.abit-usa.com), Aopen (http://english.aopen.com.tw) dan

asustek (http://usa.asus.com/).

Rajah 4 : Motherboard keluaran Aopen untuk Pentium4.

Page 4: Bab 2 Peralatan Dan Komponen Komputer - semesti.com.mysemesti.com.my/wp-content/uploads/2014/05/Bab-2-Peralatan-Dan... · Asas ICT Konfigurasi Rangkaian M2-7 Jabatan Pelajaran Negeri

Asas ICT Konfigurasi Rangkaian M2-4

Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan

2.4 Kad Ingatan (RAM)

Kad Ingatan berfungsi menyimpan sementara aturcara aplikasi, sistem

pengendalian, perisian sistem dan data yang sedang beroperasi. Semakin besar

saiz kad ingatan akan meningkatkan prestasi PC tersebut. Terdapat banyak jenis

kad ingatan dipararan, antaranya:

1. SIMM (Single in-line memory module) – Mempunyai saiz 30 atau 72 pin. Kad

ingatan SIMM 30 pin digunakan pada PC generasi 80286 sehingga 80486 dan

beroperasi pada 16 bit. Kad ingatan jenis ini tidak lagi digunakan untuk komputer

yang baru.

Rajah 5 : Contoh SIMM 30 pin.

Rajah 6 : Contoh SIMM 72 pin

2. DIMM (dual in-line memory module) – Bersaiz 168 pin, kedua belah modul kad

ingatan ini aktif, setiap permukaan adalah 84 pin. Ini berbeza daripada SIMM

yang hanya berfungsi pada sebelah modul sahaja.

Rajah 7 : Contoh DIMM 168 pin.

3. DDR SDRAM (double-data-rate SDRAM) - Mempunyai 184 pin, dengan kelajuan

266MHz, 333MHz, 400MHz dan 533MHz.

4. DRDRAM (direct Rambus DRAM) – Dulu dikenali sebagai RDRAM. Adalah dari

jenis SDRAM yang dibangunkan oleh Rambus. DRDRAM digunakan pada CPU

Intel Pentium4 soket 423.

Page 5: Bab 2 Peralatan Dan Komponen Komputer - semesti.com.mysemesti.com.my/wp-content/uploads/2014/05/Bab-2-Peralatan-Dan... · Asas ICT Konfigurasi Rangkaian M2-7 Jabatan Pelajaran Negeri

Asas ICT Konfigurasi Rangkaian M2-5

Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan

2.5 Unit Pemprosesan Pusat (Central Processor Unit)

Unit Pemprosesan Pusat ( CPU ) merupakan komponen utama

yang mempengaruhi kelajuan memproses data. CPU boleh

dianggap sebagai otak kepada keseluruhan sistem komputer. CPU

merupakan pusat kawalan pemprosesan data menjadi maklumat

yang dikehendaki pengguna.

Kelajuan CPU dipengaruhi oleh tiga faktor utama:

1. Kelajuan dalaman (Internal Bus) - CPU speed

2. Kelajuan luaran (External Bus) - kelajuan diluar CPU dan

mesti disokong dengan kelajuan motherboard

3. Saiz Ingatan Cache (Cache Memory) - menyimpan sementara, arahan

yang diproses oleh CPU.

Contoh: Pentium4 – 2.4GHz (prescott) – kelajuan CPU.

133X18 = 2.394MHz - kelajuan bus X multiplier.

1024KB - saiz cache memory.

Jenis CPU CPU speed External Bus

850 MHz – 2.6 GHz 66/100/133 MHz

400MHz (1.7GHz keatas)

450MHz - 1.33GHz 100/133 MHz

1.5 – 3.6 GHz 400/533/800 MHz

1.0 – 1.3GHz 200MHz

650 - 3200+ 266/333/400 MHz

Jadual 2 : Perbezaan CPU Internal dan External BUS

Page 6: Bab 2 Peralatan Dan Komponen Komputer - semesti.com.mysemesti.com.my/wp-content/uploads/2014/05/Bab-2-Peralatan-Dan... · Asas ICT Konfigurasi Rangkaian M2-7 Jabatan Pelajaran Negeri

Asas ICT Konfigurasi Rangkaian M2-6

Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan

2.6 Pemacu Cakera Liut (Floppy Disk Drive)

Pemacu cakera liut adalah peranti storan sekunder yang membaca atau menulis data

pada disket.

Rajah 8: Pemacu cakera liut

2.7 USB Flash Drive

Teknologi terkini storan berasaskan cip yang menggunakan port USB (universal serial

bus) laju, selamat dan mudah dibawa dengan storan yang berkapasiti besar (32MB

hingga 1GB).

Rajah 9 : USB Flash Drive

Page 7: Bab 2 Peralatan Dan Komponen Komputer - semesti.com.mysemesti.com.my/wp-content/uploads/2014/05/Bab-2-Peralatan-Dan... · Asas ICT Konfigurasi Rangkaian M2-7 Jabatan Pelajaran Negeri

Asas ICT Konfigurasi Rangkaian M2-7

Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan

2.8 Cakera Keras (Hard Disk)

Cakera keras adalah peranti storan yang menyimpan data secara kekal. Cakera keras

mempunyai kelajuan pusingan 4200rpm, 5400rpm, 7200rpm dan 10000rpm. Cakera

keras merupakan storan sekunder yang boleh menyimpan data dan perisian dengan

pantas jika dibandingkan dengan storan sekunder yang lain seperti pita magnetik,

cakera liut dan storan optik.

Rajah 10 : Cakera keras

Selain cakera jenis sambungan Integrated Drive Electronics (IDE) seperti di atas,

terdapat sejenis lagi cakera keras yang dikenali sebagai Small Computer System

Interface (SCSI) atau (disebut scuzzy). Cakera keras jenis ini sangat laju dan hanya

sesuai digunakan pada pelayan (server).

Jenama Kapasiti Kelajuan pusingan

Western Digital

Maxtor

Seagate

20-320 GB 5400/7200/10000 RPM

Jadual 3 : Kapasiti dan kelajuan Cakera Keras

Page 8: Bab 2 Peralatan Dan Komponen Komputer - semesti.com.mysemesti.com.my/wp-content/uploads/2014/05/Bab-2-Peralatan-Dan... · Asas ICT Konfigurasi Rangkaian M2-7 Jabatan Pelajaran Negeri

Asas ICT Konfigurasi Rangkaian M2-8

Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan

2.9 Pemacu Cakera Optik

Pemacu cakera optik merupakan storan sekunder berasaskan optik.

1. Pemacu CD-ROM yang hanya boleh membaca cakera padat ( CD ).

2. Pemacu CD-RW boleh membaca dan menulis. Dua jenis cakera CD yang

digunakan ialah :

• Cakera CD-R (CD-Recordable) data yang ditulis tidak boleh diubahsuai.

• Cakera CD-RW (CD-Read/Write) data yang ditulis boleh diubahsuai.

3. Pemacu DVD (Digital Video Disk) kini amat popular kerana keupayaannya

membaca cakera DVD berkapasiti 4.7GB berbanding dengan cakera padat (CD)

hanya sekitar 740MB. Pemacu DVD boleh membaca cakera padat biasa (CD),

CD-R dan DVD.

Rajah 11: Pemacu CDROM

2.10 Modem

Modem adalah alat komunikasi untuk mengakses internet dan faksimili, berperanan

menukarkan isyarat dari bentuk digital kepada analog (dari komputer ke talian telefon)

dan sebaliknya. Kelajuan paling tinggi bagi dial-up modem adalah 56Kbps.

Terdapat empat jenis modem.

1. Internal modem

2. External modem

3. USB modem

4. PCMCIA modem

Page 9: Bab 2 Peralatan Dan Komponen Komputer - semesti.com.mysemesti.com.my/wp-content/uploads/2014/05/Bab-2-Peralatan-Dan... · Asas ICT Konfigurasi Rangkaian M2-7 Jabatan Pelajaran Negeri

Asas ICT Konfigurasi Rangkaian M2-9

Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan

Internal modem External modem

USB Modem PCMCIA modem.

Rajah 11 : Jenis-jenis modem

2.11 Kad Paparan (Display Card)

Kad paparan merupakan peranti yang menentukan format paparan (display) di monitor.

Jenis kad paparan :

1. ISA – beroperasi dalam 16 bit (4 colour – 256 colour). Hanya sesuai untuk sistem

80286 sehingga 80486

2. PCI – beroperasi dalam 32 dan 64 bit. Kad paparan jenis PCI 64 bit sering

terdapat dalam komputer pelayan. Kebanyakkan sistem komputer peribadi hanya

menyokong PCI 32 bit

3. AGP – beroperasi dalam 32 bit tetapi mempunyai sistem bus 66MHz berbanding

dengan PCI yang mempunyai sistem bus 33MHz.

4. Bina dalam (Built-in) – kebanyakkan motherboard sekarang mempunyai kad

paparan bina dalam. Motherboard jenis ini murah sebab tidak perlu menyediakan

slot AGP. Dari segi prestasi, kad paparan bina dalam tidak dapat menandingi

kepantasan kad jenis AGP.

Page 10: Bab 2 Peralatan Dan Komponen Komputer - semesti.com.mysemesti.com.my/wp-content/uploads/2014/05/Bab-2-Peralatan-Dan... · Asas ICT Konfigurasi Rangkaian M2-7 Jabatan Pelajaran Negeri

Asas ICT Konfigurasi Rangkaian M2-10

Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan

Terdapat dua jenis kad paparan binaan dalaman;

a. Menggunakan kad ingatan motherboard. Berkongsi. Saiz kad ingatan

boleh diubah dari 2MB sehingga 64MB

b. Mempunyainya kad ingatannya sendiri. Selalunya bersaiz 8MB dan

mempunyai prestasi yang lebih baik dari pilihan di atas

Rajah 16: Kad Paparan jenis AGP

Setiap kad paparan AGP mempunyai kadar kapasiti yang berbeza (4MB / 8MB / 16MB /

32MB / 64MB / 128MB dan 256MB).

Gambar Rajah 8 : Penyambungan kabel monitor kepada penyambung kad paparan

Soket kuasa monitor

Page 11: Bab 2 Peralatan Dan Komponen Komputer - semesti.com.mysemesti.com.my/wp-content/uploads/2014/05/Bab-2-Peralatan-Dan... · Asas ICT Konfigurasi Rangkaian M2-7 Jabatan Pelajaran Negeri

Asas ICT Konfigurasi Rangkaian M2-11

Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan

2.12 Papan Kekunci (Keyboard)

Papan kekunci adalah peranti input. Fungsinya ialah untuk input data ke dalam

komputer. Terdapat tiga peranan papan kekunci iaitu:

PERANAN FUNGSI – CONTOH

Kekunci kawalan Ctrl + P (mencetak)

Kekunci aksara a, B (abjad), ? ^ @ (simbol) dan 3 6 8 (nombor)

Kekunci fungsi F1 (help)

Rajah 17: Papan Kekunci.

2.13 Tetikus (Mouse)

Tetikus merupakan peranti input untuk memudahkan kita menggunakan perisian

berlandaskan tetingkap. Tetikus mempunyai berbagai bentuk dan fungsi tambahan.

Rajah 18: Tetikus.

Page 12: Bab 2 Peralatan Dan Komponen Komputer - semesti.com.mysemesti.com.my/wp-content/uploads/2014/05/Bab-2-Peralatan-Dan... · Asas ICT Konfigurasi Rangkaian M2-7 Jabatan Pelajaran Negeri

Asas ICT Konfigurasi Rangkaian M2-12

Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan

Gambar Rajah 9 : Penyambungan tetikus dan papan kekunci kepada port PS/2

Penyambung Papan Kekunci ( ungu )

Penyambung Tetikus ( hijau )

Page 13: Bab 2 Peralatan Dan Komponen Komputer - semesti.com.mysemesti.com.my/wp-content/uploads/2014/05/Bab-2-Peralatan-Dan... · Asas ICT Konfigurasi Rangkaian M2-7 Jabatan Pelajaran Negeri

Asas ICT Konfigurasi Rangkaian M2-13

Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan

Page 14: Bab 2 Peralatan Dan Komponen Komputer - semesti.com.mysemesti.com.my/wp-content/uploads/2014/05/Bab-2-Peralatan-Dan... · Asas ICT Konfigurasi Rangkaian M2-7 Jabatan Pelajaran Negeri

Asas ICT Konfigurasi Rangkaian M2-14

Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan

HDD lock (optional)

Audio Devices

Camera

HDD

Scanner

Mic

Headphone