M2 pendekatan dalam hubungan etnik

17
Topik:- Pendekatan PERPADUAN dalam Hubungan Etnik

Transcript of M2 pendekatan dalam hubungan etnik

Page 1: M2   pendekatan dalam hubungan etnik

Topik:-

Pendekatan PERPADUAN dalam

Hubungan Etnik

Page 2: M2   pendekatan dalam hubungan etnik

“ Kisah kita memang berbeza.

Walaupun warna kita berbeza tapi jiwa kita sama dan perbezaan warna itu wujud dan

nyata. Tapi warna-warna itulah yang mencorakkan dunia kita ini. Ini mengajar kita

menghargai dan menghayati…….”

Page 3: M2   pendekatan dalam hubungan etnik

“Kerajaan sedar bahawa perpaduan negara tidak akan wujud sekiranya kedudukan ekonomi yang

tidak seimbang di kalangan rakyat berbagai kaum tidak diatasi dan kemajuan serta kemakmuran negara tidak dinikmati dengan lebih adil dan

saksama. Dari itu, perlulah bagi kerajaan menjalankan rancangan-rancangan yang telah disusun supaya matlamat merapatkan jurang

perbezaan diantara golongan yang berada dan tidak berada dapat dicapai dengan seberapa segera. Tetapi saya suka menegaskan disini

bahawa dalam melaksanakan dasar ini kita akan bersifat adil kepada semua pihak.

Kita tidak sesekali hendak mengambil atau merampas hak-hak yang ada pada orang-orang yang bukan Melayu sebaliknya kita berharap dan percaya yang mereka itu akan memberi kerjasama untuk menjalankan

dasar bagi mewujudkan perpaduan penduduk-penduduk daripada berbagai kaum dan menjamin keselamatan dan keutuhan negara kita.”

Page 4: M2   pendekatan dalam hubungan etnik

•Pengenalan

Perpaduan dan integrasi adalah dua konsep yang berkait rapat.

Kedua-dua konsep tersebut merujuk kepada dua proses yang agak berbeza.

Perpaduan dan integrasi adalah dua perkara penting dalam sesebuah negara.

Apalagi bagi sesebuah negara yang mempunyai kepelbagaian sama ada dari segi etnik, bahasa, agama, kebudayaan, dan pegangan.

Page 5: M2   pendekatan dalam hubungan etnik

• Kepelbagaian di Malaysia

• Malaysia adalah sebuah negara membangun yang mempunyai kepelbagaian dalam banyak segi.

• Sehingga kini perbezaan yang jelas dan sering diperkatakan adalah dari segi kelompok etnik yang mempunyai budaya, bahasa dan kepercayaan masing-masing.

• Kebanyakkan etnik ini dapat dikategorikan berdasarkan faktor-faktor seperti cara hidup, pola petempatan, pekerjaan dan pendidikan.

Page 6: M2   pendekatan dalam hubungan etnik

• Pada umumnya, inilah keadaannya semasa Persekutuan Malaysia ditubuhkan pada 1963.

• Sebahagian besar daripada jurang di atas disebabkan oleh dasar 'pecah dan perintah' pihak penjajah yang mengkhususkan pelbagai etnik itu bagi kepentingan pemerintahan mereka.

• Telah wujud satu jurang besar antara bumiputera kaya dan bumiputera miskin-termasuk antara golongan bumiputer Melayu, Dayak Iban, Kadazan-Dusun, Dayak Bidayuh dan lain-lain golongan bumiputera; dan antara bukan bumiputera kaya dan bukan bumiputera miskin; termasuk antara pelbagai kumpulan dialek Cina dan kasta India.

• Masalah kewujudan jurang seperti di atas juga dari segi wilayah.

• Kesemuanya ini merupakan cabaran kepada negara dan pemimpin-pemimpinnya.

Page 7: M2   pendekatan dalam hubungan etnik

Apakah yang dimaksudkan dengan konsep Masyarakat Majmuk?

Masyarakat majmuk yang dikemukakan oleh J.S Furnival adalah seperti yang berikut: 1. Terdapat pelbagai jenis manusia 2. Mereka bercampur tertapi tidak bersatu 3. Mereka hidup berdekatan tetapi terpisah 4. Mereka bertemu di pasar raya 5. Dalam bidang pekerjaan, terdapat pembahagian tenaga buruh yang berdasarkan garis perkauman.

Sejak merdeka pada 1957 dan 1963, kerangka di atas tidak lagi tepat daripada dimensi kuasa- iaitu elemen kuasa sebelum 1957 dipegang oleh penjajah, manakala selepas merdeka kuasa itu berada di tangan anak tempatan. Namun demikian, ciri-ciri lain seperti di atas masih tepat untuk memahami keadaan sekitar tahun 1960-an.

Page 8: M2   pendekatan dalam hubungan etnik

• Konsep dan Teori

• Integrasi

• Perpaduan dan integrasi merujuk kepada proses menggabungkan bahagian-bahagian menjadi satu unit.

• Bentuk Integrasi

• Asimilasi Asimilasi adalah proses integrasi satu hal. Proses ini berakhir dengan kewujudan satu kelompok yang seragam, iaitu satu kelompok yang mempunyai satu budaya, bahasa dan agama.

A + B + C = A Pada akhir proses ini, kelompok B dan C akan kehilangan budaya,

bahasa dan agama masing-masing dan akan mengamalkan budaya, bahasa dan agama kelompok A.

Page 9: M2   pendekatan dalam hubungan etnik

Proses Kecil AsimilasiTerdapat dua proses kecil asimilasi:

Pertama, asimilasi budaya yang juga dikenali sebagai akulturasi melibatkan kelompok minoriti mempelajari budaya kelompok dominan/majoriti. Kedua ialah asimilasi struktur. Dalam proses ini anggota kelompok minoriti berjaya menyertai institusi utama kelompok dominan/majoriti.

Ai + B + C = Ai + Bi + CiDalam formula ini, A mewakili kelompok majoriti, B dan C mewakili kelompok minoriti dan i mewakili institusi. * ASIMILASI(BELAJAR DAN MEMAHAMI)

Page 10: M2   pendekatan dalam hubungan etnik

• Dimensi Integrasi

• Integrasi boleh dibincangkan dari beberapa dimensi. Ia boleh merujuk kepada mengintegrasikan individu (etnik) dan kelompok, idea dan nilai, kawasan dan keadaan.

• Integrasi boleh merujuk kepada proses membina konsensus di kalangan rakyat pelbagai etnik dan kepentingan.

• Konsensus merujuk kepada persetujuan tentang nilai asas yang patut dipegang. Dalam politik dan kerajaan, ia dikenali sebagai budaya sivik.

• Integrasi juga boleh merujuk kepada proses merapatkan jurang perbezaan antara kelompok pemerintah dengan yang diperintah.

• Integrasi boleh juga merujuk kepada proses merapatkan jurang pembangunan antara wilayah.

Page 11: M2   pendekatan dalam hubungan etnik

Amalgamasi

• Amalgamasi adalah proses pencantuman dari segi biologi. Proses ini akan melahirkan satu kelompok etnik baru yang akan memiliki ciri-ciri baru, khasnya ciri-ciri biologi termasuk kebudayaan baru. Proses ini hanya boleh berlaku dalam sesebuah masyarakat yang mengamalkan perkahwinan campur secara besar-besaran.

A + B + C = DA, B dan C kumpulan ras/etnik dan D adalah amalgam,

iaitu hasil percantuman. Pluralisme

Page 12: M2   pendekatan dalam hubungan etnik

• Pluralisme bertentangan dengan dasar asimilsi dan amalgamasi. Pluralisme ialah dasar yang mempertahankan kepelbagai.

• Pluralisme kebudayaan menitikberatkan pengekalan ciri-ciri kebudayaan pelbagai kelompok, termasuk kebudayan kelompok minoriti.

A + B + C = A + B + CA, B dan C mewakili kelompok ras/etnik.

• Mereka digalakkan untuk terus mengamalkan budaya, bahasa dan agama masing-masing.

Page 13: M2   pendekatan dalam hubungan etnik

• Bentuk pluralisme kedua ialah pluralisme ubahsuaian

• Setiap kelompok ras dan etnik terpengaruh oleh budaya orang lain sehinggakan ia membawa perubahan kepada amalan budaya asal sesuatu kelompok ras dan etnik itu.

• A + B + C = A1 + B1 + C1• A, B dan C mewakili kelompok ras/etnik asal, sementara A1,

B1 dan C1 mewakili kelompok asli itu yang sudah mengubahsuaikan amalan budaya asal mereka kerana

pergaulan dan perhubungan dengan ras dan etnik lain.

Page 14: M2   pendekatan dalam hubungan etnik

• Masalah Perpaduan dan Integrasi yang dikenalpasti dalam kes Malaysia

• Kemuncak masalah perpaduan dan integrasi nasional di Malaysia bermula dengan tercetusnya rusuhan etnik pada 13 Mei 1969.

• Menurut seorang sarjana, Goh Cheng Teik (1971), rusuhan etnik 13 Mei 1969 berlaku kerana '... perubahan imbangan kuasa [antara orang-orang Melayu dan Cina]...'

• Dasar 'pecah dan perintah' yang diamalkan oleh penjajah jelas menyebabkan wujudnya masyarakat majmuk yang dipisahkan dari pelbagai segi.

Page 15: M2   pendekatan dalam hubungan etnik

•PEMBINAAN NEGARA BANGSA

•Sebenarnya, apakah bentuk dan rupa kelompok negara bangsa Malaysia yang ingin dibina? Persoalannya mungkin berkisar pada 'Orang Malaysia', tetapi 'Orang Malaysia' dengan sifat apakah yang ingin dibina?

•Satu bangsa yang boleh menerima satu bahasa Malaysia sebagai bahasa komunikasi, tetapi dari sudut agama, budaya dan cara hidup mungkin agak sukar hendak diselaraskan memandangkan kepelbagaian agama, budaya dan cara hidup.

Page 16: M2   pendekatan dalam hubungan etnik

• Andai kata kepelbagaian ini dikekalkan, maka proses pembinaan negara bangsa itu tidak lain tetapi sama ertinya dengan konsep dan proses perpaduan dalam kepelbagaian (unity in diversity), yang jelas merupakan bentuk perpaduan dan integrasi yang sangat berjaya diwujudkan setakat ini.

Page 17: M2   pendekatan dalam hubungan etnik

Kesimpulan

• Dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia, perpaduan merupakan cabaran besar kerana kejayaan mewujudkan perpaduan dan integrasi akan menjamin keharmonian sosial, kestabilan politik dan pertumbuhan ekonomi.

• Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang berjaya mewujudkan perpaduan dan integrasi nasianal kerana kesederhanaan dan sikap sedia bertolak ansur terhadap kepelbagaian.

• Perpaduan dan integrasi etnik bukan masalah sesuatu kelompok tetapi masalah bersama negara yang seharusnya ditangani oleh semua.