bab 3

11
BAB 3 RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI 3.1 Minggu 1 (19 Dis 2011-22 Dis 2011) Melapor diri pada pukul 8.00 pagi di Unit Pengurusan Maklumat Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH). Seterusnya dibawa .ketempat yang ditempatkan iaitu Unit Pengurusan Projek Wilayah Ketengah (UPPWK). Ketua Unit UPPWK iaitu Encik Haji Mohamed bin Muda memberi penjelasan mengenai carta organisasi JKR dan UPPWK. Selain itu, saya juga diberi pendedahan awal mengenai aturcara kontrak dan diperkenalkan dengan surat setujuterima tender dalam peringkat awal tender iaitu LA (letter accepted). Melihat senarai-senarai dokumen tender di Unit 15

description

bab 3 latihan industri

Transcript of bab 3

Page 1: bab 3

BAB 3

RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

3.1 Minggu 1 (19 Dis 2011-22 Dis 2011)

Melapor diri pada pukul 8.00 pagi di Unit Pengurusan Maklumat

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH). Seterusnya

dibawa .ketempat yang ditempatkan iaitu Unit Pengurusan Projek Wilayah

Ketengah (UPPWK). Ketua Unit UPPWK iaitu Encik Haji Mohamed bin

Muda memberi penjelasan mengenai carta organisasi JKR dan UPPWK.

Selain itu, saya juga diberi pendedahan awal mengenai aturcara kontrak dan

diperkenalkan dengan surat setujuterima tender dalam peringkat awal tender

iaitu LA (letter accepted). Melihat senarai-senarai dokumen tender di Unit

AMBS, melawat tapak projek pembinaan 44 rumah teres blok H dan diberi

pendedahan mengenai carta aliran kerja projek.

15

Page 2: bab 3

3.2 Minggu 2 (26 Dis 2011-29 Dis 2011)

Membuat laporan kemajuan JKR Ketengah pada laman web rasmi

UPPWK yang dihasilkan oleh Encik Zulkarnain iaitu juruteknik senibina,

memperbaharui laporan kemajuan UPPWK bagi pihak Encik Haji Alias bin

Nawang dan melawat pusat penternakan ayam di Kuala Jengal dan Besut.

Pusat perternakan ayam di Besut merupakan antara pusat penternakan yang

canggih kerana menggunakan sisitem automatik dan tertutup. Ini

mengurangkan bau dan bunyi ayam tersebut daripada penduduk di kawasan

tersebut. Saya juga menghadiri sukan tahunan Program 1 Ukhuwah 1 Misi 1

Organisasi Ketengah.

3.3 Minggu 3 (01 Jan 2012-05 Jan 2012)

Mencari maklumat mengenai asas dan cerucuk.

Encik Haji Mohamed memberi penjelasan yang lebih mendalam mengenai

kerja-kerja jalan dan mengenai penyediaan tapak dan penetapan laluan.

3.4 Minggu 4 (08 Jan 2012-12 Jan 2012)

Diberi penjelasan mengenai loji air iaitu Tangki Simpanan Air Cerul.

Diajar cara-cara membaca drawing dan diberi tugasan sebagai pembantu

juruteknik untuk mencatat kerja-kerja harian yang dijalankan di projek 44

unit rumah teres blok H. Saya perlu melawat tapak projek tersebut sekurang-

kurangnya dua jail sehari iaitu pagi dan petang untuk mengambil laporan

harian. Melawat tapak projek perumahan blok H. Kerja-kerja yang sedang

dijalankan ialah pemasangan acuan pada tiang, pemasangan kekunci pada

acuan, konkrit tiang, menguji ketegakan tiang dan mengikat bata.

16

Page 3: bab 3

3.5 Minggu 5 (15 Jan 2012-19 Jan 2012)

Menghadiri perjumpaan bulanan bersama Pengurus Besar di Dewan

Utama dan melawat tapak projek blok H. Antara kerja-kerja yang dijalankan

ialah mengikat bata blok A, memasang acuan rasuk bumbung blok A,

memasang ‘frame’ pintu dan tingkap blok A, memasang paip ‘sewerage’ dan

‘mainhole’ blok A, memasang acuan tiang blok B dan memasang besi rasuk

bumbung blok B. Saya mengambil cuti selama 3 hari disebabkan urusan

keluarga.

3.6 Minggu 6 (22 Jan 2012-26 Jan 2012)

Melawat tapak projek blok H. Antara kerja yang dijalankan ialah

kerja mengkonkrit rasuk bumbung blok A dan tiang blok B, penggalian tapak

blok C dan kerja pemasangan paip ‘sewerage’ blok C.

3.7 Minggu 7 (29 Jan 2012-02 Feb 2012)

Menaip kertas kerja membaik pulih kerosakan jalan perbandaran

KETENGAH yang diarah oleh Encik Resad bin Ali dan Melawat tapak

projek blok H. Kerja yang dibina pada minggu ini ialah mengikat bata blok

A, memasang ‘frame’ pintu dan tingkap blok A, membuka acuan rasuk

bumbung blok A dan membuat rangka kekuda untuk blok A, memasang

acuan rasuk bumbung bagi blok B, membuka acuan tiang blok B dan

memasang ‘frame’ pintu blok B. Bagi blok C pula, kerja-kerja seperti

menggali tapak, memasang BRC ‘slab’ dan memasang plastik ‘polythene

sheet’ dilakukan.

17

Page 4: bab 3

3.8 Minggu 8 (06 Feb 2012-09 Feb 2012)

Melawat tapak projek blok H. Kerja yang dijalankan ialah mengikat

bata dan memasang ‘frame’ pintu, melepa ‘mainhole’ dan memasang rangka

bagi blok A. Memasang acuan rasuk bumbung bagi blok B dan memasang

besi dan BRC ‘slab’ bagi blok C. Mengambil cuti kecemasan kerana

kematian sepupu terdekat yang mengalami kemalangan jalan raya.

3.9 Minggu 9 (12 Feb 2012-16 Feb 2012)

Menghadiri ceramah motivasi yang disampaikan oleh Dr. Rubiah

Hamzah di Dewan Utama Ketengah, menyertai Majlis Sambutan Maulidur

Rasul di Padang Astaka, Ketengah Jaya dan melawat tapak projek blok H.

Kerja-kerja yang dijalankan ialah mengikat bata,memasang kekuda,

memasang ‘frame’ pintu dan tingkap bagi blok A, memasang rasuk

bumbung, membuat dan melepa ‘mainhole’ bagi blok B dan memasang besi

dan mengkonkrit BRC ‘slab’ blok C.

3.10 Minggu 10 (19 Feb 2012-23 Feb 2012)

Lawat ke tapak projek blok H. Bagi blok A, kerja-kerja yang

dijalankan ialah mengikat bata, memasang kekuda dan mengikat bata

‘mainhole’. Bagi blok B, kerja membuat ‘mainhole’ dan mengkonkrit tiang

dijalankan. Blok C pula, kerja-kerja memasang acuan dan besi tiang dan

pemasangan paip ‘sewerage’ dilakukan.

3.11 Minggu 11 (26 Feb 2012-01 Mac 2012)

Menaip kertas kerja lawatan Unit UPPWK yang bakal diadakan ke

JKR Langkawi dan melaawat tapak projek blok H. Kerja-kerja mengikat

bata, memsang kekuda, memasang ‘facial board’ dan memasang longkang

18

Page 5: bab 3

‘apron’ dilakukan di blok A. kerja membuka dan memasangan acuan rasuk

bumbung dilakukan di blok B dan pemasangan paip sewerage, acuan dan besi

tiang bagi blok C.

3.12 Minggu 12 (04 Mac 2012-08 Mac 2012)

Melawat tapak projek blok H. Kerja-kerja yang dijalankan ialah

mengikat bata dan mengkonkrit ‘apron’ belakang bagi blok A. Memasang

acuan dan besi rasuk bumbung serta mengikat bata blok B, melepa

‘mainhole’ blok A dan blok B dan membuka dan memasang acuan konkrit

blok C.

3.13 Minggu 13 (11 Mac 2012-15 Mac 2012)

Memasukkan data konktraktor dan nilai sebutharga dalam laporan

kemajuan JKR, mengemaskini data senarai konktaktor, dilawati oleh

pensyarah pemantauan iaitu Encik Hadi Bin Khalid dan melawat ke tapak

projek blok H.

3.14 Minggu 14 (18 Mac 2012-22 Mac 2012)

Menghadiri perjumpaan bersama Setiausaha Kerajaan Negeri

Terengganu iaitu Dato’ Haji Mazlan Bin Ngah di Dewan Utama Ketengah

dan melawat ke tapak projek blok H.

3.15 Minggu 15 (25 Mac 2012-29 Mac 2012)

Mengikuti senamrobik yang diadakan di tempat letak kereta utama

Ketengah bersama semua kakitangan Ketengah dan UPPWK dan melawat ke

tapak projek blok H. Kerja-kerja yang dijalankan ialah memasang atap,

19

Page 6: bab 3

melepa dinding dalam, memasang longkang bagi blok A, mengikat bata dan

memasang besi dan acuan rasuk bumbung blok B serta membuka dan

memasang acuan tiang blok C.

3.16 Minggu 16 (01 Apr 2012-05 Apr 2012)

Melawat ke Tasik Kenyir bersama 3 orang kakitangan UPPWK untuk

melihat kemajuan projek yang sedang dijalankan. Melihat pulau-pulau yang

berada di Tasik Kenyir. Melawati Pulau Herba, Pulau Orkid, Taman Burung

dan Pulau Tropikana serta melawat tapak projek blok H.

3.17 Minggu 17 (08 Apr 2012-12 Apr 2012)

Menghadiri perhimpunan bulanan Ketengah kali ke 4/2012 di Dewan

Utama. Memahami dengan lebih mendalam mengenai kontraktor dan kotak

acuan. Melawat tapak projek blok H. Kerja-kerja yang dijalankan ialah

melepa dinding dan memasang syiling blok A, mengikat bata dan membuka

acuan rasuk bumbung bagi blok B dan mengkonkrit tiang dan rasuk bumbung

bagi blok C.

3.18 Minggu 18 (15 apr 2012-19 Apr 2012)

Menghadiri Program Sepagi bersama Menteri Besar Terengganu iaitu

YAB Dato’ Seri Ahmad Bin Said selaku Pengerusi Ketengah dan mendalami

mengenai konkrit dan sifat-sifat konkrit.

3.19 Minggu 19 (22 Apr 2012-26 Apr 2012)

Mencari faktor-faktor penting dalam pembinaan konkrit dan kaedah-

kaedah yang digunakan dalam menggaul konkrit.

20

Page 7: bab 3

3.20 Minggu 20 (29 Apr 2012-03 Mei 2012)

Mencari jenis-jenis longkang, cara-cara pemasangan mozek dan

melawat ke tapak projek blok H. Pemasangan mozek sedang dilakukan di

blok A, pemasangan kekuda dan paip air dalaman bagi blok B dan kerja-kerja

mengikat bata dan membuka acuan rasuk bumbung bagi blok C.

3.21 Minggu 21 (06 Mei 2012-10 Mei 2012)

Menyertai majlis gotong-royong di UPPWK sempena amalan

persekitaran berkualiti (5S) dan mendalami angkang-langkah keselamatan di

tapak bina dan punca kemalangan di tapak bina.

3.22 Minggu 22 (13 Mei 2012-17 Mei 2012)

Menghadiri perjumpaan bulanan Ketengah kali Ke-5. Pengurus

UPPWK iaitu Encik Che Lah bin Che Endot. Mengetahui cara-cara

pembinaan bumbung, menghadiri jamuan perpisahan yang diadakan di pantri

UPPWK, mengambil baju sukan tahunan JKR di Kuantan bersama seorang

kakitangan UPPWK dan mengambil boring penilaian dan diberi sedikit

sebanyak nasihat untuk kegunaan di masa hadapan.

21