Bab 3 Kata Adjektif

18
39 BAB 3 KATA ADJEKTIF Kata adjektif yang juga dikenali sebagai kata sifat ialah perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Frasa adjektif boleh terdiri daripada hanya satu kata adjektif atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif dan unsur-unsur keterangan yang lain seperti kata bantu atau kata penguat. Kata adjektif dapat dikenal pasti dan dibezakan daripada kata nama atau kata kerja dengan cirinya yang boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat. Contohnya : amat sakit, sakit sungguh, terlalu banyak, banyak sekali, sangat lain, lain sekali. Dalam ayat, kata adjektif berfungsi menerangkan keadaan atau sifat bagi sesuatu kata nama atau frasa nama. Perhatikan contoh- contoh ayat yang berikut : 1. Abang saya tinggi. 2. Ahmad sangat pandai. 3. Remaja itu baik. 4. Buah fikirannya lain sekali. 5. Anak Pak Rahim masih kecil lagi. 6. Malam ini gelap benar. 7. Reka bentuk rumah itu sangat lain. 8. Buah rambutan itu belum masak lagi. 9. Hujan petang ini amat lebat sekali. 10. Suaranya masih sungguh merdu. 3.1 JENIS-JENIS KATA ADJEKTIF Kata adjektif dapat dibahagikan kepada sekurang-kurangnya sembilan jenis, seperti yang berikut: Bahagian Satu: Morfologi

description

Nota Kata Tugas untuk murid-murid SJK dan SK

Transcript of Bab 3 Kata Adjektif

Page 1: Bab 3 Kata Adjektif

39

BAB 3KATA ADJEKTIF

Kata adjektif yang juga dikenali sebagai kata sifat ialah perkataan yang menjadi unsur inti dalam

binaan frasa adjektif. Frasa adjektif boleh terdiri daripada hanya satu kata adjektif atau

beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif dan unsur-unsur keterangan yang lain

seperti kata bantu atau kata penguat.

Kata adjektif dapat dikenal pasti dan dibezakan daripada kata nama atau kata kerja

dengan cirinya yang boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat. Contohnya : amat sakit,

sakit sungguh, terlalu banyak, banyak sekali, sangat lain, lain sekali.

Dalam ayat, kata adjektif berfungsi menerangkan keadaan atau sifat bagi sesuatu kata

nama atau frasa nama. Perhatikan contoh-contoh ayat yang berikut :

1. Abang saya tinggi.2. Ahmad sangat pandai.3. Remaja itu baik.

4. Buah fikirannya lain sekali.

5. Anak Pak Rahim masih kecil lagi.

6. Malam ini gelap benar.

7. Reka bentuk rumah itu sangat lain.

8. Buah rambutan itu belum masak lagi.

9. Hujan petang ini amat lebat sekali.

10. Suaranya masih sungguh merdu.

3.1 JENIS-JENIS KATA ADJEKTIFKata adjektif dapat dibahagikan kepada sekurang-kurangnya sembilan jenis, seperti yang

berikut:

Jenis Kata Adjektif ContohKata adjektif sifat/ keadaan pandai, cerdik, bijak, gopoh, kuat, lemah, sibuk, sakit, tenang Kata adjektif warna biru, hitam, hijau, kekuningan, kelabu, jingga, perangKata adjektif ukuran luas, panjang, pendek, tinggi, rendahKata adjektif bentuk bulat, bujur, cembung, segi tiga, segi empat, lonjongKata adjektif waktu lewat, awal, lambat, spontan, segera, baruKata adjektif cara deras, cepat, perlahan, lembap, lajuKata adjektif perasaan sayang, rindu, marah, geram, simpati,sedih, kasihan, dendamKata adjektif jarak jauh, dekat, hampirKata adjektif pancaindera (pandang, dengar, bau,

tawar, manis, masin, cantik, kemas, nyaring, merdu, harum, busuk, kasar, licin

Bahagian Satu: Morfologi

Page 2: Bab 3 Kata Adjektif

40

sentuh dan rasa )3.2 PEMBENTUKAN KATA ADJEKTIFKata adjektif terbahagi kepada empat jenis iaitu :

Jenis Kata Adjektif ContohKata adjektif tunggal baik, jahat, sombong, rajin, sabar, tekun, aktifKata adjektif terbitan terkenal, terpanjang, sepandai, setinggi, termudaKata adjektif ganda Gandaan penuh

besar-besar, baik-baik, hitam-hitam, masam-masam, pandai-pandaiGandaan Separakecil-kecilan, takut-takutan, gila-gilaanGandaan Berentakkacau-bilau, kusut-masai, kucar-kacir, riuh-rendah, simpang-siur

Kata adjektif majmuk hijau daun, biru laut, kuning langsat, merah jambu, terang hati, rabun jauh

3.3 PENGGUNAAN KATA ADJEKTIFPerbandingan dapat dinyatakan dengan kata adjektif dan terbahagi kepada tiga iaitu darjah

biasa, darjah perbandingan dan darjah penghabisan.

(i) Darjah biasa

1. Hidup keluarga itu sederhana sahaja.

2. Laut tenang ketika waktu pagi.

3. Malam ini bulan terang.

4. Perangai pemuda itu baik.

5. Tubuh budak itu kurus.

(ii) Darjah bandingan

Darjah bandingan digunakan dalam dua bentuk sama ada darjah bandingan yang sama

atau darjah bandingan yang berbeza.

(a) Darjah bandingan yang sama

Darjah bandingan ini menggunakan kata adjektif dengan awalan se-. Contohnya :

1. Air sirap bandung itu semanis gula.

2. Adik saya tidak setinggi adiknya.

3. Wardina tidak sepandai kakaknya.

4. Model itu secantik puteri raja.

5. Masakannya itu tidak sesedap masakan ibu saya.

Bahagian Satu: Morfologi

Page 3: Bab 3 Kata Adjektif

41

6. Rumah Ahmad sebesar rumah Abu.

Nota : Awalan se- ini boleh bertukar ganti dengan kata sama.Contohnya :

1. Rumah Ahmad sama besar dengan rumah Abu.

2. Wajah Lina sama cantik dengan wajah kembarnya, Lisa.

3. Buah mangga import itu sama manis dengan buah mangga tempatan.

(b) Darjah bandingan yang berbeza

Darjah bandingan ini menggunakan kata penguat lebih atau kurang yang berfungsi

sebagai bandingan. Contohnya

1. Anaknya lebih kurus daripada anak jirannya.

2. Bunga melur lebih harum daripada bunga mawar.

3. Gadis itu kurang cantik daripada kawannya.

4. Pasukan kami kalah kerana kurang cekap daripada pasukan lawan.

5. Kedai runcit itu kurang maju daripada kedai di sebelahnya.

6. Rambut Munirah lebih panjang daripada rambut Mazni.

(iii) Darjah Penghabisan

Penggunaan kata adjektif dalam ungkapan darjah penghabisan dapat dilakukan dengan

cara yang berikut :

(a) Se + kata adjektif + gandaan + kata nama

1. Dialah sebaik-baik sahabat yang pernah kukenali.

2. Secantik-cantik bunga segar, jika tidak disiram, layu juga akhirnya.

3. Sekeras-keras batu, tidak sekeras hati Aiman yang degil itu.

4. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.

5. Setinggi-tinggi gunung, tinggi lagi impian saya.

6. Sebaik-baik manusia ialah Nabi Muhammad SAW.

Bahagian Satu: Morfologi

Page 4: Bab 3 Kata Adjektif

42

(b) ter + kata adjektif 1. Antara kami berempat, dia yang tertinggi.2. Dialah pelajar yang terpandai di sekolah kami.

3. Gadis itu antara yang tercantik di kampungnya.

4. Inilah pemandangan yang terindah yang sempat saya rakam.

5. Markah peperiksaan kali ini adalah yang terbaik yang pernah saya peroleh.

6. Tokoh termasyhur itu meninggal dunia semalam.

(c) paling + kata adjektif 1. Antara adik-beradiknya, dialah yang paling cerdik.

2. Bagi saya, masakan ibulah yang paling lazat.3. Dialah yang paling pandai dalam mata pelajaran Matematik.

4. Saya mencari cara yang paling baik untuk menyelesaikan masalah tersebut.

5. Menara itu paling tinggi di negara tersebut.

6. Pokok yang paling besar telah tumbang semalam.

(d) kata adjektif + sekali1. Ramli pandai sekali.2. Besar sekali rumah di atas bukit itu.

3. Cerdik sekali adik awak yang bongsu itu.

4. Guru Bahasa Melayu saya baik sekali.5. Lazat sekali makanan yang saya makan tadi.

6. Pemain bola keranjang itu tinggi sekali.

(e) ter + amat, sangat + kata adjektif 1. Bangunan itu tersangat tinggi.2. Di dalam kelas, dialah yang teramat pandai.3. Dia tersangat baik sehingga kami begitu sayang kepadanya.

4. Inilah makanan yang tersangat lazat yang pernah saya makan.

5. P.Ramlee seorang seniman agung yang teramat masyhur.6. Puteri raja itu teramat cantik.

Bahagian Satu: Morfologi

Page 5: Bab 3 Kata Adjektif

43

(f) amat, sungguh, sangat + kata adjektif + sekali1. Mereka amat cergas sekali.2. Dia amat pandai sekali.3. Bangunan itu amat tinggi sekali.4. Sabariah sangat baik sekali.5. Suara penyanyi itu sangat merdu sekali.6. Rupa puteri raja itu sungguh cantik sekali.7. Guru Pendidikan Jasmani di sekolah saya sungguh cergas sekali.

3.4 PENGGUNAAN KATA PENGUAT DENGAN KATA ADJEKTIFTerdapat tiga jenis penggunaan kata penguat dengan kata adjektif iaitu kata penguat bebas,

kata penguat hadapan dan kata penguat belakang.

(a) Kata penguat bebas

Kata penguat ini boleh hadir sebelum atau selepas kata adjektif. Kata penguat tersebut ialah

amat, sungguh, sangat. Contohnya :

1a. Pakaian seragam pasukan itu amat kemas.

1b. Pakaian seragam pasukan itu kemas amat.2a. Pemandangan di tepi pantai itu sangat indah.

2b. Pemandangan di tepi pantai itu indah sangat.3a. Tiupan angin pada waktu petang sungguh nyaman.

3b. Tiupan angin pada waktu petang nyaman sungguh.

(b) Kata penguat hadapan

Kata penguat ini terletak di hadapan kata adjektif. Kata penguat tersebut ialah paling, terlalu, agak. Contohnya:

1. Harga batu permata itu paling mahal.

2. Pokok di belakang rumah saya terlalu tinggi.

3. Sungai itu agak dalam.

Bahagian Satu: Morfologi

Page 6: Bab 3 Kata Adjektif

44

(c) Kata penguat belakang

Kata penguat ini terletak di belakang kata adjektif. Kata penguat tersebut ialah nian, sekali, betul. Contohnya :

1. Indah nian puteri bunian.

2. Perwatakan gadis itu baik sekali.3. Lambat benar bas itu sampai.

3.5 KESALAHAN LAZIM DALAM PENGGUNAAN KATA ADJEKTIFTerdapat beberapa jenis kesalahan yang telah dikenal pasti dan sering kali dilakukan oleh

murid.

(a) Penggunaan imbuhan teR- dan kata penguat sekali dan paling

Dalam Bahasa Melayu, imbuhan teR- dan kata penguat sekali dan paling sudah menunjukkan

darjah penghabisan. Oleh itu, suatu kata adjektif itu hanya boleh menggunakan teR- atau sekali atau paling. Kedua-duanya atau ketiga-tiganya tidak boleh digunakan serentak. Misalnya

apabila suatu kata adjektif itu telah menggunakan imbuhan teR-, maka kata penguat sekali dan

paling tidak perlu lagi. Begitu juga sebaliknya. Namun demikian, kebanyakan murid sering kali

melakukan kesalahan dalam aspek ini. Contohnya:

SALAH BETUL

paling terbaik sekalipaling terbaikpaling tercantik sekalipaling tercantikpaling termasyhurpaling masyhur sekalipaling terpandai sekaliterindah sekaliterpandai sekalitertinggi sekaliterendah sekali

baik sekalipaling baikcantik sekalipaling cantikpaling masyhurmasyhur sekalipandai sekaliterindahterpandaitertinggiterendah

(b) Penggunaan sungguh amat, sangat kurang, terlalu amat

Disebabkan kekurangan pengetahuan dan pendedahan tentang aspek dua unsur penguat yang

hadir berderetan sebelum kata adjektif, maka terdapat segelintir guru dan murid melakukan

Bahagian Satu: Morfologi

Page 7: Bab 3 Kata Adjektif

45

kesilapan dalam aspek ini. Contohnya, penggunaan sungguh amat, sangat kurang, terlalu amat jarang sekali diguna pakai oleh para guru dan murid. Merujuk Tatabahasa Dewan Edisi

Ketiga muka surat 411 membuktikan penggunaan aspek ini seperti yang terdapat dalam ayat-

ayat berikut :

1. Suaranya sungguh amat merdu.2. Perangainya sangat kurang sopan.

3. Bisa ular itu terlalu amat pedih.

(c) Penggunaan imbuhan akhiran –an selepas kata adjektif dan bukannya kata bantu

(akan)

Selain itu, murid juga sering kali melakukan kesilapan dalam unsur keterangan frasa adjektif

iaitu dalam unsur keterangan terhadap. Lazimnya murid menggunakan imbuhan akhiran –an

selepas kata adjektif dan bukannya kata bantu (akan). Contohnya :

1a. Anak itu sangat rindukan emaknya. (x)

1b. Anak itu sangat rindu akan emaknya. (/)

2a. Kita harus cintakan tanah air. (x)

2b. Kita harus cinta akan tanah air. (/)

3a. Papa amat sayangkan mama. (x)

3b. Papa amat sayang akan mama. (/)

(d) Penggunaan imbuhan memper-kan dengan kata adjektifDi samping itu, murid juga didapati sering menggunakan imbuhan memper-kan dengan kata

adjektif. Awalan memper- digunakan dengan kata adjektif untuk membawa maksud menjadikan

lebih atau bertambah. Dalam hubungan ini, penggunaan bentuk kata adjektif dengan apitan

memper-kan dianggap tidak tepat. Hal ini demikian kerana kata adjektif tidak boleh menerima

tiga kali imbuhan dalam satu masa. Contohnya :

1a. Encik Ahmad memperbesarkan rumahnya. (x)

1b. Encik Ahmad memperbesar rumahnya. (/)

1c. Encik Ahmad membesarkan rumahnya. (/)

2a. Kerajaan memperlebarkan jalan untuk mengatasi kesesakan jalan raya. (x)

2b. Kerajaan memperlebar jalan untuk mengatasi kesesakan jalan raya. (/)

2c. Kerajaan melebarkan jalan untuk mengatasi kesesakan jalan raya. (/)

Bahagian Satu: Morfologi

Page 8: Bab 3 Kata Adjektif

46

3.6RUMUS

Secara ringkasnya, huraian tentang kata adjektif dalam Bahasa Melayu adalah penting

kerana dengan adanya kata adjektif, huraian mengenai benda dan keadaan menjadi lebih

berkesan. Dengan itu, gambaran yang hendak diberikan lebih nyata serta dapat

menimbulkan kesegaran dan keindahan bahasa.

Di sini disertakan formula mudah untuk kegunaan murid.

(a)

SEKALI

Nota : SAS love Sekali – merujuk kepada kata penguat Sungguh Amat Sangat boleh diikuti

dengan kata penguat Sekali

(b)

SEKALI

Nota : PT No Entry Sekali – merujuk kepada kata penguat Paling dan Ter tidak boleh diikuti

dengan kata penguat Sekali

(c)

amatTsangat

Bahagian Satu: Morfologi

SAS

P

T

Page 9: Bab 3 Kata Adjektif

47

Nota : T memayungi Amat Sangat – merujuk kepada kata penguat Ter boleh diikuti dengan kata

penguat Amat dan Sangat secara berderet

LATIHAN 1Kenal pasti dan garisi kata adjektif yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah.

1. Pak Cik Sharul rajin bersenam setiap petang agar dia sentiasa sihat dan cergas.

2. Keadaan kesihatan Aishah semakin membimbangkan dan wajahnya kelihatan pucat

serta kakinya lemah untuk berjalan.

3. Amirul berasa terharu kerana dihadiahi sebuah kereta berwarna biru oleh ayahnya.

4. Cikgu Murni gembira kerana menerima hadiah baju berwarna kuning daripada anak

muridnya bersempena hari guru.

5. Lelaki kerdil itu diterima bekerja sebagai pensyarah di kolej kami.

6. Ibu menyimpan barang kemasnya di dalam sebuah kotak kecil di dalam peti besi.

7. Adik membantu ibu membuat kuih buah kana yang berbentuk lonjong.

8. Kanak-kanak itu kelihatan comel berbaju kurung dan berambut lurus.

9. Peristiwa silam itu masih lagi terbayang dalam ingatannya.

10. Lewat petang baru abang tiba di kampung bersama-sama keluarganya.

11. Ayah amat benci lelaki itu kerana telah menipunya ketika membeli tanah sawah di

hujung kampung.

12. Setiap anak harus menghargai kasih ibu yang pastinya membawa ke syurga.

13. Selera makannya telah tertutup walaupun makanan yang dihidangkan amat lazat.

14. Adik Umar tidak mahu minum kerana air yang diberikan oleh kakak berasa payau.

15. Ayah memberitahu semua keluarganya bahawa kapal terbang dari Sarawak hampir

mendarat.

16. Perhubungan Amir dan Amar semakin renggang semenjak Amir melanjutkan

pelajarannya ke United Kingdom.

17. Sejak Nurin membeli komputer riba, dia jarang meminjam komputer riba abangnya.

18. Syahmi kerap kali berulang ke rumah neneknya kerana dia kasihan melihat neneknya

tinggal keseorangan.

19. “Seronoknya, dapatlah kita pergi berjoging kerana cuaca redup pagi ni,” kata ayah

kepada Shah.

20. Lukisan yang dilukisnya tidaklah secantik lukisan abangnya, tetapi Syahmi berbangga

dengan hasil tangannya sendiri.

Bahagian Satu: Morfologi

Page 10: Bab 3 Kata Adjektif

48

21. Rumah tradisional itu sama besar dengan rumah banglo yang bersebelahan dengan

rumah Tok Penghulu.

22. Sepandai-pandai Siti, dia masih lagi tidak dapat menandingi kebolehan abangnya.

23. Setinggi-tinggi pokok itu tinggi lagi Menara Berkembar Petronas Kuala Lumpur.

24. Jazmin merupakan perenang wanita yang terhandal dalam acara renang sukan itu.

25. Husin tersenyum simpul apabila dikatakan sebagai lelaki paling kacak di kampung itu.

26. Firzanah dipuji kerana digambarkan sebagai pelajar yang baik sekali di dalam kelasnya.

27. Sabrina teramat bijak dalam kalangan adik-beradiknya.

28. Amirul amat cekap sekali menjawab soalan dalam Pertandingan Kuiz Sains Sekolah-

Sekolah Negeri Selangor.

29. Pemandangan di tepi pantai sungguh indah sekali ketika matahari hampir terbenam.

30. Puan Mazni amat gembira sekali mendapat berita yang anaknya berjaya masuk ke

universiti.

LATIHAN 2Gariskan kesalahan yang terdapat pada ayat-ayat di bawah. Tulis kata adjektif yang betul di

ruang yang disediakan.

BIL AYAT JAWAPAN1 Mahasiswa seharusnya lebih kreatif dan berfikiran tinggi. 2 Masa depan Aziz amat terang kerana dia pelajar yang bijak.3 Istana lama itu canggih kerana dibina daripada kayu tanpa menggunakan

sebatang paku pun.4 Saliza berasa kaku apabila melakonkan watak nenek semasa pementasan

teater di sekolahnya.5 Walaupun sudah berusia lebih seratus tahun, jambatan itu masih gagah.6 Pergerakan pemain bola jaring yang ligat itu sukar dikawal oleh pihak lawan.7 Ahli pengakap yang bersemangat kukuh itu telah menerima anugerah Pengakap

Diraja.8 Amin dan kawan-kawannya berasa gusar apabila terpaksa bertemu dengan

pasukan yang lebih handal9 Mata Aina kelihatan murung kerana kurang tidur selama beberapa hari.

10 Peristiwa lapuk itu masih segar dalam ingatan Azilah.11 Sejak belakangan ini, badan adik semakin kecil kerana hilang selera makan.12 Ibu menghiris daging panggang yang kental itu nipis-nipis untuk dihidangkan

kepada tetamu.13 Air sungai di kawasan itu menjadi deras kerana musim kemarau yang

berpanjangan.14 Puan Ainon memotong kaki seluar anaknya kerana terlalu singkat.15 Tangan kakak berbau hamis setelah menyiang beberapa ekor ikan.16 Nizam dapat menyampaikan syarahannya dengan cekap semasa menyertai

pertandingan itu.

Bahagian Satu: Morfologi

Page 11: Bab 3 Kata Adjektif

49

17 Mereka menjerit-jerit di padang sehingga suara mereka menjadi lantang.18 Letupan itu sangat bising sehingga menggegarkan bangunan yang berdekatan.19 Keadaan indah yang wujud di negara kita telah menggalakkan kehadiran para

pelancong dari seluruh dunia.20 Datuk hormat akan cucunya yang telah lama tidak pulang ke kampung.

LATIHAN 3Tandakan ( / ) pada ayat yang betul dan (X) pada ayat yang salah penggunaan kata adjektifnya.

Bil. Ayat1 Rohani menekan brek keretanya apabila jarang tiba di pasar tani.2 Pencemaran air di sungai itu bertambah sarat kerana tidak mendapat kerjasama

daripada semua pihak.3 Munirah segera datang ke hadapan kelas apabila disuruh oleh guru kelasnya.4 Ahmad mendapat markah yang tertinggi sekali di dalam kelasnya.5 Aliran air sungai mengalir dengan kencang.6 Kereta itu kempis akibat dilanggar oleh lori minyak itu.7 Bubur kacang yang dimasak oleh ibu kurang ceria.8 Asnan berasa kekok ketika pertama kali menghadiri majlis makan malam di hotel.9 Munirah menitiskan air mata kerana hatinya sedih amat.

10 Pak Sudin telah memperbesarkan rumahnya sebelum bersara.11 Hati Alia tenang setiap kali melihat pemandangan yang indah nian itu.12 Cikgu Salbiah memberitahu bahawa benua yang terbesar di dunia ialah benua

Asia.13 Azman kesejukan setelah mandi air perigi yang jernih dan sejuk di kampung

datuknya.14 Tembakan anggota polis itu tepat mengenai sasaran.15 Tendangan penalti pemain bola sepak itu sangat pantas.16 Pemidato itu berjaya menyampaikan hujah yang sungguh ikhlas.17 Jambangan bunga itu agak mahal kerana gubahannya sungguh amat cantik.18 Adik terpaksa memakai tali pinggang kerana seluar yang baru dibelinya ketat.19 Hasil tanaman Pak Mail sangat segar setelah menggunakan baja organik.20 Ibu menegur sikap abang yang malas ketika kami sibuk mengulang kaji pelajaran.

SKEMA JAWAPAN

LATIHAN 1

1 sihat, cergas 11 benci 21 sama besar dengan

2 pucat, lemah 12 kasih 22 sepandai-pandai

3 biru 13 lazat 23 setinggi-tinggi

4 gembira, kuning 14 payau 24 terhandal

Bahagian Satu: Morfologi

Page 12: Bab 3 Kata Adjektif

50

5 kerdil 15 hampir 25 paling kacak

6 kecil 16 renggang 26 baik sekali

7 lonjong 17 jarang 27 teramat bijak

8 comel, lurus 18 kerap kali 28 amat cekap sekali

9 silam 19 redup 29 sungguh indah sekali

10 lewat 20 secantik 30 amat gembira sekali

LATIHAN 2

BIL AYAT JAWAPAN1 Mahasiswa seharusnya lebih kreatif dan berfikiran tinggi. luas2 Masa depan Aziz amat terang kerana dia pelajar yang bijak. cerah3 Istana lama itu canggih kerana dibina daripada kayu tanpa menggunakan

sebatang paku pun. unik4 Saliza berasa kaku apabila melakonkan watak nenek semasa pementasan

teater di sekolahnya. kekok5 Walaupun sudah berusia lebih seratus tahun, jambatan itu masih gagah. teguh6 Pergerakan pemain bola jaring yang ligat itu sukar dikawal oleh pihak lawan.

lincah7 Ahli pengakap yang bersemangat kukuh itu telah menerima anugerah Pengakap

Diraja. kental8 Amin dan kawan-kawannya berasa gusar apabila terpaksa bertemu dengan

pasukan yang lebih handal. risau9 Mata Aina kelihatan murung kerana kurang tidur selama beberapa hari. cengkung

10 Peristiwa lapuk itu masih segar dalam ingatan Azilah. silam11 Sejak belakangan ini, badan adik semakin kecil kerana hilang selera makan. susut12 Ibu menghiris daging panggang yang kental itu nipis-nipis untuk dihidangkan

kepada tetamu. kenyal, liat13 Air sungai di kawasan itu menjadi deras kerana musim kemarau yang

berpanjangan.tohor, cetek, dangkal

14 Puan Ainon memotong kaki seluar anaknya kerana terlalu singkat. labuh15 Tangan kakak berbau hamis setelah menyiang beberapa ekor ikan. hanyir16 Nizam dapat menyampaikan syarahannya dengan cekap semasa menyertai

pertandingan itu. petah17 Mereka menjerit-jerit di padang sehingga suara mereka menjadi lantang. serak, parau,

garau18 Letupan itu sangat bising sehingga menggegarkan bangunan yang berdekatan. kuat19 Keadaan indah yang wujud di negara kita telah menggalakkan kehadiran para

pelancong dari seluruh dunia. aman20 Datuk hormat akan cucunya yang telah lama tidak pulang ke kampung. rindu

Bahagian Satu: Morfologi

Page 13: Bab 3 Kata Adjektif

51

LATIHAN 3

Bil. Ayat1 Rohani menekan brek keretanya apabila jarang tiba di pasar tani. x2 Pencemaran air di sungai itu bertambah sarat kerana tidak mendapat kerjasama

daripada semua pihak.x

3 Munirah segera datang ke hadapan kelas apabila disuruh oleh guru kelasnya. /4 Ahmad mendapat markah yang tertinggi sekali di dalam kelasnya. x5 Aliran air sungai mengalir dengan kencang. x6 Kereta itu kempis akibat dilanggar oleh lori minyak itu. x7 Bubur kacang yang dimasak oleh ibu kurang ceria. x8 Asnan berasa kekok ketika pertama kali menghadiri majlis makan malam di hotel. /9 Munirah menitiskan air mata kerana hatinya sedih amat. /

10 Pak Sudin telah memperbesarkan rumahnya sebelum bersara. x11 Hati Alia tenang setiap kali melihat pemandangan yang indah nian itu. /12 Cikgu Salbiah memberitahu bahawa benua yang terbesar di dunia ialah benua

Asia./

13 Azman kesejukan setelah mandi air perigi yang jernih dan sejuk di kampung datuknya.

/

14 Tembakan anggota polis itu tepat mengenai sasaran. /15 Tendangan penalti pemain bola sepak itu sangat pantas. x16 Pemidato itu berjaya menyampaikan hujah yang sungguh ikhlas. x17 Jambangan bunga itu agak mahal kerana gubahannya sungguh amat cantik. /18 Adik terpaksa memakai tali pinggang kerana seluar yang baru dibelinya ketat. x19 Hasil tanaman Pak Mail sangat segar setelah menggunakan baja organik. x20 Ibu menegur sikap abang yang malas ketika kami sibuk mengulang kaji pelajaran. /

Bahagian Satu: Morfologi