Bab 3 Perniagaan Dalam Negeri

21
FOKUS KEJAYAAN PERDAGANGAN http://btvperdagangansmkserikota.blogspot.com BAB 3 Perniagaan Dalam Negeri Maksud Perniagaan - aktiviti jual beli barang dan perkhidmatan ( barangan ) untuk mendapat keuntungan - individu yang menjalankan aktiviti ini dinamakan peniaga Jenis Perniagaan I ) Perniagaan Dalam Negeri 2) Perniagaan Luar Antarabangsa - ialah aktiviti jual beli yang dilakukan antara penduduk sesebuah negara - contoh aktiviti jual beli yang dijalankan di Malaysia sahaja ( antara penjual dan pembeli yang berada di dalam sempadan sesebuah negara - terdiri daripada I ) Perniagaan Runcit - ialah perniagaan yang menjual barang kepada pengguna dalam kuantiti yang kecil - peruncit kecil-kecilan membeli barang daripada pemborong - peruncit besar-besaran membeli barang terus secara pukal daripada pelbagai pengeluar - terdiri i) Perniagaan Kecil-kecilan - contoh kedai tunggal am, kedai tunggal khas ii ) Perniagaan Besar-besaran - contoh kedai sejaras, pasaraya, gedung aneka jabatan dll 13 KAMI AKAN BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH DEMI IBUBAPA YANG DIKASIHI Pernia gaan Dalam

Transcript of Bab 3 Perniagaan Dalam Negeri

Page 1: Bab 3 Perniagaan Dalam Negeri

Pengeluar Pemborong PenggunaPeruncit

FOKUS KEJAYAAN PERDAGANGAN http://btvperdagangansmkserikota.blogspot.com

BAB 3 Perniagaan Dalam NegeriMaksud Perniagaan - aktiviti jual beli barang dan perkhidmatan ( barangan ) untuk mendapat keuntungan - individu yang menjalankan aktiviti ini dinamakan peniaga

Jenis Perniagaan I ) Perniagaan Dalam Negeri 2) Perniagaan Luar Antarabangsa

- ialah aktiviti jual beli yang dilakukan antara penduduk sesebuah negara - contoh aktiviti jual beli yang dijalankan di Malaysia sahaja ( antara penjual dan pembeli yang berada di dalam sempadan sesebuah negara

- terdiri daripada I ) Perniagaan Runcit

- ialah perniagaan yang menjual barang kepada pengguna dalam kuantiti yang kecil - peruncit kecil-kecilan membeli barang daripada pemborong

- peruncit besar-besaran membeli barang terus secara pukal daripada pelbagai pengeluar

- terdiri i) Perniagaan Kecil-kecilan - contoh kedai tunggal am, kedai tunggal khas

ii ) Perniagaan Besar-besaran - contoh kedai sejaras, pasaraya, gedung aneka jabatan dll

II ) Perniagaan Borong- membeli dengan banyak ( secara pukal ) daripada pengeluar dan menjual

kepada peruncit

13KAMI AKAN BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH DEMI IBUBAPA YANG DIKASIHI

Perniagaan Dalam Negeri

Page 2: Bab 3 Perniagaan Dalam Negeri

Pengeluar Pemborong PenggunaPeruncit

Pengeluar Pemborong PenggunaPeruncit

Pengeluar Pemborong PenggunaPeruncit

FOKUS KEJAYAAN PERDAGANGAN http://btvperdagangansmkserikota.blogspot.com

Saluran Agihan- merupakan proses agihan atau pengedaran barangan ( barang dan perkhidmatan ) daripada pengeluar asal kepada pengguna akhir

Jenis Saluran Agihan- pemilihan saluran agihan yang sesuai penting bagi memastikan barang disampaikan ke tangan pengguna pada masa, tempat dan harga yang dikehendaki oleh pengguna

I ) Pengeluar ---- Pemborong ----Peruncit ---- PenggunaII ) Pengeluar ---- Ejen ----Peruncit ---- PenggunaIII) Pengeluar ---- Pemborong ----PenggunaIV) Pengeluar ---- Peruncit ----PenggunaV) Pengeluar ---- Ejen ----PenggunaVI) Pengeluar ----- Pengguna

- diamalkan atau sesuai untuk pengagihan barang pengguna- pengeluar akan menjual kepada pemborong dalam kuantiti yang banyak ( pukal )- pemborong memecah pukal kepada kuantiti yang kecil untuk dijual kepada peruncit - produk yang sesuai biasanya bernilai kecil dan diperlukan dalam kuantiti yang kecil- cth: beras, pensel, buku, gula pasir dll

14KAMI AKAN BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH DEMI IBUBAPA YANG DIKASIHI

Page 3: Bab 3 Perniagaan Dalam Negeri

Pengeluar Ejen PenggunaPeruncit

Pengeluar Pemborong Pengguna

Pengeluar Peruncit Pengguna

Pengeluar Ejen Pengguna

FOKUS KEJAYAAN PERDAGANGAN http://btvperdagangansmkserikota.blogspot.com

- pengeluar melantik ejen ( terutamanya pengeluar luar negara )- ejen tempatan menjual produk di kaunter gedung aneka jabatan atau pasar raya- contoh pengeluar pen Parker , Alain Delon melantik ejen tempatan

- pemborong memainkan dua peranan- i) pemborong membeli daripada pengeluar dalam kuantiti yang banyak ii) pemborong menjual kepada pengguna dalam kuantiti yang dikehendaki ( kecil )- mengambil alih peranan peruncit- contoh kedai perabot , pasu bunga dan barang elektrik mendapat bekalan daripada pengeluar dan terus menjual kepada pengguna

- peruncit mengambilalih peranan pemborong- bertindak sebagai orang tengah- hanya melibatkan peruncit besar-besaran seperti pasar hyper, pasar raya, gedung aneka jabatan, kedai sejaras dan lain-lain- mendapat bekalan secara terus daripada pengeluar dalam kuantiti yang banyak dan menjual dalam kuantiti yang kecil- keadaan ini juga berlaku apabila pengeluar melantik peruncit untuk terus memasarkan barangannya seperti syarikat petroleum melantik peruncit mengendalikan stesen minyak

- pengeluar melantik ejen untuk menjual barang dan perkhidmatan kepada pengguna- perkhidmatan yang diual seperti insurans dan unit amanah- barang yang dijual seperti alat kosmetik, ubat-ubatan dll

15KAMI AKAN BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH DEMI IBUBAPA YANG DIKASIHI

Page 4: Bab 3 Perniagaan Dalam Negeri

Pengeluar Pengguna

FOKUS KEJAYAAN PERDAGANGAN http://btvperdagangansmkserikota.blogspot.com

- pengeluar mengagih barang dan perkhidmatan secara terus kepada pengguna - Contoh i ) Khidmat Terus - seperti doctor, tukang gunting rambut, peguam, akauntan dsbnya ii ) Hasil pertanian - sayur-sayuran, buah-buahan iii) Barang dan perkhidmatan yang memerlukan tempahan khas mengikut ukuran pengguna cth: perabot, cermin mata, pakaian.Tempahan terus kepada pengeluar barang berteknologi seperti kapal terbang, kapal perang dll iv) Jualan melalui pos atau internet - penjual batik mengadakan laman web untuk menjual keluaran batik

Faktor-faktor pemilihan saluran agihan

- saluran agihan yang dipilih hendaklah sesuai bagi memastikan barang dan perkhidmatan disampaikan ke tangan pengguna pada masa, tempat, harga yang dikehendaki oleh pengguna- factor-faktor pemilihan

Jenis barang Sasaran pasaran barang

Liputan Pasaran

Keupayaan Pengeluar

Kos Pengangkutan

Jenis barang - barang yang cepat rosak seperti daging memerlukan saluran agihan yang cepat dan ringkas - barang yang perlu dibuat tempahan perlu diagihkan secara terus oleh pengeluar kepada pengguna - barang yang tahan lama seperti barang elektrik boleh dipasarkan secara berperingkat

Sasaran pasaran barang - jika sasaran pasaran atau pengguna memerlukan barang dengan cepat saluran agihan yang cepat dan ringkas sesuai

16KAMI AKAN BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH DEMI IBUBAPA YANG DIKASIHI

Page 5: Bab 3 Perniagaan Dalam Negeri

FOKUS KEJAYAAN PERDAGANGAN http://btvperdagangansmkserikota.blogspot.com

Liputan Pasaran - jika pasaran di kawasan setempat, jualan boleh secara terus seperti menjual hasil pertanian di pasar minggu

- jika liputan pasaran besar dan bersifat nasional rangkaian saluran melalui peruncit atau ejen perlu digunakan

Keupayaan Pengeluar - syarikat besar mampu mendirikan rangkaian saluran agihan sendiri seperti stesen minyak, Ayamas

- syarikat kecil bergantung kepada khidmat pemborong dan peruncit

Kos Pengangkutan - kos pengagihan mungkin mahal dan ini menyebabkan pengeluar terpaksa menyerahkan kerja pengagihan kepada pemborong dan peruncit Fungsi Peruncit Dalam Saluran Agihan 1. Menjual mengikut permintaan pengguna - peruncit membeli dalam kuantiti yang banyak daripada pemborong dan menjual dalam kuantiti yang kecil mengikut permintaan pengguna

2. Menyediakan pelbagai jenis barang untuk pilihan pengguna - barang dijual terdiri daripada pelbagai jenis dan pelbagai jenama

3. Melakukan kerja-kerja akhir - peruncit menggred, menimbang, membungkus,melabel dan meletakkan harga supaya mudah dijual - barang seperti garam, beras dan tepung ditimbang mengikut kuantiti yang diperlukan

4. Menyimpan stok dan memperagakan barang - Peruncit perlu mengawal stok di dalam kedainya untuk memastikan bekalan mencukupi - menyimpan stok yang tidak mencukupi akan mengurangkan pilihan pengguna dan menjejaskan imej peniaga manakala jika stok berlebihan akan merugikan dari kos pergudangan dan modal - peruncit perlu memperagakan barang dengan rapi dan kemas di atas rak, para

5. Menjual secara kredit (peruncit kecil-kecilan) - menjual secara kredit kepada pelanggan yang dikenali ( bayar kemudian )

6. Menyediakan perkhidmatan selepas jualan i) penghantaran - seperti membeli perabot dan mesin basuh ii) pemasangan - memasang barang di tempat yang sesuai seperti kipas

17KAMI AKAN BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH DEMI IBUBAPA YANG DIKASIHI

Page 6: Bab 3 Perniagaan Dalam Negeri

FOKUS KEJAYAAN PERDAGANGAN http://btvperdagangansmkserikota.blogspot.com

iii) jaminan servis - membaiki kerosakan dan melakukan kerja penyelenggaraan

7. Terletak berhampiran dengan pelanggan8. Memberi khidmat nasihat

Jenis Perniagaan Runcit

- terbahagi kepada Peruncit Tanpa kedai Peruncit Berkedai

Tidak mempunyai premis tetap Peruncit Tanpa kedai - berniaga dari satu tempat ke satu tempat

Terdiri daripada penjaja dan pegerai - penjaja terdiri penjaja berjalan kaki ( menjunjung dan membimbit dari rumah ke rumah), berkenderaan ( van, motorsikal ) - pegerai mempunyai gerai yang tetap atau sementara. Gerai sementara seperti gerai Pasar Ramadhan dan Gerai tetap beroperasi di kaki lima, di tepi jalan atau atau tempat yang telah ditetapkan oleh kerajaan yang dikenakan sewa Peruncit Berkedai - mempunyai premis tetap

- terletak di kampung, kawasan perindustrian, di taman perumahan atau bandar

- terdapat dua jenis I ) Kedai Am - Menjual pelbagai jenis barang seperti beras gula, kopi dll

II ) Kedai Khusus - menjual satu jenis barang atau sekumpulan barang yang sama jenis dan ada yang menyediakan perkhidmatan seperti kedai buku Ciri-ciri Perniagaan Runcit Kecil-kecilan1. Modal yang kecil

18KAMI AKAN BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH DEMI IBUBAPA YANG DIKASIHI

Perniagaan Runcit Kecil-

Page 7: Bab 3 Perniagaan Dalam Negeri

FOKUS KEJAYAAN PERDAGANGAN http://btvperdagangansmkserikota.blogspot.com

- diperoleh dari simpanan sendiri atau pinjaman daripada saudara mara,kawan atau bank

2. Pemilikan - ditubuhkan sebagai perkongsian atau milikan tunggal

3. Mudah dibentuk - tidak banyak syarat, peraturan dan dokumentasi - Peruncit berkedai hanya perlu berdaftar dengan Pendaftar Perniagaan dan dapatkan lesen daripada Majlis Tempatan . Kelulusan pendaftaran dalam bentuk Sijil Pendaftaran mesti dipamerkan di dalam kedai setiap masa- peruncit tanpa kedai hanya dapatkan lesen perniagaan daripada Majlis Tempatan .

4. Mudah diuruskan - saiz kecil pengurusan mudah. Diuruskan sendiri dan dibantu ahli keluarga5. Lokasi - berdekatan dengan tempat tinggal pelanggan - peruncit kecilan tanpa kedai boleh menjual dari rumah ke rumah6. Layanan Peribadi - peruncit berhubung mesra dengan pelanggan dan memberi perkhidmatan peribadi7. Perkhidmatan selepas jualan - menyediakan perkhidmatan penghantaran barang dan pemasangan dan pembaikan

8. Kos overhead - rendah kerana tidak perlu bayar gaji, sewa dll

- Beroperasi di kompleks membeli belah yang terletak di Bandar- Kompleks membeli belah adalah sebuah bangunan besar yang dimiliki oleh sebuah

Syarikat besar yang menyediakan kemudahan seperti hawa dingin, muzik, tempat , letak kereta dll.

- Lot-lot kedai disewakan atau dijual kepada syarikat perniagaan atau individu Terdiri daripada i ) Gedung aneka jabtan ii ) Pasar raya iii ) Kedai sejaras iv) Koperasi runcit

v) Pasaraya hyper

Ciri-ciri Perniagaan Runcit Besar-besaran

1. Modal besar2. Pembentukan

19KAMI AKAN BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH DEMI IBUBAPA YANG DIKASIHI

Perniagaan Runcit Besar-

Page 8: Bab 3 Perniagaan Dalam Negeri

FOKUS KEJAYAAN PERDAGANGAN http://btvperdagangansmkserikota.blogspot.com

- ditubuhkan sebagai Syarikat Berhad - penubuhan rumit kerana perlu mematuhi Akta Syarikat

3. Pengurusan - rumit kerana saiz besar - mampu melaksanakan pembahagian tugas, menggunakan peralatan moden, teknik pengurusan baru dll

4. Belian pukal dan jualan tunai - peruncit membeli terus secara pukal terus daripada pengeluar dan ini membolehkan memperoleh diskaun niaga yang besar - menjual secara tunai dan dapat mengelakkan hutang lapuk

5. Menyediakan kemudahan membeli belah - muzik, tangga bergerak dll

PASARAYA- sebuah perniagaan runcit besar yang menjual pelbagai jenis makanan basah dan kering di dalam sebuah bangunan besar seperti sayur-sayuran, buah-buahan, barang dalam tin, sabun, kertas tisu- Contoh Pasar Raya Tops

1. terletak di tengah Bandar yang mempunyai lokasi yang sibuk2. barang keperluan harian diletakkan di tingkat bawah berhamping tempat letak kereta3. dibahagikan kepada beberapa jabatan atau bahagian dan setiap bahagian dikelolakan oleh seorang penyelia dan menjual sekumpulan barang tertentu.Penyelia perlu menerima arahan daripada pengurus besar. Pengurus besar bertanggungjawab menguruskan seluruh pasaraya dan beliau dilantik oleh Lembaga Pengarah

4. barang jualan dibungkus dengan sempurna dan harga tetap5. barang disusun atur kemas di atas rak dan bertanda harga6. barang disusun untuk menggalakkan jualan. Barang yang mark up tinggi di letakkan pada paras penglihatan pelanggan dan yang mark up rendah di letakkan di bawah. Barang yang digemari oleh kanak-kanak diletakkan di laluan kaunter GEDUNG ANEKA JABATAN- sebuah kedai besar bertingkat-tingkat yang mempunyai pelbagai jabatan dan ditempatkan di dalam sebuah bangunan dan di bawah pentadbiran yang sama

20KAMI AKAN BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH DEMI IBUBAPA YANG DIKASIHI

Page 9: Bab 3 Perniagaan Dalam Negeri

FOKUS KEJAYAAN PERDAGANGAN http://btvperdagangansmkserikota.blogspot.com

- Contoh Metro Jaya , Isetan, Parkson Grand, Globe Silk Store

Ciri tambahan1. Ditubuhkan sebagai syarikat berhad.2. Dikawal oleh Lembaga Pengarah yang dilantik oleh pemegang syer3. Lembaga Pengarah yang menentukan dasar yang dilaksanakan oleh Pengurus besar dan pengurus jabatan4.Setiap jabatan menjual barang yang homogen.5.Jualan murah sering diadakan6. Perkhidmatan layan diri

PASAR HYPER- ialah sebuah gedung besar yang ditempatkan di sebuah bangunan setingkat yang mempunyai ruang dan kawasan lantai yang luas- terletak di pinggir Bandar- menggunakan pembantu yang sedikit- kos upah dan sewa kurang- disasarkan untuk pelanggan mingguan yang berkenderaan khasnya kakitangan pejabat- contoh Carrefour, Makro, Giant , Tesco

Ciri tambahan1. merupakan cawangan kepada syarikat multinasional dari negara asing2. menjual barang keperluan termasuk makanan basah, kering, perkakas dapur, barang elektrik dll

KEDAI SEJARAS- sejenis kedai rantaian atau kedai berangkai- mempunyai banyak cawangan dan terletak di bawah kawalan ibu pejabat- mempunyai nama , logo, perhiasan, peragaan dan menjual barang yang sama- contoh 7 Eleven, Kedai bata, - Setiap cawangan mesti mematuhi dan melaksanakan arahan dan dasar ibupejabat - Pengurus cawangan hendaklah menjaga kakitangan , mendapatkan stok daripada ibu pejabat dan menghantar laporan- harga barang juga sama

KOPERASI RUNCIT - ditubuhkan oleh sekumpulan pengguna secara sukarela untuk menjalankan perniagaan runcit- bertujuan membantu ahli membeli pelbagai jenis barang pada harga berpatutan tanpa melalui orang tengah- Penubuhan – ditubuhkan mengikut peruntukan Ordinan Koperatif dan didaftarkan dengan

21KAMI AKAN BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH DEMI IBUBAPA YANG DIKASIHI

Page 10: Bab 3 Perniagaan Dalam Negeri

BENTUK LAIN PERUNCITAN

FOKUS KEJAYAAN PERDAGANGAN http://btvperdagangansmkserikota.blogspot.com

Ketua Pendaftaran Koperatif Malaysia- Keahlian - mempunyai hak untuk mengundi- Modal - diperoleh menerusi jualan saham kepada ahli-ahlinya

1. Terdiri daripada i ) Mesin Peruncitan Automatik ii ) Pesanan Mel iii ) Francais iv ) Jualan Langsung v) E- Dagang

vi) Telvisyen Interaktif vii) Kedai katalog

Mesin Peruncitan Automatik- Merupakan perniagaan runcit yang menjual barang terus kepada pengguna- dimuatkan dengan dan mempunyai satu lubang khas ( slot ) untuk memasukkan syiling atau wang kertas- Pengguna hanya perlu mamasukkan amaun wang syiling yang mencukupi dan menekan butang yang menunjukkan jenis barang yang dipilih- Barang akan keluar secara automatik- Jenis barang yang sesuai menggunakan peruncitan ini ialah i ) Barang seperti minuman berkotak,tin , coklat,kertas tisu dll. Contoh Milo dan Coca Cola ii ) Perkhidmatan seperti mesin penimbang berat badan, mesin mengambil gambar dan mesin tiket LRT - Lokasi- diletakkan di tempat yang strategik seperti perhentian bas, stesen keretapi, pasaraya lapangan terbang, kantin sekolah dll- Mengamalkan system layan diri dan beroperasi selama 24 jam

Kebaikan/ kelebihan Keburukan/ kelemahan1. Menyediakan perkhidmatan sepanjang hari tanpa pengawasan

1. Modal besar kerana mesin mahal

2. mengamalkan sistem layan diri dan ini dapat menjimatkan kos upah dan belanja pengendalian

2. Muatan mesin adalah terhad. Jenis dan kuantiiti barang adalah terhad.Pengguna

22KAMI AKAN BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH DEMI IBUBAPA YANG DIKASIHI

Page 11: Bab 3 Perniagaan Dalam Negeri

FOKUS KEJAYAAN PERDAGANGAN http://btvperdagangansmkserikota.blogspot.com

perniagaan tidak banyak pilihan

3. meningkatkan jualan kerana mesin dapat diletakkan di mana-mana

3. Risiko kerosakan mesin tinggi kerana t Tiada kawalan

Pesanan Mel

- menjual barang kepada pengguna melalui perkhidmatan pos atau perkhidmatan kurier- Penjual akan mengiklankan barang mereka melalui media massa seperti surat akhbar, majalah, internet. - Penjual juga menghantar katalog dan borang pesanan kepada pembeli. Pembeli yang berminat akan mengisi borang dan mengembalikan kepada penjual beserta bayaran yang mencukupi- Jenis barang yang sesuai i ) Barang yang ringan, kecil, tidak mudah pecah dan tahan lama seperti buku, pen, majalah, kad dll ii ) Barang yang tidak memerlukan nasihat atau tunjuk ajar tentang cara penggunaan iii ) Barang yang tidak memerlukan perkhidmatan selepas jualan selepas serahan barang

- Pesanan Mel boleh dijalankan melalui 3 cara i ) Pengiklanan ii ) Kiriman Terus iii ) Perlantikan Ejen

- Cara Pembayaran i ) Tunai Waktu Pesanan ( T. W. P. ) - pembeli membuat bayaran apabila barang sampai di pejabat pos ii ) Bayar Waktu Terima ( B. W. T. ) - Wang dihantar bersama-sama borang pesanan

Kebaikan / Kelebihan Keburukan / Kekurangan1. Kos overhead rendah - Perniagaan terletak di pinggir bandar untuk mengelakkan sewa yang tinggi- Tidak memerlukan perhiasan dan Peragaan yang cantik dan mahal- Bilangan pekerja terhad

1. Peniaga menanggung belanja pengurusan yang tinggi kerana kos promosi pengiklanan, percetakan, pengedaran dll

2. Mempunyai pasaran yang luas 2. Peniaga mungkin menghadapi masalah

23KAMI AKAN BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH DEMI IBUBAPA YANG DIKASIHI

Page 12: Bab 3 Perniagaan Dalam Negeri

FOKUS KEJAYAAN PERDAGANGAN http://btvperdagangansmkserikota.blogspot.com

kerana merangkumi semua kawasan yang dapat dihubungi oleh pos

hutang lapuk, kehilangan atau kerosakan barang semasa dalam perjalanan pos atau pulangan barang yang rosak

3. Menghapuskan orang tengah kerana menjual terus kepada pengguna

3. Pembeli tidak mendapat layanan peribadi

4. Pengguna boleh memesan terus dari Rumah melalui mel dan ini menjimatkan masa, tenaga dan belanja tambang

4. Pembeli tidak dapat melihat dan memeriksa barang semasa membeli

5. Pengguna boleh membayar secara ansuran

5. Pembeli mungkin ditipu oleh iklan yang menyeleweng

Francais- memberikan hak atau kebenaran kepada seorang peniaga untuk menjual produk syarikat induk yang telah terkenal- merupakan perniagaan yang berdasarkan konsep “ perkongsian bijak “- peniaga yang diberi kebenaran dikenali sebagai francaisi- syarikat induk yang memberi kebenaran dikenali sebagai francaisor- kebanyakan perniagaan francais berasal dari luar negeri seperti KFC, Mc Donalds, dll. Terdapat juga yang berasal dari Malaysia seperti Eon, Marrybrown, Hotel Seri Malaysia,Kedai buku Popular- kedua-dua pihak perlu menandatangani satu perjanjian francais yang menyatakan syarat dan cara francais patut dilaksanakan Francaisor perlu - melatih dan membimbing francaisi untuk menubuhkan dan menguruskan Perniagaan

- mengendalikan program latihan staf dan promosi jualan - membiayai kos pengiklanan

Francaisi perlu - membayar royalti kepada fracanisor - mematuhi segala syarat yang ditetapkan seperti menjaga imej

francaisor dan tidak menjual produk lain.- Jika perjanjian tidak dipatuhi, perjanjian francais akan terbatal

Kebaikan / Kelebihan Keburukan / kelemahan1. Mendapat nasihat dan tunjuk ajar daripada Francaisor dalam menjayakan

1. Perniagaan francais akan tercemar jika terdapat francaisi yang tidak bertanggungawab

24KAMI AKAN BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH DEMI IBUBAPA YANG DIKASIHI

Page 13: Bab 3 Perniagaan Dalam Negeri

FOKUS KEJAYAAN PERDAGANGAN http://btvperdagangansmkserikota.blogspot.com

perniagaan dan tidak menjaga mutu perkhidmatan dan barang jualan

2. Dapat menceburi bidang perniagaan yang terkenal dan mudah mendapat sokongan daripada orang ramai

2. Francaisi tidak bebas menjalankan perniagaan mengikut ideanya sendiri

3. Tidak perlu menanggung belanja promosi kerana kos ditanggung oleh francaisor

4. Francaisor dapat mengembangkan perniagaan ke seluruh dunia dengan meng- gunakan modal dan kemahiran tempatan.

5. Royalti dapat dipungut daripada francaisi

Jualan Langsung- Merupakan kaedah penjualan terus kepada pengguna akhir yang melibatkan

kunjungan jurujual dari rumah ke rumah

- memberi penerangan dan demontrasi tentang kegunaan barang dan memujuk pembeli untuk membeli

- Jurujual dibekalkan satu set kelengkapan jualan seperti sampel , catalog dan senarai harga

- Jurujual akan di bayar komisen dan bonus atas jualan yang diperoleh- Sesuai menjual barang yang tahan lama, ringan, senang diangkut dan bersifat

teknikal- Contoh alat kosmetik, perkakas dapur, insurans , produk kesihatan dll- Contoh Amway, Avon,Electrolux

Kebaikan Keburukan1. Peniaga tidak perlu premis yang strategik dan peragaan yang indah dan ini menjimatkan kos

1. Peniaga menanggung kos operasi yang tinggi kerana membayar komisen,bonus elaun dll.

2. Dapat meningkatkan jualan menerusi perlantikan ejen dan kaedah

2. Jenis barang yang boleh dijual terhad

25KAMI AKAN BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH DEMI IBUBAPA YANG DIKASIHI

Page 14: Bab 3 Perniagaan Dalam Negeri

FOKUS KEJAYAAN PERDAGANGAN http://btvperdagangansmkserikota.blogspot.com

pemasaran pelbagai lapisan ( multi level marketing )

3. Peniaga dapat merapatkan hubungan peribadi dengan pembeli melalui khidmat nasihat dan penerangan

3. Kunjungan jurujual dari rumah ke rumah merupakan gangguan kepada kehidupan pengguna

4. Pelanggan dapat membeli barang dari rumah. Ini menjimatkan masa, tenaga dan belanja pembeli

4. Penerangan dan demontrasi oleh jurujual berasaskan pujukan dan bukan berasaskan fakta atau keadaan sebenar

5. Pelanggan melihat sendiri barang jualan dan demontrasi tentang kegunaannya

Faktor Perkembangan i ) Pengguna semakin sibukJualan Langsung ii ) Peningkatan kos pengangkutan awam dan bayaran letak kereta iii ) Kesesakan lalulintas dan tempat letak kereta yang terhad

iv ) Perkembangan teknologi dan komunikasi

E-Dagang- Perniagaan yang dijalankan melalui rangkaian computer yang disambungkan secara

internet daripada peringkat pertanyaan, pesanan, pengeluaran invois hingga ke peringkat bayaran

- Peniaga mengadakan laman web dan gerai pameran dalam internet untuk mempromosikan barangannya ke pasaran global.

- Gambar, spesifikasi , harga dan ciri barang dapat dipancarkan di atas skrin melalui internet

- Pengguna boleh membayar secara prabayar dengan cara memasukkan nombor kad kreditnya

- Barang akan dihantar secara pos atau cara lain- peniaga tidak perlu premis tetapi memerlukan gudang besar yang terletak di pinggir

andar untuk menyimpan barang sebelum dihantar kepada para pengguna

Kebaikan Keburukan1. Kos operasi perniagaan amat rendah kerana peniaga hanya menyediakan satu

1. Peniaga menghadapi persaingan sengit daripada beribu-ribu laman web yang cuba

26KAMI AKAN BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH DEMI IBUBAPA YANG DIKASIHI

Page 15: Bab 3 Perniagaan Dalam Negeri

FOKUS KEJAYAAN PERDAGANGAN http://btvperdagangansmkserikota.blogspot.com

laman web serta sebuah gudang untuk menyimpan barang

menarik perhatian pengguna. Perang harga sentiasa berlaku

2.Peniaga dapat menjalankan perniagaan secara besar-besaran merangkumi seluruh dunia

2.Laman web peniaga boleh diceroboh, dirosakkan atau ditiru oleh pihak yang tidak bertanggungjawab

3.Peniaga tidak menanggung hutang lapuk kerana mengamalkan system prabayar

3.Pengguna membeli secara prabayar tanpa melihat barang dan boleh tertipu dari segi kualiti,spefikasi dan jenis barang

4.Pilihan pengguna merangkumi pasaran sedunia. Pelanggan dapat menjelajah beribu- ribu untuk membuat perbandingan dan pemilihan barang dengan bebas

4.Pembayaran menggunakan kad kredit membolehkan nombor kad kredit dicuri pakai oleh orang lain

5.Pengguna dapat membeli belah dengan selesa dari rumah. Pengguna dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas, kese- sakan pelanggan serta perubahan cuaca

5.Pengguna mempunyai banyak pilihan hingga boleh menjejaskan pertimbangan

Televisyen Interaktif- Ialah televisyen yang disambungkan dengan talian internet- Membolehkan penonton berinteraksi dengan syarikat yang mengiklankan barangan

melalui Televisyen dan membolehkan penonton membeli belah dari rumah- Contoh Galeri Smartshop- Pengguna yang membuat tempahan serta merta akan diberi tawaran harga istimewa

Kebaikan Keburukan1. Peniaga dapat menambahkan jualan Pengguna yakin kerana dapat berinteraksi dengan penjual

1.Kos melancarkan program interaktif tinggi dan hanya syarikat besar yang mempunyai pasaran yang luas saja mampu

27KAMI AKAN BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH DEMI IBUBAPA YANG DIKASIHI

Page 16: Bab 3 Perniagaan Dalam Negeri

FOKUS KEJAYAAN PERDAGANGAN http://btvperdagangansmkserikota.blogspot.com

menjual cara ini

2.Peniaga dapat meluaskan pasaran kerana TV merangkumi seluruh dunia

2.Pengguna mungkin tertipu oleh program yang menyeleweng

3.Pengguna dapat membeli belah dengan menggunakan saluran yang informative, mudah, selesa dan menjimatkan

Kedai Katalog- Merupakan yang mempunyai cawangan di bandar besar- Peragaan dan hiasan setiap cawangan adalah sama- Jenis barang yang dijual ialah barang elektrik, perabot dan perkakas rumah- Mempromosikan barang jualan dengan mengedarkan catalog- Pelanggan dapat menggunakan barang selepas membuat bayaran ansuran pertama- Wang pendahuluan ( deposit ) dan penjamin tidak diperlukan- Bayaran ansuran secara mingguan atau bulanan mengikut kemampuan pembeli- Perkhidmatan penghantaran barang ke rumah disediakan- Contoh The Catalog Shop,dan Courts Mammoth- Keuntungan diperoleh daripada faedah

Kebaikan Keburukan1. Peniaga dapat meningkat jualan kerana tawaran kredit yang fleksibel

1. Kos menyediakan katalog adalah mahal

2. Peniaga memperoleh keuntungan besar daripada faedah yang dicaj

2. Kerja merekod, mengutip dan mengurus Hutang akan meningkatkan kos pentadbiran

28KAMI AKAN BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH DEMI IBUBAPA YANG DIKASIHI