Bab 8

7
8.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI DAPATAN KAJIAN Hasil daripada analisis data yang telah dilakukan, dapat dilihat dengan jelas bahawa penggunaan kaedah projek buku skrap dalam mata pelajaran sains bagi topik Kemandirian Spesies Haiwan adalah berkesan untuk meningkatkan kefahaman dan minat murid Tahun 5. Menurut Great (2013) dalam pengajaran tradisional guru mempunyai kuasa dan mengawal sepenuhnya kelas dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan yang digunakan oleh guru semasa pengajaran dan pembelajaran ini telah menyekat kreativiti murid untuk berfikir dan bertindak mengikut kebolehan dan kemampuan mereka. Justeru, masalah ini menjadikan murid-murid pasif dan kurang berminat untuk belajar. Jadi, bagi menangani masalah ini pengkaji telah menggunakan kaedah projek buku skrap sebagai rawatan kepada masalah yang dihadapi. Seramai 20 orang murid telah mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah projek buku skrap bagi topik ini telah menunjukkan perubahan sikap yang positif terhadap kefahaman dan minat mereka untuk belajar sains. Kalau dahulunya murid begitu pasif semasa sesi pengajaran dan pembelajaran sains, akan tetapi kini mereka cergas dan bersemangat untuk belajar dan mereka 1

description

tesis

Transcript of Bab 8

8.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI DAPATAN KAJIANHasil daripada analisis data yang telah dilakukan, dapat dilihat dengan jelas bahawa penggunaan kaedah projek buku skrap dalam mata pelajaran sains bagi topik Kemandirian Spesies Haiwan adalah berkesan untuk meningkatkan kefahaman dan minat murid Tahun 5. Menurut Great (2013) dalam pengajaran tradisional guru mempunyai kuasa dan mengawal sepenuhnya kelas dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan yang digunakan oleh guru semasa pengajaran dan pembelajaran ini telah menyekat kreativiti murid untuk berfikir dan bertindak mengikut kebolehan dan kemampuan mereka. Justeru, masalah ini menjadikan murid-murid pasif dan kurang berminat untuk belajar. Jadi, bagi menangani masalah ini pengkaji telah menggunakan kaedah projek buku skrap sebagai rawatan kepada masalah yang dihadapi. Seramai 20 orang murid telah mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah projek buku skrap bagi topik ini telah menunjukkan perubahan sikap yang positif terhadap kefahaman dan minat mereka untuk belajar sains. Kalau dahulunya murid begitu pasif semasa sesi pengajaran dan pembelajaran sains, akan tetapi kini mereka cergas dan bersemangat untuk belajar dan mereka begitu teruja ingin menghasilkan buku skrap. Perubahan serta peningkatan tahap kefahaman dan minat murid dapat dibuktikan melalui data-data yang telah dikumpul dan dianalisis oleh pengkaji. 37

42

Berdasarkan data yang telah dianalisis, murid-murid telah memberikan respon yang baik serta menunjukkan jumlah peratus yang amat memuaskan bagi instrumen ujian, item temu bual dan item soal selidik. Hampir kesemua murid memberi maklum balas yang amat positif terhadap setiap item yang diperhatikan. Hasil daripada dapatan kajian ini adalah amat bertepatan dengan kenyataan Phillips (2007) bahawa penghasilan buku skrap dapat merangsang murid untuk melihat sains di sekeliling mereka dan menyedari bahawa ia adalah benar-benar relevan dalam kehidupan mereka di luar sekolah . Tambah beliau, Scrapbooks dapat meningkatkan pemahaman murid dalam konsep sains dan membantu meningkatkan keinginan dan keseronokan untuk belajar. Kaedah projek buku skrap dalam sains bukan sahaja meningkatkan kefahaman murid dalam topik yang dipelajari. Malahan ianya juga membantu murid-murid meningkatkan minat dalam sains dan ianya menyediakan peluang buat murid melibatkan diri semasa proses pembelajaran secara langsung.Belajar sambil mengasah daya kreativiti murid merupakan satu kaedah yang menarik dan kreatif yang perlu diguna pakai oleh guru bagi menarik minat murid untuk mempelajari sesuatu topik pembelajaran. Aplikasi kaedah projek buku skrap dalam bilik darjah memberi keseronokkan dan pengalaman secara langsung buat murid untuk mempelajari sains. Penglibatan semasa aktiviti projek buku skrap telah membantu murid-murid meningkatkan kefahaman dan minat mereka dalam topik Kemandirian Spesies Haiwan serta subjek sains. Perkara ini dapat dibuktikan melalui dapatan temu bual yang menjelaskan bahawa murid berasa seronok dan akan membuat pembelajaran lanjutan bagi topik Kemandirian Spesies Haiwan setelah mempelajari topik ini menggunakan kaedah projek buku skrap. Hujah ini juga turut disokong oleh Condello (2015) bahawa strategi pembelajaran berasaskan projek menggabungkan keinginan pelajar untuk melaksanakan dengan keperluan mereka untuk belajar. Strategi ini menawarkan satu cara yang menghiburkan dan menarik minat murid-murid untuk belajar. Perkara ini menjelaskan bahawa projek buku skrap boleh meningkatkan motivasi murid untuk belajar sendiri tentang sesuatu subjek di samping meningkatkan minat mereka untuk terus membuat kajian dan penerokaan. Setiap murid mempunyai daya kerja, suka mengambil tahu, gemar menbina dan mencipta. Oleh itu, guru perlu memperkembangkan sifat semulajadi mereka dengan membuat perancangan pengajaran yang dapat memenuhi kehendak mereka (Najeemah, 2006). Jadi bertepatan dengan itu, kaedah projek buka skrap merupakan landasan yang tepat bagi meningkatkan kefahaman dan minat murid untuk belajar sains kerana melalui projek mini yang dijalankan oleh murid mereka akan melibatkan diri secara hands-on dan minds-on. Hal ini terbukti melalui ujian yang dijalankan oleh pengkaji terhadap murid-murid, kesemua murid menunjukkan peningkatan dalam ujian yang dijalankan. Bilangan murid yang mendapat gred E dalam ujian pra telah dihapuskan dalam ujian pasca dan juga bilangan murid yang mendapat gred A dalam ujian pasca telah meningakat kepada 4 orang berbanding ujian pra iaitu 0. Penggunaan kaedah projek buku skrap dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja mampu meningkatkan minat dan kefahaman murid terhadap mata pelajaran sains. Aplikasi kaedah ini dalam sesi pembelajaran sains bagi topik Kemandirian Spesies Haiwan juga dilihat sebagai salah satu medium untuk membentuk tingkah laku positif murid seperti amanah, bekerjasama dengan rakan-rakan, bertolak ansur dengan ahli kumpulan dan berdikari dalam membuat keputusan. Penerapan nilai murni ini dalam diri murid-murid telah dilakukan secara tidak langsung sepanjang aktiviti penghasilan buku skrap. Perkara ini turut disokong oleh Condello (2015), menurut beliau projek buku skrap bukan sahaja meningkatkan kefahaman dan minat, bahkan ianya turut berperanan dalam membentuk hubungan sosial antara kumpulan projek seperti sikap kerjasama, bertolak ansur dan tolong menolong.Kesimpulannya, penggunaan kaedah projek buku skrap dalam pengajaran dan pembelajaran sains bagi topik Kemandirian Spesies Haiwan dapat meningkatkan kefahaman dan minat murid Tahun 5. Diharapkan kajian yang telah dijalankan ini menjadi satu wadah buat para pendidik untuk menjadikan kaedah projek buku skrap sebagai satu kaedah dan teknik pembelajaran yang berkesan bagi meningkatkan kefahaman dan minat murid untuk belajar.

40