BAB 8.Hujah.banding

download BAB 8.Hujah.banding

of 12

Transcript of BAB 8.Hujah.banding

  • 8/14/2019 BAB 8.Hujah.banding

    1/12

    Bab 8: Esei Penghujahan dan Esei Perbandingan

    1

    BAB 8: ESEI PENGHUJAHAN & ESEI PERBANDINGAN

    Dalam bab ini, kita akan membincang dua jenis esei yang lazim ditulis oleh pelajar universiti,iaitu esei penghujahan dan esei perbandingan.

    Penulisan atau esei penghujahan (argumentative

    writing) membincangkan kebaikan dan keburukan

    sesuatu dan memberi kesimpulan terhadapnya. Jenis

    esei ini dianggap sebagai sukar kerana anda perlumempunyai beberapa isi dan hujahan yang berkaitan

    dengan sesuatu dan berupaya membincangkannya

    daripada pelbagi sudut. Iaitu, anda dikehendaki

    membincangkan dan menilai sesuatu. Pernyataan tesis

    bagi sesuatu esei penghujahan merupakan pernyataan

    (premis) yang orang lain mungkin bersetuju atau

    mungkin tidak bersetuju. Pernyataan tersebut juga

    disebut sebagai hujahan (argument), cadangan

    (proposal) atau premis (premise).

    Penulisan penghujahan dibina berdasarkan pernyataanyang boleh debat dan merupakan cadangan yang

    8.1 PENGENALAN

    Pada akhir bab ini, anda akan dapat:

    1. Menerangkan ciri-ciri esei penghujahan2. Menulis esei penghujahan3. Menerangkan ciri-ciri esei perbandingan4. Menulis esei perbandingan

    8.2 APAKAH ESEI PENGHUJAHAN?

    Esei Penghujahan

  • 8/14/2019 BAB 8.Hujah.banding

    2/12

    Bab 8: Esei Penghujahan dan Esei Perbandingan

    2

    mungkin orang bersetuju atau mungkin tidak bersetuju. Tujuan menulis esei penghujahan

    ialah untuk memujuk (persuade) pembaca untuk bersetuju dengan fakta, pandangan, nilai dan

    hujah anda kemukakan. Berikut ini ialah contoh-contoh pernyataan yang boleh didebat dan

    tidak boleh didebat. Pernyataan yang tidak didebat merupakan fakta yang orang tidak boleh

    dipertikaikan. Berdasarkan statistik, kita mengetahui bahawa eksport utama ialah barangan

    pembuatan dan lebih banyak ladang kelapa sawit akan dibuka di Sumatera.

    Pernyataan yang boleh didebat:

    Kedatangan pelancongan ke Malaysia membawa banyakkebaikan

    Penggunaan tenaga nukliar ialah cara baik untuk menampungpermintaan elektrik

    Pernyataan yang tidak boleh didebat:

    Eskport utama ialah barangan pembuatan elektronik danelektrik

    Lebih banyak ladang kelapa sawit akan dibuka di Sumatera

    Tandakan dalam kotak, pernyataan-pernyataan yang boleh didebat dan tidak bolehdidebat.

    a) Cukai pendapatan individu harus dikurangkanBoleh didebat

    Tidak boleh didebat

    b) Usaha harus dilakukan untuk menapis internetBoleh didebat

    Tidak boleh didebat

    c) Bilangan pekerja asing telah bertambah sejak tahun 2010.Boleh didebat

    Tidak boleh didebat

    d) Hutan khatulistiwa menjadi habit pelbagai spesies hidupan liar.Boleh didebat

    Tidak boleh didebat

  • 8/14/2019 BAB 8.Hujah.banding

    3/12

    Bab 8: Esei Penghujahan dan Esei Perbandingan

    3

    Apabila anda menulis esei penghujahan, tujuan anda ialah untuk memujuk pembaca supaya

    sependapat dengan cadangan anda. Anda berpegang kepada sesuatu pendapat berkenaansesuatu isu menulis dengan tujuan pembaca bersetuju dengan anda. Untuk meyakinkan

    pembaca, anda perlu memastikan fakta adalah betul dan tepat serta bukti-bukti yang

    dikemukakan telah disemak dengan teliti.

    Berikut ini ialah beberapa perkaran yang anda perlu memberi perhatian apabila menulis esei

    penghujahan:

    Dengan sentiasa bertanya soalan-soalan ini, anda akan menjadi lebih objektif dan tidak

    mudah terpesong dengan emosi. Anda juga perlu memahami audiens yang ditujukan supayaanda dapat menghasilkan sesuatu esei yang berjaya memujuk pembaca dengan padangan

    anda.

    Pengenalan

    Pengenalan bagi esei penghujahan sangat penting. Pengenalan memberikan pembaca

    tanggapan pertama terhadap topik. Pengenalan bagi penulisan penghujahan mempunyai

    bahagian-bahagian berikut:

    Mengenal dan menyatakan hujah atau premis dengn jelas; iaitu Pernyataan Tesis Menyatakan sebab topik tersebut penting Menyatakan perbezaan pendapat tentang topik tersebut Berikan definisi untuk istilah-istilah penting Nyatakan andaian-andaian Menghuraikan cara esei itu disusun (iaitu peta jalan)

    8.3 MEMUJUK DALAM ESEI PENGHUJAHAN

    Dapatkah saya menyokong cadangan saya dengan yakin? Apakah yang menentang hujah saya? Adakah pandangan yang menentang hujah saya munasabah? Adakah fakta yang dikemukakan cukup untuk menyokong hujah saya? Adalah saya meniliti segala bukti yang dapat menyokong cadangan saya? Adalah maklumat yang digunakan untuk menyokong hujah saya

    bolehdipercayai?

    Adakah kemungkinan maklumat itu berat sebelah?

    8.4 GARIS PANDUAN

  • 8/14/2019 BAB 8.Hujah.banding

    4/12

    Bab 8: Esei Penghujahan dan Esei Perbandingan

    4

    Badan atau Isi

    Bina beberapa hujah-hujah kecil (Ayat topik) yangberkaitan dengan Pernyataan Tesis

    Menyokong setiap hujah kecil dengan bukti empirikal fakta, data, statistik, contoh, pemerhatian dan

    sebagainya. Nyatakan kesahan dan kebolehpercayaan bukti yang

    dikemukakan

    Pastikan anda memberi penghargaan kepada setiapsumber yang digunakan sebagai bukti

    Teka pandangan yang mungkin bertentangan denganhujah anda

    Terangkan dengan jelas pandangan yang bertentanganKesimpulan

    Ulang secara ringkas hujah-hujah kecil untuk mengingati pembaca

    Rumusan kesemua idea atau isi yang diperkatakan Meyakinkan pembaca yang esei anda meliputi semua hujahan yang penting tentang

    isu yang dikemukakan dan menyatakan yang premis utama anda merupakan posisi

    terbaik dalam isu tersebut

    Gunakan kesimpulan supaya pembaca dan memberikan tanggapan akhir Elakkan mengemukakan hujahan baru

    Terdapat DUAformat penulisan esei penghujahan seperti berikut:

    A)Pola Blok

    Pengenalan

    Pernyataan tesis Penerangan tentang isu

    Badan / Isi Blok 1

    A) Rumusan hujah pembangkangB) Bantahan kepada hujah pertama oleh pembangkangC) Bantahan kepada hujah kedua oleh pembangkangD) Bantahan kepada hujah ketiga oleh pembangkang

    Blok 2A) Hujah pertama andaB) Hujah kedua andaC) Hujah ketiga anda

    Kesimpulan

    8.5 FORMAT PENYUSUNAN ESEI PENGHUJAHAN

  • 8/14/2019 BAB 8.Hujah.banding

    5/12

    Bab 8: Esei Penghujahan dan Esei Perbandingan

    5

    B)Pola Poin-demi-Poin

    Pengenalan

    Pernyataan tesis Penerangan tentang isu Rumusan hujah-hujah pembangkang

    Badan / Isi

    A) Pernyataan hujah pertama pembangkang dan bantahan andaB) Pernyataan hujah kedua pembangkang dan bantahan anda

    C) Pernyataan hujah ketiga pembangkang dan bantahan andaD) Membantah hujah ketiga oleh pembangkang

    KesimpulanRumusan idea, hujah dan pandangan anda.

    Esei penghujahan ialah sejenis penulisan yang mengemukakan maklumat berkenaan sesuatu

    isu dan membekalkan pembaca dengan hujah menyokong dan hujah yang menentang isu.

    Tujuan esei penghujahan ialah untuk memujuk pembaca untuk menerima hujah yangdibentangkan dan mempercayai kesahan dan kebolehpercayaan bukti yang dikemukakan.

    Berikut ialah beberapa jenis bukti:

    8.6 BUKTI UNTUK MENYOKONG HUJAH ANDA

    FAKTA:

    Fakta ialah pernyataan berkenaan sesuatu. Fakta perlu diberi keutamaan

    dan bukan emosi. Sumber fakta hendaklah jelas kepada pembaca. Anda

    boleh memperolehi fakta daripada jurnal, buku, laporan, ensaiklopedia

    dan sebagainya.

    MERUJUK KEPADA PIHAK BERKUASA:

    Pihak berkuasa ialah seorang pakar, iaitu individu yang memberi

    maklumat yang tidak bias atau berat sebelah. Contohnya, jika anda ingin

    menunjukkan bahawa penyakit diabetes tidak diambil berat oleh ramai

    orang; anda mungkin berbincang dengan pihak hospital seperti doktor,

    jururawat dan lain-lain. Anda juga boleh merujuk kepada penerbitan

    oleh Kementerian Kesihatan yang memberi pandangan yang

    bolehdipercayai.

  • 8/14/2019 BAB 8.Hujah.banding

    6/12

    Bab 8: Esei Penghujahan dan Esei Perbandingan

    6

    CONTOH:

    Contoh adalah penting untuk menyokong hujah atau cadangan anda

    tetapi ia hendaklah berkait rapat dengan premis anda. Elak daripadacontoh-contoh yang tidak menyokong hujah anda. Misalnya, kerana

    satu kejadian perompakan di kawasan perumahan anda tidaklah

    mencukupi untuk mencadangkan bahawa pihak polis tidak menjalankan

    tugas mereka.

    MERAMALKAN KESAN:

    Satu cara untuk menyokong hujah atau cadangan anda ialah denganmembuat ramalan tentang apa mungkin terjadi atau apa mungkin tidak

    akan jadi. Contohnya, cadangan anda ialah semua pelajar harus diberi

    pendidikan universiti percuma. Anda mungkin menyokong hujah anda

    dengan mengatakan bahawa jika pelajar miskin tidak diberi peluang

    melanjutkan pelajaran, negara akan menghadapi kerugian bakat.

    MENJAWAB PEMBANGKANG:

    Jangan menyerang individu tetapi isu yang dikemukakan.

    Baca dengan teliti silogisme-silogisme berikut dan nyatakan ia logikatau tak

    logik.

    1. Orang yang menipu adalah pandaiZak menipu

    Zak adalah pandai

    2. Semua pemain bola kuatZainal kuat

    Zainal seorang pemain bola

  • 8/14/2019 BAB 8.Hujah.banding

    7/12

    Bab 8: Esei Penghujahan dan Esei Perbandingan

    7

    Walau pun perbandingan merupakan suatuaktiviti yang mudah, ramai pelajar menghadapi

    kesukaran membuat perbandingan. Terdapat

    sesetengah pelajar yang akan bertanya sama ada

    perbandingan itu hanya melibatkanmembincang

    tentang persamaan sahaja atau juga melibatkan

    membincang tentang perbezaan. Apakah jawapan

    anda?

    Apakah Esei Perbandingan?Esei perbandingan memerlukan anda membanding

    sekurang-kurangnya dua item yang mungkinmerupakan:

    PeristiwaPerang Dunia Pertama & PerangDunia Kedua

    Objek Kereta Toyota, Kereta Honda danKereta Nisaan

    DataJumlah Eksport Malaysia dengan Jumlah Eksport Indonesia PendekatanPentaksiran Formatif dan Pentaksiran Sumatif OrangTengku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak

    8.7 ESEI PERBANDINGAN

    Esei Perbandingan

    Baca dengan teliti silogisme-silogisme berikut dan nyatakan sama ada ia logik

    atautak logik

    .

    3. Sesetengah guru tinggi orangnyaSwee Kim ialah seorang guru

    Swee Kim tinggi orangnya

    4. Semua angkasawan terdiri daripada lelakiGeorge ialah seorang lelaki

    George mungkin seorang angkasawan

  • 8/14/2019 BAB 8.Hujah.banding

    8/12

    Bab 8: Esei Penghujahan dan Esei Perbandingan

    8

    PENTING: Walau pun soalan tugasan

    untuk mengatakan banding, anda

    dikendaki mengambil kira persamaan dan

    perbezaan. Contohnya, jika anda

    membanding kelazatan buah epal dengan

    kelazatan buah oren, anda dikehendakimenunjukkan ciri-ciri persamaan serta

    ciri-ciri perbezaan di antara kedua-dua

    jenis buah-buahan berkenaan.

    Langkah 1: Analisis

    Jalankan penyelidikan untuk memastikan yang memahami dengan mendalam perkara-perkara yang hendak dibandingkan.

    Langkah 2: Pengenalan

    Kriteria ditakrifkan sebagai standard, prinsip atau ukuran yang membolehkanpengadilan atau menghakiman dibuat ke atas sesuatu objek, peristiwa, teori,

    pendekatan, pendapat, konsep dan sebagainya.

    Sekiranya soalan atau tugasan tidak mengatakan kriteria perbandingan, andadikehendaki mewujudkan kriteria perbandingan. Contohnya, anda dikehendaki

    membanding Bandar X dengan Bandar Y. Anda mungkin meletakkan kemudahan

    pengangkutan atau kos kehidupansebagai kriteria perbandingan.

    Nyatakan kriteria yang anda gunakan Juga nyatakan perkara-perkara yang anda membincangkan dan perkara-perkara yang

    anda tidak akan membicangan dalam esei. Sekiranya anda telah memilih tiga kriteria

    untuk membincang persamaan dan perbezaan di antara X dan Y, sila nyatakan dalamperenggan Pengenalan.

    Langkah 3: Urutan Perenggan Badan / Isi Esei

    Anda dikehendaki membanding kereta Mazda dengan kereta Honda. Anda telah memilih tiga

    kriteria perbandingan seperti berikut dan membina matriks perbandingan seperti beriikut:

    8.8 LANGKAH-LANGKAH PENULISAN ESEI PERBANDINGAN

  • 8/14/2019 BAB 8.Hujah.banding

    9/12

    Bab 8: Esei Penghujahan dan Esei Perbandingan

    9

    MAZDA HONDA

    Anda boleh memilih di antara TIGA kaedah menyusuan perenggan-perenggan badan atau isi.

    i) Kaedah Blok

    Perenggan 1: Rupa kereta Mazda

    Perenggan 2: Kuasa engin kereta Mazda

    Perenggan 3: Ciri Keselematan kereta Mazda

    Perenggan 4: Rupa kereta Honda

    Perenggan 5: Kuasa engin kereta Honda

    Perenggan 6: Ciri Keselematan kereta Honda

    Perenggan-perengan awal ditumpukan kepada membincang satu jenis kereta daripada

    ketiga-tiga sudut atau kriteria. Perenggan-perenggan kemudian ditumpukan kepada

    membincang jenis kereta yang lagi satu, juga daripada ketiga-tiga sudut atau kriteria.

    Kelemahan: Ada bahayanya pebandingan anda mungkin berat sebelah atau sukardiikuti oleh pembaca. Pembaca anda mungkin tidak akan nampak perbezaan dengan

    jelas persamaan dan perbezaan di antara kedua-dua kereta dan sukar bagi pembaca

    membuat keputusan.

    Cadangan: Adalah dicadangkan bahawa kaedah blok di gunakan untuk esei-esei

    pendek dan perbandingan yang tidak begitu kompleks.

    ii) Kaedah Perenggan Selang-Seli

    Perenggan 1: Rupa kereta MazdaPerenggan 2: Rupa kereta Honda

    Kriteria Mazda Honda

    Rupa

    Kuasa engin

    Ciri keselamatan

  • 8/14/2019 BAB 8.Hujah.banding

    10/12

    Bab 8: Esei Penghujahan dan Esei Perbandingan

    10

    Perenggan 3: Ciri Keselematan kereta Mazda

    Perenggan 4: Ciri Keselamatan kereta Honda

    Perenggan 5: Kuasa engin kereta Mazda

    Perenggan 6: Kuasa engin kereta Honda

    Perenggan pertama akan membincangkan satu kriteria kereta Mazda dan perenggan

    kedua membincangkan kriteria sama dengan merujuk kepada kereta Honda.

    Perenggan ketiga membincangkan kriteria keselamatan kereta Mazda dan perenggan

    keempat pula bertumpu kepada kriteria yang sama tetapi dengan merujuk kepada

    kereta Honda dan seterusnya. Pastikan anda merujuk kepada perkara yang

    dibincangkan dengan urutan yang sama.

    Kelebihan: Struktur ini membolehkan anda membincang poin-poin dengan lebih

    terperinci. Ia juga memudahkan pembaca memahami kerana anda bertumpukanperbincangan kepada satu kriteria sahaja setiap kali anda membuat perbandingan.

    Cadangan: Adalah dicadangkan kaedah perenggan selang-seli digunakan untu esei

    yang memerlukan anda membicang sesuatu dengan mendalam dan terperinci.

    iii) Kaedah Perenggan Bercampur

    Perenggan 1: Kuasa engin kereta Mazda / Kuasa engin kereta Honda

    Perenggan 2: Rupa kereta Mazda / Rupa kereta Honda

    Perenggan 3: Ciri Keselematan kereta Mazda / Ciri Keselamatan kereta Honda

    Perenggan pertama akan membanding serentak kereta Mazda dan kereta Honda

    berdasarkan satu kriteria. Perenggan kedua juga akan membanding kedua-dua jenis

    kereta berdasarkan lagi satu kriteria dan seterusnya. Pastikan anda merujuk kepada

    perkara yang dibincangkan dengan urutan yang sama.

    Kelebihan: Struktur ini sentiasa menyedarkan pembaca dan penulis tentang

    perbandingan yang dilakukan.

    Cadangan:Adalah dicadangkan bahwas kaedah perenggan bercampuran digunakan

    untu esei yang panjang atau kompleks dimana pembaca dan penulis sentiasa

    diingatkan tentang apa yang dibandingkan.

  • 8/14/2019 BAB 8.Hujah.banding

    11/12

    Bab 8: Esei Penghujahan dan Esei Perbandingan

    11

    Langkah 4: Kesimpulan

    Diakhir esei, pembaca hendakah merasai dia telah membelajar sesuatu Mula dengan mengulang poin-poin utama secara ringkas yang telah dibincangkan

    dalam badan atau isi

    Pastikan anda membuat kesimpulan berdasarkan data yang dikemukakan dan bukanberasaskan perasaan atau kecenderungan anda.

    Kerap kali dalam esei perbandingan adalah sukar untuk membuat kesimpulan keranaorang mempunyai pandangan dan nilai yang berlainan. Kesimpulan anda mungking

    berbunyi seperti berikut: Walau pun rupa kereta Mazda lebih menarik and

    mempunyai kuasa engin yang lebih tinggi, kereta Honda memiliki ciri-ciri

    keselamatan berlebihan dan sesuai sebagai kenderaan untuk seisi keluarga.

    PERHATIAN:

    Apabila menulis esei perbandingan, pastikan perbandangan itu adalah seimbang dan tidak

    berat sebelah. Tumpuan diberi kepada satu objek, peristiwa atau individu dan mengabaikan

    objek, peristiwa atau individu yang lain. Contohnya, anda menumpukan kepada

    membincangkan kebaikan kereta Mazda dan mengabaikan membincangkan tentang kebaikan

    kereta Honda.

    PENANDA WACANA:

    Berikut ini ialah contoh penanda wacana yang lazim digunakan dalam esei perbandingan:

    Sebaliknya............... Berbandingan dengan ................... Walau pun ....................... Seperti juga .............................. Serupa dengan ................................ Sesuai dengan .................................... Sama juga dengan ................................. Berbeza dengan ..................................... Bertentangan dengan ...................................

  • 8/14/2019 BAB 8.Hujah.banding

    12/12

    Bab 8: Esei Penghujahan dan Esei Perbandingan

    12

    Penulisan atau esei penghujahan (argumentative writing) membincangkan kebaikandan keburukan sesuatu dan memberi kesimpulan terhadapnya.

    Penulisan penghujahan dibina berdasarkan pernyataan yang boleh debat danmerupakan cadangan yang mungkin orang bersetuju atau mungkin tidak bersetuju.

    Apabila anda menulis esei penghujahan, tujuan anda ialah untuk memujuk pembacasupaya sependapat dengan cadangan anda.

    Apabila menulis esei perbandingan, pastikan perbandangan itu adalah seimbang dantidak berat sebelah.

    Walau pun soalan tugasan untuk mengatakan banding, anda dikendaki mengambilkira persamaan dan perbezaan.

    Anda boleh memilih di antara TIGA kaedah menyusuan perenggan-perenggan badanatau isi.

    Byleen, E., Reid, J. M. & Byrd, P. (1998). Looking ahead: Developing skills foracademic 2. writing. Heinle & Heinle Publishers.

    Folse, K. S., Muchmore-Vokoun, A., & Solomon, E. V. (1999). Great essays: An5. introduction to writing essays. Boston & New York: Houghton Mifflin.

    Hartmann, P. and Blass, L. (1999). Quest 1: Reading and writing in the academicworld. 6. McGraw Hill.

    Hogue, A. and Oshima, A. (2006). Introduction to academic writing. PearsonEducation.7.

    Hollowell, I.M., Levernier, J. A., & Parks, A. F. (1986). Structuring paragraphs: Aguide 8. to effective writing. 2nd ed. New York: St. Martins

    .