BAB 8 - ISLAM DAN HUBUNGAN ETNIK.pdf
Transcript of BAB 8 - ISLAM DAN HUBUNGAN ETNIK.pdf
-
ISLAM DAN HUBUNGAN ETNIK
SAS / CTU 555 BAB 8 1
-
KANDUNGAN
-
ISLAM DAN KEHARMONIAN HUBUNGAN ETNIK
Islam menekankan keamanan untuk diri sendiri mahupun sesama umat Islam. Ini bersandarkan kepada firman Allah SWT:
Islam menerima kepelbagaian bangsa dan pluralisme masyarakat bersandarkan firman Allah SWT:
3SAS / CTU 555 BAB 8
-
ISLAM DAN KEHARMONIAN HUBUNGAN ETNIK
Dalam Islam, soal perbezaan bukan menjadi halangan untuk manusia berbaik-baik, bekerjasama dan saling membantu antara satu dengan yang lain.
Penghormatan kepada penganut agama lain telah ditunjukkan oleh NabiMuhammad SAW semasa hayat baginda dan pendekatan tersebut merupakanajaran penting dalam agama Islam.
Islam melihat kepelbagaian etnik dengan pandangan yang positif untuk berkenal-kenalan dan bantu-membantu dalam perkara kebaikan.
Ini bersandarkan perisitiwa bila Nabi Muhammad SAW menegur Abu Zarr yangmenggelar Bilal dengan menjelaskan tiada keistimewaan seseorang yang berkulitputih dengan seorang yang berkulit hitam kecuali ketakwaannya.
SAS / CTU 555 BAB 8 4
-
ASAS-ASAS HUBUNGAN ETNIK DALAM KONTEKS
AGAMA
SAS / CTU 555 BAB 8 5
-
ASAS-ASAS HUBUNGAN ETNIK DALAM ISLAM
Berkenal-kenalan (al-Taaruf)
Faham-memahami (al-Tafahum)
Bekerjasama (al-Taawun)
Persaudaraan (al-Ukhuwwah)
Berkasih sayang (al-Mahabbah)
Jamin menjamin (al- Tadhamun)
SAS / CTU 555 BAB 8 6
-
BERKENAL-KENALAN/ AL-TAARUF
Al-Taaruf : berkenalansecara mendalam yang
boleh menimbulkan kasihsayang.
Manusia dijadikan parasrupa dan warna kulit yang berlainan supaya mereka
berbaik antara satudengan lain agar mereka
dapat hidup bersamadalam keadaan aman dan
sejahtera, bukan untukbermusuh-musuhan.
Bermusuhan antara satudengan lain tidak akan
mendatangkankeuntungan kepadamana-mana pihak.
Taaruf merealisasikan pengabdian kepada Allah
supaya mengenali keturunan masing-masing.
7SAS / CTU 555 BAB 8
-
FAHAM MEMAHAMI/ AL-TAFAHUM
Al-Tafahum : suatu tindakan hasil daripada sama-sama faham, sama-sama beramal iaitu sama-sama menjalankan perintah Allah, tunduk kepada
kebenaran, muhasabah diri, muhasabah sama-sama jamaah dan disusuli dengan nasihat menasihati di antara saudara.
Memahami dan menghormati konsep agama masing-masing.
Masyarakat pelbagai etnik amat perlu mengamalkan asas ini supaya tidak wujud prasangka perkauman yang boleh membawa kepada perasaan tidak puas hati dan
permusuhan.
SAS / CTU 555 BAB 8 8
-
SALING BEKERJASAMA/ AL-TAAWUN
Al-Taawun ertinya ialah tolong-menolong atau saling membantu.
Bekerjasama bukan hanya di kalangan sesama agama tetapi melampaui batas sempadan agama dalam bentuk sumbangan
tenaga, harta dan masa.
Perkongsian ilmu dan kerjasama dalam penukaran segala bidang ilmu pengetahuan antara manusia yang berbeza keturunan dan
bangsa dapat mewujudkan kemajuan masyarakat sejagat
9SAS / CTU 555 BAB 8
-
PERSAUDARAAN/ UKHUWAH
Menurut Kamus Dewan, persaudaraan bermaksud perhubungan seperti
bersaudara atau pertalian yang rapat.
Pendekatan Islam menganjurkan persaudaraan atas dasar beriman dan
bertaqwa. Ukhuwah (persaudaraan) dalam Islam meliputi seluruh golongan
masyarakat.
Manusia seharusnya hidup dalam masyarakat yang saling mencintai dan saling menolong, sehingga timbulnya
kekuatan persaudaraan. Antara mereka saling memperkuat, sehingga benar-benar
terasa bahawa kekuatan saudaranya adalah kekuatannya dan kelemahan saudaranya adalah kelemahannya.
Harta, kedudukan, nasab atau status sosial atau apa pun tidak boleh dijadikan sebagai satu kayu ukur sombongnya manusia atas
sebahagian yang lain. Ini disebabkan hubungan atas dasar iman dan takwa lebih
bernilai daripada hubungan yang berdasarkan kebendaan, pertalian darah,
kesukuan atau yang lebih bersifat keduniaan.
SAS / CTU 555 BAB 8 10
-
BERKASIH SAYANG/ AL-MAHABBAH
Berkasih sayang merupakan salah satu sifat kemanusiaan yang sewajarnya disemai dan dipupuk dalam sanubari setiap anggota
masyarakat.
Sifat kasih sayang mampu mengikat hubungan kemesraan di kalangan masyarakat pelbagai etnik. Apabila hati dengan hati bertaut erat, hilanglah sifat bermusuhan, benci membenci dan
dengki mendengki antara satu sama lain.
Tahap mahabbah yang paling rendah adalah bersihnya hati dari perasaan yang negatif seperti perasaan hasad, membenci, dengki dan apa-apa yang menyebabkan permusuhan dan pertengkaran.
11SAS / CTU 555 BAB 8
-
JAMIN MENJAMIN/ AL-TADHAMUN
Dilaksanakan melalui pemberian nafkah keluarga, zakat, sedekah, wakaf dan kerjasama yang erat dalam mayarakat
Jamin-menjamin melalui 3 peringkat: individu, keluarga dan masyarakat.
Individu: Menjadi warganegara yang baik
Keluarga: Menjaga hubungan baik dengan ibu, bapa dan
keluarga
Masyarakat: Menjaga hubungan yang baik dengan masyarakat pelbagai etnik
Al-Tadhamun
Saling jamin menjamin sesama Islam dari segi akhlak dan akidah iaitu maruah sesama agama Islam bagi mewujudkan tamadun yang kuat untuk menjadi contoh kepada agama lain
12SAS / CTU 555 BAB 8
-
MAQASID SYARIAH
MEMELIHARA AGAMA
MEMELIHARA AKAL
MEMELIHARA NYAWA
MEMELIHARA HARTA
MEMELIHARA KETURUNAN
SAS / CTU 555 BAB 8 13
-
MAQASID SYARIAH
Syariah Islam didatangkan oleh Allah s.w.t. untuk menjamin kebaikan serta menghindarkan kemudharatan kepada semua manusia tanpa mengira etnik.
Islam datang untuk membebaskan minda manusia daripadabelenggu kemunafikan dan kesyirikan. Islam mengajakmanusia beriman kepada Tuhan yang Esa iaitu Allah s.w.t. danperkara-perkara yang berkaitan serta menjauhi anasir-anasirsyirik dengan menjelaskan pelbagai panduan untukmelaksanakan ketaatan kepada Allah s.w.t.
Memelihara Agama
Syariah Islam juga datang untuk menjamin keselamatan nyawadan anggota tubuh badan manusia. Dalam konteks hubunganetnik, Islam mewajibkan individu menjaga keselamatan diri danpada masa yang sama melarang keras perbuatan yang bolehmengancam keselamatan nyawa diri sendiri atau orang lain
Menjamin Keselamatan Nyawa
14
SAS / CTU 555 BAB 8
-
MAQASID SYARIAH
Keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t. kepadamanusia ialah akal. Melalui keistimewaan inilah manusiadiberikan status sebagai khalifah untuk memakmurkan bumi.Bersesuaian dengan tujuan ini, syariah Islam telahmenegaskan mengenai kepentingan untuk menuntut danmenguasai ilmu pengetahuan.
Memelihara Kemurnian Fikiran
Kemuliaan dan keperibadian seseorang amat penting dalamkehidupan setiap individu. la berkait rapat dengankehormatan dan maruah diri. Malah Islam sendiri dibina diatas akhlak yang mulia.
Menjamin Kehormatan Dan Maruah Diri
Syariah Islam telah menggariskan peraturan, hukum danundang- undangnya yang tersendiri dalam soal kehartaan.Syariah Islam menegaskan mengenai kepentingan untukmencari kekayaan daripada nikmat dan anugerah Allah s.w.t.
Menjamin Pemilikan Dan Penguasaan Harta
15SAS / CTU 555 BAB 8
-
PRINSIP ISLAM BERKAITAN DENGAN NILAI KEMANUSIAAN
Al-Ilm
(Berilmu)
Al-Syura (Permesyuaratan)
Al- Adalah
(Keadilan)
Al-Hurriyyah
(Kebebasan)
Al-Musawah(Kesamarataan)
Al-Masuliyyah(Bertanggungjawab)
SAS / CTU 555 BAB 8 16
-
BERILMU / AL-ILM
Mencari ilmu itu adalah wajibbagi setiap orang Islam.
Sesungguhnya Islam adalahilmu, dan Al-Quran adalahkitab Ilmu.
Dengan adanya ilmusesebuah masyarakat itutegak dan bersatupadu antarailmu pengetahuan dankeimanan.
17SAS / CTU 555 BAB 8
-
PERMESYUARATAN/ AL-SYURA
Syura membawa maksud bahawa
seseorang itu tidak menyendiri
pendapatnya dalam persoalan atau
permasalahan yang memerlukan pendapat
orang lain.
Musyawarah dapatmembuka segala pintukesulitan dan memberi
kesempatan untukmelihat penyelesaiandalam pelbagai sudut.
Kebaikanbermusyawarah adalah
manusia akanmendapat lebih ilmu
pengetahuan daripebincangan selain
idea sendiri.
Islam mengalakkanaktiviti
bermusyawarah dalam kehidupan individu,
berkeluarga dan negara.
18SAS / CTU 555 BAB 8
-
PERMESYUARATAN/ AL-SYURA
SYURA DALAM KEHIDUPAN INDIVIDU
Istikharah kepada Allah. Musyawarah dengan orang
yang dapat dipercayaipendapatnya, pengalaman, nasihat dan keikhlasannya.
SYURA DALAM KEHIDUPAN BERKELUARGA
Wajib bagi suami isteri untuksaling memahami dan salingbermusyawarah dalam halyang membawa kepentinganbersama
Saling meredhai.
SYURA DALAM KEHIDUPAN BERMASYARAKAT DAN
BERNEGARA
Al Qur'an dijadikan asassebagai penyelesaian danmusyawarah.
19SAS / CTU 555 BAB 8
-
KEADILAN/ AL-ADALAH
Al-adalah bermaksud keadilan.
SOSIAL
1. Semua etnik bebasuntuk menganut agamadan kepercayaan masing-masing
2. Bebas untuk melakukankegiatan ekonomi
PEMERINTAHAN
1. Orang bukan Islam yangbermastautin di NegaraIslam wajib dipeliharadarah dan hartanya
2. Harta kekayaan negarajuga wajib dibahagikankepada semua rakyat tidakkira muslim atau tidak .
UNDANG-UNDANG
Membela nasib merekayang kurang upaya sptyatim piatu, ibu tunggaldan golongan miskin.
20SAS / CTU 555 BAB 8
-
KEBEBASAN/ AL-HURRIYYAH
Kebebasan secara amnya menekankan kebolehan seseorangindividu untuk bertindak mengikut kehendaknya sendiri.
Ia merangkumi kebebasan beragama, kebebasan berfikir, kebebasan politik, kebebasansivil dan semua kebebasan hakiki.
Kebebasan adalah nilai kemanusiaan yang diberi perhatian dalamIslam.
Islam tidak menerima tindakan memaksa seseorang menganut agama tanpa kerelaanindividu tersebut.
Kebebasan beragama bermaksud kebebasan beriktikad dankebebasan melakukan ibadat.
SAS / CTU 555 BAB 8 21
-
KESAMARATAAN/ AL-MUSAWAH
Kesamarataan manusia adalah berlandaskan konsep kesejagatan
Islam.
Islam mengajar semua manusia adalah sama dan setaraf dari sudut pandangan
Allah dan faktor yang membezakan mereka adalah ketakwaan di sisi Allah.
Kepelbagaian bangsa, bahasa dan warna kulit tidak menjejaskan taraf
kemanusiaan seseorang dari perspektif Islam.
SAS / CTU 555 BAB 8 22
-
BERTANGGUNGJAWAB/ AL-MASULIYYAH
Allah s.w.t. menganugerahkan kepada manusia akal dan ilmu yang
membolehkan mereka melaksanakan tugas dan tanggungjawab
pengimarahan bumi.
Rasulullah s.a.w. menjelaskan kepada kita di dalam hadisnya unsur-unsur
penting bagi tanggung jawab manusia di dunia, iaitu: masa, kerja, harta dan
ilmu.
Tanggung jawab itu akan dipersoalkan di hadapan Allah s.w.t. pada hari
kiamat kelak.
23SAS / CTU 555 BAB 8
-
APLIKASI HUBUNGAN ETNIK DALAM KEHIDUPAN
MASYARAKAT MALAYSIA
SAS / CTU 555 BAB 8 24
-
APLIKASI HUBUNGAN ETNIK DALAM KEHIDUPAN MASYARAKAT MALAYSIA
Penggunaan bahasa yang baik dan bersopan santun menjadi asas dalammenghasilkan komunikasi yang baik dan berkesan serta mengelakkan sikapsombong dan memandang rendah.
Kemesraan Komunikasi
Amalan ziarah-menziarahi memberi banyak kebaikan terutamanya dalammenghubungkan dan merapatkan hubungan silaturahim.
Islam sangat menggalakkan umatnya untuk memperbaiki hubungansilaturrahim dan persaudaraan.
Budaya Ziarah Menziarah
Bersifat prihatin dan mengambil berat terhadap keadaan yang berlaku disekeliling hidup kita.
Setiap etnik yang bersikap mengambil berat boleh menangani masalahjenayah yang berlaku.
Mengambil berat
SAS / CTU 555 BAB 8 25
-
APLIKASI HUBUNGAN ETNIK DALAM KEHIDUPAN MASYARAKAT MALAYSIA
Hormat menghormati antara satu sama lain walaupun berlainan pegangan agama, budaya dan pandangan.
Hormat- menghormati
Menghormati serta berinteraksi dengan baik kepada jiran tetangga serta masyarakat di sekeliling.
Menghormati jiran
Bermesyuarat dan mengambil kira pandangan semua pihak sebelum membuat sesuatu keputusan berkaitan kehidupan masyarakat.
Bersama dalam membuat keputusan
SAS / CTU 555 BAB 8 26
-
KEJIRANAN DAN HUBUNGAN ETNIK
KONSEP JIRAN :
Menurut Kamus Dewan:
Orang yang tinggal berhampiran dengan rumah sendiri yang dikenali sebagai orang sebelah atau tetangga.
Menurut Islam:
Orang yang ada hubungan dengan anda dalam sesuatu kawasan, tinggal berdekatan, iaitu bilangan rumah sebanyak 40 rumah dari penjuru timur, barat, utara dan selatan di sekeliling
rumah anda.
27SAS / CTU 555 BAB 8
-
PEMANGKIN SEMANGAT KEJIRANAN
Seseorang itu berasa megah dan sayang kepada kawasan atau tempattinggal.
Kenal-mengenal, kerap bertemu dan saling tolong-menolong antara jirantetangga.
Penduduk menganggap mereka sebagai satu masyarakat. Penduduk bertanggungjawab terhadap keharmonian dan keamanan dalam
kawasan sejiran mereka.
Penduduk bermuafakat untuk menjalankan satu-satu tindakan bagi faedahbersama.
Mengikut Jabatan Perpaduan Negara dan IntegrasiNasional, semangat kejiranan boleh dipupuk disebabkanunsur-unsur seperti berikut:
SAS / CTU 555 BAB 8 28
-
HUBUNGAN SOSIAL
Hubungan sosial dalam kehidupan kini banyak terjalin melalui berikut:
Hubungan menerusi tempat kerja
Hubungan menerusi institusi
Hubungan menerusi adat istiadat
Hubungan menerusi aktiviti politik
Hubungan menerusi aktiviti kebajikan
Hubungan menerusi aktiviti sosial
Hubungan menerusi aktiviti rekreasi
29SAS / CTU 555 BAB 8
-
PENGUKUHAN
Bincangkan ENAM (6) daripada prinsip kemanusiaan Islam yang menjadi lambang ke arahkesatuan warga negara.
Huraikan TIGA (3) asas hubungan sosial dalam masyarakat pelbagai etnik menurutperspektif Islam
Bincangkan TIGA (3) kepentingan perlunya hubungan kerjasama yang baik antara pelbagaietnik menurut perspektif Islam.
Nyatakan EMPAT (4) prinsip Islam berhubung dengan nilai-nilai kemanusiaan sebagaipenghubung kepelbagaian etnik
Bincangkan TIGA (3) asas hubungan sosial yang direalisasikan di Malaysia menurutperspektif Islam
Huraikan TIGA (3) matlamat hubungan etnik menurut Islam
30SAS / CTU 555 BAB 8
-
PENGUKUHAN
Huraikan EMPAT (4) prinsip Islam yang menekankan toleransi hubungan etnik di Malaysia
Bincangkan TIGA (3) aplikasi hubungan sosial Islam dalam konteks hubungan etnik diMalaysia.
Huraikan EMPAT (4) tujuan Syariah (maqasid al-syariah) dalam kerangka perundanganIslam yang mampu memberi perlindungan kepada hak-hak asasi sebagai rakyat dalam
konteks masyarakat majmuk.
Jelaskan TIGA (3) nilai universal yang perlu difahami dan dihayati oleh semua rakyatMalaysia bagi memperkukuhkan perpaduan.
Huraikan EMPAT (4) bentuk aplikasi hubungan sosial menurut Islam dalam kontekshubungan etnik di Malaysia.
31SAS / CTU 555 BAB 8