Bab 8 Kontrak Musawwamah

27
Kontrak musawwamah

description

 

Transcript of Bab 8 Kontrak Musawwamah

Page 1: Bab 8   Kontrak Musawwamah

Kontrak musawwamah

Page 2: Bab 8   Kontrak Musawwamah

KONTRAK MUSAWAMAHMusawamah = boleh dirundingkan/tawar-menawarkebanyakan kontrak yang terdapat dipasaran jual-beli biasa (al-Bai’), jualan secara rundingan, tender,

lelongan, sewaan dan pajakan, jualan kredit, jualan tempahan, jualan kontrak berkala, pesanan belian dengan bayaran awal, upah perkhidmatan jaminan, simpanan, wakil, serta perniagaan perkongsian dan persyarikatan. DLL

Page 3: Bab 8   Kontrak Musawwamah

JENIS-JENIS KONT.MUSAWAMAH1. Kaedah Jual Beli2. Bay’ Bithaman Ajil

kaedah “jualan harga tangguh” dimana penetapan harga perlu dirundingkan mengikut tempoh bayaran balik.

urusniaga jualan kredit jangka panjang seperti kenderaan, perumahan dan lain-lain aset tetap.

Page 4: Bab 8   Kontrak Musawwamah

…Jenis-muasawamah3. Jual Salam

Bai’ salam yang dikenali juga sebagai bai’ salaf adalah jual beli yang dilakukan dengan bayaran harga secara tunai (terdahulu) manakala penyerahan barang ditangguhkan di suatu masa akan datang.

Misalnya, seseorang hendak membeli sebuah motosikal tertentu dan penjual sanggup membekalkannya sebulan lagi.

Rukun Jual Salam :1.       Musallam (Pembeli/pemesan)2.       Musallam Alaih (Penjual/penerima pesanan)3.       Musallam Fih (Barang)4.       Ra’sul Mal (Harga/tunai)5.       Sighah Ijab Qabul dengan perkataan Salam

Page 5: Bab 8   Kontrak Musawwamah

4. Bai’ Al-I’nahmemenuhi hajat pelanggan bagi mendapatkan wang tunai. pelanggan membeli barangan secara hutang dan kemudian

menjual barang yang sama pada harga tunai Al-I’nah bermaksud wang. Dalam jual beli ini, pelanggan akan

membeli sesuatu barang dengan cara bayaran harga tangguh (ia itu secara hutang).

Namun sejurus selepas akad belian ini, pelanggan akan menjual kembali barangan tadi kepada penjual asal tetapi dengan harga tunai. Dalam akad kedua ini, penjual asal akan memberi wang tunai kepada pelanggan.

Page 6: Bab 8   Kontrak Musawwamah

Beli dr bank harga Tangguh RM2500

Jual kpd bank tunai RM 2000

- RM 2500+ RM 2000

Bank /penjual asalPelanggan

1

2

Page 7: Bab 8   Kontrak Musawwamah

HUKUM BAI’ INAH Hukum jual beli Al-I’nah diharuskan dalam mazhab Syafii’,

Zhahiri, Imam Abu Yusuf dan Imam Muhammad dari Mazhab Hanafi kerana rukun-rukun jual beli dalam kedua-dua akad Bai’ Al-I’nah adalah mencukupi.

Page 8: Bab 8   Kontrak Musawwamah

5. Bai’ Al-Wafa’

Bai’ Al-Wafa’ (Jual dan Janji) adalah kaedah jual beli yang memerlukan barangan disediakan oleh pelanggan untuk diakad jual beli.

Melalui kaedah ini, pelanggan akan menjual barangan miliknya kepada pihak pemberi kredit, katakan bank, pada harga tunai dan kemudian pelanggan akan membelinya kembali pada harga kredit. Ini bermakna kalau menggunakan contoh yang sama bagi Bai’Al-’Inah, maka harga tunai jualan barangan pelanggan kepada bank ialah RM 5,000 dan kemudian membelinya kembali pada harga kredit RM 5,935 iaitu RM164.87 sebulan selama 36 bulan.

Page 9: Bab 8   Kontrak Musawwamah

6. Al-Rahnu (Gadai) Al-Rahnu pajak gadai Islam - keperluan kredit tunai secara agak

kecil. kombinasi pinjaman al-Hassan, upah (Ujur) simpanan, gadaian

dan jaminan. pihak bank boleh memberi Pinjaman Hassan tanpa faedah/riba

dan menetapkan pelanggan memberi jaminan dalam bentuk gadaian barangan yang berharga. Atas simpanan barang gadaian ini, Bank boleh mengenakan caj (upah) simpanan atas nilaian barang gadaian..

Page 10: Bab 8   Kontrak Musawwamah

7. Bai’ Al-Istisna’

akad jual beli di mana pembeli menempah atau memesan kepada penjual untuk membuat sesuatu barang yang dikehendakinya supaya disiapkan dalam masa tertentu dengan harga dan cara bayaran yang ditetapkan. Akad jual beli itu adalah atas barang yang akan dibuat oleh penjual.

Page 11: Bab 8   Kontrak Musawwamah

8. Bai’ al-istijrar Bai’ al-istijrar atau kontrak pembekalan ialah akad di antara

pelanggan dengan pembekal untuk membekalkan sesuatu jenis bahan secara berkala atau berterusan seperti harian, mingguan atau bulanan dengan harga dan cara pembayaran yang ditetapkan.

Page 12: Bab 8   Kontrak Musawwamah

9. Ijarahsewaan jangka panjang yakni pajakan atas aset tetap seperti

bangunan, mesin jentera berat dan seumpamanya. Dalam kontrak Ijarah, hak milik tidak berpindah kerana pada

dasarnya ia adalah suatu kontrak sewa pajakan jangka panjang dan bukan kontrak jual beli.

Page 13: Bab 8   Kontrak Musawwamah

IjarahIjarah yang tidak berkesudahan dengan

pindahan hak milik adalah dikira sebagai pajakan operasi biasa iaitu sebagai sewaaan.

Ijarah yang mempunyai hasrat untuk dibeli aset pada hujung tempoh pajakan dengan suatu nilai yang kecil boleh dikira sebagai pajakan modal (Ijarah Thumma Al-Bai’).

Page 14: Bab 8   Kontrak Musawwamah

10.MusyarakahMusyarakah adalah akad di mana dua orang atau lebih berjanji

bekerjasama dalam perniagaan dengan memberikan modal masing-masing dan keuntungan dibahagikan sesama mereka.

Keuntungan dari musyarakah dibahagikan mengikut persetujuan masing-masing manakala jika berlaku kerugian, beban ditanggung oleh ahli mengikut peratus modal masing-masing.

Page 15: Bab 8   Kontrak Musawwamah

RUKUN MUSYARAKAH 1.       Pemegang-pemegang saham2.       Modal3.       Projek4.       Sighah: Ijab/Qabul

Page 16: Bab 8   Kontrak Musawwamah

JENIS-JENIS MUSYARAKAH 1. Syarikat Al-Abdan

Perkongsian di antara dua orang atau lebih yang mengumpulkan hasil pekerjaan (pengupahan) masing-masing ke dalam satu tabung kemudian dibahagikan sesama mereka tanpa mengambilkira modal yang dimasukkan ke dalam tabung/ tiada modal disumbangkan. Contohnya persyarikatan antara tukang jahit dengan tukang jahit.

Page 17: Bab 8   Kontrak Musawwamah

JENIS-JENIS MUSYARAKAH2. Syarikat Al-Mufawadhah

Perkongsian ke atas hasil/pendapatan harta masing-masing yang mana sumber hasil itu tidak dicampur sebagai harta Syarikat dan tepat menjadi hak berasingan sedangkan masing-masing menanggung risiko yang berlaku ke atas syarikat.

3. Syarikat Al-WujuhSyarikat yang tertubuh tanpa modal yang mana pihak yang melibatkan

diri ke dalam syarikat ini kemudian menjual barang tersebut dan keuntungannya dikumpul dan dibahagikan sesama mereka.

4. Syarikat Al-‘InanAkad perkongsian di antara dua orang atau lebih untuk berkongsi

modal dan keuntungan dari perniagaan.

Page 18: Bab 8   Kontrak Musawwamah

PANDANGAN IMAM Hanya Al-‘Inan mendapat kata sepakat para ulamak sebagai

Halal. Menurut Imam Shafiee, tiga syarikat yang pertama itu batil

sebab terdapat penipuan antara kedua belah pihak kerana usaha masing-masing belum tentu sama sedangkan modal tidak pula dilaburkan. Atau mungkin seorang tidak ada modal tapi untung dibahagi dua.

Imam Hanafi berpendapat halal ketiga-tiganya, Imam Maliki berpendapat hanya Al-Abdan dan Al-Mufawadhah

halal tetapi Al-Wujuh itu haram.

Page 19: Bab 8   Kontrak Musawwamah

II. MudharabahMudharabah adalah aqad ke atas satu jenis

perkongsian dimana satu pihak memberikan modal (sahib al-mal) kepada satu pihak yang lain untuk diperniagakan modal itu (mudharib)

keuntungannya di bahagikan mengikut peratus yang dipersetujui.

Mudharib tidak berhak terhadap satu jumlah ganjaran yang tetap atau untung yang dinyatakan jumlahnya terlebih dahulu.

Page 20: Bab 8   Kontrak Musawwamah

Mudharib hanya berhak mendapat kongsi bahagian untung atas khidmat pengurusan yang diberikan.

Tujuan mudharabah adalah supaya ada kerjasama di antara pemilik modal yang tiada pengalaman dalam bidang perniagaan atau tiada peluang untuk berusaha dengan sendiri dengan orang yang berpengalaman dalam bidang perniagaan tetapi tiada modal.

Page 21: Bab 8   Kontrak Musawwamah

RUKUN MUDHARABAH1.       Tuan punya modal2.       Pengusaha3.       Modal 4.       Kerja5.       Untung6. Sighah: Ijab / Qabul

Page 22: Bab 8   Kontrak Musawwamah

JENIS MUDHARABAHMudharabah Mutlaqah - Pengusaha diberi kuasa penuh untuk

menjalankan projek berkenaan tanpa sebarang sekatan dalam urusan yang berkaitan dengan projek tersebut dan tidak terikat dengan masa, tempat, jenis perusahaan dan pelanggan.

Mudharabah Muqaidah - Pengusaha dibataskan kegiatannya untuk menjalankan Mudharabah hanya dalam bidang atau cara atau jangka masa atau tempat tertentu sahaja, maka kerjanya terikat dengan syarat dan batasan tersebut.

Page 23: Bab 8   Kontrak Musawwamah

Dalam perbankan Islam terdapat dua peringkat Al-Mudharabah iaitu:-

  Antara bank dengan penyimpanan dan  Antara pengusaha dengan bank.

Page 24: Bab 8   Kontrak Musawwamah

12. Al-sarfuUrusniaga jual beli matawang adalah harus dalam Islam dengan

syarat ia melibatkan urusniaga pertukaran matawang yang berbeza seperti jual beli matawang RM Malaysia dengan US Dollar Amrika Syarikat atau dengan Rupiah Indonesia.

Syarak membenarkannya dengan syarat urusniaga itu berlaku serentak dan bukan secara tangguh. Urusniaga secara tangguh akan terlibat dengan riba nasiah bagi kategori bahan ribawi mata wang.

Page 25: Bab 8   Kontrak Musawwamah

RUMUSANMenerusi kaedah-kaedah yang dibicarakan, adalah dijangkakan

anggota masyarakat dan peniaga dapat mengetahui bahawa terdapat pelbagai kaedah untuk melaksanakan urusniaga yang bersesuaian dengan kehendak syari’ah.

Keperluan masyarakat dari keperluan tunai pelbagai tujuan sehingga kepada perolehan aset tetap boleh dipenuhi melalui aktiviti jual beli, sewaan, tempahan dan sebagainya; tanpa perlu melibatkan kaedah yang mempunyai elemen riba.

Page 26: Bab 8   Kontrak Musawwamah

Sebenarnya dari sudut perniagaan, terdapat banyak lagi kaedah yang boleh dilaksanakan tetapi ini terpulanglah kepada objektif dan operasi syarikat..

Page 27: Bab 8   Kontrak Musawwamah

http://wanbk.page.tl