bab 9.1

download bab 9.1

of 12

description

Fail Kuasa PSS

Transcript of bab 9.1

BAB 9

BAB 9

ORGANISASI BAHAN PUSAT SUMBER SEKOLAH9.1 SISTEM PENGELASAN9.1.1 Pendahuluan

Wujudnya sistem pengelasan dan pengkatalogan dalam ilmu Sains Perpustakaan adalah bertujuan untuk memberi kemudahan kepada pengguna mendapatkan bahan bacaan mengikut keperluan yang dikehendaki dengan cepat , mudah dan dapat menentukan di mana tempat menyimpan supaya mudah dikesan kembali apabila dikehendaki.

9.1.2DefinisiSatu proses untuk mengorganisasikan bahan-bahan mengikut bidang, mata pelajaran, perkara dan topic

9.1.3Tujuan

AMemahami tujuan dan pentingnya mengelas bahan di PSS mengikut system yang diperakui

BMemahami dan menggunakan Sistem Pengelasan Perpuluhan Dewey

CMendapat kemahiran kerja amali untuk mengelaskan buku dan beberapa jenis bahan pandang dengar mengikut Sistem Pengelasan Perpuluhan Dewey

9.1.4 Tujuan dan fungsi pengelasanAMenyusun bahan dan entri-entri katalog di dalam satu susunan yang memudahkan pengguna

BMengesan bahan dengan cepat dan tepat di atas rak dan memulangkan bahan itu ke tempat asal

CMenunjukkan kekuatan dan kelemahan koleksi bahan

DMemberi panduan yang berkesan dan jelas

DMemudahkan pameran buku dan proses pilih buang

EMemudahkan proses semakan stok

FMembantu menyimpan beberapa jenis perangkaan seperti bilangan buku dan rekod pinjaman

HMemudahkan pengguna untuk mencari bahan terus dari rak(browsing) dengan cara menuju kepada nombor pengelasan yang diperlukan

IMemudahkan kerja-kerja menyediakan kad katalog

JMewujudkan hubungan antara perkara-perkara

Contoh :

KDigunakan dalam rujukan bibliografi

9.2 SISTEM PENGELASAN PERPULUHAN DEWEYSistem Pengelasan Dewey membahagikan semua ilmu pengetahuan kepada 10 bahagian utama, 9 bahagian mewakili bidang ilmu pengetahuan umum dan 1 bahagian untuk bahan-bahan yang terlalu umum seperti ensiklopedia, surat khabar dan terbitan berkala. Setiap kelas utama dikenali dengan penggunaan nombor siri ke seratus. 9.2.1 Ringkasan Pertama

000

100

200

300

400

500

600

700

800

900Karya Am

Falsafah

Agama

Sains Kemasyarakatan

Bahasa

Sains Tulen

Teknologi

Kesenian

Kesusasteraan

Biografi, Geografi, Sejarah

9.2.2 Ringkasan Kedua

100

110

120

130

140

150

160

170

180

190

FALSAFAH

Wujudiah

Ilmu, Sebab, Tujuan Manusia

Psikologi Kaji Jiwa Biasa/Ghaib

Pendapat Falsafah Tertentu

Psikologi

Ilmu Mantik

Etika/Akhlak

Falsafah Timur

Falsafah Barat 200

210

220

230

240

250

260

270

280

290

AGAMA

Agama Ketuhanan

Kitab Injil/Kristian

Asas Ajaran Kristian

Moral & Ibadat Kristian

Teologi Misyen & Kepadrian

Aspek Sosial & Hal Ehwal Kristian

Sejarah & Goegrafi Gereja

Mazhab & Puak Kristian

Agama Lain

300

310

320

330

340

350

360

370

380

390

SAINS KEMASYARAKATAN

Perangkaan

Sains Politik

Ekonomi

Undang-undang

Pentadbiran Awam

Perkhidmatan Sosial

Pendidikan

Perniagaan & Perhubungan

Adat Resam & Budaya Rakyat

400

410

420

430

440

450

460

470

480

490BAHASA

Linguistik

Bahasa Inggeris

Bahasa Jerman

Bahasa Perancis

Bahasa Itali, Romania dll

Bahasa Portugis & Sepanyol

Bahasa Latin & Itali

Bahasa Greek Klasik & Moden

Bahasa Bahasa Lain

500

510

520

530

540

550

560

570

580

590SAINS TULEN

Ilmu Hisab

Astronomi

Fizik

Kimia

Sains Bumi

Kaji Fosil

Sains Hayat

Sains Tumbuhan

Sains Haiwan600

610

620

630

640

650

660

670

680

690

TEKNOLOGI

Sains Perubatan

Kejuruteraan

Pertanian

Sains Rumahtangga

Perkhidmatan Pengurusan

Teknologi Kimia

Hasil Perusahaan Kimia

Hasil Kilang Lain

Bangunan

700

710

720

730

740

750

760

770

780

790

KESENIAN/HIBURAN

Seni Taman & Budaya

Senibina

Archa

Lukisan & Seni Hiasan

Mengecat & Catan

Seni Grafik

Seni Foto

Muzik

Seni Hiburan & Lakonan800

810

820

830

840

850

860

870

880

890KESUSASTERAAN

Sastera Amerika

Sastera Inggeris

Sastera Jerman

Sastera Perancis dsbnya

Sastera Itali, Rumania dsbnya

Sastera Sepanyol, Portugis

Sastera Latin & Itali

Sastera Yunani

Sastera bahasa-bahasa lain

900

910

920

930

940

950

960

970

980

990GEOGRAFI/SEJARAH

Geografi / Lawatan

Biografi

Sejarah Am dunia Purba

Sejarah Eropah

Asia

Afrika

Amerika Utara

Amerika Selatan

Bahagian Lain Dunia

000

010

020

030

040

050

060

070

080

090KARYA AM

Bibliografi

Sains Perpustakaan

Ensiklopedia

(belum ditentukan karyanya)

Terbitan berkala am

Pertubuhan am

Kewartawanan

Koleksi karya am

Manuskrip & buku nadir

9.2.3 Senarai Ringkasan Ketiga Yang Khusus

Contoh :

SAINS TULEN

590-Sains Haiwan

591-Kaji haiwan

592-Haiwan Invertebrata

593-Kehidupan Laut, bunga karangan laut

594-Moluska dan invertebrata berkulit cengkerang

keras.

595-Haiwan invertebrata yang lain: cacing, labah-

labah, halipan, sengkenit.

596-Haiwan vertebrata

597-Ikan

598-Burung

599-Mamalia

Senarai lengkap boleh didapati daripada buku:

i. Senarai Ringkas Sistem Pengelasan Perpuluhan Dewey terbitan Dewan Bahasa & Pustaka.

ii. Cara mengelaskan buku-buku perpustakaan oleh Mat Jizat Abdul, 1977.

iii. Senarai Tajuk Perkara terbitan Dewan Bahasa & Pustaka.

Nombor Pengelasan juga boleh dicari menggunakan buku Senarai Tajuk Perkara dengan cara :

i. Tentukan dahulu perkara dengan melihat isi buku tersebut.

ii. Rujuk perkara itu di dalam buku Senarai Tajuk Perkara

mengikut ABJAD.

iii. Tentukan nombor pengelasan buku yang dicari.

9.2.4 UNIT-UNIT PENGASINGAN

Terdapat dua jenis unit pengasingan dalam Sistem Perpuluhan Dewey.

9.2.4.1 Unit Pengasingan Sama

Pembahagian yang halus di bawah itu boleh dilakukan juga mengikut bentuk buku itu ditulis, misalnya kamus, ensiklopedia dan buku panduan mengenai sesuatu topik, seperti di bawah:

01

02

03

04

05

06

07

08

09Teori dan Falsafah

Buku Panduan

Kamus & Ensiklopedia

Esei & Syarahan

Terbitan Berkala

Organisasi & Persatuan

Mengajar & Belajar sesuatu perkara

Koleksi Karya oleh beberapa pengarang

Sejarah bagi sesuatu perkara

Contoh :540-Kimia

540.7-Cara mengajar Kimia dan Sains Gunaan

598-Burung

598.03-Ensiklopedia mengenai burung

Secara amnya, hanya satu sifar 0 diperlukan bagi menunjukkan pembahagian bentuk;

tidak perlu ditambah sifar 0 dalam bentuk pembahagian jika nombor yang berkenaan itu sudah ada 0 dihujungnya.

Contoh :600-Teknologi

610-Sains Perubatan

610.2-Panduan Sains Perubatan (bukan 610.02)

9.3 CARA MENGELAS

9.3.1Langkah-langkah

A.Untuk mengelas buku atau bahan pandang dengar, perkara-perkara berikut perlu diperhatikan :

B.Tentukan perkara buku yang hendak dikelas itu dengan menimbangkan perkara-perkara berikut :

C.Karya itu sendiri dengan membaca jadual kandungan, pendahuluan, ciri-ciri istimewa, teks atau tajuk.

D.Maklumat daripada punca lain (buku rujukan orang yang pakar dalam perkara itu).

9.3.2Langkah-langkah memilih nombor pengelasan DDCPilih nombor pengelasan DDC mengikut langkah-langkah berikut :

A.Tentukan secara umum bidang atau kelas ilmu yang berkenaan.

B.Cari bahagian yang sesuai dalam kelas atau bidang itu.

C.Pilih nombor yang paling tepat dengan perkara buku itu.

9.3.2.1Jika lebih daripada satu aspek yang dibincangkan dalam buku itu, pilih

satu cara berikut :

A.Pilih satu nombor yang tepat merangkum semua aspek.

B.Pilih perkara yang ditegaskan atau mencerminkan tujuan penulis.

C.Jika kedua-dua perkara ditekan, pilih yang disebut dahulu.

Lampiran 1

PENGELASAN BAHAN-BAHAN KHAS

Fiksyen/

Buku Mudah/

Cerita pendekTiada nombor yang digunakan. Guna huruf `F untuk fiksyen Melayu atau Inggeris.

Contoh : F ABD

Buku-buku Rujukan & Kamus

Buku RedspotDiletak di rak tertentu dan guna satu simbol.

Nombor Panggilan

R Tanda Rujukan

030 Nombor pengelasan

COM 3 hurud pertama nama

pengarang/judul

540

OTH

Majalah

Jurnal

Risalah

Tidak perlu guna nombor panggilan. Hanya nombor perolehan atau rujukan bagi setiap bahan tersebut. Dikumpul dan diletakkan dalam kotak atau rak mengikut tajuk atau perkara.

Ensiklopedia Am

Terdiri daripada beberapa jilid dan mempunyai perkara tertentu.

Contoh : Volume 1 Kemanusiaan

Volume 2 Sejarah

Volume 3 Alam Semesta

Disimpan mengikut set volume atau judul (ikut dasar yang ditetapkan).

Buku bersiri

(2 jenis)a) Buku bersiri bagi perkara yang sama boleh diberi nombor yang sama dalam

kumpulan yang sama.

b) Buku bersiri bagi siri yang sama mengenai perkara yang berlainan hendaklah dikelaskan ikut perkara masing-masing.

Buku TeksNombor pengelasan diberi mengikut perkara masing-masing dan disimpan di tempat khas.

Buku Panduan /

Rujukan GuruNombor pengelasan diberi mengikut perkara masing-masing dan disimpan di tempat khas.

BiografiPembahagian utama 920 ( perseorangan/ berkumpulan)

Pembahagian harus dilakukan mengikut profesion orang yang ditulis.

Lampiran 2PEMILIHAN TAJUK PERKARATajuk perkara yang dipilih itu hendaklah :

Merupakan istilah yang biasa digunakan atau yang mungkin akan dicari oleh ramai pengguna.

Kerapkali digunakan untuk katalog yang sama.

Tepat, mudah difahami dan tidak mempunyai pengertian yang berlapis-lapis.

Menentukan nombor pengelasan Geografi dan Sejarah

Buku-buku mengenai Geografi dan Sejarah termasuk dalam kelas utama 900.

Geografi

Angka `1 SENTIASA diikuti dengan `9 bagi menunjukkan yang buku itu buku Geografi. Angka selepas `1 mengelaskan buku Geografi bagi salah sebuah benua. Angka selepas perpuluhan mewakili negara. Buku Geografi bagi sesebuah negara disimpan bersama-sama di atas rak.

Sejarah

Angka `1 digugurkan dan nombor yang mewakili benua diikuti selepas angka `9 untuk menunjukkan kategori utama. Buku Sejarah bagi sesebuah negara disimpan bersama-sama di atas rak.

Contoh :

Nombor GeografiBenua dan NegaraNombor Sejarah

915

915.1

915.2

915.3

915.4

915.9

915.95

915.951

Benua Asia

China

Jepun

Semenanjung Arab

India

Asia Tenggara

Malaysia

Singapura 950

951

952

953

954

959

959.9

959.51

500 590 595 595.5