Bab A

download Bab A

of 15

Transcript of Bab A

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1

Pendahuluan

Pengajaran berasaskan komputer terutamanya yang melibatkan teknologi multimedia mula mendapat perhatian di negara ini. Menurut Halimah (1999) teknologi multimedia menjadi menarik kerana teknologi ini dapat memberikan kesan yang berlainan dari kaedah biasa semasa proses persembahan. Kesan penggunaan multimedia ke atas proses pembelajaran dijangkakan begitu mendalam sekali. Teknologi ini dijangka akan mengubah kaedah pendidik mengajar dan cara murid belajar pada masa hadapan. Proses pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputer akan menjadi lebih berkesan dengan kewujudan teknologi multimedia kerana pendidik boleh mempelbagaikan persembahan mereka. Mohd Zaliman et al. (2001) menyatakan teknologi multimedia kian diiktiraf sebagai alat bantuan pengajaran yang sesuai dalam membantu para pendidik untuk mendalami dan mendasari cabaran dunia pendidikan era baru.

Pada permulaan perkembangan pembelajaran berasaskan komputer pengguna tidak mempunyai kebebasan untuk mengawal proses pembelajaran. Menurut Norhashim et al.

16

(1996) pada perkembangan awal pembelajaran berasaskan komputer semua proses persembahan adalah berbentuk linear dan laluan modul pengajaran telah ditetapkan. Dengan menggunakan teknik multimedia pembelajaran boleh berlaku secara interaktif. Pelajar dapat berinteraksi dengan media pengajaran tanpa kehadiran guru. Norhashim et al. (1996) juga menyatakan elemen multimedia jika digabungkan dengan perisian kursus terkini yang dibina khas untuk pembangunan skrip akan dapat menghasilkan perisian kursus yang lebih baik dari perisian kursus yang dibangunkan dengan menggunakan sistem pengarangan tradisi. Brown et al. (1994) pula menyatakan bahawa aplikasi pembelajaran berasaskan multimedia berupaya untuk memberikan berbagai contoh yang sebenar kepada pelajar dengan gabungan teks, muzik, imej, video dan animasi. Pembelajaran berasaskan komputer dalam bentuk multimedia telah berkembang dengan begitu pesat. Menurut Merrill (1992) pembangunan perisian kursus multimedia untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran telah menjadi lebih mudah untuk diubahsuai dan disesuaikan untuk penggunaan individu. Kemudahan pembangunan ini menjadikan perisian kursus sesuai untuk digunakan sebagai pembelajaran kendiri.

Konsep pembelajaran berasaskan komputer memudahkan sesuatu proses pembelajaran itu difahami. Sungguhpun konsep pembelajaran berasaskan komputer tidak sukar untuk difahami, tetapi tugas membangunkan perisian kursus yang baik dan berkesan melibatkan beberapa aspek yang rumit. Pembangunan sesuatu perisian kursus melibatkan aspek kemahiran menyusun bahan, teori pengajaran yang mendalam, pengetahuan tentang proses - proses minda dan hal yang berkaitan dengan komputer.

2.2

Teori - teori berkaitan pembelajaran berasaskan komputer

Proses pembelajaran di dalam bilik kuliah memerlukan teori dan strategi pembelajaran yang betul bagi memastikan maklumat yang disampaikan akan dapat diterima dengan 17

baik oleh pelajar. Begitu juga di dalam pembangunan perisian kursus, teori dan strategi pembelajaran yang betul adalah di antara faktor penting di dalam menentukan keberkesanan perisian kursus yang dibina. Di antara teori yang akan diterapkan di dalam pembangunan perisian kursus ini ialah :

2.2.1

Teori Tingkahlaku

Dalam teori tingkahlaku, tumpuan pembelajaran adalah kepada tingkahlaku luaran yang dipengaruhi oleh peneguhan. Dalam teori ini tumpuan akan diberikan kepada prinsip rangsangan dan tindakbalas terhadap bahan yang dikemukakan oleh perisian kursus kepada pelajar. Menurut Skinner (1954) teori tingkah laku adalah satu kelakuan yang boleh diperhatikan dan diukur. Melalui perisian kursus ini tumpuan pembelajaran berasaskan teori tingkahlaku, adalah kepada tindakbalas pelajar yang dipengaruhi oleh peneguhan melalui maklumbalas dari komputer.

Teori ini juga berpegang kepada prinsip bahawa pelajar akan mengekalkan sesuatu tindakan jika peneguhan yang bersesuaian diberikan kepadanya. Menurut pandangan Thorndike (2000) hubungan di antara rangsangan dan tindakbalas akan diperkukuhkan sekiranya tindakbalas yang positif diberikan ganjaran yang positif. Sebagai contoh, apabila seseorang pelajar diberikan ganjaran selepas menunjukkan sesuatu gerakbalas, ia akan mengulangi tindakbalas tersebut setiap kali rangsangan yang sama diberikan. Kebanyakkan pembelajaran yang dijalankan berdasarkan teori ini adalah tanggungjawab pendidik dan dikawal sepenuhnya oleh sistem pengajaran yang digunakan. Pengaplikasian teori tingkahlaku pada perisian kursus ini ialah dengan membangunkan perisian kursus ini dengan keupayaan untuk memberikan rangsangan bagi setiap tindakbalas positif yang diberikan oleh pengguna.

18

2.2.2

Teori Konstruktivisme

Di dalam teori konstruktivisme, pelajar tidak lagi dianggap belajar daripada apa yang diberikan oleh pendidik tetapi secara aktif membina realiti mereka sendiri dan pada masa yang sama mengubahsuai realiti tersebut. Secara umumnya pelajar akan belajar melalui pengalaman yang diperolehi secara sendiri. Menurut Jonassen (1991) pengetahuan seseorang individu berasaskan kepada persepsi fizikal dan pengalaman sosial yang difahami oleh akal fikiran seseorang. Manakala menurut Perkins (1986) pengetahuan adalah terbina hasil dari reka bentuk pelajar di dalam minda di mana pengetahuan dibentuk bila pelajar terlibat secara aktif di dalam proses pembentukan pengetahuan dan bukan hanya mengintepretasi dan menerima apa yang diberikan kepada mereka. Menurut Merrill (1992) terdapat beberapa andaian yang boleh dibuat terhadap konstruktivisme iaitu :

i. Pengetahuan dibentuk melalui pengalaman. ii. Pembelajaran adalah intepretasi individu terhadap persekitarannya. iii. Pembelajaran adalah satu proses yang aktif yang dibina melalui pengalaman seseorang. iv. Perkembangan konsep dibentuk melalui perkongsian pandangan dan

pembelajaran secara kolaboratif. v. Pembelajaran dibina di dalam situasi yang sebenar.

Berdasarkan teori konstruktivisme perisian kursus ini dibina dengan berasaskan skrin Autodesk Computer Aided Design Release 14 (ACAD R14) yang sebenar untuk memberikan pelajar pengalaman menggunakan skrin perisian Autodesk Computer Aided Design Release 14 (ACAD R14). Melalui teori konstruktivisme yang diaplikasikan pada

19

perisian kursus ini pelajar akan dapat pengalaman untuk belajar pada situasi yang sebenar melalui proses pembelajaran yang aktif . Kesimpulannya konstruktivisme membentuk suasana pembelajaran yang menjurus kepada situasi sebenar dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kepada pelajar. Seterusnya berdasarkan pandangan Jonassen (1991) perbezaan yang besar yang wujud di antara konstruktivisme dengan tingkahlaku serta kognitif ialah untuk kaedah pengajaran yang berasaskan tingkahlaku dan kognitif ianya mempunyai objektif pembelajaran yang telah ditetapkan manakala kaedah pengajaran yang berasaskan konstruktivisme objektif pembelajaran dan apa yang hendak dicapai adalah lebih terbuka dan bebas. Pandangan Jonassen diambilkira di dalam pembangunan perisian kursus ini dengan menyediakan tempat masuk yang banyak pada setiap skrin di mana pelajar mempunyai kebebasan untuk membina prasarana pembelajaran mereka secara kendiri.

2.2.3

Teori Kognitif

Dalam teori ini pelajar akan memperolehi maklumat secara aktif, menstruktur maklumat tersebut dan mengkaji pengetahuan yang diperolehi supaya menjadi sesuatu yang bermakna. Teori ini lebih menjurus kepada pengetahuan yang terkini dan pengetahuan yang lepas. Menurut Good et al. (1990) dalam teori kognitif, pemindahan pembelajaran bergantung kepada pembelajaran aktif dimana pelajar akan memproses maklumat yang telah diperolehi secara aktif supaya ianya dapat digunakan kemudian. Menurut Good et al. (1990) teori kognitif menganggap proses pembelajaran adalah satu proses perolehan pengetahuan dan disusun semula melalui proses pemprosesan maklumat dan disimpan sebagai maklumat yang berguna.

Menurut Mergel (1998) terdapat beberapa konsep penting untuk teori ini iaitu schema yang merupakan struktur pengetahuan dalaman. Maklumat yang baru diterima akan 20

dibandingkan dengan struktur kognitif iaitu schema yang telah sedia ada. Menurut Mergel (1998) lagi schema adalah maklumat yang boleh dibaiki dan digabungkan dengan maklumat baru.

Selain dari itu Model Tiga Fasa Pemprosesan maklumat seperti yang ditunjukkan oleh Mergel (1998) menunjukkan maklumat yang diterima akan terlebih dahulu didaftarkan kepada pendaftar sensor. Maklumat itu kemudiannya dipindahkan kepada tempat penyimpanan ingatan jangka pendek. Seterusnya maklumat itu kemudiannya dipindahkan kepada memori jangka panjang. Kesimpulannya teori ini berasaskan kepada penerimaan maklumat , pemprosesan maklumat dan penyimpanan maklumat untuk kegunaan jangka panjang.

Berdasarkan teori ini bagi memudahkan pelajar memperolehi maklumat, perintah yang hendak dipelajari hendaklah direkabentuk dalam bentuk simbol dan bantuan grafik yang menarik agar maklumat itu lebih teratur dan mudah diperolehi. Berdasarkan teori ini proses pembelajaran akan jadi lebih mudah sekiranya urutan proses penghasilan lukisan disusun dalam keadaan untuk memudahkan ianya diingati. Urutan kerja yang komplek disusun melalui persembahan video yang jelas tentang proses kerja yang perlu dilalui oleh pelajar.

2.2.4

Teori - Teori Berkaitan Pendekatan Multimedia

Untuk pembangunan perisian kursus ini terdapat beberapa teori pembelajaran yang digunakan bagi menyokong pendekatan multimedia. Diantara teori yang digunakan ialah :

21

Teori Adaptive Learning dimana menurut teori ini pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri maka sistem yang dibina yang berasaskan teori ini perlu mempelbagaikan strategi pengajaran (Nwana 1991). Oleh itu keupayaan dan kemampuan komputer dalam mengintegrasikan teknologi multimedia akan dapat mempelbagaikan strategi pengajaran bagi memenuhi keperluan pelajar yang berbeza (Halimah 1999).

Manakala menurut teori Preferred Sensory Modality (Schute 1996) pula menyatakan setiap pelajar mempunyai keupayaan penerimaan yang berbeza berasaskan deria tertentu (Schute 1996). Halimah (1999) pula menyatakan ada pelajar yang mempunyai keupayaan penerimaan maklumat yang lebih baik melalui proses rangsangan pada otak berbanding dengan deria penglihatan dan ada pula pelajar yang dapat menerima maklumat dengan lebih baik melalui rangsangan berbanding dengan gabungan deria penglihatan dan pendengaran. Menurut Halimah (1999) lagi ada pelajar yang lebih mudah untuk menerima maklumat dalam bentuk teks dan ada pelajar yang lebih mudah untuk menerima maklumat dalam bentuk imej, grafik atau animasi. Teori - teori yang telah dinyatakan di atas secara tidak langsung menyokong penggunaan multimedia dalam pengajarandanpembelajaran.

2.3

Kajian Tentang Keberkesanan Media Pengajaran Berasaskan Komputer Dalam Proses Pembelajaran

Satu kajian tentang penggunaan media pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputer yang disepadukan dengan subjek Geografi telah dijalankan terhadap 114 pelajar yang mengikuti kursus di Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 1998 (Habibah 1999). Kajian ini telah dijalankan oleh Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh USM (PJJ USM) untuk menentukan keberkesanan penggunaan media pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputer. Hasil dari kajian ini mendapati kumpulan pelajar

22

yang belajar menggunakan kaedah pengajaran yang berasaskan komputer menunjukkan pencapaian yang lebih tinggi berbanding pelajar yang diajar menggunakan kaedah konvensional.

Satu kajian yang dijalankan oleh Usip et al. (1998) terhadap pelajar yang mengikuti kursus statistik di Youngstown State University telah menunjukkan pelajar yang mengikuti pembelajaran berasaskan komputer adalah baik baik di dalam mendapatkan maklumat dan dapat menjadikan komputer sebagai alat untuk memperbaiki prestasi mereka.

Satu kajian telah dibuat terhadap 160 orang guru mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik di 90 buah sekolah uji rintis Projek Sekolah Bestari di seluruh negara (Johari et al. 1999). Kajian ini ingin meninjau sejauh mana guru menggunakan komputer dalam memproses maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputer. Dapatan kajian persepsi dan sikap guru yang positif pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputer. menunjukkan bahawa terdapat terhadap penggunaan komputer sebagai alat

Fu Foo Yang (1990) telah memperkenalkan pembelajaran berasaskan komputer yang berunsur permainan dalam mata pelajaran geografi tingkatan enam. Sebanyak 58 pelajar telah dijadikan sampel kajiannya yang mempunyai kebolehan sederhana dan rendah. Kajian ini telah menggunakan ujian pra dan pos, soal selidik, temubual dan pemerhatian sebagai alat kajian. Hasil kajian beliau menunjukkan sikap pelajar yang positif terhadap teknik pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan komputer. Sebagai kesimpulan kajian ini merumuskan bahawa kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan komputer dalam bilik darjah telah berjaya memperkayakan pengalaman pembelajaran pelajar dan sikap mereka terhadap teknik ini adalah amat memberangsangkan.

23

2.4

Kajian berkaitan perisian kursus

Keberkesanan penggunaan perisian kursus sebagai media pengajaran banyak bergantung kepada mutu perisian yang digunakan. Walaupun terdapat banyak perisian kursus di pasaran, tetapi agak sukar untuk mendapatkan perisian kursus yang benar - benar bermutu dan sesuai untuk digunakan dalam persekitaran pendidikan di negara ini. Kajian yang dijalankan oleh Hee Jee Mei et al. (2001) ke atas 52 guru sekolah bestari di negeri Terengganu untuk mengkaji persepsi guru ke atas penggunaan perisian kursus menunjukkan perisian kursus yang baik ialah bersesuaian dengan objektif pengajaran dan pembelajaran. Mereka juga menyatakan masalah utama yang dihadapi oleh guru ialah untuk mencari perisian kursus yang bermutu tinggi yang bersesuaian dengan objektif pembelajaran.

Menurut kajian yang dibuat oleh Paridah (1993), kebanyakan penulis aturcara komputer mempunyai pengalaman pengaturcaraan atau teknikal yang tidak mendalam dan bahan yang dihasilkan oleh mereka adalah tidak profesional dan tidak sensitif kepada keperluan pelajar. Paridah (1993) juga menyatakan sesetengah penulis pengaturcara komputer pula mempunyai orientasi yang baik terhadap perkakasan dan perisian tetapi mereka tidak mempunyai gambaran yang menyeluruh tentang kurikulum sekolah, cara pembelajaran dan strategi pengajaran yang sesuai.

Kajian Barked et al. (1991) menunjukkan bahawa kebanyakan program perisian kursus yang sedia ada hari ini kurang memberi tumpuan kepada aspek motivasi, akibatnya program tersebut gagal mewujudkan kesan yang baik dalam proses pendidikan. Suasana pembelajaran seperti ini akan hanya menjadikan pelajar sebagai penerima maklumat yang pasif.

24

Adalah penting bagi pembina perisian kursus memahami aspek motivasi supaya komponen motivasi dapat digunakan dalam pembangunan perisian kursus bagi menjadikan proses pembelajaran lebih menarik, relevan, sesuai dan memastikan pelajar mendapat faedah yang besar.

2.5

Kajian Berkaitan Penggunaan Multimedia Interaktif Dalam Proses Pembelajaran

Menurut Jonassen (1996) persembahan multimedia adalah lebih menarik perhatian kerana ianya melibatkan rangsangan lebih daripada satu deria pada satu masa. Menurut Jonassen (1996) lagi, kajian tentang kesan multimedia ke atas pembelajaran menunjukkan bahawa peningkatan pembelajaran berlaku bila saluran media yang berlainan menyediakan maklumat yang lengkap melengkapi antara satu sama lain. Maurer (1993) menyatakan bahawa multimedia interaktif dalam pendidikan memainkan peranan yang lebih ketara apabila dibandingkan dengan media sedia ada kerana pelajar yang menggunakan multimedia kini lebih cepat dan mudah mencapai maklumat yang sesuai melalui perhubungan maklumat mengikut konsep hiperteks. Menurut Fisher (1994), multimedia yang membawa dimensi baru dalam pembelajaran dinamakan pembelajaran terbuka kerana :

i. Dokumen dalam perisian multimedia lebih kepada interaksi pengguna. ii. Gabungan elemen dalam multimedia memberikan satu pengalaman yang lebih berkesan. iii. Maklumat yang tersimpan daripada interaksi pengguna dengan multimedia boleh dicapai dan dikaji dengan lebih mendalam tentang kesan perisian tersebut.

25

Ciri - ciri interaktif yang diwujudkan oleh elemen multimedia menjadikan pendekatan ini lebih popular dalam pembinaan perisian kursus (Norhayati 1999). Beberapa kajian yang dijalankan oleh pengkaji seperti Worthington et al. (1993) dan Dublin et al. (1996) menunjukkan bahawa multimedia interaktif begitu penting untuk proses pembelajaran yang baik dalam pembinaan perisian kursus. Perkara ini disokong oleh Stallings (1984) yang menyatakan bahawa pengajaran berinteraktif dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam proses pembelajaran. Gasyeki (1993) pula mendapati kesan penggunaan komputer sebagai media pengajaran adalah positif, terutamanya dalam proses latih tubi dan penggunaan komputer secara interaktif.

Laurence dan Dean (1996) mengkaji kesan multimedia interaktif ke atas pencapaian pelajar dalam matapelajaran fizik. Majoriti pelajar berpendapat bahawa teknik multimedia interaktif yang berasaskan digital video dapat memudahkan mereka memahami konsep fizik. Kajian yang dijalankan oleh Laurence dan Dean (1996) ini boleh dimanfaatkan untuk pembangunan perisian kursus multimedia interaktif tanpa mengambilkira subjek dan topik. Mohd Jasmy et. al (2001) menilai perisian multimedia bagi subjek biologi tingkatan 4 di Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu mendapati pelajar mudah memahami isi yang disampaikan kerana penyampaian isinya ringkas, mudah dan jelas. Konsep interaktif yang melibatkan grafik, animasi dan audio menceriakan persembahan perisian kursus ini dan seterusnya memudahkan pelajar faham dengan apa yang ingin disampaikan.

Worthington et al. (1995) pula mengkaji kesan interaktif terhadap sekumpulan pelajar yang belajar muzik dengan menggunakan komputer interaktif. Hasil kajian mereka menunjukkan pencapaian prestasi kumpulan yang menggunakan komputer interaktif adalah lebih tinggi berbanding dengan kumpulan yang tidak menggunakan sistem interaktif. Kajian Crowe et al. (1995) mendapati bahawa multimedia interaktif berkemampuan untuk meningkatkan kadar penerimaan pelajar sebanyak 30% lebih daripada pelajar yang diajar dengan menggunakan kaedah tradisional.

26

Kajian yang dijalankan oleh Gan Chia Leng (1998) menyatakan perkembangan teknologi maklumat telah membuka jalan baru kepada bidang pendidikan yang berasaskan kaedah pembelajaran dengan komputer. Kajian di atas juga menunjukkan perkembangan teknologi maklumat yang menguasai dunia pendidikan sekarang adalah dengan adanya teknologi multimedia yang berupaya untuk membina perisian yang menggabungkan pelbagai elemen iaitu teks, animasi, video, grafik, audio dan elemen interaktif . Penyatuan elemen - elemen ini berupaya untuk menghasilkan sebuah perisian kursus multimedia interaktif yang menarik dan berkesan.

Menurut Mohd Jasmy et. al (2001) berdasarkan kajian yang dibuat oleh pengkaji barat menunjukkan hanya 10% daripada yang didengar dipelajari manakala 80% pembelajaran terhasil daripada apa yang mereka lihat. Kajian ini jelas menunjukkan tentang pentingnya penggunaan perisian multimedia dalam dunia pendidikan.

2.7

Kajian Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Berbantu Komputer (PPBK)

Kajian kajian yang telah dijalankan oleh Forman (1982), Hartley (1978), Kearsley et al. (1983), Kulik et al. (1984) dan Niemiec et al. (1984) terhadap keberkesanan pembelajaran berbantu komputer mendapati keputusan seperti berikut : i. Pengajaran dan Pembelajaran Berbantu Komputer (PPBK) mempertingkatkan keberkesanan tutorial individu. ii. Perisian kursus yang diberikan kepada pelajar amat berkesan untuk membantu pelajar memperolehi pencapaian yang lebih baik. iii. Pengajaran dan Pembelajaran Berbantu Komputer (PPBK) dapat memberikan

27

keputusan pencapaian yang lebih baik dan pelajar dapat diri sendiri dan memperbaiki sebarang kelemahan yang wujud dalam proses pembelajaran mereka.

iv.

Perisian kursus dapat mewujudkan pengalaman pembelajaran yang lebih menarik, dan dapat memberikan kepuasan kepada guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

v.

Pelajar memiliki sikap yang positif terhadap kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Berbantu Komputer (PPBK) melalui kekerapan kehadiran, lebih menumpukan perhatian dan menambah motivasi.

vi.

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Berbantu Komputer (PPBK) telah dapat mengubah dan mempengaruhi keputusan ujian dan latihan pelajar.

vii.

Latihan yang disediakan melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Berbantu Komputer (PPBK) memberikan kelebihan kepada pelajar yang lemah.

viii.

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Berbantu Komputer (PPBK) memberikan kekuatan kepada subjek yang memerlukan fakta dalam proses penyelesaian masalah.

28

2.6

Rumusan Keberkesanan Pengajaran Berasaskan Komputer

Hee et al. (2001) menyatakan perisian kursus akan dapat menonjolkan situasi pembelajaran yang interaktif di antara pelajar dengan isi pembelajaran. Proses ini akan dapat mempercepatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Hee et al. (2001) juga menyatakan perisian kursus berkesan akan berupaya untuk membimbing dan membentuk mental serta pemikiran pelajar agar lebih kreatif dan memahami konsep ilmu dengan lebih berkesan.

Di dalam pembangunan perisian kursus ini teori tingkahlaku digunakan untuk memberi rangsangan ke atas aktiviti pelajar, teori konstruktivisme pula digunakan pada pembangunan skrin untuk membentuk suasana pembelajaran kendiri seterusnya teori kognitif digunakan untuk skrin yang digunakan untuk mengajar kaedah kerja yang komplek. Kajian yang lepas pula menunjukkan kejayaan sesuatu perisian kursus multimedia interaktif bergantung kepada beberapa perkara iaitu tumpuan yang perlu diberi kepada aspek motivasi, perisian yang dibina juga hendaklah bersifat interaktif serta teknologi multimedia perlu digabungkan ke dalam perisian kursus bagi menarik perhatian pengguna. Pendekatan teori serta aspek kajian yang lepas sekiranya diambilkira di dalam pembangunan perisian kursus ini diharapkan dapat membentuk perisian kursus yang mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.

29

30