Bagaimana Kes Responden Menepati Teori Gestalt

download Bagaimana Kes Responden Menepati Teori Gestalt

of 3

Transcript of Bagaimana Kes Responden Menepati Teori Gestalt

  • 7/23/2019 Bagaimana Kes Responden Menepati Teori Gestalt

    1/3

    BAGAIMANA KES RESPONDEN MENEPATI TEORI GESTALT

    Sifat semulajadi manusia

    Terdapat beberapa perkara jika diamati kes responden menepati Teori Gestalt

    mengenai sifat semulajadi manusia.Gestalt berpendapat seseorang individu boleh

    menangani masalah apabila mereka sedar apa yang berlaku disekeliling mereka.Dalam

    kes ini,klien hanya memendamkan sahaja perasaannya terhadap segala permasalahan

    yang menimpanya.Ini meyebabkan klien merasa murung,tersisih dari rakan dan suka

    menyendiri.

    Gestalt juga berpendapat bahawa klien itu akan kekal menjadi orang yang sama

    apabila terlampau banyak seseorang itu menjadi dirinya yang sebenar.Dalam kes ini,klien

    itu akan tetap tidak berubah selagi dia tidak meluahkan apa yang terpendam di dalam hati

    selama ini kepada seseorang yang dipercayai untuk mengatasi masalah yang

    menimpanya.

    Gestalt juga menyatakan bahawa yang penting adalah what we aredan bukannya

    what we should be.Ini bermaksud klien tidak perlu berubah tingkah lakunya untuk

    mengikut kehendak orang lain.Dalam kes ini,klien berpura-pura menahirkan dirinya

    yang sebenar kerana ingin menyembunyikan masalah yang dihadapinya.!eharusnya klien

    berusaha menjadi dirinya yang sebenar.

  • 7/23/2019 Bagaimana Kes Responden Menepati Teori Gestalt

    2/3

    Gestalt juga berpendapat bahawa seseorang individu itu perlu sedar tentang semua

    derita yang ada. "anusia yang hidup di dunia ini memang menghadapi bermacam-

    macam jenis masalah, rintangan, kesengsaraan, penyakit, penderitaan dan juga gangguan

    emosi dan psikologi.Dalam kes ini, klien patut dan mesti menerima penderitaan yang

    dialaminya dan seterusnya menimbulkan kesedaran terhadap dirinya supaya dapat

    menyelesaikan masalahnya yang akan dihadapinya nanti.

    #elajar menerima tanggungjawab dan akibat perbuatan. $lien wajarlah menerima

    hakikat yang sebenar ini iaitu tekanan yang dihadapinya mestilah dilepaskan dengan

    adanya tanggungjawab terhadap dirinya dan juga ibunya. $lien tahu akibat yang akan

    diterimanya atau yang akan dihadapinya jika tingkah lakunya tetap tidak berubah.

    #ergerak daripada sokongan luaran kepada sokongan dalaman%external support

    kepada internal support&. Dengan adanya bantuan dan bimbingan yang diberikan oleh

    guru kaunseling di sekolahnya, maka masalah klien ini dapat diatasi kerana kesedaran

    yang timbul dari dalam dan juga pertolongan yang didapati daripada luaran, iaitu bantuan

    guru kaunseling.

    #oleh memberi dan menerima pertolongan. $lien ini terdapat kelebihannya iaitu

    dia mampu menerima pertolongan dan bantuan daripada orang lain khasnya pertolongan

    yang dihulurkan oleh guru kaunselingnya. 'pabila klien dapat menerima pertolongan dan

    bantuan daripada orang lain, maka dia dapat menikmati keselesaan dan kebaikan yang

    diberikan daripada orang lain, jadi ini bermaksud klien ini rela memberi bantuan dan

    pertolongan kepada orang lain.

  • 7/23/2019 Bagaimana Kes Responden Menepati Teori Gestalt

    3/3

    Sistem kehidupan an! dilalui

    Dalam kes ini,klien sering berasa tertekan dengan kutukan dan ancaman yang

    diterimanya daripada ibunya di rumah.Ini menyebabkan klien sering mengalami sakit

    kepala dan pengsan akibat tertekan dengan perlakuan ibunya.Disamping itu,klien juga

    sering murung dan suka menyendiri.

    Di rumah,klien sering bercanggah pendapat dengan ibunya.Ini menyebabkan

    klien selalu dimarahi oleh ibunya.Ini menyebabkan klien merasa tidak selesa berada

    di rumah dan sering menyendiri bagi melarikan diri daripada kutukan ibunya.

    Di sekolah,klien didapati sering menyendiri dan tidak mahu bergaul dengan

    rakan-rakannya.Ini mungkin kerana klien merasa malu jika rakan-rakannya

    mengetahui masalah yang dihadapinya."asalah ini juga menyebabkan klien sering

    menjauhkan dirinya daripada guru.

    P"tensi

    $lien boleh menangani masalah kemurungan dengan meluahkan perasaan

    sedih, runsing dan rasa bersalah kepada bapa, guru dan rakan di sekolah.$lien

    berpotensi untuk berubah kepada tingkah laku positif yang boleh membawa

    kebaikan pada dirinya.