Bagaimanakah dan apakah kesannya pengarang berbeza mengolah persoalan harga diri atau kehormatan...

2
SOALAN: Bagaimanakah dan apakah kesannya pengarang berbeza mengolah persoalan harga diri atau kehormatan dalam sekurang- kurangnya dua karya yang anda kaji? Berdasarkan kajian saya terhadap dua buah novel iaitu Putera Gunung Tahan oleh Ishak Haji Muhammad dan Di Balik Tabir Harapan yang telah dikarang oleh Kaladewata, kedua-dua pengarang tersebut telah menimbulkan persoalan mengenai harga diri mahupun kehormatan seseorang wanita yang berubah mengikut peredaran masa. Dalam novel Putera Gunung Tahan, Pak Sako memaparkan ceritanya pada zaman sebelum kemerdekaan sebaliknya dalam Drama Di Balik Tabir Harapan pula, Kaladewata telah memaparkan ceritanya pada zaman pascakemerdekaan. Oleh itu, telah wujud perubahan dari segi harga diri atau kehormatan seseorang wanita. Dalam kedua-dua novel dan drama tersebut, pengarang telah memperlihatkan kepada pembaca bahawa harga diri atau kehormatan seseorang wanita itu terletak pada cara pemakaiannya. Buktinya dalam novel Putera Gunung Tahan, pengarang iaitu Ishak Haji Muhammad telah menonjolkan watak Laili, anak kepada Mohd Zain Tajudin Syah yang memakai pakaian yang mencolok mata. Dalam novel tersebut, pengarang bijak menggunakan kaedah deskripsi dalam memaparkan cara Laili berpakaian iaitu memakai baju blaus yang begitu terdedah sekali sehingga menggambarkan reben bajunya yang “jatuh pada lengannya setiap kali dia bergerak dan mungkin akan jatuh terus jika tidak tersangkut pada dadanya”. Jelas bahawa pengarang ingin menampilkan watak Laili yang tidak menjaga

description

Bagaimanakah dan apakah kesannya pengarang berbeza mengolah persoalan harga diri atau kehormatan dalam sekurang-kurangnya dua karya yang anda kaji?

Transcript of Bagaimanakah dan apakah kesannya pengarang berbeza mengolah persoalan harga diri atau kehormatan...

SOALAN: Bagaimanakah dan apakah kesannya pengarang berbeza mengolah persoalan harga diri atau kehormatan dalam sekurang-kurangnya dua karya yang anda kaji?

Berdasarkan kajian saya terhadap dua buah novel iaitu Putera Gunung Tahan oleh Ishak Haji Muhammad dan Di Balik Tabir Harapan yang telah dikarang oleh Kaladewata, kedua-dua pengarang tersebut telah menimbulkan persoalan mengenai harga diri mahupun kehormatan seseorang wanita yang berubah mengikut peredaran masa. Dalam novel Putera Gunung Tahan, Pak Sako memaparkan ceritanya pada zaman sebelum kemerdekaan sebaliknya dalam Drama Di Balik Tabir Harapan pula, Kaladewata telah memaparkan ceritanya pada zaman pascakemerdekaan. Oleh itu, telah wujud perubahan dari segi harga diri atau kehormatan seseorang wanita. Dalam kedua-dua novel dan drama tersebut, pengarang telah memperlihatkan kepada pembaca bahawa harga diri atau kehormatan seseorang wanita itu terletak pada cara pemakaiannya. Buktinya dalam novel Putera Gunung Tahan, pengarang iaitu Ishak Haji Muhammad telah menonjolkan watak Laili, anak kepada Mohd Zain Tajudin Syah yang memakai pakaian yang mencolok mata. Dalam novel tersebut, pengarang bijak menggunakan kaedah deskripsi dalam memaparkan cara Laili berpakaian iaitu memakai baju blaus yang begitu terdedah sekali sehingga menggambarkan reben bajunya yang jatuh pada lengannya setiap kali dia bergerak dan mungkin akan jatuh terus jika tidak tersangkut pada dadanya. Jelas bahawa pengarang ingin menampilkan watak Laili yang tidak menjaga kehormatannya sebagai seorang wanita semata-mata ingin menuruti kehendak ayahnya yang menginginkan dia berkahwin dengan anak orang kaya dan berada. Berbanding dengan novel Putera Gunung Tahan, pengarang iaitu Ishak haji Muhammad telah menggunakan kaedah deskripsi dan gambaran dalam memaparkan cara wanita tua berpakaian. Dengan ini, pembaca mampu membayangkan gambaran sebenar pada masa tersebut kerana pengarang bijak mengolah cara pemaparannya. Amsalnya melalui watak perempuan melayu tua yang masih berpakaian baju kurung walaupun telah menetap bersama kaum Sakai di dalam hutan begitu lama. Dalam konteks ini, pengarang ingin memperlihatkan kepada pembaca bahawa perempuan melayu tua itu telah memelihara kehormatannya sebagai seorang wanita meskipun telah hidup dalam kalangan puak Sakai dalam tempoh yang agak lama namun perempuan melayu tua tersebut masih mementingkan harga dirinya sebagai seorang wanita melayu. Jelaslah dalam kedua-dua novel dan drama tersebut bahawa harga diri dan kehormatan seseorang wanita itu terletak pada cara pemakaiannya seperti yang telah digambarkan oleh kedua-dua pengarang tersebut. Dengan ini, pembaca dapat mengambil iktibar untuk memelihara kehormatan diri sepanjang masa walaupun berlakunya peredaran zaman.