Bahagian b aural (muzik)

12
MZU3091 AURAL DAN NYANYIAN SEMERTA II BAHAGIAN B Penulisan Akademik Aural dan Nyanyian Semerta II merupakan satu kemahiran tambahan kepada guru muzik. Kemahiran ini membantu guru muzik dalam mengendalikan aktiviti muzikal di dalam bilik darjah. Aktiviti muzikal yang menarik dan kreatif akan membentuk insan yang beriman, berilmu, berakhlak mulia, berketerampilan dan sejahtera. Guru muzik yang mempunyai kemahiran diri yang tinggi dan keyakinan diri yang baik akan menjadi seorang guru muzik yang efektif. Ahli muzik yang baik adalah mereka yang berupaya “mendengar secara mental” iaitu secara membayangkan bagaimana bunyi sesuatu skor muzik yang telah digubah tanpa menggunakan sebarang alat muzik. Nyanyian semerta dan latihan pendengaran merupakan antara beberapa perkara yang dapat membantu dalam melahirkan pemuzik ini. 1

Transcript of Bahagian b aural (muzik)

MZU3091 AURAL DAN NYANYIAN SEMERTA II

MZU3091 AURAL DAN NYANYIAN SEMERTA II

BAHAGIAN B Penulisan AkademikAural dan Nyanyian Semerta II merupakan satu kemahiran tambahan kepada guru muzik. Kemahiran ini membantu guru muzik dalam mengendalikan aktiviti muzikal di dalam bilik darjah. Aktiviti muzikal yang menarik dan kreatif akan membentuk insan yang beriman, berilmu, berakhlak mulia, berketerampilan dan sejahtera. Guru muzik yang mempunyai kemahiran diri yang tinggi dan keyakinan diri yang baik akan menjadi seorang guru muzik yang efektif.Ahli muzik yang baik adalah mereka yang berupaya mendengar secara mental iaitu secara membayangkan bagaimana bunyi sesuatu skor muzik yang telah digubah tanpa menggunakan sebarang alat muzik. Nyanyian semerta dan latihan pendengaran merupakan antara beberapa perkara yang dapat membantu dalam melahirkan pemuzik ini.

Rajah 1 : Komponen Asas Dalam Aural dan Nyanyian

Rajah 2 : Konsep Muzik yang Berkaitan dalam Aural dan Nyanyian Semerta

Rajah 3 : Pembahagian Lagu Sebagai Sumber UtamaNyanyianMenyanyi adalah satu cara istimewa dalam penggunaan suara. Bahagian ini memberi pendedahan tentang pengetahuan dan kemahiran teknik-teknik vokal seperti register/perletakan suara, artikulasi, sebutan dan pelontaran suara yang baik sebelum menyanyi. Fokusnya ialah mengenali alat-alat vokal dan anatomi manusia yang berkaitan dengan pernafasan dan fonasi serta latihan-latihan vokal yang sistematik untuk menghasilkan sebutan yang jelas dan ton yang berkualiti semasa menyanyi. Nyanyian SemertaApakah maksud nyanyian semerta? Nyanyian semerta adalah kemampuan untuk membaca skor lagu tanpa berlatih sesuatu skor itu. Penyanyi semerta yang professional boleh menyanyikan skor lagu hanya dengan menggunakan minda mereka tanpa menggunakan bunyi alat muzik atau menyanyikannya. Untuk memperoleh kemahiran menyanyi semerta yang lancar, latihan demi latihan perlu dilakukan. Latihan-latihan yang sesuai dalam aktiviti nyanyian semerta.Mengenali teori-teori asas muzik adalah penting untuk kelancaran dalam aktiviti nyanyian semerta. Sebagai seorang guru muzik, mereka perlu peka mengenai latar belakang pengetahuan mengenai teori muzik murid-murid. Pengenalan mengenai teori asas muzik adalah penting bagi memulakan aktiviti nyanyian semerta. Teori asas muzik adalah seperti mengenali not-not muzik. Terdapat 7 not asas dalam muzik. Not tersebut adalah C D E F G A B. Ada not yang berada di atas garisan bar dan ada juga not yang berada di dalam garisan bar. Skel C major merupakan skel yang paling asas dalam teori muzik. Dalam skel C major tiada penggunaan sharp dan flat. Sangat penting untuk mahir dalam skel C major ini kerana ia merupakan satu-satunya skel yang paling asas sekali dalam semua skel.

Terdapat 7 konsep asas dalam muzik iaitu konsep melodi, irama, tekstur, harmoni, ekspresi, bentuk dan warna ton. Ketujuh konsep ini juga merupakan asas dalam nyanyian semerta. Konsep irama adalah konsep utama yang perlu dikuasai. Ini kerana semua jenis muzik mempunyai irama mereka tersendiri. Konsep irama adalah muzik yang bergerak pada beat tertentu dan setiap beat mempunyai nilai sama ada panjang atau pendek. Di samping itu, konsep irama ini juga adalah kumpulan beat yang membentuk tanda masa atau meter. Untuk memudahkan penyanyi semerta menyanyikan skor lagu, pendedahan irama lagu tersebut merupakan langkah pertama untuk menyanyi skor secara semerta. Konsep irama ini boleh dilatih dengan latihan menepuk beat mengikut irama dan menyanyikan notasi irama dalam skor lagu.Setelah mengenali irama dalam skor lagu, barulah penyanyi semerta mengenalpasti melodi dalam skor lagu tersebut. Dalam hal ini, konsep melodi juga merupakan asas yang penting dalam aktiviti nyanyian semerta. Melodi adalah susunan pic secara melintang. Dalam melodi terdapat pic yang rendah dan tinggi. Pic dalam melodi boleh bergerak menuju ke arah tinggi, rendah dan mendatar. Pic dalam melodi bergerak secara bertangga atau melompat. Pic yang berkaitan antara satu sama lain boleh membentuk sebuah melodi lagu. Kebiasaannya untuk mengenalpasti melodi dalam sesebuah skor, langkah pertama yang digunakan adalah menyanyikan solfa skor lagu tersebut. Dengan menyanyikan solfa, ia lebih memudahkan penyanyi semerta mengenalpasti melodi dalam lagu tersebut. Konsep harmoni ialah hasil gabungan dua atau lebih pic yang disusun secara menegak dan dinyanyikan atau dimainkan secara serentak. Ia juga merupakan dua atau lebih rangkaian melodi yang digabungkan dan dibunyikan secara serentak. Dalam koir, konsep harmoni sering kali dipraktikkan. Secara tidak lansung konsep harmoni juga adalah sebahagian daripada aktiviti nyanyian semerta. Ini kerana ahli pasukan koir mempunyai skor mereka sendiri dan menyanyikan skor secara semerta. Selain itu, konsep ekspresi turut terlibat dalam aktiviti nyanyian semerta ini. Ini kerana dalam sesebuah skor, terdapat beberapa penggunaan ekspersi seperti forte, crescendo, piano dan lain-lain. Penyanyi semerta perlu peka terhadap penggunaan ekspresi dalam skor lagu. Ini kerana setiap simbol-simbol ekspresi mempunyai fungsinya yang tersendiri. Oleh itu, adalah sangat penting untuk untuk setiap penyanyi semerta mengenali banyak mengenai simbol-simbol ekspresi ini.Untuk memudahkan penyanyi semerta peka terhadap penggunaan ekspresi dalam nyanyian semerta ini, highlightkan setiap unsur ekspresi yang terdapat dalam skor lagu. Untuk konsep tekstur, bentuk dan warna ton, penyanyi harus peka akan kewujudan mengenai ketiga-tiga konsep ini. Daripada itu, penyanyi semerta dapat menilai bagaimana perjalanan skor lagu tersebut. Dalam konsep tesktur adakah lagu tersebut dalam homofoni, monofoni atau polifoni. Manakala dalam konsep bentuk, ia lebih menekankan mengenai frasa-frasa dalam lagu tersebut. Di samping itu, penggunaan frasa dalam lagu melatih penyanyi semerta dalam teknik pernafasan. Konsep warna ton ialah bunyi-bunyian yang dihasilkan oleh pelbagai sumber mempunyai ciri-ciri tersendiri. Sesuatu bunyi itu mempunyai mutu yang berlainan dan memberi satu gambaran atau idea yang tersendiri. Konsep bentuk memberi peluang kepada penyanyi semerta untuk mencipta idea kreatif untuk mendalami lagi aktiviti nyanyian semerta. Contohnya menepuk irama bukan hanya menggunakan tepukan tangan. Tetapi penggunaan alat perkusi atau tubuh badan yang lain menceriakan lagi suasana semasa melakukan aktiviti nyanyian semerta.

Huraikan aspek-aspek teori muzik yang perlu diketahui oleh pelajar sebelum bernyanyi nyanyian semerta.Aural dan Nyanyian Semerta merangkumi pelbagai aspek teori khususnya dalam nyanyian semerta. Pelajar seharusnya peka terhadap beberapa aspek teori muzik sebelum bernyanyi nyanyian semerta. Antara aspek-aspek teori tersebut adalah nada, irama, pernafasan, sebutan dan suara. Nada dimaksudkan atau dikaitkan dengan pic kerana lontaran suara pelajar dalam pelbagai nada memainkan peranan yang penting dalam nyanyian semerta. Nyanyian semerta oleh pelajar perlu menepati nada yang bersesuaian dan tepat picnya. Jika tidak, nyanyian semerta pelajar akan menjadi sumbang.Keduanya, pelajar juga perlu mengetahui irama keratan lagu yang akan dinyanyikan sebelum bernyanyi nyanyian semerta. Setiap keratan lagu mempunyai irama atau detik yang tersendiri. Oleh itu, wajar untuk pelajar memahami dan mempelajari teori muzik tentang kepelbagaian irama. Kefahaman tentang irama dapat membantu pelajar untuk mendapatkan corak irama yang betul dengan setiap nilai not yang terdapat dalam sesebuah keratan lagu. Sebelum bernyanyi nyanyian semerta pelajar dapat membayangkan detik irama secara penghafazan. Kefahaman tentang nilai-nilai not dan tanda rehat secara pembelajaran aspek teori muzik sangat mempengaruhi nyanyian semerta seseorang penyanyi atau pelajar muzik. Misalnya, pelajar perlu mengetahui carta nilai not seperti di bawah :

Seterusnya, pelajar juga perlu mengetahui aspek pernafasan sebelumbernyanyi nyanyian semerta. Kebanyakan pendidik muzik atau guru-guru vokal akan memberi penekanan yang lebih utama terhadap pernafasan dalam nyanyian kerana ini mempengaruhi penghasilan suara dan nyanyian yang lebih jelas dan tepat picnya. Pernafasan yang terkawal adalah asas kepada nyanyian yang baik. Dalam nyanyian semerta juga, mulut dan kerongkong perlu dibuka luas untuk laluan udara yang banyak bagi menghasilkan ton yang lebih resonan. Dalam nyanyian semerta juga, pelajar seharusnya perlu mengetahui sebutan bunyi vokal dan konsonan yang tepat dan jelas. Untuk menghasilakan pengeluaran ton yang baik ciri-ciri berikut memainkan peranan yang penting, iaitu tenaga, intensity, kekuatan bunyi dan harakat (panjang dan pendek). Pernafasan dan bentuk mulut akan mengahasilkan sebutan yang jelas, kualiti ton dan intonasi yang baik. Bunyi konsosnan pada permulaan dan akhir sesuatu perkataan perlu ditekankan. Bentuk mulut dan latihan bunyi vokal adalah seperti berikut :

Latihan mengikut solfege juga mempengaruhi nyanyian semerta seseorang pelajar. Jadi, wajarlah kepada seseorang pelajar untuk bersedia lebih awal dengan aspek teori dari segi solfege supaya nyanyian semertanya menepati melodi dan pic yang tepat. Contoh latihan solfege tangan adalah seperti berikut :

Secara keseluruhannya, muzik adalah sumber inspirasi dan ketenangan jiwa bagi setiap insan. Ahli muzik yang baik adalah mereka yang berupaya mendengar secara mental iaitu secara membayangkan bagaimana bunyi sesuatu skor muzik yang telah digubah tanpa menggunakan sebarang alat muzik. Nyanyian semerta merupakan antara beberapa perkara yang dapat membantu dalam melahirkan pendidik muzik. Kefahaman tentang aspek-aspek teori muzik akan membantu untuk melahirkan seorang pemuzik yang baik dan handal. Bincangkan persediaan umum yang perlu dibuat sebelum membaca dan menyanyikan nyanyian secara semerta.

Nyanyian semerta merupakan satu elemen yang penting dalam bidang nyanyian. Menyanyi adalah satu cara yang istimewa dalam penggunaan suara dan melaui nyanyian kita dapat mempelajari dan memperluaskan budaya serta memahami perasaan dan budaya sesebuah masyarakat. Nyanyian dapat memperkayakan imaginasi seseorang individu, mempertingkatkan daya pemikiran, memberikan keseronokan dan kegembiraan, memperbaiki kekuatan dan mutu suara dalam percakapan, memperbaiki kesihatan melalui latihan pernafasan yang betul, membina keyakinan diri dan seterusnya dapat memberi kepuasan kepada diri sendiri dan orang lain.

Oleh itu, wajarlah seseorang untuk membuat beberapa persediaan dalam nyanyian sebelum membaca dan menyanyikan nyanyian secara semerta. Pertama sekali, kita perlu mengenal pasti beberapa prinsip dan peraturan yang penting dalam latihan nyanyian. Bukan itu sahaja malah kita perlu mempraktiskan peraturan tersebut dalam latihan nyanyian semerta. Antaranya adalah sentiasa bersikap positif dan menganggap latihan nyanyian sebagai satu tugasan yang menyeronokkan serta memberi fokus kepada konsep warna ton yang ekspresif, bermutu dan ringan.

Latihan secara pendengaran dalaman boleh dilakuakan sebagai salah satu persediaan sebelum menyanyikan nyanyian secara semerta. Kaedah ini juga lebih dikenali sebagai latihan pengahfazan yang melibatkan inner hearing atau inner singing. Keupayaan ini sangat penting dalam nyanyian mahupun permainan muzikal kepada seseorang penyanyi.

Seterusnya, latihan solfege juga boleh dilakukan untuk mendapatkan melodi dan pic yang tepat. Latihan solfa merupakan gabungan pengajaran secara hafalan not dan bacaan notasi dengan menggunakan simbol seperti do re mi fa so la ti do digunakan sebagai sebutan pic. Isyarat tangan dan gaya Kodaly boleh digunakan untuk membantu pengajaran secara solfa. Kedua-dua sebutan simbol dan isyarat tangan membantu perkembangan pendengaran dalaman sambil melihat notasi muzik.

Sebelum menyanyikan keratan lagu yang disediakan untuk nyanyian semerta kita perlu memberi perhatian terhadap keseluruhan skor muzik terlebih dahulu. Kita perlu mengenal pasti tanda nada, tanada masa, tanda kromat dan corak irama keratan lagu yang telah diterima terlebih dahulu. Selepas itu, secara perlahan-lahan membuat latihan penghafazan dalaman dalam tempo masa yang diberikan. Latihan corak irama juga merupakan salah satu persediaan yang boleh dibuat sebelum bernyanyi nyanyian semerta. Penyanyi boleh berlatih dengan tepuk corak irama dengan keadah Kodaly atau sebutan corak irama mengikut temponya.

Nyanyian semerta juga mempengaruhi persediaan dari segi pengahasilan warna ton. Penyanyi seharusnya perlu melakukan latihan pernafasan atau pengahsilan ton sebelum membuat nyanyian semerta. Latihan penghasilan ton ini dapat membantu untuk pernafasan yang baik serta sebutan suara yang jelas semasa nyanyian. Postur juga sangat mempengaruhi persediaan bernyanyai nyanyian semerta kita. Pengurusan postur badan kita sama ada berdiri atau duduk mempengaruhi cara pernafasan seseorang penyanyi. Oleh itu, kita perlu berada dalam keadaan postur badan yang sesuai sebelum menyanyikan nyanyian secara semerta.

Secara keseluruhannya, persediaan umum yang telah dijelaskan di atas akan membantu seseorang untuk membaca dan menyanyikan nyanyian secara semerta. Latihan dan persediaan yang rapi akan melahirkan penyanyi yang baik.

10