Bahagian d

2
BAHAGIAN D LATIHAN 1: Langkah-langkah menanamkan amalan berjimat cermat dalam kalangan masyarakat Malaysia. Pendahuluan - masyarakat perlu mempraktikkan amalan berjimat cermat / elakkan sikap boros ketika berbelanja / terdapat langkah-langkah untuk menyemai sikap berjimat cermat Isi 1 : Memupuk sikap suka/rajin menabung ( IU) - ibu bapa harus memupuk amalan ini kepada anak-anak (H) -ibu bapa menggalakkan anak-anak mempunyai tabungan sendiri (H) ibu bapa membuka akaun simpanan anak-anak di bank ( C/B) Isi 2 : Mengadakan skim saham amanah ( IU) - Masyarakat perlu prihatin peranan skim saham amanah (H) / peranan badan kerajaan menggalakkan masyarakat melabur/menabung(H) / masyarakat perlu sedar kebaikan /faedah menabung/melabur(KK) Isi 3 : Perbelanjaan berhemat (IU ) - perbelanjaan memerlukan perancangan yang teliti (H) / perancangan bagi mengelakkan pembaziran/boros berbelanja (H) / perlu mengelakkan penggunaan kad kredit ketika berbelanja (C/B) / elakkan daripada mengalami masalah kewangan/beban hutang(KK) Penutup - amalan berjimat cermat melahirkan masyarakat bijak dan progresif - individu/ masyarakat mempunyai simpanan untuk masa depan / amalan ini wajar menjadi budaya masyarakat Malaysia. LATIHAN 2: Vandalisme merupakan salah satu daripada perlakuan negatif yang sering dilakukan oleh anggota masyarakat yang tidak bertanggungjawab terutama golongan remaja. Jelaskan kesan-kesan kegiatan vandalisme di negara kita. Dalam era globalisasi ini masih ada segelintir rakyat di negara ini yang berfikiran sempit dan tidak bermoral. Golongan sebegini sanggup melakukan aktiviti vandalisme sehingga menyusahkan banyak pihak terutama masyarakat umum. Pelbagai masalah akan timbul ekoran aktiviti yang tidak sihat ini. Impak yang paling ketara ialah masalah vandalisme ini mencacatkan pemandangan terutama di kawasan tandas awam yang dipenuhi dengan tulisan-

description

bm

Transcript of Bahagian d

Page 1: Bahagian d

BAHAGIAN D

LATIHAN 1: Langkah-langkah  menanamkan amalan berjimat cermat dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Pendahuluan - masyarakat perlu mempraktikkan  amalan berjimat cermat / elakkan sikap boros ketika berbelanja  / terdapat langkah-langkah  untuk menyemai sikap berjimat cermat

 Isi 1  :  Memupuk sikap suka/rajin menabung ( IU) - ibu bapa harus memupuk amalan ini kepada anak-anak (H) -ibu bapa menggalakkan anak-anak mempunyai tabungan sendiri (H) ibu bapa membuka akaun simpanan anak-anak di bank ( C/B)

Isi 2  :  Mengadakan skim saham amanah  ( IU) - Masyarakat perlu prihatin  peranan skim saham amanah (H) / peranan  badan kerajaan menggalakkan masyarakat melabur/menabung(H) / masyarakat perlu sedar kebaikan /faedah menabung/melabur(KK)

 Isi 3  :   Perbelanjaan berhemat  (IU ) - perbelanjaan memerlukan perancangan yang teliti (H) / perancangan bagi mengelakkan pembaziran/boros berbelanja  (H) / perlu mengelakkan penggunaan kad kredit ketika berbelanja    (C/B) / elakkan daripada mengalami masalah kewangan/beban hutang(KK)

Penutup - amalan berjimat cermat melahirkan masyarakat bijak dan progresif - individu/ masyarakat mempunyai simpanan  untuk masa depan / amalan ini wajar menjadi budaya masyarakat Malaysia.

LATIHAN 2: Vandalisme merupakan salah satu daripada perlakuan negatif yang sering dilakukan oleh anggota masyarakat yang tidak bertanggungjawab terutama golongan remaja.

Jelaskan kesan-kesan kegiatan vandalisme di negara kita.

Dalam era globalisasi ini masih ada segelintir rakyat di negara ini yang berfikiran sempit dan tidak bermoral. Golongan sebegini sanggup melakukan aktiviti vandalisme sehingga menyusahkan banyak pihak terutama masyarakat umum. Pelbagai masalah akan timbul ekoran aktiviti yang tidak sihat ini.

Impak yang paling ketara ialah masalah vandalisme ini mencacatkan pemandangan terutama di kawasan tandas awam yang dipenuhi dengan tulisan-tulisan yang tidak elok. Begitu juga kawasan taman permainan kanak-kanak yang menyaksikan banyak peralatan di situ yang sudah dimusnahkan begitu sahaja. Keadaan ini memberikan satu gambaran negatif kepada masyarakat luar bahawa rakyat di negara ini tidak begitu menghargai kemudahan awam yang disediakan.

Masalah vandalisme ini juga bakal menimbulkan pelbagai kesulitan kepada masyarakat umum. Rakyat kehilangan hak mereka untuk menggunakan kemudahan yang sepatutnya mampu untuk menjamin keselesaan hidup terutama kemusnahan telefon awam. Bayangkan bagaimana masyarakat hendak menggunakan telefon awam ketika kecemasan jika kemudahan ini telah dimusnahkan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab ini.

Pada masa yang sama amalan vandalisme ini turut membebankan pihak berkuasa terutama dalam aspek kewangan. Kerajaan terpaksa membelanjakan jutaan ringgit untuk membuat pembaikan terhadap semua kemudahan awam yang sudah mengalami kerosakan ini. Tindakan membaiki kemudahan awam ini membuktikan berlakunya satu pembaziran kerana wang tersebut boleh digunakan untuk membantu rakyat dalam aspek pembangunan yang lain pula.

Page 2: Bahagian d

Kesimpulannya, rakyat harus memikul tanggungjawab dalam memastikan vandalisme ini tidak berleluasa. Sebarang tindakan vandalisme boleh membawa impak negatif kepada semua pihak baik masyarakat mahupun kerajaan. Lantaran itu, semua pihak memikul tanggung jawab untuk menjamin kemakmuran hidup masyarakat di negara ini.