Bahan Bantu Mengajar

9
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, perhatian awal pelajar adalah berkait dengan apa yang dipandang dan didengarnya. Walaupun begitu, memberikan perh adalah suatu perkara yang sukar hendak dipastikan kerana sungguhpun pelajar menghadapkan mukanya kepada guru tetapi mungkin fikirannya melayang ke tempat lain. Kaedah untuk mendapatkan penggerakkan perhatian adalah dengan cara menunjukk objek yang dapat menarik perhatian semua pelajar di dalam kelas. Antara beberapa kae yang boleh digunakan untuk menarik perhatian awal adalah dengan penggunaan bahan bantuan mengajar yang canggih dan sesuai dengan tajuk yang dibincangkan. Bahan Bantu Mengajar ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru murid untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas. !eralatan mengajar bukan terhad kepada buku"buku teks, papan hitam, kapur dan gambar"gambar sahaja, tet ia merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran yang melibatkan semua pancaindera melihat, mendengar, rasa,hidu dan sebagainya, merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh murid"murid .Atan #ong $%&'%( membahagikan alat bantu m kepada tiga kumpulan) alat pendengaran, alat"alat pandangan dan alat pandang"dengar. *ora+iah amid $%&'%( membahagikan BBM kepada dua multimedia iaitu media elektronik dan media bukan elektronik. Manakala anapiah -udin $%& &( mengkelaskannya kepada dua iaitu / software dan hardware0. *gui Kuen -ang $%&'%( mengenai BBM, kita tidak dapat memberi takrif yang tetap walaupun padakeseluruhannya ramai pendidik menyetujui bahawa penggunaan BBM dalam situasi pengajaran pembelajaran adalah pengalaman yang melibatkan penggunaan penglihatan dan pandangan seseorang.0 Atan #ong $%&'1( BBM terdiri daripada pelbagai bahan dan sesuatu bahan boleh disampaikan dengan pelbagai cara, misalnya dalam bentu buku, carta, atau dibubuh pada slaid dan dipancarkan pada skrin. Alat"alat penyampai dinamakan BBM.0 2homas, 3. Murray, -wartout, -herwin 4 $%&56( 7hanya alat mengajar yang mempunyai komunikatif tinggi yang mampu membantu pelajar memperolehi pengalaman belajar yang berfaedah bagi mengembangkan sikap ilmiahdan sikap sosial, kemantapan emosi dan daya penghargaan.0

description

sekolah

Transcript of Bahan Bantu Mengajar

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, perhatian awal pelajar adalah berkaitan dengan apa yang dipandang dan didengarnya. Walaupun begitu, memberikan perhatian adalah suatu perkara yang sukar hendak dipastikan kerana sungguhpun pelajar menghadapkan mukanya kepada guru tetapi mungkin fikirannya melayang ke tempat lain. Kaedah untuk mendapatkan penggerakkan perhatian adalah dengan cara menunjukkan objek yang dapat menarik perhatian semua pelajar di dalam kelas. Antara beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk menarik perhatian awal adalah dengan penggunaan bahan bantuan mengajar yang canggih dan sesuai dengan tajuk yang dibincangkan.

Bahan Bantu Mengajar ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru/ murid untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Peralatan mengajar bukan terhad kepada buku-buku teks, papan hitam, kapur dan gambar-gambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran yang melibatkan semua pancaindera melihat, mendengar, rasa,hidu dan sebagainya, merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh murid-murid .Atan Long (1981) membahagikan alat bantu mengajar kepada tiga kumpulan: alat pendengaran, alat-alat pandangan dan alat pandang-dengar. Noraziah Hamid (1981) membahagikan BBM kepada dua multimedia iaitu media elektronik dan media bukan elektronik.

Manakala Hanapiah Sudin (1979) mengkelaskannya kepada dua iaitu software dan hardware. Ngui Kuen Sang (1981) mengenai BBM, kita tidak dapat memberi takrif yang tetap walaupun padakeseluruhannya ramai pendidik menyetujui bahawa penggunaan BBM dalam situasi pengajaran pembelajaran adalah pengalaman yang melibatkan penggunaan penglihatan dan pandangan seseorang. Atan Long (1982) BBM terdiri daripada pelbagai bahan dan sesuatu bahan boleh disampaikan dengan pelbagai cara, misalnya dalam bentuk buku, carta, atau dibubuh pada slaid dan dipancarkan pada skrin. Alat-alat penyampaiannya dinamakan BBM. Thomas, R. Murray, Swartout, Sherwin G (1963) hanya alat bantu mengajar yang mempunyai komunikatif tinggi yang mampu membantu pelajar memperolehi pengalaman belajar yang berfaedah bagi mengembangkan sikap ilmiahdan sikap sosial, kemantapan emosi dan daya penghargaan.

Berdasarkan pendapat-pendapat di atas bolehlah disimpulkan bahawa BBM boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu pertama, bahan-bahan yang menggunakan media elektronik seperti filem pelajaran, filemjalur,slaid, overhead projektor (OHP), pita video, radio, pita rakaman, piring hitam, CD ,komputer,radio kaset, televisyen, internet dan sebagainya. Kedua, bahan yang tidak menggunakan media bukan elektronik seperti suara, gambar,carta, model, surat khabar, papan hitam, papan putih, papan flanel, papan magnet, kad-kad imbasan, buku dan sebagainya. Ketiga, bahan bercorak pengalaman seperti lakonan, lawatan, projek, pameran, bahan maujud (realia) dan sebagainya. Penggunaan BBM yang berkesan berjaya menarik minat murid dan mengekalkan situasi pengajaran yang lebih menarik. BBM yang menggunakan pelbagai deria akan memberikan kesan dalam menerangkan sesuatu konsep kepada pelajar, khususnya konsep yang abstrak. Penggunaan multimedia yang terdiri daripala slaid,video dan audio yang menarik berjaya mendorong pembelajaran secara sendirian atau berkumpulan.

Penggunaan bahan bantuan mengajar juga telah tersebar luas sejajar dengan arus kemajuan yang berlaku dalam dunia pendidikan hari ini. Peralatan yang dihasilkan berasaskan teknologi moden dapat digunakan secara praktik dalam pengajaran dan pembelajaran guru. Dengan itu, guru harus mengetahui cara mengendalikan projektor slaid, projektor filem, serta alat bantu mengajar yang lain. Kepentingan penggunaan bahan bantu mengajar ialah, ianya dapat mencetuskan minat para pelajar akan subjek yang diajar. Ianya juga dapat mendorong pelajar-pelajar agar bergiat cergas dan cerdas dalam proses pembelajaran. Selain itu, mengikut Charles F. Hoban, James D. Finn dan Edgar Dale (1964 ) kepentingan BBM bolehlah dirumuskan seperti BBM menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep, sebagai daya penarik penting kepada seseorang pelajar, dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal , memberi pengalaman sebenar yang boleh merangsangkan aktiviti sendiri di kalanganpelajar, dapat membina pemikiran yang berterusan, seperti melalui filem bergerak, boleh membantu pemahaman dan perkembangan perbendaharaan kata pelajar dan boleh memberi pengalaman baru dan menjadikan pembelajaran lebih mendalam.

Bahan bantuan mengajar yang digunakan oleh guru dapat menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan dan kekal dalam minda pelajar. Untuk mengajar Sejarah, apa yang diperlukan ialah ingatan dan imaginasi guru dan para pelajar. Maka, apabila guru menggunakan bahan bantuan mengajar, daya ingatan pelajar menjadi lebih baik berbanding dengan pengajar yang tidak menggunakan sebarang bahan bantuan mengajar. Selain daripada itu, dengan adanya bahan bantu mengajar, konsep pengajaran dapat dijelaskan dan diperkembangkan dengan lebih terperinci. Pengajaran guru juga akan menjadi lebih bersifat kreatif dan tidak membosankan pelajar. Walaubagaimanapun, guru perlu membuat perancangan yang teliti terlebih dahulu akan pemilihan bahan bantu mengajar yang bersesuaian dengan topik yang ingin disampaikan.

Penggunaan BBM yang berkesan berjaya menarik minat murid dan mengekalkan situasi pengajaran yang lebih menarik. BBM yang menggunakan pelbagai deria akan memberikan kesan dalam menerangkan sesuatu konsep kepada pelajar, khususnya konsep yang abstrak. Penggunaan multimedia yang terdiri daripala slaid,video dan audio yang menarik berjaya mendorong pembelajaran secara sendirian atau berkumpulan. Jika BBM digunakan secara betul dan sesuai dengan pengalaman murid objektif-objektif berikut akan tercapai. Fungsi utama Bahan Bantu Mengajar adalah bagi memudahkan para pelajar memahami isi pengajaran. Bahan Bantu Mengajar yang berkesan haruslah dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru yang mempunyai daya kreativiti, bijak memilih bahan yang sesuai dan kaedah pengajaran yang terbaik agar ianya berkesan. Walaupun pada masa-masa tertentu pelajar-pelajar memahami pengajaran guru, namun keperluan kepada Bahan Bantu Mengajar adalah penting tidak kira sama ada bahan yang digunakan bahan elektronik atau bukan elektronik. Antara perkara penting yang perlu diperhatikan ialah sejauh manakah alat berkenaan dapat memberi manfaat kepada guru dan pelajar-pelajar. Keberkesanan Bahan Bantu Mengajar bukan sahaja ditentukan oleh kualitinya tetapi juga oleh teknik penggunaannya dalam situasi bilik darjah. Antara jenis-jenis BBM itu boleh dibahagikan kepada dua iaitu peralatan elektronik seperti komputer, televisyen, radio dan sebarang alat audio video dan peralatan bukan elektronik seperti peta, carta, surat khabar, bahan manipulatif, tangram, papan paku, bongkah kayu dan sebagainya.

Penggunaan Bahan Bantu Mengajar dapat mengatasi masalah seperti disiplin pelajar, kekurangan masa, kawalan kelas, dan kurang minat pelajar terhadap pengajaran guru. Bahan Bantu Mengajar bukan sahaja dapat meningkatkan rasa ingin tahu di kalangan pelajar, bahkan dapat menambahkan variasi kepada teknik pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah, pelbagai Bahan Bantu Mengajar digunakan sebagai satu cara untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan berkesan (Yusup Hashim, 1997, m.s 16). Mok Soon Sang (1996, m.s 58), pula mengatakan bahawa penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam proses pengajaran adalah amat penting. Ini kerana ia dapat membantu guru menyampaikan pengajaran dengan mudah, cepat serta menarik. Bahan Bantu Mengajar yang disediakan mestilah bersesuaian dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Manakala isi kandungan haruslah tepat dan berkait rapat dengan topik yang hendak diajar.

Pada amnya,cara menggunakan Bahan Bantu Mengajar hendaklah diuruskan dengan betul dan cekap supaya pelajar dapat memahami dan mengekalkan konsep atau fakta sejarah dalam ingatan mereka. Selain sebagai bahan tambahan kepada penyampaian pengajaran secara lisan oleh guru, penggunaan Bahan Bantu Mengajar sebenarnya turut memberi peluang kepada pelajar memperolehi pengetahuan melalui penggunaan pelbagai deria, iaitu deria penglihatan, deria sentuh, dan deria pendengaran. Senarai Bahan Bantu Mengajar yang dapat digunakan oleh guru sejarah tidak terbatas. Ia hanya terhad oleh inisiatif dan kreativiti guru.

Ini bagi memastikan minat pelajar dapat terus dikekalkan. Penggunaan Bahan BantuMengajar yang sesuai akan mendorong minat pelajar untuk melalui proses pembelajaran yang menyeronokan. Seterusnya dapat membantu pelajar mencapai objektif pembelajaran seperti yang telah dirancangkan. Minat boleh dianggap sebagai daya pengerak yang mendorong kita supaya memberi perhatian kepada seseorang, sesuatu benda atau kegiatan atau ianya boleh merupakan pengalaman yang berpengaruh dan telah dirangsang oleh kegiatan itu sendiri.

Kepentingan bantuan Bahan Bantu Mengajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran sering diperkatakan . Selain itu, ia juga dikatakan mampu mempelbagaikan teknik belajar yang lebih berkesan dan boleh membantu aktiviti - aktiviti pembelajaran agar tidak membebankan guru dan murid. Bahan Bantu Mengajar merupakan alat yang dapat membantu guru meningkatkan proses pengajaran dan menyediakan sumber untuk pembelajaran. Jadi peranan Bahan Bantu Mengajar ialah untuk memenuhi kedua-dua proses ini bagi meningkatkan proses komunikasi, menyediakan pelbagai kaedah atau teknik mengajar bagi meningkatkan motivasi pelajar dan melahirkan masyarakat yang bermaklumat serta berfikiran kritis dan kreatif..

Secara amnya, pelajar merasakan bahawa pengajaran guru lebih menarik jika guru itu menggunakan Bahan Bantu Mengajar. Melalui penggunaan Bahan Bantu Mengajar, seseorang guru itu lebih bersedia dan lebih kreatif untuk menyampaikan pelajarannya dengan baik telah menyatakan tujuh nilai penting tentang penggunaan Bahan Bantu Mengajar ialah merangsang minat yang tinggi di kalangan pelajar dan minat satu faktor yang penting dalam pembelajaran mereka, menyediakan satu dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan mcorak pemikiran dan oleh itu mengurangkan berbagai-bagai gerak balas lisan daripada pelajarnya, membekalkan satu dasar untuk perkembangan pembelajaran pelajar-pelajar dan oleh itu menjadikan pembelajaran mereka lebih kekal, menyediakan pengalaman yang tidak dapat diperolehi dengan mudahnya melalui cara lain dan menolong menjadikan pembelajaran pelajar-pelajar lebih mendalam dan pelbagai, menolong dalam kefahaman, oleh itu mempercepatkan perkembanganperbendaharaan kata., menawarkan pengalaman yang sebenar dan dengan demikian merangsangkan kegiatan seorang pelajar serta mendorong pelajar untuk menyiasat dan dengan demikian menambahkan bacaan sukarela.

Para pendidik perlu berubah daripada cara pengajaran tradisional yang masih diamalkan oleh sesetengah guru dalam aspek pengajaran pembelajaran perlu dikaji semula dan diubahsuai jika perlu. Semua jenis pembelajaran dan pengalaman yang diperolehi adalah melalui deria. Menurut Kamaruddin, Bahan Bantu Mengajar merupakan segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di bilik darjah. Alatan mengajar ini tidak terhad kepada buku-buku teks, papan tulis dan gambar-gambar sahaja tetapi juga merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran dan sebagainya.

Di antara prinsip pembinaan Bahan Bantu Mengajar ialah pelbagai bahan bantu mengajar berbagai BBM dapat mempelbagaikan kegiatan ataupengalaman murid-murid belajar mengikut peringkat atau kebolehannya daripada mudah ke sukar, seperti pengalaman langsung ke pengalaman abstrak, pengalamaan rekaan, pengalaman dramatized ,demontrasi, pameran, gambar-gambar, bahan rakaman, filem-filem dan sebagainya. Kedua, mutu bahan bantu mengajar di mana mutu bahan bantu mengajar bergantung kepada pembinaan dan pemilihannya sebagaibahan pengajaran. Ia harus dipilih sesuai dengan bahan yang hendak kita ajarkan dan secocok dengan murid-murid yang terlibat. Pembinaannya biarlah mengikut lunas-lunas yang tertentu seperti jelas (bunyi dan rupa sebutan ), intonasi dan nada, keharmonian warna ( gambar ) kesesuaian saiz, bentuk huruf atau carta dan keteguhannya. Alat itu juga harus mudah dibuat, diperbuat dari bahan-bahan yang murah dan boleh didapati secara percuma seperti di jabatan-jabatan kerajaan, pejabat pos, pusat beli belah, pihak swasta dan sebagainya.

Ketiga, kecekapan Menggunakan Bahan Bantu Mengajar. Kecekapan seseorang guru menggunakan BBM adalah penting kerana kegagalannya menyebabkanpengajaran menjadi tidak berkesan atau merosakkan pelajaran itu seluruhnya. Masa mengendalikanBBM dan tidak mengalami sebarang kesulitan apabila tiba masa menggunakannya. BBM sentiasa beradadi dalam keadaan baik, boleh beroperasi dan menepati fungsinya.Guru harus pandai memilih butir-butir penting yang perlu ditulis, supaya jelas, terang, kemas dan teratur. Cekap mempersuaikan keperluan muriddan masa yang diperuntukkan. Seterusnya ialah Kesesuaian Bahan Bantu Mengajar di mana ianya seharusnya bersabit dengan tujuan pelajaran dan bahan yang hendak disampaikan. Sekiranya tidak, usaha menyediakan adalah sia-sia sahaja.

Di antara strategi menggunakan Bahan Bantu Mengajar ialah Bahan Bantu Mengajar dicipta atau dibuatnya sendiri bukan dibeli di kedai-kedai secara sewenang-wenangnya sahaja. Apa yang pentingnya di sini ialah semangat dan kegigihan guru-guru itu sendiri yang perlu ditiru. Contohnya di dalam pengajaran jawi, alat tulisnya dibuat sendiri dari buluh atau rotan sahaja tetapi hasilnya adalah bermutu tinggi dan sukar ditandingi sehingga sekarang. Kedua, daya kreativiti yang tinggi. Nilai seni BBM adalah diberi perhatian serius, kerana salah satu syarat untuk menjadi seorang guru yang baik ialah ia mempunyai nilai kreativiti yang baik seperti di dalam seni lukis, seni ukir, seni sastera, seni suara dansebagainya. Mata pelajaran menulis cantik seperti seni khat atau tulisan rumi dan jawi perlu dihidupkan semula. Tulisan guru-guru dahulu sungguh cantik, kemas, menarik dan jelas sudah tentu menghasilkan BBM yang menarik seperti tulisan pada kad-kad imbasan, kad ayat-kad ayat, papan hitam, papan gulung, carta-carta dan sebagainya.Begitu juga hasil-hasil karya sastera seperti puisi-pantun, syair, gurindam dan sajak adalah ditulis dan diciptanya sendiri dan mereka ini tekun dan merasa puas dengan hasil karyanya tanpa mengharapkan pujian atau penghargaan dari orang lain.

Ketiga, menggunakan bahan-bahan tradisional atau bahan terbuang sepenuhnya: Bahan-bahan terbuang atau bahan maujud di sekitarnya digunakan sepenuhnya seperti rotan, buluh, tin-tin kosong, kain-kain perca, kulit siput, sarung kaki lama, batu-batan,kulit-kulit siput, surat khabar lama, buah getah, guli, lidi, batang ice cream, tudung botol,kotak rokok, ranting kayu, daun-daun kering dan sebagainya. Keempat, cekap mengguna dan menyesuaikan BBM dengan kebolehan murid: Pengalaman mengajarnya yang lama itu digunakan sepenuhnya. Guru-guru ini bukan sahaja mengenali batang tubuh setiap muridnya tetapi ia tahu juga kebolehan dan minat muridnya. Dapat dilaksanakan dengna bmelibatkan pancaindera. Sebagai guru kita perlu kembali kepada asas mengapa menggunakan BBM. Bilangan murid sekolah rendah yang puratanya 30-35 orang masih belum mencukupi untuk disediakan BBM yang berbetuk elektronik khususnya sekolah di luar bandar. Dengan terwujudnya kelas bestari telah menimbulkan masalah ketidakcukupan komputer untuk menyokong pengajaran. Dalam hal inilah kreativiti guru sagat diperlukan dalam menghasilkan BBM yang boleh menjadi ganti kepada media elektronik ini.

Terdapat juga beberapa garis panduan pemilihan bahan pengajaran dan prinsip-prinsip pemilihan bahan pengajaran iaitu sesuai di mana perkataan sesuai itu sendiri membawa maksud bertepatan,dimana konsep sesuatu mata pelajaran boleh diikuti oleh pelajar. Tajuk dan keterangan berkaitan dengan mata pelajaran. Perbendaharaan kata dan bahasa yang digunakan boleh difahami oleh pelajar seperti yang dikehendaki oleh kumpulan atau individu. Pemilihan bahan hendaklah mempunyai hubungan kes sesuai dengan perkara berikut seperti objektif dan matlamat pengajaran bahasa, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran, keadaan pelajar, suasana pembelajaran dan minat pelajar bahan pengajaran yang dipilih hendaklah sesuai dengan matlamat pengajaran.

Guru hendaklah menentukan objektif pengajaran terlebih dahulu menentukan objektif pengajaran terlebih dahulu sebelum memilih sesuatu bahan. Dengan pengajaran yang tertentu, guru boleh memilih bahan-bahan yang sesuai dan dapat membantu ke arah pencapaian objektif tersebut.Bahan yang dipilih hendaklah sesuai dengan Falsafah Pendidikan Negeri dan juga bersesuaian dengan kebudayaan, adat resam, kepercayaan dan situasi tempatan. Faktor latar belakang pengalaman sosial,pendidikan, ekonomi dan taraf pencapaian ketika menyediakan bahan.Elemen penting dalam suasana pembelajaran ialah pelajar,isi pelajaran, bahan dan guru.Dalam proses pembelajaran pula, rangsangan yang mengarah pada pemikiran dan seterusnya mewujudkan tingkah laku tertentu merupakan tiga konsep yang penting. Kedua, mencabar di mana terdapat tiga konsep penting yang perlu wujud dalam proses pembelajaran iaitu rangsangan pemikiran dan tingkahlaku. Oleh yang demikian, bahan-bahan yang dipilih dapat memberikan rangsangan untuk pelajar berfikir dan mendorong mereka untuk terus belajar.

Seterusnya ialah ketepatan bahan pengajaran dimaksudkan sebagai isi kandungan bahan pengajaran yang menepati kandungan kurikulum pengajaran. Bahan pengajaran yang dipilih mestilah menunjukkan perkaitan antara aspek kandungan bahan, proses pembelajaran dan pengajaran. Ketepatan sesuatu bahan berdasarkan ciri-ciri berikut ialah kurikulum pengajaran sesuai dengan kemampuan dan kehendak pelajar, susunan bahan, mengandungi maklumat atau fakta yang tepat, maklumat yang kemaskini , perbendaharaan kata yang sesuai dan bahan Pengajaran yang diperakui. Selain itu, menarik di mana reka letak;peta, lukisan,carta,jadual,graf, rajah, gambar atau kartun mestilah disusun berhampiran dengan sesuatu maklumat yang berkaitan. Ini akan memudahkan pelajar membuat rujukan atau memahami sesuatu konsep, saiz huruf cetak atau saiz haruslah sesuai dengan peringkat umum pelajar, Ilustrasi dan bahan grafik bukan sahaja menghiasi bahan pengajaran tetapi berfungsi sebagai maifestasi visual sesuatu maklumat yang akan dapat menambah atau mengukuhkan pembacaan pemahaman, kualiti kulit dan cara buku dijilid dan bahan ahan Pengajaran mengandungi arahan yang jelas.

Sekiranya untuk menghasilkan bahan bantu mengajar tersebut dibeli, tidaksemestinya mahal. Sebaliknya bahan tersebut boleh dihasilkan dengan kreativiti guru contohnya dengan menggunakan bahan terbuang. Praktikal di mana bahan yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran seharusnya praktikal sama ada kepada guru atau pelajar. Bahan pengajaran seharusnya sederhana dan mudah digunakan serta menggunakan bentuk bahasa yang berdasarkan situasi sebenar. Ini dapat membantu pelajar menggunakan bahasaa dalam komunikasi. Selain daripada itu bahan itu mestilah tahan lasak jika digunakan berulang kali dan sekiranya digunakan untuk lebih daripada satu mata pelajaran lain. Kemudian bahan pengajaran yang dipilih hendaklah sentiasa berfungsi, boleh dibawa kemana-mana, dan tidak terlalu berat atau besar. Pemilihan bahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang terdiri daripada bahan-bahan teks atau sumber-sumber lain semestinya dilihat daripada tiga perspektif iaitu perspektif komunikatif atau fungsional, perspektif struktural dan perspektif kemahiran. Ketiga-tiga aspek ini biasanya lebih ditumpukan ke atas murid-murid itu sendiri. Prinsip berikutnya adalah bahan yang telah dipilih dan diolah,yang mana difikir sesuai untuk diketengah kepada murid-murid, pembinaanbahan-bahan pengajaran bolehlah dimulakan. Dalam proses pembinaan bahan pengajaran, banyak faktor yang harus difikirkan. Walau bagaimanapun, dalam bahagian ini, aspek kandungan bahan bahasa yang perlu diberi perhatian oleh guru . Ini juga melibatkan bentuk dan fungsi bahasa, ketepatan, kepelbagaian,kemahiran bahasa, penyerapan pengetahuan dan nilai, standardisasi dan simplikasi.