Bahan-Cetak

5
Bahan Cetak 1) Apakah maksud resos? Resos adalah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru sebagai bantuan dalam menyampaikan pengajaran sama ada di dalam atau luar bilik darjah. Asiah Abu Samah (1990) mengatakan perkembangan sains dan teknologi yang pesat telah menyebabkan kaedah menyebarkan data dan ilmu pengetahuan melalui bilik darjah menjadi tidak lengkap. Maka guru pelatih di Malaysia telah diperkenalkan dengan penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) untuk membantu mereka mengajar dengan lebih berkesan. Menurut Ngui Kuen Sang (1981) resos ialah penggunaan bahan pengajaran dalam situasi pengajaran dan pembelajaran melibatkan penglihatan dan pandangan seseorang murid. Selain itu juga, resos juga merupakan bahan-bahan pengajaran dan mempunyai pelbagai jenis iaitu mungkin berbentuk buku, carta, slaid yang dipancarkan pada layar putih (Atan Long, 1982). Penggunaan resos perlulah bersesuaian dengan peringkat umur murid. Sebagai contoh penggunaan bahan maujud dan semi konkrit adalah bersesuaian dengan peringkat umur murid-murid sekolah rendah. Resos dalam matematik adalah dirujuk sebagai sesuatu yang dapat diguna untuk menyokong atau membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik. Adalah diakui bahawa terdapat pelbagai jenis resos dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik seperti Internet, Rencana, Jurnal, CD ROM, Alat Bantu Mengajar, Buku Teks, Majalah, Program TV, Muzik, Model 3-D, Kad dan sebagainya. Sebenarnya resos boleh dibahagikan kepada 3 kumpulan, iaitu bahan cetakan, bahan bantu pengajaran dan pembelajaran, dan teknologi. Ketiga-tiga kumpulan resos di atas mampu digunakan sebagai bahan rujukan, bahan pengajaran dan juga bahan pembelajaran. KANA|KITTY|SIVA| THANES|TLAGA|VANI|

description

0000

Transcript of Bahan-Cetak

Page 1: Bahan-Cetak

Bahan Cetak

1) Apakah maksud resos?

Resos adalah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru sebagai bantuan dalam

menyampaikan pengajaran sama ada di dalam atau luar bilik darjah. Asiah Abu Samah (1990)

mengatakan perkembangan sains dan teknologi yang pesat telah menyebabkan kaedah

menyebarkan data dan ilmu pengetahuan melalui bilik darjah menjadi tidak lengkap. Maka guru

pelatih di Malaysia telah diperkenalkan dengan penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) untuk

membantu mereka mengajar dengan lebih berkesan. Menurut Ngui Kuen Sang (1981) resos

ialah penggunaan bahan pengajaran dalam situasi pengajaran dan pembelajaran melibatkan

penglihatan dan pandangan seseorang murid. Selain itu juga, resos juga merupakan bahan-

bahan pengajaran dan mempunyai pelbagai jenis iaitu mungkin berbentuk buku, carta, slaid

yang dipancarkan pada layar putih (Atan Long, 1982). Penggunaan resos perlulah bersesuaian

dengan peringkat umur murid. Sebagai contoh penggunaan bahan maujud dan semi konkrit

adalah bersesuaian dengan peringkat umur murid-murid sekolah rendah.

Resos dalam matematik adalah dirujuk sebagai sesuatu yang dapat diguna untuk

menyokong atau membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik. Adalah

diakui bahawa terdapat pelbagai jenis resos dalam proses pengajaran dan pembelajaran

matematik seperti Internet, Rencana, Jurnal, CD ROM, Alat Bantu Mengajar, Buku Teks,

Majalah, Program TV, Muzik, Model 3-D, Kad dan sebagainya. Sebenarnya resos boleh

dibahagikan kepada 3 kumpulan, iaitu bahan cetakan, bahan bantu pengajaran dan

pembelajaran, dan teknologi. Ketiga-tiga kumpulan resos di atas mampu digunakan sebagai

bahan rujukan, bahan pengajaran dan juga bahan pembelajaran.

KANA|KITTY|SIVA| THANES|TLAGA|VANI|

Page 2: Bahan-Cetak

2) Apakah jenis bahan bercetak?

Bahan bercetak boleh didefinisikan sebagai bahan yang mempunyai tulisan dan wujud

secara fizikal. Bahan ini boleh disentuh dan boleh dibaca secara terus. Ciri penting pada bahan

bercetak ialah bahan tersebut mestilah dihasilkan melalui cetakan dan bukan hasil daripada

tulisan tangan mana-mana individu.

Bahan bercetak meliputi buku, majalah, jurnal, enskilopedia, surat khabar, kad, katalog,

kamus, buku teks, dan sebagainya yang dihasilkan secara bercetak. Bahan bercetak seperti ini

banyak disimpan di pusat sumber atau di perpustakaan ataupun di arkib. Semuanya dihasilkan

oleh penulis-penulis atau pereka-pereka yang mahir dan terkenal dalam bidang masing-masing.

Sumber pengajaran dan pembelajaran ini telah digunakan secara meluas oleh guru-guru di

sekolah sejak beberapa lama kerana kelebihan yang terdapat pada bahan ini. Bahan ini murah

dan senang didapati di mana-mana. Selain itu, bahan bercetak adalah bahan yang kekal dan

mudah dirujuk diakses yang menyebabkannya menjadi sumber pengajaran dan pembelajaran

yang terkenal dan selalu digunakan.

Namun begitu, terdapat beberapa kelemahan yang ada pada bahan bercetak ini.

Kebiasaannya bahan bercetak selalu didapati dalam bentuk buku yang tebal contohnya buku

teks. Jadi sukar untuk dibawa kerana berat selain tidak boleh disunting dan akan menjadi

masalah apabila berlakunya peredaran zaman yang mana isi kandungan buku tersebut menjadi

ketinggalan dan tidak terkini. Ini kerana buku-buku selalunya perlu disunting terlebih dahulu

kemudian dicetak seterusnya diedar yang mana mengambil masa yang agak lama untuk

mengikut peredaran zaman.

KANA|KITTY|SIVA| THANES|TLAGA|VANI|

Page 3: Bahan-Cetak

3) Apakah kelebihan menggunakan bahan bercetak dalam pengajaran dan pembelajaran?

Resos juga boleh diertikan sebagai segala kelengkapan dan peralatan yang digunakan oleh

guru sebagai bantuan dalam menyampaikan pengajaran sama ada di dalam atau di luar bilik

darjah. Resos boleh terdiri daripada bahan bercetak, bahan manipulatif dan penggunaan

perisian komputer serta teknologi maklumat. Bahan bercetak termasuk lembaran kerja, jurnal,

carta, graf, keratan akhbar, buku teks, ensiklopedia, lukisan, gambar, peta, poster, komik dan

buku latihan. Bahan manipulatif Matematik pula boleh terdiri daripada kit-kit seperti papan geo,

blok Dienes, blok asas sepuluh dan rod Cruisenaire. Bahan manipulatif memberi peluang untuk

murid menggunakan, mengolah dan memegang resos tersebut. Kalkulator, abakus dan alat

penimbang juga dikategorikan sebagai resos. Penggunaan komputer, projektor dan perisian

pendidikan, persembahan multimedia, video interaktif juga adalah salah satu medium resos.

Saya juga percaya bahawa subjek Matematik memerlukan pembinaan konsep asas yang

kukuh. Tidak dapat dinafikan bahwa kefahaman konsep di dalam matematik adalah amat

penting dalam proses pembelajaran. Para pendidik juga sedia maklum bahawa pengetahuan

merupakan sesuatu yang tidak boleh dipindahkan dari seseorang kepada seseorang yang lain

sebaliknya ia hanya boleh dibina oleh pelajar itu sendiri melalui proses berinteraksi dengan

persekitaran pembelajaran. Persekitaran boleh dijadikan sebagai alat perhubungan yang dapat

mengaitkan idea matematik dengan pengalaman harian. Pembentukan konsep pembelajaran

yang betul dalam matematik amatlah sukar untuk dicapai. Kesukaran ini adalah disebabkan

oleh ciri-ciri matematik yang kebanyakkan konsepnya saling berkait di mana pemahaman

sesuatu konsep adalah bersandar kepada pemahaman konsep-konsep sokongan yang lain.

Sebagai contoh, pembinaan konsep mengenai pecahan wajar perlu diajarkan secara

menyeluruh agar murid benar-benar faham akan konsep tersebut kerana ianya akan berkait

rapat dengan pembelajaran pada peringkat seterusnya iaitu pecahan setara dan pecahan tidak

wajar.

Oleh sebab itu, saya berpendapat bahawa pembinaan konsep Matematik boleh

diperjelaskan melalui penggunaan bahan resos yang bersifat konkrit. Ini kerana, bahan konkrit

atau manipulatif boleh dipegang dan disentuh oleh murid menggunakan pancaindera sekaligus

mereka akan merasai, berfikir, membentuk dan membina pemahaman konsep Matematik

tersebut. Contoh bahan manipulatif yang terbaik ialah rod Cuissenaire, papan geo dan

sebagainya. Guru juga boleh mereka cipta bahan manipulatif sendiri tanpa terikat dengan

KANA|KITTY|SIVA| THANES|TLAGA|VANI|

Page 4: Bahan-Cetak

bahan manipulatif yang telah sedia ada.  Ini akan memberikan pengalaman yang sebenar

kepada murid untuk memahami sesuatu konsep asas Matematik itu dengan mudah dan

mencambahkan pemikiran Matematik murid-murid tersebut. 

Tidak dapat dinafikan, penggunaan bahan resos akan menjimatkan masa. Masa satu jam

yang diperuntukkan untuk subjek Matematik misalnya berjalan dengan lancar tanpa perlu

menunggu guru menulis setiap patah perkataan di atas papan putih, kemudian

memadamkannya dan menulis perkataan yang lain pula di atas papan putih. Ini boleh

digantikan dengan penggunaan carta yang telah lengkap dengan segala maklumat ataupun

penggunaan persembahan slaid atau multimedia yang mempunyai unsur-unsur pergerakan

objek yang lebih menarik perhatian murid. Masa yang diperuntukkan mampu digunakan dengan

sebaik-baiknya oleh guru mahupun murid. Guru boleh membina pengetahuan mereka dengan

menggunakan bahan resos bersifat manipulatif dan sebagainya. 

Tuntasnya, di era serba moden ini, resos merupakan medium yang memberi kemudahan

dan laluan untuk membantu guru melicinkan proses pembelajaran dan pengajaran. Resos

berbentuk tidak terikat. Guru boleh mencipta resos yang tersendiri tanpa perlu terikat atau

terbiasa dengan resos yang sama berulang-ulang. Daya kreativiti guru diuji untuk menghasilkan

resos yang baik agar murid sentiasa berasa teruja menantikan kehadiran guru ke kelas.

4) Bagaimana menggunakan bahan bercetak dalam pengajaran dan pembelajaran?

5) Bagaimana menilai kesesuaian bahan bercetak dalam pengajaran dan pembelajaran?

KANA|KITTY|SIVA| THANES|TLAGA|VANI|