Bahan Edit

8
DiIndochinapula, Perancis bertindak menguasai Vietnam dan Kampuchea keranapotensi pasaran barangan yang ada pada wilayah tersebut.Pada era tersebutPerancis di bawah pemerintahan Napoleon III telah mengalami revolusiperindustrian yang pesat seperti negara lainnya di Eropah.Oleh itu, Perancis melihat satu keperluan kepada mereka untuk menguasai kawasan Indochina sebagai sebuah kawasan yang berkepadatan penduduk selain kedudukan Indochina yang strategik kerana bersempadanan dengan Tanah Besar China di utara.Hal ini penting kerana cita-cita kebanyakan penjajah Eropah adalah untuk menembusi pasaran China yang mempunyai jumlah penduduk yang terbesar didunia pada ketika itu. DiFilipina pula, Sepanyol melihat potensi yang ada pada Filipina sebagai sebuahpusat perdagangan entrepot di Asia Timur Jauh.Hal ini kerana kedudukannya yangberhampiran dengan kawasan Asia Timur termasuk China, Korea dan Jepun selainkedudukannya yang berhampiran dengan pusat pengeluaran rempah di Indonesia.Malah, Belanda juga pernah berusaha untuk merampas Filipina daripada Sepanyol tetapi telah menemui kegagalan.Selain itu, perdagangan Sepanyol dan Amerika Syarikat dilaksanakan di mana Filipina menjadi pusat pengumpulan sutera China danrempah ratus sebelum didagangkan di Pelabuhan Acapulco di Mexico.Selain itu, kedudukan strategik kebanyakan negara di Asia Tenggara yang beradaberhampiran garisan khatulistiwa menyebabkan negara-negara ini menerimataburan cuaca panas dan lembap sepanjang tahun.Hal ini memainkan peranan yang sangat penting dalam pertanian kerana tanahmenjadi subur dengan penerimaan taburan hujan yang sekata di kawasan AsiaTenggara yang kebanyakannya beriklim hutan hujan tropika dan hutan malar tropika.Selain tanahnya yang subur, kawasan Asia Tenggara juga menjamin bekalan tenagakerja yang ramai kerana jumlah rakyatnya yang banyak seperti di Indonesia yangdimanfaatkan oleh Belanda untuk menjalankan pertanian kultur di Pulau Jawa. Kedudukan strategik Asia Tenggara tidak akan menjadi satu tarikan kepada kuasaasing melainkan kelebihannya yang mampu untuk menjana keperluan ekonomikepada kuasa yang ingin meluaskan kuasa ke kawasan tersebut.Kejayaan Melaka muncul sebagai sebuah pelabuhan termaju di Selat Melaka dalamabad ke 15 dan 16 menurut Andaya (1982) banyak dibantu oleh kekayaan bahanmentah di kawasan sekitarnya terutamanya di kawasan Tanah Melayu danIndonesia. Di Tanah Melayu misalnya diketahui sebagai kawasan yang kaya dengan sumbergalian seperti emas dan bijih timah. Malah, para pedagang India telah menggelarkanTanah Melayu sebagai swarnabumi iaitu bumi emas kerana

description

boneka

Transcript of Bahan Edit

Page 1: Bahan Edit

DiIndochinapula, Perancis bertindak menguasai Vietnam dan Kampuchea

keranapotensi pasaran barangan yang ada pada wilayah tersebut.Pada era tersebutPerancis

di bawah pemerintahan Napoleon III telah mengalami revolusiperindustrian yang pesat

seperti negara lainnya di Eropah.Oleh itu, Perancis melihat satu keperluan kepada mereka

untuk menguasai kawasan Indochina sebagai sebuah kawasan yang berkepadatan

penduduk selain kedudukan Indochina yang strategik kerana bersempadanan dengan Tanah

Besar China di utara.Hal ini penting kerana cita-cita kebanyakan penjajah Eropah adalah

untuk menembusi pasaran China yang mempunyai jumlah penduduk yang terbesar didunia

pada ketika itu.

 

DiFilipina pula, Sepanyol melihat potensi yang ada pada Filipina sebagai

sebuahpusat perdagangan entrepot di Asia Timur Jauh.Hal ini kerana kedudukannya

yangberhampiran dengan kawasan Asia Timur termasuk China, Korea dan Jepun

selainkedudukannya yang berhampiran dengan pusat pengeluaran rempah

di Indonesia.Malah, Belanda juga pernah berusaha untuk merampas Filipina daripada

Sepanyol tetapi telah menemui kegagalan.Selain itu, perdagangan Sepanyol dan Amerika

Syarikat dilaksanakan di mana Filipina menjadi pusat pengumpulan sutera China danrempah

ratus sebelum didagangkan di Pelabuhan Acapulco di Mexico.Selain itu, kedudukan strategik

kebanyakan negara di Asia Tenggara yang beradaberhampiran garisan khatulistiwa

menyebabkan negara-negara ini menerimataburan cuaca panas dan lembap sepanjang

tahun.Hal ini memainkan peranan yang sangat penting dalam pertanian kerana

tanahmenjadi subur dengan penerimaan taburan hujan yang sekata di kawasan

AsiaTenggara yang kebanyakannya beriklim hutan hujan tropika dan hutan malar

tropika.Selain tanahnya yang subur, kawasan Asia Tenggara juga menjamin bekalan

tenagakerja yang ramai kerana jumlah rakyatnya yang banyak seperti di Indonesia

yangdimanfaatkan oleh Belanda untuk menjalankan pertanian kultur di Pulau Jawa.

  Kedudukan strategik Asia Tenggara tidak akan menjadi satu tarikan kepada

kuasaasing melainkan kelebihannya yang mampu untuk menjana keperluan ekonomikepada

kuasa yang ingin meluaskan kuasa ke kawasan tersebut.Kejayaan Melaka muncul sebagai

sebuah pelabuhan termaju di Selat Melaka dalamabad ke 15 dan 16 menurut Andaya (1982)

banyak dibantu oleh kekayaan bahanmentah di kawasan sekitarnya terutamanya di kawasan

Tanah Melayu danIndonesia.

 

Page 2: Bahan Edit

Di Tanah Melayu misalnya diketahui sebagai kawasan yang kaya dengan sumbergalian

seperti emas dan bijih timah. Malah, para pedagang India telah menggelarkanTanah Melayu

sebagai“swarnabumi” iaitu bumi emas kerana kekayaan hasil yangada padanya manakala

ilmuan Greek, Ptolemy menggelarkan Tanah Melayu sebagaiThe Golden

Khersonese(Semenanjung Emas).Menurut Muhammad Yusoff Hashim (1989) dalam bukunya

Kesultanan MelayuMelaka menjelaskan bahawa kawasan di antara Kelang di Selangor

sehingga keKedah di Utara meliputi kawasan seperti Bernam dan Dinding (Manjung)

adalahsebuah kawasan yang sangat kaya dengan bahan mentah seperti bijih

timah.Perlombongan timah telah dibuat secara tradisional semasa era Melaka

sebelumdimodenkan apabila kedatangan British ke Tanah Melayu.

 

Kekayaan bijih timah di kawasan tersebut juga pernah menarik minat Belandaapabila

mereka membuka sebuah kota di Pulau Pangkor pada 1670 bertujuan untukmemonopoli

perdagangan bijih timah di kawasan Dinding (Manjung). Perlombonganemas di Tanah

Melayu pula terdapat di kawasan seperti di Hulu Tembeling di Pahangyang menjadi salah

satu daripada sumber kerajaan Melaka yang memperdagangkanemas bijih menerusi denai

penarikan di Pahang.

 

Di Indonesia pula, kekayaannya dalam bahan mentah dapat dilihat

menerusipengeluaran rempah-ratus, buah pala dan cengkih yang terdapat secara

semulajadi di Kepulauan Rempah dan Pulau Maluku terutamanya Ternate dan

Tidore.Penemuan petroleum di persisiran Pantai Timur Sumatera dan Kalimantan

telahdimanfaatkan oleh Belanda dengan penubuhan Royal Dutch Shell dan Dordrecht.Selain

itu, kawasan seperti Siak dan Minangkabau pula terkenal dengan perusahaanlada hitam dan

bijih timah manakala kawasan lain di Indonesia juga kaya denganhasil-hasil semulajadi

terutamanya hasil hutan seperti kapur barus, damar, rotan dan lain-lain.

 

Di Filipina pula, menurut K.Gilbert dan L.Dorothy (1978), Sepanyol telah

menyedaribahawa Filipina tidaklah sekaya negara-negara lain di Asia

Tenggara.Walaubagaimanapun, Filipina tetap memiliki kekayaan hasil bumi melalui

pelbagai jenis galian seperti logam perak, batu arang dan batu kapur.Oleh itu, Sepanyol

telah memanfaatkan galian perak yang terdapat di Filipina untukdijadikan syiling perak bagi

digantikan dengan kain daripada negara China yang akandieksport semula ke Sepanyol.

Negara yang berbentuk kepulauan seperti Filipina ini juga kaya dengan hasil laut seperti

Page 3: Bahan Edit

mutiara dan obor-obor terutamanya di kawasanKepulauan Sulu yang dieksport keluar oleh

Sepanyol ke Eropah.

 

Di Burma pula, British telah tertarik dengan kesuburan tanahnya selain kekayaanhasil

hutan Burma seperti kayu jati dan perlombongan batu permata. Selain itu,Burma juga

memiliki kualiti beras yang berkualiti tinggi selain pokok kapas yangdiperlukan untuk

membuat tekstil. British sangat meminati kayu jati Burma yangsangat diperlukan dalam

industri pembuatan kapal kerana jenis kayunya yangberkualiti tinggi.

 

Di negara-negara Indochina pula, negara-negara tersebut merupakan negara

yangberasaskan pertanian, perikanan dan perhutanan berbanding negara-negara

SelatMelaka yang mengamalkan tradisi ekonomi maritim.Walaubagaimanapun, negaraini

juga kaya dengan bahan-bahan perlombongan seperti antimoni, emas dan bijihbesi.

Di peringkat tempatan pula, Sistem Encomienda diwujudkan hasil

penyatuanbarangay-barangay. Setiap Encomienda akan diperintah oleh seorang

encomiendarodan tugas mereka adalah untuk menjaga keamanan, mengutip cukai

danmengkristiankan penduduk.

 

Dasar Belanda di Indonesia Sistem Kultur

 

Krisis kewangan yang meruncing di Belanda akibat pemulihan pasca PerangNapoleon,

diikuti dengan perbelanjaan menentang pemberontakan dalam PerangJawa dan

kemudiannya pemberontakan pembebasan Belgium daripada penjajahanBelanda telah

menyebabkan ekonomi Belanda hampir muflis.

 

Selain itu, perdagangan Belanda di Betawi merosot dengan teruk setelahkemunculan

pelabuhan British di Singapura yang menjadi tumpuan utama parapedagang Eropah.

 

Bagi mengatasi masalah tersebut, Belanda telah memperkenalkan “Sistem Kultur”

atau lebih dikenali sebagai tanaman paksa di Indonesia terutamanya di Pulau Jawa.

Melalui sistem ini, para petani telah dipaksa untuk menanam beberapa jenistanaman eksport

yang telah ditetapkan oleh Belanda seperti kopi, tebu, tembakau,cengkih, teh dll.

Page 4: Bahan Edit

 

Untuk itu, para petani dikehendaki memperuntukkan satu per lima (1/5) daripadatanah

mereka bagi ditanam dengan tanaman-tanaman eksport yang akan dijualkepada Belanda

dan mereka akan dikecualikan daripada membayar cukai untuktanah yang digunakan bagi

menanam tanaman eksport.

 

Bagi para petani yang tidak mempunyai tanah, mereka dikehendaki untuk berkerja diladang-

ladang milik Belanda selama 66 hari dalam setahun.

 

Sistem tanaman paksa ini dianggap membebankan petani tempatan kerana merekadipaksa

meninggalkan amalan pertanian sara diri yang digunakan untuk menampungkeperluan

makanan harian mereka kepada pertanian eksport untuk keuntunganBelanda. Akibatnya,

bekalan makanan meruncing dan semakin berkurangan danberatus ribu penduduk telah mati

kebuluran di Jawa Tengah disebabkan sistem yangtelah diperkenalkan ini.Malah, sistem ini

turut ditentang oleh golongan liberal di Belanda yang menganggapsistem ini seperti salah

satu daripada bentuk amalan perhambaan ke atas penduduktempatan selain memeras

keringat rakyat untuk kepentingan ekonomi.

Dasar Liberal

 

Penindasan dan penyelewengan dalam Sistem Kultur telah menyebabkan dasar barutelah

diperkenalkan oleh pentadbiran Belanda di Indonesia.

 

Dasar ini bukanlah satu bentuk dasar ekonomi oleh kerajaan Belanda di Indonesia,akan

tetapi lebih kepada dasar pentadbiran dan perlaksanaan pentadbiran Belandadi Indonesia ke

arah memperbaiki dan memulihkan taraf hidup rakyat Indonesiaterutamanya di Pulau Jawa

yang terjejas teruk akibat penindasan di bawah sistemkultur sebelumnya.Perlaksanaan

dasar ini telah membolehkan ekonomi Indonesia mula dikawal olehgolongan kapitalis dan

kaum pemodal Eropah, berbanding sistem kultur yangdikawal oleh kerajaan.

 

Page 5: Bahan Edit

Perubahan dasar Belanda di Indonesia adalah disebabkan pertukaran pemerintahanBelanda

di bawah Parti Liberal yang lebih terbuka dan mendukung konsepliberalisme dan hak asasi

manusia, selain pindaan di Parlimen yang memberi kuasakepada Parlimen Belanda dalam

menggubal dasar untuk tanah-tanah jajahanBelanda.Walaubagaimanapun, desakan terkuat

untuk perlaksanaan dasar ini datang darikalangan para kapitalisme Belanda yang tidak diberi

peluang untuk menanam modaldi Indonesia, tidak seperti pentadbiran British di tanah-tanah

jajahannya sepertiIndia, Tanah Melayu dan Burma yang menggalakkan pemodal kapitalis

dalammenjalankan aktiviti perekonomian di tanah-tanah jajahan.

 

Apabila dasar liberal diperkenalkan, aktiviti ekonomi di Indonesia menjadi rancakdengan

suntikan modal dalam kalangan pemodal Eropah dan kerajaan, dan

pelbagai jenis tanaman baru diperkenalkan seperti getah, kelapa sawit dan kokodiperkenalka

n, manakala aktiviti ekonomi tidak lagi hanya tertumpu di Pulau Jawa,akan tetapi turut

dilaksanakan di wilayah lain di Indonesia terutamanya di Sumatera.

 

Selain itu, suntikan modal membolehkan pelbagai aktiviti ekonomi barudiperkenalkan

termasuk aktiviti perlombongan petroleum melalui penubuhan RoyalDutch Shell Company

dan penumpuan kepada aktiviti perlombongan arang batu danbijih timah.Sistem liberal telah

mula meningkatkan taraf sosial masyarakat tempatan denganpembinaan sekolah-sekolah,

kemudahan hospital, jalanraya dsb.

Dasar Etika

 

Walaupun dasar liberal dilihat lebih baik daripada sistem kultur yang pernahdiamalkan

sebelumnya, hakikatnya taraf hidup rakyat di Indonesia tidak banyakberubah dan segala

hasil mahsul Indonesia tetap diangkut ke Belanda.Oleh itu, desakan terus timbul di Belanda

supaya kerajaan Belanda di Indonesiauntuk “membalas budi” Indonesia yang telah

memberikan keuntungan kepadaBelanda supaya dengan membantu meningkatkan taraf

hidup rakyat tempatan.Dasar Etika diperkenalkan adalah bertujuan untuk membawa projek

pembangunandan kebajikan politik , ekonomi dan sosial kepada rakyat .Antara kesan positif

dasar etika ialah penubuhan Volksrad membawa kepadaperpaduan di kalangan pejuang

Page 6: Bahan Edit

kebangsaan Indonesia .Malah terdapat jalan raya dan keretapi memberi kemudahan

perhubungan danpengangkutan kepada penduduk Bandar dan kampung .Seterusnya ,

kemudahansistem pertanian yang diperkenalkan oleh Belanda membawa pertanian

lebih maju .Pertanian bukan lagi menjadi bahan makanan , tetapi telah menjadi sumber

pendapatan negara seperti bahan eksport. Lantaran itu , kehidupan rakyat tidak lagi terhimpit

dan menderita kerana kesihatanrakyat terkawal melalui perubatan moden . Malah, ceti yang

memberi dan mengutiphutang turut dihapuskan dalam pelaksanaan dasar etika.Selain itu,

pemberian pendidikan kepada masyarakat tempatan telah melahirkanramai para intelektual

yang akhirnya menjadi penggerak utama kepada kebangkitannasionalisme masyarakat di

Indonesia

 

Di Indonesia pula, tenaga buruh telah dibawa masuk oleh Hindia Belanda (VOC)untuk

menjalankan kegiatan perlombongan bijih timah di Kepulauan Bangka yangkaya dengan

galian tersebut seperti di Belitung, Singkep, Karimun dan Kundurmanakala di Filipina,

Sepanyol membawa masuk orang-orang China ke bandar-bandar dan pekan di Filipina bagi

memodenkan sektor perniagaan di negaratersebut.

 

Menurut Gilbert Khoo dan Dorothy Lo (1979), di Burma pula, penjajah Inggeris

telahmembawa masuk para pegawai rendah dari India untuk berkerja dalam

bidangperkhidmatan awam seperti perkeranian dan perkhidmatan kerana taraf

pendidikanyang diperoleh oleh penduduk di tanah jajahan British di India itu adalah sangat

baikberbanding penduduk tempatan di Burma.

4.8 Penentangan Rakyat Terhadap Penjajah

 

Dasar penjajah Eropah yang kebanyakannya telah menindas rakyat tempatan

telahmenyebabkan perasaan ketidakpuashatian rakyat terhadap penjajah

menjadiimeluap.Hal ini menyebabkan para penduduk telah bangun dan bangkit

untukmenentang penjajahan samada dalam skala yang kecil mahupun besar.

 

Kebangkitan antipenjajahan yang paling berjaya adalah di Filipina.Walaubagaimanapun,

kejayaan tersebut bukanlah hasil perjuangan mereka secarabersendirian akan tetapi adalah

dengan bantuan Amerika Syarikat yang menghadapiperang dengan Sepayol pada ketika itu.

Page 7: Bahan Edit

 

Menurut Nicholas Tarling (2001), penentangan rakyat di Filipina adalah disebabkandasar

yang menindas yang telah dibuat oleh pemerintah Sepanyol ke atas pendudukdi Filipina

terutamanya dalam Sistem Polo dan Sistem Vandala yang mengenakankerahan tenaga,

kerja paksa dan merampas harta benda rakyat selain berleluasanyakezaliman dalam

pentadbiran bawahan Sepanyol di peringkat encomienda yangmenindas rakyat sesuka hati.

 

Selain itu, diskriminasi gereja ke atas penganut Kristian tempatan dengan penganutKristian

Sepanyol menyebabkan para paderi tempatan bangkit menentangpenjajahan Sepanyol yang

tidak beramal dengan ajaran Jesus yang sebenar.Kebangkitan bersenjata dalam

pemberontakan Basi, Novales dan Tayabas danbeberapa pemberontakan lain telah gagal.

Selepas itu kebanyakan pemberontakanrakyat gagal kecuali apabila dibantu Amerika

Syarikat yang berjaya mengusir keluarSepanyol pada 1889 walaubagaimanapun hanya

berjaya menamatkan pemerintahanSepanyol tetapi Filipina tetap terjajah di bawah kuasa

baru Amerika Syarikat.

 

Di Indonesia, kebangkitan antipenjajah terbesar berlaku dalam Perang Jawa pada1810 dan

perang menuntut kemerdekaan daripada Belanda pada tahun 1945.Perang Jawa yang

dipimpin oleh Putera Jogjakarta iaitu Dipo Negoro dan parapengikutnya yang dilancarkan

secara gerila bagi mengusir Hindia Belanda dariIndonesia.Perang yang berlanjutan selama

setahun itu mengorbankan hampir duaratus ribu orang Jawa dan enam belas ribu tentera.

Seterusnya, peristiwa berdarahterbesar berlaku dalam perperangan rakyat Indonesia

menentang penjajahanBelanda dalam Perang Buluh Runcing yang akhirnya menyebabkan

Belandamengiktiraf kemerdekaan Indonesia pada tahun 1949.

 

Di Indochina, kebangkitan menentang penjajahan terbesar berlaku di Vietnam Rasatidak

puas hati juga timbul kerana sikap dan tindakan orang Perancis ke ataspenduduk

tempatan.Pada tahun 1858, satu pemberontakan bersenjata dalamkalangan penduduk

menentang Perancis berlaku apabila pemberontak menyerangkubu Perancis di Dan Nan.

 

Serangan tersebut telah memberikan peluang kepada Perancis untuk menyerangbalas dan

menduduki semula kubu tersebut.Malah, Perancis telah bertindak marahingga ke Sungai

Mekong dan menduduki kawasan Gia Dinh.Kemaraan Perancis itumenyebabkan rakyat di

Delta Mekong bangkit mempertahankan kawasan mereka dibawah pimpinan Sarjana Ningrat

Page 8: Bahan Edit

dan para pemilik tanah.Mereka menganggaporang Perancis sebagai orang gasar yang tidak

berperikemanusiaan dan berikrarmengusir Perancis keluar dari Indochina.

 

Oleh itu, kumpulan tersebut bertindak menyerang kapal-kapal Perancis danmenyekat

bekalan daripada masuk kepada Perancis. Pada 13 Julai 1883, MaharajaHam Nghi

mengumumkan tiga strategi menentang Perancis iaitumenyerang,bertahan dan berunding.

 

Seterusnya gerakan tentangan terhadap Perancis diteruskan lagi di bawah pimpinanHoang

Hoa Tham.Beliau adalah petani dari Hung Yen. Selepas tahun 1890,gerakantentangan

terhadap Perancis berlaku di sepanjang Sungai Da. Bagi menghapuskanpenentangan

rakyat, Perancis telah bertindak mengawal Sungai Mekong danmenangkap para

pemberontak.

 

Di kawasan jajahan British seperti Tanah Melayu dan Burma, penentangan terhadappenjajah

pada dasarnya adalah dalam skala yang kecil dalam kalangan rakyattempatan dan tidak

mendapat sokongan daripada pembesar tempatan.

 

Di Tanah Melayu misalnya, pemberontakan rakyat dipatahkan dengan mudah keranatidak

mendapat sokongan daripada raja-raja Melayu. Malah, di negeri-negeri PantaiTimur,

penentangan rakyat seperti Datuk Bahaman di Pahang, Tok Janggut diKelantan dan Haji

Abdul Rahman Limbong di Terengganu dipatahkan denganbantuan raja-raja Melayu sendiri

di mana pihak British memaksa Sultan-sultanmengisyhtiharkan penentang British sebagai

pemberontak dan menderhaka kepadaSultan.

 

Oleh itu, apabila mereka tetap melawan, tentera British dihantar menentang mereka atas

nama pemberontakan ke atas Sultan. Kebanyakan pejuang antipenjajah ini mati dibunuh

dalam peperangan dan mereka yang hidup telah dibuang negeri.