Bahan Esaimen en.yahya

6
2.2.4 Hubungan dari aspek tatabahasa atau gramatikal Keutuhan wacana seharusnya memperlihatkan hubungan berdasarkan binaan tatabahasanya. Michael McCarthy (1991), menyatakan terdapat tiga faktor yang mempengaruhi pertautan tatabahasa dalam sesebuah wacana yang utuh, iaitu: i. Kata rujukan Ianya boleh disamakan dengan kata ganti nama dalam bahasa Melayu kerana fungsinya yang menjadi rujukan dalam pembinaan sesebuah wacana. Penggunaan kata ini akan menyebabkan makna yang cuba dimaksudkan lebih tepat dan menjadikan wacana itu sendiri lebih rapi dan utuh. Contohnya: Pengetua telah keluar dari biliknya. Dia nampak begitu cemas. Di luar, beberapa orang murid sedia menunggunya. Mereka bertiga semuanya. ii. Peleburan atau pelenyapan (elipsis) dan penggantian Merupakan satu konsep apabila perkataan yang sama tidak diulang dalam ayat yang sama walhal biasanya ia akan diulang. Proses ini akan menjadikan sesebuah wacana yang dipersembahkan itu lebih utuh dan jelas. Contohnya adalah seperti berikut: 1. Individu A: Nampaknya saudara menyokong semua pendapatnya. Ini bererti saudara telah menyebelahi pihaknya. Individu B: Memang. (Sepatutnya: Memang, saya telah menyebelahi pihaknya.) 2. Kanak-kanak mengangkat kotak kecil, dewasa mengangkat yang besar. (Perkataan ‘kotak’ tidak diulang dalam ayat itu, tetapi masih boleh difahami) 3. Ali suka kereta Proton Saga, adiknya suka Perodua Kancil. (Perkataan kereta tidak diulang dalam ayat) iii. Kata penghubung Kata penghubung yang digunakan dapat memperlihatkan pertalian dan pertautan antara ayat-ayat atau perenggan-perenggan dalam wacana dan menjadikan wacana tersebut bermakna dan utuh. Michael McCarthy (1991) telah menggariskan tiga fungsi kata penghubung iaitu: 1. Fungsi penghuraian Fungsi penghuraian dalam bahasa Melayu boleh dibuat dengan menggunakan perkataan-perkataan seperti seterusnya, pada sudut yang lain, selain itu, sebaliknya dan sebagainya. Contoh: Dia bukan malas, sebaliknya dia terpaksa begitu untuk menyelamatkan diri. 2. Fungsi pengembangan Ianya sering kali digunakan bagi mengembangkan idea. Contoh perkataan ialah seperti, dan, tetapi, oleh itu, sebab dan sebagainya. Contoh ayat adalah seperti berikut: a) Dia tidak hadir kerana hujan b) Kereta itu sudah lama, tetapi enjinnya masih baik.

description

a

Transcript of Bahan Esaimen en.yahya

Page 1: Bahan Esaimen en.yahya

2.2.4 Hubungan dari aspek tatabahasa atau gramatikalKeutuhan wacana seharusnya memperlihatkan hubungan berdasarkan binaan tatabahasanya. Michael McCarthy (1991), menyatakan terdapat tiga faktor yang mempengaruhi pertautan tatabahasa dalam sesebuah wacana yang utuh, iaitu:i. Kata rujukan Ianya boleh disamakan dengan kata ganti nama dalam bahasa Melayu kerana fungsinya yang menjadi rujukan dalam pembinaan sesebuah wacana. Penggunaan kata ini akan menyebabkan makna yang cuba dimaksudkan lebih tepat dan menjadikan wacana itu sendiri lebih rapi dan utuh. Contohnya:Pengetua telah keluar dari biliknya. Dia nampak begitu cemas. Di luar, beberapa orang murid sedia menunggunya. Mereka bertiga semuanya.

ii. Peleburan atau pelenyapan (elipsis) dan penggantianMerupakan satu konsep apabila perkataan yang sama tidak diulang dalam ayat yang sama walhal biasanya ia akan diulang. Proses ini akan menjadikan sesebuah wacana yang dipersembahkan itu lebih utuh dan jelas. Contohnya adalah seperti berikut:1. Individu A: Nampaknya saudara menyokong semua pendapatnya. Ini bererti saudara telah menyebelahi pihaknya.Individu B: Memang. (Sepatutnya: Memang, saya telah menyebelahi pihaknya.)2. Kanak-kanak mengangkat kotak kecil, dewasa mengangkat yang besar. (Perkataan ‘kotak’ tidak diulang dalam ayat itu, tetapi masih boleh difahami)3. Ali suka kereta Proton Saga, adiknya suka Perodua Kancil. (Perkataan kereta tidak diulang dalam ayat)iii. Kata penghubungKata penghubung yang digunakan dapat memperlihatkan pertalian dan pertautan antara ayat-ayat atau perenggan-perenggan dalam wacana dan menjadikan wacana tersebut bermakna dan utuh. Michael McCarthy (1991) telah menggariskan tiga fungsi kata penghubung iaitu:

1. Fungsi penghuraianFungsi penghuraian dalam bahasa Melayu boleh dibuat dengan menggunakan perkataan-perkataan seperti seterusnya, pada sudut yang lain, selain itu, sebaliknya dan sebagainya. Contoh:Dia bukan malas, sebaliknya dia terpaksa begitu untuk menyelamatkan diri.

2. Fungsi pengembanganIanya sering kali digunakan bagi mengembangkan idea. Contoh perkataan ialah seperti, dan, tetapi, oleh itu, sebab dan sebagainya. Contoh ayat adalah seperti berikut:a) Dia tidak hadir kerana hujanb) Kereta itu sudah lama, tetapi enjinnya masih baik.

3. Fungsi penambahanIanya sering digunakan bagi menyatakan masa atau kejadian. Contoh perkataan ialah kemudian, berikutnya, sebelum, selepas, pada masa, dalam hal itu, dan sebagainya. Contoh:a) Sebelum mereka datang semua tetamu telah pulang.b) Mereka datang, kemudian cuba mencari ayah.

Page 2: Bahan Esaimen en.yahya

Usaha-usaha untuk mengekalkan keamanan negara.Malaysia merupakan sebuah syurga dunia kerana kejadian buruk jarang berlaku disini terutama ancaman bencana alam dan peperangan. Rakyatnya hidup dalam suasana aman sentosa bersama-sama arus pembangunan kemodenan yang pesat. Keamanan inilah yangmemberikan imej yang positif kepada negara sehingga menjadikan banyak negara cemburuakan kejayaan tersebut. Jadi, memang banyak tindakan yang telah dilakukan oleh semua pihak di negara ini untuk memastikan negara terus berada dalam situasi harmoni itu.

Tindakan yang paling ketara ialah negara telah meningkatkan lagi kemampuanketenteraannya. Angkatan tentera negara ini telah cuba menarik lebih banyak remaja yang berkaliber untuk menyertai perkhidmatan mereka bersama-sama dengan pembelian peralatanketenteraan yang serba canggih. Semua ini bertujuan memastikan tahap keselamatan negara berada pada tahap yang tertinggi lalu menjamin keamanan negara yang stabil. Jelaslah, negaramenjadi aman kerana memiliki satu ketumbukan tentera yang berkaliber dan berteknologi tinggi.

Selain itu, negara turut membuat kerjasama yang erat dengan Negara-negara jiranterutama negara-negara ASEAN. Kita semua sedia maklum bahawa ASEAN ditubuhkanuntuk menjamin keselamatan serantau lalu memastikan perkembangan ekonomi boleh berlaku pada masa yang sama. Kerjasama yang erat ini juga memastikan setiap negara ASEAN tidak mahu menganggu urusan dalaman satu sama lain untuk memastikan tidak berlaku perselisihanfaham yang boleh membawa permusuhan yang mengoyahkan keamanan pula. Jadi,kerjasama erat antara negara-negara jiran membantu Malaysia untuk menikmati satu tahapkeamanan yang tinggi.

Malah, keamanan negara juga dikekalkan menerusi amalan demokrasi yangdilaksanakan di negara ini apabila tempoh pemerintahan kerajaan sebelumnya hamper tamat.Pilihanraya dan proses pertukaran pemimpin di negara ini masih berjalan secara rasional danmengikut lunas-lunas perlembagaan negara yang mengutamakan hak asasi rakyat. Keadaanini menjadikan keyakinan rakyat terhadap system pemerintahan kerajaan bertambah baik setiap kali proses demokrasi itu dilaksanakan. Jelaslah, proses demokrasi yang diamalkanmenjadikan aspek keamanan itu sesuatu yang penting untuk dikekalkan di negara ini.

Malahan, pihak kerajaan juga telah meneruskan usaha pembasmian kemiskinan yangsudah mula menampakkan hasilnya. Jurang kekayaan antara golongan miskin dan kaya telah berupaya dikurangkan sehingga tidak lagi boleh dijadikan alasan untuk menimbulkansebarang masalah besar kelak. Perasaan kekitaan dan tidak berasa ditinggalkan menjadi asas penting untuk mengekalkan keamanan di negara ini untuk satu tempoh yang panjang keranatidak timbul perasaan pilih kasih atau sebagainya dalam jiwa masyarakat berbilang kaum disini. Maka, usaha mengikis perbezaan pengagihan kekayaan ini harus dilakukan secera berterusan untuk memastikan keamanan itu berkekalan.

Tambahan pula, pihak polis telah berjaya memerangi pelbagai gejala sosial yangmelanda negara ini. Kejadian jenayah terutama jenayah berat telah dikawal dengan baik oleh pihak polis yang bertugas tanpa mengenal penat untuk memastikan keselamatan rakyat negaraini bertambah baik. Kejayaan mengawal jenayah di negara ini turut sama memberikan satusuasana yang tenang dan meyakinkan kepada rakyat negara ini bahawa Malaysia sebuahnegara yang baik untuk terus didiami. Justeru, kejayaan pihak polis menjalankan kewajipanmereka telah menjadikan aspek keamanan di negara ini terus wujud.

Kesimpulannya, keadaan keamanan yang sebegini perlu dikekalkan untuk selama-lamanya. Pada masa yang sama aspek pembangunan negara harus diberikan penekanan jugakerana inilah kemodenan yang harus dinikmati oleh semua. Kita harus sedar dan menghargaiaspek keamanan ini dengan sebaik mungkin. Pe

Page 3: Bahan Esaimen en.yahya

ribahasa “jika tidak dipecahkan ruyungmanakan dapat sagunya” kerana keamanan ini memerlukan satu usaha yang gigih daripadasemua pihak.

Page 4: Bahan Esaimen en.yahya

Antara cara mengekalkan perpaduan dalam sesebuah negara ialah dengan memupuk semangat partiotisme di kalangan rakyatnya. Kita haruslah berbangga menjadi seorang rakyat Malaysia dan menyayangi negara kita. Kita perlu mengenali serta menghormati raja dan pemimpin negara kita kerana mereka yang berusaha mengekalka keamanan dan kesejahteraan negara. Usaha-usaha mereka untuk memajukan negara haruslah senantiasa disokong, bukannya dikritik. Perjuangan tokoh-tokoh negara seperti Tunku Abdul Rahman yang memainkan peranan yang penting dalam memperjuangkan kemerdekaan negara haruslah diambil tahu dan dihargai. Tanpa pejuang seperti mereka, negara kita mungkin masih di tangan penjajah asing.

Lambang-lambang kebesaran negara seperti bendera, lagu kebangsaan dan jata negara juga harus dikanali dan dihormarti oleh setiap warganegara Malaysia. Bendera negara kita, Jalur Gemilang haruslah dikibarkan dengan penuh semangat dan dihormati sebagai sesuatu yang suci. Kita tidak harus membenarkan bendera negara dipijak, dibuang atau dibakar sebaliknya harus berbangga bahawa Jalur Gemilang sedang berkibar di tiang bendera tertinggi di dunia. Kita juga harus berdiri tegak semasa menyanyikan lagu negaraku, menghayati liriknya dan menyanyikannya dengan penuh bersemangat. Kita juga harus menjaga dan mempertahankan maruah dan kemerdekaan negara. Sejarah negara kita juga turut amat membanggakan kerana kita memperolehi kemerdekaan tanpa pertempuran atau pertumpahan darah.Seseorang rakyat haruslah sentiasa bersifat setia dan sayang akan negaranya. Kita juga harus taat kepada raja dan pemimpin serta tidak mengkhianati negara. Pengkhianatan terhadap negara merupakan perbuatan yang tidak dapat dimaafkan. Kita harus menjaga dan mempertahankan maruah dan bangsa negara dengan bersedia berkorban apa sahaja untuk mempertahankan maruah dan kemerdekaan negara. Kita juga harus sentiasa peka terhadap isu dan masalah tentang bangsa dan negara serta cara mengatasinya. Malysi merupakan sebuah negara yang aman dan harmoni, oleh itu kita haruslah bersyukur sebagai warganegara Malaysia.

Semangat kekitaan juga amat penting dalam mengekalkan perpaduan di sesebuah negara. Semangat kekitaan dapat diamalkan dengan memupuk amalan bertolak ansur dan bertoleransi antara masyarakat. Kita haruslah snaggup bertolak ansur, sabar, dan mengawal diri demi mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan fahan dami kesejahteraan hidup. Sifat bersatu-padu antara masyarakat yang berbilang kaum amat penting untuk mewujudkan keharmonian dan semangat berjuang untuk negara, bukannya untuk bangsa atau kaum sendiri. Kita harus sentiasa hormat-menghormati anta satu sama lain tanpa mengira kedudukan, bangsa atau agama. Kita tidak berhak mengkritik atau mengutuk adat resam dan kepercayaan kaum lain. Aktiviti yang melibatkan penglibatan pelbagai kaum seperti gotong-royong daapt memupuk semangat bermasyarakat antara kaum.Sifat berdisiplin juga amat penting dalam memupuk perpaduan. Peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan haruslah dipatuhi untuk kesenangan semua pihak. Seseorang rakyat haruslah berakhlak dan berbudi pekerti mulia untuk membolehkan berinteraksi dengan mudah. Rakyat yang peramah dan berakhlak sudah tentu dapat meningkatkan reputasi negara. Kita haruslah berkelakuan sopan supaya tidak dilabelkan sebagai rakyat yang biadap atau kurang ajar. Seseorang rakyat juga haruslah mempertahankan serta memjunjung Perlembagaan Negara untuk mewujudkan keamanan dalam negara. Rakyat yang bersifat amanah dan jujur kan dipercayai oleh orang lain dan ini kan membawa perpaduan antara rakyat.

Rakyat juga harus berusaha denagn gigih dan bersifat produktifuntuk memajukan negara. Rakyat yang rajin dan gigih dapat meningkatkan prestasi ekonomi negara dan taraf hidup mereka. Mereka harus bersifat berdikari dalam mengusahakan sesuatu tanpa bergantung kepada bantuan kerajaan pada setiap masa. Rakyat juga harus tabah menerima sesuatu cabaran atau pembaharuan dalam negara tanpa menjejaskan perpaduan negara. Misalnya apabila berlakunya Kegawatan Ekonomi 1998, rakyat Malaysia telah bersatu-padu demi menghadapi cabaran yang dihadapi dan bergabung tenaga untuk memajukan ekonomi negara semula. Kita haruslah bekerjasama untuk memghadapi apa jua cabaran dalam negara dan senantiasa memastikan wujudnya perpaduan di kalangan rakyat.

Page 5: Bahan Esaimen en.yahya

Secara kesimpulan, perpaduan adalah amat penting dalam sesebuah negara untuk menjamin kedamaian di kalangan rakyat. Oleh itu, kita haruslah bekerjasama mengekalkan perpaduan di negara kita untuk kebaikkan semua