Bahan Rujukan Literasi Bahasa

download Bahan Rujukan Literasi Bahasa

of 34

Transcript of Bahan Rujukan Literasi Bahasa

http://readnetwork.com/index.php?option=com_content&view=article&id=148:ajar-anak-andamembaca-bagaimana-menggunakan-kaedah-fonetik-bahagian-1&catid=57:tips&Itemid=30 13/1/2012

Bagaimana Menggunakan Kaedah Fonetik (Bahagian 1)Bersama Othman Ahamad Penulis Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku dan ReadEasy

Sudahkah anda bersedia untuk belajar membaca? Sebagaimana yang dijelaskan pada isu lepas, anak-anak yang diberi rangsangan yang sesuai akan bersedia untuk belajar membaca seawal usia 3 tahun. Bagaimanapun, apakah kaedah yang sesuai dengan anak-anak anda? Kaedah mengeja? Jangan. Kaedah suku kata? Tidak juga. Gunakanlah kaedah fonetik. Mengapa? Kaedah fonetik adalah kaedah yang paling sesuai dengan kanak-kanak kerana kaedah ini telah dibuktikan secara saintifik sebagai kaedah otak manusia membaca. Kajian telah menunjukkan bahawa otak membaca dengan memecahkan perkataan yang dilihat kepada bunyi-bunyi, lalu otak membunyikan huruf-huruf yang dilihat bagi menyebut atau membaca perkataan itu. Kaedah lain bukan sahaja tidak sesuai untuk kanak-kanak bahkan menyusahkan mereka, lambat, mengelirukan dan membebankan memori. Ada beberapa perkara JANGAN yang perlu ibu bapa tahu supaya tidak menyusahkan anak-anak apabila mengajar membaca. 1. JANGAN ajar nama-nama huruf contohnya ei untuk huruf a, bi untuk huruf b dan seterusnya kerana anakanak yang tahu nama-nama huruf tidak semestinya dapat membaca. Bahkan mengajar mengenal nama huruf a, b, c adalah halangan pertama membaca. 2. JANGAN ajar anak mengeja-eja huruf pada perkataanperkataan yang dilihat kerana mengeja melibatkan dua proses iaitu menyebut nama huruf dan membatang polapola ejaan. 3. JANGAN ajar anak mengenal bunyi huruf sambil mengenalkan nama huruf sekaligus, contohnya seperti menyebut ei (huruf a) bunyinya a kerana anak tidak perlu tahu nama huruf untuk membaca. 4. JANGAN ajar anak menghafal mana-mana suku kata atau perkataan apabila mula mengenal perkataan kerana kanakkanak akan terbeban dengan ratusan pola-pola ejaan yang menyukarkan. 5. JANGAN ajar huruf-huruf besar dahulu kepada kanakkanak kerana huruf besar tidak penting kepada kanak1

kanak pada peringkat awal. Jadi apakah yang BOLEH dalam mengajar anak membaca mengikut kaedah fonetik? Membaca mengikut kaedah fonetik melibatkan proses awal berikut; Memperkenalkan bunyi secara sistematik 1. anak-anak perlu tahu bunyi huruf iaitu dapat menyebut bunyi dan ingat bunyi huruf yang diajarkan 2. anak-anak perlu kenal huruf iaitu bentuk, rupa dan cara tulis huruf tersebut 3. anak-anak dapat mengaitkan huruf yang dilihat dengan bunyi yang berkaitan. Kanak-kanak seawal usia 3 tahun dapat mengecam dan membezakan bunyi-bunyi dan bentuk-bentuk pada usia ini. Oleh itu dengan teknik yang betul anak-anak dapat mengenal bunyi dan mengaitkan bunyi tersebut dengan bentuk huruf yang ditunjukkan dengan cepat. Anak-anak dapat menyebut bunyi aa apabila melihat huruf a (nama huruf ei) dan bunyi ii apabila melihat huruf e. Sehubungan itu, apabila anak-anak melihat huruf ani, dia akan menyebut bunyi aa nn ii (iaitu bunyi ani) bukannya ei en ai (bunyi enai). Beberapa teknik mengajar bunyi boleh dilakukan oleh ibu bapa tetapi kaedah asosiasi adalah yang terbaik. Melalui kaedah asosiasi, bunyi aa tersebut boleh dikaitkan dengan aksi terkena api. Sakitkan? Jadi buat aksi orang terkena api sambil menjerit aaaaaaa panasnya! Melalui asosiasi ini anak dapat mengingat dan menyebut bunyi dengan lebih berkesan, cepat dan berkekalan. Ikutilah kursus-kursus Bacalah Anakku atau rujuk buku panduan siri cepat membaca Bacalah Anakku. Sebaik-baiknya ibu bapa tidak perlu memperkenalkan semua bunyi sekaligus. Memadai hanya beberapa bunyi asas terlebih dahulu. Sila dapatkan siri cepat membaca Bacalah Anakku yang telah disusun secara sistematik dalam pemilihan bunyi-bunyi huruf yang sesuai terlebih dahulu. Dengan mengikut susunan siri ini, anak dapat menguasai bunyi dengan lebih teratur dan berkesan. Oleh sebab laras bahasa Melayu terbina daripada gabungan huruf konsonan dengan huruf vokal a i dan u lebih kerap, wajarlah bunyi-bunyi a i u diperkenalkan dahulu. Lebihlebih lagi bunyi-bunyi ini lebih senang disebut oleh kanak-kanak. Seterusnya bunyi-bunyi konsonan lain diperkenalkan satu persatu , contohnya b n m s dan k.

2

Seterusnya, dengan berpandukan siri cepat membaca Bacalah Anakku, ajar anak-anak membaca gabungan huruf konsonan dan vokal yang diajarkan , contohnya b dan a i dan u untuk membaca ba bi dan bu. Melalui kaedah fonetik, anak-anak tidak akan mengeja ba menjadi ba ; tidak juga menghafal suku kata ba; tetapi mereka membaca dengan menggabunggabungkan bunyi beh (bagi huruf b) dan aa (bagi huruf a).

3

http://intangemilang.blogspot.com/2009/02/kaedah-fonetik.html Apa itu kaedah fonetik? Kaedah fonetik menekan penguasaan hubungkait di antara huruf-huruf dan bunyi-bunyinya. Kajian telah menunjukan bahawa otak manusia membaca dengan membunyikan bunyi hurufhuruf bukan membunyi nama-nama huruf. Oleh sebab sebutan perkataan bahasa melayu memang terbit secara langsung daripada gabungan bunyi-bunyi huruf, mengajar membaca menggunakan kaedah fonetik adalah antara yang terbaik. Tambahan pula kaedah fonetik hanya mensyaratkan kanak-kanak mengenal dan mengingat hanya 25 huruf dan bunyinya sahaja. Ini berbeza dengan kaedah suku kata atau mengeja yang mana kanak-kanak perlu mengenal nama huruf atau mengingat berpuluh-puluh pola suku kata yang sangat membebankan kanak-kanak. Kaedah fonetik sebaliknya amat mudah, cepat, lancar dan sejiwa dengan kanak-kanak seawal usia 3 tahun. Bagi pendapat peribadi saya sendiri, yang telah menggunakan kaedah ini sepenuhnya sejak 2003 lagi. Ianya amat berkesan dalam mengajar anak-anak membaca terutamanya anak-anak yang lemah atau sedikit lembab (slow learner). Ini kerana, anak-anak ini tidak perlu menghafal namanama huruf untuk membaca. Mereka hanya perlu mengingat simbol huruf dan bunyinya sahaja. Jadi langkah pembelajaran telah di permudahkan. Jangan risau jika anak-anak ini tidak mengenal nama huruf-huruf. Bagi saya, nama huruf hanyalah nama sahaja. Ianya tidak membawa sebarang bunyi untuk dibaca. Yang penting, dengan mengunakan kaedah fonetik, anak-anak ini dapat membaca dengan lancar bersama intonasi yangn sesuai.

4

JAWAB SEMUA SOALAN 1. Menyesuaikan bentuk-bentuk yang sama Memilih yang sama dan yang berbeza Mengecam dan membiasakan diri dengan bentuk huruf Mengelaskan benda atau gambar mengikut urutan yang munasabah Aktiviti di atas merupakan merupakan komponen dalam pengajaran ; A Lisan B Prabacaan C Bacaan mekanis D Kesediaan membaca 2. Kaedah Abjad memberi penekanan supaya murid dapat ; A. membunyikan suku kata B. mengeja terus sesuatu perkataan C. mengenal nama-nama huruf dan bunyinya D. membunyikan perkataan berdasarkan gambar 3. Kaedah Pandang dan Sebut mementingkan I. pengejaan dan membatang suku kata II. penyebutan ayat melalui gambar yang ada cerita III. membunyikan perkataan atau rangkai kata berdasarkan pengalaman melalui gambar. IV. membunyikan huruf-huruf dahulu sebelum menjadikannya suku kata dan perkataan. A. I dan II sahaja B. I dan III sahaja C. II dan III sahaja D. II dan IV sahaja 4. Yang manakah paling benar tentang kaedah pandang dan sebut ? A. Kaedah ini tidak menggunakan aktiviti mengeja sama sekali B. Kaedah ini menekankan kepada hubungan bunyi-bunyi dengan huruf C. Kaedah ini sangat sesuai dengan susuk bahasa Melayu D. Kaedah ini menggabungkan deria penglihatan dan pendengaran 5

dengan tulisan. 5. Dalam sesi pengajaran pra bacaan di dalam kelas, pilih set induksi yang paling sesuai digunakan oleh guru untuk memulakan pengajaran. A. Guru menunjukkan cara menulis huruf a B. Guru menunjukkan kad huruf dan meminta murid menyebutnya C. Guru menulis huruf a di papan tulis dan meminta murid menyebutnya D. Guru berbual dengan murid mengenai sesuatu perkara yang berkaitan dengan tajuk pembelajaran. 6. Kaedah yang memperkenalkan bunyi-bunyi yang berkait dengan huruf terlebih dahulu ialah A. Kaedah Abjad C. Kaedah Perkataan B. Kaedah Fonetik D. Kaedah Suku Kata 7. Kaedah yang paling tua digunakan oleh manusia bagi megajarkan bacaan kepada kanak-kanak ialah; A. Kaedah abjad B. Kaedah fonik C. Kaedah suku kata D. Kaedah pandang sebut 8. Melalui kaedah abjad, murid mengenal huruf kecil dan besar melalui cara-cara seperti yang berikut, kecuali A. mengenal nama huruf B. mengenal bunyi huruf C. mengenal bentuk huruf D. mengenal suku kata 9. Mengikut kaedah abjad sebelum diajarkan membaca perkataan proses yang pertama murid mestilah , A. mengeja suku kata B. mengeja perkataan C. mencantum suku kata D. menyebut dan menghafal huruf a hingga z 10. Berikut merupakan aktiviti peringkat penulian mekanis kecuali 6

A. menamakan gambar-gambar B. menulis bentuk-bentuk yang mirip kepada huruf C. melukis gambar yang mengandungi garis lurus dan bulat D. menekap huruf atau perkataan yg ditulis dengan bentuk garis putus-putus 11. Kaedah ini menekankan makna dalam bacaan. Melalui kaedah ini perbendaharaan kata imbasan diperkenalkan dahulu sebelum diperkenalkan bunyi kepada murid. Pernyataan di atas merujuk kepada; A. Kaedah fonik B. Kaedah abjad C. Kaedah pandang sebut D. Kaedah ayat dan cerita 12. Apakah yang dimaksudkan dengan peringkat penulisan mekanis ? A. Murid menyalin ayat-ayat yang ditulis oleh guru B. Murid didedahkan dengan penulisan huruf-huruf kecil dan besar C. Murid dapat melahirkan idea dan pendapat tentang pengalaman yang telah dilalui. D. Murid didedahkan dengan aktiviti pengamatan penglihatan dan pengamatan pendengaran. 13. Antara kelebihan kaedah padang sebut ialah; I. Sesuai dengan kehendak ilmu jiwa kanak-kanak II. Kaedah ini dari awal mementingkan makna III. Guru dapat melatih kanak-kanak membaca dengan sebutan dan rentak irama IV. Kaedah ini membolehkan kanak-kanak membaca perkataan perkataan baharu walaupun perkataan itu di luar perbendaharaan kata mereka. A. I dan II B. I dan III C. I, II dan III D. I, II, III dan IV 14. Seorang murid menghadapi masalah menyebut fonem /m/ seperti ayat di bawah: Mereka makan mangga muda masa emak mandi dalam kolam A. main peranan B. pasangan minimal 7

C. pemintal lidah D. lakonan 15. Peringkat pra menulis ialah tempoh masa murid-murid disediakan dengan aktiviti-aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf-huruf dengan kemas dan betul. Latihan pra menulis menitikberatkan perkara-perkara berikut kecuali; A. Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan B. Melakukan latihan-latihan pergerakan mata C. Melatih atau tunjukkan cara membentuk huruf, menulis perkataan dan ayat D. Menguasai gerak tangan yang bebas supaya boleh menulis dengan selesa dan sempurna 16. Kaedah fonetik mempunyai beberapa kebaikan. Antaranya ialah I. sesuai dengan susuk bahasa Melayu II. mempelajari perkataan baru secara berperingkat III. membolehkan kanak-kanak membaca perkataan baru IV. memberi asas dan binaan yang kukuh dalam proses membaca Antara berikut, yang manakah aktiviti yang sesuai untuk penyataan di atas ? A. mengenal nama huruf B. menenal bunyi huruf C. mengenal bentuk huruf D. mengenal bunyi suku kata 17. Dalam aktiviti kemahiran pra tulisan murid diberi latihan pergerakan mata dari kiri ke kanan serta mengkoordinasi pergerakan mata dan tangan. Berdasarkan pernyataan yang di atas aktiviti yang bersesuaian ialah; A. Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris dua B. Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris satu C. Latihan mengikut garisan-garisan rajah atau gambar dari kiri ke kanan. D. Latihan membentuk lambang tulisan dengan cara yang betul untuk mendapat keseragaman 18. Berikut merupakan matlamat aktiviti main peranan dalam pengajaan dan pembelajaran Bahasa Melayu. I. Murid memahami masalah sendiri dengan mendalam II. Murid memperoleh kemahiran dan mengalami pelbagai bentuk 8

masalah sosial. III. Membantu murid pendiam mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran. IV. Kurang membantu murid pendiam mengambil bahagian dalam aktivitiaktiviti pengajaran dan pembelajaran. A. I dan II sahaja C. I, II, dan III sahaja B. III dan IV sahaja D. I, II, dan IV sahaja 19. Pilih langkah yang sesuai untuk memasukkan fail lagu secara berterusan ke dalam beberapa slaid. A. Pilih lagu Custom Animation pilih Effect Option set jumlah slide B. Record sound press button dan mainkan bunyi sewaktu anda melihat keseluruhan slide. C. Mainkan udio dari CD set lagu dari CD untuk jangkamasa lagu dimainkan. D. All programs assesories record sound - save 20. Format digital bagi rakaman audio ialah A. pdf C. jpag B. waw D. mdb 21. Perisian Sound Recorder digunakan untuk merakam bunyi-bunyi alam dan mekanikal. Berikut adalah format yang digunakan untuk menyimpan fail audio. A. wav C. pdf B. mdb D. exe 22. Guru mata pelajaran Seni Visual boleh menjalankan aktiviti mengeja dan menyebut perkataan berdasarkan bahan-bahan berikut, kecuali A. gambar yang dilukis B. kraftangan batik C. lukisan tanah liat D. lirik lagu yang dinyanyikan

23. Langkah 1 - Pilih huruf kegemaran sama ada huruf di awal nama atau sebaliknya. Langkah 2 - Membina mengikut teknik tone warna gabungan sekurang-kurangnya dua warna supaya lebih menarik. 9

Langkah 3 - Gunakan gam untuk menampal bahan binaan tersebut. Langkah 4 - Gunakan plastik lutsinar sebagai pembalut, supaya bahan binaan utama tidak mudah tanggal bila disentuh. Langkah di atas merujuk kepada pembinaan bahan pemulihan membaca dan menulis dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual jenis A. kolaj C. Kraf tangan B. origami D. mewarna 24. Antara pergerakan lokomotor berikut, pergerakan menakah yang merupakan aktiviti yang dapat membantu murid mengenal huruf ? A. berlari secara lurus dengan pantas. B. memulakan langkah kaki secara teratur C. membentuk huruf mengikut posisi badan D. menyambut dan membaling bola berpasangan 25. Tujuan penyerapan mata pelajaran PJK dalam pendidikan pemulihan membaca dan menulis adalah untuk A. memudahkan guru-guru mengajar membaca B. bermain dengan huruf dan perkataan secara beriadah C. menyakinkan murid-murid untuk membaca dan menulis D. menyenangkan murid-murid mengingat huruf yang telah dipelajari 26. Boneka yang dikendalikan oleh tiga orang dalang dalam pengajaran dan pembelajaran guru dikenali sebagai Boneka A. Bunrako B. Marrionette C. Polistrina D. Ventriloquist 27. Guru berjaya mengesan salah seorang muridnya menghadapi masalah untuk menyebut fonem /k/dalam ayat berikut: Kulit kaki kakak kamu kurap kerana kulat kurap kucing kurap hinggap kulit kaki kakak kamu. Kakak kamu harap kudis kurap kurang pada kulit kaki kelak bila kopi kelat pekat sapu pada kudis kulit kaki kurap kakak kamu. Berdasarkan penyataan masalah di atas, apakah aktiviti yang paling sesuai untuk 10

mengatasi masalah muridnya. A. main peranan B. pemintal lidah C. pasangan minimal D. latih tubi 28. Pilih pernyataan yang tidak benar tentang pengajaran secara individu A. murid-murid belajar mengikut kemampuan sendiri B. hubungan mrid dengan guru adalah paling minima C. amat sesuai untuk pengajaran pemulihan dan pengayaan. D. menggalakkan murid-murid berinteraksi sesama sendiri secara bebas. 29. Semua yang berikut merupakan ciri-ciri permainan bahasa, kecuali A. menyeronokan B. bersifat persaingan C. penglibatan menyeluruh D. tidak mementingkan unsur etiket 30. Yang manakah di antara berikut merupakan ciri-ciri pengajaran tutoring I. Sebarang kerja rumah akan dikembalikan melalui perkhidmatan pos II. Seorang guru hanya dikhususkan untuk seorang murid sahaja III. Kaedah pengajaran individu yang paling asli dan tertua IV. Seseorang murid tidak perlu menunggu arahan guru untuk maju A. I sahaja C. III dan IV sahaja B. I dan II sahaja D. Semua di atas 31. Guru mata pelajaran Seni Visual boleh menjalankan aktiviti mengeja dan menyebut perkataan berdasarkan bahan-bahan berikut kecuali A. gambar yang dilukis B. kraftangan batik C. lukisan tanah liat D. lirik lagu yang dinyanyikan 32. Manakah antara penyataan berikut merupakan objektif utama pembelajaran berkumpulan ?

11

A. mendorong sikap egosentrik dalam kalangan murid B. memberi kebebasan kepada murid-murid untuk memilih guru yang digemari sahaja. C. memberi peluang kepada murid belajar mengikut kemampuan dan kebolehan masing-masing. D. menggalakkan murid-murid menggunakan bahan pembelajaran individu secara bersendirian. 33. Antara pergerakan lokomotor berikut, pergerakan manakah yang merupakan aktiviti yang dapat membantu murid mengenal huruf? A. berlari secara lurus dengan pantas B. memulakan langkah kaki secara teratur C. membentuk huruf mengikut posisi badan D. menyambut dan membaling bola berpasangan 34. Tujuan pendidikan muzik dalam pengajaran dan pembelajaran pemulihan membaca dan menulis adalah untuk A. menyenangkan guru-guru mengajar B. menyakinkan murid-murid untuk belajar C. membolehkan murid-murid bekerjasama antara satu sama lain. D. menyenangkan murid-murid untuk mengingat huruf yang telah mereka pelajari menerusi nyanyian. 35. Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu menggunakan boneka mempunyai beberapa kelebihan. Antara kelebihannya ialah; I. dapat menarik perhatian murid II. dapat membina keyakinan diri III. dapat menggunakan pelbagai deria IV. dapat menggunakan kemahiran bahasa secara serentak A. I dan II B. II dan III C. III dan IV D. I, II, III dan IV 36. Tujuan pendidikan pendidikan jasmani dan kesihatan dalam pengajaran dan pembelajaran pemulihan membaca dan menulis adalah untuk A. menyenangkan guru-guru mengajar 12

B. menyakinkan murid-murid untuk belajar C. membolehkan murid-murid bekerjasama antara satu sama lain. D. menyenangkan murid-murid untuk mengingat huruf yang telah mereka pelajari menggunakan kaedah pergerakan. 37. Pilih penyataan yang tidak benar tentang pengajaran secara individu A. murid-murid belajar mengikut kemampuan sendiri B. guru boleh menyediakan pengajaran berdasarkan keperluan murid C. guru boleh merancang satu set jadual khusus dan modul bersesuaian D. murid boleh berkongsi idea dan memberi sumbangan untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan. 38. Murid-murid didedahkan dengan teknik mengeja perkataan dan suku kata mengikut melodi dalam pengajaran dan pembelajaran pemulihan supaya A. murid-murid boleh bertutur dengan lancar B. murid-murid dapat mengecam bunyi huruf dengan betul C. murid-murid boleh menyanyi dengan intonasi yang baik D. murid-murid mudah mengingat dan menghafal perkataan dan suku kata yang dipelajari. 39. Manakah antara penyataan berikut merupakan objektif utama pembelajaran berkumpulan ? A. mendorong sikap egosentrik dalam kalangan murid-murid B. memberi kebebasan kepada murid untuk memilih guru yang disukainya sahaja C. memberi peluang kepada murid belajar mengikut kemampuan dan kebolehan masing-masing. D. menggalakkan murid-murid menggunakan bahan-bahan pembelajaran individu secara bersendirian. 40. Semua yang berikut merupakan jenis pameran kecuali A. pameran tetap B. pameran bermusim C. pameran bergerak D. pameran sementara

BAHAGIAN B Jawab 2 soalan sahaja

13

1. Pengamatan adalah satu proses untuk mengenal maklumat daripada tindak balas pancaindera dengan bantuan kuasa intelek. (a) Nyatakan dua jenis pengamatan i. _____________________________ ii. _____________________________ (b) Senaraikan tiga punca kelemahan pengamatan i. _____________________________ ii. _____________________________ iii. _____________________________ 2. Peringkat pratulisan ialah tempoh masa murid-murid disediakan dengan akivitiaktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf dengan kemas dan betul. (a) Nyatakan tiga aktiviti kemahiran pratulisan mengikut urutannya. i. _____________________________________ ii. _____________________________________ iii. _____________________________________ (b) Dalam aktiviti kemahiran pratulisan, murid telah diberi latihan pergerakan mata kiri ke kanan serta mengkoordinasi pergerakan mata dan tangan. i. _____________________________________ ii. _____________________________________ 3. Penggunaan boneka dalam bilik darjah perlu dirancang dengan teliti agar aktiviti tersebut dapat membantu dalam perkembangan bahasa dan sahsiah murid.

a. Nyatakan tiga persediaan murid sebelum terlibat dalam pengajaran menggunakan boneka. 14

i. _____________________________________ ii. _____________________________________ iii. _____________________________________

b. Nyatakan dua persediaan guru sebelum melaksanakan pengajaran yang menggunakan boneka. i. _____________________________________ ii. ___________________________________

__

15

16

17

http://ipgktarpengajiansosial.blogspot.com/2011/06/aktiviti-pra-bacaan.html

AKTIVITI PRA BACAAN Aktiviti pra bacaan merujuk kepada aktiviti yang dijalankan untuk tujuan memberikan asas kepada kanak sebelum mereka boleh membaca. Walaupun kemahiran-kemahiran pra bacaan dapat dipelajari secara semulajadi di rumah atau di prasekolah, kemahiran ini adalah penting dalam perkembangaan kemahiran membaca kanak-kanak. Secara ringkasnya kemahiran-kemahiran ini dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu 1. pengamatan penglihatan 2. pendengaran 3. pergerakan mata & tangan.

KEMAHIRAN PENGAMATAN PENGLIHATAN Kemahiran pengamatan penglihatan dapat dipupuk dalam pelbagai jenis aktiviti seperti aktiviti memadan dan juga arah. Aktiviti memadan adalah sebahagian daripada membaca kerana semasa kita membaca kita sebenarnya sedang memadan huruf atau perkataan dengan bunyi yang sesuai. Pada peringkat permulaan kanak-kanak boleh diperkenal dengan memadan bentuk, diikuti corak, huruf dan akhirnya perkataan. Aplikasi permainan memadan ialah jigsaw puzzle. Manakala aktiviti arah ini lebih merujuk kepada menyesuaikan kanak-kanak dengan membaca arah ayat dimulakan iaitu dari kiri ke kanan unutk tulisan rumi. Dalam situasi sebenar kanak-kanak sememangnya tidak tahu arah ayat dimulakan. Oleh itu semasa ibu bapa atau guru membacakan cerita atau ayat, mereka harus menunjuk kepada huruf yang dibaca. Kemudian guru harus menyoal kanak-kanak dari mana ayat mula dibacakan. Demi menunjukkan kepentingan membaca dari arah yang betul, guru harus mendemonstrasi dengan membaca secara terbalik. Apabila dibaca terbalik ayat yang dibaca akan menjadi tidak bermakna.

18

KEMAHIRAN PENDENGARAN Selain itu, pendengaran juga biasa digunakan terutama bersama pengamatan

penglihatan. Contoh aktiviti yang boleh dilakukan adalah memperkenalkan huruf-huruf dengan bunyinya. Ini membolehkan kanak-kanak mengenal pasti huruf sebelum berkembang untuk membaca perkataan dan ayat. Cara yang boleh digunakan oleh guru ialah memperkenalkan sebahagian perkataan yang penting kepada pelajar seperti huruf dalam nama pelajar. Selain itu, guru harus mengajar huruf bersama-sama dengan ayat. Contoh ialah a untuk ayam, b untuk bola. Pada masa yang sama elakkan mengunakkan huruf besar kerana ini dapat menimbulkan kekeliruan kepada pelajar. Bukan itu sahaja, cara yang paling langsung untuk kanak-kanak mahir dalam pendengaran adalah bertutur dengan kanak kanak atau membaca kepada kanakkanak. Semasa bertutur dengan mereka, kanak-kanak sedang mendengar dan mendapat pengalaman dalam berbahasa. Pengalaman inilah penting dalam

perkembangan membaca.

KEMAHIRAN PERGERAKAN MATA DAN TANGAN Kemahiran yang terakhir ialah kemahiran pergerakan mata dan tangan. Kemahiran ini dapat dipupuk melalui aktiviti motor tangan seperti mewarna. Perkembangan motor tangan adalah amat penting kerana pada peringkat awal, motor halus kanak-kanak belum matang lagi. Guru harus mengalakkan kanak-kanak untuk menggunakan kreativiti untuk melukis dan mewarna mengunakan peralatan yang berbeza. Ini bertujuan unutk melatih kanak-kanak memegang pensel atau objek yang seumpama seperti crayon atau pensel warna dengan cara yang betul dan pada masa yang sama melatih motor halus. Selain itu guru juga boleh memberi permainan yang mengunakkan objek kecil seperti set bongkah yang dapat membantu dalam perkembangan motor. Kalau tidak terdapat set bongkah, guru juga dapat member aktiviti seperti mengunting tetapi harus diingatkan untuk berhati-hati semasa mengunakkannya.

KAEDAH MENGAJAR BACAAN19

Kaedah mengajar bacaan merupakan sebagian lanjutan daripada aktiviti prabacaan tetapi ini lebih berfokus kepada cara memperkenalkan hurf, perkataan dan ayat serta bunyi kepada kanak-kanak. Kaedah ini secara kasar dapat dibahagikan kepada tiga: 1. Kaedah bunyi/ fonetik 2. Kaedah huruf 3. Kaedah pandang dan sebut KAEDAH BUNYI / FONETIK Kaedah ini lebih mengutamakan bunyi. Terdapat dua cara mengunaan iaitu: 1. Membunyikan suku kata dan menyambungkan dengan suku kata yang lain. Contohnya: ba + pa = bapa 2. Membunyikan huruf-huruf dahulu, lepas itu menjadikannya suku kata dan akhirnya perkataan. Contoh: b (beh), a (ah) = ba p(peh), a (ah) = pa ba + pa = bapa

Kekuatan Sesuai denagn susuk bahasa Melayu Bacaan

Kelemahan murid-murid perhatian tidak licin. Ini itu

adalah terdiri daripada suku-suku kata disebabkan yang hampir tetap bunyinya.

murid-murid

tertumpu kepada suku-suku kata, satu lepas satu.

Kaedah ini membolehkan kanak-kanak Tidak menarik hati kerana suku-suku kata membaca perkataan-perkataan baharu yang diajar itu tidak mempunyaai makna walaupun perkataan-perkataan itu diluar yang nyata pada mereka. perbendaharaan kata mereka.

20

http://mohdnorizwansulaiman.blogspot.com/2009/05/prabacaan.html

2.3.3 Kaedah Fonik Pada asasnya kaedah ini adalah untuk mengajar murid-murid melihat hubungan di antara simbol (huruf) dan bunyi (grapheme phoneme relationship) supaya kemudian mereka dapat membaca (membunyikan) perkataan-perkataan baru yang mereka hadapi. Murid-murid tidak diajar nama-nama huruf, diajar bunyi-bunyi huruf. Ertinya lambing huruf terus dikaitkan dengan bunyinya. Misalnya a dibunyikan aa , t tah , s ss . u uu , z zz , dan sebagainya. Setelah mereka tahu hubungan tiap-tiap huruf dengan bunyinya, suku kata pula dibina. Misalnya, ba , da , tu , ka , lu , mi dan sebagainya. Kemudian baru digabungkan suku-suku kata ini menjadi perkataan-perkataan dada , batu , kata , lalu , dan sebagainya. Seterusnya murid-murid diberi latihan membaca ayat-ayat yang menggunakan perkataan-perkataan ini. Nyata sekali, oleh sebab sistem ejaan bahasa Melayu kita adalah fonemik, (iaitu ada hubungan yang agak teratur di antara huruf dan bunyinya ), dan oleh sebab suku kata kebanyakan perkataan Melayu agak jelas, maka kaedah fonik ini sesuai sekali digunakan untuk mengajar permulaan membaca perkataan-perkataan Melayu. Sekurang-kurangnya kaedah ini adalah lebih munasabah dan mungkin lebih berkesan dibandingkan dengan Kaedah Abjad dan Kaedah Pandang dan Sebut. Kelemahannya ialah kaedah ini masih memerlukan murid-murid menghafal bunyi huruf yang kurang bermakna pada permulaannya. Dan biasanya masa yang agak panjang diambil untuk mereka mengenal semua bunyi huruf dan suku kata sebelum mereka membaca perkataan-perkataan dan ayat-ayat yang bermakna. 2.4 Kaedah Gabungan yang dicadangkan Kaedah gabungan untuk mengajar membaca bahasa Melayu kepada murid-murid peringkat awal (prabacaan) yang dicadangkan di sini berasaskan hal-hal berikut: a) Sistem ejaan bahasa Melayu adalah mengikut abjad dan fonemik ertinya ada hubungan yang rapat di antara simbol/huruf dan bunyinya. b) Suku kata perkataan-perkataan Melayu adalah jelas (jika dibandingkan dengan bahasa-bahasa lain dengan bahasa Inggeris misalnya). c) Ciri-ciri yang baik daripada kaedah fonik dan kaedah pandang dan sebut boleh digabungkan. d) Murid-murid Melayu yang baru melangkah masuk ke Darjah 1 rata-rata telah pun mempunyai perbendaharaan bahasa Melayu yang mencukupi untuk terus belajar membaca. Kaedah yang dicadangkan ini menegaskan yang kita boleh menggabungkan terus kaedah fonik dan kaedah pandang dan sebut dalam satu pelajaran membaca, pada peringkat awal. Kita tidak perlu menunggu murid-murid mengetahui semua nama huruf, bunyi huruf dan suku kata sebelum mereka disuruh membaca perkataan-perkataan atau ayat. Malahan kita tidak begitu perlu memperkenalkan dan mengajar abjad dan bunyi huruf dari a, b, c sampai z secara tertib biasa. Kaedah gabungan ini mencadangkan biar murid-murid diperkenalkan kepada bunyi beberapa huruf vokal dan konsonan, dan kemudian terus membunyikan suku kata dan perkataan-perkataan yang 21

bermakna, dalam satu dua pelajaran. Dengan cara begini dalam dua, tiga pelajaran saja mereka akan terus dapat membaca beberapa perkataan dan ayat, dan merasa bangga yang mereka boleh membaca serta faham akan yang dibaca. Untuk menjelaskan kaedah ini secara konkrit, terdapat beberapa contoh: a) Mulakan dengan perkenalkan bunyi dua atau tiga huruf vokal: aou dengan menggunakan kad imbasan (flash card). Buat latihan membunyikan huruf ini beberapa kali, selang-seli. b) Kemudian perkenalkan pula bunyi dua atau tiga huruf konsonan, misalnya: dkm dengan menggunakan kad imbasan, dan buat latih-tubi beberapa kali supaya semua murid dapat melafazkan bunyi tiap-tiap lambang itu dengan jelas. c) Gabungan bunyi tiap-tiap huruf konsonan dengan huruf vokal supaya menjadi suku kata: da di du ka ki k u sa si su Seterusnya bentukkan beberapa perkataan yang bermakna, misalnya: ba ba baba bu bu bubu da da dada ku ku kuku Ulangkan ini beberapa kali, kemudian gabungkan dua perkataan menjadi ayat dan latihan murid-murid membacanya: baba bubu dada kuku d) Perkenalkan gabungan lain: a ku aku a da ada i ni ini i tu itu bu ku buku ba ba baba bu ka buka ba ju baju Seluruh murid-murid membaca ayat-ayat berikut daripada beberapa perkataan di atas: aku ada buku aku buka baju ini buku aku itu baju aku Kemudian gantikan aku dengan baba dan ulang membacanya. Seterusnya baca ayat-ayat ini pula: buku dia 22

buku baba buku aku/ku Gantikan buku dengan baju , baju , dan kuku dan ulang bertubi-tubi dengan kad imbasan. e) Perkenalkan gabungan bunyi lain pula seterusnya. i bu ibu bu di budi u da uda budi ibu budi ibuku budi uda di a dia ka ki kaki kaki dia kaki ibu kaki kuda Suruh murid membaca ayat-ayat yang menggunakan berbagai-bagai perkataan yang dicipta: ibu buku baba uda bubu udaku ada kuda dia kaki kuda buku uda Begitulah beberapa contoh kaedah gabungan yang boleh diajar di dalam tiga, empat hari, sejam sehari. Dalam seminggu sahaja murid-murid boleh mengenal huruf-huruf a, e, i, o : b, d, k dan membaca suku kata, perkataan-perkataan dan ayat yang dibentuk daripadanya.

23

Contoh tulis refleksi EFLEKSI Pada April 2008 yang lalu, pelajar PISMP PJ2 telah diberi satu tugasan kerja kursus pendek pendidikan PISMP Semester 2 pensyarah bagi mata pelajaran Literasi Bahasa Melayu. Kami diberi masa selama beberapa minggu untuk menyiapkan tugasan ini. Dalam masa yang agak singkat itu, kami telah dikehendaki mendapatkan maklumat dan membuat analisis tentang aktiviti prabacaan, pratulisan, pemulihan membaca dan pemulihan menulis. Perkara pertama yang saya lakukan ialah membahagikan tugasan mengikut masa supaya tidak berlaku pelanggaran waktu untuk menyiapkan kerja-kerja yang lain. Saya terpaksa berbuat begitu untuk menghadapi masalah kekangan masa. Terdapat sedikit maklumat mengenai aktiviti prabacaan dalam nota pembelajaran saya, jadi ini dapat memudahkan tugasan-tugasan ini disiapkan pada waktunya. Saya menghadapi masalah dalam mencari maklumat tambahahan untuk menyiapkan tugasan ini. Agak sukar untuk mencari maklumat tambahan daripada perpustakaan lantaran jumlah buku yang terhad. Manakala, daripada internet, saya telah berjaya mendapat agak banyak maklumat tambahan, namun, kebanyakan daripadanya adalah dalam bahasa Indonesia dan ini menyukarkan saya untuk mentafsirkannya ke dalam bahasa Melayu. Sepanjang menyelesaikan tugasan ini, jika ada masalah yang timbul, kaedah musyawarah dan rujukan pada pensyarah yang berpengalaman didapati menjadi penyelesaian yang amat berguna. Kerjasama dan perpaduan merupakan tunggak kejayaan sesuatu program itu. Bak kata pepatah, Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat . Kami perlu bersatu-padu dan sentiasa berganding bahu walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Namun, walaupun menghadapi pelbagai masalah, saya telah berjaya untuk menyiapkan tugasan ini dalam masa yang ditetapkan. Ini adalah berkat kerjasama dan muafakat antara semua pihak. Kemahiran membuat keputusan telah dapat dilatih secara tidak langsung. Malah pelbagai pengalaman baru telah dapat diraih dan dapat digunakan dalam menempuh arena perguruan yang semakin mencabar pada masa yang akan datang.

Disediakan oleh, NorAzlin bt Nor Shah PISMP PJ2 Sem 2

24

Assalamualaikum... - Terima kasih kerana bertanya. - Tugasan 1- Tugasan Berkumpulan - Esei - 1 esei sahaja perlu dihantar. - Perlu pilih tajuk berdasarkan topik 1 - hingga 14. - Contohnya Tajuk 3 - Bengkel Asas Membaca : Kaedah Abjad - Kaedah Abjad ini perlu dibuat analisis tentang aktiviti prabacaan, pratulisan, pemulihan membaca dan pemulihan menulis - menulis esei - dan perlu fokus kepada satu strategi - cth. permainan bahasa, lakonan, boneka, main peranan dll - rujuk pada soalan tugasan. - Tugasan 2 - Tugasan Berkumpulan - Tetapi perlu dibuat secara individu - tajuk sama tapi aktiviti akan berbeza utk setiap ahli. - Membina bahan bantu mengajar - Perlu pilih tajuk berdasarkan topik 1 - hingga 14. - Contohnya Tajuk 3 - Bengkel Asas Membaca : Kaedah Abjad - Kaedah Abjad ini perlu dibuat bahan bantu mengajar berdasarkan aktiviti prabacaan, pratulisan, pemulihan membaca dan pemulihan menulis - dan perlu fokus kepada satu strategi atau lebih - cth. permainan bahasa, lakonan, boneka, main peranan, simukasi, muzik, pjk rakaman, dll - rujuk pada soalan tugasan. -perlu dokumentasikan - ambil gambar masuk dlm fail portfolia. - perlu ada manual penggunaan setiap satu. - masukkan dlm satu kit. - rujuk panduan dlm soalan tugasan. *** tolong panjangkan kepada rakan yg lain. Kalau ada senarai nama yg bergambar utk Pra A & Pra B dan alamat emel ...blh emelkan kpd saya.

25

prabacaan 2.0 PRABACAAN 2.1 Pendahuluan Di akhir tahun-tahun 1970-an, terdapat laporan-laporan yang menyatakan ramai murid sekolah rendah (terutama yang tinggal di luar bandar) yang tidak boleh membaca atau tidak cekap membaca bahasa mereka sendiri (bahasa Melayu). Tentu banyak sebabnya perkara tidak boleh membaca ini berlaku. Tetapi bagi mencari penyelesaian, elok dikaji semula antara lain, kaedah mengajar Bahasa Melayu di peringkat awal (Darjah 1 atau 2), dan menggubal cara yang lebih sesuai, mudah dan berkesan. Seharusnya sebahagian besar (90%) daripada murid-murid kita dapat membaca bahan-bahan bacaan yang senang pada akhir Darjah 1 persekolahan mereka, jika pengajaran membaca dibuat secara sistematik dengan mengambil kira hal-hal berikut: a) Sistem ejaan Bahasa Melayu adalah alphabetic dan fonemik ertinya ada hubungan yang rapat di antara simbol/huruf dan bunyinya. (Ini berbeza sekali dengan sistem ejaan bahasa Inggeris yang amat rumit itu). b) Suku kata perkataan-perkataan bahasa Melayu adalah mudah dan jelas (jika dibandingkan dengan bahasa-bahasa lain dengan bahasa Inggeris misalnya). Kedua-dua ciri dalam bahasa Melayu di atas sahaja seharusnya sudah dapat meyakinkan kita bahawa kita tidak boleh meniru dan mengambil terus kaedah mengajar membaca bahasa Inggeris untuk mengajar membaca di peringkat awal. c) Murid-murid Melayu (termasuk sebahagian besar murid-murid Bukan Melayu) yang melangkah masuk ke Darjah 1 rata-rata telah pun mengetahui bahasa Melayu dan mempunyai perbendaharaan kata bahasa Melayu yang mencukupi untuk mereka terus belajar membaca bahasa Melayu. Ertinya mereka belajar bahasa Melayu sebagai bahasa pertama, bukan sebagai bahasa kedua (misalnya bahasa Inggeris). Jika kita meniru kaedah mengajar membaca bahasa Inggeris (sebagai bahasa kedua) untuk mengajar mambaca bahasa Melayu sudah tentu ini akan membawa kepayahan dan kelambatan untuk murid-murid kita belajar membaca bahasa kita. Terdapat pelbagai kaedah mengajar membaca yang pernah digunakan oleh guru-guru kita kaedah abjad , kaedah fonik , kaedah pandang dan sebut , kaedah eklektik dan sebagainya. Bahan-bahan untuk murid berlatih membaca sendiri adalah penting, ini kerana jika murid-murid tidak mempunyai bahan-bahan atau buku yang boleh mereka membaca di masa lapang atau di rumah, pembinaan kemahiran membaca akan terencat. Ini terutamanya akan berlaku di kalangan murid-murid di luar bandar atau daripada keluarga miskin di mana bahan-bahan bacaan di rumah sangat kekurangan. Agak munasabah kenyataan bahawa murid-murid akan menambah kecekapan membaca dengan terus diberi kemudahan untuk mereka membaca. Dalam rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (3M) nanti, kejayaannya dari segi matlamat supaya semua murid dapat membaca, menulis dan mengira bergantung besar atas faktor adanya bahanbahan dan buku-buku yang sesuai, beragam dan mencukupi untuk murid-murid membaca. Bahan-bahan itu haruslah menarik dan berisi : berbagai ilmu pengetahuan , mesej moral, dan sebagainya. 2.2 Kaedah Mengajar Murid-murid Membaca di Peringkat Awal Masalah murid-murid sekolah tidak dapat membaca, atau tidak dapat membaca dengan cekap, sebenarnya telah lama dirasakan oleh guru-guru. Hanya sejak beberapa tahun kebelakangan ini saja hal tersebut diberi perhatian yang lain, dan daripada beberapa kajian yang dibuat nampaknya masalah ini masih agak serius. Sudah wajarlah masalah pembelajaran membaca (termasuk menulis dan mengira) diberi perhatian oleh semua pihak : Kementerian Pelajaran, guru-guru, dan ibu bapa, kerana di dalam sistem pelajaran formal, ketiga-tiga kemahiran itu menjadi alat yang asas untuk kanak-kanak mempelajari Ilmu Sains, Ilmu Alam, Sejarah, Kesusasteraan, Sivik, Muzik, Perdagangan, Pertanian, Seni Perusahaan, mata pelajaran Teknikal, Agama serta pengetahuan dan kemahiran lain. Kemahiran 3M adalah alat asas untuk seseorang meneroka ilmu, mencipta, dan membuat komunikasi. Dalam konteks dunia hari ini, kecekapan dalam menguasai 3M amat diperlukan, lebih-lebih lagi untuk urusan kehidupan sehari-hari. Maksudnya, definisi had minimum dalam kemahiran membaca setakat mengenal huruf sudah tidak memadai lagi. Taraf minimum yang harus dianggap sebagai functionally literate di Malaysia hari ini harus didasarkan pada keupayaan seseorang itu membaca dan memahami tulisan di dalam suratkhabar, dan menulis surat-surat urusan harian sendiri. Taraf pencapaian minimum inilah yang harus dapat dicapai oleh 90% daripada murid-murid sekolah apabila mereka sampai ke Tingkatan 3. Untuk mencapai taraf kemahiran ini, asas-asas yang kukuh perlu dibina secara progresif dari awal. Barangkali bagi 90% daripada kanak-kanak dalam negara kita, mula mengenal huruf hanya apabila mereka menjejakkan kaki di bangku sekolah. Kebanyakan kita juga mula belajar membaca apabila kita bersekolah. Hal ini sengaja ditekankan kerana sudah diterima sebagai biasa bahawa di antara tugas utama guru-guru di sekolah dasar ialah mengajar kanak-kanak supaya dapat membaca dan menulis. Jika ini belum dicapai, apa pun sebab-sebab yang mungkin diberikan, tugas guru belum dikira sempurna. Masyarakat kita sentiasa mengharapkan sistem persekolahan kita memberikan kecekapan membaca, menulis dan mengira kepada anak-anak, dan jika

26

ramai yang tidak mendapat kemahiran tersebut, maka sistem persekolahan itu dianggap gagal, dan harus dikaji semula serta dipulihkan. Walau bagaimanapun tidaklah dicadangkan apa-apa pemulihan yang besar di dalam sistem pelajaran kita, hanya sekadar untuk meninjau beberapa kaedah mengajar di peringkat awal : (beberapa definisi dan andaian asas) a) Peringkat permulaan membaca di sini ditafsirkan sebagai peringkat permulaan membaca yang dihadapi oleh sebahagian besar murid-murid Darjah 1, di sekolah-sekolah dasar kita; b) Kebanyakan daripada murid-murid ini adalah normal dari segi keupayaan atau kebolehan mereka belajar; c) Murid-murid ini telah pun mempunyai kemahiran bahasa Melayu lisan (walaupun mungkin dalam bentuk dialek), menguasai perbendaharaan kata yang mencukupi akibat daripada lahir di dalam keluarga Melayu, atau bercampur-gaul dengan orangorang Melayu. Dengan kata lain mereka belajar membaca bahasa Melayu sebagai bahasa pertama. 2.3 Kaedah Pengajaran yang Biasa Dibuat. 2.3.1 Kaedah abjad Kaedah Abjad bolehlah dianggap sebagai kaedah mengenal nama-nama huruf yang digunakan dalam tulisan Melayu; a,b,c hingga z. Murid-murid diajar menghafal nama-nama huruf ini mengikut aturannya a,b,c, z. kadang-kadang ada nyanyian yang menggunakan huruf-huruf sebagai liriknya. Setelah beberapa minggu barulah disebutkan huruf-huruf vokal: a,e,i,o,u. Selepas itu dibina suku-suku kata ba tu , ka ki dan sebagainya, dan diikuti pula dengan mengeja perkataan-perkataan. Kemudian barulah diberi latihan membaca ayat-ayat yang pendek. Murid-murid hanya mengambil masa tiga hingga empat bulan, atau lebih untuk mengetahui nama-nama huruf hingga tahu membaca ayat-ayat . Kaedah abjad yang begini hanyalah menegaskan hafalan-hafalan yang agak kurang bermakna bagi kanak-kanak. Memulakan pengajaran membaca dengan menegaskan pengenalan dan hafalan nama-nama huruf, sebenarnya menegaskan sesuatu yang boleh membosankan murid-murid. Saya kira kaedah ini mengambil masa yang agak panjang sebelum murid-murid itu dapat merasa gembira atau puas. 2.3.2 Kaedah Pandang dan Sebut (look and say) Kaedah Pandang dan Sebut ini atau juga pernah disebut dengan nama Kaedah Seluruh Perkataan (whole word) ini bolehlah dianggap sebagai reaksi kepada kelemahan-kelemahan yang terdapat pada Kaedah Abjad. Kaedah itu lebih bermakna daripada Kaedah Menghafal nama setiap huruf itu . Misalnya batu, rumah, sekolah, budak, pokok, meja, pensel dan sebagainya. Perkataan-perkataan yang ditulis penuh adalah difikirkan lebih bermakna daripada pecahan tiap-tiap hurufnya. Jadi Kaedah Pandang dan Sebut (atau Kaedah Seluruh Ayat) ini dijadikan asas untuk mengajar murid-murid membaca. Kerap kali ditunjukkan seluruh perkataan-perkataan seiring dengan gambar-gambar yang dilambangkannya. Perkataan rumah ditulis di tepi atau di bawah gambar rumah, perkataan pensel, dan sebagainya. Kadang-kadang digunakan kad-kad imbasan yang menunjukkan gambar dan perkataan. Jadi dalam kaedah ini murid-murid cuba mengenal keseluruhan lambang-lambang itu untuk mendapat membaca. Mereka harus mengenal beberapa puluh lambang perkataan sebelum boleh membaca ayat-ayat. Kemudian baru diajar mengeja tiaptiap perkataan, dan mengenal nama huruf-huruf yang mewakilinya. Pada ketika dahulu (bahkan bagi setengah-setengah ahli pendidik sekarang pun) kaedah Pandang dan Sebut ini sangat ditegaskan. Mereka kuat dipengaruhi oleh ahli-ahli pendidik mengajar membaca bahasa Inggeris. Di sebalik menggunakan kaedah ini untuk mengajar, bahasa Inggeris ialah bahasa yang tidak mempunyai sistem ejaan fonemik yang sempurna, bercelaru dari segi symbol-sound relationship. Kecelaruan ini menyebabkan ahli-ahli pendidik bahasa menganggap kaedah Pandang dan Sebut itu lebih sesuai dan bermakna untuk mengajar permulaan membaca. Tetapi, sejak beberapa tahun kebelakangan ini kaedah ini dikritik semula, sebab didapati ramai murid biasa (terutama di Amerika Syarikat) yang tidak boleh membaca. Kemahiran murid-murid mengenal perkataan-perkataan tidak dapat menjelma dengan cepat. Bahkan ramai yang menghafal perkataan-perkataan berdasarkan gambar daripada mengenal perkataan-perkataan, dan murid-murid ini sukar mengenal perkataan-perkataan yang baru . Jadi, baru-baru ini timbul semula hujah-hujah dan kajian-kajian yang membuktikan bahawa kaedah fonik mungkin lebih sesuai dan berkesan daripada kaedah Pandang dan Sebut untuk mengajar permulaan membaca bahasa Inggaris. Kaedah Pandang dan Sebut ini lebih sesuai digunakan untuk mengajar bahasa-bahasa yang memakai sistem tulisan ideografik (atau lebih tepat lagi logografik) seperti sistem ejaan bahasa Cina, yang melambangkan sesuatu benda, idea, dan sebagainya (satu morfem) dengan satu perkataan.

27

Oleh sebab sistem ejaan bahasa Melayu rata-rata adalah fonemik (satu huruf boleh dikatakan melambang satu bunyi lebih fonemik daripada misalnya sistem ejaan bahasa Inggeris) maka agak tidak begitu munasabah bagi Kaedah Pandang dan Sebut ini digunakan untuk mengajar permulaan membaca bahasa Melayu, terutama mengajar murid-murid Melayu. Kaedah ini akan menyusahkan dan melambatkan lagi murid-murid mencapai kemahiran membaca bahasa Melayu. 2.3.3 Kaedah Fonik Pada asasnya kaedah ini adalah untuk mengajar murid-murid melihat hubungan di antara simbol (huruf) dan bunyi (grapheme phoneme relationship) supaya kemudian mereka dapat membaca (membunyikan) perkataan-perkataan baru yang mereka hadapi. Murid-murid tidak diajar nama-nama huruf, diajar bunyi-bunyi huruf. Ertinya lambing huruf terus dikaitkan dengan bunyinya. Misalnya a dibunyikan aa , t tah , s ss . u uu , z zz , dan sebagainya. Setelah mereka tahu hubungan tiaptiap huruf dengan bunyinya, suku kata pula dibina. Misalnya, ba , da , tu , ka , lu , mi dan sebagainya. Kemudian baru digabungkan suku-suku kata ini menjadi perkataan-perkataan dada , batu , kata , lalu , dan sebagainya. Seterusnya muridmurid diberi latihan membaca ayat-ayat yang menggunakan perkataan-perkataan ini. Nyata sekali, oleh sebab sistem ejaan bahasa Melayu kita adalah fonemik, (iaitu ada hubungan yang agak teratur di antara huruf dan bunyinya ), dan oleh sebab suku kata kebanyakan perkataan Melayu agak jelas, maka kaedah fonik ini sesuai sekali digunakan untuk mengajar permulaan membaca perkataan-perkataan Melayu. Sekurang-kurangnya kaedah ini adalah lebih munasabah dan mungkin lebih berkesan dibandingkan dengan Kaedah Abjad dan Kaedah Pandang dan Sebut. Kelemahannya ialah kaedah ini masih memerlukan murid-murid menghafal bunyi huruf yang kurang bermakna pada permulaannya. Dan biasanya masa yang agak panjang diambil untuk mereka mengenal semua bunyi huruf dan suku kata sebelum mereka membaca perkataan-perkataan dan ayat-ayat yang bermakna. 2.3.4 Kaedah Eklektik Kaedah ini adalah kaedah Campuran campuran kaedah-kaedah mengikut kesesuaian murid, situasi bilik darjah dan bahanbahan bacaan yang digunakan. Ada yang menggunakan penujuan sintetik, ada penujuan analitik dan ada pula penujuan sintetik-analitik. The analytic-synthetic method entails selection of carefully graded words, sentences and simple passage which children analyse, compare and synthesize more or less simultaneously right from the beginning, and in doing so become acquainted with the elements of language, in the desired order, while learning the mechanics of reading. 1 1 Twelfh International Conference on Public Education, Gena, 1949. The Teaching of Reading. Geneva : International Bureau of Education 1949, m.s. 24. Terdapat pelbagai lagi jenis Kaedah Eklektik ini. Bagi bahasa Melayu, kesan yang didapati apabila seseorang menyebutkan Kaedah Eklektik ini, ialah seolah-olah mereka memikirkan Kaedah ini adalah yang paling sesuai untuk mengajar membaca bagi kanak-kanak Melayu kita. Kemudian jika diperhatikan betul-betul cara Kaedah ini diterapkan, agak banyak yang mengajar kurang sistematik. Jadi kerap kali Kaedah ini menjadi akedah cacamurba, kerana asas gabungan itu kurang diperhatikan. Apa yang harus difikirkan dan diciptakan ialah kaedah mengajar eklektik tetapi sistematik, yang mengambil perhatian keistimewaan sifat-sifat ejaan bahasa Melayu, struktur suku-katanya, dan tatabahasanya di suatu pihak, dan keadaan pembelajaran murid-murid Melayu di pihak lain. Maksudnya kita harus menciptakan Kaedah Eklektik yang sesuai untuk mengajar membaca bahasa Melayu sebagai bahasa pertama; tetapi Kaedah itu haruslah sistematik. 2.4 Kaedah Gabungan yang dicadangkan Kaedah gabungan untuk mengajar membaca bahasa Melayu kepada murid-murid peringkat awal (prabacaan) yang dicadangkan di sini berasaskan hal-hal berikut: a) Sistem ejaan bahasa Melayu adalah mengikut abjad dan fonemik ertinya ada hubungan yang rapat di antara simbol/huruf dan bunyinya. b) Suku kata perkataan-perkataan Melayu adalah jelas (jika dibandingkan dengan bahasa-bahasa lain dengan bahasa Inggeris misalnya). c) Ciri-ciri yang baik daripada kaedah fonik dan kaedah pandang dan sebut boleh digabungkan. d) Murid-murid Melayu yang baru melangkah masuk ke Darjah 1 rata-rata telah pun mempunyai perbendaharaan bahasa Melayu yang mencukupi untuk terus belajar membaca. Kaedah yang dicadangkan ini menegaskan yang kita boleh menggabungkan terus kaedah fonik dan kaedah pandang dan sebut dalam satu pelajaran membaca, pada peringkat awal. Kita tidak perlu menunggu murid-murid mengetahui semua nama huruf, bunyi huruf dan suku kata sebelum mereka disuruh membaca perkataan-perkataan atau ayat. Malahan kita tidak begitu

28

perlu memperkenalkan dan mengajar abjad dan bunyi huruf dari a, b, c sampai z secara tertib biasa. Kaedah gabungan ini mencadangkan biar murid-murid diperkenalkan kepada bunyi beberapa huruf vokal dan konsonan, dan kemudian terus membunyikan suku kata dan perkataan-perkataan yang bermakna, dalam satu dua pelajaran. Dengan cara begini dalam dua, tiga pelajaran saja mereka akan terus dapat membaca beberapa perkataan dan ayat, dan merasa bangga yang mereka boleh membaca serta faham akan yang dibaca. Untuk menjelaskan kaedah ini secara konkrit, terdapat beberapa contoh: a) Mulakan dengan perkenalkan bunyi dua atau tiga huruf vokal: aou dengan menggunakan kad imbasan (flash card). Buat latihan membunyikan huruf ini beberapa kali, selang-seli. b) Kemudian perkenalkan pula bunyi dua atau tiga huruf konsonan, misalnya: dkm dengan menggunakan kad imbasan, dan buat latih-tubi beberapa kali supaya semua murid dapat melafazkan bunyi tiap-tiap lambang itu dengan jelas. c) Gabungan bunyi tiap-tiap huruf konsonan dengan huruf vokal supaya menjadi suku kata: da di du ka ki k u sa si su Seterusnya bentukkan beberapa perkataan yang bermakna, misalnya: ba ba baba bu bu bubu da da dada ku ku kuku Ulangkan ini beberapa kali, kemudian gabungkan dua perkataan menjadi ayat dan latihan murid-murid membacanya: baba bubu dada kuku d) Perkenalkan gabungan lain: a ku aku a da ada i ni ini i tu itu bu ku buku ba ba baba bu ka buka ba ju baju Seluruh murid-murid membaca ayat-ayat berikut daripada beberapa perkataan di atas: aku ada buku aku buka baju ini buku aku itu baju aku Kemudian gantikan aku dengan baba dan ulang membacanya. Seterusnya baca ayat-ayat ini pula: buku dia buku baba buku aku/ku Gantikan buku dengan baju , baju , dan kuku dan ulang bertubi-tubi dengan kad imbasan. e) Perkenalkan gabungan bunyi lain pula seterusnya. i bu ibu bu di budi u da uda budi ibu budi ibuku

29

budi uda di a dia ka ki kaki kaki dia kaki ibu kaki kuda Suruh murid membaca ayat-ayat yang menggunakan berbagai-bagai perkataan yang dicipta: ibu buku baba uda bubu udaku ada kuda dia kaki kuda buku uda Begitulah beberapa contoh kaedah gabungan yang boleh diajar di dalam tiga, empat hari, sejam sehari. Dalam seminggu sahaja murid-murid boleh mengenal huruf-huruf a, e, i, o : b, d, k dan membaca suku kata, perkataan-perkataan dan ayat yang dibentuk daripadanya. 2.5 Kesediaan Membaca Kesediaan membaca bermaksud kemampuan seseorang untuk menerima pengajaran dari segi mental, emosi dan fizikal. Secara luas, kesediaan membaca melibatkan sebarang aktiviti sebelum sesuatu peringkat bacaan dimulakan, sama ada di peringkat mendirikan asas, mengukuhkan asas mahupun peringkat-peringkat lain yang lebih tinggi. Secara khusus, iaitu untuk kanak-kanak yang belum didedahkan dengan sebarang aktiviti bacaan, kesediaan membaca merangkumi kebolehan fizikal, emosi dan mentalnya untuk menerima pengajaran bacaan asas. Dari segi fizikal kemampuan kanak-kanak dapat dilihat dari sudut keupayaan alat-alat sebutannya menghasilkan bunyi-bunyi yang akan diajarkan, keupayaan matanya mengecam bentuk, dan keupayaan pendengarannya mengecam bunyi-bunyi. Dari segi emosi, kemampuan kanak-kanak dapat dilihat dari segi mintanya terhadap bahan-bahan bacaan (seperti bermain dengan bahan bacaan, membelek-belek bahan bacaan, melihat bahan bacaan, dan berminat melihat orang di sekitarnya membaca) dan minatnya untuk mendengar bacaan, khususnya yang berupa cerita. Dari segi mental, kemampuan kanak-kanak dapat dilihat dari segi keupayaannya mengingat apa-apa yang diberitahu dan kebolehannya menyatakan semula apa-apa yang telah diketahuinya. Dari segi umur, ada kanak-kanak bersedia membaca seawall umur empat tahun dan ada pula kanak-kanak yang hanya bersedia membaca setelah berumur enam tahun. Selain faktor fizikal, emosi dan mental, factor persekitaran amat mempengaruhi kesediaan kanak-kanak membaca. Sebagai contoh, kanak-kanak yang terdedah dengan pelbagai jenis bahan bacaan sejak lahir, sentiasa melihat orang di sekeliling membaca dan ada pula orang yang membacakan buku cerita untuknya akan lebih cepat bersedia membaca berbanding dengan kanak-kanak sebaya yang tidak mendapat peluang yang sama. Syed Abu Bakar (1994) menyatakan bahawa peringkat kesediaan membaca sangat penting. Menurutnya, Jika tahap ini tidak dapat dicapai terlebih dahulu, usaha untuk mengajarkan kemahiran membaca bukan sahaja sia-sia, malah boleh menimbulkan kesan yang amat buruk kepada kanak-kanak, ibubapa dan guru. Beliau berpendapat, konsep kesediaan membaca ini samalah dengan keadaan semula jadi yang dialami oleh kanak-kanak dalam perkembangan otot-otot tubuh mereka. Umpamanya sebelum mereka boleh berjalan, mereka perlu meniarap, merangkak dan berdiri terlebih dahulu. Kebolehan menggerakkan otot-otot tertentu mengikut urutan sebelum berjalan dapat dianggap sebagai pecahan kemahiran berjalan. Keadaan yang sama berlaku untuk kemahiran membaca, Cuma bentuknya berbeza. Berdasarkan pandangan Syed Abu Bakar ini dapat kita rumusan perbandingan perkembangan kanak-kanak dengan peringkat-peringkat bacaan seperti yang di bawah. Meniarap (aktiviti kesediaan membaca) merangkak ( aktiviti mendirikan kemahiran asas membaca) berdiri (aktiviti pengukuhan kemahiran asas membaca berjalan ( mahir membaca peringkat rendah) berlari ( mahir membaca peringkat tinggi) 2.6 Aktiviti Kesediaan Membaca Syed Abu Bakar (1994) mengkategorikan aktiviti kesediaan membaca kepada dua, iaitu peringkat prabacaan dan peringkat bacaan. Peringkat prabacaan meliputi kemahiran pengamatan pendengaran, kemahiran pengamatan penglihatan, aktiviti koordinasi psikomotor, latihan menajamkan daya ingatan dan latihan bahasa pertuturan. Peringkat bacaan meliputi kemahiran mengenal abjad hingga membaca ayat.

30

Menurut Ismail Zakaria, Salmah Othman dan Elly Chong (1992) pula, tahap prabacaan merupakan satu tempoh menyediakan murid untuk membaca. Dengan kata lain, makna istilah tahap prabacaan dan kesediaan membaca adalah sama. Pada tahap ini murid didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang mendorong mereka mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran. Penekanan juga perlu diberi kepada pengalaman yang membolehkan murid membentuk kelaziman membaca dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah : Untuk mencapai tujuan ini, aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam Buku Sumber Bahasa Malaysia Tahun 1 (1983) dapat dimanfaatkan oleh para guru. Tiga kategori aktiviti disediakan, iaitu pengamatan penglihatan, pengamatan pendengaran, dan pergerakan tangan dan mata. AKTIVITI PENGAMATAN PENGLIHATAN Aktiviti Pengamatan Penglihatan 1 Menghimpun gambar benda maujud yang sama jenis, warna dan saiz. Bahan: Pelbagai gambar kereta, baju, lain-lain. Aktiviti Murid: Murid melaksanakan gambar yang telah dicampuradukkan oleh guru. Aktiviti ini dilaksanakan secara individu, kelas dan kumpulan. Aktiviti Pengamatan Penglihatan 2 Menggunting dan menampal berbagai-bagai gambar mengikut tajuk di papan kenyataan atau di buku skrap kelas. Bahan: Gambar benda hidup, benda bukan hidup, benda yang boleh dimakan, benda yang tidak boleh dimakan, pakaian, dan alat tulismenulis. Aktiviti Guru/Murid: 1. Guru berbincang dengan murid tentang benda hidup dan benda bukan hidup. 2. Murid menyebut benda hidup atau benda bukan hidup sebagai respons terhadap kad benda yang diimbaskan oleh guru. 3. Guru member murid kad gambar dan murid melekatkan kad itu di papan kenyataan mengikut tajuknya seperti benda hidup, pakaian, alat tulis-menulis dan lain-lain. 4. Murid menggunting gambar dan menampalkannya dalam buku skrap mengikut tajuk tertentu. AKTIVITI PENGAMATAN PENDENGARAN Aktiviti Pengamatan Pendengaran 1 Mengetuk benda satu persatu untuk mendapatkan pelbagai bunyi dan mengecam perbezaan bunyinya. Bahan: Paku, tin, batang kayu, meja, tempurung, batu. Aktiviti Guru/Murid: 1. Guru memperkenalkan benda-benda yang menghasilkan bunyi seperti tin, paku, tempurung, batang kayu, meja dan batu. 2. Guru mengetuk benda itu satu persatu beberapa kali dan murid mendengarnya. 3. Guru mengetuk dua benda yang berlainan. Murid menyatakan sama ada bunyi benda itu sama atau tidak. 4. Murid menyanyi lagu Mari Bergembira dengan meniru nyanyian daripada pita rakaman atau nyanyian atau nyanyian guru sendiri. Aktiviti Pengamatan Pendengaran 2 Mendengar rakaman dan menyatakan bunyi-bunyi alam seperti bunyi air mengalir, air menitik, angin kencang, angin menderu, petir, hujan lebat, dan ombak. Bahan: Pita rakaman yang mengandungi bunyi air mengalir, air menitik, angin kencang, angin menderu, petir, hujan lebat, dan ombak. Beberapa gambar carta yang dapat disesuaikan dengan bunyi-bunyi yang diperdengarkan. Aktiviti Guru/Murid: 1. Guru memperdengarkan bunyi-bunyi daripada pita rakaman. 2. Rakaman bunyi-bunyi itu diperdengarkan sekali lagi dan murid menyatakan jenis bunyi itu. 3. Murid-murid lain memilih gambar yang sesuai dengan bunyi yang dinyatakan. AKTIVITI PERGERAKAN TANGAN DAN MATA

31

Aktiviti pergerakan Tangan dan Mata 1 Membentuk benda daripada plastisin, tanah liat atau bubur kertas dan lain-lain. Bahan: Plastisin, tanah liat, dan bubur kertas. Aktiviti Guru/Murid: 1. Buat satu atau dua benda daripada bahan yang diberi sebagai contoh. 2. Berikan bahan kepada murid dan minta mereka membentuk benda atau model yang disukainya. 3. Minta murid menceritakan hasil kerja mereka. Aktiviti Pergerakan Tangan dan Mata 2 Melakar bentuk yang sesuai dari kiri ke kanan, dari kanan ke kiri dan dari atas ke bawah untuk membolehkan membentuk huruf. Bahan: Lembaran kerja, benda maujud (dulang berpasir, model pokok, model tiang bendera, bola, manik, cawan, air), kertas pendua yang mengandungi perjalanan atau arah yang dibuat dengan garisan putus-putus. Aktiviti Murid: 1. Menggolekkan bola di atas dulang berpasir dengan jari dari kiri ke kanan dan sebagainya. 2. Murid memegang cawan plastic yang penuh dengan air dengan tangan kanan dan menggerak-gerakkan tangan kanan mereka ke kiri ke kanan dan sebaliknya. Teknik memegang cawan dipelbagaikan. 3. Murid melakar garis pada dulang pasir dari model pokok ke tiang bendera.

32

REFLEKSI Pada April 2008 yang lalu, pelajar PISMP PJ2 telah diberi satu tugasan kerja kursus pendek pendidikan PISMP Semester 2 pensyarah bagi mata pelajaran Literasi Bahasa Melayu. Kami diberi masa selama beberapa minggu untuk menyiapkan tugasan ini. Dalam masa yang agak singkat itu, kami telah dikehendaki mendapatkan maklumat dan membuat analisis tentang aktiviti prabacaan, pratulisan, pemulihan membaca dan pemulihan menulis. Perkara pertama yang saya lakukan ialah membahagikan tugasan mengikut masa supaya tidak berlaku pelanggaran waktu untuk menyiapkan kerja-kerja yang lain. Saya terpaksa berbuat begitu untuk menghadapi masalah kekangan masa. Terdapat sedikit maklumat mengenai aktiviti prabacaan dalam nota pembelajaran saya, jadi ini dapat memudahkan tugasan-tugasan ini disiapkan pada waktunya. Saya menghadapi masalah dalam mencari maklumat tambahahan untuk menyiapkan tugasan ini. Agak sukar untuk mencari maklumat tambahan daripada perpustakaan lantaran jumlah buku yang terhad. Manakala, daripada internet, saya telah berjaya mendapat agak banyak maklumat tambahan, namun, kebanyakan daripadanya adalah dalam bahasa Indonesia dan ini menyukarkan saya untuk mentafsirkannya ke dalam bahasa Melayu. Sepanjang menyelesaikan tugasan ini, jika ada masalah yang timbul, kaedah musyawarah dan rujukan pada pensyarah yang berpengalaman didapati menjadi penyelesaian yang amat berguna. Kerjasama dan perpaduan merupakan tunggak kejayaan sesuatu program itu. Bak kata pepatah, Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat . Kami perlu bersatu-padu dan sentiasa berganding bahu walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Namun, walaupun menghadapi pelbagai masalah, saya telah berjaya untuk menyiapkan tugasan ini dalam masa yang ditetapkan. Ini adalah berkat kerjasama dan muafakat antara semua pihak. Kemahiran membuat keputusan telah dapat dilatih secara tidak langsung. Malah pelbagai pengalaman baru telah dapat diraih dan dapat digunakan dalam menempuh arena perguruan yang semakin mencabar pada masa yang akan datang.

33

Prabacaan ialah tahap penyediaan murid-murid untuk membaca di mana guru perlulah menyediakan pengalaman bahasa , iaitu mengenal dan mengecam huruf. Murid perlu didedahkan dengan aktiviti yang boleh mendorong murid-murid dalam mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran. Ia perlu bagi membentuk kelaziman membaca seperti membaca dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah. (www.bakalguru.com, 2009).

Membaca memerlukan satu tingkat berfikir yang tinggi dan komunikasi mesej atau makna atau sebutan makna. Membaca merupakan proses kognitif iaitu berfikir melalui bahan bercetak. Proses menguasai bacaan melibatkan tahap penguasaan yang berbeza-beza. Pada setiap aras penguasaan mencerminkan tahap penguasaan pembacaan bagi individu tersebut. Pada setiap penguasaan bacaan ini terdapat beberapa kaedah yang boleh diaplikasikan oleh pembaca. Setiap tahap boleh disimpulkan seperti berikut:

Kaedah Fonik (Tahap bacaan mekanis). Kaedah ini lebih menekankan amalan membuat latih tubi tentang penyebutan bunyi huruf, suku kata, frasa, ayat-ayat dan kurang memberi tumpuan kepada nama huruf. Kanak-kanak dilatih menyebut huruf secara terasing dan kemudiannya menggabungkan dengan bunyi-bunyi huruf lain untuk membentuk suku kata dan perkataan. Contoh lambang b bukannya bi tetapi disebut beh, a disebut ah dan begitulah seterusnya.

Kaedah fonik ini sesuai diajar kepada kanak-kanak kerana bahasa Melayu terdiri daripada suku kata yang hampir tetap bunyinya. Amalan ini akan membolehkan mereka yang baru belajar membaca melakukan latihan sebutan perkataan-perkataan baru.

Menurut Sofiah Hamid (1985: 1), selepas murid-murid mempelajari sejumlah perbendaharaan kata, mereka akan membandingkan unsur-unsur yang sama dalam perkataan-perkataan tersebut, dan kemudiannya membuat satu kesimpulan umum mengenai bunyi-bunyi yang terdapat dalam perkataan-perkataan yang telah dipelajari. Contohnya, selepas murid-murid diajarkan perkataan-perkataan yang dimulakan dengan bunyi yang sama seperti mana, mama, makan, baju, bapa, bawa, mereka diajar melihat dan mengenal bahawa perkataan-perkataan itu bermula dengan huruf dan suku kata yang sama tetapi memberi makna yang berbeza-beza.

34