BAHAN SEJ. PERKEM. BAHASA MELAYU.doc

105
Kesimpulan Menurut Amat Juhari Moain (2006:27) , terdapat 5 zaman perkembangan bahasa Melayu.Ini membuktikan bahawa bahasa Melayu tersebar dan berkembang secara bertahap –tahap iaitu dari zaman ke zaman.Lima zaman tersebut ialah zaman bahasa Melayu Purba, Melayu Kuno, Melayu Klasik, Melayu Pramoden dan Melayu Moden. Secara ringkasnya, berdasarkan pengklasifikasi zaman-zaman perkembangan telah membuktikan bahawa bahasa Melayu berkembang dan mempunyai sejarah penyebarannya. Menurut Asmad (1990) dalam bukunya Budaya (II) Bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu moden merupakan gambaran bagi semua aspek kehidupan sesuatu Negara. Pada hakikatnya ia adalah proses kesinambungan sejarah yang berterusan. Kewujudan bahasa moden adalah lanjutan daripada perkembangan bahasa melayu klasik. Bahasa melayu moden menerima warisan bahasa daripada bahasa melayu klasik sebelumnya dan bahasa melayu moden kini mewariskan hasil karya-karya pada masa akan datang.Bahasa adalah satu cirri budaya yang penting kerana ia adalah alat komunikasi antara manusia yang tiada tolok bandingannya, maka wajarlah peranan bahasa melayu klasik dan moden tidak dapat disangkal lagi. Walaupun perbezaan kedua-dua bahasa tersebut jauh berbeza namun maksud- maksud yang disampaikan penuh bermakna dan selalu pula mempunyai falsafah yang tinggi. Apalagi bahasa melayu moden ia merupakan bahasa yang mempunyai pengucapan puitis yang dapat meningkatkan penggunaan bahasa daripada tahap bahasa seharian kepada bahasa yang cantik lagi penuh dengan makna yang tersirat dan tersurat. Mengenal dan menghayati perbezaan bahasa melayu klasik dan moden bererti mengenal dan mencintai diri, bangsa dan Negara kita sendiri. Bahasa kalasik dan moden adalah sebagai lambang dan harga diri sesuatu bangsa dan Negara SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU 1.0 Pengenalan

Transcript of BAHAN SEJ. PERKEM. BAHASA MELAYU.doc

Page 1: BAHAN SEJ. PERKEM. BAHASA MELAYU.doc

Kesimpulan

Menurut Amat Juhari Moain (2006:27) , terdapat 5 zaman perkembangan bahasa Melayu.Ini membuktikan bahawa bahasa Melayu tersebar dan berkembang secara bertahap –tahap iaitu dari zaman ke zaman.Lima zaman tersebut ialah zaman bahasa Melayu Purba, Melayu Kuno, Melayu Klasik, Melayu Pramoden dan Melayu Moden. Secara ringkasnya, berdasarkan pengklasifikasi zaman-zaman perkembangan telah membuktikan bahawa bahasa Melayu berkembang dan mempunyai sejarah penyebarannya.

Menurut Asmad (1990) dalam bukunya Budaya (II) Bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu moden merupakan gambaran bagi semua aspek kehidupan sesuatu Negara. Pada hakikatnya ia adalah proses kesinambungan sejarah yang berterusan. Kewujudan bahasa moden adalah lanjutan daripada perkembangan bahasa melayu klasik. Bahasa melayu moden menerima warisan bahasa daripada bahasa melayu klasik sebelumnya dan bahasa melayu moden kini mewariskan hasil karya-karya pada masa akan datang.Bahasa adalah satu cirri budaya yang penting kerana ia adalah alat komunikasi antara manusia yang tiada tolok bandingannya, maka wajarlah peranan bahasa melayu klasik dan moden tidak dapat disangkal lagi. Walaupun perbezaan kedua-dua bahasa tersebut jauh berbeza namun maksud-maksud yang disampaikan penuh bermakna dan selalu pula mempunyai falsafah yang tinggi. Apalagi bahasa melayu moden ia merupakan bahasa yang mempunyai pengucapan puitis yang dapat meningkatkan penggunaan bahasa daripada tahap bahasa seharian kepada bahasa yang cantik lagi penuh dengan makna yang tersirat dan tersurat.Mengenal dan menghayati perbezaan bahasa melayu klasik dan moden bererti mengenal dan mencintai diri, bangsa dan Negara kita sendiri. Bahasa kalasik dan moden adalah sebagai lambang dan harga diri sesuatu bangsa dan Negara

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

1.0 Pengenalan

Setiap bangsa di dunia ini mempunyai bahasa pertuturan yang tersendiri. Begitu juga bagi bangsa

Melayu. Bahasa yang menjadi perantara untuk dituturkan di kalangan bangsa Melayu ialah

bahasa Melayu. Bahasa Melayu tergolong dalam subkeluarga bahasa Melayu-Polinesia dan

terletak di bawah rumpun Austronesia. Penyebaran bahasa ini di Kepulauan Melayu dan Lautan

Pasifik menyebabkan Bahasa Melayu telah berkembang dan membentuk bahasa daerah masing-

masing. Bahasa Melayu berada di bawah cabang keluarga Nusantara yang mempunyai kira-kira

200-300 pecahan bahasa di bawahnya. Para ahli bahasa telah membahagikan peringkat

perkembangan bahasa Melayu sejak zaman awal penemuannya hingga kini kepada empat iaitu

Page 2: BAHAN SEJ. PERKEM. BAHASA MELAYU.doc

zaman bahasa Melayu purba, zaman bahasa Melayu kuno, zaman bahasa Melayu klasik dan

zaman bahasa Melayu moden. Namun begitu, bagi tujuan kajian ini pengkaji membataskan

perbincangan terhadap bahasa Melayu klasik dan bahasa Melayu moden sahaja.

1.1 Zaman Bahasa Melayu Klasik

Zaman bahasa Melayu klasik bermula dari awal abad ke-14 Masihi hingga ke akhir abad

ke-18 Masihi. Bahasa Melayu Klasik berada pada tahap ketiga dalam periodisasi bahasa Melayu,

selepas bahasa Melayu purba dan bahasa Melayu kuno. (Awang Sariyan, 1998 ). Terdapat

beberapa definisi yang telah diutarakan oleh pengkaji bahasa tentang bahasa Melayu klasik.

Antaranya ialah Asmah Hj.Omar (1985:33), yang menyatakan bahawa “ bahasa abad ketiga

belas dan ketujuh belas itu dinamakan bahasa Melayu Klasik”.

Bahasa Melayu klasik juga dikaitkan dengan kedatangan dan pengaruh agama Islam yang

semakin mantap di Asia Tenggara ketika itu. Sejak itu bahasa Melayu pada zaman ini turut

mengalami pelbagai perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat, dan bentuk tulisan. Selain itu,

bukti-bukti sahih yang menunjukkan kewujudan bahasa Melayu klasik ini ialah penemuan

beberapa batu bersurat atau prasasti yang di beberapa daerah di Asia Tenggara dan Tanah

Melayu menguatkan lagi fakta ini. Antaranya ialah batu bersurat di Pagar Ruyung,

Minangkabau (1356 Masihi), batu bersurat di Minye Tujuh, Aceh (1380 Masihi) dan batu

bersurat di Kuala Berang, Terengganu ( 1303-1387 Masihi) yang ditulis dalam tulisan Jawi. (Siti

Hajar Abdul Aziz,2011) Ini menunjukkan bahawa pengaruh Islam semakin kuat sehingga bahasa

Melayu turut mengalami perubahan. Antara ciri-ciri bahasa Melayu klasik selaras dengan

perubahan yang dialaminya ialah:

a)      Ayatnya panjang, meleret-leret dan berulang-ulang

b)      Banyak menggunakan ayat songsang dengan pendepanan predikat akibat pengaruh bahasa Arab

dan ragam ayat pasif. (Goay Teck, Choo Say Tee, Zainuddin Ahmad, 2007)

c)      Banyak menggunakan gaya bahasa istana.

d)     Menggunakan kosakata klasik seperti ratna mutu manikam,(berjenis intan permata) edan

kesmaran (mabuk asmara) dan masyghul ( bersedih ).

Page 3: BAHAN SEJ. PERKEM. BAHASA MELAYU.doc

e)      Kebanyakan kata pangkal ayat yang sering digunakan ialah seperti sebermula, alkisah, hatta,

adapun.

f)       Penggunaan partikel pun dan lah sering digunakan bersama perkataan lain seperti kendatipun,

tersebutlah.

g)      Menggunakan tulisan Jawi iaitu pinjaman huruf atau aksara daripada bahasa Arab yang

ditambah dengan beberapa huruf tambahan.

h)      Penggunaan banyak kosakata daripada pengaruh Arab dan Parsi dalam pelbagai bidang bahasa

seperti ilmu keagamaan, undang-undang, kesusasteraan, perubatan, falsafah, tasawuf dan

pemerintahan dan pentadbiran.

i)        Frasa dan ayat daripada pengaruh Arab terutamanya dalam kitab-kitab klasik Melayu.

Contohnya ialah penggunaan frasa ketahuilah olehmu dan maka kemudian daripada itu.

j)        Terdapat unsur-unsur falsafah Islam dalam hasil penulisan Melayu seperti dalam bidang ilmu

kalam, tasawuf dan Aqa’id al-lman.

Bahasa Melayu klasik melalui zaman kegemilangan setelah pemerintah kerajaan Melayu

memeluk agama Islam dan mempelajari bahasa Arab daripada para pedagang Islam ketika itu.

Tiga tampuk pemerintahan kerajaan Melayu terpenting pada zaman itu terdiri daripada kerajaan

Melaka, kerajaan Aceh dan kerajaan Johor-Riau. Selain itu, pada zaman ini juga telah lahir

beberapa tokoh penulis yang tersohor seperti Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani,

Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel. Beberapa naskah karya sastera terkenal

turut dihasilkan pada zaman ini. Antaranya ialah hikayat Raja-raja Pasai, Hikayat Amir

Hamzah, Hikayat Hang Tuah Bustannus Salatin, Sejarah Melayu dan sebagainya. (Abdul Rashid

Melebek dan Amat Juhari Moain,2006) Zaman bahasa Melayu klasik agak panjang. Seiring

dengan peredaran zaman, bahasa Melayu ini turut mengalami perubahan. Perubahan-perubahan

yang berlaku bersama dengan kepesatan teknologi penerbitan telah memodenkan bahasa Melayu

ini.

1.2 Zaman bahasa Melayu Moden

Zaman bahasa Melayu moden bermula sekitar abad ke 19. Bahasa Melayu moden berasal

dari bahasa Melayu klasik. Perintis bahasa pada zaman ini ialah Abdullah bin Abdul Kadir

Munsyi atau dikenali sebagai Abdullah Munsyi. Beliau telah mengarang Hikayat Abdullah

Page 4: BAHAN SEJ. PERKEM. BAHASA MELAYU.doc

(1840) dan Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan (1837) merupakan permulaan kepada

penggunaan bahasa moden yang menjadi lambang kepada perubahan bahasa dan kesusasteraan

Melayu moden. Karya Abdullah Munsyi ini berkonsepkan penulisan yang lebih moden malahan

karya beliau juga bebas daripada unsur-unsur luar biasa dan khayalan seperti mitos seperti yang

terdapat dalam kebanyakan karya sastera Melayu klasik. Konsep ini kemudiannya diteruskan

pula oleh seorang lagi pengkarya iaitu Raja Ali Haji bin Raja Ahmad yang menghasilkan Tuhfat

al-Nafis, Silsilah Melayu dan Bugis dan Sekelian Raja-rajanya. Pada abad ini dikatakan turut

berlakunya kebanjiran pendatang luar terutama dari Barat ke Asia Tenggara. Kedatangan

penjajah khususnya pihak Inggeris dikatakan telah melahirkan ramai sarjana Melayu yang

terlatih dalam bidang ini. Bahasa Melayu semakin berkembang luas seiring dengan kedatangan

pihak barat apabila bahasa ini turut menerima pengaruh barat sama ada dari sudut gaya penulisan

mahupun terjemahannya. Ledakan teknologi yang berlaku terutama dalam bidang percetakan

menyebabkan penerbitan bahan-bahan penulisan berbahasa Melayu tersebar luas dengan lebih

pantas. Penerbitan akhbar-akhbar bahasa Melayu seperti Jawi Peranakan, Bintang Timor,

Chahaya Pulau Pinang dan beberapa lagi menjadi bukti kukuh perkembangan ini. Selain itu,

penubuhan beberapa pertubuhan bahasa Melayu ’Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa

Melayu’ diadakan untuk meningkatkan taraf serta peranan bahasa Melayu. Penggunaan bahasa

Melayu dalam bidang pendidikan turut mula diperkenalkan di sekolah-sekolah negeri-negeri

Selat pada tahun 1821. Penubuhan Maktab Perguruan Melayu atau Malay Training College yang

pertama mula dibuka di Singapura pada tahun 1878 untuk melatih guru-guru untuk mengajar

bahasa Melayu.

Bahasa Melayu diperkasakan lagi selepas kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957.

Pelbagai usaha telah dijalankan untuk memajukan bahasa ini dalam bidang pentadbiran,

pemerintahan negara, pendidikan, kehakiman dan sebagainya. Dan kini, selama 50 tahun

perancangan bahasa Melayu berlangsung, bahasa Melayu telah membuktikan kemampuannya

sebagai bahasa moden yang duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi di persada dunia dengan

bahasa-bahasa moden yang lain. Antara ciri-ciri bahasa Melayu moden ialah:

a. Tidak lagi menggunakan pendahuluan dan mukadimah yang meleret-leret dalam

penulisan.

b. Unsur pemula atau kata praklausa seperti arakian, hatta, kalakian dan sebagainya tidak

lagi digunakan dalam penulisan bahasa Melayu moden.

Page 5: BAHAN SEJ. PERKEM. BAHASA MELAYU.doc

c. Bahasa melayu mempunyai struktur bahasa dan nahu yang lebih bersistem.

d. Bahasa Melayu moden mempunyai banyak kata pinjaman kesan daripada penaklukan

kuasa Portugis, Belanda dan Inggeris selain bahasa Arab dan Parsi kesan daripada

pengembangan agama Islam.

e. Penulisan bahasa Melayu moden lebih tepat menyampaikan fakta serta kurang

menggunakan ungkapan yang beralas berbanding penulisan dalam bahasa Melayu klasik.

2.0        Analisis Perbezaan Antara Bahasa Melayu Klasik Dan Bahasa Melayu Moden

Bagi tujuan kajian ini, analisis yang dijalankan adalah untuk melihat perbezaan terhadap

bahasa melayu klasik yang terdapat dalam teks hikayat Sejarah Melayu dengan bahasa melayu

moden daripada sudut morfologi(perkataan) dan sintaksis(ayat). Sejarah Melayu dikarang

bertujuan menceritakan mengenai raja-raja Melayu yang memerintah negeri-negeri Melayu

terutama raja-raja Melaka, dan merakamkan segala adat istiadat Melayu yang menunjukkan satu

tatacara pentadbiran/pemerintahan menurut etika adat Melayu yang bersandarkan ajaran Islam.

Ramai sarjana terutamanya ahli penyelidik Barat menganggap Sejarah Melayu atau Sulalatus

Salatin sebagai hasil sastera Melayu yang terpenting dan terbaik antara hasil sastera Melayu

lama. Dalam penulisan ini, pengkaji telah memilih naskah Hikayat Sejarah Melayu edisi W.G.

Shellabear (1986) yang telah ditulis dalam tulisan rumi pada tahun (1898) yang mengandungi 34

cerita dan diterbitkan oleh Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. Pengkaji juga telah menggunakan

Kamus Dewan Edisi Keempat (2010) dan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2009) sebagai

rujukan bahasa Melayu moden untuk melihat perbezaan di antara dua bahasa tersebut.

Teks Sejarah Melayu terbahagi kepada tiga bahagian iaitu mukadimah, kandungan isi dan

penutup. Dalam naskah edisi Shellabear mengandungi tiga puluh empat (34) cerita atau bab.

Bahasa Melayu yang digunakan dalam Sejarah Melayu ini, dikategorikan sebagai bahasa Melayu

klasik yang pernah digunakan atau dituturkan oleh sekelompok masyarakat pada suatu ketika

dulu. Oleh kerana bahasa mempunyai sifat dan cirinya tersendiri, ia juga turut berkembang

mengikut peredaran zaman dan tahap kemajuan sesebuah masyarakat. Namun, bahasa Melayu

mempunyai sifat terbuka dan telah menerima banyak perubahan terutama dari segi kosa kata.

Page 6: BAHAN SEJ. PERKEM. BAHASA MELAYU.doc

2.1              Analisis Bahasa Dari Sudut Morfologi (Perkataan)

Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur kata, bentuk kata dan

golongan kata. Struktur kata bermaksud susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan)

yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada

berbentuk tunggal ataupun hasil dari proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan.

Golongan kata pula ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan kesamaan bentuk dan

fungsinya. (Nik Safiah Karim et.al, 2008).

Menurut Asmah Hj Omar (1991), perbendaharaan kata Melayu asli terdiri daripada tiga

subkategori iaitu kata Melayu Am, kata Melayu dialek dan kata Melayu klasik atau arkaik. Kata

arkaik ini merupakan kata yang tidak lagi digunakan pada hari ini. Hal ini bermakna

penggunaannya semakin usang. Namun begitu penggunaannya begitu ketara dalam teks Sejarah

Melayu. Jadual berikut menunjukkan beberapa contoh perkataan dalam bahasa Melayu klasik

(halaman 44) dan maksudnya dalam bahasa Melayu moden berdasarkan Kamus Dewan Edisi

Keempat .(2010)

2.1.1        Perkataan Melayu klasik / Arkaik

Bil Bahasa klasik Bahasa moden

1. Ayapan Makanan dan minuman

2. Waad Janji

Jadual 2.1: Perkataan Melayu klasik / Arkaik

Tetapi kini, kebanyakan kata ini tidak lagi digunakan dalam pertuturan atau tulisan

bahasa Melayu baku. Ini mungkin disebabkan bahasa itu sendiri yang mengalami perubahan

yang pesat seiring dengan zaman. Namun, kata arkaik akan terus hidup dalam penggunaan yang

terhad oleh golongan istana. Justeru selagi ada golongan istana, selagi itulah akan terpelihara

kota kata arkaik daripada pupus akibat ditelan zaman.

  2.1.2        Kata Pinjaman

Page 7: BAHAN SEJ. PERKEM. BAHASA MELAYU.doc

Leksikon bahasa Melayu penuh dengan berbagai-bagai jenis perkataan, seperti kata

warisan, kata pinjaman atau kata serapan, kata slanga, kata basahan dan istilah.

Perbezaan dalam bahasa klasik juga dapat dilihat menerusi penggunaan kata pinjaman. Teks

Sejarah Melayu mengandungi banyak kata pinjaman daripada bahasa-bahasa lain seperti

Sanskrit, Arab, Parsi, Jawa. Ini disebabkan semasa perkembangannya bahasa Melayu turut

menerima serapan daripada bahasa-bahasa tersebut bagi menambahkan perbendaharaan kata

Melayu. Berikut adalah beberapa contoh kata pinjaman yang digunakan dalam teks Sejarah

Melayu ). ( halaman 21, 44 dan 56 ) dan maksudnya dalam bahasa Melayu moden berdasarkan

Kamus Dewan Edisi Keempat (2010

  2.1.2.1 Pinjaman Bahasa Arab

Bahasa klasik Bahasa moden

Munajat doa

makhdum tuan

Jadual 2.2 : Pinjaman Bahasa Arab

2.1.2.2 Pinjaman Bahasa Parsi

Bahasa klasik Bahasa moden

Nobat Gendang besar

Istana Rumah kediaman raja

Jadual 2.3 : Pinjaman Bahasa Parsi

2.1.2.3 Pinjaman Bahasa Jawa

Bahasa klasik Bahasa moden

Manira aku

adipati raja

Jadual 2.4 : Pinjaman Bahasa Jawa

2.1.3              Bahasa Istana

Page 8: BAHAN SEJ. PERKEM. BAHASA MELAYU.doc

Selain itu, teks Sejarah Melayu merupakan teks yang tinggi nilai bahasanya dan

kebanyakan cerita adalah berkaitan dengan golongan istana dan bangsawan. Justeru pengarang

banyak menggunakan bahasa istana di dalam teks ini. Penggunaan bahasa istana dalam teks ini

amat ketara digunakan untuk kata panggilan atau kata gantinama diri pertama, kedua dan ketiga.

Antara contoh kata gantinama diri dalam bahasa istana seperti terdapat dalam teks Sejarah

Melayu ialah: ( halaman 13)

Bahasa klasik Bahasa moden

Tuan hamba Awak

Tuanku raja

Jadual 2.5 : Kata Gantinama Diri

Kata gantinama diri tersebut digunakan oleh golongan diraja dan orang-orang bangsawan ketika

itu. Selain kata gantinama diri , terdapat juga penggunaan bahasa istana bagi jenis kata nama dan

kata adjektif dalam teks Sejarah Melayu .(halaman 110) Contohnya:

Bahasa klasik Bahasa moden

Destar Kain ikat kepala

Gundik Isteri tidak rasmi

Jadual 2.6 : Kata Nama

Bahasa klasik Bahasa moden

Gering Sakit

Murka Marah

Jadual 2.7 : Kata Adjektif

2.1.4. Imbuhan

Page 9: BAHAN SEJ. PERKEM. BAHASA MELAYU.doc

Proses pengimbuhan merupakan proses utama pembentukan kata dalam Sejarah Melayu.

Ciri sesuatu kata boleh menerima imbuhan per- dan ber- bukanlah merupakan ciri-ciri bahasa

Melayu moden. Pengimbuhan per- dan ber- dengan makna yang sama jelas memperlihatkan ciri-

ciri bahasa Melayu klasik. Bentuk yang dilihat dalam pengimbuhan ini menunjukkan bahawa

bahasa dalam Sejarah Melayu adalah dalam proses transisi, iaitu daripada bentuk klasik

perlahan-lahan akan berubah kepada bentuk bahasa Melayu moden. Berikut merupakan beberapa

contoh imbuhan per- dan ber- yang didapati dalam teks Sejarah Melayu:

Bahasa klasik (Per- ) Bahasa klasik

(Ber-)

Bahasa moden

(di)perbuat(kan/lah/nya) berbuat(lah) membuat

pertuan(kan) bertuan(kan) memilih seseorang

sebagai tuan

Jadual 2.8 : Imbuhan per- dan ber-

Selain itu penggunaan imbuhan akhiran juga menunjukkan perbezaan yang ketara di antara

bahasa Melayu klasik dan bahasa Melayu moden. Contohnya:

Bahasa klasik Bahasa moden

Dinamai dinamakan

Campaki campakkan

Jadual 2.9 : Imbuhan akhiran

Dalam bahasa Melayu klasik, imbuhan akhiran ‘i’ akan digunakan untuk menunjukkan

sesuatu perbuatan tetapi dalam bahasa Melayu moden ianya ditukar kepada imbuhan ‘kan’.

(halaman 16)

2.1.5 Penggandaan

Page 10: BAHAN SEJ. PERKEM. BAHASA MELAYU.doc

Proses pembentukan seterusnya yang terdapat teks Sejarah Melayu ini ialah

penggandaan. Penggandaan kata dalam teks Sejarah Melayu juga memainkan peranan yang

penting dalam penceritaan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam masyarakat Melayu. Dua

bentuk penggandaan yang banyak terdapat dalam teks Sejarah Melayu ialah penggandaan penuh

dan penggandaan berentak. Jadual di bawah menunjukkan beberapa contoh kata ganda dan

maksudnya dalam bahasa Melayu moden. (halaman 4, 21 dan 35)

2.1.5.1  Penggandaan penuh

Jadual 2.10 :

Penggandaan Penuh

2.1.5.2  Penggandaan berentak

Bahasa klasik Bahasa moden

sayur-mayur Sayur-sayuran

Panca-persada Rumah bertingkat lima tempat pengantin raja

Jadual 2.11 : Penggandaan berentak

Ada di antara kata ganda ini yang sudah tidak digunakan lagi kerana dianggap terlalu lama

seperti panca-persada dan ada yang telah diubahsuai semula dari sudut ejaan, contohnya sayur-

mayur di ubah menjadi sayur-sayuran yang menunjukkan pelbagai jenis sayur.

2.1.6        Golongan Kata

Bahasa klasik Bahasa moden

Safa-safa terang

Panji-panji bendera

Page 11: BAHAN SEJ. PERKEM. BAHASA MELAYU.doc

Selain itu , analisis juga dijalankan dari sudut penggunaan golongan kata yang terdapat dalam

teks Sejarah Melayu. Pengkaji mendapati terdapat beberapa jenis golongan kata dalam teks

menunjukkan perbezaan yang ketara di antara bahasa klasik dan bahasa moden. Antaranya ialah

kata nama dan kata kerja. Jadual di bawah menunjukkan perbezaan antara penggunaan kata nama

dan kata kerja dalam bahasa klasik dan bahasa moden. (halaman 60)

Bahasa klasik Bahasa moden

Ketur Tempat ludah atau basuh tangan

Puan Tempat sireh atau tepak sireh

Jadual 2.12 : Kata Nama

Jadual 2.13 : Kata Kerja

2.1.7        Penggunaan partikel ’lah dan ’pun’ Dalam Perkataan

Kebanyakan kosakata yang terdapat dalam teks Sejarah Melayu mempunyai partikel ’lah dan

’pun’ dihujungnya. Dalam bahasa Melayu moden, partikel ’lah dan ’pun’ bertindak sebagai kata

penegas. Contohnya: (halaman 155, 87)

Jadual 2.14 : Kata

partikel ’lah’ dan’pun’

2.2      Analisis Bahasa Dari Sudut Sintaksis

Bahasa klasik Bahasa moden

Bermukah Berzina

Menitir Memukul gendang bertalu-talu dengan cepat

Bahasa klasik Bahasa moden

Adapun Sebenarnya

Sampailah Telah sampai

Page 12: BAHAN SEJ. PERKEM. BAHASA MELAYU.doc

Sintaksis pula merupakan ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat. Sintaksis juga

membawa maksud bidang yang mengkaji hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah

penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat

dalam sesuatu bahasa.

Ayat merupakan unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa

dan mengandungi makna yang lengkap. Ayat mengandungi unsur klausa, klausa terbentuk

daripada frasa dan frasa terdiri daripada perkataan. (Nik Safiah Karim, 1996). Za’ba (1953) pula

mendefinisikan ayat itu ialah apa-apa susunan perkataan yang cukup memberi faham, terjadi

daripada benda dan cerita dari hal benda itu.

2.2.1        Jenis Ayat

Apabila membincangkan jenis ayat dalam Sejarah Melayu, Awang Sariyan menyatakan

bahawa Sejarah Melayu atau Sulalat-us-Salatin mempunyai kecenderungan menggunakan ayat

majmuk lebih banyak daripada ayat mudah dan ayat transfomasi satu dasar” ( dipetik daripada:

Kang Kok Sok, 1995)

Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008), ayat majmuk terbahagi kepada tiga iaitu

ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan dan ayat majmuk campuran. Dalam Sejarah

Melayu terdapat dua jenis ayat majmuk gabungan iaitu ayat majmuk gabungan yang hadir secara

bersendirian dan ayat majmuk gabungan yang hadir dalam konteks ayat majmuk campuran.

Dalam Sejarah Melayu terdapat ayat majmuk gabungan iaitu ayat yang terdiri daripada dua ayat

atau lebih yang disambung dengan kata-kata hubung dan, lalu, serta, lagi dan tetapi. Berikut

adalah beberapa contoh ayat majmuk dengan kata hubung dan maksudnya dalam bahasa moden:

Contoh 1

“Maka puan dan segala alat kerajaan dan gendang semuanya diarak dahulu ke masjid.”

(halaman 60)

Page 13: BAHAN SEJ. PERKEM. BAHASA MELAYU.doc

Maksudnya:

Membawa tepak sireh, gendang dan semua jenis alat kebesaran ke masjid.

Contoh 2

“Maka baginda pun menganugerah Tun Telanai dan Menteri Jana Putra dengan

selengkapnya serta puji baginda akan Menteri Jana Putra itu. (halaman 97)

Maksudnya:

Ayat ini pula bermaksud raja telah memberikan anugerah dan pujian kepada Tun Telanai dan

Menteri Jana Putra.

Terdapat lebih daripada satu kata hubung (bergaris) dalam ayat menunjukkan lebih daripada satu

ayat tunggal yang digabungkan menjadi ayat majmuk.

2.2.2        Proses Pembentukan Ayat

Dalam konteks Sejarah Melayu struktur ayat dalam teks tersebut berbeza dengan struktur ayat

yang digunakan pada masa kini. Proses pembentukan ayatnya yang panjang, meleret-leret,

berbelit-belit dan disambung dengan berbagai-bagai kata hubung atau tanda baca ialah

merupakan salah satu ciri laras bahasa Melayu klasik. Misalnya:

Contoh 4

“Setelah Sultan Mahmud Syah mendengar sembah bendahara dan segala orang besar-besar itu,

maka terlalu sukacita baginda, seraya meraih leher paduka ananda baginda, dipeluk dicium

baginda seraya bertitah ‘Hai anakku, dan cahaya mataku, engkau kerajaan, hendaklah

bendahara dan sekalian hulubalang; sangat-sangat adil saksama pada hukum atas bala

tenteramu. Jangan engkau dengar-dengaran barang sembah orang yang tiada dengan

sebenarnya; sangat-sangat ampun periksamu akan mereka itu sekalian kerana ia bernaung

kepada keadilan dan kemurahanmu; dan jangan taksir daripada menafahus dan memeriksai atas

rakyatmu, supaya sentosa kerajaan engkau. Maka Sultan Muda pun terlalu sangat baginda

menangis di atas ribaan paduka ayahanda baginda”. (halaman 219)

Page 14: BAHAN SEJ. PERKEM. BAHASA MELAYU.doc

Maksudnya:

Ayat yang panjang di atas digunakan untuk menceritakan kejadian yang berlaku sebelum

pemergian Sultan Mahmud Syah yang kembali ke rahmatullah. Pengarang menukilkan nasihat-

nasihat dan pesanan terakhir untuk anakandanya supaya dapat memerintah dengan adil.

2.2.3 Ragam Ayat Pasif

Bagi aspek ragam ayat pula, pengkaji mendapati teks Sejarah Melayu ini mengandungi

banyak struktur ayat pasif dan ayat songsang. Ayat pasif ialah ayat yang mengandungi kata kerja

yang mengutamakan objek sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Sementara ayat songsang

atau ayat terbalik pula ialah ayat yang mendahulukan predikat sebelum subjek. Ayat ini

berlawanan daripada pola ayat biasa iaitu mengikut susunan subjek + predikat. Contoh ayat

pasif atau songsang yang terrdapat dalam teks hikayat ini ialah:

Contoh 5

“Maka oleh Raja China disuruhnya sayurkan kangkung itu, seperti kata Tun Perpatih Putih itu.

”( halaman 95)

Maksudnya:

Ayat di atas menceritakan bahawa tentang Raja China yang meminta kangkung itu di masak

sayur. Ayat di atas menunjukkan predikat (disuruhnya sayurkan) mendahului subjek (kangkung).

Contoh 6

Maka dibuangkanlah orang mahkota itu.(halaman 28)

Maksudnya:

Ayat di atas menyatakan bahawa seseorang telah membuang mahkota tersebut.

2.2.4        Pengaruh Bahasa Arab

Page 15: BAHAN SEJ. PERKEM. BAHASA MELAYU.doc

Selain itu, ayat-ayat di dalam teks turut mendapat pengaruh Arab dan bahasa Al-Quran.

Ini terbukti apabila pengarang dengan mudah membawa petikan-petikan daripada Al-Quran,

hadis dan berbagai-bagai lagi kitab Arab. Pengarang Sejarah Melayu juga tentunya seorang yang

mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam bidang agama Islam.

Contoh 7

Bi-‘smillahi’r-rahmani’r-rahim

AL-HAMDU li’llahi’l-ladzi la ilaha illa huwa, wa kana fi’l-azali wa la shay’a ma’ahu. Segala

puji-pujian bagi Allah Tuhan yang tiada Tuhan hanya Ia, dan adalah Ia pada azal, tiada sesuatu

juapun sertaNya. Wa huwa ‘I-abadiyyu ‘I-sarmadiyyu wa la shay’a ba’dahu. Thumma khalaqa’l

khala’iqa wa la hajata lahu. Dan ialah Tuhan yang abadi, lagi sentiasa adanya, dan tiadanya,

dan tiada hajat bagiNya. Wa lamma arada ishara rub-buiyyatihi fa-khalaqa nura habihi; wa min

dzalika ‘l-nuri khalaqa ‘l-anbiya’s wa fara’a rutbatahu. Maka tatkala Ia hendak menyatakan

ketahuannya, maka dijadikanNya nur kekasihNya, dan daripada nur itulah dijadikan segala

anbiak, dan diperangkatnya martabatnya…” (halaman 1)

Maksudnya:

Petikan di atas merupakan mukadimah Sejarah Melayu mengandungi pernyataan berselang seli

dalam bahasa Arab dan bahasa Melayu yang memuji Allah S.W.T dan menegaskan kekuasaan-

Nya, serta menyatakan kisah permulaan penciptaan makhluk.

2.2.5        Pengaruh Arab Dalam Ayat Dan Frasa

Selain penggunaan kalimah-kalimah daripada kitab Al-Quran dan hadis, pengaruh Arab juga

banyak dikesan dalam penghasilan frasa dan ayat-ayat teks Sejarah Melayu ini.

Contoh 8

Sebermula, maka tersebutlah sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam, bersabda kepada

sahabat: “Pada akhir zaman kelak ada sebuah negeri di bawah angin, Semudra namanya.

( halaman 40)

Page 16: BAHAN SEJ. PERKEM. BAHASA MELAYU.doc

Maksudnya:

Rasullullah s.a.w pernah bersabda kepada para sahabat bahawa pada akhir zaman nanti akan

muncul sebuah negeri yang bernama Semudra.

2.2.6        Pengaruh Bahasa Jawa

Selain bahasa Arab dan bahasa Parsi, pengarang juga menggunakan bahasa Jawa untuk

menceritakan kerajaan Majapahit . Contoh berdasarkan teks adalah seperti dibawah:

Contoh 9

Maka segala anak periai itupun melawan maka habis mati dibunuh orang, serta mati seorang

diberi orang tahu pada Patih Adam, ‘Pengeran, si anu sampun pejah.’ Maka sahut Patih Adam,

‘Dimenei’, ertinya, Biarkanlah.’(halaman 159)

Maksudnya:

Ayat menerangkan tentang peristiwa pembunuhan yang dikhabarkan kepada Patih Adam tetapi

tidak diendahkan olehnya.

2.2.7        Penggunaan Kata Pangkal Ayat / Praklausa

Di samping itu, dalam teks Sejarah Melayu mempunyai ayat-ayat yang pangkalnya dimulakan

dengan perkataan praklausa atau pembuka ayat yang tidak digunakan lagi dalam bahasa moden

seperti hatta, syahdan, sebermula dan sebagainya.

Antara contoh-contoh ayat yang menggunakan kata-kata ini adalah seperti berikut:

Contoh 10

Sebermula akan titah Sultan Mahmud pada keempat orang itu. ’ Apa kehendak tuan hamba

sekalian, pintalah pada kita; jikalau apa sekalipun tiada kita tahani.’

(halaman 145)

Maksudnya:

Page 17: BAHAN SEJ. PERKEM. BAHASA MELAYU.doc

Sultan Mahmud akan memenuhi semua permintaan keempat-empat orang itu.

Contoh 11

Hatta maka Pau Gelang pun besarlah.(halaman 119)

Maksudnya:

Ayat ini menggambarkan Pau Gelang yang telah dewasa.

Perkataan-perkataan seperti ini sudah dianggap usang dan tidak lagi digunakan dalam

pembentukan ayat-ayat bahasa Melayu moden. Dalam bahasa Melayu moden kata pangkal ayat

disebut sebagai penanda wacana. Contoh penanda wacana dalam bahasa Melayu moden ialah

seperti pada suatu masa, sejak itu, justeru, selain itu dan sebagainya.

2.2.8        Penggunaan Partikel ’lah’ dan ’pun’

Seterusnya, ayat-ayat dalam teks Sejarah Melayu ini juga dikesan banyak memasukkan partikel

’lah’ dan ’pun’ dalam perkataannya.

Contoh 12

Adapun Sang Nila Utama dengan segala menteri, pegawai rakyat pergi berburu; maka

terlalulah banyak beroleh perburuan. (halaman 28)

Maksudnya:

Sang Nila Utama yang ditemani pegawai-pegawainya telah pergi berburu dan mendapat hasil

yang banyak.

Penggunaan partikel ini sebagai suatu kemestian dalam ayat untuk menceritakan tentang sesuatu

situasi. Namun bagi bahasa Melayu moden penggunaan partikel ’lah’ dan ’pun’ tergolong dalam

kategori kata penegas. Kata ini berfungsi sebagai tanda menunjukkan kepentingan predikat

dalam sesuatu ayat.

Page 18: BAHAN SEJ. PERKEM. BAHASA MELAYU.doc

2.2.9        Laras Bahasa Istana

Bahasa istana ialah bahasa yang halus dan digunakan dengan sopan santun dan adab tertib tanpa

mengira keadaan. Dalam teks Sejarah Melayu terdapat banyak penggunaan bahasa istana dalam

komunikasi antara watak-watak yang terdapat dalam cerita. Tetapi dalam bahasa Melayu

moden, bahasa ini hanya dituturkan dikalangan keluarga diraja sahaja. Contoh penggunaan

bahasa istana dalam ayat ialah:

Contoh 13

Adapun akan Sultan Mahmud Syah, ada lagi nenda baginda Sultan Alaudin, disebut orang Raja

Tua; akan baginda itu kasih akan cunda baginda Sultan Menawar Syah daripada Sultan

Mahmud. ( halaman 139 )

Maksudnya:

Sebenarnya Sultan Mahmud Syah masih mempunyai datuk iaitu Sultan Alaudin atau juga digelar

sebagai Raja Tua. Tetapi Sultan Alaudin lebih menyayangi Sultan Menawar Syah daripada

Sultan Mahmud Syah.

2.2.10    Penggunaan Kosakata Klasik

Sejarah Melayu dikarang dengan menggunakan bahasa Melayu klasik. Justeru, pastilah terdapat

banyak kosakata klasik dalam ayat-ayatnya. Ada di antara kosakata ini telah tidak digunakan

lagi pada zaman moden ini. Contoh ayat dengan penggunaan kosakata klasik ini adalah:

Contoh 14

Maka oleh Sang Sapurba akan ananda baginda Sang Nila Utama itu dianugerahi baginda satu

mahkota kerajaan, tiada bahana kelihatan emasnya daripada kebanyakan ratna mutu manikam

yang terkena pada mahkota itu; dan dianugerahi cap kempa, seperti cap baginda juga rupanya,

suatu cap itu dibelah dua. ( halaman 25 )

Maksudnya:

Page 19: BAHAN SEJ. PERKEM. BAHASA MELAYU.doc

Sang Sapurba telah menganugerahkan mahkota kerajaan yang dipenuhi intan permata dan juga

mohor diraja yang serupa dengan kepunyaannya kepada anakandanya Sang Nila Utama.

3.0              Kesimpulan

Berdasarkan analisis yang dijalankan, terdapat banyak perbezaan antara bahasa Melayu

klasik dalam teks Sejarah Melayu atau Sulalat-us-Salatin ini dengan bahasa Melayu moden.

Perbezaannya dapat dilihat dari sudut morfologi (perkataan) dan sintaksis (ayat). Hasil analisis

dari sudut morfologi, terdapat perbezaan yang agak ketara dilihat menerusi penggunaan kata

nama, kata adjektif, kata gantinama diri, kata pinjaman, kata ganda, imbuhan dan aspek bahasa

halus iaitu bahasa istana. Perbezaan wujud dari pelbagai aspek seperti makna dan ejaan dalam

bahasa Melayu moden. Sementara dari sudut sintaksis pula, pengkaji menganalisis tentang

proses pembentukan ayat, ragam ayat, ayat majmuk, pengaruh bahasa asing, laras bahasa,

penggunaan kata penegas, kata praklausa dan kosakata klasik yang terdapat dalam teks Sejarah

Melayu ini. Seperti juga morfologi, bidang sintaksis juga mempunyai perbezaan yang besar

dengan bahasa Melayu moden. Antara perbezaan yang dapat dikesan adalah berdasarkan aspek

makna, struktur kata, struktur binaan dan ragam ayatnya.

Walaubagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa teks Sejarah Melayu ini mempunyai bahasa

yang amat indah dan memberi kesan yang mendalam kepada pembaca atas nasihat-nasihat dan

cerita-cerita yang boleh dijadikan teladan. Ini bertepatan dengan pandangan Abdullah Munsyi

yang menyatakan kepentingan Sejarah Melayu bukanlah terletak pada maklumat sejarah yang

terkandung di dalamnya tetapi pada bahasanya yang patut dijadikan contoh oleh semua orang

yang mahu mempelajari bahasa Melayu yang betul dan halus. Tidak hairanlah teks Sejarah

Melayu ini telah dicetak sebanyak tiga kali dan diterbitkan dalam bahasa Inggeris dan Perancis.

Justeru, Sejarah Melayu dikatakan sebuah karya sastera yang amat termasyhur dalam kalangan

rakyat negara kita. Sejarah Melayu bukan sahaja berjaya memaparkan sejarah keagungan bangsa

Melayu yang penuh dengan kehebatan dan pencapaian, bahkan berjaya memaparkan penggunaan

bahasa Melayu yang begitu baik dan berkesan.

Page 20: BAHAN SEJ. PERKEM. BAHASA MELAYU.doc

Rujukan

Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari Moain.(2006). Sejarah bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn.Bhd.

Asmah Haji Omar. (1991). Bahasa Melayu abad ke-16: Satu analisis berdasarkan teks Melayu Aqaid al-Nasafi. Kualau Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

 Asmah Haji Omar. (1992). Aspek bahasa dan kajiannya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

 Awang Sariyan. Dipetik daripada Ensiklopedia kebudayaan Melayu (1998). Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan pustaka.

  Goay Teck Chong, Choo Say Tee, Zainuddin Ahmad. (2007). Teks pra U STPM bahasa Melayu kertas 1. Selangor: Longman Pearson Sdn.Bhd.Kamus Dewan Edisi Keempat. (2010). Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka

Kang Kok Sok. (1995). Gaya bahasa sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah Karim et al. (2008). Tatabahasa dewan edisi ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka. 

Shellabear, W.G. (1986). Sejarah Melayu. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Siti Hajar Abdul Aziz. (2011). Bahasa Melayu I edisi kedua. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar

Sdn. Bhd.

ISI-ISI 2

3.0 Bahasa Melayu Klasik 3.1 DefinisiTakr i fan tentang Bahasa Melayu Klas ik per lu dibuat ter lebih dahulu sebelum ki tam e m a h a m i n y a . M e r u j u k k e p a d a p e r k a t a a n k l a s i k , K a m u s D e w a n ( !9 8 6 : 5 9 0 ) mentakrifkannya sebagai kesenian atau kesusasteraan yang lama atau yang mempunyais i fa t -s i fa t yang t idak lagi terpakai ; yang t inggi dan abadi n i la inya a tau lawan bagi  perkataan moden.T a k r i f a n i n i m e n j e l a s k a n k e p a d a k i t a b a h a w a b a h a s a M e l a y u K l a s i k d i a k u i k e p e n g g u n a a n n y a p a d a s u a t u m a s a d a h u l u . N a m u n , p e r u b a h a n m a s a d a n z a m a n menyebabkan bahasa ini tidak lagi menjadi wahana kepada para pengkaji sebagai bahan kajian dan penyelidikan tentang perkembangan dan pertumbuhannya.3.2 Ruang Lingkup Bahasa Melayu Klasik B a h a s a M e l a y u K l a s i k b e r m u l a p a d a a b a d k e - 1 4 h i n g g a a w a l a b a d k e -1 9 . Z a m a n  permulaan bahasa Melayu Klasik ditandai dengan penemuan prasasti di Ulu BerangKuala Terengganu bertarikh 702 H bersamaan 1303 Masehi. Selain penemuan prasastitersebut terdapat juga prasas t i bahasa Melayu Klas ik terutamanya di neger i Kedah,Kelantan, Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan Pengkalan Kempas. Ada juga prasastiyang ditemui di Sumatera, contohnya di Jambi, Riau, Sumatera Selatan, Acheh dan lain-lain lagi (Amat Juhari Moain. 1994).B u k t i - b u k t i k e w u j u d a n b a h a s a

Page 21: BAHAN SEJ. PERKEM. BAHASA MELAYU.doc

M e l a y u K l a s i k j u g a b o l e h d i t e m u i d a l a m b e n t u k   manuskrip. Pengkaji-pengkaji menganggap sebanyak 12,000 manuskrip di temui tetapi semuanya tersimpan di luar negara .Manusrip yang tertua sekali ialah surat Sultan Ternate, Baluku kepada Raja Portugis bertarikh 1521 Masehi ( Ahmat Adam , 1992 ). Manakala manuskrip bentuk buku yang  paling tua yang ditemui setakat ini ialah kitab Aqa'id Al-Nasafi yang bertarikh pada 1590M (998 H). Manuskrip lain yang ditemui bagi membuktikan kewujudan bahasa MelayuKlasik ialah manuskrip Tutinameh (1600M), Hikayat Seri Rama (1633 M), surat RajaAcheh kepada Harry Middleton (1602M) dan surat Emas Sultan Iskandar Muda MahkotaAlam, Acheh kepada Raja Inggeris, King Jame 1 (1615 M).( Nik Safiah Abd. Karim. 1992. Bahasa Melayu Moden : Kemuncak Tradisi Melaka-Johor-Riau. Dlm S. Othman Kelantan (pngr.) 100 Tahun Pergerakan bahasa Dan sasteraMelayu 1888 - 1988 : 38-53. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.)D a l a m k a j i a n y a n g b e r h u b u n g d e n g a n p e r k e m b a n g a n B a h a s a M e l a y u , t e r d a p a t  percanggahan pendapat antara para sar jana . Misalnya Prof . Dato ' Asmah Haj i Omar  dalam bukunya Susur Galur Bahasa Melayu ( Kuala Lumpur . DBP : 1985) menjelaskan bahawa bahasa ini berkembang dari abad ke-13 hingga ke-17 masehi. Manakala Prof. Dato ' Ismai l Hussien melalui bukunya Tamadun Melayu J i l id Dua ( Kuala Lumpur . DBP : 1993 ) menyatakan bahasa Melayu berkembang dari abad ke-13 dan ke-14 masehi. Namun begitu, apa yang perlu ditegaskan di sini , bermula abad ke-14 hingga ke abad 19masehi Bahasa Melayu telah menjadi bahasa perantaraan utama bagi masyarakat ketikaitu. Malah ada di kalangan pengkaji menyamakan bahasa ini dengan bahasa Latin danPerancis kerana penggunaannya begitu meluas iaitu sehingga dituturkan di India dan jugaEropah ( Abdul Samad Ahmad : 1966 )3.2 Ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik Bahasa Melayu Klasik dikatakan terpisah dari bahasa Melayu Kuno apabila wujudnyatul isan jawi . ( Asmah haj i Omar : 1993 ) . Sebelum ini tu l isan yang digunakan olehmasyarakat Melayu dalam Bahasa Melayu Kuno ialah tulisan "palava" ( Raminah HjSabran dan Rahim Syam : 1986). Kedatangan Islam membawa perubahan yang amatketara ke atas masyarakat Melayu. Perubahan tersebut bukan sahaja dari aspek tauhiddanakidah tetapi sistem tulisan masyarakat Melayu turut berubah,

Tulisan jawi berasal dari tulisan Arab. Pendakwah-pendakwah Islam berketurunan Arab pada mulanya menerapkan sistem tulisan Arab dalam tulisan Jawi. Tujuan utamanya ia lah memudahkan bacaan, kerana tu l isan jawi merupakan sesuatu yang baru bagimasyarakat Melayu. Bagi memudahkan ejaan, tanda baris atas dan bawah dimansuhkan.Bahasa Melayu Klas ik dikatakan banyak mener ima fonem-fonem Arab. ( Abdul lahHassan : 1992 ) Contohnya 'kh', 'z' dan 'sy'. Penggunaan fonem-fonem ini begitu meluasterutama sekali dalam penghasilan karya sastera seperti kitab-kitab agama, cerita-ceritarakyat dan lain-lain lagi. Contoh perkataan yang menerima fonem arab adalah seperti berikut :? Akhirat? Syarat? ZamanSelain penggunaan dalam aspek tulisan dan fonem, Bahasa Melayu Klasik juga telahm e n y e r a p k a n p e r k a t a a n -p e r k a t a a n A r a b d a l a m b a h a s a M e l a y u . K e a d a a n i n i menyebabkan kata-kata atau perbendaharan Melayu semakin bertambah. Pinjaman dari  perkataan Arab juga disebabkan kurangnya perkataan Melayu dalam menterjemahkan sesuatu perkara.

Page 22: BAHAN SEJ. PERKEM. BAHASA MELAYU.doc

Antara contoh perkataan yang dipinjam dari perkataan Arab ialah? Duniawi? Jahaman? Akhirat? Mu'tabar ? Fakir ? Sultan? Jumaat

Bahasa Melayu Klasik juga banyak menggunakan Kata Tunjuk, Kata Penegas dan KataHubung. Terdapat pengulangan dalam penggunaan perkataan tersebut. Kata tunjuk yangsering digunakan berulang ialah :? Itu? Sana? MakaKata Hubung :? Yang? Dan? atauKata Penegas :? Lah? PunPenter jemahan karya a tau ki tab-ki tab Arab ke dalam Bahasa Melayu menyebabkanstruktur atau sintaksis Arab menyerap ke dalam bahasa Melayu. Terjemahan kitab banyak menggunakan Frasa Sendi Arab. Antara Frasa Sendi yang dipinjam dari bahasa Arabialah ;daripadanya; atas dengan; diadan lain-lain lagi.Sela in dar i i tu ayat -ayat dalam bahasa Melayu Klas ik juga dikatakan melere t - lere t , terutama sekali apabila menyatakan sesuatu perkara. Pengarang sesebuah buku seringmemasukkan perkataan yang sukar difahami. Begitu juga dengan pengunaan ayat-ayat  pasif yang begitu meluas terutama dalam hikayat-hikayat.Dalam bahasa Melayu Klas ik juga tedapat pendepanan pradikat dalam ayat yangdigunakan atau dengan kata lain berlaku penyongsanan ayat. Pendepanan predikat terdiridaripada predikat kata kerja, objek atau pelengkap.

Ini merupakan pengaruh nahu Arab dalam bahasa Melayu klasik, contohnya :a) Berjalanlah baginda berhari-hari untuk mencari permaisuri yang telah melarikan diri b)Maka kepala budak itu digondolkan oleh tukang gunting dengan sebilah beliung .(Prof. Mohd. Taib Osman & Abu Hasaan Sham (pngr.) 1978. Warisan Prosa Klasik.Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka ).Selain dari itu, ciri-ciri yang dapat dikesan dalam bahasa Melayu klasik ialah adanya pengaruh Islam. Kedatangan Islam ke alam Melayu memberi impak yang begitu besar . Roh Is lam bukan sahaja ada pada individu malah turut terdapat dalam is t i lah dan ungkapan bahasa. Jika agama Hindu banyak mempengaruhi setiap aspek dan perbuatanorang Melayu pada suatu ketika, perkara sedemikian juga turut berlaku apabila wujudnya pengaruh Islam. Istilah dan ungkapan Islam telah diterima pakai oleh masyarakat Melayusebagai perantaraan dalam komunikasi atau penghasilan sesuatu karya.Tokoh- tokoh Is lam seper t i Hamzah Fansur i , Nuruddin a l -Ranir i , Daud Abdul lah a l - Patani serta Raja Ali Riau banyak membantu dalam memperkembangkan istilah danungkapan bercirikan Islam. Karya-karya sastera Melayu Klasik banyak menggunakanwatak-watak ciptaan dengan nama Islam, khususnya nama-nama raja. Misalnya Raja Nursyirwan Adil, Raja Abdul Jalil dan Sultan Muhammad Syah. Di samping itu terdapat juga nama campuran unsur Sanskrit, India dan Islam. Contohnya Merong Mahawangsa,Raja Donan dan Seri RamaSalah sa tu dar i c i r i yang membezakan bahasa Melayu Klas ik dengan moden ia lah  pengunaan kata-kata adapun, syahdan, hatta, setelah, arakian,al-kisah, bahawasanya,kelakian, sebermula dan sebagainya.Dalam zaman bahasa Melayu klasik banyak berdiri kerajaan Melayu yang menggunakan bahasa Melayu Klasik sebagai bahasa pemerintahan seperti kerajaan Pasai-Samudera,Melaka, Johor-Lama, Johor-Pahang-Riau-Lingga, empayar Brunai yang menyebar luas didaerah Kalimantan Utara hingga ke Filipina Selatan; Patani, Ligor, Palembang, Jambi,Siak, Sri Inderapura, Langkat, Pahang, Perak dan lain-lain. Bahkan ada empayar atau k e r a j a a n b u k a n M e l a y u t e t a p i m e n g g u n a k a n b a h a s a

Page 23: BAHAN SEJ. PERKEM. BAHASA MELAYU.doc

M e l a y u s e b a g a i b a h a s a  pemerintahan. Contohnya kerajaan Ache di Sumatera Utara.Zaman bahasa Melayu klasik menempuh kemajuan yang amat pesat berbanding denganzaman bahasa Melayu Kuno. Pada masa in i perkembangan i lmu pengetahuan dankegiatan intelektual dalam bahasa Melayu mencapai tahap yang tinggi. Pada akhir abadyang ke-16 M, umpamanya, sudah lahir hasil-hasil karya falsafah tasawwuf dalam bahasaMelayu. Bahkan pada awal abad ke-17 M, berlaku pula polemik-polemik ilmiah tentangfalsafah, tasawwuf dan i lmu-i lmu ugama yang la in khususnya seper t i pol imek yangdilakukan oleh Hamzah Fansuri, Syamsudin Pasai, Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf Singkel. Kelahiran hasil-hasil karya bersifat intelektual ini berpunca daripada pengaruhIslam yang meresap ke dalam bahasa dan budaya Melayu. Keadaan ini tidak berlaku padazaman Hindu.Lantaran itulah maka bahasa Melayu telah menjadi bahasa utama di Asia Tenggara untuk urusan pengembangan agama Is lam bahkan ianya menjadi sa lah sa tu di antara enam  bahasa dunia Islam iaitu selain Arab, Farsi, Turki, Inggeris dan Hindi. Oleh sebab itu jugaorang-orang Kristian menggunakan bahasa Melayu dalam penyebaran agama Kristian dikawasan Asia Tenggara (Manggantar Simanjuntak : 1995)

5.0 Bahasa Melayu Zaman ModenSetelah meneliti era dua zaman perkembangan bahasa Melayu; zaman klasik dan zaman  p e r a l i h a n , e l o k l a h p u l a d i t i n j a u s e p i n t a s l a l u b a h a s a M e l a y u z a m a n m o d e n b a g i menjelaskan pemahaman terhadap sejarah perkembangan bahasa Melayu. Tinjauansepintas lalu ini akan menjelaskan akan peri pentingnya zaman peralihan ( pertengahanabad ke-19 hingga awal abad ke-20 ) kepada sejarah perkembangan bahasa Melayu.Bahasa Melayu berubah sedikit demi sedikit untuk menuju ke bentuk baru iaitu bahasaMelayu Moden apabila menjelangnya abad ke-20. Prosesnya berjalan mengikut urutanwaktu tetapi lancar. Ianya bermula dengan pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasaurusan pemerintahan di negeri-negeri Melayu. Keadaan menjadi semakin kukuh apabilam u n c u l n y a t e k n o l o g i p e r c e t a k a n y a n g d i b a w a o l e h p e n j a j a h k e T a n a h M e l a y u . Penerbitan akhbar, majalah dan buku-buku telah menyemarakkan lagi perkembangan  bahasa Melayu.Pada per tengahan abad ke-20 bahasa Melayu sudah menjadi bahasa terpent ing diSemenanjung Tanah Melayu, Singapura, Sarawak, Brunei dan Borneo Utara. Hal yangsama berlaku di Indonesia yang dijajah oleh Belanda.Di Indonesia, pada tahun 1928 tercatatnya peristiwa penting dalam kalendar sejarah  bahasa Melayu apabi la d iadakan Sumpah Pemuda yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa persatuan bagi negara dan bangsa Indonesia ( Ensiklopedia Sejarah danKebudayaan Melayu : 1994).Peristiwa ini membawa kepada terangkatnya bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negaraIndonesia yang kemudiannya dikenali dengan Bahasa Indonesia pada 1945. Hal yangsama terjadi di Tanah Melayu pada tahun 1967. Manakala di Brunei Darulsalam bahasa12  Melayu telah dijadikan bahasa rasmi pada tahun 1959 dan di Singapura pada tahun 1965 (Amat Jauhari Moain : 1994 ).Bahasa Melayu Moden terus berkembang dan menjadi utuh apabila penerbitan majalah,akhbar, buku, jurnal menjadikan bahasa Melayu sebagai wadah untuk menyampaikanmaklumat dan ilmu pengetahuan. Tujuannya bukan sekadar meningkatkan kecerdasan berfikir dan perluasan ilmu tetapi juga untuk menjadikan

Page 24: BAHAN SEJ. PERKEM. BAHASA MELAYU.doc

bahasa Melayu sebagai bahasailmu. Anatara akhbar dan majalah yang memainkan peranan berkenaan ialah al-Imam(1906), Panji Poestaka dan Poesdjangga Baroe (1933), Warta Malaya, Lembaga Melayudan lain-lain lagi diterbitkan di sekitar separuh awal abad kedua puluh.Bagi mengukuhkan lagi kedudukan bahasa Melayu serta memastikan perkembangannyatidak terbantut maka berbagai usaha telah dijalankan. Antaranya penubuhan PakatanBahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor ( Pa. Ba. Mim. Pa. Ba.) yang kemudiannyadi ikut i dengan ter tubuhnya Pejabat Karang Mengarang SITC, Dewan Bahasa danPustaka, Institusi-institusi Pengajian Tinggi, Jawatakuasa Tetap Bahasa Melayu, sertatertubuhnya Kementerian Pelajaran.( Abdul Samad Ahmad : 1966).Mel ihat kepada perkembangan is t i lah dan perbendaharaan kata , pada zaman bahasaMelayu Moden ini, munculnya istilah-istilah baru sama ada pinjaman dari bahasa asingmahupun pinjaman dari bahasa serumpun. Istilah-istilah asing yang tiada dalam bahasaMelayu telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Ini menjadikan bahasa Melayukaya dengan istilah-istilahnya walaupun ada di antaranya dipinjam dari istilah Inggeris,Belanda, Portugis, Arab, Sanskrit, Jawa, Indonesia, Brunei dan sebagainya.Penggunaan bahasa Melayu yang semakin meningkat mendorong lahirnya kerjasamak e b a h a s a a n a n t a r a T a n a h M e l a y u d a n I n d o n e s i a p a d a t a h u n 1 9 5 9 . K e r j a s a m a i n i dikukuhkan lagi apabila pada tahun 1972 majlis Bahasa Indonesia-Malaysia (MBIM)ditubuhkan. Pada tahun 1985 kedudukannya semakin meningkat apabila MBIM menjadiMABBIM atau Majlis Bahasa Brunei Darussalam - Indonesia - Malaysia ditubuhkan.13  Peningkatan mutu bahasa Melayu semakin jelas terserlah apabila bahasa ini digunakandalam pelbagai laras dan wacana dalam pengajaran pelbagai ilmu dari peringkat rendahhingga ke peringkat pengajian tinggi.6.0 KesimpulanKedudukan bahasa Melayu menjadi sedemikian tinggi kerana pengaruh bahasa-bahasadari luar terutama dari barat seperti Inggeris dan Belanda, yang mula meresap ke dalam bahasa Melayu pada abad ke-19. Pengaruh-pengaruh ini membuahkan hasil yang amat baik kepada bahasa Melayu dalam alaf baru in i ( menje lang abad 21 ) Bermula dar i  pertengahan abad ke-19, pengaruh-pengaruh luar telah mempengaruhi kosa kata danistilah-istilah Melayu yang akhirnya menjadikannya bahasa moden.Tidak dapat dinafikan bahawa pertengahan abad ke-19 membawa ke abad 20 merupakanera yang amat penting dalam sejarah perkembangan bahasa Melayu. Zaman ini yanglebih dikenal i dengan Zaman Pramoden a tau Peral ihan merupakan t i t ik- tolak yangmenjadikan bahasa Melayu hari ini sebagai bahasa lingua franca dan bahasa ilmu padaabad ini. 

RujukanA.M Iskandar Hj Ahmad. 1980. Persuratkhabaran Melayu 1876 - 1968. Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka.Abdullah Hassan. 1997. Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu Dan Esei-Esei Lain. ShahAlam : Penerbitan Fajaar Bakti Sdn. Bhd.Ahmat Adam. 1992 . Sejarah dan Bibl iograf i Akhbar dan Majalah Melayu Abad Kesembilan Belas. Bangi : Penerbitan Universiti kebangsaan Malaysia.Amat Juhar i Moain. 1994. Sejarah Bahasa Melayu dalam Linguis t ik Melayu oleh Zaharani Ahmad. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia. ________________1996. Perancang Bahasa: Sejarah Aksara Jawi. Kuala

Page 25: BAHAN SEJ. PERKEM. BAHASA MELAYU.doc

Lumpur :Dewan Bahasa Dan Pustaka.Asmah Haji Omar. 1993. Susur Galur Bahasa Melayu Dalam Gelombang Tamadun .Dlm Ismail Hussien, A.Aziz Deraman & Abd. Rahman Al-Ahmadi (pngr.) TamadunMelayu Jilid Dua (536-553). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. _______________1985. Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasadan Pustaka.Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Jilid 1 . 1994. Kuala Lumpur : DewanBahasa dan Pustaka.Kamus Dewan . 1986. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.Maganatar Simanjuntak. 1995. Pengutamaan Bahasa Melayu Dalam Semua Bidang,Termasuk Sains & Teknologi, Menjamin Potensinya Sebagai bahasa Ilmu Dan BahasaSupranasional, Di Samping Menjamin Pembangunan Negara Yang Maksimum. Dlm.Kertas Kerja Kongres Melayu Sedunia. Kuala Lumpur. Ogos 1995S. Othman Kelantan (pngr.) 1992. 100 Tahun Pergerakan Bahasa dan Sastera Melayu1888 - 1988. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.Hal. 7Sejarah Bahasa Melayu

ISI-ISI 3

Definisi Bahasa Melayu Klasik

Terdapat beberapa definisi yang telah diutarakan oleh pengkaji bahasa .Antaranya ialah

Asmah Hj.Omar (1985:33), “bahasa abad ketiga belas dan ketujuh belas itu dinamakan

bahasa Melayu Klasik”. Menurut Ismail Hussein (1984:24), pembahagian yang dibuat

oleh adalah atas pertimbangan sejarah perkembangan bahasa Melayu. Hal ini dapat

dibahagikan mengikut zaman politik Srivijaya, Majapahit, Melaka, dan sebagainya,

pengaruh kebudayaan seperti Hindu, Islam, dan Barat atau mengikut zaman tulisan

yang digunakan seperti tulisan Melayu Kuno yang diambil dari India, tulisan Arab, dan

akhir sekali tulisan Latin. Contohnya pada zaman politik Srivijaya, masyarakatnya yang

beragama Hindu dan Buddha, menggunakan tulisan yang dibawa dari India, sasteranya

dipenuhi oleh cerita-cerita sastera India dan bahasa Melayunya, dengan pinjaman kata-

kata Sanskrit.”

Sejarah Bahasa Melayu Klasik

Zaitul Azma (2007) telah mengatakan bahawa perkembangan bahasa Melayu Klasik

mempunyai perkaitan dengan perkembangan karya sastera. Perkembangan

Page 26: BAHAN SEJ. PERKEM. BAHASA MELAYU.doc

kesusasteraan memberikan gambaran tentang sejarah silam sesuatu bangsa dari segi

kebudayaan,dan keperibadian bangsa .

Dalam masa yang sama bahasa Melayu Klasik digunakan oleh pengarang untuk

tujuan menghasilkan sesebuah karya dalam bidang kesusasteraan, ketatanegaraan,

kebudayaan, kemasyarakatan dan keagamaan. Seiring dengan kemunculan bahasa

Melayu Klasik, pengaruh Hindu dilihat mula hilang sedikit demi sedikit sehinggalah ke

abad ke-15. Bahasa Melayu Klasik mula berkembang pada abad ke -13 dan ke -14.

Buktinya ialah penemuan beberapa buah prasasti. Ketika itu juga bahasa Melayu Klasik

telah digunakan sebagai lingua –franca iaitu zaman kerajaan Melayu Melaka.

Penggunaan bahasa Melayu Klasik ini jelas dalam aktiviit perdagangan dan

penyebaran agama Islam.

Bukti tentang penyebaran agama islam menggunakan bahasa Melayu Klasik

adalah penghasilan kitab-kitab agama. Antara kitab yang dihasilkan ialah Furu’ Al-

Masa’il oleh Syed Muhammad Daud Al-Fatani,dan Sabil Al-Muhtadin oleh Syed

Muhammad Arsyad Al-Banjari .Kandungan kitab-kitab ini adalah mengenai agama

seperti al- Hadith, feqah, tafsir al-quran, tasawuf, di samping sejarah, hikayat, hal ehwal

haiwan, perdukunan, perubatan Melayu, bintang dua belas, pentadbiran dan

pemerintahan, falsafah dan pengembaraan. Secara ringkasnya bahasa Melayu Klasik

meluas dalam kalangan orang bukan Melayu dari kelompok Asia, juga dalam kelompok

orang Eropah dan Asia Barat yang datang ke Asia Tenggara.

Permulaan Zaman Bahasa Melayu Klasik

Pada abad ke -13 pengaruh agama Islam menjadi makin dominan di Nusantara.

Perkembangan agama Islam membawa bersama-samanya bahasa Arab. Zaman ini

memperlihatkan kemasukan perkataan Arab dan tulisan Jawi yang menggunakan huruf-

huruf Arab. Secara ringkasnya evolusi tahap kedua berlaku kepada bahasa Melayu.

Bahasa Melayu berkembang dengan pesat melalui peminjaman perkataan Arab dan

Page 27: BAHAN SEJ. PERKEM. BAHASA MELAYU.doc

Parsi. Di samping itu, bahasa Melayu juga mula berkembang dengan bahasa-bahasa

dari Barat seperti Portugis, Inggeris, dan Belanda.

Menurut Ismail Hussein (1984:25), bahasa Melayu Klasik bermula sekitar abad

ke-13 dan ke-14. Tetapi beliau menyebutnya sebagai zaman peralihan di seluruh

kepulauan Melayu dengan kedatangan agama Islam. Bukti konkrit tentang bertapaknya

Islam di Nusantara dari sudut sejarah diperoleh pada tahun 1292 M sewaktu Marco

Polo melawat Sumatera Utara dan catatannya tentang pengislaman Pasai. Pada zaman

peralihan dalam abad ke-13 dan ke-14 telah dijumpai beberapa prasasti dalam bahasa

Melayu yang ditulis menggunakan huruf India tetapi bahasanya sudah terdapat

pengaruh bahasa Arab. Di sini bermulanya bahasa Melayu klasik.

Dalam masa yang sama bahasa Melayu Klasik boleh ditandai dengan

kemunculan dan keagungan kerajaan Melayu Melaka. Bahasa Melayu menjadi medium

dalam pemerintahan, perhubungan, perdagangan, dan penyebaran agama Islam.

Ketika itu juga bahasa Melayu mendapat tulisan baru, iaitu tulisan Jawi, iaitu dengan

meminjam dan menyesuaikan abjad bahasa Arab. Sebelumnya, pada tahap bahasa

Melayu Kuno, bahasa Melayu menggunakan dua jenis tulisan, iaitu tulisan rencong dan

lampung yang tidak terpengaruh oleh tulisan dari India walaupun bahasa Sanskrit

sudah bertapak di Nusantara.Tulisan yang disesuaikan dengan tulisan Pallava dan

Nagiri seperti yang terdapat pada batu-batu bersurat antara abad ke-7 hingga abad ke-

14.

Perkembangan Bahasa Melayu Klasik

Kedatangan pengaruh agama Islam dan bahasa Arab,telah menyebabkan bahasa

Melayu melangkah setapak lagi dengan satu lagi tulisan, iaitu tulisan Jawi. Bahasa

Melayu Klasik mula pada abad ke-16 sampai pula pengaruh dari Barat dengan

kedatangan penjajah dari Eropah seperti Portugis, Belanda, dan Inggeris. Sekali lagi

bahasa Melayu bertembung dengan bahasa dan kebudayaan yang baru yang turut

mempengaruhi bahasa Melayu.

Page 28: BAHAN SEJ. PERKEM. BAHASA MELAYU.doc

Amat Juhari Moain (1992:1062) tulisan rumi mula digunakan dengan

penggunaan yang pertama dalam bahasa Melayu oleh David Barbosa pada tahun 1516

Masihi setelah Melaka ditawan oleh Portugis, kemudian pada tahun 1521 Masihi

seorang pengembara Itali, Antonio Pigfafetta membuat catatan perkataan Melayu

dalam tulisan rumi dengan padanannya dalam bahasa Itali.

Dengan senario itu, bahasa Melayu Klasik mencakup zaman antara abad ke-14

hingga abad ke-19, dengan abad ke-12 dan ke-13 sebagai zaman peralihan antara

tahap bahasa Melayu Kuno dengan tahap bahasa Melayu klasik. Bahasa Melayu klasik

dapat disimpulkan sebagai bahasa yang digunakan dalam kesusasteraan,

pemerintahan dan undang-undang, agama, sejarah, perdagangan, dan perhubungan

iaitu budaya dan kemasyarakatan.

Ringkasnya kosa kata daripada bahasa Arab banyak digunakan. Penggunaan

bahasa Melayu dapat dilihat dalam beberapa buah karya seperti Hikayat Raja-raja

Pasai, Misa Melayu, Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Negeri Johor dan

banyak lagi karya yang ditulis dalam tulisan Jawi.

Zaman Kegemilangan Bahasa Melayu Klasik

Berdasarkan bahan yang di akses, didapati ada tiga zaman kegemilangan bahasa

Melayu Klasik. Antaranya ialah zaman kerajaan Melaka, Acheh dan zaman kerajaan

Johor–Riau. Ketika zaman tersebut terdapat beberapa orang tokoh penulis. Buktinya

ialah pada zaman kerajaan Acheh. Antara tokoh penulis yang penting ialah Hamzah

Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-

Singkel.

Ciri-Ciri Bahasa Melayu Klasik

Dari Wikipedia bahasa Melayu Klasik, telah menyatakan beberapa ciri-ciri bahasa

Melayu Klasik. Namun demikian cirri-ciri yang dinyatakan adalah lebih mencirikan

bahasa Melayu Klasik dari aspek perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan

tulisan. Antara ciri –ciri tersebut ialah ayat yang panjang, berulang, dan berbelit-belit.

Page 29: BAHAN SEJ. PERKEM. BAHASA MELAYU.doc

Ayat yang digunakan kebanyakkannya ialah ayat pasif dan songsang.Ketika itu juga

banyak menggunakan laras bahasa istana.

Manakala terdapat perbezaan dalam mengklasifikasi ciri-ciri bahasa Melayu

Klasik. Umumnya bahasa Melayu klasik boleh dibahagikan kepada kepada beberapa

aspek, iaitu aspek sistem tulisan, kosa kata dan tatabahasa. Zaitul Azama mengatakan

bahawa dalam bahasa Melayu Klasik terdapat penggunaan kata pangkal ayat yang

agak klise atau usang. Penggunaan kata pangkal ayat ini agak meluas. Contoh kata

pangkal adalah seperti "syahadan", "maka", "alkisah", "hatta", "arakian", "kata sahibul

hikayat", "maka, tatkala" dan "adapun. Kata-kata seperti itu bukan sahaja digunakan

untuk memulakan sesuatu perenggan, malah digunakan juga pada awal ayat-ayat

dalam perenggan. Penulisan dalam bahasa Melayu moden tidak memperlihatkan

penggunaan kata pangkal ayat yang sedemikian.

Manakala dari aspek struktur ayat pula, bahasa Melayu Klasik agak berbeza

dengan bahasa Melayu Kuno kerana struktur ayatnya panjang-panjang, berulang-ulang

dan berbelit-belit.Terdapat juga gabungan beberapa ayat tunggal yang dicantumkan

dengan menggunakan kata-kata hubung yang tertentu, terutamanya "dan" dan "atau"

ataupun dengan menggunakan tanda koma dan tanda koma bertitik sahaja. Contoh

ayat bahasa Melayu Klasik seperti ayat berikut “Maka apabila dibawalah akan mereka

itu ke penghadapan Tajul Muluk, demi terpandang akan anak si peladang itu, mesralah

ke dalam hatinya, diberinya wang yang tiada berhisab banyaknya serta disuruh perbela

akan dia baik-baik”.

Dalam bahasa Melayu Klasik juga, terdapat perubahan dari aspek bentuk ayat

yang digunakan. Bentuk ayat yang lebih lumrah digunakan, ialah bentuk ayat pasif,

iaitu bentuk ayat yang lebih mengutamakan objek pelaku atau subjek. Sebagai contoh,

“Hatta datanglah kepada suatu hari maka Hamzah dan Umar Umayyah dibawanya oleh

Khoja Abdul Mutalib kepada mualim ……”

Page 30: BAHAN SEJ. PERKEM. BAHASA MELAYU.doc

Selain itu, dalam bahasa Melayu Klasik juga banyak menggunakan partikel

“pun”dan “lah”.Contoh perkataan yang digandingkan dengan partikel ialah seperti

“adapun, bertitahlah,dan berebutlah”. Manakala contoh penggunaan partikel dalam ayat

pula ialah seperti berikut ““Maka Bendahara pun hairanlah kalam raja seperti

dikhatankan orang rupanya” dalam Sejarah Melayu.

Sehubungan itu terdapat pengaruh daripada beberapa bahasa lain dalam

bahasa Melayu Klasik kerana di kepulauan Melayu ketika itu bahasa Arab dan Sanskrit

bertapak kukuh lantaran aktiviti perdagangan dan penyebaran agama islam.Contoh

penggunaan bahasa Arab ialah “Allah Taala, makhdum, mualim daulat, wallahualam,

takzim. Bagi bahasa Sanskrit pula ialah “dosa,pahala,dan raja” . Bahasa Melayu Klasik

juga menerima fonem Arab seperti ‘kh’, ‘dz’, dan ‘sy’. Contoh perkataan seperti “khamis,

zakat, syarat”.

Bahasa Melayu klasik lebih bersifat "bahasa istana". Ini amat ketara dari segi

penggunaan perkataan dan sistem panggilannya. Contohnya ialah ‘sembah, beta, titah,

berangkat, dan gering.” Penggunaan ini adalah disebabkan kebanyakan hasil penulisan

bahasa Melayu klasik adalah dalam bentuk karya sastera, yang menceritakan kisah dan

peristiwa yang dialami oleh kalangan raja di istana.

Bahasa melayu Klasik juga lebih banyak menggunakan kiasan dan

perbandingan serta penggunaan laras bahasa puisi, seperti pantun, syair, seloka dan

gurindam dalam karya prosa. Buktinya ialah terdapat banyak dalam hikayat-hikayat

Melayu lama. Mungkin disebabkan oleh sifat sastera Melayu klasik itu sendiri, yang

pada asalnya dalam bentuk lisan dan penggunaan unsur-unsur tersebut dikatakan

dapat menghidupkan suasana penceritaan.

Zaman Bahasa Melayu Pramoden

Menurut Amat Juhari dan Abdul Rashid Melebek (2006: 32), bahasa Melayu Pramoden

bermula pada abad ke -19. Buktinya ialah kedatangan pendatang luar ke Asia

Tenggara untuk menguasai Asia Tenggara.Pendatang bangsa barat ini bukan sahaja

menguasai ekonomi, tetapi politik. Bagi mengukuhkan kedudukan di tanah Melayu,

Page 31: BAHAN SEJ. PERKEM. BAHASA MELAYU.doc

mereka telah mengkaji bahasa dan budaya pribumi. Hasil kajian ini telah mewujudkan

pusat-pusat pengajian tentang bahasa, sastera dan budaya pribumi terutama Melayu.

Manuskrip-manuskrip Melayu dan bahan-bahan tinggalan sejarah,budaya dan sastera

Melayu telah dikumpulkan di perpustakaan- perpustakaan barat ini. Dalam masa yang

sama,perkataan-perkataan daripada bahasa barat seperti Inggeris dan Belanda mula

meresap ke dalam bahasa Melayu. Proses ini berlaku secara sedikit demi sedikit.

Kesan penyerapan bahasa ini telah mengakibatkan kegiatan penulisan Melayu mula

menggusur dari istana-istana raja seperti dalam zaman bahasa melayu Klasik ke dalam

masyarakat umum.Dengan kata lain, kegiatan penulisan dalam bahasa Melayu sudah

mula memasyarakat dan merakyat.

Zaman bahasa Melayu Pramoden ini juga, terdapat banyak hasil penulisan

seperti buku “Sejarah Melayu, Taj al- Salatin, Hikayat Abdullah dan lain-lain.Selain itu,

zaman ini turut mencetak banyak kitab –kitab agama di Asia Tenggara. Abdul Rashid

Melebek (2006: 33) juga mengatakan bahawa berlakunya beberapa peristiwa pada

abad ke -19. Antaranya ialah pertembungan budaya Melayu dengan Barat,

perkembangan teknologi cetak ,serta perkembangan perhubungan yang lebih mudah

telah menjadikan bahasa Melayu terdedah kepada pengaruh Barat.Oleh yang

demikian,perkembangan ini bagaikan wahana yang menyebabkan bahasa Melayu

diresapi oleh unsur-unsur Barat sehingga berlaku beberapa perubahan pada bahasa

Melayu.

Zaman Bahasa Melayu Moden

Berdasarkan laman web wikipedia dan tutor, telah menyatakan bahawa zaman bahasa

Melayu Moden telah mula pada abad ke-19 iaitu setelah kedatangan penjajah Eropah

seperti Portugis, Belanda dan Inggeris. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap

sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden.Sebelum penjajahan British, bahasa

Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan,

pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam. Selepas

Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai

pengantar dalam sistem pendidikan. Namun semasa Malaysia mencapai kemerdekaan,

Page 32: BAHAN SEJ. PERKEM. BAHASA MELAYU.doc

Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 telah menetapkan bahasa Melayu sebagai

bahasa kebangsaan.

Buktinya ialah dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa

Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Selain itu, dalam Laporan Razak 1956 juga telah

mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara.

Manakala menurut Amat Juhari (2006 : 34 ) bahasa Melayu berubah sedikit demi

sedikit untuk menuju ke bentuk yang baharu iaitu bahasa Melayu Moden.Peluang ini

cerah apabila mencecah ke abad ke-20. Buktinya ialah negeri-negeri dan kesultanan

melayu tetap menggunakan bahasa Melayu dalam urusan pemerintahan negerinya

terutamanya yang berkaitan dengan adat istiadat Melayu dan agama Islam. Ketika itu

juga sekolah-sekolah Melayu juga dibuka dengan lebih banyak lagi sama ada dalam

pemerintahan Inggeris mahupun yang dalam pemerintahan Belanda.

Sehubungan itu, dari aspek media perkembangan bahasa Melayu pula, seperti

syarikat percetakan telah banyak didirikan. Maka banyak buku,majalah, jurnal dan

akhbar berbahasa Melayu yang dicetak di tanah jajahan Inggeris dan Belanda di Asia

Tenggara. Situasi ini telah menyebabkan bahasa Melayu secara langsung menjadi

bahasa perantaraan di Asia Tenggara.

Pada tahun 1957, bahasa Melayu telah menjadi bahasa kebangsaan dan salah

satu bahasa rasmi negara Malaya Merdeka. Manakala pada tahun 1967, bahasa

Melayu telah menjadi bahasa rasmi tunggal bagi negara Malaysia.Bagi meningkatkan

penggunaan bahasa Melayu banyak akhbar, buku, majalah dan jurnal berbahasa

Melayu diterbitkan sama ada di Malaysia, Indonesia dan Singapura terutamanya

selepas Perang Dunai Kedua.

Lantaran itu, pelbagai usaha telah dijalankan bagi memajukan bahasa serta

menigkatkan kemampuannya dalam menghadapi zaman moden. Antara langkah yang

dijalankan untuk memodenkan bahasa Melayu ialah perancangan korpus bahasa

Melayu.Perancangan korpus ini telah diterajui oleh Pakatan Belajar –Mengajar

Pengetahuan Bahasa. Mereka memulakan perancangan korpus bahasa iaitu dengan

Page 33: BAHAN SEJ. PERKEM. BAHASA MELAYU.doc

menyusun panduan ejaan,kamus,tatabahasa ,tanda-tanda bacaan,surat kiriman,dan

peristilahan.

Sejurus selepas itu muncullah badan perancangan daripada persatuan dan

lembaga yang dikelolakan oleh kerajaan seperti Dewan Bahasa dan Pustaka. Dengan

adanya usaha-usaha ini maka dapat diatur dan dibakukan sistem ejaan, peristilahan,

tatabahasa, perkamusan, sebutan, laras dan lain –lain yang berkaitan dengan bahasa

Melayu. Bagi mengukuhkan usaha-usaha ini maka berbagai-bagai kongres dan seminar

tentang bahasa dan sastera Melayu telah diadakan, contohnya ialah Kongres Bahasa

dan Persuratan Melayu dimulai pada tahun 1952 hingga 1984, iaitu Kongres yang

keempat.

Kesimpulannya, dengan adanya kegiatan-kegiatan seumpama di atas ini, maka

bahasa Melayu terus melonjak naik kemampuannya sehingga menjadi bahasa moden

yang digunakan sebagai bahasa pengantar di institusi pengajian tinggi, dan tulisan

ilmiah.

ISI-ISI 3

Perkembangan Bahasa Melayu Klasik

1. Abad ke –13 merupakan waktu bermulanya zaman peralihan di Kepulauan Melayu dengan berkembangnya agama Islam ke rantau ini. Ini telah mempengaruhi bangsa dan bahasa di sini, terutamanya bangsa dan bahasa Melayu. Pengaruh India sedikit demi sedikit mula digantikan dengan pengaruh Islam dan Arab. Kegemilangannya bahasa Melayu klasik boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting iaitu zaman kerajaan Melaka, zaman kerajaan Acheh dan zaman kerajaan Johor-Riau

Page 34: BAHAN SEJ. PERKEM. BAHASA MELAYU.doc

2. Zaman penting bagi Bahasa Melayu ialah pada zaman Kerajaan Melayu Melaka. Kerajaan Melayu Melaka yang telah menerima Islam dan berjaya membina empayar yang luas telah dapat meningkatkan kemajuan dan perkembangan Bahasa Melayu di rantau ini. Bahasa Melayu telah digunakan dalam pentadbiran dan aktiviti perdagangan serta menjadi “lingua franca” para pedagang. Bahasa Melayu juga telah menjadi alat penyebaran agama Islam ke seluruh Kepulauan Melayu. Bahasa Melayu telah mendapat bentuk tulisan baru iaitu tulisan Jawi. Perbendaharaan kata juga telah bertambah dengan wujudnya keperluan untuk mengungkapkan idea-idea yang dibawa oleh peradaban Islam. Keagungan Kesultanan Melaka jelas tergambar di dalam “Sejarah Melayu” oleh Tun Seri Lanang, sebuah karya dalam Bahasa Melayu yang sangat tinggi nilainya.

3. Kedatangan orang-orang Eropah dan kejatuhan Kesultanan Melaka ke tangan Portugis pada tahun1511 masehi tidak menamatkan pengaruh Bahasa Melayu. Ramai di antara mereka yang menjalankan penyelidikan dan menyimpan catatan mengenai bahasa dan kesusasteraan Melayu. Beberapa contoh usaha mereka ialah :

a. Pigafetta, seorang ketua kelasi berbangsa Itali dalam pelayarannya bersama Magellan, telah menyusun kamus Melayu-Itali semasa singgah di Pulau Tidore pada tahun 1521. Kamus ini merupakan daftar kata daripada bahasa yang dituturkan oleh orang-orang di pelabuhan itu dengan lebih 400 patah perkataan dan merupakan daftar kata Melayu-Eropah yang tertua. Kedudukan Pulau Tidore yang terletak jauh daripada tempat asal Bahasa Melayu menggambarkan betapa luasnya Bahasa Melayu tersebar. b. Jan Hugen Van Linschotten, seorang bangsa Belanda pernah tinggal di Indonesia antara tahun 1586 hingga 1592 dan berkhidmat sebagai pegawai kepada pemerintah Portugis. Beliau ada mencatatkan dalam bukunya bahawa Bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa yang paling dihormati antara bahasa-bahasa negeri timur.

c. Pada awal abad ke-18, Francios Valentijn, seorang pendeta dan ahli sejarah bangsa Belanda yang banyak menulis menganai wilayah Kepulauan Melayu, telah menggambarkan kepentingan Bahasa Melayu seperti berikut :“Bahasa mereka, Bahasa Melayu, bukan sahaja dituturkan di daerah pinggir laut, tetapi juga digunakan di seluruh Kepulauan Melayu dan di segala negeri-negeri Timur, sebagai suatu bahasa yang difahami di mana-mana sahaja oleh setiap orang.”

4. Satu bukti tentang tingginya martabat Bahasa Melayu dan luas penggunaanya di wilayah ini adalah pada surat-menyurat antara pentadbir dan raja-rja di Kepulauan Melayu. Antaranya ialah :a. Surat Sultan Acheh kepada Kapitan Inggeris, James Lancester (1601)b. Surat Sultan Alauddin Shah dari Acheh kepada Harry Middleton (1602)c. Surat Sultan Acheh kepada raja Inggeris, King James (1612)(Ketiga-tiga surat ini tersimpan di perpustakaan Bodelein, London)

5. Dalam abad ke-17, terdapat banyak usaha oleh sarjana-sarjana Eropah untuk menyusun kamus dan daftar kata, yang kemudiannya diteruskan kepada bidang morfologi, sintaksis dan fonologi.

6. Tokoh-tokoh tempatan juga tidak ketinggalan memberikan sumbangan. Kebanyakan usaha mereka berkisar tentang agama dan sastera. Palembang dan Acheh telah menggantikan Melaka

Page 35: BAHAN SEJ. PERKEM. BAHASA MELAYU.doc

sebagai pust keintelektualan Melayu. Tokoh-tokoh di Acheh antaranya ialah :a. Sheikh Nuruddin Al-Raniri (“Bustanul Salatin”)b. Shamsuddin Al-Sumaterani (“Mirat Al-Mukmin”)c. Abdul Rauf Singkel (“Mirat Al-Tullab”)d. Hamzah Fansuri (“Syair Perahu”)

7. Di Palembang pula terdapat Abdul Samad Al-Falambani dengan kitab “Hikayat Al-Salakin”.

8. Selain daripada Acheh dan Palembang, beberapa tokoh juga timbul di tempat-tempat lain. Di Brunei, Pengiran Syahbandar Muhammad Salleh (Pengiran Indera Muda) telah menghasilkan “Syair Rakis”, manakala di Banjarmasin pula terkenal dengan Arshad Al-Banjari dengan kitab “Sabil Al-Muhtadin”. Sheikh Mohd Ismail Daud Al-Fatani di Pattani pula menghasilkan “Matla’al Badrain” dan “Furu’ Al-Masail”.

Ciri-ciri bahasa Melayu klasik:

1. Ayatnya panjang, berulang, berbelit-belit dan banyak menggunakan struktur ayat pasif.2. Menggunakan bahasa istana: contoh tuanku, baginda, bersiram, mangkat dsb.3. Kosa kata arkaik dan jarang digunakan ; ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih) 4. Banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat): sebermula, alkisah, hatta, adapun.5. Banyak menggunakan ayat songsang: pendepanan predikat6. Banyak menggunakan partikel “pun’ dan `lah’

BAHASA MELAYU BAHASA DUNIA

Bahasa Melayu (Jawi: ماليو ialah sejenis bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga (بهاسbahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayah Malaysia, Indonesia, dan persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun lalu. Walaupun asal usul bangsa Melayu (dalam pengertian yang khusus) yang paling asal belum diketahui secara pasti tetapi pertumbuhan bahasa Melayu dapatlah dikatakan berasal dari Sumatera Selatan di sekitar Jambi dan Palembang.[1] Rekod terawal bahasa Melayu Kuno ialah sebuah batu bersurat bertarikh 682 Masihi yang dijumpai di Sumatera Selatan.

Page 36: BAHAN SEJ. PERKEM. BAHASA MELAYU.doc

Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan Malaysia, Indonesia,Brunei dan Singapura. Di Indonesia, bahasa Melayu kini dipanggil bahasa Indonesia, dan di Malaysia, bahasa Melayu secara rasminya dipanggil bahasa Malaysia. Selain daripada keempat-empat negara tersebut, bahasa Melayu juga ditutur oleh penduduk-penduduk Melayu di Selatan Thailand , Filipina, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka dan Afrika Selatan.

Menurut statistik penggunaan bahasa di dunia, penutur bahasa Melayu dianggarkan berjumlah lebih 300 juta (bersama penutur Bahasa Indonesia) dan merupakan bahasa keempat dalam turutan jumlah penutur terpenting bagi bahasa-bahasa di dunia selepas bahasa Mandarin, bahasa Inggeris dan bahasa Hindi/bahasa Urdu[petikan diperlukan]. Selain itu, dilaporkan sebanyak 70,000 orang mampu bertutur dalam bahasa Melayu di Sri Lanka, manakala di China, terdapat radio dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga diajar di universiti-universiti di United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Belanda, China, Jerman, New Zealand dan beberapa tempat yang lain.

Bahasa Melayu Piawai ialah Bahasa Melayu Riau, Indonesia, seperti yang dipersetujui oleh Indonesia, Malaysia, dan Brunei. Bahasa Melayu Riau dianggap tempat kelahiran bahasa Melayu. Di Malaysia, bahasa Melayu mengalami perubahan nama beberapa kali. Pada awal 1970-an, Bahasa Melayu dinamakan Bahasa Malaysia atas sebab politik. Namun sejak akhir-akhir ini, nama "Bahasa Melayu" digunakan semula. Bermula tahun 2007, bahasa kebangsaan Malaysia dinamakan kembali kepada Bahasa Malaysia sebagai simbol bahawa bahasa ini adalah bahasa untuk semua dan tidak mengira kaum. Namun begitu, menurut Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, menyebut bahawa: "Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu". Tiada pertukaran nama bahasa Melayu ke bahasa Malaysia terjadi.[2]

Di Indonesia, bahasa Melayu juga dikenali sebagai Bahasa Indonesia atas sebab persatuan dan kesatuan bangsa Indonesia iaitu Sumpah Pemuda tahun 1928. Di Singapura dan Brunei, Bahasa Melayu tidak mengalami sebarang perubahan nama.

Bahasa Melayu mempunyai banyak dialek dan setiap dialek mempunyai perbezaan ketara dari segi sebutan dan kosa kata. Misalnya,Bahasa Melayu Riau-Johor berbeza dialek dengan Bahasa Melayu Palembang, Jambi, dan Bengkulu. Melayu Riau-Johor menggunakan dialek "e" sedangkan Bahasa Melayu Palembang, Jambi, dan Bengkulu menggunakan dialek "o". Selain itu, bahasa yang digunakan oleh masyarakat peranakan atau Cina Selat (campuran pendatang Cina dan penduduk asal) merupakan campuran antara Bahasa Melayu dan dialek Hokkien. Bahasa ini dahulunya banyak digunakan di negeri-negeri Selat seperti Pulau Pinang dan Melaka. Walaubagaimanapun, kini kaum peranakan lebih gemar berbahasa Hokkien atau Inggeris. Bahasa Melayu merupakan bahasa aglutinatif, bermaksud makna perkataan boleh diubah dengan menambah imbuhan tertentu. Umumnya, kata dasar (atau kata akar) terdiri daripada kata kerja.

Penggunaan Bahasa Melayu di negara-negara ini berbeza bergantung kepada sejarah dan budaya. Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi di Malaysia pada 1968, tetapi Bahasa Inggeris masih digunakan dengan luas terutama sekali di kalangan masyarakat Cina dan India, sama seperti di Brunei. Berbeza di Indonesia, Bahasa Indonesia berjaya menjadi bahasa perantaraan utama atau lingua franca untuk rakyatnya yang berbilang kaum kerana usaha gigih kerajaan Indonesia dalam menggalakkan penggunaan Bahasa Indonesia selain Bahasa Belanda yang tidak lagi

Page 37: BAHAN SEJ. PERKEM. BAHASA MELAYU.doc

digunakan. Di Timor Leste, sekarang terlepas dari Indonesia menjadi negara Timor Leste, Bahasa Indonesia diterima sebagai "bahasa berkerja". Di Singapura, Bahasa Melayu dikekalkan statusnya sebagai bahasa kebangsaan walaupun Singapura mempunyai empat bahasa rasmi (iaitu Bahasa Inggeris, Cina, India, dan Melayu.) Di selatan Thailand, bahasa Melayu digunakan oleh orang-orang daripada Kesultanan Melayu Patani (orang Melayu Pattani), tetapi tidak memperolehi sebarang pengiktirafan daripada kerajaan.

Pada awal tahun 2004, Dewan Bahasa dan Pustaka dan MABBIM mencadangkan Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi ASEAN memandangkan lebih separuh jumlah penduduk ASEAN mampu bertutur dalam Bahasa Melayu. Walaubagaimanapun, perkara ini masih dalam perbincangan

BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ANTARABANGSADAN UPAYA PENGANTARABANGSAANNYA

Istilah pengantarabangsaan yang saya gunakan bagi bahasa Melayu dalam kertas kerja ini barangkali mengundang persoalan: Mengapakah bahasa Melayu perlu diantarabangsakan, seolah-oleh bahasa tersebut belum bertaraf antarabangsa? Prof Dr. James T. Collins (1999) dalam kritiknya terhadap pertanyaan “Wajarkah bahasa Melayu diantarabangsakan” yang diajukan oleh seorang wartawan muda akhbar setempat kepadanya menegaskan bahawa bahasa Melayu tidak perlu diantarabangsakan kerana bahasa Melayu memang sudah bersifat (bertaraf) antarabangsa. Bahasa Melayu memang telah mencapai taraf antarabangsa sejak lebih seribu tiga ratus tahun lalu (Collins 1999), dengan memperhitungkan Kerajaan Sriwijaya sebagai titik tolak pengantarabangsaan bahasa Melayu. Pada zaman itu bahasa Melayu telah berinteraksi dengan bahasa Sanskrit yang mewakili kebudayaan India.

Apabila Islam datang ke alam Melayu pada sekitar abad ke-10 (malah sumber Aceh menyatakan bahawa Islam telah tiba di alam Melayu pada abad ke-8 lagi), bahasa Melayu mengalami interaksi dengan satu lagi bahasa antarabangsa, iaitu bahasa Arab dan di sisi itu juga kemudian bahasa Parsi. Kegiatan penerjemahan teks daripada bahasa Arab kepada bahasa Melayu telah berlangsung, seperti usaha penerjemahan Aqaid al-Nasafi (1590) yang merupakan kitab tertua dalam bahasa Melayu (al-Attas, 1988). Dengan demikian bahasa Melayu telah diantarabangsakan daripada sudut kandungan bahasa itu sendiri dan pada waktu yang sama daripada sudut peranannya juga, iaitu sebagai bahasa yang digunakan dalam ranah hubungan antarabangsa, khususnya sebagai bahasa diplomasi. Antaranya termasuklah surat Sultan Aceh kepada kapitan Inggeris, James Lancester (1601), surat Sultan Alauddin Shah Aceh kepada Harry Middleton (1602) dan surat Sultan Aceh kepada raja Inggeris, King James (1612) (Nik Safiah Karim et al., 1996).

Selain itu, bahasa Melayu telah mula mendapat perhatian sarjana Barat sehingga seawal abad ke-17 telah terhasil sejumlah buku tatabahasa dan kamus seperti karya de Houtman (1603), Albert Ruyl (1611), Casper Wittens dan Sebastian Danckaerts (1623), David Haex (1631) dan lain-lain.Interaksi bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa Barat kemudian, terutama bahasa Inggeris, telah memungkinkan bahasa Melayu menambah kekayaannya yang sedia ada, baik dalam bidang fonologi, kosa kata, sintaksis mahupun wacana. Bahasa Melayu telah mencapai tahap saling terjemah (inter-translatibality) yang

Page 38: BAHAN SEJ. PERKEM. BAHASA MELAYU.doc

tinggi dengan bahasa-bahasa moden yang lain.

Bahasa Melayu pernah menjadi bahasa antarabangsa, khususnya dalam zaman bahasa Melayu klasik pada sekitar abad ke-15 dan beberapa abad berikutnya. Pada masa ini bahasa Melayu belum sampai ke tahap bahasa antarabangsa yang dominan sebagaimana halnya dengan bahasa Inggeris yang telah menjadi bahasa ibunda atau bahasa pertama lebih 45% penduduk 10 buah negara di dunia seperti United Kingdom, Ireland, Australia, New Zealand, Barbados, Jamaica, Trinidad, Amerika Syarikat, Kanada dan Guyana (Fishman et al., 1977), menjadi bahasa rasmi atau bahasa kedua di Botswana, Cameroon, Fiji, Gambia, Ghana, India, Lesotho, Liberia, Malawai, Malta, Mauritius, Namibia, Nauru, Nigeria, Filipina, Zimbabwe, Sierra Leone, Singapura, Afrika Selatan, Swaziland, Tanzania, Tonga, Uganda, Saomoa Barat dan Zambia (Richards, 1991). Dengan kedudukannya sebagai bahasa dunia yang dominan dan kini dipercayai antara bahasa dunia yang berperanan besar dalam proses globalisasi, perbincangan tentang pengajaran bahasa Inggeris kepada penutur asing menjadi tema yang mendapat perhatian besar sehingga perbincangan tentang pengajaran bahasa Melayu kepada penutur asing mungkin dianggap oleh sesetengah orang sebagai kurang relevan.

Namun bahasa Melayu mempunyai kedudukannya sendiri dalam perkembangan bahasa-bahasa utama dunia sehingga memang ada keperluan pengajarannya kepada penutur asing meskipun tidak seluas keperluan pengajaran bahasa Inggeris. Fakta mutakhir yang cukup memberangsangkan ialah pernyataan tentang perkembangan dan potensi bahasa Melayu sebagai bahasa dunia yang dominan, antaranya seperti pernyataan David Graddol, Pengarah The English Company (UK) Ltd dalam jurnal The Future of Language (27 Februari 2004) bahawa bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa yang amat pesat berkembang. Perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa akan dibincangkan dalam bahagian selanjutnya. Yang penting ialah bahawa atas dasar adanya keperluan bahasa Melayu diajarkan kepada dan dipelajari oleh penutur asing itu, perlu ada perencanaan yang rapi untuk memenuhi keperluan tersebut.

Semangat untuk mengantarabangsaan bahasa Melayu kini sebenarnya merupakan kesinambungan suatu sejarah gemilang bahasa Melayu yang telah terbina. Upaya kita kini sebenarnya lebih merupakan salah satu upaya meningkatkan “taraf antarabangsa” yang telah dicapai oleh bahasa Melayu, untuk memenuhi keperluan perkembangan zaman. Hal ini selaras dengan kenyataan bahawa keantarabangsaan bahasa Melayu kini jika dibandingkan dengan keantarabangsaannya pada zaman gemilang tamadun Melayu sebelum datangnya penjajah masih jauh daripada yang kita dambakan. Meskipun bahasa Melayu tersebar dan dipelajari di mana-mana bahagian di dunia ini, dan dengan demikian melayakkannya bertaraf antarabangsa, namun peranannya sebagai wahana kehidupan moden dalam kalangan masyarakat antarabangsa masih agak samar. Bahasa Melayu dalam era ini belum dapat dilihat sebagai bahasa perdagangan, bahasa ekonomi, bahasa ilmu dan bahasa teknologi di peringkat antarabangsa. Pengajaran bahasa Melayu kepada penutur asing mudah-mudahan dapat beransur-ansur meningkatkan peranan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa.

Potensi besar bahasa Melayu yang menimbulkan keperluan perencanaan pengajaran bahasa Melayu kepada penutur asing ialah wujudnya pusat-pusat pengajian di seluruh dunia yang mengajarkan bahasa

Page 39: BAHAN SEJ. PERKEM. BAHASA MELAYU.doc

Melayu (dengan pengertian bahasa Indonesia juga). Bahasa Melayu diajarkan dan diteliti di puluhan universiti di Eropah, di Australia, di New Zealand, dan di Amerika Utara, di samping diajarkan dan diteliti di rantau Asia Tenggara, Asia Timur, dan Asia Utara.

Di Eropah Barat, kajian tentang bahasa dan sastera Melayu-Indonesia telah mencapai tahap yang mapan, meskipun harapan banyak bergantung pada tokoh-tokoh tertentu. Kegiatan pengajaran-pemelajaran dan penelitian bahasa, sastera dan budaya Melayu dapat dikatakan meriah di benua tersebut, terutama di pusat-pusat tradisional pengajian Melayu seperti Leiden, London, dan Paris. Di Leiden, Kerajaan Malaysia telah menubuhkan Kursi Pengajian Melayu untuk benua Eropah.

Selain itu, terdapat juga pengajian Melayu di Itali. Di Jerman pula, sebagai kesan munculnya minat masyarakatnya terhadap Indonesia, lima buah universiti di negara tersebut mengajarkan bahasa Melayu-Indonesia. Kelima-limanya itu ialah Universiti Hamburg, Universiti Cologne, Universiti Bonn, Universiti Frankfurt, dan Universiti Passau. Di sisi itu, ada juga perhatian kepada Dunia Melayu, termasuk bahasa Melayu di Universiti Bochum, di Universiti Kassel, dan di Universiti Giesen. Universiti Frankfurt, di bawah Pusat Pengajian Asia Tenggara telah mula memperkenalkan bahasa Melayu varian Malaysia pada tahun 2004 apabila Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan dilantik sebagai Profesor Tamu untuk memperkenalkan dan mengajarkannya kepada pelajar dari seluruh Eropah. Secara berturut-turut pada tahun 2006 dan 2007, Prof. Dr. Awang Sariyan pula dilantik menjadi Profesor Tamu untuk memberikan kuliah intensif kepada sejumlah 20 orang lebih calon Magister (sarjana) tentang perbandingan bahasa Melayu varian Malaysia dan varian Indonesia, tatabahasa bahasa Melayu dan sosiolinguistik bahasa Melayu.

Di bahagian lain benua Eropah, khususnya di Portugal dan di Skandinavia tampak juga adanya minat terhadap bahasa Melayu. Di Perancis, telah lama berkembang pengajian Melayu, khususnya pengajian Indonesia di beberapa buah institusi ilmiah di Paris. Kemudian mula berkembang pengajaran bahasa dan sastera Melayu di Universiti La Rochelle di selatan Perancis pada tahun 2002. Sebagai hasil kerjasama yang terjalin dengan Dewan Bahasa dan Pustaka melalui Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM), pelajar dari universiti itu telah dihantar ke DBP untuk program latihan industri pada tahun 2003. Telah ada juga ada ura-ura pembukaan program pengajian Melayu di Institut Asia dan Afrika Tiblisi, Georgia (surat Prof. Dr. Guram Chikovani, Rektor TIAA kepada pemakalah, bertarikh 25 Oktober 2005).

Di Amerika Syarikat, universiti yang mula-mula mengadakan pengajaran dan penelitian bahasa Melayu-Indonesia ialah Universiti Yale dan Universiti Cornell. Sesudah itu pengajian bahasa Melayu-Indonesia dipergiat melalui Program Musim Panas yang kemudian merangkumkan pelibatan Universiti Hawaii dan Universiti California-Berkeley. Kini bahasa Melayu diajarkan juga di Universiti Wisconsin, Universiti Ohio, Universiti Michigan, Universiti Illinois, dan Universiti Arizona (Ismail Hussein, 1995). Prof. Dr James Collins, pakar dialektologi Melayu yang selama dua dekad berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia sejak akhir tahun 2008 telah bertugas sebagai Pengarah Pusat Pengajian Asia Tenggara yang sebahagiannya mengupayakan pengembangan bahasa Melayu dalam program ilmiahnya di Amerika Utara.

Page 40: BAHAN SEJ. PERKEM. BAHASA MELAYU.doc

Di Australia, pengajaran dan penelitian bahasa Melayu terdapat di Universiti Sydney, di Universiti Melbourne, di Universiti Kebangsaan Australia, di Universiti La Trobe, dan di Universiti Monash. Di samping itu, bahasa Melayu diajarkan di Curtin University of Technology di Perth, di Universiti Australia Selatan, di Kampus Bendigo Universiti La Trobe, di Universiti Griffith, di Universiti James Cook, di Universiti Deakin, di Universiti Flinders, di Universiti Queensland Selatan, di Universiti Murdoch, di Universiti Tasmania, di Universiti Kolej Wilayah Utara, dan di Sekolah Bahasa-bahasa Angkatan Udara Diraja. Di Victoria sahaja, terdapat sejumlah 120,000 orang pelajar bahasa Melayu (khususnya variasi Indonesia) dari peringkat sekolah rendah hingga universiti (Awang Sariyan, 2004).

Besarnya minat masyarakat Australia terhadap bahasa dan budaya Melayu walau bagaimanapun tidak pula menempiaskan minat yang sama besarnya kepada New Zealand sebagai satu lagi jiran Barat bagi Asia. Namun demikian bahasa Melayu ada diajarkan di Universiti Auckland dan di Universiti Victoria, di samping di Kolej Rongitoto. Malah Kursi Pengajian Melayu yang diusahakan atas kerjasama kerajaan Malaysia dengan New Zealand ditempatkan di Universiti Victoria, Wellington. Pada hemat penulis (dan juga penilaian bekas penyandang Kursi Pengajian Melayu di New Zealand, dalam percakapan tidak rasmi di Universiti Malaya pada awal 2009), Kursi tersebut lebih sesuai ditempatkan di Universiti Melbourne di Australia.

Sebagai hasil promosi bahasa Melayu oleh Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM) melalui Dewan Bahasa dan Pustaka, di Australia, khususnya di Melbourne, Universiti Deakin telah memberikan kepercayaan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka dan Universiti Putra Malaysia mengendalikan kursus bahasa Melayu kepada pelajar-pelajarnya yang didatangkan ke Malaysia dalam tempoh sebulan setengah bermula pada penghujung tahun 2004. Kumpulan kedua pelajar Universiti Deakin yang dihantar ke Universiti Putra Malaysia mula mengikuti kursus pada 19 Disember 2005 untuk tempoh sebulan setengah dan program yang sama diteruskan pada tahun 2006.

Di negara-negara Asia Timur, bahasa Melayu mendapat tempat yang cukup membanggakan. Di Jepun, pada akhir tahun 1980-an ada lima buah institusi pendidikan tinggi yang mempunyai jurusan bahasa Indonesia, iaitu Universiti Pengajian Asing Osaka, Universiti Pengajian Asing Tokyo, Universiti Tenri, Universiti Kyoto Sangyu, dan Universiti Setsunan. Selain itu, ada sebelas universiti yang ikut mengajarkan bahasa Melayu walaupun tidak mempunyai jabatan khas bahasa Melayu, iaitu Universiti Kyoto, Universiti Takushoku, Universiti Nohon, Universiti Sophia, Universiti Ajia, Universiti Daitobunka, Universiti Senshu, Universiti Tokto, Universiti Tokyo Nogyo, Universiti Waseda, dan Universiti Pengajian Asing Kota Kobe.

Di Republik Rakyat China, pengajian bahasa Melayu mencapai kemantapan di Universiti Peking dan di Universiti Bahasa Asing di Beijing dan di Universiti Pengajian Asing Guangdong, Guangzhou. Institusi yang baru memulakan pengajaran bahasa Melayu ialah Universiti Komunikasi Beijing (2004). Perkembangan mutakhir yang meyakinkan ialah penubuhan Kursi Pengajian Melayu Kerajaan Malaysia di China, berpangkalan di Universiti Pengajian Asing Beijing (BFSU) yang mula diisi pada awal tahun 2008 oleh Prof. Dr. Awang Sariyan. Peningkatan taraf program bahasa kepada pengajian Melayu di universiti tersebut yang menjadi asas penubuhan Kursi Pengajian Melayu telah bermula pada tahun 2005.

Page 41: BAHAN SEJ. PERKEM. BAHASA MELAYU.doc

Atas usaha Universiti Pengajian Asing Beijing, khususnya Pengarah Pusat Pengajian Melayu China di BFSU, Prof. Wu Zong Yu, program bahasa Melayu telah dimulakan di Universiti Peribumi Guangxi di China Selatan pada bulan September 2008. Pada tahun 2010 pula, Universiti Peribumi Yunnan di kota Kunming telah memulakan program bahasa Melayu dan maklumat mutakhir yang saya peroleh, bagi dua kumpulan pelajar tahun 2010 dan 2011, terdapat 79 orang pelajar. Hingga kini, telah ada tujuh buah universiti di Republik Rakyat China yang mempunyai program bahasa/pengajian Melayu, iaitu tiga buah di kota Beijing, sebuah di kota Guangzhou, sebuah di kota Louyang, sebuah di kota Nanning dan sebuah di kota Kunming. Dengan peningkatan hubungan dagang, pendidikan dan kebudayaan yang kian meningkat, dijangka bahawa beberapa buah universiti di provinsi-provinsi lain akan menubuhkan program bahasa/pengajian Melayu.Demikian pula di Korea Selatan bahasa Melayu diajarkan di Universiti Pengajian Asing Hankuk dan di Universiti Pengajian Asing Busan. Dari Universiti Busan inilah munculnya sarjana pengagum dan peneliti sejarah tulisan Jawi, iaitu Kang Kyoung Seock. Di Asia Utara pula, iaitu di Rusia, pengajaran dan pengajian bahasa satu sastera Melayu sudah sekian lama bertapak di Moskow dan di Leningrad.

Dengan agak meluasnya perhatian terhadap bahasa Melayu-Indonesia di pusat-pusat pengajian sedunia, maka memang amat relevan dibincangkan isu-isu yang berkaitan dengan pengajaran bahasa Melayu kepada penutur asing. Meskipun matlamatnya masih lebih tertumpu pada minat ilmiah dan kebudayaan, dengan sedikit-sedikit pada peluang pekerjaan, perlu ada perencanaan yang rapi untuk memungkinkan pengajaran bahasa Melayu kepada penutur asing itu mencapai kesan yang sebaik-baiknya.

DBP pula dalam rangka mengisi agenda pengantarabangsaan bahasa Melayu telah mengambil langkah menubuhkan Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM) dengan kelulusan Jemaah Menteri pada tahun 1997 dan memulakan operasinya dalam tahun 2000. Antara bidang yang ditangani termasuklah pengajaran bahasa Melayu kepada penutur asing. Di samping mengutus tenaga pengajar (seperti ke Republik Rakyat Cina, Korea, Eropah, Thailand, Sri Lanka, Kemboja dan sebagainya), usaha menyusun buku dan modul pengajaran bahasa Melayu kepada penutur asing telah dimulakan. Pada bulan Ogos dan September 2005, telah diadakan Kursus Bahasa Melayu untuk Munsyi Antarabangsa dengan pelibatan penatar bahasa Melayu dari Thailand, Kemboja dan Sri Lanka, iaitu penatar yang sebelumnya telah menerima kurus bahasa Melayu di negara masing-masing atas usaha DBP.

ANALISIS KAJIAN YANG TELAH DIBUAT OLEH PENGKAJI-PENGKAJI BAHASA OLEH BARAT.

0 PENGENALAN : Pada dasarnya, Bahasa Melayu seperti bahasa-bahasa yang lain di dunia bersifat hidup, berkembang dan mengalami perubahan. Bahasa Melayu telah melalui 5 zaman sejak zaman purba dahulu hingga kini. Penyelidikan tentang bahasa dan bangsa Melayu mula-mula sekali

Page 42: BAHAN SEJ. PERKEM. BAHASA MELAYU.doc

telah dijalankan oleh barat sehinggalah beberapa lama sehinggalah muncul para penyelidik tempatan. Sebelum membincangkan lebih terperinci berkenaan penulis-penulis atau pengkaji-pengkaji barat,terlebih dahulu meninjau sejarah bahasa Melayu yang telah melalui 5 zaman. Bahasa Melayu dengan jumlah penuturnya yang menghampiri 300 juta orang, kini menduduki tempat keempat sebagai bahasa yang terbesar jumlah penuturnya di dunia. Daerah penyebarannya meliputi negara-negara yang terletak di rantau yang dikenal sebagai Kepulauan Melayu dan juga di beberapa kawasan lain di luar Kepulauan Melayu. Di Kepulauan Melayu atau alam Melayu, bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi di di tiga buah negara yang berdaulat , iaitu Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam meskipun Indonesia menggunakan,istilah bahasa Indonesia Singapura yang sekalipun penduduk Melayunya hanya kira-kira 14 peratus mengisytiharkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan salah satu bahasa rasminya.Apabila kita berada di gugusan kepulauan Melayu yakni meliputi Malaysia, Indonesia, Singapura, dan Brunei kita tidak akan menghadapi sebarang kesukaran tersesat jalan jika tahu berbahasa Melayu. Bahasa Melayu difahami oleh hampir keseluruhan umat manusia di nusantara ini kecuali segelintir yang bengap dan tidakketahuan..Bahasa Melayu ialah salah satu bahasa yang penggunaannya sangat meluas dan bilangan penutur pun sangat besar. Sejarah pertumbuhan dan perkembangan bahasa Melayu membuktikan bahawa bahasa itu sebenarnya merupakan salah satu bahasa yang bermartabat dan digunakan untuk menyatukan pelbagai bangsa, terutama di Asia Tenggara. Dari segi sejarah, bahasa Melayu berasal daripada rumpun bahasa Austronesia. Apabila diperhatikan filum bahasa, maka bahasa Melayu berasal daripada filum Austrik/Austris, lalu daripada rumpunnya, maka bahasa Melayu merupakan rumpun bahasa Austronesia. Beberapa orang pakar sejarah bahasa menyebutnya sebagai rumpun bahasa Melayu-Polinesia. 1Bahasa Melayu berkembang menjadi pelbagai dialek dan subdialek. Sebenarnya, bahasa Melayu, sejak awal lagi, telah tersebar di beberapa buah daerah di Asia Tenggara. Bahasa Melayu yang tersebar ini berkembang secara bertahap-tahap, iaitu dari satu zaman ke satu zaman. Mengikut Amat Juhari Moain dalam Sejarah Bahasa Melayu, perkembangan bahasa Melayu terbahagi kepada lima zaman, iaitu zaman bahasa Melayu purba, zaman bahasa Melayu kuno, zaman bahasa Melayu klasik, zaman bahasa Melayu peralihan atau pramoden, dan zaman bahasa Melayu moden. Setiap zaman tersebut mempunyai ciri dan fungsi tersendiri. Banyak kata serta gubahan sastera yang menandai setiap zaman tersebut. Peninggalan bahasa sejak zaman dahulu lebih banyak ditemukan dalam bentuk peninggalan artifak, sama ada tulisan yang ditulis di atas kayu, batu, ataupun daun, seperti daun lontar. Setelah wujudnya mesin cetak, barulah peninggalan bahasa dapat ditemukan dalam bentuk tulisan yang lebih kemas di atas kertas.

2.0 _SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU. Menurut Amat Juhari Moain (2006:27) , terdapat 5 zaman perkembangan bahasa Melayu.Hal ini membuktikan bahawa bahasa Melayu tersebar dan berkembang secara bertahap –tahap iaitu dari zaman ke zaman.Lima zaman tersebut ialah zaman bahasa Melayu Purba, Melayu Kuno, Melayu Klasik, Melayu Pramoden dan Melayu Moden. Secara analoginya, berdasarkan pengklasifikasi zaman-zaman perkembangan telah membuktikan bahawa bahasa Melayu berkembang dan mempunyai sejarah penyebarannya. Sebelum menghuraikan dan membincangkan persamaan dan perbezaan serta kekuatan dan kelemahan hasil kajian mereka, kita perlu meninjau secara

Page 43: BAHAN SEJ. PERKEM. BAHASA MELAYU.doc

terperinci 5 tahap berkenaan. Dengan cara ini, barulah kita dapat melihat hasil kajian penulis – penulis barat tentang perkembangan bahasa Melayu yang hakikatnya bahasa Melayu telah menduduki tempatkeempat sebagai bahasa terbanyak penuturnya di dunia, iaitu berjumlah hampir 300 juta orang.

22.1 Zaman Bahasa Melayu PurbaBahasa Melayu Purba ialah bahasa Melayu yang wujud pada zaman prasejarah.Bahasa ini dikatakan sedemikian kerana tidak ada sejarah bertulis pada masa itu.Manakala menurut Asmah Haji Omar, Bahasa Melayu Purba dipercayai dituturkan oleh kelompok Melayu Deutro. Mereka menggunakan bahasa ini dalam bentuk lisan. Oleh itu Bahasa Melayu Purba tidak wujud dalam bentuk tulisan.2.2 Zaman Bahasa Melayu KunoMenurut Abdul Rashid dan Amat Juhari Moain, (2006 : 27), bahasa Melayu Kuno bermula pada abad ke-4 Masihi. Bahasa Melayu Kuno dikatakan bermula pada abad ke-4 Masihi kerana terdapat beberapa bukti yang telah ditemui di Dong Yen Chau di Teluk Tourane Vietnam yang diperkirakan bertarikh pada abad ke-4 Masihi. Bahan bukti yang ditemui ialah sebuah prasasti.Berdasarkan maklumat bahawa bahasa Melayu, bahasa Melayu Kuno wujud setelah menerima pengaruh daripada India. Bahasa Melayu Kuno mencapai kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran. Mereka yang bertutur bahasa Melayu Kuno merangkumi Semenanjung Tanah Melayu , Kepulauan Riau dan Sumatera. Bahasa Melayu Kuno diterima ramai kerana terdapat beberapa ciri yang boleh diterima oleh orang ramai. Antaranya ialah bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar. Bahasa Melayu Kuno juga dikatakan tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat. Sehubungan itu, bahasa Melayu Kuno juga mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding bahasa Jawa. Terdapat juga teori yang mengatakan bahawa berlakunya perkembangan bahasa Melayu iaitu bahasa Melayu Purba menjadi bahasa Melayu Kuno adalah melalui aktiviti perdagangan.Buktinya ialah pada abad pertama, barulah pedagang dari India belayar ke timur menuju Tiongkok dan pedagang Tiongkok pula belayar ke barat menuju India. Pelayaran dua hala ini mengharuskan mereka melalui 3Selat Melaka. Lama-kelamaan pelabuhan yang ada di Kepulauan Melayu ini bukan sahaja sebagai tempat persinggahan tetapi menjadi tempat perdagangan pedagang India dan Tiongkok seperti yang telah dirintis lebih awal oleh pedagang Arab. Di samping itu juga para mubaligh terutama mubaligh India turut datang ke Kepulauan Melayu ini untuk menyebarkan agama Hindu. Kedatangan para pedagang dan penyebar agama ini mengakibatkan bahasa Melayu Purba mendapat pengaruh baru. Bahasa Melayu Purba ini kemudian dinamai sebagai bahasa Melayu Kuno.2.2.1 Pengaruh Bahasa Sanskrit dan Hindu dalam Bahasa Melayu Kuno.Bahasa Melayu Kuno banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Hal ini adalah kerana kebanyakan masyarakat Melayu ketika itu beragama Hindu dan Bahasa Sanskrit telah menjadi bahasa bangsawan dan mempunyai hierarki yang tinggi. Selain itu, sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan juga antara penyebab bahasa asing seperti sanskrit diterima. Hal ini boleh dibuktikan daripada pengaruh tulisan atau aksara Pallava dan Devanagari yang datang dari India, kata-kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit, rangkai-rangkai kata pinjaman

Page 44: BAHAN SEJ. PERKEM. BAHASA MELAYU.doc

daripada bahasa Sanskrit, dan fonem-fonem Sanskrit. Kesan daripada bahasa sanskrit ini menyebabkan penambahan kosa kata Bahasa Melayu Kuno. Contoh contoh perkataan yang diambil daripada Bahasa Sanskrit adalah seperti syukasyitta, athava, karana, tatakala dan sebagainya. Bahasa Melayu Kuno tidak mempunyai pengaruh Parsi atau Arab.2.3 Penggunaan Bahasa Melayu KunoBerdasarkan bahan bukti sejarah yang ditemui, terdapat beberapa batu bersurat yang menggunakan bahasa Melayu Kuno. Batu bersurat telah ditemui di sekitar Sumatera dan Jawa yang memperlihatkan penggunaan Bahasa Melayu kuno pada abad ke-7. Tulisan yang digunakan ialah aksara (alphabet) Pallawa iaitu sejenis tulisan yang berasal dari selatan India. Antara batu bersurat tersebut ialah batu bersurat Kedukan Bukit di Palembang, bertarikh 605 Tahun Saka, bersamaan 4dengan 683 Masihi. Tulisan yang terdapat pada Batu Bersurat ini menggunakan huruf Palava.Batu Bersurat Talang Tuwo , bertarikh 606 Tahun Saka, bersamaan dengan 684 M dan batu, Jawa Tengah yang bertarikh 832 Masihi ditulis dalam huruf Nagiri.Ringkasnya, penemuan batu bersurat ini membuktikan bahawa bahasa Melayu Kuno wujud dan digunakan oleh masyarakat. 2.3.1 Ciri-Ciri Bahasa Melayu KunoBahasa Melayu Kuno mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Beberapa kajian telah dijalankan pada bahan bukti iaitu batu bersurat. Tulisan yang terdapat pada batu bersurat tersebut telah dikaji dari aspek bahasanya.Berdasarkan kajian tersebut, bahasa Melayu jelas memperlihatkan pengaruh bahasa Sanskrit, terutama dari segi kata-kata pinjaman. Hal ini terjadi kerana pada waktu itu bahasa Melayu tidak mempunyai kata-kata yang sesuai untuk memperkatakan perkara-perkara dan konsep-konsep baru yang dibawa dari kebudayaan asing. Oleh itu bahasa Melayu terpaksa meminjam daripada bahasa masyarakat yang membawa konsep-konsep baru itu. Contoh contoh perkataan yang diambil daripada bahasa Sanskrit adalah seperti syukasyitta, athava, karana, tatakala dan sebagainya. Bahasa Melayu itu kebanyakannya ditulis oleh raja. Oleh itu dapat dibuat kesimpulan bahawa bahasa Melayu kuno telah menjadi bahasa rasmi dan bahasa untuk urusan pemerintahan di istana.Bahasa Melayu kuno juga telah tersebar luas dan berfungsi sebagai lingua franca.Selain itu bahasa Melayu kuno juga bersifat kosmopolitan, keranan menerima pengaruh dari luar terutama pengaruh bahasa Sanskrit. 2.4 Definisi Bahasa Melayu KlasikTerdapat beberapa definisi yang telah diutarakan oleh pengkaji bahasa .Antaranya ialah Asmah Hj.Omar ,’bahasa abad ketiga belas dan ketujuh belas itu dinamakan bahasa Melayu Klasik”. Menurut Ismail Hussein, “pembahagian yang dibuat oleh adalah atas pertimbangan sejarah perkembangan bahasa Melayu. Hal ini dapat dibahagikan mengikut zaman politik Srivijaya, Majapahit, Melaka, dan sebagainya, pengaruh kebudayaan seperti Hindu, Islam, dan Barat atau mengikut zaman tulisan yang digunakan seperti tulisan Melayu Kuno yang diambil dari India, tulisan Arab, dan akhir sekali tulisan Latin. Contohnya pada zaman politik Srivijaya, masyarakatnya yang beragama Hindu dan Buddha, menggunakan tulisan yang dibawa dari India, sasteranya dipenuhi oleh cerita-cerita sastera India dan bahasa Melayunya, dengan pinjaman kata-kata Sanskrit.2.4.1 Sejarah Bahasa Melayu KlasikBagi sesetengah individu telah mengatakan bahawa perkembangan bahasa Melayu Klasik

Page 45: BAHAN SEJ. PERKEM. BAHASA MELAYU.doc

mempunyai perkaitan dengan perkembangan karya sastera. Perkembangan kesusasteraan memberikan gambaran tentang sejarah silam sesuatu bangsa dari segi kebudayaan,dan keperibadian bangsa . Dalam masa yang sama bahasa Melayu Klasik digunakan oleh pengarang untuk tujuan menghasilkan sesebuah karya dalam bidang kesusasteraan, ketatanegaraan, kebudayaan, kemasyarakatan dan keagamaan. Seiring dengan kemunculan bahasa Melayu Klasik, pengaruh Hindu dilihat mula hilang sedikit demi sedikit sehinggalah ke abad ke-15.Bahasa Melayu Klasik mula berkembang pada abad ke -13 dan ke -14. Buktinya ialah penemuan beberapa buah prasasti. Ketika itu juga bahasa Melayu Klasik telah digunakan sebagai lingua –franca iaitu zaman kerajaan Melayu Melaka. Penggunaan bahasa Melayu Klasik ini jelas dalam aktiviit perdagangan dan penyebaran agama Islam.Bukti tentang penyebaran agama islam menggunakan bahasa Melayu Klasik adalah penghasilan kitab-kitab agama. Antara kitab yang dihasilkan ialah Furu’ Al-Masa’il oleh Syed Muhammad Daud Al-Fatani,dan Sabil Al-Muhtadin oleh Syed Muhammad Arsyad Al-Banjari .Kandungan kitab-kitab ini adalah mengenai agama seperti al- Hadith, feqah, tafsir al-quran, tasawuf, di samping sejarah, hikayat, hal ehwal haiwan, perdukunan, perubatan Melayu, bintang dua belas, pentadbiran dan pemerintahan, falsafah dan pengembaraan.Secara analoginya bahasa Melayu Klasik meluas dalam kalangan orang bukan Melayu 6dari kelompok Asia, juga dalam kelompok orang Eropah dan Asia Barat yang datang ke Asia Tenggara.2.4.2 Permulaan Zaman Bahasa Melayu KlasikPada abad ke -13, pengaruh agama Islam menjadi makin dominan di Nusantara. Perkembangan agama Islam membawa bersama-samanya bahasa Arab. Zaman ini memperlihatkan kemasukan perkataan Arab dan tulisan Jawi yang menggunakan huruf-huruf Arab. Secara ringkasnya evolusi tahap kedua berlaku kepada bahasa Melayu. Bahasa Melayu berkembang dengan pesat melalui peminjaman perkataan Arab dan Parsi. Di samping itu, bahasa Melayu juga mula berkembang dengan bahasa-bahasa dari Barat seperti Portugis, Inggeris, dan Belanda.Menurut Ismail Hussein, bahasa Melayu Klasik bermula sekitar abad ke-13 dan ke-14. Namun, beliau menyebutnya sebagai zaman peralihan di seluruh kepulauan Melayu dengan kedatangan agama Islam. Bukti konkrit tentang bertapaknya Islam di Nusantara dari sudut sejarah diperoleh pada tahun 1292 M sewaktu Marco Polo melawat Sumatera Utara dan catatannya tentang pengislaman Pasai.Pada zaman peralihan dalam abad ke-13 dan ke-14 telah dijumpai beberapa prasasti dalam bahasa Melayu yang ditulis menggunakan huruf India tetapi bahasanya sudah terdapat pengaruh bahasa Arab. Di sini bermulanya bahasa Melayu klasik. Dalam masa yang sama bahasa Melayu Klasik boleh ditandai dengan kemunculan dan keagungan kerajaan Melayu Melaka. Bahasa Melayu menjadi medium dalam pemerintahan, perhubungan, perdagangan, dan penyebaran agama Islam. Ketika itu juga bahasa Melayu mendapat tulisan baru, iaitu tulisan Jawi, iaitu dengan meminjam dan menyesuaikan abjad bahasa Arab. Sebelumnya, pada tahap bahasa Melayu Kuno, bahasa Melayu menggunakan dua jenis tulisan, iaitu tulisan rencong dan lampung yang tidak terpengaruh oleh tulisan dari India walaupun bahasa Sanskrit sudah bertapak di Nusantara.Tulisan yang disesuaikan dengan tulisan Pallava dan Nagiri seperti yang terdapat pada batu-batu bersurat antara abad ke-7 hingga abad ke-14.7

Page 46: BAHAN SEJ. PERKEM. BAHASA MELAYU.doc

2.4.3 Perkembangan Bahasa Melayu Klasik Kedatangan pengaruh agama Islam dan bahasa Arab,telah menyebabkan bahasa Melayu melangkah setapak lagi dengan satu lagi tulisan, iaitu tulisan Jawi. Bahasa Melayu Klasik mula pada abad ke-16 sampai pula pengaruh dari Barat dengan kedatangan penjajah dari Eropah seperti Portugis, Belanda, dan Inggeris. Sekali lagi bahasa Melayu bertembung dengan bahasa dan kebudayaan yang baru yang turut mempengaruhi bahasa Melayu. Amat Juhari Moain, tulisan rumi mula digunakan dengan penggunaan yang pertama dalam bahasa Melayu oleh David Barbosa pada tahun 1516 Masihi setelah Melaka ditawan oleh Portugis, kemudian pada tahun 1521 Masihi seorang pengembara Itali, Antonio Pigfafetta membuat catatan perkataan Melayu dalam tulisan rumi dengan padanannya dalam bahasa Itali.Dengan senario itu, bahasa Melayu Klasik mencakup zaman antara abad ke-14 hingga abad ke-19, dengan abad ke-12 dan ke-13 sebagai zaman peralihan antara tahap bahasa Melayu Kuno dengan tahap bahasa Melayu klasik. Bahasa Melayu klasik dapat disimpulkan sebagai bahasa yang digunakan dalam kesusasteraan, pemerintahan dan undang-undang, agama, sejarah, perdagangan, dan perhubungan iaitu budaya dan kemasyarakatan.Ringkasnya, kosa kata daripada bahasa Arab banyak digunakan. Penggunaan bahasa Melayu dapat dilihat dalam beberapa buah karya seperti Hikayat Raja-raja Pasai, Misa Melayu, Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Negeri Johor dan banyak lagi karya yang ditulis dalam tulisan Jawi. 2.4.4 Zaman Kegemilangan Bahasa Melayu KlasikBerdasarkan bahan yang di akses, didapati ada tiga zaman kegemilangan bahasa Melayu Klasik. Antaranya ialah zaman kerajaan Melaka, Acheh dan zaman kerajaan Johor –Riau. Ketika zaman tersebut terdapat beberapa orang tokoh penulis. Buktinya ialah pada zaman kerajaan Acheh. Antara tokoh penulis yang penting ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh 8Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel.2.4.5 Ciri-Ciri Bahasa Melayu KlasikOleh itu, bahasa Melayu Klasik, telah menyatakan beberapa ciri-ciri bahasa Melayu Klasik. Namun demikian cirri-ciri yang dinyatakan adalah lebih mencirikan bahasa Melayu Klasik dari aspek perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan. Antara ciri –ciri tersebut ialah ayat yang panjang, berulang, dan berbelit-belit. Ayat yang digunakan kebanyakkannya ialah ayat pasif dan songsang.Ketika itu juga banyak menggunakan laras bahasa istana.Manakala terdapat perbezaan dalam mengklasifikasi ciri-ciri bahasa Melayu Klasik Jadi, telah membahagikan ciri tersebut kepada beberapa aspek iaitu aspek sistem tulisan,kosa kata dan tatabahasa.Dalam bahasa Melayu Klasik terdapat penggunaan kata pangkal ayat yang agak klise atau usang. Penggunaan kata pangkal ayat ini agak meluas. Contoh kata pangkal adalah seperti "syahadan", "maka", "alkisah", "hatta", "arakian", "kata sahibul hikayat", "maka, tatkala" dan "adapun. Kata-kata seperti itu bukan sahaja digunakan untuk memulakan sesuatu perenggan, malah digunakan juga pada awal ayat-ayat dalam perenggan. Penulisan dalam bahasa Melayu moden tidak memperlihatkan penggunaan kata pangkal ayat yang sedemikian.Manakala dari aspek struktur ayat pula, bahasa Melayu Klasik agak berbeza dengan bahasa Melayu Kuno kerana struktur ayatnya panjang-panjang, berulang-ulang dan berbelit-belit.Terdapat juga gabungan beberapa ayat tunggal yang dicantumkan dengan menggunakan kata-kata hubung yang tertentu, terutamanya "dan" dan "atau" ataupun dengan menggunakan tanda koma dan tanda koma

Page 47: BAHAN SEJ. PERKEM. BAHASA MELAYU.doc

bertitik sahaja. Contoh ayat bahasa Melayu Klasik seperti ayat berikut; “Maka apabila dibawalah akan mereka itu ke penghadapan Tajul Muluk, demi terpandang akan anak si peladang itu, mesralah ke dalam hatinya, diberinya wang yang tiada berhisab banyaknya serta disuruh perbela akan dia baik-baik”.9Dalam bahasa Melayu Klasik juga, terdapat perubahan dari aspek bentuk ayat yang digunakan. Bentuk ayat yang lebih lumrah digunakan, ialah bentuk ayat pasif, iaitu bentuk ayat yang lebih mengutamakan objek pelaku atau subjek. Sebagai contoh, “Hatta datanglah kepada suatu hari maka Hamzah dan Umar Umayyah dibawanya oleh Khoja Abdul Mutalib kepada mualim ……”Selain itu, dalam bahasa Melayu Klasik juga banyak menggunakan partikel “pun”dan “lah”.Contoh perkataan yang digandingkan dengan partikel ialah seperti “adapun, bertitahlah,dan berebutlah”. Manakala contoh penggunaan partikel dalam ayat pula ialah seperti berikut ““Maka Bendahara pun hairanlah kalam raja seperti dikhatankan orang rupanya” dalam Sejarah Melayu.Sehubungan itu terdapat pengaruh daripada beberapa bahasa lain dalam bahasa Melayu Klasik kerana di kepulauan Melayu ketika itu bahasa Arab dan Sanskrit bertapak kukuh lantaran aktiviti perdagangan dan penyebaran agama islam.Contoh penggunaan bahasa Arab ialah “Allah Taala, makhdum, mualim daulat, wallahualam, takzim. Bagi bahasa Sanskrit pula ialah “dosa,pahala,dan raja” . Bahasa Melayu Klasik juga menerima fonem Arab seperti ‘kh’, ‘dz’, dan ‘sy’. Contoh perkataan seperti “khamis, zakat, syarat”.Justeru, bahasa Melayu klasik lebih bersifat "bahasa istana". Hal ini amat ketara dari segi penggunaan perkataan dan sistem panggilannya. Contohnya ialah ‘sembah, beta, titah, berangkat, dan gering.” Penggunaan ini adalah disebabkan kebanyakan hasil penulisan bahasa Melayu klasik adalah dalam bentuk karya sastera, yang menceritakan kisah dan peristiwa yang dialami oleh kalangan raja di istana. Bahasa melayu Klasik juga lebih banyak menggunakan kiasan dan perbandingan serta penggunaan laras bahasa puisi, seperti pantun, syair, seloka dan gurindam dalam karya prosa. Buktinya ialah terdapat banyak dalam hikayat-hikayat Melayu lama. Mungkin disebabkan oleh sifat sastera Melayu klasik itu sendiri, yang pada asalnya dalam bentuk lisan dan penggunaan unsur-unsur tersebut dikatakan dapat menghidupkan suasana penceritaan.102.5 Zaman Bahasa Melayu PramodenMenurut Amat Juhari dan Abdul Rashid Melebek, bahasa Melayu Pramoden bermula pada abad ke -19. Buktinya ialah kedatangan pendatang luar ke Asia Tenggara untuk menguasai Asia Tenggara.Pendatang bangsa barat ini bukan sahaja menguasai ekonomi, tetapi politik. Bagi mengukuhkan kedudukan di tanah Melayu, mereka telah mengkaji bahasa dan budaya pribumi. Hasil kajian ini telah mewujudkan pusat-pusat pengajian tentang bahasa, sastera dan budaya pribumi terutama Melayu. Manuskrip-manuskrip Melayu dan bahan-bahan tinggalan sejarah,budaya dan sastera Melayu telah dikumpulkan di perpustakaan- perpustakaan barat ini.Dalam masa yang sama,perkataan-perkataan daripada bahasa barat seperti Inggeris dan Belanda mula meresap ke dalam bahasa Melayu. Proses ini berlaku secara sedikit demi sedikit. Kesan penyerapan bahasa ini telah mengakibatkan kegiatan penulisan Melayu mula menggusur dari istana-istana raja seperti dalam zaman bahasa melayu Klasik ke dalam masyarakat umum.Dengan kata lain, kegiatan penulisan dalam bahasa Melayu sudah mula memasyarakat dan merakyat.Zaman bahasa Melayu Pramoden ini juga, terdapat banyak hasil penulisan seperti buku “Sejarah Melayu, Taj al- Salatin, Hikayat Abdullah dan lain-lain.Selain itu, zaman ini turut mencetak

Page 48: BAHAN SEJ. PERKEM. BAHASA MELAYU.doc

banyak kitab –kitab agama di Asia Tenggara. Abdul Rashid Melebek juga mengatakan bahawa berlakunya beberapa peristiwa pada abad ke -19. Antaranya ialah pertembungan budaya Melayu dengan Barat, perkembangan teknologi cetak ,serta perkembangan perhubungan yang lebih mudah telah menjadikan bahasa Melayu terdedah kepada pengaruh Barat.Oleh yang demikian,perkembangan ini bagaikan wahana yang menyebabkan bahasa Melayu diresapi oleh unsur-unsur Barat sehingga berlaku beberapa perubahan pada bahasa Melayu. 2.6 Zaman Bahasa Melayu ModenBerdasarkan Amat Juhari dan Abdul Rashid Melebek telah menyatakan bahawa zaman bahasa Melayu Moden telah mula pada abad ke-19 iaitu setelah kedatangan penjajah Eropah seperti 11Portugis, Belanda dan Inggeris. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden.Sebelum penjajahan British, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam. Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan. Namun semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 telah menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.Buktinya ialah dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Selain itu, dalam Laporan Razak 1956 juga telah mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara.Manakala menurut Amat Juhari bahasa Melayu berubah sedikit demi sedikit untuk menuju ke bentuk yang baharu iaitu bahasa Melayu Moden.Peluang ini cerah apabila mencecah ke abad ke-20. Buktinya ialah negeri-negeri dan kesultanan melayu tetap menggunakan bahasa Melayu dalam urusan pemerintahan negerinya terutamanya yang berkaitan dengan adat istiadat Melayu dan agama Islam. Ketika itu juga sekolah-sekolah Melayu juga dibuka dengan lebih banyak lagi sama ada dalam pemerintahan Inggeris mahupun yang dalam pemerintahan Belanda.Sehubungan itu, dari aspek media perkembangan bahasa Melayu pula, seperti syarikat percetakan telah banyak didirikan. Maka banyak buku,majalah, jurnal dan akhbar berbahasa Melayu yang dicetak di tanah jajahan Inggeris dan Belanda di Asia Tenggara. Situasi ini telah menyebabkan bahasa Melayu secara langsung menjadi bahasa perantaraan di Asia Tenggara.Pada tahun 1957, bahasa Melayu telah menjadi bahasa kebangsaan dan salah satu bahasa rasmi negara Malaya Merdeka. Manakala pada tahun 1967, bahasa Melayu telah menjadi bahasa rasmi tunggal bagi negara Malaysia.Bagi meningkatkan penggunaan bahasa Melayu banyak akhbar, buku, majalah dan jurnal berbahasa Melayu diterbitkan sama ada di Malaysia, Indonesia dan Singapura terutamanya selepas Perang Dunai Kedua.12 Lantaran itu, pelbagai usaha telah dijalankan bagi memajukan bahasa serta menigkatkan kemampuannya dalam menghadapi zaman moden. Antara langkah yang dijalankan untuk memodenkan bahasa Melayu ialah perancangan korpus bahasa Melayu.Perancangan korpus ini telah diterajui oleh Pakatan Belajar –Mengajar Pengetahuan Bahasa. Mereka memulakan perancangan korpus bahasa iaitu dengan menyusun panduan ejaan,kamus,tatabahasa ,tanda-tanda bacaan,surat kiriman,dan peristilahan.Sejurus selepas itu muncullah badan perancangan daripada persatuan dan lembaga yang dikelolakan oleh kerajaan seperti Dewan Bahasa dan Pustaka. Dengan adanya usaha-usaha ini maka dapat diatur dan dibakukan sistem ejaan,peristilahan ,tatabahasa,perkamusan,sebutan ,laras dan lain –lain yang berkaitan dengan bahasa Melayu.Bagi mengukuhkan usaha-usaha ini maka

Page 49: BAHAN SEJ. PERKEM. BAHASA MELAYU.doc

berbagai-bagai kongres dan seminar tentang bahasa dan sastera Melayu telah diadakan.Contohnya ialah Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu dimulai pada tahun 1952 hingga 1984 iaitu Kongres yang keempat.Secara analoginya, dengan adanya kegiatan-kegiatan seumpama di atas ini, maka bahasa Melayu terus melonjak naik kemampuannya sehingga menjadi bahasa moden yang digunakan sebagai bahasa pengantar di institusi pengajian tinggi, dan tulisan ilmiah.3.0 ANALISIS KAJIAN YANG TELAH DIBUAT PENGKAJI-PENGKAJI BAHASA OLEH BARAT.Penyelidikan tentang bahasa dan bangsa Melayu mula-mula sekali telah dijalankan oleh barat sehinggalah beberapa lama sehinggalah muncul para penyelidik tempatan. Walau bagaimanapun, di sini akan diperturunkan sekurang- kurangnya lima penulis barat yang telah mengkaji tentang perkembangan bahasa Melayu di rantau ini.Terdapat ramai tokoh-tokoh dari Barat yang telah menjalankan penyelidikan tentang bahasa dan bangsa Melayu. Namun dalam tugasan ini hanya merangkumi kajian yang telah dibuat oleh lima orang tokoh iaitu R.J Wilkinson, R.O Winstedt, Thomas Bowrey, W. E. Maxwell dan Hugh Clifford. Tokoh-tokoh ini telah menjadi penyumbang yang besar dalam bidang pengkajian bahasa Melayu.

133.1 LATAR BELAKANG PENGKAJI PENULIS BARAT.3.1.1 Hugh Clifford Bagi Hugh Clifford atau lebih dikenali di Tanah Melayu sebagai Sir Hugh Clifford telah mengembara ke Tanah melayu pada tahun 1887 iaitu ketika berumur 17 tahun. Setelah berada lama dan bergaul dengan masyarakat Melayu, beliau mula faham dan fasih berbahasa Melayu. Oleh itu, beliau telah berminat untuk mengkaji asal usul bahasa Melayu.Jadi , Hugh Clifford telah dilahirkan pada 5 Mac 1866 di Ugbrooke Park Devon, London. Beliau telah memasuki tentera setelah dipilih oleh sepupunya Sir Frederick Weld yang menjadi Gabenor Negeri-Negeri Selat untuk menjadi kadet bagi perkhidmatan di Perak, Selangor dan Sungai Ujung bersama 11 orang kadet-kadet yang lain. Tugas yang pertama di British Malaya ialah sebagai Setiausaha kepada Residen Perak Sir Hugh Low. Walau bagaimanapun , setelah lancar bahasa Melayu, Clifford telah dilantik menjadi pemungut hasil tanah di Kuala Kangsar pada bulan Mac 1885. Apabila British mencampuri urusan di Pahang, Clifford dihantar sebagai wakil British di Pekan tanpa mempunyai kuasa yang luas. Clifford dipertanggungjawabkan untuk mendesak sultan mewujudkan sistem residen di Pahang.Pada tahun 1895, Clifford yang tidak berapa sihat telah ditugaskan sebagai Superintendent di Ulu Pahang di bawah pengawasan residen Inggeris pertama di Pahang iaitu J.P Rodger. Clifford telah menamatkan tugasnya pada tahun 1929 sebagai Gabenor dan Pesuruhjaya Tinggi Malaya kerana kesihatan tidak mengizinkan beliau memanjangkan khidmatnya. Beliau telah meninggal dunia pada 18 Disember 1941 di saat-saat Tanah Melayu diserang oleh tentera Jepun.3.1.2 William Edward MaxwellBagi William Edward Maxwell atau dikenali juga dengan W.E Maxwell merupakan seorang pegawai British yang popular di Tanah Melayu. Beliau diberi gelaran ‘Sir’ sewaktu berkhidmat sebagai pegawai British di Tanah Melayu. Semasa pentadbirannya, beliau sentiasa berusaha mewujudkan hubungan baik dengan penduduk di Tanah Melayu. Sir W.E Maxwell telah mempelajari 14bahasa Melayu selama 16 tahun sewaktu berkhidmat sebagai pegawai British di Pulau Pinang,

Page 50: BAHAN SEJ. PERKEM. BAHASA MELAYU.doc

Melaka dan Perak. Hasil dari pengalaman beliau bertutur dalam bahasa Melayu dengan penduduk tempatan memberi peluang kepadanya untuk menambah pengetahuan dalam bahasa Melayu.Beliau juga turut membandingkan bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa lain seperti bahasa Sanskrit bahasa Arab, bahasa Jawa, bahasa Sumatera dan bahasa-bahasa lain di Nusantara. Kesan daripada hubungannya dengan orang Melayu dan usahanya mengkaji tentang pelbagai dialek dalam bahasa Melayu, telah menjadikan beliau seorang pegawai British yang mahir bertutur dalam bahasa Melayu. Ini telah memberi idea kepadanya untuk menerbitkan buku tatabahasa Bahasa Melayu yang berjudul A Manual of Malay Language. Hasil tulisannya telah menjadi sumber rujukan kepada para pelajar, pegawai British yang berkhidmat di Tanah Melayu dan juga pengkaji-pengkaji bahasa.3.1.3 Thomas BowreyManakala Thomas Bowrey adalah seorang tokoh yang menghasilkan buku perkamusan Melayu dan buku tatabahasa melayu. Beliau telah dilahirkan pada tahun 1669 di Bristol, St Phillips, Gloucestershire London, England dan telah menyertai syarikat Hindia Timur Inggeris ke Asia Tenggara selama 19 tahun dan menghasilkan beberapa karya. Selama beliau tinggal di Teluk Benggal dan Kepulauan-kepulauan di Asia Tenggara, beliau telah menghasilkan kamus dwibahasa yang pertama pada lewat kurun ke-17. Kamus itu ditulis ketika dalam perjalanan pulang ke England pada tahun 1688, dan kemudiannya diterbitkan oleh ‘The Sam London’ pada tahun 1701. Kamus ini bertajuk A Dictionary of English and Malayo-Malayo and English (1701). Beliau juga mengkaji tatabahasa Melayu semasa berada di Kepulauan Melayu dan walaupun amat ringkas dalam bahasa Inggeris yang terkandung dalam kamus tersebut. Kamus ini dicetak oleh The Sam London ketika beliau berumur 32 tahun iaitu daripada 13 tahun barulah kamus beliau dikeluarkan dan merupakan kamus pertama dwibahasa Melayu dihasilkan.

15

3.1.4. R.O WinstedtBagi Richard Olaf Winstedt dilahirkan pada 2 Ogos 1878 di Kota Oxford, England. Ayahnya berasal dari Sweden dan telah menjadi rakyat Britain. Beliau mendapat pendidikan di Magdalen College School dan di New College, Oxford di mana beliau telah menerima satu MA. Beliau juga telah berkahwin dengan Sarah Castell, daripada sebuah keluarga yang telah lama menetap di Kota Oxford. Mengikut Bastin (1964:1) Winstedt cepat dan rajin membaca, tetapi sering mengalami penyakit beguk dan tidak dapat menyertai sukan. Oleh itu beliau memilih hidup yang alternatif yang wujud dalam buku dan dunia intelektual.Mengikut Sheppard (Winstedt, 1969) anak muda ini telah memilih kursus metafizika di Oxford dan pernah mengikuti kursus Undang-undang selama setahun di universiti yang sama. Tetapi beliau ternyata tertawan dengan karya-karya Robert Luois Stevenson pada akhir tahun ketiga di New College. Oleh hal demikian, jika dilihat dari suatu sudut beliau tidak mempunyai pengkhususan dalam bidang antropologi, sastera ataupun bahasa yang merupakan bidang yang diceburinya ketika di Tanah Melayu.Winstedt juga telah menduduki peperiksaan Gabungan Perkhidmatan dalam negeri India dan Tanah Jajahan adalah untuk menjadi pegawai kolonial di India, tetapi kerana kecuaiannya telah tersalah membaca soalan peperiksaan menyebabkan markahnya agak rendah dan beliau telah dihantar untuk berkhidmat di Tanah Melayu iaitu di negeri Perak pada tahun 1902 sebagai pegawai pelatih. Melalui pengaruh R.J Wilkinson, Winstedt akhirnya telah dipindahkan ke Kuala

Page 51: BAHAN SEJ. PERKEM. BAHASA MELAYU.doc

Pilah, ini memberinya peluang untuk mempelajari sistem marrilenial. Dalam 1913 beliau telah dilantik Pegawai Daerah dalam kuala Pilah, dan dalam 1916 telah dilantik berkhidmat di Jabatan Pendidikan. Pada tahun 1920an, Winstedt menerima DLittnya daripada Oxford. Beliau juga berkhidmat sebagai Presiden pertama, di Raffles College Singapura pada tahun 1921 hingga 1931. Sepanjang jawatan sebagai presiden dia juga telah berkhidmat sebagai setiausaha bagi pesuruhjaya tinggi, pada tahun 1923;bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, dan anggota majlis Perundangan Negeri-Negeri Selat, 1924 hingga 1931; dan sebagai anggota FMS Federal council, 1927 hingga 1931.Setelah pencen daripada Perkhidmatan Awam Melayu, beliau telah dilantik sebagai pensyarah, 16pembaca dan kemudian sebagai Honorary Fellow dalam kajian bahasa Melayu di School Oriental Studies, di mana beliau juga berkhidmat sebagai ahli Badan Pentadbiran pada 1939 hingga 1959. Di samping itu beliau dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Penasihat Pejabat Tanah jajahan Mengenai Pendidikan, 1936 hingga 1939. Kemudian beliau juga telah dilantik sebagai presiden di Royal Asiatic society pada tahun 1947. Beliau juga turut berkhidmat di British Academy dan menjadi ahli kehormat bagi Southeast Asia Institute, Royal Batavian Society, dan di Kon Institut Voor TaalLanden Volkenkunde. Beliau telah meninggal dunia pada 2 Jun 1966.3.1.5 R.J WilkinsonManakala R.J Wilkinson tiba di Tanah Melayu pada tahun 1889 dan bertugas sebagai pegawai pentadbiran kolonial. Beliau telah didorong oleh Sir William Maxwell, gabenor negeri Selangor dan W. Skeat seorang penulis buku tentang ilmu ghaib. R.J Wilkinson telah menjadi setiausaha Strait Branch of the Royal Asiatic Society. Pada masa itu politik wakil-wakil Kerajaan Inggeris bertujuan memerintah dan mendalangi para ‘Raja’ tempatan dan menggunakan bahasa Melayu dengan fasih adalah menjadi syarat utama untuk menjayakan pentadbiran. Beliau juga telah terpesona oleh Kamus Melayu-Perancis Abbe Favre dan terkejut akan tahap pengetahuannya.Pada tahun 1895 M, R.J Wilkinson menyusun kamus Inggeris-Melayu. Menurut Harun Aminurrashid, kamus ini sangat berguna dan bersemangat dalam penyiasatan bahasa Melayunya. Tidak lama selepas itu, Wilkinson menyusun Kamus Jawi-Melayu-Inggeris yang diterbitkan pada tahun 1902M. Wilkinson bertugas sebagai nazir sekolah di Jabatan Pelajaran di Negeri-negeri Bersekutu (Selangor, Perak, Pahang, Negeri Sembilan). Beliau telah dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Ejaan. Sejak itulah terkenalnya Ejaan Wilkinson, iaitu ejaan yang terdapat di dalam kamus tersebut. Semasa berada di Dinding, Perak, Wilkinson berpeluang memperbaiki seluruh leksikon tentang fauna dan flora. Beliau telah mendapat kehormatan dengan namanya diberikan kepada sejenis tupai (tupai ferruginea Wilkinson). Pada tahun 1903M, beliau telah dilantik menjadi setiausaha Sir Ernest Birch yang memberi kesempatan kepada beliau untuk menerbitkan bukunya Paper on Malay subjects dan menyelesaikan hampir keseluruhan draf kamusnya. Jawatan-jawatan 17selanjutnya yang dipegang oleh beliau adalah di Sierra Leone pada tahun 1915, kemudian di Smyne pada tahun 1922.Dr. C. Hooykaas dalam bukunya ‘Perintis Sastera’ mengatakan bahawa Pantun Melayu yang dikumpulkan oleh R.J Wilkinson dan R.O Winstedt (Malay Literature Series 12), mengandungi sejumlah lebih kurang 1,500 rangkap pantun, lebih 10% daripadanya adalah seloka. Weltanschauung atau pandangan hidup orang Melayu boleh juga wujud dalam pantun tersebut. 4.0 Analisis Sumbangan Dan Peranan Pengkaji Barat Dalam Perkembangan Bahasa Melayu Oleh itu kelima-lima tokoh ini telah memainkan peranan yang penting dalam perkembangan

Page 52: BAHAN SEJ. PERKEM. BAHASA MELAYU.doc

bahasa Melayu khususnya dalam sistem ejaan. Sistem ejaan ini telah menjadi panduan dalam pengajaran dan penulisan buku-buku teks di sekolah-sekolah pada masa itu. Pertamanya kita lihat sumbangan R.J Wilkinson yang telahh menyusun kamus dwibahasa iaitu A Malay-English Dictionary pada tahun 1901. Merupakan kamus dwibahasa yang terawal pada abad ke-20 dengan tiga bahagian iaitu bahagian I, II dan III. Kata kemasukan kamus ini ditulis dalam ejaan jawi dengan aturan huruf Rumi serta keterangan data dalam bahasa Inggeris (Abdul Rashid Daing Melebek:176).Wilkinson telah melakukan tiga kali semakan iaitu:

Kamus setebal 1300 halaman merupakan karya leksikografi yang paling terperinci tentang bahasa Melayu hingga sekarang. Kamus ini diulang cetak oleh Penerbit Macmillan di London pada tahun 1959. Wilkinson telah mengumpulkan sebanyak 15 ribu frasa dan ungkapan daripada Hikayat Abdullah untuk mendapatkan kosa kata kamus ini. Beliau juga telah menggunakan 3 naskhah karya berbentuk hikayat seperti Hikayat Iskandar Dzulkarnain, Hikayat Koris dan Hikayat Bestammam. Tiha cerita rakyat yang digunakan untuk menambahkan kosa kata ialah seperti Sang Samba, Parang Putting 18dan Putra Jaya Pati serta satu roman panji.Kamus ini sehingga sekarang merupakan kamus yang paling lengkap tentang bahasa Melayu abad ke-19. Wilkinson banyak berbincang dengan ahli leksikografi Belanda seperti Klinkert, Pijnappel dan Von Dewall serta individu berbangsa Melayu bernama Zainal Abedin Haji Ghani, yang banyak memberi idea dan input untuk menyusun kamus ini. Kekayaan maklumatnya adalah luar biasa, terutama sekali mengenai Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera. Kandungannya mengandungi istilah berkenaan dengan bidang teknik (pelayaran, kraftangan), budaya, zoologi dan botani.Kamus Wilkinson ini bermutu kerana beliau telah benar-benar mengkaji kesusasteraan Melayu Klasik abad ke-17. Kamus ini disertakan dengan lampiran, bukti-bukti dan banyak contoh berserta rujukan yang terperinci. Wilkinson tidak hanya menggunakan sumber-sumber sastera sahaja tetapi juga merujuk buku-buku tentang batu permata, kraftangan kayu, teka-teki dan ubi kayu. Semua rujukan ini dimasukkan ke dalam senarai terperinci yang terdapat pada akhir jilid kedua kamusnya.Jumlah kata masukan kamus Wilkinson terdapat sekitar 32 000 perkataan termasuk 17% merupakan rujukan. Ia adalah dua atau tiga kali ganda jumlah yang ada pada kamus lain. Berikut adalah perbandingan kadar asal perkataan (tidak termasuk rujukan) dengan kamus-kamus yang wujud sekarang.

Terdapat 53% kata masukan lain tanpa diberi bahasa asalnya, yang boleh dianggap sebagai perkataan bahasa Nusantara, terutamanya bahasa Melayu. Kata masukan tentang zoologi dan botani merupakan 18% daripada 53% kata masukan tersebut.Berdasarkan perbandingan dengan kamus-kamus yang ada sekarang, kadar perkataan yang berasal dari bahasa Arab adalah lebih tinggi dan kadar perkataan yang berasal dari bahasa

Page 53: BAHAN SEJ. PERKEM. BAHASA MELAYU.doc

Eropah adalah agak rendah. Di kalangan bahasa-bahasa Sumatera, bahasa Minangkabau yang mendapat 19tempat utama, satu kedudukan yang diwarisi secara berturut-turut oleh kamus-kamus yang lain. Para sarjana menyifatkan kamus ini sebagai kamus bahasa Melayu dwibahasa yang terbesar sebagai ensiklopedia Melayu Klasik (Abdul Rashid Daeng Melebek:178).Kamus dwibahasa Inggeris-Melayu setebal 152 halaman yang disusun oleh Sir Richard Winstedt dari University Of London merupakan edisi ketiga yang dicetak pada tahun 1952. Cetakan pertama pada tahun 1949 dan cetakan kedua pada tahun 1951. Semuanya dicetak oleh Kelly, Walsh di Singapura. Menurut pengakuan penyusunnya dalam pendahuluan edisi pertama yang ditulis di Kuala Pilah pada tahun 1913, kamus ini disusun berdasarkan hasil yang dikumpulkan oleh Wilkinson dalam Kamus Malay-English , dengan persetujuan penyusunnya sendiri. Wilkinson telah menyerahkan semua bahan yang belum diterbitkan lagi yang dikumpulkan selama 10 tahun sebelumnya untuk dimasukkan ke dalam kamus ini. Winstedt telah menambahkan beberapa ratus perkataan baharu, memperluaskan makna sebanyak mungkin dan memberi takrifan dengan lebih terperinci bagi setiap kata masukan.Sistem pengejaan yang digunakan ialah sistem pengejaan yang terdapat dalam Kamus Kechil Tuan Wilkinson kecuali ejaan beberapa perkataan kesusasteraan Arab yang didasarkan kepada pengejaan yang lebih saintifik iaitu berdasarkan Kamus Besar Tuan Wilkinson. Perkataan dialek ditandakan dengan tahi bintang (*) tetapi bagi kaya dialek yang sudah diketahui umum, kata-kata tersebut ditandai huruf awal negeri berkenaan, misalnya K bagi negeri Kedah. Kata-kata sastera ditandai dengan tanda (+).Dalam keluaran edisi yang kedua, penyusun kamus telah memperbaiki kesalahan ejaan dan kesalahan lain yang terdapat dalam edisi pertama. Banyak penambahan perkataan dan frasa baharu yang diperoleh daripada J.I Humprey, J.E Nathan, M.C Hay, C Boden Kloss dan H.C Robinson.Satu lagi sumbangan Wilkinson adalah Kamus Jawi-Melayu-Inggeris ketika beliau berkhidmat sebagai pegawai Inggeris di Tanah Melayu pada akhir abad ke-19 hingga ke awal abad ke-20. Kamus Melayu Tulisan Jawi ini telah disusun oleh Wilkinson dalam tahun 1902 dan diterbitkan pada tahun 1903. Huruf Arab dengan huruf Jawi Melayu digunakan dalam kamus ini. Dengan itu, huruf Jawi 20Melayu digunakan sepenuhnya selain huruf-huruf dari aksara bahasa Arab. Oleh yang demikian, huruf-huruf yang digunakan oleh Wilkinson sama dengan huruf-huruf jawi yang digunakan sekarang, kecuali huruf yang baru dicipta dalam Konvensyen Tulisan jawi di Terengganu Oleh yang demikian, di bawah kata masukan A, terdapat juga U, E, I, dan O. Ini berlaku kerana alif ( £ ) mewakili semua vokal.

Sepintas, agak sukar menggunakan kamus ini bagi pengguna sekarang kerana urutan abjadnya yang berbeza. Sebenarnya, tidaklah susah kerana kamus ini menyediakan indeks menurut abjad yang kita kenali sekarang ini. Bahagian akhir kamus ini pula menyediakan nama burung, ular, dan pokok berserta nama saintifiknya dalam bahasa Latin.4.1 Sumbangan R.O Winstedt Dalam Perkembangan Bahasa MelayuSewaktu bekerja di Kuala Pilah, beliau telah menghasilkan dua buah buku yang berjudul Colloquial (Malay: A simple Grammar with Consorvations) dan sebuah kamus yang dianggap

Page 54: BAHAN SEJ. PERKEM. BAHASA MELAYU.doc

sangat penting dalam perkembangan bahasa Melayu iaitu A Dictionary of Colloquial Malay-English and English Malay pada tahun 1920. Kamus Winstedt ini dianggap baik kerana mengandungi banyak maklumat tentang geografi tempatan. Di samping itu, beliau juga banyak memasukkan kata-kata bahasa Indonesia. Menurut Jurnal Australian Journal of Politics and History, “Winstedt adalah cendekiawan British pertama untuk membuat satu kajian yang sistematik mengenai bahasa Melayu untuk tujuan-tujuan bersejarah, malah mengaplikasikan pendekatan sainstifik dalam tulisannya mengenai Sejarah Melayu”.Dengan kata lain, kamus Winstedt ini banyak menunjukkan persamaan antara bahasa Melayu dan bahasa Indonesia. Menjelang abad ke-20, Winstedt juga telah menghasilkan buku tatabahasa melayu yang berjudul Malay Grammar iaitu pada tahun 1913. Namun begitu, pada tahun 1958 Winstedt telah menghasilkan An Unabridget English-Malay Dictionary diikuti dengan kamus bahasa 21Melayu pada tahun 1960. Winstedt juga turut memainkan peranan penting dalam sistem pendidikan orang Melayu khususnya, beliau sangat berminat untuk mendidik orang Melayu. Atas cadangannya Sultan Idris Training College (S.I.T.C) telah ditubuhkan pada 1922. Pada tahun 1997, Kerajaan Malaysia telah menaik tarafkan Maktab Perguruan Sultan Idris kepada Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI). Manakala Winstedt pula telah dianugerahkan Order of British Empire, Order of St. Michael and St. George oleh kerajaan British. Dari segi kerjaya R.O Winstedt juga telah berkhidmat di Pejabat Karang Mengarang yang telah ditubuhkan di Maktab Perguruan sultan Idris (MPSI) pada tahun 1924. Winstedt dan O.T Dussek telah dilantik menjadi penasihat. Antara tahun 1924-1957, Pejabat Karang Mengarang di bawah nasihat Winstedt telah berjaya menerbitkan 85 buah buku bacaan sekolah di bawah Malay School Series.Di samping itu, Winstedt juga banyak menghasilkan buku-buku mengenai kesusasteraan Melayu sepanjang perkhidmatannya sebagai pegawai British di Tanah melayu. Pada tahap awal penulisannya dalam bidang sastera bermula pada tahun 1907 iaitu lima tahun sejak beliau menetap di Perak. Atas galakan Wilkinson, Winstedt telah berjaya menghasilkan esei yang berjudul “The Literature of Malay Folklore.Beginning: Fables, Farcical Tales, Romance”. Wan Abdullah Sabary misalnya telah menggolongkan esei ini dalam siri Papers of Malays Subject yang agak khusus ditujukan pada pegawai kolonial Inggeris untuk mengenali Tanah Melayu. Selanjutnya pada tahap kedua beliau telah menerbitkan A History of Classical Malay Literature diikuti dengan “Father Civet” pada tahun 1908 dan diikuti dengan “Musang Berjanggut” setahun selepas itu. Inti ceritanya yang didengar berpuluh-puluh zaman telah dihidupkan kembali oleh Winstedt dalam bahasa yang sesuai dengan zaman itu. Sebagai perkembangan pada tahun 1910, Winstedt sendiri telah merumikan “Hikayat Seri Rama” dan setahun selepas itu beliau menghasilkan esei yang berjudul “Awang Sulung Merah Muda”, iaitu sebuah sastera rakyat yang dituturkan oleh Pawang Ana, seorang penglipur lara keturunan Temusai. Diikuti dengan esei berjudul “Hikayat Anggun CHe Tunggal” yang dihasilkan pada 1914.22 Beliau juga turut menghasilkan esei yang berjudul “Misa Melayu” pada tahun 1919 dan diikuti dengan “Shaman, Saiva and Sufi.A Study of the evolution of Malay magic” pada tahun 1925. Selain itu, dalam bidang kesusasteraan Melayu Winstedt juga menghasilkan karyanya yang berjudul “A Malay History of Riau and Johore”,etc. (Malay text of the Tuhfat Al-Nafis) pada tahun 1932. Pada tahun yang sama juga beliau telah menerbitkan karyanya yang berjudul “A

Page 55: BAHAN SEJ. PERKEM. BAHASA MELAYU.doc

History of Johore”, iaitu mengenai salasilah Kerajaan Johor. Sumbangannya dalam bidang sastera tidak terbatas malah pada tahun 1934, beliau sekali lagi menghasilkan sebuah tulisan yang berjudul “A History of Perak” dan diikuti dengan “A History of Malaya”. Pada tahun 1938, beliau telah menghasilkan karya yang berjudul “The Date, Autorship, Content and Some New MSS.Of Malay Romance of Alexander The Great” diikuti dengan “The Malay Annals or Sejarah Melayu;(with An Outline of the Malay Annals...). Manakala pada tahun 1940, beliau menghasilkan karya yang berjudul “Valentjin copy of The Sejarah Melayu”.Pada tahun 1941 pula, beliau menghasilkan karya yang berjudul “The Panji Tales” dan “A Literary Device Common to homer and the East”. Diikuti pula pada tahun 1943 dengan karya yang berjudul “Nature in Malay Literature and Folk Verse”. Manakala pada tahun 1944 pula beliau menghasilkan “An Undersribed Malay Version of the Ramayana”. Sumbangannya dalam bidang bahasa dan sastera amat besar dengan kemunculan “The Malays:A Cultural History” pada tahun 1947. Pada tahun yang sama juga Winstedt juga telah menghasilkan karyanya yang berjudul “Notes On Malay subjects”.Sumbangannya dalam bahasa Melayu tidak terhenti di sini sahaja. Pada tahun 1949, beliau telah menghasilkan “A Panji Tale From Kelantan” dan “Malay Annals Again, Goa and the King Of Singapore”. Pada tahun 1961, beliau telah menghasilkan satu lagi tulisannya yang berjudul “Modern Malay Poetry”.4.2 Sumbangan Thomas Bowrey Dalam Perkembangan Bahasa MelayuSumbangan Thomas Bowrey dalam bahasa Melayu adalah amat besar terutamanya di dalam bidang perkamusan. Beliau adalah tokoh pertama yang menghasilkan perkamusan Melayu Inggeris 23dan telah berkembang dengan pesat penggunaannya sehingga kini. Kamus beliau telah diterbitkan pada tahun 1701 oleh The Sam London yang bertajuk A Dictionary of English and Malayo-Malayo and English (1701).Pada bahagian pendahuluan kamus ini, Thomas Bowrey telah menulis bahawa,”..di mana-mana sahaja di kepulauan-kepulauan ini..., bahasa Melayu telah diterima dan secara umumnya digunakan di semua pelabuhan di kepulauan-kepulauan itu,” dan beliau juga menulis bahawa “... hanya untuk perdagangan di kebanyakan tempat di mana bahasa Melayu digunakan.” Kamus beliau ini mengandungi senarai-senarai perkataan yang wujud dalam bahasa Inggeris-Melayu dan juga dalam Melayu-Inggeris. Sebagai tambahan beliau juga ada memasukkan seperti berikut:

Kamus ini menerangkan dua bahagian iaitu:a) Sebahagian aspek-aspek semulajadi dalam morfologi kata kerja Melayu terutamanya yang berkaitan dengan imbuhan pasif dan transitif me- dan ber- dan bandingkan dengan fungsi-fungsi ayat moden kini yang boleh dijumpai di dalam buku Tatabahasa Dewan (1994).b) Penerapan semulajadi ke atas bentuk asas sintetik bahasa Melayu dan perbandingannya dengan yang ada pada masa kini.Pada bahagian morfologi, adalah difahamkan bahawa beberapa fungsi kepada imbuhan ber- adalah amat hampir dengan imbuhan aktif meng-. Ini adalah bertentangan dengan tatabahasa moden pada buku Tatabahasa Dewan (1994). Sebagai penanda pasif, ia kelihatan seperti mempunyai versi bahasa Melayu berbanding dengan imbuhan pasif pada bahasa Melayu lewat kurun ke-17. Sebagai bentuk asas di dalam sintaksis (syntax), ia akan melaporkan tentang

Page 56: BAHAN SEJ. PERKEM. BAHASA MELAYU.doc

penerapan ke atas ayat-ayat komplimen, persaudaraan dan bentuk-bentuk struktur interrogatif. Teori morphological tradisional akan digunakan untuk menerangkan morfologi itu. Sementara itu, teori ‘X’ daripada “Principle and Parameters of 24Culicover” (1997) akan digunakan untuk pembentukan tentang sintatik.Sejarah perkembangan bahasa Melayu amatlah membanggakan kita. Perubahan ejaan kerap berlaku sejak dari tahun 1701, iaitu Ejaan Rumi Thomas Bowrey. Sistem ini menjadi begitu popular di kalangan guru dan murid sekolah sehingga ia terkenal juga sebagai ejaan sekolah. Sistem ini digunakan sehinggalah berlaku perubahan sistem ejaan baharu bahasa Melayu. Sistem ejaan Rumi yang dilaksanakan pada tahun 1972 itu adalah hasil kesepakatan majlis Bahasa Indonesia-Malaysia, bagi pihak kerajaan Malaysia dan pemerintah Indonesia.4.3 Sumbangan William Edward MaxwellSir William Edward Maxwell telah memberikan sumbangan yang besar dalam perkembangan bahasa Melayu. Hasil karyanya yang paling popular ialah Buku Tatabahasa Bahasa Melayu iaitu ‘A Manual of Malay Languages With an Introductary Sketch of the Sanskrit Element in Malay’. Karyanya ini merupakan buku tatabahasa bahasa Melayu moden pertama diterbitkan. Ianya diterbitkan dalam abad yang ke-17.Dalam karyanya ini, beliau menyatakan bahawa, bahasa Melayu mempunyai struktur dan binaan yang sama. Namun sebutan yang sama hanya dapat didengar di daerah yang sama tetapi sebutan akan berlainan di daerah atau negeri yang berlainan walaupun mempunyai maksud yang sama. Beliau juga menjelaskan bahawa perkataan ‘saya’ dan ‘awak’ mempunyai sebutan yang berlainan di daerah atau negeri yang berlainan. Beliau telah menulis tentang pembentukan kata, penggolongan kata, pembinaan ayat dan kamus dwi bahasa. Beliau juga merumuskan tentang pengaruh bahasa lain di Nusantara yang dibawa ke dalam bahasa Melayu. Sebagai contoh, dialek Kedah banyak dipengaruhi oleh bahasa Pattani. Selain itu, bahasa Melayu juga banyak dipengaruhi oleh bahasa Arab, bahasa Sanskrit, bahasa Jawa, bahasa Sumatera dan bahasa di kepulauan Melayu yang lain.Maxwell turut mengklasifikasikan bahasa Melayu kepada beberapa bahagian iaitu bahasa dalam, bahasa bangsawan, bahasa dagang dan bahasa campuran atau kacukan. Dari aspek penulisan pula, Maxwell menyatakan bahawa penulisan dalam bahasa Melayu banyak dipengaruhi oleh bahasa 25Arab. Contohnya, antara karya penulisan bahasa Arab yang diterjemah dalam bahasa Melayu iaitu ‘Kisah 1001 Malam’. Beliau juga menyatakan, orang Melayu lebih baik dalam aspek pertuturan berbanding aspek penulisan. Penulisan dalam bahasa Jawi banyak digunakan pada masa itu.Buku Tatabahasa ‘A Manual of Malay Languages’, hasil karangan Maxwell mengandungi lima bahagian atau bab. Setiap bab di dalam buku ini ditulis dalam susunan yang sempurna pada zamannya. Kamus dwibahasa yang ditulis ini sangat membantu meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu di kalangan penutur bahasa tersebut.4.4 Kekuatan Hugh Clifford Dalam Perkembangan Bahasa MelayuHugh Clifford merupakan salah seorang pengkaji barat yang mengkaji bahasa Melayu di pelusuk Nusantara. Antara hasil kajian beliau ialah dalam bidang penyelidikan asal usul Bahasa Melayu. Beliau juga telah membandingkan bahasa Melayu kuno dengan bahasa Melayu Klasik dan membuat kesimpulan bahasa kedua-dua bahasa tersebut mempunyai persamaan dari segi cara sebutan dan bentuk ejaan hampir sama. Dengan beberapa penemuan yang dikaji oleh beliau telah

Page 57: BAHAN SEJ. PERKEM. BAHASA MELAYU.doc

banyak membantu bahasa Melayu berkembang pesat di seluruh Tanah Melayu.Selain itu, Sir Hugh Clifford juga turut memberi takrifan terhadap perkataan-perkataan yang terdapat dalam bahasa Melayu. Beliau berpendapat bahawa pawang dirujukkan kepada mereka yang melakukan kerja-kerja magis atau ghaib, khusus untuk mencari bahan galian, mengenali tumbuh-tumbuhan, memperoleh ikan atau perkara yang berkaitan dengan alam. Manakala tugas bomoh pula adalah semata-mata untuk penyembuhan penyakit yang menyerang manusia. Walaupun demikian fungsi kedua-duanya itu boleh ditukarganti penggunaannya.Sumbangan paling besar, Hugh Clifford terhadap bahasa Melayu ialah beliau dan F. Swettenham (1894) telah menyusun kamus Inggeris-Melayu yang berjudul A Dictionary of the Malay Languages. Kamus tersebut telah disusun dari abjad A hingga G setebal 509 halaman. Selain itu, Hugh Clifford juga telah banyak mempelajari budaya dan adat-adat Melayu dan mempraktikkannya dalam kehidupannya. Hal ini boleh dilihat apabila beliau banyak bergaul dengan masyarakat Melayu di 26samping menjalankan tugas sebagai Residen British di Pahang. Seterusnya, Hugh Clifford melibatkan diri dalam bidang masyarakat melayu. Novel-novel dan cerita-cerita tersebut ditulis berdasarkan pemerhatiannya semasa menjalankan tugas di Tanah Melayu.5.0 Analisis Kelemahan – Kelemahan Pengkaji BaratWalaupun begitu besar sumbangan para pengkaji Barat ini, namun mereka juga tidak lari daripada melakukan kelemahan dalam kajian mereka. Contohnya R.J Wilkinson yang berpegang teguh kepada ejaan pengaruh Arab tahap kedua, dan ejaan pengaruh Melayu tahap pertama yang diberi istilah oleh Za’ba sebagai ‘ejaan tua’. Timbul kekeliruan dalam kamus ini hingga orang Melayu yang mahir bahasanya pun agak sukar membezakan kata-kata yang diejanya. Terdapat perkataan yang sama ejaannya tetapi berlainan sebutan dan maknanya. Terdapat perkataan dalam kamus ini yang telah ada ejaan Melayunya tetapi masih dikekalkan ejaan pengaruh Arabnya.Langkah yang dibuat oleh Wilkinson yang mengekalkan ejaan Jawi yang asli mempunyai motif yang tertentu. Beliau sengaja mengekalkan ejaan pengaruh Arab kedua dan pengaruh Melayu tahap pertama, untuk menggambarkan kepada para pengguna kamus bahawa tulisan Jawi yang digunakan untuk bahasa Melayu tidak sesuai kerana banyak yang mengelirukan. Hal ini beliau perlu tanamkan ke dalam hati orang Melayu, supaya mudah orang Melayu menerima tulisan rumi untuk bahasa Melayu yang beliau sedang susun pada masa itu dan diterbitkan setahun selepas terbitnya kamus ini, iaitu pada tahun 1904.Usaha Wilkinson ini diteruskan oleh R.O Winstedt dalam tulisan-tulisannya. Beliau tetap terus menggunakan ejaan tua, dan usaha ini dipertahankan terus oleh keraninya seorang Melayu yang bernama Daeng Abd. Hamid. Ejaan yang digunakan oleh Wilkinson yang boleh mengelirukan para pembaca bukunya adalah kerana beliau menggunakan sistem ejaan tua. Terdapat beratus-ratus kata yang sama ejaan untuk beberapa kata yang berlainan sebutan dan makna (homograf). Boleh dikatakan setiap halaman bukunya yang tebal itu mengandungi kata-kata yang berbentuk homograf. Ada kata yang sama ejaan tetapi mengandungi dua kata yang berbeza sebutan dan makna seperti:27

Terdapat juga kata yang sama ejaan yang mengandungi banyak kata yang berbeza sebutan dan makna. Contoh homograf yang lain:

Page 58: BAHAN SEJ. PERKEM. BAHASA MELAYU.doc

Bukti-bukti yang disebutkan di atas menunjukkan bahawa pengekalan ejaan pengaruh Arab memang sengaja ditonjolkan dengan menggunakan alasan untuk memelihara “keaslian dan kemurnian” ejaan Jawi Melayu. Di sebalik alasan itu ialah supaya orang Melayu akan sentiasa terkeliru dengan sistem Jawi yang ada. Lama-kelamaan mereka akan benci terhadap tulisan sendiri dan berpindah ke tulisan Rumi yang sedang diperluaskan penggunaannya oleh penjajah pada masa itu. Pada masa yang sama Wilkinson telah ditugaskan untuk menyusun sistem ejaan rumi Melayu.Ejaan Jawi yang mengelirukan ini dipertahankan terus oleh orang Inggeris yang lain termasuk orang melayu yang bekerja di bawah mereka. Apabila sistem ejaan Rumi Melayu telah mula mantap, buku kamus Wilkinson tidak lagi memasukkan versi tulisan Jawinya, melainkan hanya versi yang rumi sahaja. Ini terbukti daripada kamusnya yang dicetak selepas tahun 1932. Alasan yang diberikan ialah ejaan Jawinya telah ada pada buku yang telah lama. Inilah taktik halus yang digunakan oleh orang Barat untuk memisahkan orang Melayu daripada tulisan kesayangannya, iaitu tulisan Jawi. Usaha ini terbukti kejayaannya apabila anak-anak Melayu sekarang termasuk di negeri-negeri yang kuat latar belakang sekolah agama tradisionalnya seperti di Kelantan dan Kedah, banyak yang tidak tahu membaca Jawi.Seperti para pengkaji sebelumnya, Winstedt juga begitu kontroversial kerana beberapa sudut pandangannya yang boleh disebut ‘imperialistik’ yang diterapkan dalam berbagai-bagai buku karyanya 28tentang bahasa Melayu, sastera dan budaya Melayu. Satu kenyataan yang cukup jelas menggambarkan niat sebenar kerajaan Inggeris memberi pendidikan kepada orang Melayu ialah kenyataan George Maxwell dalam Annual Report bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu 1920 (Azmah Abdul Manaf:279).Tujuan kerajaan bukanlah hendak mengadakan segelintir pemuda yang berpendidikan baik, tidak juga sebilangan budak yang kurang terdidik, melainkan ialah untuk membaiki keadaan bilangan terbesar penduduk dan menjadikan anak Melayu atau petani seorang nelayan atau petani yang lebih cerdik daripada bapanya.Serta menjadikan ia mengerti, menerusi pelajarannya, bahawa peluangnya dalam hidup ini adalah sesuai dengan cara hidup sekelilingnya.Begitu juga dengan Thomas Bowerey yang menyusun kamus Inggeris - Melayu pada tahun 1701 M dengan mengemukakan sedikit peraturan nahu. Kamus ini ditulis oleh pedagang yang datang ke Nusantara, yang mencatat semua perkataan yang diingatinya (daripada bahasa lisan) sehingga berlaku banyak kesalahan ejaan. Contoh ayat yang dikemukakan juga banyak yang tidak berterima (tidak gramatis). 6.0 KesimpulanDengan penerangan dan huraian di atas dapatlah disimpulkan bahawa penggunaan bahasa Melayu sudah sejak lama memiliki tradisi nahunya. Oleh sebab kajian awal bahasa Melayu dilakukan oleh bukan penutur ibunda bahasa Melayu iaitu orang lain dan bahasa Melayu itu sendiri telah dipengaruhi oleh nahu bahasa Arab dan bahasa Inggeris, maka penyusunan nahunya juga tidak terlepas daripada pengaruh kedua-dua bahasa ini. Walau bagaimanapun, beberapa orang penulis tempatan telah berusaha menulis nahu yang lebih bersifat Melayu, namun kerana rujukan awal dan pengetahuan nahu yang diterima berasal daripada bahasa asing, maka pengaruh tersebut masih tidak dapat dilepaskan. Sementelahan pula, hampir semua buku nahu bertitik

Page 59: BAHAN SEJ. PERKEM. BAHASA MELAYU.doc

tolak daripada falsafah Yunani dan dikembangkan oleh penulis nahu bahasa Inggeris. Oleh yang demikian, penulis-penulis terkemudian dalam menghasilkan buku-buku terpaksa merujuk pada buku-buku yang terdahulu.Selain itu, kedatangan barat juga telah merintis kepada kewujudan pelbagai teori tentang asal 29usul bahasa Melayu yang menjadi polemik besar dalam kalangan tokoh barat seperti William Marsden, John Crawford, Wilhelm Von Humbolt, Johan Casper Kern dan sebagainya yang mempunyai alasan tersendiri tentang kewujudan bahasa Melayu. Oleh itu dapatlah ditegaskan bahawa penjajahan Barat ke Tanah Melayu jika dilihat pada suatu sudut sebenarnya membawa banyak manfaat khususnya dalam pengembangan bahasa Melayu. Pelbagai hasil kajian yang dibuat oleh mereka sebenarnya dapat digunakan untuk mengukur setakat mana kemajuan bangsa Melayu pada ketika itu.

30 BIBLIOGRAFI Abdul Rashid Daing Melebek dan Amat Juhari Moain [2006], Sejarah Bahasa Melayu, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Abdul Rashid Daing Melebek [2010], Sejarah Penyelidikan Barat Tentang Bahasa dan Bangsa Melayu, Shah Alam,Selangor: Maya Press Sdn. Bhd Ismail Jusoh dan Mat Nor Hussin [2008], Perancangan Bahasa, FBMK ; UPM Abdul Chaer [2007], Kajian Bahasa: Struktur Internal, Pemakaian dan Pemelajaran,Jakarta: PT Rineka CiptaKamus Dewan Edisi Ke-4, [2007], Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka

KEUPAYAAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ANTARABANGSASetelah menelusuri pencapaian bahasa Melayu pada zaman lampau, jelas terbukti bahawa bahasa Melayu pernah mencapai tahap gemilang apabila bahasa tersebut berperanan sebagai lingua franca merangkap bahasa antarabangsa pada zaman Kesultanan Kerajaan Melayu Melaka. Senario ini memaparkan kewibawaan dan kemampuan bahasa tersebut mengatasi bahasa lain yang wujud ketika itu seperti bahasa Inggeris, Tamil, Arab dan sebagainya. Hal ini dapat dilihat apabila para pedagang asing mesti menggunakan bahasa Melayu apabila berurusan dengan penduduk tempatan, bukannya penduduk tempatan mesti menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain ketika berurusan dengan pedagang asing. Begitu juga dengan hubungan diplomatik dengan China, bahasa Melayu tetap digunakan melalui perantara jurubahasa. Sejarah kehebatan bahasa Melayu ini sepatutnya menjadi pembakar semangat kepada usaha memperkasa dan mendaulatkan bahasa Melayu pada zaman sekarang. Dalam konteks ini,tidak mustahil untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa kerana keupayaan bahasa Melayu telah terserlah dalam aspek-aspek berikut:Bilangan Penutur Bahasa MelayuJika dikaji daripada aspek jumlah penutur bahasa Melayu, di dapati bahawa 3.4 peratus daripada 5700juta orang penduduk dunia, iaitu seramai 195 juta orang adalah penutur bahasa Melayu di seluruh pelosok dunia pada tahun 1995. Berdasarkan jumlah tersebut, bahasa Melayu sebenarnya merupakan salah satu bahasa utama di dunia, malah turut diisytiharkan sebagai bahasa dunia yang kelima. Kini,jumlah penutur bahasa Melayu telah melebihi angka 250 juta orang. Menjelang tahun 2020, dijangkakan jumlah penutur bahasa Melayu di seluruh dunia mencapai 300 juta orang daripada 7770 juta orang penduduk dunia yang melibatkan 3.9 peratus. Dengan demikian, bahasa Melayu masih diramalkan sebagai antara bahasa dunia yang utama dan dijangka masih menduduki tangga atas dalam susunan bahasa yang mempunyai ramai penutur (Teo Kok Seong 2011).Keadaan ini menunjukkan bahawa penutur bahasa Melayu berada di segenap pelosok dunia.Walau

Page 60: BAHAN SEJ. PERKEM. BAHASA MELAYU.doc

bagaimanapun, dari segi kualiti pun perlu diambil kira juga. Persoalan mengenai latar sosioekonomi penuturnya juga perlu ditimbulkan.Adakah jumlah penutur yang ramai itu menggunakan bahasa Melayu sebagai alat komunikasi seharian sahaja atau melibatkan aktiviti profesional yang lain seperti pendidikan, pentadbiran dan perdagangan? Jika jawapannya hanyalah sekadar alat komunikasi seharian tanpa melibatkan aktiviti-aktiviti yang disebutkan tadi, maka bahasa ini sukar untuk mencapai tahap antarabangsa walaupun pernah diisytiharkan sebagai bahasa utama dunia yang kelima. Hal ini kerana, bahasa yang ingin mencapaitaraf antarabangsa perlu digunakan sepenuhnya dalam semua aspek seperti pendidikan,pemerintahan dan perdagangan seterusnya memiliki keupayaan untuk bersaing dengan bahasa-bahasa lain seperti:i) Keupayaan mengungkap konsep dan ilmu tinggi dalam bidang sains dan teknologi,bahasa yang mampu menerangkan maksud constant function, continuous strip , atau variable field dalam bidang matematik ataureproductive capacity, pedigree atau light dispersion dalam bidang sains dengan tepat dan jelas.ii) Menggunakan bahasa Melayu dalam penulisan buku bagi semua disiplin ilmu dan juga dalam mencipta ilmu baharu yang belum diterokai untuk manfaat masyarakat pengguna dalam dan luar negara.Umpamanya, bidang ilmu jati seperti herba,dan budaya seperti keris, perahu, tenun,songket dan wau. Hal ini supaya dapatmembuktikan bahawa bahasa Melayu juga mampu menjadi pencipta ilmu dan sumber ilmu tersebut tidak berasal dari bahasa Inggeris sahaja. Selain itu, kegiatan penterjemahan ilmu daripada bahasa Melayu ke bahasa asing perlu giat dijalankan bagi menampakkan dominasi ilmu dalam bahasa tersebut di samping dapat memperkasakan bahasa Melayu sendiri (Fauzilahyatun 2011).Pencapaian Bahasa Melayu di Arena Antarabangsa Bahasa Melayu pernah menarik minat pegawai tentera laut Rusia, A. Butakov yang pertama kalisampai di Pulau Pinang pada tahun 1842. Beliau sangat menyukai bahasa Melayu dan bahasa tersebut mirip dengan bahasa Itali. Malah, Butakov juga turut memuji orang Melayu apabila mendakwa orang Melayu mempunyai ciri-ciri yang lebih mulia, jujur dan sentiasa menepati janji. Selain itu, seorang lagi pengembara Rusia yang pernah tiba di Tanah Melayu pada tahun 1798, iaitu I.F. Kruzenstern turut membawa pulang sesalinan naskhah sastera Melayu iaitu ‘Sejarah Melayu’ yang ditulis pada zaman kegemilangan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka (1400-1511) yang akhirnya diterjemahkan ke dalam bahasa Rusia pada tahun 2008 berjudul Sulalat-Us-Saalatin: Kruzenstern’s Malay Manusript, its Cultural and Historical Value (setelahditerjemahkan ke dalam bahasa Inggeris). Sebelum ini naskhah asal tersebut telah ditempatkan di MuziumAsia, Rusia dengan catatan tulisan tangan bermaksud telah mendapat keizinan kakitangan kerajaan Tanah Melayu untuk diterjemahkan. Selain itu terdapat banyak lagi karya lain yang turut diterjemahkan ke dalam bahasa Rusia seperti Hikayat Hang Tuah, Hikayat Sang Boma, Hikayat Seri Rama, karya sastera moden dan klasik seperti Syair Siti Zubaidah, antologi Sumur di Ladang serta hasil karya tokoh terkemuka seperti A. AzizDeraman, Kemala, dan sebagainya lagi. Pada abad ke 18 juga sebuah kamus komparatif daripada 180 bahasa dan loghat termasuk bahasa Melayu telah diterbitkan atas perintah Ratu Catherine Agung (Victor 2011). Hal ini membuktikan perakuan golongan bangsawan asing terhadap kepentingan bahasa Melayu serta penghargaan bangsa asing terhadap garapan nilai keilmuan yang terdapat dalam bahasa Melayu dari segi kebudayaan, sejarah dan keindahan bahasa itu sendiri.Tahap yang lebih hebat pencapaian bahasa Melayu di peringkat antarabangsa dapat di telusur melalui pengajaran subjek bahasa Melayu di Institut Sains Kemanusiaan, Institut Pelajaran Timur Amali dan Institut Ketimuran. Dalam konteks ini, subjek bahasa Melayu yang ditawarkan adalah subjek teras,bukannya pilihan. Selain itu, Universiti Negara Moscow, Universiti Amur dan Universiti Timur Jauh turut memperkenalkan subjek bahasa Melayu dan Pengajian Melayu (Victor 2011). Malah negara China juga turut mengiktiraf bahasa Melayu dan Pengajian Melayu apabila Kursi Pengajian Melayu,Malaysia-China telah ditubuhkan dari tahun 2008 hingga 2011 di Universiti Pengajian Asing Beijing.Kursi tersebut disandang oleh Awang Sariyan, tokoh bahasa Melayu terkemuka di Malaysia. Sehingga kini, program bahasa Melayu Malaysia telah 50 tahun beroperasi di universiti tersebut serta Berjaya melahirkan ramai pegawai diplomat, jurubahasa serta penyiar yang menguasai bahasa Melayu.Pandangan Awang Sariyan dipetik dalam Nazmi Yaakub (2011 10 Oktober), bahawa tanggungjawab Kursi Pengajian Melayu-China dalam memperluaskan penyebaran bahasa Melayu tidak hanya berlegar di Universiti Pengajian Asing Beijing sahaja, tetapi universiti tersebut juga bertindak sebagai pangkalan untuk menyebarluaskan bahasa Melayu ke seluruh negara China. Hasilnya, bahasa Melayu telah berkembang dengan tiga buah university yang sudah pun mempunyai Program Bahasa Melayu iaitu Universiti Peking, Universiti Komunikasi dan Universiti Bangsa-Bangsa Guan Xi.Selain itu, terdapat banyak lagi Kursi Pengajian Melayu yang ditubuhkan di pelbagai universiti terpilih di merata dunia seperti di Universiti Leiden, Belanda;Ohio University, Amerika Syarikat, Victoria Universiti of Wellington, New Zealand dan Hankuk University of Foreign Studies, Korea Selatan.

Page 61: BAHAN SEJ. PERKEM. BAHASA MELAYU.doc

Tujuan penubuhan Kursi-kursi tersebut membantu mengembangkan bahasa Melayu di seluruh dunia. Penubuhan Pusat Sumber Malaysia di Universiti Wellington dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia turut merancakkan usaha tersebut. Malah, keunggulan bahasa Melayu turut diperakui oleh pandangan Sarjana Belanda, Francois Valentijn yang dipetik dalam Hasan Baseri Budiman (2011) iaitu:“Bahasa mereka, bahasa Melayu, bukan sahajadituturkan di daerah pinggir laut, tetapi jugadigunakan di seluruh kepulauan Melayu dan disegala negeri Timur, sebagai suatu bahasa yangdifahami di mana-mana sahaja oleh setiap orang,tidak ubah seperti bahasa Perancis atau Latin diEropah, atau sebagai bahasa lingua franca diItali atau di Levant. Sungguh luas tersebarnyabahasa Melayu itu sehingga kalau kitamemahaminya tidaklah mungkin kita kehilanganjejak, kerana bahasa itu bukan sahaja difahamidi Parsi bahkan lebih jauh dari negeri itu, dan disebelah timurnya sehingga kepulauan Filipina.”(Hasan Baseri 2011: 31)Dalam konteks ini, kegiatan penterjemahan karya-karya bahasa Melayu ke dalam bahasa ibunda negara asing seperti di Rusia dan China menunjukkan betapa kayanya khazanah keilmuan yang terdapat di dalam bahasa Melayu. Menurut Awang Sariyan dipetik dalam Zalika Adam dan Faridah Kasim (2011) menyifatkan bahawa bahasa Melayu telah direncanakan supaya dapat dijadikan bahasa yang setanding dengan bahasa pertuturan antarabangsa seperti bahasa Inggeris, Perancis, Rusia dan sebagaimana dalam tempoh dua dekad selepasmerdeka.Hal ini jelas membuktikan kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Hal ini diperkukuhkanlagi dengan pengiktirafan universiti-universiti terpilih di seluruh dunia dalam mengembangkan bahasaMelayu melalui penubuhan-penubuhan Kursi Pengajian Melayu seperti yang telah dibincangkan.Dengan demikian, jelas terbukti kemampuan bahasa Melayu bersaing di persada antarabangsa.64Ku Hasnita Ku Samsu, Adlina Ab Halim & Mohd Hafiz Sulaimanbasahan) yang mengandungi pelbagai campuranbahasa, antaranya bahasa slanga, dialek dan bahasapasar yang tidak terkawal juga dapat membantutusaha pendaulatan bahasa Melayu.dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalambahasa Inggeris) kepada dasar MBMMBI(Memartabatkan bahasa Melayu, MemperkukuhkanPenguasaan bahasa Inggeris) patut dipuji.Seandainya semua syarat tersebut dapatdipenuhi dan bahasa Melayu muncul sebagai bahasaantarabangsa yang disegani, sudah pasti akan dapatmemberi pulangan yang besar kepada imej negaraMalaysia, sekali gus menjadikan negara dihormatikerana memegang teguh kepada prinsip sendiri.RUJUKANAbdul Rashid Melebek & Amat Juhari Moain. 2011. Sejarah Bahasa Melayu . Kuala Lumpur: Utusan Publications &Distributors Sdn. Bhd.Armin Azhari Saleh. 2011. Menghayati sejarah bahasa Melayu.Pelita Bahasa23(06): 3.Asmah Haji Omar. 2008. Ensiklopedia Bahasa Melayu. KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Awang Sariyan. 2011. Pengajian Melayu di China (Bahagian1): Hubungan Ketamadunan Melayu-China. http://klikweb.dbp.my/?p=1799. (29/10/2011).

Page 62: BAHAN SEJ. PERKEM. BAHASA MELAYU.doc

Fauzilahyatun Mustafa. 2011. Bahasa Melayu kini. DewanBahasa11(04): 6-9.Hassan Baseri Budiman. 2011. Kursi Pengajian Melayu: Kearahmemartabatkan tamadun bangsa di luar negara. DewanBahasa11(05): 31-33.Illias Zaidi. 2011. Pasang surut bahasa Melayu. Pelita Bahasa23(06): 8-12.Berita Harian. 2011. Keputusan muktamad. 4 November.Berita Harian. 2011. MBMMBI imbangi penguasaan duabahasa utama. 5 November.Mohd. Taib Osman. 2004. Globalisasi, Patriotisme dan Isu-isuKemasyarakatan. Kuala Lumpur: Penerbit UniversitiMalaya.Nazmi Yaakub. 2011. China hargai bahasa Melayu. BeritaHarian.Sahrunizam Abdul Talib. 2011. Kursi Pengajian Melayu: Kearahmemartabatkan tamadun bangsa di luar negara. DewanBahasa11(05): 48-50.Syed Zulfida. 2006. Pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka:Kemunculan dan Kegemilangan. Kuala Lumpur: ArkibNegara.Tan Yao Sua. 2012. Dasar bahasa dalam sistem pendidikan.Pemikir. Jan-Mac 2012: 59-70.Teo Kok Seong. 2011. Fenomena keperkasaan Bahasa Melayu.Dewan Bahasa10(08): 6-9.Victor, P. 2011. Bahasa Melayu merentas sempadan. DewanBahasa11(03): 52-55.

Batu Bersurat

Bukti kegemilangann Bahasa Melayu Klasik boleh dilihat daripada tiga batu bersurat yang penting. Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.

Batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (22 February 1303[1]) ditulis dalam tulisan Jawi. Ini membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu.

Batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356) ditulis dalam huruf India mengandungi prosa melayu kuno dan beberapa baris sajakm Sanskrit. Bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.

Page 63: BAHAN SEJ. PERKEM. BAHASA MELAYU.doc

Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380) masih memakai abjad India buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat

1.5 Peranan Bahasa Melayu KlasikSelain daripada mempunyai ciri-ciri tertentu seperti di atas bahasa Melayu Klasik juga memberi sumbagan pada zaman kegemilangannya. Antaranya ialah;i. Kebudayaan- untuk memperkembangkan sesuatu kebudayaan yang dimiliki oleh sesuatu bangsa. ii. Peranan Kemasyarakatan- sebagai lambang jati diri bangsa dan sebagai alat penyatuan sesuatu bangsa atau kaum.iii. Pendidikan- sebagai alat untuk pengajaran, panduan dan tatacara.- sebagai alat untuk menyebarkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang agama, kesusesteraan dan perundangan.

1.4 Peranan Bahasa Melayu KlasikPeranan bahasa Melayu klasik ialah mengeratkan hubungan antara satu masyarakat dengan masyarakat yang lain. Kebenaran adat adalah diterima sebagai sesuatu yang mutlak dan tidak boleh dipersoalkan. Kegagalan menurut lunas-lunas adat adalah satu perlakuan yang dianggap sumbang dan dikecam.Dalam mempertuturkan bahasa Melayu klasik ini seseorang itu perlu mengimbas kembali teks Melayu yang tertulis dalam bentuk puisi, prosa, surat perdagangan, surat perjanjian, batu bersurat, batu nisan dan sebaginya. Hasil tulisan itu kebanyakkannya tertulis sebelum kurun masihi ke 18. Ini bererti tulisan tersebut masih dalam bentuk asalnya dengan menggunakan tulisan jawi.Bahasa Melayu klasik merupakan alat komunikasi yang digunakan oleh sesebuah kelompok masyarakat bagi menyatakan sesuatu hasrat yang timbul di dalam diri individu. Sebelum menjadi alat komunikasi yang berkesan bahasa Melayu juga dugunakan oleh para sarjana dan ulama untuk menghasilkan pelbagai ilmu seperti ilmu keagamaan, kesusasteraan, undang-undang, ekonomi dan pentadbiran negara.Bahasa Melayu klasik juga melahirkan struktur organisasi sesebuah kerajaan Melayu ketika itu. Bahasa Melayu klasik ini dari segi temanya masih sama iaitu untuk member kesedaran kepada masyarakat bahawa tidak semestinya yang kuat itu sentiasa menang dan yang lemah itu seringkali kalah. Dalam bahasa Melayu klasik juga banyak disampaikan kisah-kisah yang mengandungi nasihat dan pengajaran. Dalam cerita yang sedemikian sifatnya nama watak tidak perlu disebut dengan tepat dan apa yang ingin ditonjolkan tidak dibiarkan terselindung tetapi dinyatakan dengan jelas (Grinter, 1979).

Bibliografi

Page 64: BAHAN SEJ. PERKEM. BAHASA MELAYU.doc

Asmah Hj.Omar. (1993). Susur galur bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa     

dan Pustaka

Ismail Hussein. (1966). Sejarah pertumbuhan bahasa kebangsaan kita. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka

Kamus Dewan. (1986). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim, Faris M Onn, Hashim Hj. Musa, Abdul Hamid Mahmood. (2006).         

Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Raminah Hj Sabran. (1984). Kajian bahasa untuk pelatih maktab perguruan. Petaling    

Jaya    Selangor : Fajar Bakti.

W.G Shellabear.(1981). Sejarah Melayu. Petaling Jaya Selangor : Fajar Bakti.

Lampiran 1

Page 65: BAHAN SEJ. PERKEM. BAHASA MELAYU.doc

Surat Sultan Abu Hayat kepada Raja Portugal pada tahun 1521

Lampiran 2

Page 66: BAHAN SEJ. PERKEM. BAHASA MELAYU.doc

Surat Sultan Abu Hayat kepada Raja Portugal

Lampiran 3

Page 67: BAHAN SEJ. PERKEM. BAHASA MELAYU.doc

Surat izin dagang yang diberikan kepada James Lancester 1602

Lampiran 4

Page 68: BAHAN SEJ. PERKEM. BAHASA MELAYU.doc

Surat Sultan Alauddin Riayat Syah kepada pembesar negeri tahun 1602

Lampiran 5

Page 69: BAHAN SEJ. PERKEM. BAHASA MELAYU.doc

Surat Sultan Iskandar Muda dari Aceh kepada James I Raja Inggeris 1615

Lampiran 6

Page 70: BAHAN SEJ. PERKEM. BAHASA MELAYU.doc

Surat Tunku Baginda Raja Mahkota dari Anak Sungai kepada Jeneral J.C.Collet, Bengkulu, 1712

Lampiran 7

Page 71: BAHAN SEJ. PERKEM. BAHASA MELAYU.doc

Surat Sultan Abdul Jalil Riayat Syah dari Johor & Pahang kepada Raja Perancis Louis XV pada tahun 1719.

Lampiran 8

Page 72: BAHAN SEJ. PERKEM. BAHASA MELAYU.doc

Surat Gandam Syah dari Muko-muko kepada East India Company pada 1733

Lampiran 9

Page 73: BAHAN SEJ. PERKEM. BAHASA MELAYU.doc

Surat de Klerk di Betawi kepada Sultan Muhammad Bahauddin di Palembang pada tahun 7 May 1779 Bahasa Melayu berasal dari Asia TengahFrom Wikipedia

Page 74: BAHAN SEJ. PERKEM. BAHASA MELAYU.doc

KESIMPULAN

Bahasa Melayu mempunyai banyak dialek dan setiap dialek mempunyai perbezaan ketara dari segi sebutan dan kosa kata. Misalnya, bahasa Melayu Jawa atau bahasa Jawa mempunyai banyak perkataan yang tidak diketahui oleh penutur bahasa Melayu yang lain. Selain itu, bahasa yang digunakan oleh masyarakat peranakan atau Cina Selat (campuran pendatang Cina dan penduduk asal) merupakan campuran antara Bahasa Melayu dan dialek Hokkien. Bahasa ini dahulunya banyak digunakan di negeri-negeri Selat seperti Pulau Pinang dan Melaka. Walaubagaimanapun, kini kaum peranakan lebih gemar berbahasa Hokkien atau Inggeris. Bahasa Melayu merupakan bahasa aglunatif , bermaksud makna perkataan boleh diubah dengan menambah imbuhan tertentu. Umumnya, kata dasar (atau kata akar) terdiri daripada kata kerja.

Penggunaan Bahasa Melayu di negara-negara ini berbeza bergantung kepada sejarah dan budaya. Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi di Malaysia pada 1968, tetapi Bahasa Inggeris masih digunakan dengan luas terutama sekali di kalangan masyarakat Cina dan India , sama seperti di Brunei. Berbeza di Indonesia, Bahasa Indonesia berjaya menjadi bahasa perantaraan utama atau lingua franca untuk rakyatnya yang berbilang kaum kerana usaha gigih kerajaan Indonesia dalam menggalakkan penggunaan Bahasa Indonesia selain Bahasa Belanda yang tidak lagi digunakan. Di Timor Laste, sekarang terlepas dari Indonesia menjadi negara Timor Leste, Bahasa Indonesia diterima sebagai “bahasa berkerja”. Di Singapura, Bahasa Melayu dikekalkan statusnya sebagai bahasa kebangsaan walaupun Singapura mempunyai empat bahasa rasmi (iaitu Bahasa Inggeris, Cina, India, dan Melayu.) Di selatan Thailand, bahasa Melayu digunakan oleh orang-orang daripada Kesultanan Melayu Patani, tetapi tidak memperolehi sebarang pengiktirafan daripada kerajaan.