Banding beza pendidikan
-
Upload
official-kementerian-pelajaran-malaysia -
Category
Education
-
view
558 -
download
2
Transcript of Banding beza pendidikan
BANDING BEZA ANTARA PENDIDIKAN PEMULIHAN DENGAN PENDIDIKAN IMBUHAN
Mohammad NorhishamMohamad SofianMuhammad faizalmuhammad bukahri akmal hakim
BANDING BEZA ANTARA PENDIDIKAN PEMULIHAN DENGAN PENDIDIKAN IMBUHAN
Pendidikan Pemuli
han
• Pendidikan pemulihan merupakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran khas untuk menolong murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran dalam kelas.
• Aktiviti-aktiviti pemulihan ini biasanya dijalankan dalam suatu tempoh masa yang pendek, iaitu selepas pengajaran kemahiran asas,
Pendidikan Imbuhan
• Konsep pendidikan imbuhan mula muncul selepas Perang Dunia kedua.
• Pada ketika itu, keadaan sosioekonomi yang tidak adil telah mewujudkan peluang pendidikan yang tidak saksama dalam kalangan masyarakat.
• Kanak-kanak dalam golongan bawahan tidak mendapat kemudahan pelajaran yang sepatutnya.
• Peluang-peluang mendapat pendidikan biasa banyak direbut oleh murid-murid daripada golongan atasan.
• Projek Pendidikan imbuhan Khasnya bagi murid-murid sekolah rendah telah dilaksanakan di antara tahun 1975-1980.
• Guru-guru terlatih telah dipilih untuk menyertai kursus supaya memperolehi kemahiran bagi melaksanakan Projek Pendidikan Imbuhan ini.
Pendidikan Imbuhan
menitikberatkan perkara-perkara
berikut:
1.Tindakan-tindakan diambil di peringkat awal,
seperti menjalankan
ujian diagnostik untuk mengesan punca masalah.
2.Penentuan objektif-objektif
projek yang nyata.
3.Rancangan pengajaran dan pembelajaran
disusun dengan rapi
untukmengatasi serta mencegah
masalah pembelajaran.
4.Pengubahsuaian kurikulum,
bahan pelajaran, kaedah dan
strategi pengajaran dan pembelajaran.
5.Penglibatan ibu bapa dalam
aktiviti sekolah dan projek
pembangunan komuniti.
6.Kordinasi dengan agensi-
agensi yang boleh memberi
sumbangan untuk program
kesihatan, makanan, subsidi
kewangan dan sebagainya.
PERBEZAAN DI ANTARA PENDIDIKAN PEMULIHAN DAN PENDIDIKAN IMBUHAN
PENDIDIKAN PEMULIHAN PENDIDIKAN IMBUHAN
1. Rancangan pembelajaran disediakan untuk murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran, tanpa mengira status sosial.
1. Rancangan pembelajaran disediakan untuk murid-murid yang menghadapi masalah kekurangan kemudahan sosioekonomi.
2. Rancangan pembelajaran ditumpukan khas kepada penguasaan kemahiran-kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.
2. Rancangan pembelajaran untuk semua pelajaran mengikut perkembangan kognitif murid-murid.
3. Skop kajiannya banyak terbatas kepada pedagogi di dalam bilik darjah.
3. Skop kajiannya meliputi pedagogi dalam bilik darjah serta sosioekonomi dan politik di luar bilik darjah.
PERBEZAAN
4. Program ini hanya meliputi aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
4. Selain aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah, program ini juga meliputi program makanan, bantuan dari segi kemudahan dan kewangan.
5. Bantuan diberikan kepada individu atau sekumpulan kecil murid sahaja di sekolah rendah dan sekolah menengah.
5. Bantuan diberikan kepada semua murid daripada golongan bawahan di peringkat prasekoalah, sekolah rendah serta ibu bapa mereka.
6. Objektif ialah membetulkan kelemahan penguasaan kemahiran-kemahiran asas.
6. Objektif utama ialah merapatkan jurang dalam peluang pendidikan di antara golongan kaya dengan golongan miskin.